ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

download ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

of 33

Transcript of ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    1/33

    2010

    Original Author: Srikandi

    For: MistisFiles

    From: Mistis Organisation

    Republish by Alam Mala

    ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU(Versi 3.5)

    ARTIKEL PENGIRING: CATATAN SRIKANDI

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    2/33

    C A T A T A N S R I K A N D I

    Catatan Srikandi I

    Catatan Srikandi dari Guadalajara

    Isnin, 26hb April 2010

    Catatan Srikandi II

    Penyakit buta sejarah

    Selasa, 1hb Jun 2010

    Catatan Srikandi III

    Bingkisan dari Phnom Penh

    Jumaat, 25hb Jun 2010

    [Nota: Sumber asal (MistisFiles) adalah artikel bertajuk Bingkisan dari Phnom Penh]

    Catatan Srikandi IV

    Puteri Misteri

    Khamis, 22hb Julai 2010

    [Nota: Sumber asal (MistisFiles) adalah artikel bertajuk Catatan Srikandi III]

    Catatan Srikandi V

    Empayar Melayu bukan sekadar bermula di MelakaAhad, 17hb Oktober 2010

    [Nota: Sumber asal (MistisFiles) adalah artikel bertajuk Catatan Srikandi IV]

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    3/33

    C A T A T A N S R I K A N D I IISNIN, 26 H B APRIL 2010

    [HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/04/CATATAN-SRIKANDI-DARI-GUADALAJARA.HTML]

    Jangan dipendam hati yang duka

    Kelak bersarang bermuramdurja

    Biar dibuka rahsia di dada

    Tiada pekung tiada dhoraka

    Tiada curiga semua muditta

    Biar dibuka tiada rahsia

    Menyusuri perjalanan jauh dari Calakmul ke Mexico City menimbulkan nostalgia kepada saya ketika

    masih di belajar di tanah air. Ketika itu saya mengikuti rombongan konvoi The Golden Chersoneseyang bermula dari Johor Bahru, merentasi Tanah Semenanjung yang bertuah dan kemudiannya

    melepasi sempadan Thailand di pintu masuk Padang Besar. Seterusnya kami menuju ke Hatyai,

    Phattalung seterusnya sampai di Ranong (Segenting Kra). Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke

    Bangkok. Seterusnya kami ke Aranyaprathet dan memasuki Kemboja.

    Sebahagian dari Peta Dunia

    (Kurun ke-15) oleh Ptolemy

    menunjukkan Sine (China),"Taprobane" (Sri Lanka) dan

    "Auria Chersonesus" (Semenanjung

    Tanah Melayu)

    Sepanjang perjalanan itu (khususnya di Indochina), saya mengkhayalkan kisah-kisah dan hikayat

    Melayu dahulukala seperti puteri kayangan, nenek kebayan, putera raja atau pun pengembara-

    pengembara dan pelaut (diidentifikasikan sebagai Malim seperti Hikayat Malim Deman) pernah terjadidi sini. Saya perhatikan Banjaran Tenasserim (Tenang Siram atau Tanah Sari) yang indah, menimbulkan

    misteri betapa di sini pernah berdiri beberapa negarakota Melayu Purba pada masa silam. Dan disini

    juga terjadinya sebahagian hikayat-hikayat purba Melayu yang diceritakan turun-temurun sehingga ke

    hari ini. Sebenarnya di sini bertaburan orang-orang Melayu di celah-celah nama-nama Thai mereka

    bersama-sama kaum-kaum lain (Thai khususnya). Di Segenting Kra sebelah Myanmar pula, terdapat

    perkampungan-perkampungan Melayu di mana orang Burma memanggil mereka sebagai Pashu. Zonsemenanjung yang dihuni oleh Pashu ini dikenali sebagai semenanjung Myeik. Pada zaman purba,kawasan ini diperintah bersilih ganti oleh kerajaan-kerajaan Mon dan etnik-etnik Malayan. Seperti yang

    diterangkan dahulu, orang Mon adalah etnik Indochina antara yang terawal berinteraksi dengan orang

    Melayu pada masa silam. Namun hubungan orang Mon dan Mela (antara nama purba puak-puak

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    4/33

    Malayan di Indochina) amatlah misteri sehingga kini. Terdapat hipotesis di kalangan ahli bahasa

    mendakwa istilah Mon adalah kesalahan sebutan bahasa Kradai (bahasa-bahasa seperti Tai dan Lao)terhadap huruf L pada akhir perkataan Mel atau Mal. Ini samalah seperti perkataan Setul (namasejenis buah dalam bahasa Melayu) iaitu nama sebuah tempat di selatan Thai disebut sebagai Satunoleh lidah orang Thai.

    Tanintharyi adalah nama kawasan yang diduduki oleh orang-orang Melayu Myanmar, merupakan versi

    sebutan Burma bagi Tanah Sari, satu wilayah purba orang-orang Melayu dahulu kala. Begitu dengan

    nama Tenasserim yang dijadikan nama banjaran gunung di sini sebelum ditukarkan menjadiTanintharyi adalah istilah Melayu iaitu Tenang Siram. Betapa misterinya kewujudan orang-orangMelayu di Indochina dan betapa anehnya mengenangkan pesona warisan keMelayuan yang hilang di

    Indochina.

    Sebelum mengkaji Diari Lodgekeeper dahulu, saya benar-benar tidak menyangka bahawa rahsia yang

    tersimpan di dalam diari ini berkenaan rahsia kerajaan-kerajaan Melayu purba di Indochina adalah

    amat mengejutkan! Saya ketika itu hanya tahu sedikit sebanyak tentang Champa, satu kerajaan

    Austronesia yang berbahasa rumpun Melayu di pantai-pantai Vietnam. Saya masih ingat buku rujukan

    Sejarah Tingkatan Lima terbitan Sasbadi yang saya tatap sebelum menghadapi peperiksaan. Di dalamterdapat tajuk kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara. Tercatat di sana nama Funan dan Champa, dan

    Champa dinyatakan sebagai kerajaan Melayu terawal di Asia Tenggara. Ketika itu saya berbisik didalam hati, bagaimana terdapat orang Melayu di Vietnam pada masa dahulu!

    Pada muka surat ke 37, perenggan ke 5 di bawah tajuk The Realm of Mystic Flower ada mencatatkan:

    "...tiga kerajaan bangsa bunga-bungaan, Teratai di kiri, Kembuja di tengah dan Champaka di

    kanan..."

    Seroja (Nelumbo nucifera) sering disebutteratai(Nymphaea) walaupun keduanya tidak berkerabat

    Ayat-ayat ini benar-benar menimbulkan perasaan aneh kepada saya. Sejak dari itu saya bertekad untuk

    mencari warisan keMelayuan yang hilang di Indochina. Semakin saya membaca ayat-ayat seterusnya di

    dalam diari itu, saya semakin menjadi tidak keruan. Betapa di dalamnya terungkap rahsia-rahsia yang

    begitu lama terpendam selama beribu-ribu tahun!

    Selama seminggu saya tiba-tiba mendapat demam panas ketika

    mengkaji tajuk The Tabernacle of Melati and Mala. Anehnya,beberapa kali saya mendapat mimpi-mimpi aneh. Saya bermimpi

    tentang raja-raja purba dan daerah pemerintahannya yang

    digambarkan aman makmur dan indah permai. Saya bermimpi

    didatangi seorang puteri raja yang memakai mahkota berkerawang

    yang mirip sekali dengan perhiasan kepala yang selalu dipakai oleh

    penari Menora di Kelantan.

    Selepas mengalami mimpi aneh itu, saya terus mengatur rancangan

    untuk melawat negeri pantai timur yang penuh misteri ini, Kelantan Darul Naim, semata-mata mahumelihat dengan lebih dekat headgear penari Menora. Sehinggalah ada satu malam saya berpeluang

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    5/33

    menonton satu pertunjukan kebudayaan yang tertutup (saya dimaklumkan dengan polisi kerajaan

    negeri ketika itu) menampilkan penari Menora. Namun headgear mereka tidak sama dengan apa yangdipakai oleh puteri raja dalam mimpi saya itu. Kostum para penari itu seolah-olah penari tarian Thai

    yang memakai headgear yang bermuncung tajam. Saya pun menemui guru Menora yang melatih parapenari tersebut dan bertanyakan perkara tersebut. Beliau meminta saya melukiskan bentuk perhiasan

    kepala puteri raja tersebut. Guru tua itu begitu lama merenung lukisan saya. Tidak berkedip matanyamerenung lukisan saya itu.

    Beliau memandang saya dan mengatakan bahawa perhiasan tersebut pernah dilihatnya ketika kecil

    dalam satu persembahan Menora di kampungnya di Songkhla (Singgora). Ia adalah perhiasan satu

    aliran Menora kuno yang jarang dilihat kini. Namun begitu beliau pun kurang pasti jika tarian itu adalah

    dari Menora atau tarian lain, namun beliau mengatakan kini Menora jarang memakai headgearsebegitu walaupun sesetengah tempat beliau pernah melihatnya mirip seperti itu. Di kesempatan yang

    amat berharga itu, beliau telah menceritakan sejarah Menora yang begitu menarik bagi saya; penuh

    misteri untuk mencantum rahsia keMelayuan yang hilang di Indochina.

    Beliau menceritakan asal-usul Menora adalah dari

    Singgora dan pada masa dahulu Singgora adalah sebuahkerajaan Melayu purba yang diperintah oleh Raja Saifafat

    dan Permaisuri Sri Mala. Tarian Menora ini kononnya

    diasaskan oleh cucu baginda sendiri. Dari kerabat istana,

    tarian ini diajarkan kepada orang kampung termasuk

    orang Thai yang menyerap tarian ini menjadi budaya

    mereka (orang Tai gemar kepada tarian-tarian, raja Tai

    pernah mengangkut beratus-ratus penari Khmer ke

    ibukota kerajaan mereka setelah menakluk Angkor

    dahulu). Kisah yang diceritakan oleh guru Menora itu amat

    panjang dan sukar saya mengingatnya namun saya tertarik

    dengan nama permaisuri Singgora itu yang bernama SriMala. Nama tersebut begitu terkesan di dalam diri saya.

    Malam itu, saya tidak dapat tidur. Dahi saya berpeluh.

    Malam itu saya terasa amat panas. Tiba-tiba saya terasa

    seseorang berada dihujung kaki saya. Saya cuba

    memanggil rakan saya yang tidur di sudut sebelah bilik, namun suara saya seakan tidak keluar. Saya

    cuba menjeling ke arah kaki saya. Alangkah terkejutnya saya apabila terpandang seorang wanita yang

    aneh, dengan memakai perhiasan kepala!

    Saya menjerit tidak keruan. Rakan saya terkejut dari tidur dan menenangkan saya. Malam itu saya

    dapat tidur hanya setelah lampu bilik dibiarkan terpasang dan rakan saya tidur di hujung kaki saya.

    Paginya saya terus bergegas ke Kuala Lumpur. Saya terus ke Perpustakaan Negara dan mencarimaklumat tentang sejarah Indochina dan kerajaan-kerajaan purba di Asia Tenggara. Sejam saya

    mencari namun saya masih tidak tahu apa yang saya cari. Ketika asyik membaca, tiba-tiba mata saya

    tertarik dengan satu perenggan tentang sejarah Hamsavati, sebuah kerajaan purba Mon. Perenggan ini

    menceritakan raja-raja dari dinasti Mala yang berasal dari Sri Dharmaraja dan dari garis keturunandinasti ini telah menurunkan Samala dan Vimala, dua orang putera yang menubuhkan Hamsavati,

    kerajaan purba orang Mon. Ini amat-amat menarik dan menyimpan satu rahsia yang begitu penting.

    Tiba-tiba saya teringatkan Sri Mala, nama seorang wanita yang menjadi permaisuri sebuah kerajaanpurba di Singgora.

    Apa kaitan Sri Mala dengan Samala dan Vimala?

    Apakah dia dinasti diraja Mala dan apa kaitan dengan Malayu?

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    6/33

    Ketika itu saya merasakan saya hampir melengkapkan puzzle ini, namun saya masih ragu-ragu tentangperhiasan kepala puteri raja yang saya lihat dalam mimpi dahulu. Apa kaitannya dengan kerajaan Mon,

    dua orang putera berdarah dinasti Mala, permaisuri Sri Mala dan orang Kelantan?

    Saya kembali ke perpustakaan pada keesokkan harinya. Saya cuba berjalan dari satu rak ke satu rak.

    Hampir dua jam saya menelaah, namun saya kembali menemui jalan buntu. Saya meletakkan kepala ke

    meja perpustakaan. Saya mengeluarkan walkman dan memasang earphone ke telinga. Ketika itu sayamasih ingat, lagu Siti Nurhaliza, Joget Berhibur sedang ke udara. Saya asyik melayan lagu inisehinggalah ke lirik ini:

    "Pohon berembang di atas gunung

    Tumbuh dibawah pohon meranti

    Janganlah hidup berulam jantung

    Menunggu dia bersama mati"

    Tiba-tiba saya tersentak. Dj{ vu mimpi saya tentang satu kerajaan purba yang aman permai tiba-tibamenyentak di dalam kepala. Saya reverse kan lirik itu kembali dan cuba menarik seberapa banyakchanneling tentang petunjuk dalam lirik tersebut. Apa maksud pohon berembang di atas gunung?

    Saya mesti cari rahsia Funan, bisik hati saya. Funan adalah bermaksud gunung. Kemudian sayabergegas mencari maklumat tentang Funan, sebuah kerajaan terawal di IndoChina, sekurang-

    kurangnya bermula 1 Masehi lagi.

    Sekali lagi saya bergegas mencari dan mencari tentang Funan. Funan, seperti yang diketahui umum

    masih kabur identiti mereka dan menjadi perdebatan antara sarjana untuk menetapkan bahawa adakah

    ia kerajaan orang Khmer atau dari rumpun Austronesia. Saya telah menemui beberapa buku yang saling

    berbeza pendapat antara yang mengatakan ia kerajaan Khmer, kerajaan rumpun Melayu (seperti

    Champa) dan ada yang mengatakan ia diperintah oleh raja Hindu dari India. Saya tidak tahu mengapa,

    setiap kali saya mencari tentang Funan, saya pasti akan terhenti kepada bahagian Champa, sejak

    diketahui Funan dan Champa pernah sezaman.

    Pada satu ketika, sedang saya mencari-cari, tiba-tiba saya terpandang lukisan-lukisan lakaran

    headgear yang dipakai oleh bangsawan dan kerabat diraja Champa. Alangkah terkejutnya saya apabilasalah satu headgear itu benar-benar sama dengan perhiasan kepala yang dipakai oleh puteri misteridalam mimpi saya!

    Cerita selepas itu adalah menakjubkan.

    Selepas penjajahan, warisan Kemelayuan benar-benar hampir lenyap di Indochina. Penjajah telah

    memberikan tampuk politik kepada kaum yang dominan dalam wilayah-wilayah jajahan, dan bermula

    sejak itu, nasionalis masing-masing mula menuliskan sejarah. Nasionalis terutamanya Khmer dan Tai,

    telah berlumba-lumba menuliskan sejarah bangsa masing-masing. Kecuali Vietnam kerana istana, candi,

    bangunan dan tempat suci Champa masih terpelihara (Dai-Viet diketahui amat kurang warisan

    binaannya kerana kerajaannya sama seperti Monggol; berdiri di atas peperangan), nasionalis-nasionalis

    ini cuba untuk menafikan pengaruh politik Kemelayuan di dalam sejarah negara masing-masing. Raja-

    raja Tai cuba men'Tai'kan seberapa banyak nama-nama tempat yang berbau Melayu dan menamakan

    semula raja-raja purba Melayu dalam lenggok Tai. Nama-nama raja Melayu yang pernah memerintah

    Kambuja terselindung secara misteri dalam nama-nama Hindu mereka dan nasionalis Khmer

    mendakwa mereka adalah dari keturunan Khmer asli.

    Kini pengkaji sejarah dari luar malah dari dalam Thailand dan Kemboja sendiri mengakui pengaruh

    Empayar Melayu ini yang menurunkan darah keturunan mereka untuk memerintah Suvarnabumi;

    Srivijaya.

    Pada abad-abad terawal di Indochina, segala kisah dan hikayat di sana adalah cerita tentang raja-raja

    Melayu dan Jawa bersaing sesama sendiri mempertahankan jajahan. Perlu diingat istilah Jawa di sinibukanlah orang Jawa di Tanah Jawa, namun satu suku Melayu yang menguasai Indochina pada zaman

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    7/33

    purba. Pada inskripsi dan manuskrip purba Tamil, Sanskrit dan Sri Lanka menyebutkan mereka adalah

    Javaka manakala prasasti-prasasti Khmer menyebutkan mereka sebagai Chaeva. Melayu di sinimerujuk kepada Srivijaya yang terkenal dalam catatan-catatan purba Indochina sebagai Chakravartin(pemerintahan universal atau empayar). Saya telah mengetahui satu rahsia penting ketika raja

    Haripunjaya menyerang Lavo (Lopburi sekarang Lavopuri) kira-kira abad ke 9. Dari peperangan

    misteri ini saya mengetahui asal-usul orang Kelantan yang mewakili dialek Pantai Timur dan perbezaanmereka dengan orang Kedah yang berdialek utara.

    Terdapat satu suku Melayu terawal yang pernah bersempadan dengan wilayah-wilayah Cina pada

    zaman purba. Mereka pernah berperang dengan Maharaja Cina dan berjaya menubuhkan kerajaan. Dan

    saya tahu dari mana asal-usul orang Mon dan kaitan mereka dengan masyarakat Siam Kedah dan

    Melayu Kedah.

    Di Kelantan, terdapat satu kawasan yang dinamakan Jawakoti atau Titik Jawa. Ini adalah kawasan yangpaling terpenting dalam sejarah Kemelayuan, untuk menghubung era-era purba mereka dengan era

    Srivijaya menjadi empayar perdagangan maritim. Dari sini saya mengetahui dari mana asal-usul orang

    Jawa di Tanah Jawa yang tiba-tiba bangkit membina kerajaan, kerana saya tahu orang Sunda terlebih

    dahulu telah pun lama mempunyai kerajaan mereka sebelum kewujudan Majapahit. Siapakah yangmembantu orang-orang Jawa di Tanah Jawa membina peradaban?

    Kebanyakan empayar di dunia akan

    meninggalkan binaan yang agung tanda

    kemuncak peradaban mereka. Sekadar

    menyebutkan beberapa contoh, Mesir

    Purba meninggalkan Piramid Agung

    Giza, Rom meninggalkan Colosseum,

    Greek meninggalkan kompleks Athens,

    China meninggalkan Tembok Besar

    China, Moghul meninggalkan Taj Mahal

    dan seteruskan sebagai tandakemuncak kekayaan material dan

    hegemoni politik mereka. Namun ketika

    orang di Tanah Jawa masih belum

    mempunyai kerajaan, telah terbina kuil

    Buddha paling terbesar di dunia, Borobudur. Ketika ini, kuil-kuil Buddha di China amatlah kecil dan

    sami-sami di sana hanya mampu mengukir patung Buddha di gunung-gunung, yang paling terkenal

    ialah seperti di Lesyan. Namun satu tamadun yang agung telah berjaya membina satu binaan yang

    kreatif dan menakjubkan. Sebab itu raja-raja Srivijaya menghantar para pengukir dan tukang batu

    mereka kepada Maharaja Cina untuk membaiki kuil dan membina candi-candi sebagai menjalinkan

    hubungan diplomatik. Seorang raja Srivijaya yang bernama Cudamanivarman telah menghadiahkan

    sebuah loceng yang dinamakan oleh Maharaja China sebagai Kehidupan Seribu Tahun Yang diAnugerah dari Syurga. Orang-orang Melayu Srivijaya juga telah dipanggil oleh Maharaja Cina bagimembaiki candi-candi di sana misalnya pada tahun 1079 tercatat di kuil Taois di Kanton nama

    seorang pembesar dari Srivijaya yang bernama Ci-lo-lo (Chi-lo-lo) yang dihantar oleh Maharaja

    Srivijaya yang bernama Divakara untuk membaiki kuil tersebut. Maharaja Cina itu memberi gelaran

    kepada Maharaja Srivijaya itu sebagai Jeneral Agung. Betapa manisnya hubungan antara MaharajaCina dan Maharaja Melayu Srivijaya pada masa silam.

    Dari sini saya mengkaji dinasti Sailendra yang sebenarnya berasal dari Melayu Sumatera sebelum

    menakluk Tanah Jawa dan hubungan mereka dengan kerajaan-kerajaan Melayu terawal di Indochina

    termasuk hubungan mereka dengan orang Khmer dan Angkor. Kemudian saya mengesan bahawa

    sebenarnya mereka berasal dari Indochina yang pernah memerintah Kemboja (Funan?) kemudianberpindah ke Sumatera. Nama dinasti ini ada tercatat dalam sebuah kuil purba Khmer.

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    8/33

    Saya juga mengetahui rahsia raja-raja Kambujadesa dan Empayar Angkor. Titik kunci bagi semua rahsia

    ini adalah di Ligor, ketika berdirinya satu kerajaan Melayu dari dinasti Mala Purba bergelar Sri

    Dharmaraja. Saya menyelusuri sejarah Ketomala dan Sri Melati dari The Ancient Court of Mala. Dansaya mempelajari bagaimana Ketolamala menubuhkan istana Angkor dan misteri siapakah Sri Kambu.

    Pada muka surat 47 di bawah tajuk The Bloodline of The Kings of Sacred Mountain:

    "Mereka berasal dari satu bangsa misteri yang pernah menerima utusan Mesir Purba pada masa

    dahulu. Mereka inilah asal-usul gelaran Pharaoh yang merupakan sebutan versi Mesir Purbakepada Perahu yang tercatat nama Raja Mala ini pada ukiran di Kuil Hatshepsut di Luxor.Samala dan Vimala adalah satu garis keturunan dari Ketolamala berasal dari kelas pemerintahan

    Mala-Yu purba di Ligor, Negara Sri Darmaraja yang maju dan berjaya"

    Dari petunjuk dalam Diari Lodgekeeper ini saya mula mengkaji sejarah Kemboja dan Thailand dan

    menghubungi rakan-rakan Khmer saya untuk mendapatkan senarai manuskrip, inskripsi dan batu-batu

    bersurat dari era pra-Angkor sehingga saat-saat kemuncak peradaban Angkor.

    Saya belajar tentang Suryavarman II yang membina Angkor Wat. Saya juga belajar tentang moyangnya

    Suryavarman I dan Jayaviravarman yang dipengaruhi aura Srivijaya. Semua ini membawa saya ke satudinasti yang samar-samar dalam sejarah Kemboja, Viravamsa.

    Inskripsi Phimanakas mencatatkan:

    Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu

    924 caka

    Inskripsi ini menunjukkan hubungan Suryavarman dengan kerajaan Sri Darmaraja (Ligor) atau

    Tambralingga. Saya telah terangkan sebahagian rahsia Tambralingga di mana seorang raja Melayunya

    bernama Chandrabhanu pernah berusaha menakluk Sri Lanka.

    Kemudian saya menyedari keanehan pada Suryavarman I yang asal-usulnya dinyatakan sebagai came from Malaysia pada satu artikel kajian penyelidik Khmer. Kemudian rupa-rupanya keanehan itusemakin membesar apabila saya mendapat tahu dari prasasti demi prasasti, manuskrip demi

    manuskrip seperti Khmer Chronicle (Botomvaravamsa), inskripsi Prasat Khan as Sri

    Narapativiravarman, inskripsi Ta Praya, inskripsi Prasat Trapan Run sekadar menamakan beberapa

    contoh menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan dinasti Melayu Srivijaya!

    Tidak hairanlah raja-raja Angkor terawal selalu berulang alik ke Jawa kerana di sana terdapat saudara

    mara mereka dari dinasti Sailendra yang merupakan ruling class Empayar Melayu Srivijaya.

    Contohnya dalam inskripsi Prasat Trapan Run memperkenalkan seorang raja Angkor bernama

    Jayavivarman sebagai raja Mala (Maulimalaraja), menghubungkan beliau kepada raja Srivijayabernama Sujita dalam rekod-rekod orang Mon.

    Dalam Batu Bersurat Talang Tua yang ditemui di Bukit Seguntang,Sumatera tercatat perkataanrksetra:

    "Pada 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan rksetra dibina dibawah pimpinan Sri Baginda r Jayana. Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini,pohon kelapa, pinang... (terjemahan Goerge Coedes)

    rksetra adalah sebuah tempat di Burma sekarang dan dikenali sebagai negarakota orang Pyu padamasa silam. Menariknya di antara wilayah Indochina yang tercatat pernah di bawah taklukan Jayanasa,

    Maharaja Srivijaya yang agung itu ialah Segenting Kera, Dwarawati (Thailand Tengah dan Utara),

    Khemra Hilir (Kemboja), Khemra Ulu (Laos), Arimadana (Myanmar) dan Sumatera Selatan.

    Dahulu kita pernah tinggal di Indochina!

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    9/33

    Semua keanehan ini membawa saya ke Angkor Wat sejak saya mengetahui siapa Suryavarman II dan

    kaitan beliau dengan Sri Kambu, raja-raja Mala dan kerajaan Melayu Ligor. Saya merenung ukiran-

    ukiran di tembok-tembok Angkor Wat tanpa sebarang tujuan. Bisikan hati saya menuju kepada watak-

    watak perempuan pada ukiran bas-relief kuil itu. Sebenarnya saya ingin mencari puteri misteri dalam

    mimpi saya. Malangnya semua watak-watak wanita di Angkor Wat kerap digambarkan tidak menutup

    bahagian dada. Ini tidak menggambarkan ciri-ciri puteri raja di dalam mimpi saya yang berpakaianseolah-olah kebaya lama. Entah mengapa intuisi saya kuat mengatakan dia ada di sini!

    Saya mengelilingi tembok-tembok yang menceritakan peperangan dalam Ramayana dan Mahabbrata

    dan juga sejarah Cham dan Khmer (Khemra). Kemudian setelah letih menjelajah saya berhenti rehat di

    satu sudut kuil. Kemudian secara tidak sengaja saya terpandang ukiran dua gadis yang seolah-olah

    berkebaya diukir di satu galeri!

    Pakaian dua orang gadis itu amat ganjil dan berbeza dengan pakaian gadis Khmer di ukiran-ukiran

    tembok lain dan anehnya ukiran dua gadis berkebaya ini diukir dalam galeri yang terasing dannampak istimewa. Saya benar-benar teruja. Siapa mereka berdua? Mengapa mereka memakai kebaya?

    Siapakah kamu sebenarnya?, berkali-kali saya menyoal ke arah dua ukiran tersebut sehingga tiga

    orang pelancong Korea menjeling-jeling ke arah saya sambil tersenyum.

    Kemudian selepas beberapa lama, barulah saya tahu siapakah sebenarnya Suryavarman II.

    Begitu agung dan syahdunya sejarah Kemelayuan pada masa silam.

    Satu catatan yang menarik ialah Suryavarman I telah membina Preah Vihear merupakan seorang Raja

    dari dinasti Malayu yang terakam dalam Riwayat Chiang Mai (Chronicles of Chieng Mai). KemudianPreah Hear direbutkan oleh orang Khmer Kemboja dan Thailand pada hari ini. Sejarah kita telah

    direbutkan oleh orang lain.

    Insya Allah, saya akan jelaskan semua rahsia ini dengan lebih mendalam dalam Alter Terahsia Bangsa

    Melayu v3.5 akan datang.

    Rahsia Kemelayuan bagaikan puzzles yang terpisah-pisah di sana-sini. Berada di Indochina membuatkajian tentang Melayu, memaksa saya mengumpulkan rekod-rekod Mon, Khmer, Tai dan Viet. Sejarah

    Melayu mesti dibaca bersama-sama dalam semua rekod berbeza ini. Ini kerana setiap rekod kaum-

    kaum ini mengandungi puzzle masing-masing yang perlu digabungkan dengan puzzle yang dipegangoleh kaum lain. Jika tidak, ia menjadi The Lost Civilization yang tergelap dalam sejarah Indochina.

    Perlu diingat sekali lagi, sejarah ditulis oleh mereka yang menang.

    Sembah salam Srikandi dari Guadalajara

    15 April 2010

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    10/33

    C A T A T A N S R I K A N D I I ISELASA, 1 H B JUN 2010

    [HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/06/CATATAN-SRIKANDI-II .HTML]

    Penyakit Buta Sejarah

    Apakah kepentingan sejarah? Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puan semua. Apakah

    kepentingan sejarah kepada manusia khasnya kepada bangsa? Adakah sejarah hanya sebagai cerita-

    ceriti sahaja untuk didengar? Dibaca? Atau hanya sebagai subjek untuk lulus SPM?

    Cuba tanyakan kepada para pemimpin yang buta sejarah. Atau para sejarahwan kita yang pemalas danmenganggap bidang sejarah ini hanya sebagai periuk nasi mereka, bukan tanggungjawab kepada

    bangsa. Saya akan memberitahu kesan buruk penyakit buta sejarah dari seorang pelajar sekolah

    sehinggalah kepada satu bangsa. Seorang pelajar sekolah yang buta sejarah akan menghadapi kegagalan

    dalam subjek sejarah. Jika dia gagal dalam subjek itu, keputusan peperiksaannya akan cacat walaupun

    dia mendapat semua A dalam subjek lain. Namun siapa yang kisah? Kerana dia pun boleh ke universitijika gagal dalam subjek sejarah. Seorang sejarahwan yang buta sejarah (ini agak mustahil tapi benar)

    akan membuat kesimpulan yang salah dalam jurnalnya kerana malas membuat kajian sendiri atau

    setidak-tidaknya berusaha membuat cross-reference dengan para sarjana lain. Dia akan mengikutsahaja sejarah kontemporari yang ditulis oleh penjajah. Dia hanya terperuk sahaja dalam pejabat dan

    jika mengajar, akan mengajarkan silibus sejarah versi penjajah, meneruskan program mengkerdilkan

    jiwa dan jatidiri bangsanya. Tapi siapa yang kisah, jika mengajar bahawa orang Melayu berasal dari

    Yunnan atau orang gua sekalipun, duit gaji tetap masuk tiap-tiap bulan.

    Seorang pemimpin yang buta sejarah lagi dasyat. Dia akan meneruskan polisi membutakan sejarah

    bangsanya, jika tidak sebab dirinya yang buta sejarah, mungkn sengaja membutakan matanya sendiri

    demi mencapai agenda politik sempitnya. Mungkin tapak-tapak bersejarah diarahkan untukdimusnahkan atas nama pembangunan, atau dibiarkan bersemak-samun tanpa berjaga. Inilah yang

    berlaku kepada para pemimpin kita tidak terkecuali kaum kerabat raja-raja Melayu. Ini berlainan pula

    dengan orang luar, misalnya raja Kemboja Norodom Sihamoni misalnya, adalah seorang yang amat

    mencintai hasil budaya dan seni Kemboja. Kerajaan Kemboja pula sanggup berusaha bermati-matian

    mempertahankan tapak bersejarah Preah Vihear dari dikebas oleh Thailand. Kerana apa tuan-tuan?

    Kerana sejarah itu amat penting bagi mereka. Kerana suatu hari nanti mereka tidaklah sedungu

    sesetengah orang Melayu di Malaysia yang percaya bangsanya adalah hamba sahaya raja Siam Ayutia.

    Dan percaya bahawa nama bangsanya adalah ciptaan penjajah!

    Satu bangsa yang buta sejarah akan ditipu hidup-hidup oleh orang lain. Akhirnya sesuatu bangsa itu

    akan hilang jatidiri dan tidak mustahil tanahair, apabila tempat tinggalnya didakwa milik orang lain laindahulu. Kaji tuntutan Filipina ke atas Sabah. Kaji tuntutan Kepulauan Spratly. Kaji kekalahan Malaysia

    dalam isu Pulau Batu Putih. Kaji Singapura yang sengaja terlepas dari tangan kita. Kaji status Hong Kong

    setelah tamat penjanjian koloni British. Kaji status Macau setelah tahun 1999 dengan Portugis. Lihat,

    tanah dan negeri boleh bertukar tangan atas sebab-sebab sejarah, bukan penguasaan ekonomi atau

    politik. Anda nampak rahsia ini?

    Namun siapa yang peduli? Biar bangsa tergadai asal perut sendiri kenyang.

    Kita pernah mendengar ada orang mencuri barang, meragut beg, merompak bank dan lain-lain lagi,

    namun pernahkah kita mendengar ada orang mencuri sejarah, meragut sejarah orang lain atau

    merompak sejarah orang lain? Inilah yang cuba dilakukan oleh orang-orang yang mahukan tanahair

    kita ini. Contoh yang paling terbaik setakat ini adalah percubaan yang dilakukan olehblogsejarahnagarakedah. Terima kasih kepada penulis blog itu yang menyedarkan kita bahawa kini

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    11/33

    taktik merompak sejarah orang lain sebenarnya memang berkesan ke atas orang-orang Melayu yang

    dungu sepertimana kejayaan menipu orang Melayu dalam MLM (sistem jualan langsung) sejak sekian

    lama. Saya merasa amat sedih melihat wajah orang-orang Melayu yang kecewa dan murung ketika kes

    Island Red Cafe tempoh hari. Saya mahu menjerit sahaja kepada orang-orang Melayu itu, mengapa

    terlampau bodoh sehingga sanggup ditipu oleh orang lain? Saya percaya harta-benda beratus ribu yang

    dikumpul oleh orang-orang Melayu untuk menyertai MLM itu adalah harta yang halal dan jujur (bukanhasil judi atau loteri) namun sedihnya dikebas sebegitu mudah oleh orang lain yang kaya-raya atas

    kesedihan orang Melayu. Kini bukan sahaja segenap benda di Malaysia ini boleh dijadikan modal untuk

    berniaga, namun kebodohan orang Melayu itu sendiri mampu dijadikan modal berniaga dan menjana

    wang beratus-ratus ribu!

    Fikirkan. Sampai bila mahu hidup dalam keadaan bodoh dan dungu sehinggakan sejarah bangsa sendiri

    minta diajarkan oleh orang luar? Saya sudah membaca majalah Realiti yang diterbitkan oleh geng-gengblogsejarahnagarakedah (saya kenal beliau). Dalam ruangan Menjejak Bani Jawi, memang dinyatakankesimpulan yang sama dalam laman sesawang milik mereka, mengatakan nama Melayu adalah ciptaandan agenda British. Ini adalah percubaan yang amat berbahaya. Kerana jika semua orang Melayu

    percaya dakwaan ini, maka soalannya: Apakah nama asal orang Melayu sebenar sebelum kedatanganBritish?

    Maka orang Siam akan mengatakan orang Melayu dahulu bergelar Siam, sarjana India mengatakan asal-

    usul orang Melayu adalah orang Malayalam (ini amat melucukan) dan Ultrakiasu-Komunis berserta

    sejarahwan pemalas akan mendakwa orang Melayu berasal dari Cina. Saya sudah terangkan bukti-bukti

    amat jelas dari pelbagai batu bersurat, juga dari rekod Maharaja Cina, bahawa sebelum kedatangan

    orang Eropah ke Asia Tenggara, terdapat dua nama panggilan orang luar terhadap kaum-kaum

    Nusantara. Teks-teks berbahasa Pali dan Sinhala menyebut kita sebagai Jawaka. Teks Sanskrit

    menyebutkan kita sebagai Malai. Manuskrip, prasasti dan legenda Khmer menyebutkan kita

    sebagai Melayu atau Mala. Rekod-rekod Cina menyebutkan kita sebagai Mo-lo-yu, Ma-li-

    yueh, Mo-li-yu-er dan pelbagai lagi bentuk sebutan mengikut dialek atau lidah orang yang

    menulisnya.

    Jawaka, Cheava atau Chawa adalah nama umum kepada seluruh kaum dari Alam Melayu begitu juga

    Mala, Malai, Mo-lo-yu dan sebagainya adalah panggilan umum kepada kaum-kaum Malayo-Polinesian di Nusantara. Tidak ada pula terjumpa perkataan Siam, Ayutthaya atau Monggol-

    Kedah pada zaman purba. Tidak ada. Memang tidak ada.

    Orang Arab memanggil orang Melayu pada zaman purba sebagai Zaba atau Zabag iaitu satu versipenyebutan lidah orang-orang Arab kepada perkataan Jawak atau Cheava. Seorang pedagang Arabbernama Sulaiman yang singgah di Asia Tenggara pada tahun 851 Masehi telah mencatatkan bahawa

    Maharaja Zabag telah menjadi maharaja bagi seluruh kepulauan . Jadi dari manakah munculnya idea

    bahawa nama Melayu itu sendiri adalah rekaan penjajah semata-mata orang Inggeris memanggil kitaMalay bukan Siam?

    Namun tidak mengapa jika anda membeli majalah itu, ia tiada kaitan dengan penipuan sejarah oleh

    mereka. Malah saya sarankan belilah majalah itu kerana banyak perkara lain yang boleh anda baca

    selain ruangan Menjejak Bani Jawi itu. Bantulah perniagaan orang Islam. Jika mereka kaya, mereka akan

    bayar zakat dan Insya Allah, wang itu kembali kepada orang Islam khasnya bangsa Melayu.

    Mengkaji asal-usul Melayu, mestilah mengkaji sejarah Asia Tenggara keseluruhannya. Tidak boleh anda

    hanya mengkaji sesempit Malaysia sahaja. Jangan sesekali menulis sejarah Melayu hanya bermula

    dari Kesultanan Melayu Melaka. Ini adalah kesilapan paling besar para sejarahwan kita. Ini kerana

    sejarah empayar yang didirikan oleh orang Melayu adalah sejauh 500 tahun Sebelum Masehi (500 B.C)!

    Ini bukan saya yang kata, tetapi kajian para sarjana Tamil yang mengungkapkan wujud bukti

    perdagangan antara India dan Nusantara (mereka merujuknya sebagai Srivijaya) sejauh 5 abad

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    12/33

    sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Lihat, jika tiada orang Melayu yang tahu asal-usul dirinya sekalipun,

    para sarjana dari seluruh dunia akan tampil memberikan bukti bahawa kita dahulu pernah membina

    empayar perdagangan yang hebat.

    Saya sendiri terpaksa berhempas pulas mempelajari bahasa Sanskrit bagi memahami segala gelaran

    raja-raja Melayu dahulukala di Indochina khususnya di Ligor (Nagara Sri Dharmaraja) dan Kemboja.Walaupun hanya asas dan terlampau singkat masa pembelajaran saya itu (akibat kesibukan kerja)

    namun itu semua sudah cukup memberikan saya kunci-kunci rahsia kehadiran darah keturunan Melayu

    di dalam istana Angkor. Bertuahnya, para sarjana Khmer yang membantu saya adalah amat jujur

    dengan sejarah dan tidak malu mengaku pengaruh keturunan Srivijaya (Melayu) yang mengalir dalam

    diri para pembina Angkor Wat. Buat pengetahuan umum, orang Khmer amat anti dengan orang Thai

    kerana orang Thai adalah pakar dalam mencuri, menipu dan merompak sejarah dan warisan orang lain

    (ini bukan saya kata, tetapi orang Khmer yang saya temuramah). Jadi fikirkan dengan warisan raja

    terakhir Ayutthaya yang lari ke selatan Tanah Melayu akibat pemberontakan di dalam kota Ayutthaya

    sendiri, bersembunyi di kampung-kampung Melayu, masuk Islam dan menjadi Melayu. Hari ini orang

    Thai Ayutthaya yang berubah menjadi Melayu Islam masih berdegil mahu merompak sejarah orang lain

    walaupun cuba dinasihati berkali-kali.

    Saya mengkaji dinasti Ketolamala, Mahawangsa, Mahidhara, Kamara serta Wirawangsa. Saya juga

    mengkaji gelaran Maulimalaraja, Kambojaraja dan Paramakamboja yang dirujuk oleh pakar sejarahKhmer sebagai berasal dari Kepulauan Melayu. Saya juga membaca sejarah dinasti Padmavamsa(wangsa bunga seroja) iaitu nama keluarga bagi Chandrabanu, seorang Raja Melayu Tambralingga yang

    pernah menyerang Sri Lanka. Menariknya saya telah membaca jurnal kajian pakar sejarah Khmer

    tentang Funan (umum mengetahui orang Khmer bermati-matian mempertahankan bahawa Funan

    adalah kerajaan mutlak orang Khmer) yang membuat kesimpulan bahawa seorang raja Funan bernama

    Fan Man atau Fan Shih Man (nama dalam rekod China) adalah berasal dari Kepulauan Melayu kerana

    mempunyai gelaran Sri Man Dharmaraja yang ditemui dalam inskripsi di Dong-duong. Parasejarahwan Kemboja mengenalpasti bahawa gelaran itu adalah gelaran khas yang biasa dipakai oleh

    istana Kamara dari kerajaan Melayu Ligor. Seterusnya mereka mengaitkannya dengan satu dinasti

    Melayu iaitu Paramakamboja di mana Sri Kambu, iaitu satu lagi watak legenda penubuhan Kemboja,

    berasal. Menarik bukan?

    Ini bukan untuk menuntut Angkor Wat atau Kemboja adalah milik Malaysia. Tetapi ini adalah sekadar

    memberitahu realiti sejarah Kemelayuan sebenar. Biarlah Angkor Wat atau Kemboja ditangan orang

    Khmer, saudara jauh Melayu itu, namun jangan sesekali anak-anak Melayu merasa rendah diri denganbangsa mereka.

    Saya juga mengkaji asal-usul dinasti paling berkuasa di Asia Tenggara, Sailendra. Umum mengatakan

    mereka adalah dinasti Jawa yang memerintah Jawa. Ya, betul mereka adalah pemerintah Jawa. Namun

    bukan orang Jawa! Kajian dari pakar sejarah Indonesia mendapati mereka adalah dinasti Melayu,mungkin dari Sumatera atau Semenanjung. Ini kerana semua prasasti atau batu bersurat yang

    mencatatkan nama dinasti ini sama ada dalam bahasa Sanskrit atau Melayu Tua (Old Malay). Prasasti

    Ligor ada mencatatkan nama Sailendra ini dalam bahasa Sanskrit, manakala di Jawa, prasasti-prasastioleh keluarga pemerintah ini ditulis dalam bahasa Melayu Tua! Bagaimana satu dinasti yang kononnya

    dikatakan adalah raja-raja Jawa menulis kemegahan dinastinya dan nama keluarganya dalam bahasa

    Melayu Tua!

    Nama Sailendra juga dikenali dalam kesusasteraan Indochina. Sri Ksetra di Burma adalah warisan

    Srivijaya, kemudian oleh dinasti Sailendra. Saya baru sahaja mencantumkan misteri Sri Ksetra di Burma

    yang dikatakan pernah diduduki oleh Empayar Melayu Srivijaya. Dalam Batu Bersurat Talang Tua tahun

    684 masehi yang ditulis dalam bahasa Melayu Tua ada mencatatkan:

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    13/33

    "Pada tarikh 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan Sriksetra dibuat di

    bawah pimpinan Sri Baginda Sri Jayanasa. Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini,

    pohon kelapa, pinang, aren, sagu, dan bermacam-macam pohon, buahnya dapat dimakan,

    demikian pula pokok buluh, waluh, dan pattum, dan sebagainya; dan semoga juga tanaman-

    tanaman lainnya dengan bendungan-bendungan dan kolam-kolamnya, dan semua amal yang beta

    berikan, dapat digunakan untuk kebaikan semua makhluk, yang dapat pindah tempat dan yangtidak, dan bagi mereka menjadi jalan terbaik untuk mendapatkan kebahagiaan. Jika mereka lapar

    waktu beristirehat atau dalam perjalanan, semoga mereka menemukan makanan serta air

    minum..."

    Dalam jurnal yang diterbitkan oleh sekumpulan pakar sejarah Khmer, ada menyebutkan istana raja-raja

    Sailendra di Sri Ksetra dan puzzle dari rekod penulis China ada menyebutkan berdekatan Sri Ksetraadalah dua kerajaan Kunlun; Kunlun Kecil dan Kunlun Besar. Dari rekod Sin Tang Chou:

    "Dari Mi-tchen, kami tiba di Kouen-lang di mana hidup satu puak dari Kunlun Kecil; rajanya

    bernama Mang-si-yue; budayanya sama seperti Mi-tchen. Dari Kouen-lang, kami telah di Lou-yu

    di mana ia adalah kerajaan bagi raja Kunlun Besar. Rajanya bernama Seu-li-po-po-na-ta-chan-na.

    Negerinya lagi besar dari Mi-tchen. Dari sini kami tiba di Tcha iaitu di Moti-pa dalam masa

    separuh hari".

    Perkataan Lou-yu adalah versi sebutan penulis Cinabagi Melayu. Seterusnya penulis Cina itumenyebutkan Grand King of Kunlun yangmenunjukkan status Maharaja. Ini adalah merujukkepada Maharaja Jayanasa atau maharaja-maharaja

    Srivijaya yang lain. Bukti lain adalah dari tradisi Burma

    yang menyebut pengasas Sri Ksetra adalah

    Dattabaung dan ini adalah dalam bahasa Pyu yang

    bermaksud maharaja. Ini baru sahaja jajahan Kunlun(Melayu) di Indochina, belum lagi di kawasan

    kepulauan di mana para pengembara Arab

    menyebutnya sebagai Maharaja bagi seluruhkepulauan. Lihat, begitu luas pengaruh EmpayarMelayu Srivijaya dalam sejarah Asia Tenggara.

    Selepas mengkaji sebahagian kesusasteraan dan

    prasasti Khmer, Thai dan Mon, saya benar-benar

    terkedu dan hampir-hampir menitiskan air mata

    apabila mendapati bahawa dahulu raja-raja Melayu

    begitu berpengaruh dalam istana Angkor dan sejarahKemboja. Patutlah nama Kemboja itu sendiri amat dekat dengan orang Melayu. Legenda Khmermengatakan bahawa sejarah mereka dibentuk oleh The Father of Brahmin dan The Mother of Soma.Dan apabila saya mengkaji jurnal-jurnal dari sejarahwan Indonesia, saya menemui bahawa nama

    keluarga (dinasti) bagi Dharmasetu, seorang maharaja Srivijaya antara terawal diketahui adalah dari

    Dinasti Soma! Semua ini dengan bukti bahawa Sri Kambu, seorang lagi legenda Khmer yang dikatakan

    came from grass-root of Malay Archipelago menunjukkan beribu-ribu tahun dahulu, orang Melayupernah mendominasi seluruh Asia Tenggara malah adalah pribumi juga!

    Perkataan Melayu itu sendiri memiliki harganya yang tertentu. Ada orang berebut-rebut mahu

    dikatakan Melayu atas sebab Islam dan budaya. Kaum-kaum lain yang masuk agama Islam secara tidak

    langsung terpengaruh dengan budaya dan bahasa Melayu sehingga lama-kelamaan anak-anak merekamenjadi Melayu sepenuhnya selepas satu generasi misalnya. Inilah punca apa yang dikatakan jika

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    14/33

    masuk Islam, maka dia juga akan masuk Melayu. Ini terjadi ke atas golongan India Muslim Malaysia(konotasi umum: Mamak) yang mahu lari dari bayang-bayang Hindu dan keIndiaan, mahu bergabung

    dengan orang Melayu sepenuhnya untuk meningkatkat taraf perhubungan sosial. Ada yang mahudikatakan Melayu atas sebab subsidi dan hak-hak peribumi. Kesampingkan dengan makna-makna

    negatif yang dikaitkan dengan nama Melayu sehingga ada yang mengeluh aku malu bernama Melayu,

    kerana ramai lagi yang berlumba-lumba mahu masuk Melayu kerana sebab-sebab tertentu.

    Jika ada yang malu mengaku Melayu, ini tidaklah menghairankan tetapi bukan dua nama ini: Bani Jawi

    dan Srivijaya. Ini adalah dua nama yang memiliki harga paling mahal di Asia Tenggara malah

    menjangkaui seluruh dunia. Saya akan mulakan dengan Srivijaya. Ini telah diketahui seluruh duniabahawa satu-satunya empayar maritim yang amat-amat berjaya. Bangsa-bangsa lain yang diketahui

    profesion mereka adalah di laut seperti Phoenicia dan Viking (Norsemen) tidak pernah membina

    rangkaian perdagangan dan empayar maritim sehebat Srivijaya. Tetapi orang Melayu telah

    membinanya. Tetapi cerita mereka bukan di Malaysia, tetapi di luar negara. Sebab itu orang Melayu

    Malaysia bersama para sejarahwan dan pemimpin politik mereka hanya melompat-lompat dan

    berteriak dengan sejarah Melaka sahaja. Maka jadilah sejarah orang Melayu bermula di Melaka sahaja.

    Sebelum itu? Sebelum itu orang Melayu menjadi bangsat atau duduk di dalam gua sahaja. Benar-benarmenyedihkan.

    Ini kerana Srivijaya adalah satu-satunya empayar yang paling effektif, yang benar-benar ada dalam

    sejarah Asia Tenggara setakat ini.

    Srivijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak sebagai empayar yang memiliki sistem

    federation. Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk dan bernaung di bawahraja-raja Melayu Srivijaya, untuk bersama-sama menyertai perdagangan maritim yang dibuka oleh

    Srivijaya. Bukan konsep imperialisme dari Barat. Tetapi konsep perdagangan maritim yang benar-benar memeningkan ramai sarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar bukan

    semutlaknya di atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada hegemoni perdagangan

    dan prestij.

    Mengapa paling effektif? Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian yang berkembang dari

    Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik, pelbagai prasasti dan batu bersurat, binaan candi-candi

    seperti Borobudur yang merupakan antara Wonders di Asia Tenggara, catatan dan bukti dari sarjanaasing, penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehinggalah ke hari ini (Malaysia, Indonesia,

    Brunei) dan penguasaan wilayah oleh kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyata

    kewujudan empayar ini. Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hak mereka terhadap

    Srivijaya, namun mereka tidak mampu menafikan hakikat paling penting ini. Apakah hakikat itu?

    Hakikat bahawa raja-raja Srivijaya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa mereka.

    Raja-raja Srivijaya menuliskan dengan megah kerajaan mereka pada prasasti-prasasti dalam bahasa

    Melayu Tua. Jangan haraplah mereka mahu menggunakan bahasa Siam Ayutthaya kerana ketika itu

    nenek moyang raja Naresuan ataupun Traikolanat masih di alam arwah lagi dan bangsa mereka masih

    berada di Nanchao, Shan atau Yunnan. Tulisan Siam pun tiada lagi dan bahasa Thai pun mungkin masih

    tiada dan kaum-kaum di Shan dan Nanchao kemungkinan berbahasa Sino-Tibetan seperti Hokkien dan

    lain-lain.

    Sebab itu pride Kemelayuan itu masih ada setidak-tidaknya masih tertinggal pada raja-raja Melayu.

    Keduanya 'Bani Jawi'. Jika dikatakan Melayu, mungkin ada yang memandang sinis dan tidak mahu

    mengaku Melayu terutama para nasionalis Jawa dan Indonesia. Begitu juga orang Siam Celup yang mati-

    mati mahu menegakkan teori Siam-Islamnya. Namun apabila dikeluarkan istilah Bani Jawi, makaberebut-rebut tidak kira Siam Islam, Jawa Islam mahupun pendatang India Muslim dan Bangladesh

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    15/33

    mahu mendakwa mereka adalah sebahagian dari Bani Jawi ini. Mengapa begitu sekali istimewa istilah

    Bani Jawi ini? Semua ini berpunca dari kajian salasilah para sarjana Arab dahulakala yang

    menyebutkan orang Melayu itu berasal dari apa yang dinamakan Bani Jawi yang jika ditelusuri

    asal-usulnya bersambung dengan salasilah Nabi Ibrahim.

    Saya akan keluarkan iklan tentang ATBM version 3.5 akan datang. Saya akan ceritakan kepada andakisah-kisah menakjubkan dari Indochina. Saya akan buktikan bahawa konotasi Alam Melayu itu benar-benar ada dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala. Saya akan bukakan satu persatu misteri gelaran

    dan nama-nama raja-raja Melayu di Kemboja yang berselindung dalam nama Sanskrit mereka. Saya

    akan ceritakan mengapa orang Melayu masih wujud bernegara dan beraja walaupun empayar maritim

    mereka yang berusia sejak 500 tahun Sebelum Masehi telah lenyap, tidak seperti bangsa Assyria,

    Chaldea dan Akkadia yang lenyap tidak bersisa hari ini.

    Saya akan ceritakan kepada anda kisah kerajaan Angsa orang-orang Melayu Purba di Indochina yangdisebutHamsavati dalam sejarah Indochina, sejarah negeri Reman dan asal-usul orang Mon. Saya akanbukakan rahsia hubungan orang Mon dan Ketaha dan kaitan kerajaan Kedah Tua dengan Dvaravati,

    kerajaan orang-orang Mon. Saya akan tuliskan rahsia orang Melayu Champa dan kaitan mereka dengan

    Funan dan kerajaan Kambojadesa. Seterusnya dinasti Srivijaya dan Sailendra di Burma, Thailand dan

    Kemboja berserta kaitannya dengan Khun Borom, legenda orang Lao dan Thai serta pengaruh raja-raja

    Melayu di istana Angkor. Saya akan bukakan rahsia Jawakoti, Empayar Chermin Kelantan, Majapahit-

    Kelantan, kaitan orang Jawa dengan orang Kelantan dan kaitan orang Kelantan dengan orang Champa

    dan Kemboja.

    Saya akan bukakan rahsia darah naga dan kaitan gelaran preah dalam budaya Khmer, praoh dalambudaya Mesir Purba dan hubungan mereka dengan Raja Perahu dan permaisuri Hati, sebagaimana yang

    tercatat di Kuil Hatshepsut di Luxor, Mesir.

    ~ Srikandi

    The Secret Keeper of Mala, Sri Kambu Paramakamboja & Maulimalaraja.

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    16/33

    C A T A T A N S R I K A N D I I I IF R I D A Y , J U N E 2 5 , 2 0 1 0

    [HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/06/BINGKISAN-DARI-PHNOM-PENH.HTML]

    Menikmati waktu senja sambil melihat bayangan menara-menara Angkor Wat begitu mengasyikkan.

    Saya seakan-akan melihat para jurutera Melayu dan Khmer sedang berbincang di satu sudut untuk

    merencanakan pelan pembinaan Angkor Wat. Sebagaimana para ahli arkeologi Indonesia dan Kemboja,

    saya juga dapat merasakan ada kaitan misteri antara Borobudur dan Angkor Wat. Apabila saya

    membaca dan mempelajari bayangan keturunan Srivijaya (tradisi Khmer menyebutnya sebagai

    Melayu) dalam salasilah istana Angkor, saya baru menyedari tangan-tangan misteri yang membinaBorobudur adalah tangan yang sama mewarnai Angkor Wat!

    Dalam catatan-catatan saya yang lepas, saya ada memberitahu usaha saya menjejaki warisan

    Kemelayuan yang hilang di Indochina. Pada hari ini saya begitu gembira dapat bersama-sama rakan-

    rakan pengkaji dari pelbagai negara untuk duduk bersama menghayati warisan Melayu yang begitu

    mistik di Indochina. Sidang Warisan Melayu di Indochina adalah hasil usaha pelbagai pihak dan sayasendiri bersama-sama rakan-rakan Khmer di Akademi Diraja Kemboja (RAC) dan rakan sebidang di

    universiti tempatan di sana. Sesiapa yang ada di sana pasti akan menemui saya, biasa memakai kebaya

    labuh atau baju kurung.

    Kesibukan saya di Indochina selepas pulang dari Amerika Tengah tempoh hari membataskan saya

    menulis untuk siri Alter Terahsia Bangsa Melayu di MistisFiles. Kami bekerja di belakang tabir bagi

    menjayakan seminar ini. Antara yang menarik perhatian adalah tamadun Melayu Champa yang kurang

    diketahui masyarakat dunia, begitu juga teknologi purba Kedah Tua yang hilang dari pengetahuandunia hari ini. Perbincangan tentang penemuan angka 0 pada prasasti-prasasti Srivijaya dan Champaterus menjadi perbualan hangat sejak seorang ahli Matematik yang bernama Zakov pada satu seminar

    di Eropah pada tahun 1975 pernah mendedahkan bahawa penemuan angka 0 di kepulauan Melayuadalah lebih tua usianya berbanding yang ditemui pada tamadun India dan Arab.

    Sebenarnya untuk membicarakan tentang tamadun Melayu, kita kena ingat dua perkara penting ini:

    1. Tamadun Melayu bukan bermula dari Kerajaan Melaka2. Tamadun Melayu bukan bermula semata-mata apabila orang Melayu menerima Islam

    Dua perkara inilah yang memerangkap minda orang-orang Melayu terutamanya di Malaysia. Perkara

    pertama telah menjahanamkan self-esteem anak-anak Melayu apabila menyangka bahawa Melakahanyalah satu-satunya rujukan kepada dunia pengurusan dan pentadbiran orang Melayu. Dari mana

    kekeliruan ini tersebar? Dari buku-buku teks sejarah sekolah yang begitu memualkan perut apabila

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    17/33

    menatapnya. Sejarahwan Jepun berusaha untuk

    meneutralkan imej kekejaman Jepun dan

    kekalahan mereka kepada kuasa Barat dalam

    Perang Dunia Kedua, namun lain halnya dengan

    kementerian yang mengawal soal pendidikan

    negara berserta para penulis buku teks sejarahMalaysia yang diupah, mereka menulis seolah-olah

    begitu berbangga dengan kemunduran bangsa

    melayu dan menyambut dengan gembira era

    penjajahan. Lihat sejarah England misalnya atau

    buku teks sejarah Perancis. Sejarah mereka

    mempunyai cross-link dengan sejarah Norman,Viking, Rom dan bangsa-bangsa Eropah yang lain.

    Semua diceritakan setepatnya dan ini benar-benar dapat diterima akal. Namun di Malaysia, para

    sejarahwan atau penulis buku teks berdegil menulis sejarah Malaysia amnya dan Melayu khususnya

    sesempit geografi Malaysia dari Perlis sehingga ke Sabah.

    Mereka menulis seolah-olah orang Melayu ini, tiba-tiba muncul di Melaka dan menawan seluruh

    semenanjung. Adakah orang-orang Melayu yang mundur dan miskin, tiba-tiba boleh membina sebuah

    pelabuhan yang lebih kaya dari Venice? Mereka perlu menyingkap tabir misteri yang menutup sejarah

    500 tahun Sebelum Masehi (500 B.C) ketika para pengasas Srivijaya mula membina jaringan

    perdagangan maritim di Alam Melayu. Siapakah Nakhoda Tanggang? Malim Deman? Malim Dewa? Atau

    Malim Kundang?

    Mereka adalah para pelaut dan pedagang maritim yang dikenang dalam hikayat-hikayat Melayu. Dan ini

    membayangi sejarah perdagangan maritim yang begitu lama diterajui oleh orang Melayu, Srivijaya.

    Siapakah Merong Mahawangsa yang profesionnya membawa barangan dan manusia dari satu tempat

    ke satu tempat dengan kapalnya? Ingat kisahnya yang membawa putera Rom untuk bertemu dengan

    puteri Cina? Semua watak-watak ini adalah bayang-bayang kepada profesion purba orang-orangMelayu dahulukala, perdagangan maritim.

    Orang Melayu tidak akan membina empayar

    sekiranya tidak bermula lebih awal. Namun

    malangnya sejarah Srivijaya terpecah-pecah

    berkeping-keping dan direbut oleh orang

    lain. Hasilnya, orang Melayu di Malaysia

    hanya mendapat serpihan sahaja, iaitu

    Kesultanan Melaka. Jika serpihan inipuntelah membangkitkan kekaguman dan prestij

    yang tinggi dari orang luar dan dalam diriorang Melayu sendiri tentang gaya

    pengurusan pelabuhan, pentadbiran, undang-

    undang laut dan cukai, apatah lagi jika

    diberitahu tentang empayar maritim

    Srivijaya yang punya rangkaian perdagangan

    yang kompleks atau kerajaan Champa yang

    punya sukatan metrik dan ilmu matematik

    yang tinggi. Kita tidak tahu semua ini, selama

    ini, kerana kita duduk di bawah tempurung

    pemerkosaan sejarah paling sadis dalam

    hikayat Kemelayuan.

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    18/33

    Kerajaan Melaka sebagai contoh, tidak berdiri dengan sendiri dan hanya tegak secara individu. Penulis

    buku teks sejarah Malaysia perlu menceritakan sekali hubungan Melaka dengan kerajaan sekeliling

    seperti Majapahit, Champa, Angkor dan Ayutthaya. Juga perdagangan maritimnya yang mencakup

    sejauh kerajaan Ryukyu di kepulauan Jepun sehingga ke Mesir. Ceritakan secara terperinci keadaan di

    pelabuhan Melaka dengan kehadiran pedagang Cina, India, Jawa, Khmer, Bugis, Eropah, Arab dan

    sebagainya. Ceritakan bagaimana sistem parking kapal-kapalnya di mana seorang pengembara Portugismengatakan sebanyak 500 kapal besar dan lebih 1000 kapal kecil berlabuh di Melaka pada satu-satu

    masa, menggambarkan betapa sibuknya pelabuhan yang lebih kaya dari Venice ini. Kita tidak tahusemua ini, selama ini, kerana kita memikirkan orang Melayu tidak pandai mencipta apa pun hatta

    sebatang jarum, pemalas dan 1001 sifat negatif lain yang benar-benar menyedihkan.

    Pihak kerajaan sibuk mahu mencanangkan tentang jatidiri, namun jatidiri yang bagaimanakah mahu

    dibina di atas luka penjajahan dan sejarah yang digelapkan? Jatidiri hanya mampu dibina dari budaya,

    bahasa dan sejarah bangsa. Secara logik, pengasas Melaka bukanlah membina hegemoni perdagangan

    di Selat Melaka secara sendirian dan tiba-tiba. Beliau membina kerajaan dan pelabuhan setelah

    mewarisinya dari satu budaya perdagangan yang amat lama.

    Terdapat empat kerajaan orang Melayu sekurang-kurangnya, yang perlu difokuskan selain Melaka.Pertamanya, Srivijaya. Keduanya, Champa. Ketiga, Kedah Tua dan yang keempat, Langkasuka. Masing-

    masing mempunyai misteri dan keistimewaan yang perlu disingkap. Sebab itu peraturan pertama untuk

    memahami sejarah Melayu adalah, Melayu bukan semata-mata bermula dari Melaka. Ingat, ayat ini dan

    anda akan menyeberangi ke dunia yang menakjubkan. Mahukah anda membuka rahsia para dewa-dewi

    Hindu yang sebahagiannya adalah raja-raja Melayu di Suvarnadvipa dan Suvarnabumi, dan lombong

    emas Kerajaan Israel Raya di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman? Ingat kata-kata hikmat yangpertama ini.

    Jika kita memikirkan selama ini budaya Melayu banyak menyerap dari India, sebenarnya kita tidak

    mengetahui tentang Tamadun India yang menterjemah kitab-kitab falsafah Jawa dan Melayu

    sebagaimana Tamadun Cina yang menterjemah karya-karya sarjana Funan dan Champa. Kita jarang

    tahu semua ini. Mengapa? Kerana bagi kita sejarah tidak penting sehinggalah kita semua disejarahkanatau dimuziumkan perlahan-lahan sebagaimana orang Melayu di Singapura. Ketika itu barulah

    terhegeh-hegeh mahu berdondang sayang atau berpenglipur lara menangisi riwayat dan hikayat

    Melayu yang pupus di bumi sendiri.

    Perkara kedua, juga sedikit sebanyak memesongkan orang-orang Melayu sebanyak 180 darjah dari

    realiti yang sebenar. Membincangkan perkembangan Tamadun Melayu tidak semestinya menafikan

    pencapaian orang Melayu ketika sebelum kedatangan Islam. Islam bermula sejak abad ke-7 Masehi, dan

    sebelum itu orang Melayu telah pun menggunakan sistem metrik dan sistem perpuluhan sebagaimana

    ditemui pada prasasti-prasasti Champa dan Srivijaya. Kita kena tahu membezakan sentimen agama

    dengan sejarah. Sebagai contoh, bangsa Amerika pada hari ini diketahui umum bukan beragama Islam

    dan mereka telah mencapai tamadun dan teknologi yang hebat. Adakah setelah bangsa Amerikaberamai-ramai memeluk agama Islam misalnya, maka sejarah peradaban mereka sebelum Islam

    dipadam dan dihapuskan dengan alasan itu hanya mengagungkan zaman kafir mereka? Sejarah

    Microsoft, McDonalds, KFC, Google, Yahoo! dalan lain-lain akan dipadamkan serta-merta. Itu tindakan

    bodoh sama sekali.

    Ini bukan hendak mengatakan Islam membawa kemunduran pula kerana kebetulan ketika zaman

    penyebaran Islam, pihak Kristian pula menggunakan imperialisme untuk menghalang perkembangan

    Islam. Perkembangan Islam di Nusantara seiring dengan kedatangan kuasa Eropah. Keadaan ini akan

    sama sekiranya kuasa Eropah datang ketika zaman Hindu-Buddha. Apa yang perlu ditekan di sini

    bahawa Melayu bukan tiba-tiba wujud setelah era kedatangan Islam.

    Jika hendak berkata tentang sejarah, kita perlu jujur walaupun berdepan dengan kenyataan yang pahit,kerana dari situ kita boleh mempelajari segala kesilapan kita. Kita seharusnya bersyukur atas anugerah

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    19/33

    iman dan Islam kita namun ini tidak semestinya menafikan sejarah Melayu ketika sebelum zaman Islam.

    Bayangkan Amru al-As sebagai penakluk Mesir memusnahkan segala warisan purbakala Mesir, Piramid,

    kuil-kuil Firaun atas nama Islam, sudah tentu ini adalah moral yang buruk dan akan dikenang sebagai

    kedunguan orang Islam kerana memusnahkan kesan-kesan tamadun orang lain. Tetapi orang Islam

    tidak berbuat begitu di Mesir kerana mereka bukan datang untuk membawa vandalisme kepada

    tamadun purba Mesir. Mereka datang untuk membawa cahaya iman, dan tanpa memusnahkan kesantamadun purba, penduduk Mesir berbondong-bondong masuk Islam. Ini adalah hikmah dakwah

    mereka, kerana sekiranya mereka terburu-buru memusnahkan segala kesan sejarah purba Mesir, sudah

    tentu penduduk Mesir akan berfikir dua kali untuk menerima Islam.

    Tidak perlu mereka-reka sejarah palsu dengan mengatakan keturunannya pernah memerintah

    empayar Islam yang sebenarnya tidak wujud sama sekali. Empayar Islam di Nusantara yang pernah ada

    ialah Empayar Cermin-Jeddah atau Majapahit-Kelantan (ini adalah clue kepada Batu BersuratTerengganu) dan Kesultanan Melaka, di mana ketika itu masih wujud kerajaan Majapahit yang

    beragama Hindu dan Ayutthaya yang beragama Buddha. Kemudian Majapahit diruntuhkan perlahan-

    lahan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang muncul di Tanah Jawa seperti Demak dan Mataram Islam.

    Jika benar keturunan kita pernah memerintah satu empayar Islam, kajian kita hendaklah serasi dengansejarah sekeliling dan ada cross-reference dengan bukti sejarah lain. Saya berasa sedih apabila orangIslam bergaduh dengan memaki-hamun antara satu sama lain semata-mata kerana sejarah dan

    keturunan, juga pangkat dan takhta. Seorang penulis dan blogger Merah Silu iaitu saudara Radzie

    Sapiee telah dicerca sehingga ke tahap keturunan apabila penulis blog Merah Silu itu dihina sebagai

    keturunan lanun dan nama anaknya juga dihina sebegitu keji. Turut mendapat penghinaan adalah

    sultan-sultan Perak yang dikatakan keturunan lanun perampas takhta semata-mata kononnya negeri

    Perak adalah berasal dari empayar Islam mereka. Jika mereka adalah pewaris empayar Islam,mengapa peribadi dan maruah mereka tidak sesuci agama Islam yang menggalakkan penganutnya

    bersabar dan bermanis dalam kata-kata? Inikan pula sesama Islam? Ini terjadi akibat pertanyaan

    saudara Radzie yang juga seorang pengkaji salasilah kerabat diraja Melayu mempersoalkan kesahihan

    salasilah hikayat mereka yang meyeleweng. Anda tahu bagaimana ini berlaku? Sebabnya mereka telahmencampur adukkan salasilah raja-raja Melayu dengan keturunan sebelah Siam mereka. Makam-makam raja Melayu ada yang didakwanya secara membuta tuli adalah nenek moyang mereka dan

    begitu juga ada raja-raja Melayu yang dimaki-hamun mereka sesuka hati. Ini kerana keturunan mereka

    telah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah dan bercampur-maur dengan darah Melayu Kedah, dan

    apabila keturunan sebelah Melayu Kedah Tulen menjadi Sultan Kedah, kaum kerabat mereka yang telah

    menjadi sebahagian kerabat diraja Kedah merasa marah kerana keturunan mereka (Siam) tidak naik

    takhta Kedah. Mungkin mereka teringatkan keagungan Ayutthaya pada zaman dahulu dan menyangka

    Kedah masih dinaungi oleh Ayutthaya. Akibatnya, mereka sudah menjadi sebahagian kerabat istana

    Kedah, maka kerajaan Kedah Tua yang lebih lama dari Ayutthaya juga dituntut mereka padahal

    kerajaan ini tiada kaitan langsung dengan keturunan Nai yang telah memeluk Islam. Saudara Radzie

    Sapiee hanya bertanya dengan baik namun dihadiahkan dengan maki-hamun yang meleret-leret dansaya perasan gaya maki hamun yang meleret-leret ini juga terdapat pada seorang keturunan Siam (Thai

    Malaysia) yang membuka blog menentang blogsejarahnagarakedah. Ini adalah gaya makihamun Siam,

    tidak kira yang Buddha atau yang Islam kerana saya pernah berkawan dengan orang Thai dan

    menonton wayang kulit serta persembahan teater rakyat mereka yang penuh sindiran dan perlian yang

    kadang-kadang berbau lucah dan kurang sedap didengar. Saya juga perasan kaitan keturunan Arab

    Yaman dengan Siam dan campuran dari mereka ini mungkin membentuk Siam Islam, dari apa yang saya

    baca dan pengetahuan meluas saya menyertai forum-forum Siam Buddha dan juga yang disertai oleh

    keturunan Siam Islam yang mempunyai intermarriage dengan keturunan Arab Yaman. Semua inimelalikan saya dengan karakter makihamun mereka, trademark yang sukar dikikis dari peribadimereka walaupun ada di antara mereka pernah belajar di Masjidil Haram dan Jordan, malah mengambil

    jurusan Islam pula!

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    20/33

    Saya juga perasan bahawa cerita empayar Islammereka hanya laku di Kedah dan sebahagian orang

    Melayu yang buta sejarah. Jika mahu fight di forum-forum luar negeri seperti Indonesia, Singapura

    mahupun Brunei, sudah tentu akan diketawakan,

    apatah lagi berpencak di forum-forum Thailand danKemboja. Namun ini tidak berlaku jika kita bawa

    sejarah Kesultanan Melaka, Patani atau Kerajaan

    Champa era Islam. Kerana semua kerajaan ini ada

    kesan-kesan di negara-negara berkaitan. Sejarah

    Melayu Islam lebih diterima berbanding sejarah

    Siam Islam kerana tiada satu pun prasasti ataucatatan tentang empayar Siam Islam ini melainkan

    hikayat-hikayat atau kitab-kitab jawi Melayu yang

    diselewengkan atau disalah tafsir oleh mereka. Sebab

    itu mereka hanya mampu menceritakan wasiat dan

    penglipurlara tentang mitos empayar Islam merekadi dalam perhimpunan keluarga sahaja bukannya

    seminar dan sidang sebagaimana yang saya hadiri

    sekarang. Cuba adakan pengkisahan dongengan

    mereka itu di Bangkok atau Phnom Penh, sudah tentu

    akan dihalau oleh orang Thai dan Khmer malah tiada

    seorang sarjana pun yang berani hadir kerana tiada

    siapa pun mahu terlibat dalam kisah hikayat perapu

    mereka.

    Saya juga perasan, untuk membuat dakwaan kewujudan empayar Islam mereka nampak logik, makabermulalah proses Islamisasi seluruh watak-watak, tempat dan sejarah Nusantara. Nama-nama rajaThai Buddha di Islamkan, kuil-kuil dan candi-candi yang nampak terang tiada kaitan dengan Islam juga

    diIslamkan. Semua sejarah kerajaan-kerajaan Nusantara diIslamkan secara lucu, sehingga Srivijaya dan

    Majapahit juga diIslamkan setelah Ayutthaya menjadi mangsa yang amat teruk diIslamkan. Portugisyang menyerang Melaka juga diIslamkan sehingga apabila ditanya pelbagai soalan tentang kronologi

    dan kesan Islamisasi itu, mereka berasa panik dan marah kemudian kelam-kabut mereka-reka ceritabagi menyedapkan hati supaya dongeng mereka itu nampak benar.

    Nasihat saya, kita boleh berbangga dengan Islam, namun jangan sesekali membohongi orang lain

    dengan mempergunakan Islam untuk tujuan peribadi.

    Saya juga perasan, apabila setiap kali penemuan sejarah baru berkaitan Melaka dan Malaysia, tiba-tiba

    mereka mengaku itulah sejarah yang telah hilang dan cuba digelapkan dan kemudian mereka-reka

    cerita bahawa ia ada kaitan dengan dongeng empayar mereka itu. Dalam hal ini sejarah Kedahlah palingteruk diperkosa mereka dengan setiap inci sejarah Kedah dikaitkan dengan keturunan mereka. Sayajuga perasan mereka tidak mempunyai identiti yang tetap. Sekejap mengaku Melayu, sekejap mengaku

    Siam. Mereka tidak boleh keluar dari bayang-bayang Siam/Thai mereka kerana orang tua mereka masih

    berbahasa Thai Kedah dan masih menyimpan gelaran Nai. Sebab itu dakwaaan mereka bercampur-campur antara Siam dan Melayu.

    Semua hikayat, kitab, kajian dan sebagainya yang bertentangan dengan hikayat mereka, maka ia

    dinafikan terus kesahihannya dan serta-merta mendapat cop hasil kerjatangan British, tahyul dankhurafat. Hanya hikayat merekalah yang benar dan suci walaupun juga penuh dengan tahyul dan

    dongeng seperti garuda yang bercakap-cakap seperti manusia dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

    Kebanyakan dari mereka ini luas pengetahuan sejarah tempatan namun menggunakannya untukmenyesuaikannya dengan wasiat atau dongeng empayar mereka itu. Tujuan utamanya ialah untuk

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    21/33

    menuntut takhta Sultan Kedah malah Yang Di Pertuan Agong! Dalam hal ini saya teringat tulisan Ibnu

    Rusydi dalam blognya yang mengatakan kemungkinan besar mereka ini adalah orang Thai dari kerabat

    atau pengikut Raja Ayutthaya yang terakhir, yang dikejar oleh para pemberontak Ayutthaya dahulu.

    Beliau berpendapat yang mereka semua ini sebenarnya dari keturunan Boromoraja Ekkathat, Raja

    Ayuthaya terakhir, yang melarikan diri ke Rundung (Ranong) akibat kekacauan dan peperangan di

    Ayutthaya, dan seterusnya berkahwin dengan Kerabat Di Raja Kedah dan keturunan mereka kinimenjadi Melayu. Ketika dikejar oleh para pemberontak (pemberontakan oleh seorang jeneral Ayutthaya

    bernama Thaksin), mereka bersembunyi di negeri-negeri Melayu dan mengharapkan belas ihsan orang-

    orang Melayu yang pernah diancam mereka dahulu. Sebahagian mereka akhirnya memeluk Islam

    manakala yang lain tetap mengamalkan agama Buddha. Inilah misteri bermulanya konotasi Siam Islam

    itu. Sebab itu setiap pertanyaan yang berbau fakta sejarah yang menentang dongeng mereka itu akan

    disambut dengan leteran dan maki-hamun yang meleret-leret seperti kesampukan hantu kerana hanya

    orang yang berbohong sahaja akan menjawab secara panik dan dengan perasaan amat marah dan

    kurang selesa.

    Ingat katakunci ini, sejarah Kedah mahupun era Kedah Tua sehinggalah Kesultanan Kedah sekarang

    tiada kaitan langsung dengan Siam Islam versi kedat.

    Dan ingat lagi katakunci seterusnya, bahawa kelompok Tai-Kadai (Siam/Thai) adalah kelompok yang

    terkemudian datang ke Asia Tenggara dari wilayah selatan China. Ketika migrasi mereka ke Indochina

    secara beramai-ramai, Indochina sudah terdapat kelompok pribumi yang lebih awal iaitu darikelompok Mon-Khmer dan kita, Malayo-Polinesian.

    Jadi jika terdapat perkataan loghat

    Kedah yang sama dengan bahasa

    Siam, itu bukan sebenarnya daribahasa Siam (Tai-Kadai) tetapi

    berasal dari kelompok Mon-Khmer.

    Dan perlu diingat, sesungguhnya

    orang Thai/Siam telah mencedokbahasa dan budaya Mon-Khmer

    serta Melayu Segenting Kra selama

    berabad lamanya dan ini

    dipersetujui sebulat suara oleh

    pakar sejarah Kemboja (Khmer) dan

    Thailand sendiri. Kaji senibina

    Khmer dengan senibina Thai.

    Bandingkan istana raja Kemboja

    dengan istana Raja Thai dengan gaya bumbung mereka. Siapa cedok siapa? Budaya Ayutthaya lebih

    kepada Melayu dan Khmer berbanding budaya satu lagi kerajaan Thai yang lain, Sukhothai yangterletak jauh di utara, lebih keCinaan (sinicized) berbanding Ayutthaya yang mencedok segala budaya;dari senibina hingga tarian daripada jiran sekelilingnya iaitu Khmer dan Melayu. Hari ini tidak kira Siam

    Buddha mahupun Islam mendakwa mereka sudah lama di sini padahal semua orang tahu sebenarnya

    merekalah yang mengambialih bahasa dan budaya orang Mon (Kerajaan purba orang Mon terletak diThailand Tengah, berjiran dengan kerajaan-kerajaan Melayu Segenting Kra pada masa lalu). Apabila

    orang Mon telah berhijrah ke Burma akibat trend penjarahan orang Thai yang terkenal apabila

    menakluk negeri orang lain, orang Thai/Siam yang asalnya tiada identiti khas akibat pencinaan

    (sinicized) telah perlahan-lahan membina identiti sendiri dengan mengadaptasi budaya Khmer dan

    Melayu Segenting Kra terutama kerajaan Melayu Sri Dharmaraja. Sinicized orang Thai samalah denganorang Vietnam, berbanding orang Mon dan Khmer masing-masing mengetahui mereka adalah pribumiIndochina dan istimewanya kedua-dua bangsa ini juga mengaku bahawa kelompok Malayo-Polinesian

    terutamanya Melayu adalah pribumi yang lain, hidup dan saling mempengaruhi antara satu sama lain

    selama beribu tahun sebelum kebanjiran orang Siam/Shan/Tai dan Viet-Muong/Dai-Viet dari utara.

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    22/33

    Jadi jika ingin bertanya adakah Melayu itu pendatang atau tidak, tanya kepada orang Mon dan Khmer

    ini, jangan tanya kepada orang Cina dan India mahupun Siam/Thai Malaysia. Orang luar lebih jujur dari

    kaum-kaum lain dalam negara kita kerana kaum-kaum pendatang terkemudian di Malaysia umumnya

    sengaja membutakan mata mereka terhadap sejarah orang Melayu semata-mata mahukan berebutkan

    tanah kita ini, yang penuh subur dengan segala mineral dan baik untuk pertanian serta strategik untuk

    perdagangan laut. Tidak hairanlah ia digelar The Golden Chersonese oleh pelukis peta Greek.Saya ingin beritahu satu rahsia. Jika ingin tahu sejarah Kedah, anda mesti belajar sejarah orang Mon.

    Ada benang-benang merah antara orang Melayu Kedah dengan orang Mon. Terutamanya lenggok

    bahasa mereka. Ini terjadi selama beratus-ratus tahun malah mungkin beribu tahun. Untuk tahu lebih

    lanjut, anda kena tahu lebih tentang ilmu linguistik dan sejarah, dan anda akan nampak rahsia antara

    orang Mon dan Melayu Kedah. Sebagaimana untuk memahami orang Kelantan, anda kena tahu sejarah

    Langkasuka dan Champa. Dan surprise, jika anda mahu memahami sejarah orang Jawa, anda kena kajisejarah negeri Kelantan. Di mana? Anda akan dapat jika pandai mencari. Jika tidak, tunggu sahaja Alter

    Terahsia Bangsa Melayu v3.5.

    ~ Srikandi

    10.45am June 25

    Phnom Penh

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    23/33

    C A T A T A N S R I K A N D I I VKHAMIS, 22 H B JULAI 2010

    [HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/07/CATATAN-SRIKANDI-III .HTML]

    Warna senja yang berbayang-bayang di puncak Gunung Pulai di Baling, Kedah tiba-tiba membangkitkan

    satu perasaan mistik dalam diri saya. Bayangan seorang puteri sedang bersimpuh sambil tangan

    kanannya menyusun jari-jemarinya seolah-olah kepala ular tedung tiba-tiba berbalam-balam seolah-

    olah menggantikan puncak tertinggi di daerah Baling itu. Ketika itu saya dalam perjalanan di dalam

    kereta pacuan empat roda, dalam keadaan amat letih dan mengantuk. Renungan puteri misteri itu tiba-

    tiba hilang ditelan merah senja yang membungkus puncak Gunung Pulai yang tingginya yang

    mempunyai ketinggian 585 meter.

    Bayangan puteri misteri itu mengingatkan saya tentang lagenda raja-raja perempuan yang memerintah

    satu kawasan pemerintahan purba yang dipercayai bermula di Kelantan sehingga menjangkau Patani

    dan utara Segenting Kra. Wilayah ini memang kaya dengan legenda ratu-ratu yang memerintah, seperti

    Cik Siti Wan Kembang, Puteri Saadong, Ratu Hijau dan adik beradiknya dan lain-lain lagi sekadarmenyebutkan beberapa contoh. Ketika ini saya teringatkan puteri jelita yang memakai headgearChampa yang pernah datang dalam mimpi saya dahulu. Semuanya seakan-akan mahu memimpin saya

    ke arah petunjuk-petunjuk baru kepada misteri keMelayuan silam yang tidak pernah terbongkar dalam

    mana-mana sejarah, sama ada yang fantasi mahupun yang realiti.

    Saya masih teringatkan Siri Salma (pada masa itu diterbitkan oleh FarGoes atau Hasrat Pelajar) yang

    amat digemari oleh saya. Biasanya ketika zaman sekolah dahulu, siri-siri penyiasatan seangkatan

    dengannya seperti Siri Hadi (dari siri Hardy Boys) atau Siri Tiga Penyiasat (dari siri The Three

    Investigators) juga garapan dari Enid Blyton menjadi kegemaran budak-budak lelaki pada zaman saya

    dahulu, namun saya adalah satu-satunya pelajar perempuan yang berebut-rebutkan buku-buku ini

    terutamanya Siri Salma (dari Nancy Drew) ketika waktu meminjam buku di perpustakaan! Saya merasabagaikan watak utama siri itu, dikenali sebagai Salma, pergi mengembara dan merantau ke merata

    tempat untuk mencari petunjuk-petunjuk kepada misteri baru yang muncul.

    Saya telah dirasuk oleh bayangan itu lagi. Wanita muda yang

    bersimpuh sambil menggaya-gayakan tangannya. Telapak tangannya

    dikuncup-kuncupkan bagaikan menyerupai ular tedung atau pun

    seolah-olah memanggil-manggil diri saya supaya rapat kepadanya.

    Ketika berhenti rehat di sebuah rumah seorang kru arkeologi di

    Kampung Sera, saya dapat merasakan sesuatu yang amat ganjil pada

    diri saya. Apabila menjelang malam, dahi saya mula berpeluh-peluh.

    Malam itu, seperti yang dijangka, saya telah bermimpi seorang puteri

    menari-nari dengan tangan yang melambai-lambai ke arah saya!

    Namun kali ini saya tidak mengigau seperti dahulu. Bacaan doa yang

    diajarkan oleh ibu saya benar-benar berguna. Syukur kepada Allah

    s.w.t kerana melindungi saya dari sebarang kejadian yang tidak

    diingini. Petunjuk kali ini adalah teramat misteri. Saya seakan-akan

    pernah melihat puteri itu, tetapi tidak tahu di mana. Siapa pula

    gerangan gadis itu?

    Sepanjang hari saya memikirkan tentang puteri misteri itu dan cuba mengingat-ingat kalau-kalau saya

    pernah melihatnya di dalam mana-mana tarian tradisional. Tiada. Saya semakin buntu. Ketika berjalan-

    jalan di sebuah pekan (dirahsiakan), saya telah terpandang satu restoran yang dimiliki oleh orang Thai

    Malaysia (orang Siam pada bahasa tempatan). Saya ternampak satu patung wanita yang diletakkan di

    atas bar kaunter, dengan gaya tangan yang sama seperti yang muncul dalam mimpi saya semalam!

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    24/33

    Semua ini tiba-tiba seperti satu flashback kepada kenangan di Sungai Petani, ketika saya dan kawan-kawan saya melawat bandar itu dalam satu rombongan sekolah. Ketika itu saya telah terpisah dari

    kawan-kawan saya akibat terlalu asyik membelek majalah di kedai buku. Saya cuba mencari-cari kelibat

    kelompok kawan-kawan sekelas saya namun hampa. Saya semakin takut. Hari semakin petang. Saya

    tidak dapat menahan sebak. Mata saya mula berair. Saya sedar bahawa saya telah tersesat!

    Saya cuba pergi ke arah sebuah pondok telefon untuk menelefon guru kelas saya, namun alangkah

    sedihnya saya apabila telefon awam di situ telah rosak gara-gara vandalisme. Dalam hati saya

    menyumpah-nyumpah budak-budak senget yang pastinya adalah punca kesusahan saya petang itu.

    Ketika berjalan longlai ke arah sebuah warung, seorang pemuda berumur dalam 30-an menegur saya.

    Siapa tidak merasa hairan melihat seorang gadis yang bermuka sembab dengan mata berair tanpa hala

    tujuan dan kebingungan? Pemuda itu sedang membaiki motorsikal di sebuah bengkel motor selang dua

    pintu dari warung yang saya mahu tuju. Selepas memberitahu masalah saya, pemuda itu memberikan

    telefon bimbitnya untuk digunakan bagi menelefon guru kelas saya (saya tidak mampu untuk memiliki

    telefon bimbit semasa di zaman persekolahan). Ketika menunggu guru kelas mengambil saya di situ,

    saya duduk di bawah pokok sambil memerhatikan pemuda itu membaiki motorsikal. Pada mulanya

    saya menyangka dia adalah seorang pemuda Melayu, namun rupanya tidak.Saya mula terkenangkan, ketika saya menelefon, mata saya terpandang satu kain yang dipenuhi

    mantera-mantera yang aneh direntang di atas altar pemujaan yang dipenuhi patung-patung Siam. Di

    atasnya terlihat satu lukisan seorang gadis bersimpuh dengan di sisinya terdapat sebuah dupa dan saya

    kira seakan-akan pinggan-pinggan yang berisi hidangan tertentu atau berisi buah-buahan. Anehnya,

    gadis itu tidak berpakaian dengan terlampau banyak aksesori yang punya pengaruh Siam/Thai. Dia

    hanya bersanggul dan memakai baju yang benar-benar mirip kebaya dan berkain batik!

    Dan gaya tangannya, adalah mirip patung wanita di restoran-restoran Thai.

    Setelah dapat mengingati dari mana petunjuk itu mula-mula saya pernah melihatnya, saya pun

    bergegas ke Sungai Petani untuk melawat bengkel motorsikal yang pernah saya singgah dahulu. Kalau

    boleh saya mahu bertemu dengan pemuda (mungkin umurnya sudah mencapai 40-an kini) yang pernahmembantu saya dahulu. Namun ketika tiba di sana (berdekatan Taman Cinta Sayang), bengkel

    motorsikal itu sudah tiada. Tempatnya digantikan dengan kedai Cina menjual buah-buahan. Saya tidak

    berputus asa. Saya cuma mahu melihat kain mantera yang punya rajah dewi Thai itu dan bertanya asal-

    usulnya.

    Ketika meronda-ronda di sekeliling pekan, saya ternampak satu kedai hardware yang memaparkankain bermantera seperti yang saya inginkan. Gambar gadis dengan gaya tangan melambai/terkuncup

    itu dilukis di bahagian bawah dengan gambar haiwan seakan-akan kura-kura dan lain-lain figura aneh.

    Kain berwarna kuning itu penuh dengan mantera-mantera dalam tulisan Thai. Saya pergi menemui

    pemilik kedai sambil berpura-pura bertanyakan barang. Sambil berbual-bual, saya mengambil

    kesempatan menanyakan tentang rajah dewi di dalam kain bermantera.Kemudian barulah saya tahu nama gadis itu.

    Pemilik kedai itu juga memberitahu saya bahawa mantera yang ditulis memenuhi kain kuning itu

    bukanlah dalam bahasa Thai atau skrip Thai. Ia adalah dalam bahasa Khmer dan dalam skrip Khmer,

    dengan simbol-simbol Khmer Kuno!

    Selepas itu saya pun mengkaji dan mengkaji semua puzzle yang muncul. Ini semua benar-benarmencabar minda saya. Saya terpaksa belajar memahami petitih-petih kuno, legenda rakyat Thai dan

    Khmer, belajar bahasa Sanskrit secara asas dan riwayat-riwayat purba. Saya belajar sejarah Thai dari

    Lanna, Lanxang (Lancang), sejarah Lao dan Sukhotai (Sukodaya). Saya belajar sejarah Kambujadesa dan

    dinasti Soma serta manuskrip-manuskrip Khmer Kuno. Saya terpaksa menyelak NegaraKratagama

    karya Prapanca bagi mengetahui wilayah-wilayah Srivijaya yang diambil alih oleh Majapahit (menurutPrapanca). Saya menjumpai wilayah kuno bernama Grahi yang terahsia dan paling gelap dalam sejarah

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    25/33

    Melayu. Saya juga berjumpa dengan wilayah Srivijaya sejauh Martaban di Burma dan hakikat paling

    tidak diketahui oleh anak-anak Melayu dan paling mahu dipadamkan oleh nasionalis Khmer, bahawa

    terdapat riwayat kuno yang menyatakan rakyat Khmer adalah di bawah pemerintahan Ma-La-Yu iaitunama yang dikenali oleh orang Khmer merujuk kepada empayar maritim paling agung yang pernah ada

    dalam sejarah Asia Tenggara, Sriwijaya.

    Dari sini saya menjumpai hakikat paling menggemparkan bahawa nama Melayu itu bukan sahajamuncul sebagai satu kerajaan di Sumatera, bahkan terdapat satu kerajaan kuno di Segenting Kra

    (setepatnya di sekitar Chaiya kini) yang digelar, kerajaan Melayur. Ini menghapuskan sama sekali

    pendapat yang mengatakan bahawa nama Melayu itu berasal dari nama sebuah kerajaan di Sumatera.Saya cuba mencari jawapan kepada misteri paling gelap dalam kerajaan Grahi ini namun bukti

    kewujudan kerajaan ini hampir mencapai tahap mustahil dalam dokumen bertulis berbahasa Melayu,

    tidak kira di zaman Pallawa, Kawi atau Jawi. Apatah lagi dalam kajian moden bertulisan Rumi. Ya, Grahi

    adalah kunci kepada misteri Kemelayuan di Indochina. Siapa dapat rahsia dari Grahi, dia akan

    membuka rahsia Funan dan Kambojaraja.

    Bagaimana dalam timbunan manuskrip Thai dan Khmer, dapat menemui sisa-sisa warisan Kemelayuan

    dan bayang-bayang nusa pertiwi? Bagaimana dalam riwayat-riwayat Thai dan Khmer yang bercampur-baur itu dapat terhidu harum seroja Kemelayuan dan santun susila Sang Melati?

    Tetapi saya dapat melihatnya. Malah semakin jelas. Saya tahu di mana mahu menjejak sejarah Melayu

    yang bersembunyi di dalam pekat mantera Khmer Kuno dan tarian suci diraja Angkor. Saya masih dapat

    menghidu warna darah Kemelayuan dan tinta emas Sriwijaya di dalam mitos dan petitih Thai Kuno,

    tidak kira ia bersembunyi di era Lanna, Sukhothai atau Ayutthaya. Saya tahu di mana mereka

    bersembunyi!

    Bagaimana seorang dewi Thai yang dipuja-puja, mantera pujanya ditulis menggunakan simbol suci

    Khmer?

    Ingat, budaya Thai dicedok dari Khmer dan Melayu Segenting Kra. Budaya Khmer pula dibayangi oleh

    budaya Sriwijaya. Jika anda mahu lihat budaya Melayu kuno yang masih tertinggal, perhatikan kostumThai dan Khmer; bukan yang jadi komersil atau pop, ia sudah bayak diubahsuai, lihat yang lebih asli di

    pedalaman. Tetapi orang Melayu moden sudah tidak mengenalnya, dan semuanya yang berasal dari

    Indochina semuanya dikatakan Siam. Budaya Melayu purba termuzium dengan baik ditangan Thai danKhmer. Bagus juga mereka ada. Sekurang-kurangnya jika saya mahu tahu bagaimana senibina dan

    pakaian Melayu Purba di Indochina, saya terus melihat Thailand dan Kemboja!

    Kemudian pencarian saya terhenti kepada satu watak paling penting dalam sejarah Kelantan. Siapa?

    Siapa orang Thai yang tidak kenal RamaKhamhaeng?

    Beliau adalah seorang raja dari kerajaan Sukhothai

    yang paling menyerlah dan kononnya beliaulah yang

    bertanggungjawab mengubahsuai skrip Khmermenjadi skrip Thai seperti yang digunakan pada hari

    ini. Tetapi bagaimana beliau mati? Ini adalah misteri

    yang menghantui semua hikayat tentang raja ini.

    Pernah dengar legenda Suriyothai? Seorang

    permaisuri duduk di atas gajah pergi berperang.

    Seorang wanita berperang di atas gajah!

    Saya belajar memahami siapa di sebalik nama Urduja

    atau Durga Wijayamala, serang puteri raja dalam riwayat Kelantan yang pergi berperang di atas gajah

    dan berhasil memenggal kepala seorang raja yang ganas!

    Cuba kaji mengapa kerajaan Sukhotai terus hancur selepas era Ramakhamhaeng, padahal pada erabeliaulah, Sukhothai mencapai tahap kemuncaknya. Siapa pengganti Ramakhamhaeng?

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    26/33

    Pada Abad 14 pula Ibnu Battuta (pengembara Arab yang terkenal) telah singgah di satu tempat yang

    bernama Kilu Krai (Kuala Kerai di Ulu Kelantan sekarang) dan bertemu dengan seorang rajaperempuan yang bernama Urduja. Raja perempuan ini digambarkan oleh Ibnu Battuta sebagai seorang

    yang gagah perkasa di sebalik wajahnya yang cantik jelita.

    Siapa Urduja? Sebab itu amat penting untuk saya sebagai penyelidik mempelajari sistem nama-nama

    monarki Melayu purbakala. Raja-raja Melayu pada era pra-Islam dahulu memakai gelaran Sanskrit

    untuk urusan rasmi atau dokumentasi dan gelaran tempatan di kalangan rakyat. Inilah rahsia yang

    amat mengelirukan ramai pengkaji sejarah.

    Siapa SuryaVarman I atau Jayaviravarman? Mereka secara umum adalah tokoh dalam monarki

    Kemboja. Adakah mereka Khmer? Salah! Mereka adalah Melayu. Seperti saya dan anda.

    SuryaVarman I adalah raja agung yang banyak membina candi dan binaan. Pernah dengar Preah

    Vihear? Ada pengkaji mengatakan beliaulah yang membina ibukota Angkor berpandukan rujukan

    bintang-bintang sebagaimana Piramid Agung dibina berpandukan buruj Orion. Raja-raja Kemboja

    menyambung usahanya selepas itu sehingga terbinalah Angkor Wat dan sejarah Angkor Wat inilah yang

    saya katakan ada kaitan dengan Grahi. Saya boleh katakan bahawa, blueprintAngkor Wat dikeluarkan

    dari dalam istana Grahi.

    Jadi seperti biasa,sudah tentu nama Suryavarman I ini amat direbut oleh nasionalis Khmer tanpa

    mempedulikan kejujuran ahli sejarah mereka. Suryavarman I dikatakan dari Khmer asli. Sama juga

    seperti nama empayar agung Sriwijaya, yang direbut oleh Thailand dan Indonesia, juga India!

    Perlu diingat bahawa rekod-rekod kuno dari China tidak mengenal apa itu Chaiya atau Nakhon Si

    Tammarat. Nakhon Si Tammarat berasal dari kata Sri Dharmaraja. Ramai menganggap ia adalah namakerajaan. Sebenarnya Sri Dharmaraja menjadi popular kerana seorang raja Melayu yang pernahmenyerang Sri Lanka iaitu Chandrabanu meletakkan kata Sri Dharmaraja sebagai gelaran menjadiChandrabanu Sri Dharmaraja. Kedua-dua nama ini (Chaiya dan Nakhon Si Tammarat) telah diberikan

    oleh Thailand. Tetapi terdapat nama Kio-lo-hi dalam rekod kuno China.

    Ia adalah 'Grahi' dalam lenggok sebutan orang China purba.

    Biar saya beritahu rahsia ini.

    Durga Wijayamala telah membunuh RamaKhamhaeng di

    atas gajah dalam pertempuran paling legenda seluruh

    Indochina. Wanita besi itu telah memenggal kepala raja

    Sukhothai itu dan mencampakkan tubuhnya ke sungai, lalu

    menyembunyikan kepalanya sebelum dituntut oleh sami-

    sami Sukhothai. Inilah legenda yang membayangi sejarah

    Sri Suriyothai.

    Ingat lagi gadis misteri yang melambaikan tangannyakepada saya dalam mimpi? Dan lukisannya yang dipuja

    oleh pemuda Siam, mekanik dari Sungai Petani? Patungnya

    telah dijadikan pelaris oleh masyarakat Thai. Kini patung

    dewi ini telah dipakaikan kostum Thai moden. Dan lukisan

    gadis ini dalam kostum kebaya atau kostum Sriwijaya

    (berkemban dan memakai selempang) adalah satu budaya

    tertua sekali berkaitan dewi ini. Asal-usul pemujaan NangGwak (nama dewi pelaris ini) dikatakan berasal dari mitosyang berasal dari India namun pengkaji budaya Thailand

    bersetuju mengatakan budaya dan kostum dewi ini berasal

    dari kebudayaan kuno yang telah bertapak lama diThailand. Apakah kebudayaan kuno ini? Ia adalah

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 03 - Catatan Srikandi

    27/33

    Sriwichay. Mahu saya terjemahkan apa dia Sriwichay itu?

    Seorang sami Thai dari Baling telah mengajarkan saya mantera pelaris untuk Nang Gwak ini. Sayabukan mahu amalkan benda-benda syirik ini, tetapi saya mendapat satu kenyataan yang menarik dan

    begitu menakjubkan dari mantera Nang Gwak, gadis misteri dari tamadun purba Thailand!

    Setelah meneliti mantera ini:

    ohm se-w-chai gang wian bpo j}o ko keow mee lok kon deow chu naang -gw{k chaaihn chaai r|k yng hn yng t|k tk tan n}a pak paa-nt chaa paa goo bpai k|a tungmeuang maen goo j{ bpai k|a ha wen gr d}i wan l| sen t| -naan goo j{ k|a sa-r|-p|tgaan gr d}i doi klng goo j{ k|a tong gr d}i-m|-dtem h{ap piang wan ne bpen ri samh{ap maa reuan sam deuan bpen s{yt-te sam bpee bpen pr k|a sm-pao pr| reu-se pobpen j}o bpr{-st h}i g{e lok kon deow s{-wa ha

    Saya mendapati kata see-wi-chai / Sriwichay tidak punya maksud dalam bahasa Thai dan ditafsirkanterus kepada Sriwijaya padahal kata Sriwijaya ada maksud dalam bahasa Sanskrit. Kata-katapermulaan Ohm adalah kata-kata sanjungan atau pujaan dari agama Hindu. Biasanya nama-namadewa akan diletakkan di belakang kata puja Ohm. Menariknya di sini, nama Sriwijaya diletakkan dibelakang Ohm. Tiada dewa Thai yang bernama Sriwijaya. Juga tiada nama dewa Hindu yang bernamaSriwijaya. Dalam riwayat kuno Thai, ambillah petitih mana pun, dari era Lannathai atau Sukhothai

    sekalipun, see-wi-chai hanya merujuk satu nama, Sriwijaya.

    Kandungan mantera ini menggambarkan maksud pelaris itu sendiri, membawa banyak harta benda,

    emas atau kekayaan dan menjadikan perniagaan semakin baik. Ada juga perkataan Khao Khieow yangmembawa erti yang mendalam.

    Saya ingin beritahu anda satu perkara. Puji-pujian kepada raja-raja Melayu Sriwijaya adalah satu

    budaya biasa ketika Sriwijaya berkuasa di IndoChina. Raja-raja ini dipuji dan dipuja bagaikan Dewa

    Visnu dan Siva dalam prasasti dan riwayat-riwayat Thai Kuno. Dan jangan terkejut jika sebahagian

    mantera s