LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe...

28

Transcript of LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe...

Page 1: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu
Page 2: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA

BUKU ANTARABANGSA 2014 Oleh: Auni Mahfuzah Binti Mohd Noor

Foto: Auni Mahfuzah Binti Mohd Noor

Pada 27 April 2014 yang lepas, Srikandi ICoRe telah mengadakan

lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa yang bertempat di Pusat Dagangan

Dunia Putra (Putra World Trade Centre) (PWTC). Lawatan yang diberi nama

Jaulah Srikandi ICoRe ini telah disertai oleh 38 orang peserta. Para peserta

telah berkumpul seawal jam 7 pagi di hadapan Sekolah Menengah Kebang-

saan Mahmud Raub untuk sesi pendaftaran dan taklimat peserta. Pengarah

program iaitu saudari Fatin Nasihah Bt Othman telah memberi taklimat kepa-

da para peserta mengenai Solat Jamak Taqdim yang akan dilakukan apabila

tiba di sana, keselamatan para peserta dan tentative program. Para peserta

kelihatan begitu teruja untuk memulakan perjalanan ke sana kerana ini

merupakan lawatan yang diadakan julung-julung kalinya bagi pihak Srikandi

ICoRe.

Tujuan Jaulah Srikandi ICoRe ini diadakan ialah untuk merapatkan

ukhuwah sesame sahabat Srikandi ICoRe. Selain itu juga, lawatan ini meru-

pakan wasilah untuk sahabat-sahabat menambahkan kenalan kerana peserta

lawatan ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Di samping itu, sa-

habat-sahabat dapat memanfaatkan peluang ini untuk membeli buku-buku

yang mereka inginkan dengan harga yang murah. Tepat jam 8.30 pagi, kami

bertolak ke PWTC dengan menaiki bas yang telah disewa khas. Kami tiba di

sana pada jam 10.30 pagi dan sebagai langkah keselamatan, kami telah

dibahagikan kepada 7 kumpulan. Setiap peserta dibekalkan dengan satu

kerongsang berbentuk bunga untuk dilekatkan di tudung dan para peserta

dibenarkan berjalan dalam kumpulan.

Para peserta diberi masa selama 3 jam 30 mini tuntuk meluangkan

masa di situ. Kami diarahkan untuk berkumpul semula di hadapan PWTC te-

pat jam 1 petang. Ketika berada di sana, jelas terpancar riak keterujaan di

muka setiap para peserta kerana masing-masing begitu teruja dapat menje-

jakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa. Tepat jam 1 petang, kami berkum-

pul semula untuk bertolak ke Masjid Negara yang terletak di Jalan Perdana,

Kuala Lumpur untuk menunaikan solat Zohor dan Asar secara Jamak Taqdim.

Masjid yang mempunyai kapasiti seramai 15 000 jemaah itu telah dibina oleh

arkitek Howard Ashley, Hisham Albakri dan Baharuddin Kassim. Setelah

selesai menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim, kami bergerak pu-

la ke gerai makanan yang berhampiran untuk mengisi perut yang telah

berkeroncong.

Jaulah kami diteruskan dengan perjalanan ke Taman Tasik Titiwang-

sa. Mengikut perancangan, pada mulanya kami ingin mengadakan usrah di

Taman Tasik Titiwangsa dengan berlatar belakangkan pemandangan tasik

dan berbumbungkan langit biru yang terbentang luas. Walau bagaimana-

pun, kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukan segala-

galanya. Hujan turun dengan lebatnya ketika kami dalam perjalanan ke Ta-

man Tasik Titiwangsa menyebabkan apa yang dirancang terpaksa dibatal-

kan.

2

Page 3: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Namun begitu, kami tidak berputus asa, sesi taaruf tetap dijalankan dan kami

hanya menjalankan sesi ini di dalam bas. Kami tiba di Taman Tasik Titiwangsa pada

jam 4 petang, dan kami meminta pemandu bas untuk memberhentikan bas berhada-

pan dengan sebuah kampus yang terletak di dalam kawasan tasik. Sesi taaruf telah

dikendalikan oleh saudari Nur Afiqah Binti Abdul Hadee manakala sesi bermain

“permainan usrah” pula telah dikendalikan oleh saudari Nurul Dalila Binti Mohd

Idris.

Permainan usrah ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian an-

taranya sirah dan fiqh. Melalui permainan ini, banyak ilmu pengetahuan yang dapat

dikutip oleh para peserta. Antaranya ialah zaujah Nabi Ibrahim merupakan Siti Sarah

dan Siti Hajar, majlis ilmu turut dikenali sebagai taman-taman syurga, tukang sikat

rambut isteri Firaun bernama Masyitah, dan yang paling menarik untuk dikongsi

ialah 3 rukun dalam berukhuwah. Rukun yang pertama ialah mendahulukan sahabat,

yang kedua bersangka baik (husnudzon) dan rukun yang terakhir ialah belapang

dada. Walaupun permainan ini hanya dijalankan di dalam bas, namun dengan

keadaan di luar bas yang masih hujan rintik-rintik menyebabkan suasana di dalam

bas sangat seronok dan semua peserta bermain dengan begitu gembira.

Padapukul 6.10 petang, kami bertolak pulang ke Raub. Hujan sudah mula

reda, dan kami dapat melihat pemandangan di sekitar Kuala Lumpur. Tepat jam 7

petang, kami berhenti di Genting Sempah untuk makan malam dan menunaikan

solat Maghrib. Kami diberi masa selama 1 jam sahaja kerana kami perlu tiba awal di

Raub untuk mengelakkan ibu bapa peserta risau akan keadaan anak-anak mereka.

Kami tiba di Raub dengan selamat pada pukul 9.21 malam. Bersyukur kepada Allah

SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun

terdapat sedikit kekalutan pada waktu pendaftaran. Namun begitu, lawatan ini telah

membuka mata ahli jawatankuasa yang menguruskan lawatan ini bahawa tidak mu-

dah untuk menguruskan sesuatu program. Jaulah Srikandi ICoRe bukan sahaja dapat

menambahkan bilangan ahli Srikandi ICoRe tetapi juga dapat memberi pengalaman

baru kepada ahli Srikandi untuk menguruskan sesuatu program. Tahniah kepada

pengarah program dan kepada semua peserta yang telah memberi kerjasama

dengan amat baik. Diharapkan ukhuwah yang telah dibina tidak terpadam begitu

sahaja.

3

Page 4: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

LAPORAN REHLAH SRIKANDI ICORE KE LATA

LEMBIK

Oleh: Nur Afiqah Abdul Hadee

Foto: Nur Afiqah Abdul Hadee

Pada 18 Mei 2014 (Ahad) yang lalu, Srikandi Islamic Circles of Raub (ICORE)

telah mengadakan program rehlah di Lata Lembik Recreation Park Raub iaitu

berdekatan dengan Kampung Ulu Sungai, Raub. Lata Lembik Recreation

Park ini merupakan sebuah kawasan semula jadi yang telah di naik taraf

dengan menyediakan pelbagai aktiviti lasak seperti memanah, flying fox, sky

walk dan sebagainya.

Aktiviti ini disertai seramai 19 orang wakil dari srikandi ICORE. Pro-

gram bermula pada jam 9.30 pagi dengan aktiviti memanah oleh setiap pe-

serta. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan aktiviti usrah santai, ak-

tiviti baling belon air dan akhir sekali aktiviti bina ukhuwah iaitu membina

bangunan menggunakan biskut.

Tujuan utama rehlah ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi ukhu-

wah antara sahabat-sahabat srikandi. Disamping itu juga, aktiviti ini ber-

tujuan untuk mendedahkan aktiviti yang lebih lasak kepada srikandi ICORE.

Dengan program rehlah ke Lata Lembik ini sedikit sebanyak dapat me-

lahirkan sikap keberanian yang lebih tinggi dalam setiap peserta.

Program ini akan terus diadakan setiap tahun agar ukhuwah yang terjalin

selama ini antara sahabat-sahabat Srikandi ICORE lebih mantap. Program ini

juga boleh membantu peserta-peserta membina keyakinan diri dan mening-

katkan lagi tahap keberanian dalam diri.

4

Page 5: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

LAPORAN PROGRAM JALINAN MAHABBAH DI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DONG Oleh: Nadila Ayu binti Jalaluddin

Foto: Shahila binti Zolkaply

Pada 29 Mei 2014 yang lepas, Tautan Halaqah telah mengadakan satu

program yang diberi nama Jalinan Mahabbah yang bertempat di Dewan

Sekolah Menengah Kebangsaan Dong. Program ini telah disertai oleh 35

orang peserta terdiri daripada 9 orang ahli ICoRe dan 26 orang pelajar

sekolah Menengah Kebangsaan Dong. Para peserta telah berkumpul seawal

jam 8 pagi di hadapan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dong untuk

sesi pendaftaran. Setiap peserta juga dibekalkan dengan roti sebagai sara-

pan. Para peserta kelihatan begitu teruja untuk memulakan aktiviti pada hari

ini kerana ia merupakan program pertama yang dianjurkan oleh Tautan

Halaqah Dong.

Tujuan Program Jalinan Mahabbah ini diadakan untuk merapatkan ukhu-

wah sesama ahli Tautan Halaqah disamping membina sillaturrahim dengan

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dong. Selain itu juga, program ini

merupakan wasilah untuk memperkenalkan Tautan Halaqah kepada remaja-

remaja di kawasan Dong disamping menambah kenalan baru dari kalangan

remaja. Pendaftaran peserta bermula pada pukul 8.30 pagi. Program dimu-

lakan dengan memperkenalkan fasilitator. Kemudian, setiap peserta diba-

hagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Dong dan ahli ICoRe. Setelah menjalankan

taaruf sesama ahli kumpulan, aktiviti yang pertama dijalankan. Aktiviti ini

dinamakan “Ce teka“. Salah seorang dari ahli kumpulan diberikan kad dan

perlu menggayakan perkara yang tertulis pada kad kepada ahli kumpulan

sehingga ahli yang terakhir. Ahli kumpulan yang terakhir akan menulis

semula perkara tersebut pada kertas yang telah diberikan.

5

Page 6: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Program diteruskan dengan aktiviti yang diberi nama “Angkat air dalam

baldi“. Setiap kumpulan diberi tugas untuk mengeluarkan sebuah baldi yang dile-

takkan di dalam lukisan kotak yang dilukis di atas lantai menggunakan dua utas tali.

Seorang daripada ahli kumpulan perlu memberikan arahan kepada ahli kumpulan

yang lain. Kumpulan dengan masa yang terpantas akan dipilih sebagai pemenang.

Aktiviti seterusnya diberi nama “Mesin pelbagai guna“. Dalam aktiviti ini, setiap

kumpulan diberi satu barang dan perlu memikirkan perkara atau barang lain yang

boleh dicipta daripada barang yang telah diberikan. Setiap kumpulan perlu mem-

bentangkan idea-idea mereka di hadapan peserta lain. Setelah aktiviti ini tamat, se-

tiap peserta diberi makan tengahari. Melalui program ini, kami cuba menerapkan

salah satu sunnah Rasulullah iaitu makan bersama di dalam talam. Alhamdulillah,

kami mendapat respon yang sangat baik daripada setiap peserta. Selepas makan,

kami bergerak ke surau sekolah untuk menunaikan solat Zohor secara berjemaah.

Selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, program Jalinan Ma-

habbah diteruskan dengan aktiviti yang dinamakan “Bumi musnah”. Dalam aktiviti

ini, peserta diberi satu situasi dimana sekiranya bumi musnah dan hanya terdapat

sebuah kapal yang hanya boleh dinaiki oleh tiga orang sahaja, siapakah diantara

ahli kumpulan yang akan diselamatkan. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih peserta

berfikir di luar kotak. Aktiviti seterusnya dinamakan “Mencipta mesin” dimana pe-

serta perlu mencipta mesin menggunakan surat khabar yang telah diberikan. Aktivi-

ti ini melatih dan mengembangkan imaginasi peserta. Aktiviti kemuncak diberi na-

ma “Sketsa”. Peserta di beri situasi di mahkamah dan perlu melakonkan semula

situasi yang telah diberikan. Aktiviti sketsa ini bertujuan untuk meningkatkan keya-

kinan diri dalam diri setiap peserta. Selain itu juga, aktiviti ini melatih peserta

berbincang dan berkomunikasi antara syabab dan srikandi secara professional.

Setelah semua aktiviti selesai, program diteruskan dengan majlis penutup dan

aktiviti penyampaian hadiah. Majlis ditutup dengan ucapan daripada wakil guru dari

Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, wakil daripada pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Dong dan wakil daripada Tautan Halaqah. Kumpulan yang mendapat

tempat pertama secara keseluruhan ialah kumpulan 1, diikuti kumpulan 5 sebagai

tempat kedua dan kumpulan 3 mendapat tempat ketiga. Manakala Khairul Azman

bin Jamsari dinobatkan sebagai peserta syabab terbaik dan Nur Aqilah binti Sabirin

pula merupakan peserta terbaik srikandi. Peserta juga berpeluang untuk membeli

barangan dari ICoRe Shop yang dibuka di bahagian luar dewan.

Program berakhir pada pukul 5.45 petang. Sebelum bersurai, peserta dijamu

dengan minum petang yang telah disediakan. Semua AJK menyusun atur semula ka-

wasan dewan sebelum meninggalkan dewan. Para peserta beransur meninggalkan

Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dong. Kami pihak ICoRe cawangan Dong,

Tautan Halaqah, bersyukur kerana program yang dirancang berjalan dengan lancar

tanpa masalah besar. Walaupun kuantiti peserta yang hadir meleset daripada yang

dijangka, kami tetap optimis dan meneruskan program ini sehabis baik. Kami ber-

harap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan bagi menarik

minat remaja terutamanya pelajar sekolah untuk menyertai ICoRe cawangan Dong

(Tautan Halaqah). Sesungguhnya, melaksanakan aktiviti seperti Jalinan mahabbah

memberi pengalaman baru kepada semua ahli Tautan Halaqah dalam menguruskan

program. Diharapkan hubungan ukhwah yang terjalin sepanjang program ini ber-

langsung akan terus bertahan atas dasar ukhwah kerana Allah.

6

Page 7: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

PRODUKTIF RAMADAN

Alhamdulillah, datang sudah bulan yang dinanti-nanti, bulan yang dirindui,

penghulu segala bulan.

Mengapa bulan Ramadan itu bulan yang perlu kita rindui? Ketika bulan Ramadan,

semua biasa merasai jiwa iman yang lebih tenteram dari bulan-bulan lain. Ke-

tenteraman itu bukan sesuatu yang dibuat-buat, tapi kerana bulan Ramadan itu

sememangnya bulan yang penuh barakah, rahmat dan kebahagiaan. Hari-harinya,

malam-malamnya, dan setiap detik jamnya adalah yang paling utama. Maka dengan

berbekalkan darjah keimanan yang lebih baik dari bulan-bulan lain ini untuk

menarik gear, menekan picu untuk melangkah ke darjah ketakwaan yang lebih ting-

gi.

Menyambut bulan penuh barakah, ada tujuh formula produktif menarik yang

dikongsi oleh Muharikah*.

1. Niat ikhlas untuk ibadah

Ada hadis meriwayatkan,

“Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan kerana iman dan mengharapkan

dari Allah maka dosa masa lalu pasti diampuni.” (HR Bukhari dan Muslim)

Pepatah barat ada mengatakan “begin with the end in mind,” sangat cantik jika kita

meletakkan satu matlamat yang kita ingin capai pada bulan Ramadhan sebagai satu

sumber pemacu momentum yang akan membantu memudahkan amal ibadah kita

dalam bulan Ramadan dengan penuh iman dan ikhlas. Jika kita meletakkan motivasi

kita berpuasa untuk berjumpa dengan Allah, melihat wajah indah Allah, berbicara

dengan Allah, tenaga kita akan berlainan, akan jadi luar biasa. Cinta pada Allah tu

adalah cinta yang membuatkan kita takut pada Allah, bukan seperti takut kepada

diktator yang kejam, tapi takut mengecewakan Allah atas dasar cinta itu sendiri. Pa-

da ketika itu insyaAllah kita mampu ketepikan alasan untuk beramal di jalan Allah.

2. Fahami level tenaga badan sendiri

Masing-masing arif dan mengetahui level tenaga badan sendiri. Ada yang perlukan

suplimen untuk memastikan kesihatan diri, seperti orang yang menghidap gastrik,

darah tinggi dan lain-lain. Ada yang mempunyai sistem metabolisme diri yang ting-

gi dan perlu kerap makan. Ada yang mempunyai sistem metabolism badan yang

rendah dan sebagainya.

7

Page 8: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Dengan memahami level tenaga badan sendiri, Rancanglah sebaiknya diet

pemakanan seharian kita ketika bersahur dan berbuka untuk memastikan kita ber-

tenaga sepanjang hari. Kesedaran ini sangat penting kerana kita tidak mahu

menghadapi masalah kesihatan kelak kerana kecuaian diri sendiri, kemudian iba-

dah puasa itu dilihat sebagai membebankan, walhal kita sendiri tidak menjaga diet

harian mengikut acuan tubuh kita sendiri. Kita disarankan makan tiga kali selepas

berbuka puasa dgn dos-dos atau portion yang kecil iaitu ketika berbuka, selepas

solat maghrib dan selepas solat sunat tarawih. Dengan dos yang berlebihan, dengan

izin Allah, kita mampu bertenaga untuk memperkasa amal ibadah Ramadan kita.

3. Khusyuk dan Fokus

“Dalam bersahur ada pahala,

dalam berbuka alangkah indah,

menahan diri menahan lidah,

menjaga hati menjaga mata”

(petikan dari lagu Marhaban ya Ramadan, Opick)

Terkadang kita mudah hilang fokus, mengumpat ketika berbuka, menggunakan ba-

hasa kesat ketika beremosi, melihat perkara-pekara yang melaghakan dan se-

bagainya. Ini sesuatu yang kita perlu muhasabah bersama. Melatih fokus itu tidak

dinafikan sukar. Ketika kita menuntut ilmu beberapa jam saja sudah boleh hilang

fokus, apatah lagi sebulan. Antara cara yang boleh membantu kita fokus sepanjang

sebulan ialah ingat-mengingati antara satu sama lain dan perbanyakkan ibadah.

4.Tidur yang mencukupi

Mungkin ada yang berjaga malam untuk menanti sahur, kemudian tidur di sepan-

jang siang harinya. Maka hilanglah sudah kenikmatan puasa dan ibadah. Sebaiknya

tidurlah awal supaya dapat lebih awal, bukan untuk bersahur awal, tapi untuk

menunaikan ibadah-ibadah sunat yang mnguatkan ruhi seperti tahajjud, zikir, tadab-

bur al-Quran, bertadarrus, dan lain-lain. Di siang hari, boleh juga tidur sebentar

(qiamullail) di antara waktu zohor dan asar supaya dapat kerehatan yang cukup un-

tuk terus beribadah di siang hari.

5. Berusaha meningkatkat ruhiyyah diri

Ketika bulan penuh barakah inilah kita harus meningkatkan amal ibadah kita lebih

dari ibadah-ibadah sebelum. Antara cara yang boleh membantu kita untuk mening-

katkan ruhiyyah diri ialah dengan menyediakan „mutabaah amal‟ yang boleh

disemak setiap hari. Mutabaah bermaksud pengawaan atau follow up biasanya

digunakan untuk kita menilai prestasi diri. Mutaaah amal bermaksud follow up amal

harian, boleh berupa checklist, ataupun jadual harian mengikut kretiviti masing-

masing. Boleh juga berusaha bersama-sama rakan terdekat untuk menyemak muta-

baah amal antara satu sama lain. Jangan khuatir masalah riak. InsyaAllah, kita semua

mampu ikhlaskan diri untuk membantu satu sama lain meningkatkan ruhiyah diri.

Antara contoh amalan yang boleh diletakkan di dalam mutabaah amal ialah seperti:

Solat sunat rawatib sekurang-kurangnya 2x/sehari

Solat jemaah sekuarang-kurangnya 1x/sehari

Solat sunat tarawih

Qiam

Tadarrus al-Quran 1juzuk/sehari

Istifar 100x/sehari

8

Page 9: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Mutabaah amal tidak fix untuk setiap orang. Susunlah mengikut kemampu-

an masing-masing, dan istiqamah untuk melengkapkannya setiap hari. Sis-

tem ini bukanlah sistem yang wajib tapi sistem yang agak cantik untuk

mengukur dan merancang pemantapan ruhiyyah (spiritual) diri, jika kita

ikhlas.

6. Bersenam

Bersenam ini untuk menjaga kesihatan diri di sepanjang Ramadan, jika dil-

aksanakan dengan betul. Masa yang terbaik utk melakukan senaman di

bulan puasa adalah satu jam sebelum puasa iaitu diantara pukul 6 petang

hingga 7 petang sebelum berbuka. Mungkin untuk kaun adam, masa ini

masa paling sesuai untuk bermain futsal dan lain-lain. Untuk kaum hawa,

jika tidak terlibat dalam melaksanakan juadah berbuka, bolehlah berse-

nam dengan apa saja cara, asalkan adab terpelihara.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa se-

bagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu ber-

takwa,...” (Al-Baqarah 2:183)

“Ketika Allah menyeru kita untuk berpuasa, Allah menyeru kita dengan se-

ruan iman. Ertinya, puasa itu adalah proses ke atas iman, proses yang

mengajar kepada kita untuk mempunyai kawalan diri yang kerana sesuatu

yang kita percaya. Kita tidak makan bukan kerana tidak ada makanan tetapi

kerana kita memilih untuk tidak makan kerana sesuatu yang kita percaya.

Maka kukuhkanlah kepercayaan di dalam hati melalui keupayaan untuk

memmbuat pilihan-pilihan yang baik melalui ibadah puasa kita kerana

keupayaan itulah yang diperlukan untuk kita membuat perubahan dalam ke-

hidupan seharian. ”

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Semoga Ramadhan kali ini Berjaya mendidik kita menjadi manusia yang

lebih baik dari sebelumnya. Dan semoga tidak tersia-sia segala usaha kita

pada Ramadhan kali ni.

Marhaban ya Ramadan!!

*Sumber : Muharikah

di „elaborate‟ dari sumber asal, usrah online Muharikah

BIODATA PENULIS Nor Fatirah Roslan merupakan anak kelahiran Melaka dan kemudiannya membesar di Raub,

Pahang. Pernah menuntut di SMK Tengku Kudin, Raub. Selepas menamatkan pengajian di

SMK Tengku Kudin, beliau melanjutkan pula pelajarannya ke Universiti Chiba, Jepun dalam

bidang Kejuruteraan Mekanikal. Facebook: Along Fatin

9

Page 10: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

PUASA DAN UBAT-UBATAN

Assalamualaikum

Puasa adalah merupakan rukun Islam yang ketiga setelah mengucap syahadah dan

menunaikan solat. Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah pada ayat 183 ten-

tang kewajipan kepada kita untuk berpuasa:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana di-

wajibkan ke atas orang–orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”

Allah telah mensyariatkan puasa kepada kita umat Islam kecuali kepada orang yang

sakit, musafir dan orang tua yang tiada upaya mengerjakannya. Ok, penulis pada

edisi khas Ramadan ini akan menceritakan tentang ubat-ubatan yang boleh

digunakan semasa puasa atau tidak. Tapi sebelum itu, penulis ingin menjelaskan

tentang qadha, fidyah dan kafarrah yang penulis faham.

Qadha ialah menggantikan puasa wajib (Ramadan) yang ditinggalkan.

Fidyah ialah mengeluarkan secupak makanan ruji bersamaan 674 gram atau setaraf dengannya.

Kafarrah ialah denda bagi lelaki yang bersetubuh di siang hari pada bulan Rama-dan.

Qadha Puasa Bagi Pesakit Syarak mengharuskan pesakit-pesakit meninggalkan puasa sekiranya ia tidak mam-

pu melakukannya. Ia wajib menggantikannya (qadha) berdasarkan firman Allah

SWT yang bermaksud:

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara

kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia ber-

puasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-

orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu

memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran

fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan

(walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah),

kalau kamu mengetahui”.

(Surah Al-Baqarahayat 184)

Sekiranya seseorang pesakit menderita kesakitan dia perlu mendapat nasihat doktor

pakar beragama Islam untuk menentukan sama ada boleh berpuasa ataupun se-

baliknya. Pesakit yang tiada harapan untuk sembuh, wajib membayar fidyah iaitu

memberi makan kepada orang miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

10

Page 11: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa

Ubat Yang Membatalkan Puasa

11

Page 12: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Arahan Mengambil Ubat Ketika Puasa

Pesanan penulis buat semua:

Selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan sempurna, jangan hanya

puasa tapi tidak solat, solat terawih pergi tapi tidak melakukan solat wajib. Penulis

takut ramai yang masih tidak faham, di mana kita lebih menekankan kepada ibadah

puasa tapi meremehkan soal solat.

Selamat menjalani ibadah puasa semua. :)

BIODATA PENULIS: Mohamad Dhiyauddin Fadli b Muhammad Zailani lahir di Kota Bharu Kelantan. Merupakan

anak sulong daripada dua orang adik beradik. Penulis pernah bersekolah di SK Bandar Raub,

SMK Tengku Kudin dan MRSM Kuala Berang. Merupakan graduan Universiti Sains Malaysia

(USM) dalam bidang Sains Farmasi. Pernah bertugas di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Temerloh dan kini bertugas sebagai Pegawai Farmasi di Klinik Kesihatan Jeram Tekoh, Gua

Musang Kelantan. Facebook: Mohamad Dhiyauddin Fadli

12

Page 13: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Apa itu Sahur?

Sahur merupakan satu tempoh makan sebelum mulanya waktu puasa agi umat Islam.

Ia berasal dari perkataan Arab, (سهر) yang membawa maksud „berjaga-jaga‟ atau sibuk. Sahur sangatlah digalakkan bagi umat Islam sebelum mula berpuasa.

Galakkan bersahur

" Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun sa-

lah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya

Allah swt berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." ( H.R. Imam Ahmad ).

Bilakah waktu bersahur?

Sebelum waktu Subuh yakni sebelum azan subuh berkumandang. 10 minit sebelum

azan subuh dinamakan waktu Imsak iaitu keadaan berjaga-jaga untuk berhenti da-

ripada mengambil makanan. Sahur membezakan puasa umat Islam daripada penga-

nut agama lain. Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)

itu ialah dengan makan sahur.”•

Bagaimana Penganut agama lain berpuasa?

Buddha: Kod Etika Keenam - Tidak makan makanan pada waktu „Vikala‟ iaitu da-ripada subuh ke tengah hari. Berpandukan amalan kesedeharnaan yang dipanggil

„Jalan Tengah‟ (Middle Way). Tidak dianggap sebagai puasa tetapi lebih kepada

amalan kesihatan dan amalan disiplin dan cara dan tempoh berpuasa juga berbagai

mengikut kepercayaan sendiri. Contohnya, sesetengah penganut Buddha berpuasa

secara „Vegetarian‟ (Tidak makan daging, ikan, atau produk haiwan).

Hindu: Tempoh puasa yang pelbagai tetapi jika diikut secara ketat orang yang ber-puasa itu tidak makan atau minum dari matahari terbenam hari sebelumnya sehing-

ga 48 minit selepas matahari terbit pada hari berikutnya . Terdapat penganut Hindu

juga berpuasa mengikut dewa kegemaran. Contohnya, pengikut dewa Siva cender-

ung untuk berpuasa pada hari Isnin; Dewa Vishnu, Khamis; Dewa Ayyappa, Sabtu.

Ada juga yang berpuasa sebagai „Vegetarian‟.

Yahudi: Menahan diri daripada makanan dan minuman, termasuk air iaitu dalam waktu 6 hari setahun dan tidak dibenarkan pada hari Shabbat (Bermula pada petang

Jumaat waktu matahari terbenam dan berakhir pada petang Sabtu juga waktu ma-

tahari terbenam).

Roman Katolik: Puasa adalah pengurangan pengambilan makanan kepada satu hidangan penuh (yang mungkin tidak mengandungi daging pada hari dan dua

hidangan kecil (Pagi dan Petang). Wajib bagi penganut yang berumur 18 hingga

59 tahun. 13

Page 14: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Kajian Psikologi (Berdasarkan Sarapan Pagi) Kognitif

Subjek (orang yang mengambil bahagian dalam sesuatu kajian) yang sarapan pagi

direkodkan lebih baik dari segi fungsi memori seperti mengingat semula, memori jangka

masa pendek dan jangka masa panjang [1].

Kekurangan kalori menyebabkan kanak-kanak bersikap tidak peduli dan menarik diri

daripada interaksi sosial (bermain dan bereksplorasi) [2].

Subjek yang tidak cukup sarapan pagi memberi kesan terhadap proses aritmetik

(matematik), membaca dan aktiviti fizikal [2]. Fisiologi

Sarapan pagi membantu kadar metabolik badan dalam jangka masa pendek. Hasilnya,

nutrien dapat dibekalkan kepada sistem saraf pusat (central nervous system) sekaligus

membantu proses kognitif [1].

Subjek berumur 1-5 tahun yang tidak sarapan pagi punyai tenaga yang yang lebih rendah

dan kekurangan pengambilan pelbagai mineral dan vitamin [2]. Fizikal

Subjek yang tidak sarapan pagi cenderung untuk makan snek yang punyai lemak dan

kolestrol yang tinggi berbanding subjek yang sarapan pagi [2].

Sikap tidak sarapan pagi dikaitkan dengan kadar BMI (Body Mass Index) yang tinggi [1].

Subjek yang tidak sarapan pagi punyai dua kali kadar terlebih berat (overweight) [1].

Penghidap obesiti lebih banyak mengabaikan sarapan pagi (72%) berbanding subjek

yang menghidap masalah kurang berat badan [1].

Kadar Body Mass Index (BMI) lebih tinggi didapati dalam kalangan lelaki yang sarapan

pagi secara tidak konsisten berbanding dengan yang sarapan pagi secara konsisten [1}.

Cadangan Makanan Sahur

Kurma, mengandungi Diet Fiber yang meambantu proses pencernaan. Juga mengandungi

Tannins (bahan anti-jangkitan, anti-radang dan anti-berdarah) serta Vitamin A yang baik un-

tuk mata dan mengelakkan jantung daripada terkena kanser [3],

" Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar." (H.R. Abu Daud ).

Jus dan Susu, baik bagi mendapat khasiat kalsium, Vitam in A dan Riboflavin. Bagi kanak-

kanak dengan pengambilan rendah produk tenusu, alternatif seperti jus buah dan kalsium

yogurt disediakan [3].

Kismis, Kaya dengan pelbagai vitamin termasuklah B6 (Pyridoxine) yang dapat membantu

proses haid dan mengelakkan penyakit batu karang. Juga mengandungi Vitamin B bagi

mengelakkan kanser serviks, migraine dan kekejangan otot [3].

Wallahu‟alam.

Rujukan

[1] Shaw, M. E. (1998). Adolescent breakfast skipping: an Australian study.Adolescence, 33

(132), 851-861.

[2] Rampersaud, G. C., Pereira, M. A., Girard, B. L., Adams, J., & Metzl, J. D. (2005). Breakfast

habits, nutritional status, body weight, and academic performance in children and adoles-

cents. Journal of the American Dietetic Association, 105(5), 743-760.

[3] http://www.nutrition-and-you.com/

Penulis:

Wan Zulhelmi bin Wan Kamaruzaman merupakan anak keenam daipada tujuh adik be-

radik. Tumpahnya darah beliau di Sungai Petani, Kedah. Pernah mendapat pendidikan di

SK Kampung Gelam (Melaka), SK Mahmud (Raub), SMK Tengku Kudin (Raub) dan SBP Inte-

grasi Kuantan. Beliau juga merupakan lulusan asasi TESL di Universiti Teknologi Mara

Kuantan yang sedang menuntut di HELP University, Damansara Height dalam bidang

Psikologi.

FB: Wan Zulhelmi

14

Page 15: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

RAMADAN

Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh

umat Islam terutamanya oleh mereka yang sangat memahami makna dan kelebihan

bulan Ramadan. Saya juga sangat menanti-nantikan bulan Ramadan terutamanya ba-

zar Ramadan dan persiapan raya, ditambah lagi dengan drama dan rancangan

menarik di televisyen. Itulah saya ketika masih di bangku sekolah, tidak pernah un-

tuk benar-benar menghayati kemuliaan bulan Ramadan.

Semuanya berubah 360 darjah apabila saya menginjakkan kaki ke bumi kan-

garoo lima tahun yang lalu. Di sinilah saya ditarbiyyah tentang erti sebenar Rama-

dan. Saya masih ingat akan keterujaan kami untuk menyambut Ramadan. Ia tentu

akan menjadi suatu pengalaman baru yang tidak akan dapat dilupakan walaupun

hakikatnya diri ini sangat merindui suasana Ramadan di negara sendiri.

Kami tersangat beruntung sebenarnya kerana bulan Ramadan jatuh pada

musim sejuk di Australia. Hal ini bermakna waktu siang lebih pendek dan waktu

malam akan menjadi lebih panjang. Iya, waktu berpuasa kami pendek, berun-

tungnya kami tidak perlu berletih-letihan. Ternyata mimpi tinggal mimpi. Meman-

glah waktu berpuasa menjadi semakin pendek tetapi berpuasa di musim dingin ru-

panya lebih mencabar. Anda akan jadi lebih cepat kelaparan disebabkan cuacanya

yang sejuk. Sudahlah perut kelaparan, cuaca pula sejuk sehinggakan badan meng-

gigil dan hidung berair. Seksanya hanya Allah yang tahu. Ingin memanaskan badan

dengan alat pemanas pun terpaksa berfikir banyak kali mengenangkan ada sahabat

yang terpaksa membayar bil eletrik sehingga beribu dollar!

Di sini juga tiada bazaar Ramadan untuk anda membeli belah juadah ber-

buka puasa, semuanya harus disediakan sendiri. Menginjak ke tahun kedua, kami

bersepakat satu rumah untuk berbuka puasa di masjid sahaja. Apa yang melucukan

ialah tidak ramai kaum wanita yang berbuka puasa di masjid dan kami terpaksa

menebalkan muka melalui barisan kaum lelaki yang sedang beratur untuk berbuka

puasa. Selalunya, muka kami serumah sahajalah yang akan memenuhi ruang makan

yang disediakan oleh pihak masjid. Alhamdulillah kedatangan kami disenangi oleh

pihak masjid malahan mereka selalu menyediakan makanan yang teramat banyak

untuk kami sehinggakan mampu untuk dibawa pulang dan dijadikan sebagai juadah

sahur pula.

Begitulah yang kami lalui setiap kali bulan Ramadan, tidak perlu sibuk

memikirkan hendak membeli apa dia bazaar Ramadan. Masa yang kami ada di-

tumpukan sepenuhnya untuk beribadat. Berpuasa di negara bukan islam ternyata

berbeza dengan suasana di negara Islam. Kemeriahan yang dirasai turut lain.

Meriahnya hanya di waktu malam, apabila muslim berpusu-pusu keluar memenuhi

masjid di seluruh Adelaide. Di sini terdapat empat masjid (setakat yang saya tahu)

malahan ada sebuah masjid yang dahulunya gereja, dibeli dan ditukar fungsi se-

bagai masjid oleh komuniti muslim di sini.

Apa yang menarik ialah terdapat masjid yang dibangunkan oleh komuniti

tertentu, antaranya ialah komuniti Ughyur (kaum muslim tertindas di Cina) dan

komuniti Turki. Masjid oleh komuniti Ughyur akan memulakan solat tepat pada pukul

7.30 malam untuk memberi laluan kepada masyarakat untuk benar-benar selesai

berbuka puasa manakala ada masjid yang meneruskan solat usai azan berkuman-

dang. Pengalaman menunaikan solat jemaah di pelbagai jenis masjid memberi pelu-

ang kepada saya untuk mendekati pelbagai mazhab, budaya dan cara masyarakat

muslim menyambut Ramadan dengan latar yang berbeza.

15

Page 16: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Perkara yang paling syahdu dan menyentuh perasaan bukanlah apabila terke-

nangkan kampung halaman tetapi apabila setiap kali diri ini berdiri untuk

menunaikan solat terawih, akan sangat hangat ukhuwah sesama muslim. Di kiri dan

kanan bukanlah Aisyah atau Soeraya yang berbangsa melayu tetapi wanita kulit

putih berbangsa Caucasian dan wanita berkulit hitam berbangsa Somali. Iya. Islam

itu rahmat untuk seluruh alam. Di sinilah saya benar-benar merasakan Islam itu un-

tuk semua bukan untuk bangsa Melayu sahaja dan yang lebih penting lagi, di sini lah

saya belajar akan tanggungjawab untuk menyebarkan syahadah itu.

Berpuasa di negara bukan Islam memberi peluang untuk anda benar-benar

fokus dengan amal ibadah anda semata-mata. Di kiri dan kanan setiap kali bertemu

sahabat muslim, mereka akan sibuk dengan amal ibadah mereka. Al-Quran tidak

lepas dari tangan, malahan kami berlumba-lumba untuk khatam. Pantang jika ada

masa lapang, semasa di dalam bus, ketika menunggu bus, di dalam kelas, pasti akan

kami penuhi dengan membaca Al-Quran. Hal ini tidak mungkin akan dapat kami ca-

pai seandainya kami disibukkan dan dihanyutkan dengan bazaar, persiapan raya,

lagu raya dan lain-lain sebagaimana di Malaysia. Fokus kami hanyalah amal ibadah,

tidak terlintas langsung akan niat untuk memasang lagu raya. Apa yang didengari

hanyalah bait-bait lagu Ramadan dua zaman ini;

Ramadan satu nasib tak serupa,

peluangnya sama natijah berbeza.

Ramadan mereka gembira cemerlang,

Mukmin berjasa diawal zaman,

Ramadan kami malam terbuang,

Muslim berdosa di akhir zaman.

Mereka gembira kerana kedatangan Mu,

kami gembira dengan pemergian Mu.

Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran,

tapi malam kami muram bertemukan Mu.

Mereka berlumba mengejar makrifat,

tapi kami lesu diburu nafsu.

Hati mereka bercahaya digilap takwa,

jiwa kami gelap didera dosa.

Takbir mereka takbir kemenangan,

hadiah mujahadah sebulan Ramadhan.

Takbir kami lesu tak bermaya,

tanda kalah lemah tak berdaya,

puasa sekadar lapar dan dahaga.

Semoga Allah member kekuatan kepada kita untuk melalui Ramadan kali ini dengan

rahmat dan redha Nya, bergraduasi sebagai hamba yang bertaqwa daripada Uni-

versiti Ramadan!

BIODATA PENULIS

Nursyafiqah Yazid merupakan pelajar di University of Adelaide, Australia di per-

ingkat Master dalam bidang Seni Bina. Dilahirkan di Pasir Mas Kelantan tetapi

membesar di Raub, Pahang dan pernah bersekolah di SMK Tengku Kudin, Raub.

Selain itu, beliau juga aktif sebagai sukarelawan Aqsa Syarif dan beberapa organ-

isasi lain di tempat pengajiannya. Facebook: Nursyafiqah Yazid 16

Page 17: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

PERNAH TERFIKIR?

Mana ada orang yang selera makan kebiasaannya selepas solat Subuh,

bangun tidur jam 4 atau 5 pagi pulak tu. Bangun melawan mengantuk semata

-mata hendak makan? Mustahil. Kita bukanlah jenis yang 'kebulur' tengah

pagi buta. Namun, hakikatnya kita berjaya bangun atas nama 'sahur'. Walau

berat, namun sahur tetap diraikan. Kita bangun tidur bukan kerana lapar.

Namun, kita menyelak selimut, melawan mengantuk kerana 'iman'.

Tanpa iman, tidak terdaya selimut dialihkan walau juara angkat berat

sekalipun. Sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya sedang dalam projek

mega mencapai taqwa. Tangga taqwa perlahan-lahan diredahi. Terkadang

rasa takut terhadap Allah itu sebenarnya sudah wujud dalam hati kita. Namun

kita tidak sedar apa yang kita nikmati adalah kemanisan 'iman'. Itulah Allah,

Pencipta kita. Diberi-Nya kasih sayang kepada hamba-Nya dengan me-

nanamkan rasa 'iman' kepada-Nya.

Biodata Penulis:

Shahila binti Zolkaply merupakan pelajar Tingkatan 6 di SMK Dong. Face-

book: Shahila Zolkaply.

17

Page 18: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Ramadan, ia sangat dinanti-nantikan kerana keistimewaannya yang cukup luar biasa.

Luar biasa bagi jiwa-jiwa yang diketuk dengan ketukan keimanan.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Semua amalan anak Adam di-gandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus

kali ganda. Allah „Azza Wa Jalla berkata, “Melainkan puasa, kerana ia untukKu dan

Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makannya

keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan, kegembi-

raan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau

busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah

daripada bau Misk”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh

keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa

yang dilakukannya sebelum itu”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya

dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadhan”.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatulqadar dengan

penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan

segala dosa yang dilakukannya sebelum itu”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

18

Page 19: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Semua hadis ini menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan

untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. Pintu sy-

urga dibuka sepanjang Ramadan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggam-

barkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan

menurut segala perintahNya. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita

dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat

bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan

tugas syaitan jika kita lalai. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam

menunaikan ibadat. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah

maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita

benar-benar bertaubat. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada

makan dan minum sahaja. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan

kasturi. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka

dan apabila bertemu Allah kelak.

Ramadan umpama oasis. Tempat seorang Mukmin Muslim mendapatkan

seteguk air minuman yang nyaman, sejuk dan dingin serta penghilang dahaga

selepas lama mengembara di gurun kehidupan yang gersang. Kita perlu faham erti Ramadan yang sebenar untuk mengelak daripada fe-

nomena adat bukan ibadat sebagaimana yang difahami oleh golongan majoriti da-

lam masyarakat kita hari ini. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan ini.

“Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah

diwajibkan ke atas mereka (orang-orang) sebelum kamu agar kamu beroleh taqwa”.

(Surah Al-Baqarah : 183)

Allah telah menetapkan bahawa matlamat puasa ialah TAQWA. Matlamat ini

menjadi tanda aras untuk kita bercita-cita dan penentu setakat mana kejayaan kita

memperolehi taqwa setelah selesai Ramadhan.

Al-Quran & Ramadan Ramadhan sering kali dikaitkan dengan “Bulan Al-Quran” kerana pada bulan inilah

Al-Quran diturunkan walaupun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ula-

ma‟ mengenai tarikh Al-Quran diturunkan. Ada yang berpendapat Al-Quran di-

turunkan pada tanggal 17 Ramadhan, ada pula yang mengatakan pada tanggal 24

Ramadhan. Selain itu, dalam semangat kenabian, pada setiap Ramadan, Rasulullah

s.a.w. biasa melakukan talaqqi (berjumpa secara berdepan) secara intensif

mengenai bacaan Al-Quran bersama malaikat Jibril „alaihissalam. Semangat tersebut

masih terasa, mampu terlihat pada masa kini dengan semaraknya tradisi tadarus Al-

Quran ataupun ceramah-ceramah yang berkaitan Al-Quran di masjid-masjid ataupun

majlis-majlis ta‟lim (pengajian ilmu).

Di dalam Al-Quran menyatakan bahawa bulan adalah waktu diturunkannya

Al-Quran. Hal ini seperti yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah : 185, “Bulan Rama-

dhan yang dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan pen-

jelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil. Sesiapa

yang menemuinya hendaklah berpuasa”.

Ayat ini menjelaskan bahawa Ramadan menjadi agung kerana Al-Quran per-

tama diturunkan dalam bulannya. Setelah Allah menyifatkan Ramadan sebagai suatu

yang agung, Allah menyuruh para mukmin menyambut ulang tahun penurunan Al-

Quran dengan berpuasa.

Mengapa perlu menyambut ulang tahun nuzul Al-Quran? Tidak lain dan tidak

bukan supaya manusia terus-menerus sedar bahawa Al-Quran sangat penting untuk

manusia. Allah berfirman, “Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran pada

malam kemuliaan (lailatul qadr)”. (Surah Al-Qadr : 1)

FirmanNya lagi, “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam

yang diberkahi”. (Surah Ad-Dukhan : 3)

19

Page 20: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Antara pengisian utama yang diamalkan serta dilazimi oleh Rasulullah s.a.w.,

para sahabat, salafussoleh serta para ulama‟ silam di dalam bulan Ramadhan ialah

mereka memperbanyakkan membaca Al-Quran. Apabila membaca sirah para ula-

ma‟ terdahulu, amalan soleh mereka berkait membaca Al-Quran ini sungguh luar

biasa. Imam Syafie‟ khatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan sehingga 60 kali.

Imam Abu Bakar Ibn al-Haddad, seorang ulama‟ mazhab Syafie‟ berasal dari Mesir

khatam 59 kali. Tergerakkah hati kita untuk mencontohi mereka?

Ada ulama‟ seperti Sufyan at-Thauri yang memfokuskan ibadahnya di bulan

Ramadan dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Begitu juga Imam Malik bin

Anas yang warak, ilmuan yang soleh lagi zuhud. Dikisahkan oleh Imam al-Baihaqi

bahawa Saidina Uthman adalah seorang sahabat yang banyak membaca Al-Quran.

Sehingga ketika beliau wafat, mushaf Al-Qurannya telah rosak kerana terlalu kerap

membacanya. SubhanALLAH! Kita juga mampu untuk melakukannya kerana sejarah

telah membuktikan.

Al-Quran bukan hanya perlu dibaca, difahami, dipelajari, dihayati dan dia-

malkan ketika pada bulan Ramadan sahaja bahkan kita perlu lebih juhud

(bersemangat) lagi pada bulan-bulan lain kerana Al-Quran penting sebagai

imunisasi (anti-body) untuk melawan anasir-anasir yang tidak elok yang berlaku di

sekeliling kita dan sebagai pendinding dan penguat kepada iman, jiwa dan hati.

Binalah SAYANG pada Al-Quran,

Binalah RINDU pada Al-Quran,

Binalah CINTA pada Al-Quran,

Binalah JAMBATAN HATI pada

Al-Quran,

dan Belajarlah Al-Quran

sampai Allah sayang pada kita.

Semoga ruh Al-Quran benar-

benar meneduhkan perasaan

nurani dan jiwa kita sepanjang

musim “kerehatan” jiwa di

bulan Ramadan ini.

Rindu Ramadhan

Kehadirannya dirindui dan dinanti-nantikan. Ibarat orang dipenjara yang selalu

menghitung hari pembebasannya, maka setiap hari sangatlah bererti. Begitulah

gambaran seorang Muslim, terutama para sahabat Nabi pada masa yang lalu.

Saat-saat menanti Ramadhan, para sahabat tidak ada bezanya seperti

seorang bakal pengantin yang merindui hari-hari pernikahannya. Sepanjang mem-

bilang hari sebelum hari pernikahannya, mereka sudah memikirkan hal-hal yang

sekecil-kecilnya. Mereka berfikir, gaun apa yang akan dipakai pada saat yang pent-

ing itu, apa yang perlu diucapkannya, sehinggalah kepada soal bagaimana cara

jalan dan cara untuk menata senyumnya. Begitulah gambaran seorang Muslim yang

merindui hadirnya Ramadhan. Tiada seorang pun antara kaum Muslimin yang ber-

sedih hati ketika menghadapi Ramadhan. Sebaliknya mereka bergembira dan

menyambutnya dengan penuh semangat yang menyala-nyala. Dan pemergiannya

pula ditangisi.

Semoga segala amalan kita sepanjang berada dalam madrasah Ramadhan

berjaya melahirkan rasa taqwa dalam keperibadian kita, inshaAllah.

Biodata Penulis: Muslihah binti Mohd Padzil dilahirkan di Hospital Raub, Pahang. Merupakan pelajar tahun

akhir Ijazah Sarjana Muda di University of Yarmouk, Irbid, Jordan, dalam bidang Usulud-

din. Facebook : Musleh Muslihah 20

Page 21: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Abang G dan Adik J feat. Ramadhan

Adik J : Yo, abang G!

Abang G : Waalaikumsalam, adik J.

Adik J : Alamak… Tersalah pulak. Hehe… Assalamualaikum!

Abang G : Waalaikumsalam. Haa… Kan bagus macamtu.

Adik J : Abang buat apa kat shopping complex ni?

Abang G : Saja jejalan-jalan teman kawan cari kurma.

Adik buat apa kat sini?

Adik J : Nak cari tempat untuk tempah baju raya ni, bang.

Abang G : Eh? Awalnya. Ramadan pun belum lagi ni, dik.

Adik J : Kena awal, bang. Takut tak sempat pulak nanti. Nak

tempah kuih raya lagi. Macam-macam nak kena buat.

Maklum la raya setahun sekali. Sebelum Ramadan dah

kena tempah, bang, lepas tu bila dah Ramadan boleh

la nak betul-betulkan takut ada silap. Nanti bila hari

raya terus boleh pakai.Tiga peringkat ni penting, bang.

AbangG : Amboi semangat betul dia kalau bab baju raya ni.

Adik J : Hehe. Mestila! Eh? Adik lapar la, abang nak ikut lunch

sekali?

Abang G : Abang puasa la dik hari ni. Tak boleh la nak ikut.

Adik J : Eh? Bukan lambat lagi ke Ramadan?

Abang G : Kena la bersiap sedia awal, dik. Maklumla, Ramadan

setahun sekali. Ni kira macamwarming up la sebelum

Ramadan nanti.

Adik J : Ooo.. Patut la adik tengok ramai orang bawak al-Quran

jalan-jalan sekarang ini. Nak warming up rupanya. Adik

pun nak cari satu la al-Quran saiz poket macamtu. Se

nang sikit nak bawak keluar rumah.

Abang G : Macamtu la adik abang. Beli yang ade terjemahan lagi

baik. Yosh!

BIODATA PENULIS Wan Azizul bin Wan Kamaruzaman merupakan pelajar dalam jurusan Electrical Engineer-

ing di Shibaura Institute of Technology, Jepun . Lahir di Sungai Petani, Kedah. Pernah

mendapat pendidikan di SK Mahmud (Raub), SMK Tengku Kudin (Raub) dan Sekolah Sains

Kuantan.

Facebook: Wan Jijul

21

Page 22: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

Price of progress

Islamic Art

22

Page 23: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

23

Antioksida

Antioksidan adalah kumpulan vitamin, mineral, enzim, dan rempah-rempah yang

membantu melindungi tubuh dari radikal bebas. Ketika di dalam tubuh terjadi

proses normal, di mana oksigen digunakan untuk menyediakan bahan api sel, be-

berapa dari molekul oksigen kehilangan salah satu elektron. Ketika hal itu terjadi,

molekul oksigen yang sebelumnya bersifat stabil itu berubah menjadi radikal

bebas yang berbahaya. Molekul ini kemudian cuba untuk menstabilkan diri mere-

ka sendiri dengan mencuri elektron daripada molekul lain yang stabil, sehingga

hal ini boleh merosakkan mereka dan mencipta lebih banyak lagi radikal bebas.

Kesan

Kerana radikal bebas mudah bertindak balas dengan sebatian lain, mereka

mempunyai kesan yang boleh menimbulkan gangguan dalam tubuh secara signif-

ikan (merubah proses normal dari, misalnya: metabolisme, respirasi, pembiakan).

Banyak faktor yang boleh menyebabkan pengeluaran radikal bebas, dalaman dan

luaran. Sumber-sumber radikal bebas dari dalam tubuh, selain proses pengambi-

lan oksigen, termasuk juga tekanan secara emosi dan latihan berat. Sumber luaran

antara lain pencemaran udara, asap rokok, pencemaran kilang dan ekzos kereta,

asap, racun perosak, racun herba, pencemaran makanan, kemoterapi, dan ma-

kanan yang dimasak secara bakar (seperti satay dan ayam bakar). Semua faktor itu

boleh menyebabkan berlebihan radikal bebas.

Analogi Proses ini boleh dicontohkan dengan menggigit sebuah epal. Selepas beberapa

minit, bahagian yang terbuka menjadi coklat. Malangnya, kita tidak boleh "melihat"

kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas dalam tubuh kita. Kelebihan radikal

bebas, ikut bertanggung jawab atas kesan penuaan, kanser dan terlibat dalam pel-

bagai keadaan kronik dan degeneratif, termasuk artritis dan penyakit jantung.

Radikal bebas boleh merosakkan membran sel serta merosakkan dan

merubah DNA. Merubah zat kimia dalam tubuh boleh meningkatkan risiko terkena

kanser serta merosakkan dan mematikan protein.

Langkah mengatasi Secara normal, radikal bebas biasanya dikendalikan oeh enzim yang dihasilkan

untuk mencari, mengambil dan meneutralkan radikal bebas berbahaya. Seiring

dengan bertambahnya usia, pengeluaran enzim ini semakin sedikit. Hal ini boleh

diatasi dengan memakan makanan yang mengandung antioksidan seperti vitamin

C, vitamin E, karotenoid, mineral selenium, dan hormon melatonin.

Herba yang mempunyai sifat antioksidan diantaranya bilberry, ginkgo,

ekstrak biji anggur, teh hijau, dan lain-lain. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga

merupakan sumber utama antioksidan (seperti timun, tembikai), bahkan sekarang

telah tersedia dalam bentuk suplemen.

Sumber: Konsul Kesihatan dan Pengubatan Herbal Indonesia.

Page 24: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

24

Page 25: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

25

Ilusi optik (juga dikenali sebagai ilusi visual) mempunyai ciri-ciri imej visual

dilihat yang berbeza daripada realiti. Maklumat yang dikumpulkan oleh mata

diproses dalam otak untuk memberikan persepsi yang tidak sama dengan

ukuran fizikal sumber rangsangan. “Literal optical illusions” yang

mewujudkan imej yang berbeza daripada objek hasil daripada pendedahan

mata dan otak yang berlebihan terhadap rangsangan tertentu (kecerahan,

warna, saiz, kedudukan,, pergerakan), dan ilusi kognitif, hasil daripada

pengaruh bawah sedar.

Page 26: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

26

Inteam & Nazrey Raihan - Ramadhan Dua Zaman

Ramadan satu nasib tak serupa,

peluangnya sama natijah berbeza.

Ramadan mereka gembira cemerlang,

Mukmin berjasa diawal zaman,

Ramadan kami malam terbuang,

Muslim berdosa di akhir zaman.

Mereka gembira kerana kedatangan Mu,

kami gembira dengan pemergian Mu.

Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran,

tapi malam kami muram berkabung dengkur.

Mereka berlumba mengejar makrifat,

tapi kami lesu diburu nafsu.

Hati mereka bercahaya digilap takwa,

jiwa kami gelap didera dosa.

Takbir mereka takbir kemenangan,

hadiah mujahadah sebulan Ramadhan.

Takbir kami lesu tak bermaya,

tanda kalah lemah tak berdaya,

puasa sekadar lapar dan dahaga.

Page 27: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu

27

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)

When will we learn that each child has his own abilities? Sooner or later all of them learn. Each has his own pace.

Five uneven fingers form a hand., (Aamir Khan, Taare Zameen Par)

"Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizali-mi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad)

Be brave enough to live life creatively. The creative place where no one else has ever

been. (Alan Alda)

“Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada kamu" (Riwayat Ibnu Majab).

He who opens a school door, closes a prison.

(Victor Hugo)

"Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)

Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by

dogma (Steve Jobs).

Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.

(In Team)

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan, ayat 23)

Page 28: LAPORAN JAULAH SRIKANDI ICORE KE PESTA · Bersyukur kepada Allah SWT kerana Jaulah Srikandi ICoRe tidak menghadapi sebarang masalah meskipun terdapat sedikit kekalutan pada waktu