Assignment Titas
Transcript of Assignment Titas
KANDUNGAN MUKA SURAT
PENDAHULUAN……………………………………………………………….. 1
DEFINISI ISLAM HADHARI…………………………………………………... 2
VISI, MISI, DAN OBJEKTIF ISLAM HADHARI……………………………... 3
10 PRINSIP UTAMA ISLAM HADHARI
PRINSIP1 : Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah……………………… 5
PRINSIP 2 : Kerajaan adil dan beramah……………………………………… 6
PRINSIP 3 : Rakyat berjiwa merdeka………………………………………… 8
PRINSIP 4 : Penguasaan ilmu pengetahuan………………………………….. 10
PRINSIP 5 : Pembangunan ekonomi seimbang dah komprehensif…………. 14
PRINSIP 6 : Kehidupan berkualiti……………………………………………. 20
PRINSIP 7 : Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita……………….. 22
PRINSIP 8 : Keutuhan budaya dan moral……………………………………. 25
PRINSIP 9 : Pemeliharaan alam semula jadi…………………………………. 26
PRINSIP 10: Kekuatan pertahanan……………………………………………. 27
KESIMPULAN…………………………………………………………………... 32
PENDAHULUAN
“Islam Hadhari adalah suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara
Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.”
Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada
pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus
kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan,
pembangunan kesihatan serta fizikal.
Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem
perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi
melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi
amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukannya
mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau
fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan
tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali
tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang
bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir
akidah, akan dapat menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya
tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa
dan tempat.
1
Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan
supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan
ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang
komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemai nilai-
nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama ;
1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
2. Kerajaan Adil dan Beramanah
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
6. Kehidupan Berkualiti
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
8. Keutuhan Budaya dan Moral
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
10. Kekuatan Pertahanan
2
DEFINISI
Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ianya lebih lengkap dan menyeluruh
berbanding pendekatan secara juzi’a atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik(al-Islam al-
Siyasi), Islam bersifat tasawwuf(al-Islam al-Sufi),dan seumpamanya.
Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan
untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun danmempunyai peradaban yang
unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa
sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan fikiran.
Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspekritual dalam
pembinaantamadun. Ini kerana pandangan hidup, system nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan
rohaniahmerupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.
3
VISI ISLAM
Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah Negara
maju mengikut acuan sendiri.
Konsepnya adalah Negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu,
berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagi golongan yang berakhlak, berbudidan
berbudayayang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.
MISI ISLAM HADHARI
“Melaksanakan agenda pembangunan Negara dan ummah berlandaskan pendekatan
Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang”
OBJEKTIF ISLAM HADHARI
“Bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual
(rohani), akhlak, intelek, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif
serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai”
4
10 PERINSIP UTAMA ISLAM HADHARI
Prinsip 1
Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
sebagai teras utamanya adalah mencerminkan arah dan halatuju yang kukuh dan konsisten
kerana ia merupakan sumber cahaya yang menyinari kesemua prinsip-prinsip Islam Hadhari
yang lainnya. Menerusi interaksi dan kerjasama yang tidak terbatas bagi membangunkan
tamadun manusia yang kukuh dan bernilai hormat-menghormati di antara satu sama lain kerana
matlamat dari seluruh aktivitinya samada bersifat spritual dan fizikal bagi mencari rahmat
Tuhannya serta kedamaian dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat. Penghayatan nilai
keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t akan memberi kekuatan kerohanian dan moral
kepada masyarakat. Ia boleh menjadi penunjuk dalam merealisasikan risalah hidup mereka di
dunia ini, untuk mengambil bahagian dalam membangunkan tamadun dunia mengikut kepakaran
dan kemahiran masing-masing. Penguasaan Teknologi dan pemilikan ilmu bukan sahaja
berkaitan dengan amalan keagamaan tetapi juga yang bersangkut-paut dengan kehidupan di
dunia kerana penguasaan ilmu pengetahuan merupakan faktor yang menentukan kejayaan dan
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Seseorang yang memiliki iman dan takwa akan melihat sesama
manusia sebagai kejadian Allah s.w.t yang mulia tanpa memberi justifikasi darjat seseorang
mengikut agama dan bangsanya. Ia memberi pertolongan dan pergaulan yang baik kepada
semua, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Malah orang yang beriman dan bertakwa
sentiasa menjadikan dirinya sebagai cermin dimasyarakatnya dan memberi contoh yang terbaik
dalam pergaulan dan muamalah. Manusia yang beriman dan bertakwa adalah manusia yang
5
mudah menerima kebenaran dan mampu mempertahankannya dan menyebarkannya kepada
orang lain baik melalui pengajaran dan pendidikan mahupun melalui suri tauladan yang terlihat
dalam amalan hariannya. Oleh itu, iman dan takwa merupakan nadi penggerak pembangunan
insan yang dapat menghasilkan sumber manusia yang berkebolehan dan berupaya dalam
melaksanakan pembangunan tamadun yang dicita-citakan. Meletakkan keimanan dan ketakwaan
sebagai teras utamanya pendekatan Islam Hadhari adalah asas yang kukuh dan konsisten bagi
menerangi pembangunan manusia dan hala tuju negara ini merupakan satu kesimpulan yang
tepat dan praktikal. Pendekatan Islam Hadhari yang disinari oleh iman dan takwa akan menjana
umat yang berupaya dan bermoral mulia, bersungguh-sungguh didalam tugas dan tanggungjawab
dengan gigih, amanah dan berkualiti. Manusia yang beriman dan bertakwa sentiasa berusaha
melakukan perkara-perkara terbaik dan menjauhi yang mungkar. Ia tidak memisahkan diri dari
masyarakat tanpa mengira batasan agama, budaya, bangsa dan bahasa.
Prinsip 2
Kerajaan adil dan beramanah
Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar
masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90,
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta memberi
bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji
dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan
mematuhiNya”.Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa,
6
kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam al-
qur’an dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maa’idah : 8,
Maksudnya : “Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya,“Sekiranya Fatimah mencuri
nescaya aku akan memotong tangannya”.
Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang
diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. Dalam al-qur’an
Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ :58 Maksudnya :
“ Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar
lagi sentiasa melihat”.
Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad Maksudnya : “ Dan tidak beriman
bagi seseorang yang tidak amanah”.Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik
(good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang
cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik,
maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-qur’an surah Saba 15
7
Maksudnya : “ Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan
kebun (yang luas lagi subur)”. Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka).
(Lalu dikatakan kepada mereka):”makanlah dari re4zeki pemberian Tuhan kamu dan
bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan
(Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”.
Prinsip 3
Rakyat yang berjiwa merdeka
Mengikut Kamus Dewan (halaman 883), merdeka bermakna bebas daripada penjajahan,
kurungan, naungan dan lain-lain. Kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada
kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan
manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Asas kemerdekaan diri secara
rohaniah dan amal ialah pertautan yang tinggi dengan Allah S.W.T. yang dilakukan dengan
ibadah clan amal soleh yang ikhlas dan telus supaya kesan kebaikannya dapat dirasakan oleh
yang lain. Kebebasan berfikir ialah pertautan akal dengan naql iaitu wahyu. Wahyu memberikan
pertunjuk manusia supaya pedoman yang diberi menyebabkan manusia terus berada dalam
keadaan fitrah dan tidak melampaui batas. Batasan yang memisahkan yang baik dengan yang
buruk, maaruf dan mungkar, hak dan batil, adil dan zalim adalah persimpangan yang boleh
membawa manusia kepada belenggu dan boleh memimpin manusia ke arah kebaikan. Sekiranya
manusia memilih jalan yang baik, kemerdekaan yang sebenarnya dirasai tetapi sekiranya
manusia memilih jalan yang batil maka manusia tidak memilik dan hidupnya dibelenggu. Faktor
8
kreativiti dan inovativiti menjadi landasan pengembangan ilmu dan teknologi umat Islam. Ini
penting supaya faedah berbanding dapat di manfaatkan, acuan kita sendiri dapat terhasil dan
akhirnya tradisi ilmu baru bakal terbentuk hasil adanya integrasi dan proses Islamisasi
menjadikan keunggulan ilmu yang fitrah berkembang. Ia bakal merintis kemajuan dan perubahan
secara holistik sifatnya. Malaysia sebagai sebuah negara merdeka tidak dapat mengelak diri
daripada mempunyai warga yang mesti berjiwa merdeka. Hanya warga yang berjiwa merdeka
mempunyai kejelasan arah tuju perjuangan. Mereka yang masih terbelenggu dengan kekaguman.
Barat secara melulu atau ingin mempertahankan amalan. dan budaya diri yang menghambat
kemajuan dan perubahan, bakal menjadi beban ke arah mernacu kemajuan dan perubahan.
Kewatanan juga menuntut sama rasa kesetiaan yang tinggi terhadap negara. Dalam tradisi
Negara Islam sandaran terhadap negara dihubungkan dengan rujukan terhadap Allah S.W.T..
Manusia yang dilantik sebagai khalifah mempunyai peranan yang besar supaya negara di mana
mereka berada seharusnya mempunyai kesetiaan yang tinggi dan mempunyai azam dan tekad
untuk memajukannya supaya negara Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan orang lain
dalam acuan ke Malaysia yang unik. Rakyat berjiwa merdeka harus difahamkan dalam konteks
yang luas. Kemerdekaan politik yang kita terima setelah dijajah memberikan kita taklif atau
amanah bagaimana negara kita Malaysia dapat dimajukan dengan mengambil pendekatan yang
komprehensif iaitu tidak menolak ilmu dan teknologi malah budaya yang baik yang terdapat di
Barat dan di Timur tetapi dalam masa yang sama kita membangunkan perubaban berasaskan
Acuan Kita Sendiri.
9
Prinsip 4
Penguasaan ilmu pengetahuan
Dalam konteks negara Malaysia, pembangunan ilmu dan pendidikan menjadi metlamat dalam
pembangunan dasar pendidikannya sejak kemerdekaan di capai. Pengenalan subjek Agama Islam
di mulakan sejak Akta Pelajaran 1961 di laksanakan. Perkembangan subjek-subjek dalam
orientasi Malaysia dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mula menjadi
keutamaan. Sekitar tahun-tahun 80an orientasi pengilmuan dan pendidikan di Malaysia
menempa orintasi baru di mana faktor pendidikan agama menjadi faktor yang penting dan
pendekatan sepadu dalam pendidikan menjadi asas utama membangunkan peribadi modal insan
yang holistik. Pengenalan konsep Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia adalah langkah menarik bagaimana proses pengilmuan dan pendidikan
harus berjalan secara integratif.
Para pelajar tidak saja didedahkan dengan asas-asas ilmu Mengurus Diri seperti aqidah,
akhlak, tilawah, loghah atau bahasa tetapi juga dengan asas-asas Quran, Hadith dan Tafsir
sebagai asas membina Tasawwur yang lebih betul tentang maksud ilmu-ilmu agama. Dalam
masa yang sama, para pelajar di dedahkan dengan subjek-subjek yang berkaitan dengan ilmu
Mengurus Sistem seperti Matematik, Sains, Perakaunan, Ekonomi, Komputer dan lain-lain bagi
membolehkan mereka menguasai ilmu yang berkaitan dengan pengurusan sistem.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cuba mempelopori proses integrasi dan
Islamisasi ilmu dalam semua bidang ilmu pengetahuan dan ianya diikuti oleh Akademi Pengajian
10
Islam, Universiti Malaya dan juga Kolej Universiti Islam Malaysia supaya para pelajar
mempunyai pendedahan dalam penguasaan ilmu pengetahuan yang bakal membolehkan mereka
masuk ke arus perdana dengan memiliki kemampuan ilmu yang seimbang dan menyumbang.
Proses membina insan dalam pengilmuan dan pendidikan, memerlukan pembangunan
modal insan yang holistik. Ia amat perlu dibangunkan supaya metlamat bina tamadun dapat
dilakukan secara sistematik. Globalisasi yang menerpa umat Islam kini memerlukan jawapan
ilmu dan integrasi dan Islamisasi ilmu kini adalah jawapan terbaik terhadap faktor globalisasi.
Konsep umatisasi harus menjadi metlamat utama proses pengilmuan dan pendidikan dan
landasan hadhari atau ketamadunan sewajarnya menjadi tunggak dan teras membangunkan dasar
keilmuan dan pendidikan negara.
PENDIDIKAN ISLAM DAN J-QAF
Di peringkat formal, pendekatan integratif dalam Pendidikan Islam memerlukan asas dan
kaedah yang lebih jelas dan jitu. Pendekatan J-QAF umpamanya tidak saja menekankan
pentingnya ketrampilan dan ketatacaraan dipelajari tetapi bagaimana dapat disuburkan
pemahaman tentang falsafah, hikmah dan makna disebalik pendidikan Jawi, al Quran dan juga
Fardhu Ain supaya pendidikan kemahiran Jawi , al Quran dan Asas Fardhu Ain dapat
membentuk aqidah, pemahaman tentang makna ibadah yang sebenar, disamping terbentuknya
akhlak contoh di kalangan pelajar-pelajar yang melambangkan wujudnya kesan penghayatan
yang baik.
Di peringkat swasta, usaha yang serius di kalangan semua pihak harus segera dilakukan
samada diperkukuh dan disusun semula sistem yang sedia ada supaya ianya menepati maksud
11
pendidikan Islam yang berjiwa hadhari. Dalam ertikata lain kemudahan prasarana yang baik,
pendidik yang terlatih, kurikulum yang seimbang dan sepadu, metodologi pengajaran dan
pembelajaran yang mendukung maksud ilmu dan amal harus menjadi agenda utama penyusunan
semula sistem tersebut. Dalam masa yang sama kajian terancang harus dibuat terhadap
pendidikan agama pagi atau petang yang dihadiri oleh pelajar-pelajar.
Pendekatan dua sesi ini memerlukan kajian dari sudut perulangan bahan yang diajar,
kecukupan masa bagi murid-murid untuk melakukan ulangkaji dan latihan dan kesuntukan masa
mereka untuk menikmati keperluan naluri, bakat dan kegiatan-kegiatan sihat. Kepadatan masa
sebahagian besar murid-murid Islam boleh menyebabkan hilangnya tumpuan dan keberkesanan.
Yang penting ialah bahan yang diajar sifatnya melengkapi dan diterima dengan kesan
penghayatan yang baik. Malah tidak keterlaluan sekiranya pihak kerajaan memikirkan secara
serius kaedah satu sesi menggabungkan pendidikan formal dan tidak formal supaya masalah
biaya tidak lagi berbangkit dan kurikulum yang diajarkan sifatnya lebih integratif. Kaedah ini
boleh membantu pelajar-pelajar Islam hadir dalam sistem perdana dan membolehkan kualiti
pendidikan sejajar dengan keperluan masa kini dan masa depan yang amat mencabar.
Hal yang sama harus berlaku di kalangan pelajar-pelajar Bukan Islam yang berkaitan
dengan subjek Moral. Oleh kerana konsep Etika dapat diterima oleh ramai pihak khususnya
masyarakat bukan Islam, mengapa tidak Pendidikan Etika menggantikan subjek moral. Konsep
etika diterima sebagai suatu konsep yang lebih universal. Sekiranya Pendidikan Etika itu
diterima, langkah meninjau semula kurikulum, metodologi, kepakaran mendidiknya harus
dilakukan. Kurikulum etika harus merangkumi nilai-nilai agama yang mendukung ciri-ciri
universal, nilai-nilai tradisi dan falsafah keagamaan yang bermenafaat dan nilai-nilai moral yang
12
sifatnya merentasi. Mereka yang pakar dan memiliki keahlian dalam lapangan masing-masing
harus diundang menggubal sukatan dan kandungan yang lebih memberi makna dan kesan
terhadap penyuburan etika dan amalan yang baik. Para pendidiknya harus dilatih dengan
metodologi yang memikat tumpuan murid-murid dan menjadikan Pendidikan Etika diminati dan
menjadi asas pembentukan moral dan nilai-nilai murni di kalangan mereka disamping menjadi
syarat dalam peperiksaan.
Begitu juga dengan pendidikan Tamadun Islam dan Dialog Peradaban harus
diperkukuhkan lagi di kalangan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS supaya kefahaman pelajar tentang
elemen-elemen hadhari wujud dalam proses pengajian yang mereka lalui. Tinjauan yang dibuat
di Universiti Malaya, pendidikan Tamadun Islam dan Dialog Peradaban memberi kesan yang
amat baik bagi pelajar-pelajar Bukan Islam memahami Islam dan tamadunnya dan baik bagi
pelajar-pelajar Islam memahami faktor-faktor peradaban lain yang berlaku disekitarnya. Cara
begini membolehkan pemahaman terhadap silang-tamadun berlaku dengan baik berasaskan
pendekatan ilmu. Pendekatan hadhari ini amat selari dengan pengalaman ilmuan Islam pada
masa lalu yang memenafaatkan makna ‘ litaarrafu’ atau budaya kekenalan secara bijaksana
dengan memperkongsi aspek-aspek hadhari yang positif daripada aspek-aspek falsafah, sains dan
teknologi orang-orang Yunani dan Greek, orang-orang India dan juga Cina
13
Prinsip 5
PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF
Dalam era semasa di mana setiap negara begitu ghairah membangunkan ekonomi negara
masing-masing, permasalahan kemanusiaan seperti keruntuhan akhlak, kemiskinan,
ketidakadilan sosial dalam masyarakat, kadar jenayah yang meningkat, keruntuhan institusi
keluarga, ketidakseimbangan sistem ekologi dan sebagainya turut sama berkembang dengan
kadar yang membimbangkan. jika persoalan yang ada hubung kait dengan kebajikan manusia ini
turut terjejas hasil dari pembangunan ekonomi, kesejahteraan masyarakat lambat laun akan
mengalami krisis yang ketara.
Persoalan yang perlu dijawab, adakah pendekatan pembangunan sesebuah negara yang
berteraskan kepada penumpuan hanya kepada faktor ekonomi semata-mata yang menepati model
sekular yang dianuti oleh negara maju masa ini, mencukupi untuk menghasilkan sebuah
peraclaban kemanusiaan yang utuh meliputi keseluruhan dimensi pembangunan kemanusiaan
yang sempurna? juga, adakah kepincangan masyarakat masa kini hasil dari penekanan kepada
faktor material semata-mata mampu membawa masyarakat terbabit terus mampan dalam prestasi
ekonominya?
Semua akan bersetuju bahawa pembangunan aspek ekonomi adalah satu-satu asas yang
fundamental kepada keutuhan sesebuah peradaban. Model pembangunan sesebuah negara perlu
berteraskan kepada matlamat membina asas kemanusiaan yang utuh.
Kemajuan dan pertumbuhan ekonomi hendaklah dilihat sebagai salah satu aspek yang
penting dalam satu acuan yang turut berhubung kait dengan keperluan aspek fundamental yang
14
lain seperti peningkatan keimanan dan seterusnya kerohanian masyarakat. Pembangunan dimensi
ekonomi yang disepadukan dengan nilai kerohanian kemanusiaan justeru itu perlu digubal dan
diterjemahkan dalam bentuk perancangan, polisi, dan mekanisme ekonomi oleh sesebuah negara.
Pembangunan ekonomi yang sedemikian. menepati pendekatan pembangunan ekonomi
yang seimbang clan komprehensif. Mengikut pendekatan tersebut nilai kemanusiaan perlu diberi
perhitungan dalam membangun ekonomi negara. Pendekatan tersebut dengan sekali gus akan
menjadi usaha yang mampu menerajui negara ke arah kewujudan sebuah peradaban yang
dinamik. Dengan pendekatan ini, ia mampu mengurangkan gejala dan kerenah masyarakat hasil
daripada penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi.
Negara membangun seperti Malaysia pada masa ini perlu kepada barisan kepimpinan
yang jujur, pintar, gigih serta berwawasan semoga negara mampu berperanan membangun
ekonomi secara efektif dalam menghadapi segala bentuk cabaran dalam pergolakan dunia pada
masa kini. Pegawai awam dan ahli teknokrat yang beramanah dan berkepakaran dalam kesemua
jurusan perlu berganding bahu dalam usaha pembangunan. Begitu juga dengan kepimpinan
sektor swasta. Turut sama ialah tenaga kerja yang terlatih dan berakhlak perlu dihasilkan oleh
negara.
Melalui model pembangunan ekonomi negara yang berciri holistik, di mana ia berbentuk
seimbang clan komprehensif, pendekatan pembangunan ekonomi negara akan mempunyai
pendekatan yang mengambil kira nilai kemanusiaan. justeru itu pembangunan ekonomi negara
akan bersifat pelbagai-dimensi yang memboleh kejayaan pembangunan ekonomi dicapai secara
berterusan.
15
Dalam konteks keadaan politik antarabangsa semasa, mencapai taraf ekonomi maju
adalah satu untutan jihad mengikut Islam. Kepentingan mencapai dan memperoleh status negara
yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju membolehkan
negara kita berperanan mendaulatkan nilai kebenaran dan keadilan sejagat semoga menjadi teras
dalam perhubungan antarabangsa. Pada masa sekarang, keadaan realiti memaparkan bahawa
kesempadanan politik, ekonomi dan budaya hidup sesebuah negara makin bertambah tidak
berfungsi lagi. justeru itu pembangunan ekonomi dan diikuti dengan kehebatan politik dan
ketenteraan akan menjadi asas kekuatan kepada negara.
Keadilan Sosial Adalah Asas Kepada Pembangunan Ekonomi Seimbang dan
Komprehensif
Bersandarkan kepada pendekatan Islam, satu model pembangunan ekonomi dapat
dirancang untuk memajukan masyarakat di Malaysia. Pendekatan pembangunan tersebut sudah
pasti seimbang dan berbentuk komprehensif dan menepati keperluan kemanusiaan. Setiap
individu yang akan berusaha untuk membangun ekonomi negara turut sama diberi penekanan
melalui pembinaan pandangan hidup, personaliti/sahsiah dan kemahiran semoga kesemua tenaga
individu benar-benar dapat berperanan ke arah pencapaian matlamat tersebut demi memaju
dirinya dan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Pendekatan pembangunan
ekonomi seimbang dan komprehensif akan dilaksana melalui semangat keadilan sosial.
16
Peranan Sektor Awam dan Swasta
Tugas utama sesebuah pemerintahan dalam Islam adalah untuk menjamin kebajikan
masyarakat di kalangan kesernua lapisan rakyat tercapai. Ibn Taimiyah berpandangan;
kecapaian kebajikan masyarakat dalam sesebuah negara akan merapatkan pertalian antara
pemerintah dengan rakyat . Keadaan sedemikian sangat perlu dalam menjaminkan kestabilan
politik dan sosial tercapai. la juga akan dapat meneruskan usaha pemerintah dalam
membangunkan negara.
Kebajikan masyarakat membawa erti yang komprehensif dan mendalam. la meliputi clan
memenuhi kesemua aspek keperluan manusia di peringkat individu dan masyarakat. Kebajikan
masyarakat akan tercapai apabila individu clan masyarakat menghayati kehiclupan yang
berakhlak tinggi menepati tuntutan Islam. Akhlak yang mulia adalah asas kepada kemanusiaan
dan peraclaban masyarakat itu sendiri. justeru itu mendiclik clan memelihara akhlak di kalangan
pemimpin dan rakyat adalah tugas yang penting.
Di antara peranan utama sektor awam adalah seperti berikut:
Pertama, membasmi kemiskinan mutlak dikalangan rakyat. Kemiskinan mutlak tidak
seharusnya wujud. Kesemua ahli masyarakat perlu digembling untuk berperanan dan melibatkan
dengan kegiatan ekonomi. Rakyat mesti dididik untuk bekerja dan memiliki kemampuan untuk
menyelesaikan keperluan minima dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan
ekonomi secara berterusan dengan meningkatkan kekayaan ekonomi negara.
17
Kedua, harta negara dan individu perlu sentiasa mengalir dalam pencetusan kegiatan ekonomi.
Pembekuan, pembaziran clan penyalahgunaan harta hendaklah diminimakan jika tidak
dihapuskan. Pengaliran kekayaan negara dalam kegiatan ekonomi akan memberi manfaat kepada
keseluruhan lapisan masyarakat.
Ketiga, pengurusan sumber negara hendaklah teratur dan tersusun mengikut prioriti keperluan
ekonomi negara semasa. Negara dengan itu mesti berkemampuan menghasilkan ahli-ahli
cendikiawan clan teknokrat yang mahir dalam mengendalikan pengurusan ekonomi negara.
Keempat, setiap rakyat berhak memiliki harta persendirian, kebebasan menentu kegiatan
ekonomi yang ingin disertai yang menepati syariah dan mekanisme peruntukan sumber
clikendalikan melalui sistern pasaran.
Di samping peranan sektor awam, sektor swasta yang merangkumi sektor isi rumah dan
sektor firma turut sama berperanan dalam membangunkan negara dalam kesemua aspek
termasuk akhlak dan kemajuan akonomi. Sesuai dengan kehormatan dan keyakinan Islam
terhadap kedudukan individu, sektor swasta dalam pemerintahan Islam adalah rakan kongsi yang
akan menentu bersama kemajuan negara. Bahkan dalam Islam, sesuai dengan fitrah penyusunan
negara, sektor swasta seharusnya mempelopori dalam usaha ke arah memajukan negara.
Pendekatan ini tepat sekali dengan Dasar Persyarikatan Sektor firma adalah lebih kecil dari segi
saiz organisasi. Mereka juga lebih menjurus dari segi bidang usaha dan objektif yang hendak
dicapai. justeru itu mereka lebih cepat dan mudah membuat sesuatu keputusan dan tinclakan.
Ciri-ciri ini memudahkan mereka mencapai matlamat mereka. jika kesemua organisasi firma
dalam negara dapat digembleng untuk berperanan secara positif clan relevan kepada keperluan
negara, mereka pasti akan clapat mendukung aspirasi negara.
18
Jika sektor swasta dapat berperanan secara positif dan produktif, sudah pasti sektor awam
akan dapat dikurangkan dalam memenuhi peranan tuntutan negara. Tindakan pemerintah dalam
mengurangkan saiznya seperti melalui Dasar Penswastaan agensi dan institusi awam adalah
usaha yang sihat demi mengurangkan saiz tanggungan pemerintah. Pendekatan ini perlu diambil
untuk mencapai kecekapan dan sekaligus menepati fitrah bernegara.
Oleh kerana Islam menghormati hak individu dalam negara, keduclukan istimewa kepada
sektor swasta untuk berperanan dalam menentu kegiatan ekonomi menepati semangat ini. Islam
mementingkan roh keadilan dalam penyusunan struktur bernegara dan mendidik akhlak dan
kepakaran rakyat dalam pengurusan clan pencapaian kemajuan dalam sains clan teknologi.
Kedudukan dan peranan pemerintah dalam penyusunan ekonomi negara tidak dapat dinafikan.
Islam hanya mengharmonikan peranan sektor awam dan sektor swasta dalam penyusunan
ekonomi negara. Islam tidak memberi satu formula yang ketat dalam usaha ini. Yang penting
ialah keharmonian dalam negara tercapai sehingga dapat menghasilkan kedudukan hak individu
terjamin dan nilai kemanusiaan tercapai yang membolehkan negara terus mantap dari sudut nilai
akhlak dan pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif dicapai secara berterusan.
Di Barat dan negara yang mengamal sistem liberal demokrasi kapitalisme, saiz birokrasi
institusi pemerintahan makin bertambah besar dan penting walaupun pada dasarnya sistem
tersebut menganjur kebebasan mutlak individu dan sekaligus mendukung peranan penting sektor
swasta. Keadaan realiti yang bercanggah dengan aspirasi sistem tersebut adalah disebabkan asas
sistem kapitalisme apabila dilaksana pasti menimbulkan gejala kepada masyarakat seperti
wujudnya masalah kemiskinan, ketidakadilan dalam pengagihan pemilikan harta dan kekayaan,
kesan luaran yang negatif dan sebagainya. Sistem liberal demokrasi kapitalisme yang
19
berlandaskan kepada asas materialisme, individualisme dan naturalisme apabila dilaksana akan
memerlukan pada akhirnya kepada peranan sektor awam yang besar demi untuk menangani
masalah masyarakat yang ketara hasil dari perlaksanaan sistem tersebut.
Prinsip 6
Kehidupan berkualiti
Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan
masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek
keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu
berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan
akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari
kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.
Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam al-qur’an surah al-Qasas : 77
Bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan
pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan
dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana
Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah-limpah); dan
janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan”.
20
Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan
kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan,
menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa
hadapan yang cemerlang.
Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam
tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu
diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan
masyarakat yang maju di dunia.
Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang
sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala
sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan
berkesan.
Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut serta
diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam
membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.
21
Prinsip 7
Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Islam menjaga hak-hak individu sama ada daripada kumpulan majoriti atau daripada
kumpulan minoriti.Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama,harta, kehormatan dan
akal.Perbezaan jantina dan kumpulan minoriti tidak boleh dijadikan alasan untuk menafikan hak-
hak tersebut.Firman Allah dalam surah Al-Hujuraat:13 :-
“Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan
dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-
kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain).Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi
Allah ialah oramg yang lebih bertaqwa di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya).Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan
keadaandan amalan kamu).
Golongan minoriti dan wanita berhak untuk menikmati apa jua yang dinikmati oleh
kumpulan majoriti dan wanita seperti pentadbiran negara,ekonomi, sosial,pendidikan, agama dan
politik.
Sabda Rasulullah:-
“Maka beryakwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu
mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri
mereka dengan ijab kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap
isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suaminya
berkunjung kerumahnya.Sekiranya mereka melakukan demikian,ajarlah mereka dengan dengan
pukulan yang tidak menyakitkan.Manakala bagi mereka(wanita0 keatas kamu(lelaki) pula ialah
22
memeberikan mereka rezeki(makanan) dan perhiasan/pakaian denagn cara yang baik.Dan telah
aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya
kamu berpegang denagnnya iaitu kitab Allah(Al-Qur’an).
Islam di negara kita tidak menafikan hak-hak kaum dan bangsa yang lain.Tambahan
pula,dalam beberapa perkara mereka diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-
undang negara.
Kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(SUHAKAM) selain
menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa bersatu(UNDHR),beberapa teriti dan
kemanusiaanlain,termasuk mengenai wanita.Perkara ini dilakukan bagi menjamin hak-hak
seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan.
Jika dibandingkan dengan sesetengah negara Islam yang lain,negara ini lebih menjamin
kedudukan wanita di sisi masyarakat disebabkan adanyan undang-undang yang menjamin hak-
hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya.Penyertaan mereka dalam semua sektor
pekerjaan dan perkhidmatan tidak menyalahi undang-undang negara.
Selain itu juga,terdapat badan –badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah
diberi kuasa dan bebas membicarakan isu-isu yang menyalahi hak-hak apabila berlaku
pertikaian.
23
Di Eropah,beberapa kelompok orientalis barat telah cuba memutarbelitkan
sejarah.Mereka menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi perhatian dan kedudukanyang
sewajarnya kepada bukan Islam dan wanita.Jika kita menkaji sendiri sejarah Islam,hak-hak
golongan bukan Islam sama sekali tidak dinafikan hak-hak mereka.Ketika Rasulullah
memerintah Madinah,orang orang bukan Islam diberi kebebasan beragama dan mengamalkan
budaya masing-masing asalkan tidak menggangg masyarakat lain di Madinah.Perkara yang sama
juga berlaku di negara kita di mana walaupun agama rasmi negara kita adalah agama
Islam,agama lain bebas diamalkan di negara kita.Bahkan mereka juga diberi peluang untuk
menjawat jawatan dalam kerajaan.Ini membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh
orientalis-orientalis barat adalah tidak benar sama sekali.
Kejituan,keadilan,kesaksamaan,amanah dan tanggungjawab menjadi prinsip di mana
tertegaknya sebuah negara Islam.Hak-hak setiap kaum dilindungi oleh undang-undang yang
boleh diselesaikan di mahkamah apabila berlaku percabulan hak-hak mereka.
Firman Allah dalam surah An-Nisa’,ayat 58:-
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanahkepada
ahlinya(yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.Sesungguhnya Allah dengan(suruhanNya)itu
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allahsetiasa
mendengar,lagi sentiasa melihat”.
24
Prinsip 8
Keutuhan budaya dan moral
Salah satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya
keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut.Kepelbagaian budaya dan
agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang murni dan
luhur.Penghayatan nilai-nilai akhlak yag mutlak dan tinggi akan menjamin
kesejahteraan,keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk.Hal ini akan menjadikan
bangsa itu terhormat dan disegani,firman Allah dalam surah Al-Mukminun, ayat 1-2:-
“Sesungguhnya berjayalah orang orang beriman ,Iaitu mereka yang khusyu’ dalam
sembahyang”.
Dengan adanya keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat majmuk di Malaysia
akan menyeimbangkan kemajuan ekonomi seiring dengan keutuhan budaya dan akhlak
masyarakat Malaysia.Walaubagaimanapun,cabaran besar yang akan dihadapi oleh masyarakat
Malaysia ialah membanteras gejala sosial dan keruntuhan akhlak terutama golongan remaja
dalam misi merealisasikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang bertamadun.
Di dalam Islam,sesebuah masyarakat dikatakan bertamadun apabila mereka berjaya mencapai
kemajuan dalam bidang materialistik seiring dengan kemajuan nilai-nilai moral dan akhlak.Sejarah telah
membuktikan bahawa sesetengah tamadun jatuh disebabkan keruntuhan moral dan akhlak dalam
kalangan masyarakatnya.Oleh itu,amatlah penting jika negara kita mengambil berat tentang masalah yang
berkaitan dengan nilai-nilai moral dan akhlak
25
Prinsip 9
Pemuliharaan alam semula jadi
Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga
hubungan manusia dengan alam di persekitarannya. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia
adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii di
sekitarnya. Manusia adalah khalifah Allah S.W.T. yang diturunkan ke dunia ini sebagai
pentadbir dan pengurus yang bertanggungjawab ke atas pembangunan di dunia ini. Sebagai
khalifah, manusia diberikan Allah S.W.T. kemampuan untuk memahami ciri-ciri tabii alam
secara terbatas. Tujuannya tidak lain semata-mata untuk memudahkan urusannya dalam
mentadbir alam ini.
Secara tabiinya alam ini berada dalam keadaan seimbang dan koheren antara satu dengan
yang lain. Setiap satu memerlukan antara satu dengan yang lain; saling menyokong dan saling
membantu. Sayangnya, dalam usaha untuk membangun alam ini, manusia mempunyai
kecenderungan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam tabii ini secara berlebih-lebihan
dengan menggunakan pemahaman sains dan teknologi mereka. Akibat daripada kerakusan.
mengeksploitasi alam ini secara berlebiban. (untuk mendapat keuntungan yang lebih),
keseimbangan alam tabii mula terganggu dan tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh,
banjir kilat, gelombang besar tsunami, hujan asid, gempa bumi, pemanasan global, pencemaran
alam sekitar, perubahan cuaca dan sebagainya, semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan
eko-sistem yang dilakukan. oleh tangan-tangan manusia. Memang alam ini perlu terus
dibangunkan, keselesaan hidup perlu ditingkatkan, teknologi perlu dibangunkan selaras dengan
26
keperluan manusia, namun apabila keseimbangan alam tidak dikekalkan, kita mengundang mala
petaka hasil perbuatan tangan kita sendiri.
Menyedari kepincangan dalam proses pembangunan ini, beberapa deklarasi mengenai
alam sekitar telahpun dilakukan dan diusabakan oleh UNDP (United Nation Development
Programme) untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Rio dejenerio (1993)
danProtokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut
menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan
pembangunan negara secara lestari dan mesra alam.
Untuk mengatasi semua ini, alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan
pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada
kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam,
membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh.
Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya
masyarakat. perlulah diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan
pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang
clijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Untuk
membangunkan masyarakat Hadhari yang berteraskan kepada ajaran Islam, usaha perlulah
dilakukan untuk membangunkan alam ini secara harmoni antara pembangunan manusia dan
pembangunan alam sekitar, di samping berusaha terus untuk mencapai kemajuan.
27
Prinsip 10
Kekuatan pertahanan
1. Pendekatan Islam Hadhari melihat aspek pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi
kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual.
Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara daripada
dicerobohi. Mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan
mempertahankan diri dan negara bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain. Kekuatan
pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan
proses pembangunan dilakukan secara berterusan.
2. Rakyat awam hendaklah mempunyai semangat untuk membina kekuatan pertahanan sama ada
dalam suasana damai mahupun peperangan. Tuntutan ini sesuai dengan kehendak kerajaan yang
memperkenalkan Konsep Pertahanan Menyeluruh di dalam Dasar Pertahanan Negara. Field
Marsyall Montgomery pernah menegaskan perkara ini melalui kenyataannya; “Faktor paling
penting dalam peperangan ialah semangat yang tinggi. Adalah mustahil untuk dapat bertahan
lama dalam peperangan apabila kemahuan rakyat jelata (rakyat awam) kepada perjuangan sudah
tidak ada.” (Muhammad Jamaluddin Mahfuz: 2003: 160)
Menyedari hakikat itulah antara kerajaan menubuhkan beberapa badan pertahanan yang
melibatkan penyertaan masyarakat awam nasional secara kerahan dan sukarela di pelbagai
peringkat umur. Penglibatan masyarakat awam dalam khidmat sukarela wajar dipupuk kerana ia
berupaya membantu kerja-kerja pembinaan kekuatan pertahanan negara dengan lebih berkesan.
Badan pertahanan berkenaan seperti:
28
1. Perkhidmatan Kerahan.
a. Khidmat Negara. Kebimbangan kerajaan terhadap masalah remaja yang timbul akibat
proses modernisasi dan pembangunan yang telah menghakis semangat patriotisme,
kesukarelawan dan kemasyarakatan serta nilai-nilai murni kerana merekalah generasi yang akan
mewarisi negara. Bilangan mereka yang ramai iaitu 10 juta dari 24 juta rakyat di negara ini
disamping faktor kekuatan dan dinamik tenaga muda jika digembelingkan dengan baik akan
banyak membantu mengukuhkan kekuatan pertahanan. Berpandukan kesedaran inilah khidmat
negara dilancarkan pada 22 Feb 2004 dengan hasrat dapat membina dan menyuburkan kembali
semangat patriotisme, kesukarelawan dan kemasyarakatan serta nilai-nilai murni bagi
mengukuhkan ketahanan nasional. (Tunku Izham bin Tunku Jusoh & Abdul Aziz bin
Pawanchik: 2004: 11)
b. Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
juga menubuhkan Pasukan Simpanan Tentera Darat, Laut dan Udara yang boleh disertai oleh
masyarakat awam dalam membantu ATM mempertahankan kedaulatan negara. Penyertaan
pasukan simpanan ketiga-tiga perkhidmatan ini dibuka kepada semua rakyat di negara ini tanpa
mengira kaum mahupun keturunan. Anggota pasukan ini akan dilatih sepenuhnya dengan asas
ketenteraan sebagaimana yang diterima oleh anggota ATM. Pasukan ini diletakkan di bawah
pentadbiran Angkatan Tentera Malaysia dan boleh dikerah untuk menyumbangkan perkhidmatan
mereka apabila diperlukan oleh ATM. (Laman Web Kementerian Pertahanan).
29
2. Perkhidmatan Sukarela.
1. Pertahanan Awam. Pasukan Pertahanan Awam adalah diletakkan di bawah
pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Pasukan ini berkemampuan
untuk membantu masyarakat dalam keadaan dharurat, bencana alam, kebakaran ,
pertolongan cemas dan lain-lain kesulitan masyarakat.
1. RELA dan Rakan Cop. Pasukan RELA kini juga telah menjadi sebahagian dari
mekanisme pertahanan awam. Selain dari mengawasi keselamatan persekitaran
kediaman, mereka juga telah diberi kepercayaan membantu PDRM menangani
kes Pendatang Tanpa Izin (PATI). Begitu juga dengan pelancaran Rakan Cop,
kumpulan sukarelawan yang banyak membantu PDRM memberi maklumat
berhubung kes-kes jenayah.
3. Persatuan Beruniform Remaja. Semangat ketahanan di kalangan masyarakat awam
hendaklah dibina di peringkat remaja kerana mereka adalah generasi pewaris negara pada masa
hadapan. Pasukan beruniform di peringkat institusi pengajian tinggi dan sekolah ditubuhkan
untuk membina ketahanan diri di kalangan remaja dan persatuan yang boleh disertai oleh remaja
ialah:
a. PALAPES (ROTU).
b. Kesatria.
c. Kadet bomba
30
d. Kadet Remaja (PDRM dan ATM) dan lain-lain.
Selain daripada menglibatkan diri dengan pertubuhan yang beroperasi secara langsung
dalam medan pertahanan, sebagai rakyat, masyarakat awam di negara ini adalah
bertanggungjawab mengukuhkan pertahanan negara di sudut media, ekonomi, politik dan sosial
memandangkan kehidupan mereka terlibat secara langsung di medan berkenaan. Peranan media
amat mustahak dan ternyata berkesan dalam kerangka berhadapan dengan musuh. Perang saraf
melalui media boleh melemahkan semangat juang musuh bukan sahaja semasa peperangan
sebaliknya sebelum dari peperangan sebenar meletus.
Firman Allah s.w.t: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan
berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan
musuh kamu serta musuh-musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya.
Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada
kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”. (Al-Anfal (8): 60)
31
KESIMPULAN
Tiada suatu bangsa pun yang dapat membangun dalam acuan bangsa orang lain, dan tiada
suatu Negara pun dapat bangun acuan Negara lain.
Cabaran hari ini perlu ditangangi dengan memahami reality masa kini, tetapi penuh
berprinsip dan berdasarkan kepada falsafah yang utuh.
Allah pastinya tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita mengubah apa yang
ada pada diri setiap kaum tersebut.
Menghadapi suasana masa ini memerlukan kepada mereka yang berwawasan, tahu merancang
secara strategik, berketrampilan, tahu melaksanakan muhasabah dan memiliki adab dan akhlak
terpuji.
Kita tidak dilahirkan untuk menjadi penonton kepada apa yang berada dihadapan kita.
Kitalah yang perlu menghadapinya berbekalkan kekuatan akidah, syariah dan adab dan akhlak
terpuji
Islam Hadhari perlu diperjelaskan kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia
sebagai satu kaedah penyelesaian pembangunan dunia yang juga akan membawa kebaikan ke
akhirat. Tanpa Islam maka kemajuan dan pembangunan akan tiada matlamat.
32