ASSIGNMENT assure.docx
description
Transcript of ASSIGNMENT assure.docx
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
1. PENGENALAN
‘Hari ini dunia telah berkembang maju dan pesat sekali dalam bidang teknologi. Dari segi
pendidikan teknologi membawa maksud “kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik
sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas”.
Tugas utama seorang guru atau pendidik adalah menyampaikan ilmu pengetahuan atau
kemahiran yang berkesan kepada murid-murid secara sistematik dan teratur. Untuk mencapai
matlamat ini, guru mestilah menyediakan satu rancangan pengajaran yang teratur dan tersusun
supaya ilmu yang disampaikan itu dapat diaplikasikan oleh murid-murid dalam kehidupan seharian
mereka. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan lebih efisyen jika seseorang guru itu
mempunyai perancangan yang teliti mengenai apa yang hendak disampaikan kepada anak
didiknya. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap akan membantu mewujudkan
keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap gurunya, sekaligus membantu
pembinaan disiplin yang positif.
Reka bentuk pengajaran telah wujud sejak 40 tahun yang lalu. Sehingga hari ini terdapat
lebih 40 model reka bentuk pengajaran. Dalam merangka pengajaran yang berkesan, model
ASSURE yang diperkenalkan pada tahun 1982 oleh Heinich dan rakan-rakannya menjadi
pedoman kepada guru untuk merealisasikan kaedah pengajaran dan pengurusan bilik darjah yang
bersumberkan media telah dipilih untuk kerja kursus ini memandangkan kesesuaiannya dengan
konteks pengajaran di dalam bilik darjah. Model yang diperbaharui semula pada tahun 2002 ini
menggariskan enam langkah yang perlu diikuti dan dihayati agar dapat mengoptimumkan
keberkesanan pengajaran seseorang guru. Sehubungan dengan itu, enam langkah tersebut adalah ;
A- Analyse learner (analisa pelajar)
S- State objective (nyatakan objektif)
S- Select methode, media and materials (pilih kaedah, media dan bahan)
U- Utilise media and materials (gunakan media dan bahan)
R- Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)
E- Evaluate and revise (nilai dan semak)
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
2. HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN BERPANDUKAN MODEL ASSURE
2.1 Analisis Pelajar ( Analyse learner )
Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran
intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan.
Sebelum merancang sesuatu rancangan pengajaran harian, seorang guru atau pendidik perlu
mengetahui tentang latar belakang pelajar dan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ciri-ciri
yang perlu diketahui terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;
2.1.1 Ciri-ciri Umum
Pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan terhadap murid tahun 5 Arif yang berumur dalam
lingkungan 11 tahun di salah sebuah sekolah di Melaka. Kelas 5 Arif merupakan kelas pertama
daripada lima buah kelas dalam aliran tahun 5. Seramai 40 orang murid berada di dalam kelas
tersebut. Bilangan murid perempuan lebih ramai daripada murid lelaki. Keadaan ini menyebabkan
murid-murid lelaki lebih pasif berbanding murid perempuan. Kebiasaannya sesuatu keputusan
yang dicapai lebih memihak kepada murid perempuan.
Murid-murid 5 Arif
2011
Lelaki 12
Perempuan 28
Jumlah 40
Jadual 1 : Bilangan Pelajar Mengikut Jantina
2
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
Murid-murid di dalam kelas ini juga mempunyai latar belakang keluarga, tempat tinggal
dan taraf hidup yang berbeza. Hal ini terjadi kerana kedudukan sekolah ini yang berdekatan
dengan kampung dan taman yang latar belakang penduduknya terdiri daripada pelbagai peringkat
pendidikan termasuk dari golongan professional, sederhana sehinggalah peringkat rendah.
Latar belakang sosio ekonomi yang berbeza ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi
pencapaian murid-murid dalam pelajaran. Murid-murid yang datang dari keluarga yang
berpendidikan lebih cepat menguasai kemahiran dalam pelajaran berbanding dengan murid-murid
yang datang dari keluarga yang kurang berpendidikan . Status pendidikan yang rendah di kalangan
ibubapa juga menyebabkan kurang kesedaran terhadap kepentingan pendidikan untuk masa depan
anak-anak mereka.
Jadual 2 : Perkerjaan Ibu/ Bapa/ Penjaga Murid
3
PEKERJAAN BILANGAN
Tentera 2
Peniaga 8
Guru 4
Swasta 10
Lain-lain 15
Jumlah
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
2.1.2 Kompetensi Khusus Peringkat Masuk
Tajuk pelajaran yang hendak diajar adalah Demam Denggi. Sebelum ini, murid–murid telah
mempelajari tajuk ini, pengetahuan sedia ada tentang Demam Denggi dari media TV, risalah dan
akhbar harian. Selain daripada itu, sebahagian besar mereka telah sedia ada pengetahuan sejarah
persekitaran penduduk. Contoh penyemburan racun serangga oleh pihak berkuasa (Kesihatan).
Rasionalnya tajuk ini sememangnya sesuai dengan aras, pengetahuan sedia ada dan kesediaan
murid untuk mempelajarinya.
Maklumat ini sangat penting diketahui sebelum membina sebuah rancangan pengajaran dan
pembelajaran bagi membantu guru dalam memilih isi pelajaran, kaedah penyampaian dan juga
media pengajaran, Guru tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan mengandaikan bahawa
semua murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang sama.
2.1.3 Stail Pembelajaran
Stail pembelajaran ini adalah penting dalam membina sebuah rancangan pengajaran kerana ia
dapat menentukan keseronokkan belajar dikalangan murid dan kepuasan mengajar d ikalangan
guru. Stail pembelajaran ini juga dapat meningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin
belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Hasil pemerhatian saya, murid-murid dalam kelas ini agak sukar untuk memberi
konsentrasi seratus peratus dan mudah hilang tumpuan sekiranya gaya pengajaran guru
menggunakan kaedah tradiosinal “chalk and talk”. Oleh itu, penggunaan bahan-bahan multimedia
sangat berkesan untuk merangsang dan memotivasikan murid agar terus mengikuti pembelajaran
seterusnya.
Walau bagaimanapun analisa yang telah dibuat telah membantu guru untuk memahami
tingkah laku dan keperluan pelajar dan ini membolehkan guru menyediakan media yang terbaik
untuk murid. Ini memandangkan keberkesanan media adalah berbeza-beza menurut ciri murid-
murid. Murid-murid di dalam kelas ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;
4
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
1. Kumpulan Murid Kinestatik
Murid-murid dalam kumpulan ini adalah terdiri daripada murid-murid yang susah untuk
duduk diam, belajar dengan baik jika ada melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti.
Tip pembelajaran menggunakan cara pembelajaran “experiential”. Mereka dapat
mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui ‘hands-on’. Murid-
murid dalam kumpulan ini dapat lebih berminat dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran dalam langkah 2. Dalam sesi ini murid-murid
dikehendaki menyenaraikan lima tanda-tanda demam denggi setelah mengadakan
perbincangan berpandukan petikan Demam Denggi dan risalah kesihatan yang diedarkan.
Mereka amat seronok ketika aktiviti ini kerana mereka dapat melibatkan diri dan
menggunakan bahan-bahan pembelajaran.
2. Kumpulan Murid Visual
Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan visual pula perlu melihat apa yang dipelajari
untuk memahaminya atau perlu digambarkan dengan menggunakan gambar yang sebenar.
Tip pembelajaran dengan menggunakan media grafik seperti gambar, kad imbasan, rajah
dan sebagainya. Pelajar “visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti pelajar
“auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Murid-murid yang
tergolong dalam kumpulan ini lebih berminat dalam pengajaran dan pembelajaran langkah
3 dan langkah 4 kerana guru menggunakan media grafik seperti gambar ( risalah) demam
denggi, kad imbasan (kata hubung) dan rajah (peta minda). Bahan-bahan dapat menarik
minat mereka kerana media yang digunakan berwarna-warni dan tidak statik.
2.2 Nyatakan Objektif ( State Objective )
Pernyataan objektif prestasi dalam merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan
multimedia yang ingin digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari
atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran. Oleh itu, objektif harus difokuskan
kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru dipelajari.
5
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
Sebelum menyatakan objektif pengajaran, kita perlu mengetahui isi kandungan
pembelajaran yang akan diajar iaitu Bahasa Melayu Tahun 5 KBSR, yang bertajuk “Demam
Denggi”. Objektif pembelajaran berikut merupakan satu penyataan yang menentukan tingkah
laku spesifik pelajar yang diukur dan pelajar dapat melakukannya setelah mengikut tajuk Demam
Denggi dengan isi pelajaran Tanda-tanda Demam Denggi.
Objektif Pembelajaran berikut telah dirangka berdasarkan kelas pembelajaran mengikut
Domain Pembelajaran Taksonomi Benjamin Bloom yang terdiri daripada Domain Kognitif,
Domain Afektif dan Domain Psikomotor. Objektif Pengajaran yang hendak dicapai pada akhir
pembelajaran ialah;
1. Murid dapat membaca teks Demam Denggi dengan sebutan dan intonasi yang betul.
(Domain Psikomotor)
- Murid membaca teks Demam Denggi dengan sebutan dan intonasi yang betul setelah
mendengar contoh pembacaan guru. (langkah 1)
2. Murid dapat menjawab 3 daripada 5 soalan pemahaman dengan betul dan tepat.
(Domain Afektif)
- Murid menjawab soalan-soalan pemahaman secara lisanberdasarkan petikan dan risalah
yang diedarkan dalam kumpulan. (langkah 2)
3. Murid dapat menyenaraikan 5 daripada tanda-tanda demam denggi. (Domain
Kognitif)
- Murid melengkapkan lembaran kerja peta minda 5 daripada tujuh tanda-tanda demam
denggi yang disenaraikan dalam petikan dan risalah Demam Denggi. (langkah 3)
4. Murid dapat membina dan menulis 5 ayat majmuk yang mengandungi kata hubung.
(Domain Kognitif)
- Murid membina dan menulis 5 ayat majmuk yang mengandungi kata hubung yang telah
dipelajari. (langkah 4)
6
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
2.3 Pilih Kaedah, Media Dan Bahan (Select Method, Media And Materials)
Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan
multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta
kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran.
2.3.1 Memilih Kaedah
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan
mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik
tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu,
berpotensi merangsangkan pelajar belajar secara aktif dan mampu membantu menganalisis konsep
atau idea serta berupaya menarik hati pelajar supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang
bermakna dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Bagi memilih kaedah yang sesuai,
seseorang guru itu perlu mengambil kira faktor-faktor berikut;
Rajah 1 : Kriteria Memilih Kaedah Pengajaran dan pembelajaran
7
Matlamat Pengajaran
Bilangan pelajar
Minat dan pengalaman sedia
ada
Masa yang digunakan
Minat guru terhadap kaedah
tersebut
Kebolehan pelajar menggunakan kaedah yang
dipilih
Memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemahiran
Pencapaian pelajar yang dikehendaki Sumber yang
ada
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, beberapa kaedah telah digunakan. Antaranya ialah;
i. Kaedah Main Peranan
Main peranan ialah lakonan yang dilakukan secara spontan dan tanpa skrip. Guru menyembur
sekitar kelas dengan racun serangga ‘ridsect’. Kaedah ini digunakan semasa set induksi
sebagai langkah permulaan dan sangat penting untuk menarik minat murid mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran. Set induksi ini ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid
supaya mereka lebih mudah menerima dan memahami sesi pembelajaran seterusnya. Murid-
murid pernah menggunakan racun serangga untuk membunuh nyamuk atau pernah melihat ahli
keluarga lain melakukannya.
ii. Kaedah Perbincangan
Kaedah ini digunakan dalam langkah 2 bertujuan untuk menggalakkan murid-murid
bekerjasama dalam kumpulan. Selain itu, kaedah ini juga dapat member peluang kepada semua
murid untuk melibatkan diri. Seorang murid dilantik sebagai wakil kumpulan untuk
memberikan jawapan hasil daripada perbincangan dengan menggunakan perkataan-perkataan
yang telah dipelajari. Ini merupakan satu kemahiran untuk menghubungkaitkan jawapan dalam
aktiviti soal jawab berpandukan petikan risalah Demam Denggi dan risalah kesihatan yang
diedarkan. Manakala guru pula memberi penekanan kepada objektif pengajaran yang ingin
dicapai iaitu menyenaraikan lima tanda-tanda demam denggi dan menentukan jawapan.
2.3.2 Memilih Media
Pemilihan media yang sesuai adalah amat penting kerana bahan atau media inilah akan
menentukan kejayaan sesuatu kaedah. Dalam Rancangan Pengajaran ini, guru menggunakan bahan
yang direka atau dibina sendiri. Media yang digunakan adalah media gambar kaku, bahan grafik
dan media cetak. Media tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti di Pusat Kegiatan
Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan agensi kerajaan yang lain, agensi swasta dan sebagainya.
Pemilihan media pengajaran biasanya melibatkan kriteria seperti berikut ;
8
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
Rajah 2 : Kriteria Pemilihan Media
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan media ini adalah bahan yang mudah didapati
iaitu kertas tebal, plastik lut sinar, papan gulung serta tidak memerlukan kos yang tinggi.
Pembinaan media ini tidak memerlukan kepakaran yang khusus dan masa yang lama.
9
MEDIA
Bahasa Jelas dan
TepatGalak
PenglibatanPelajar
Menarik
Minat &
Cetus Motivasi
Terbukti Berkesan
Bebas dari Biasa
Maklumat Tepat dan
Terkini
Teknikal Kualiti
Baik
Buku Panduan Lengkap
Sepadan dengan
Kurikulum
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
2.3.3 Mereka Bentuk Media
Andainya gagal memilih media yang sesuai, pengubahsuaian media sedia ada boleh dilakukan
dengan mengambilkira perkara-perkara berikut ;
Rajah 3 : Kriteria Dalam Mereka Bentuk Media
10
MEREKA BENTUK
MEDIA
OBJEKTIF
KEPAKARAN
TEKNIKAL
KOS
FASILITIPERALATAN
MASA
PELAJAR
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
2.4 Gunakan Media Dan Bahan (Utilise Media And Materials)
Guru haruslah terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut, seperti manual
penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer,
mendengar audio atau membaca teks supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.
Media pengajaran yang bersesuaian telah digunakan dalam pengajaran ini supaya informasi
berkesan dapat disampaikan kepada murid-murid. Media pengajaran yang dipilih dalam langkah-
langkah pengajaran adalah seperti berikut;
Langkah 1 – LCD (Petikan Demam Denggi)
Langkah 2 – LCD (Petikan Demam Denggi, gambar dan risalah kesihatan)
Langkah 3 – LCD (peta minda tanda-tanda demam denggi) dan media tayang kaku (slaid
power point)
Langkah 4 - gambar kaku (kad imbasan – kata hubung) dan media tayang kaku (slaid
power point)
Media yang dipilih menepati objektif, ciri-ciri pelajar, teknik penyampaian serta mengambil
kira kekangan yang mungkin dihadapi. Gambar dalan petikan dan risalah dipilih kerana gambar
yang digunakan adalah gambar grafik yang menarik dengan pelbagai warna dan juga bentuk
animasi. Gambar tersebut amat sesuai digunakan untuk dijadikan bahan rangsangan pengajaran
yang menarik kepada murid-murid.
Komputer riba dan LCD sebagai media utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik kerana bahan yang dihasilkan berwarna-warni, mempunyai gambar animasi, objeknya
boleh bergerak dan mengeluarkan pelbagai bunyi . Pemilihan media ini bukanlah berasaskan
kepada kecanggihan aspek teknikal atau kecantikan luarannya sahaja tetapi berasaskan kesesuaian
isi kandungan dan objektif pembelajaran.
2.5 Dorong Penglibatan Pelajar ( Require Learner Participatian )
11
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan
bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara
individu atau berkumpulan.
Proses pembelajaran hanya dianggap berlaku jika pelajar melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan keberkesanan pengajaran,
langkah-langkah yang dicadangkan adalah seperti;
Memberi soalan yang memerlukan jawapan segera
Membuat kesimpulan
Membuat pemilihan perkara yang berkaitan dengan membuat keputusan yang tepat.
Pengukuhan serta merta diberi selepas pelajar memberikan tindakbalas yang positif
Kaedah yang dipilih semuannya memerlukan penglibatkan murid secara menyeluruh. Pelajar
terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti perbincangan, penyoalan, latih tubi,
dan menjawab solan lembaran kerja. Penglibatan pelajar adalah seperti berikut;
set induksi - selepas guru menyembur kawasan sekitar kelas dengan semburan serangga,
beberapa soalan telah dikemukakan. Murid diminta menjawab soalan secara individu.
Murid memberi respon secara lisan .
Langkah 1 - murid memberi respon dengan bacaan berintonasi . Aktiviti bacaan beramai-
ramai, kumpulan, baris dan individu dijalankan.
Langkah 2 - aktiviti berkumpulan dijalankan . Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan petikan dan risalah Demam Denggi. Setiap murid dalam
kumpulan perlu berbincang dan ketua kumpulan akan mewakili kumpulan untuk menjawab
soalan-soalan yang berkaitan Jika penglibatan murid tidak diutamakan, maka aktiviti
pengajaran tidak dapat dijalankan dengan baik. Murid akan menghadapi masalah untuk
menyampaikan maklumat-maklumat tersebut.
12
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
Langkah 3 - semua murid diminta melengkapkan peta minda dan menulis karangan
pendek yang bertajuk Tanda-tanda Demam Denggi.
Langkah 4 - lembaran kerja dengan membina lima ayat yang mengandungi kata hubung
dalam petikan Demam Denggi. Selepas itu, murid dikehendaki menyemak hasil kerja
mereka. Jika ada murid yang membuat kesilapan, mereka dibenarkan membuat
pembetulan.
2.6 Nilai dan semak ( Evaluate and revise)
Penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk
memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta
bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982). Penilaian
ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan
mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Penilaian juga diwujudkan
bukan pada akhir sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran tetapi berlaku sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas.
Sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menilai analisa pelajar
tentang kaedah dan media yang dipilih, bahan dan media yang digunakan dan sebagainya. Semasa
pengajaran dan pembelajaran, penilaian perlu dijalankan untuk menilai pencapaian murid
menguasai kemahiran dan objektif yang diajar dan menilai keberkesanan kaedah serta media yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian dibuat terhadap pemahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari, sama ada
telah memenuhi keperluan objektif pembelajaran . Berdasarkan penilaian yang dibuat, guru boleh
membaiki mana-mana kelemahan pada masa akan datang. Penilaian di sini boleh dalam bentuk
pemerhatian , bacaan, soal jawab , membuat lembaran kerja dan sebagainya.
13
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
Langkah 1 - penilaian dibuat melalui pemerhatian dan bacaan berintonasi. Guru memberi
pujian kepada murid yang membaca dengan baik secara lisan, seperti ‘baik’, ‘bagus’,
‘tahniah’ dan sebagainya. Murid yang tidak lancar membaca akan dibimbing.
Langkah 2 - murid berbincang dalam kumpulan dan diminta menjawab pellbagai soalan
secara lisan. Murid dinilai dari segi kefahaman dan ketepatan ketika menjawab soalan.
Langkah 3 - lembaran kerja diberikan kepada murid dan meminta mereka melengkapkan
peta minda dan menulis karangan pendek berdasarkan bahan-bahan yang diedar dan
dipamerkan. Murid dinilai dari segi kefahaman dan kekuatan daya mengingat.
Langkah 4 – murid menggariskan kata hubung yang terdapat dalam petikan berdasarkan
kata hubung yang telah dipelajari. Kemudian, murid dikehendaki membina ayat majmuk
menggunakan kata hubung yang telah dipelajari. Murid dinilai dari segi kefahaman mereka
tentang penggunaan kata hubung dalam ayat.
Setelah penilaian dibuat, aktiviti pengukuhan dan pengayaan diadakan untuk murid-murid.
Prestasi pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan dapat dikenal pasti melalui
ujian serta latihan yang dijalankan terhadap sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar dapat
ditekankan. Penilaian melibatkan aspek-aspek berikut;
Menilai pencapaian pelajar
Pembelajaran yang dihasilkan
Menilai media dan kaedah
Kualiti media
Penggunaan guru
Penggunaan murid
Manakala pencapaian pelajar pula secara umumnya terbahagi kepada tiga;
Prestasi pelajar berdasarkan rujukan (kriteria penilaian pelajar berdasarkan suatu set
objektif yang telah ditentukan).
Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran
Sikap pelajar
14
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARANSARJANA MUDA PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH (JANUARI 2011-JANUARI 2015)
_______________________________________________________________________________________________________________________
3. KESIMPULAN
Pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan mengikut pengedaran zaman.
Sehinggalah kini pada zaman pendidikan yang berteraskan kepada Teknologi Komunikasi
Maklumat ( ICT ). Untuk mencapai trend ini, pengajaran dan pembelajaran dalam kelas juga lebih
kepada teklonogi pengajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran lebih banyak menggunakan
bahan atau media elektronik semasa seperti komputer, LCD, microfilem, slaid dan sebagainya.
Terdapat banyak model rancangan pengajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran tetapi Model ASSURE adalah satu-satunya model yang amat sesuai digunakan
dalam situasi pengajaran di dalam bilik darjah kerana kebanyakan sekolah di Malaysia mempunyai
murid yang ramai dalam satu-satu kelas, maka model ini amat sesuai digunakan untuk membuat
rancangan pengajaran kerana model ini lebih memerlukan penglibatan murid dalam proses
pengajaran pembelajaran serta menggunakan media untuk menyampaikan isi pelajaran lebih
menarik.
Model ini juga menekankan kepada penilaian dari awal merancang, pada masa sebelum,
semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya proses penilaian ini juga
digunakan untuk menilai pencapaian kedua-dua belah pihak. Penilaian dibuat kepada murid,
kaedah dan media yang digunakan. Justertu, hasil penilaian pada semua peringkat, dapatlah guru
merancang pengajaran mereka dengan lebih baik dan teratur.
Semasa menyediakan Rancangan Pangajaran Harian banyak perkara yang perlu diambil
kira seperti media pengajaran, objektif, aktiviti, kesesuaian bahan dan latihan atau lembaran kerja.
Penguasaan pelajar banyak bergantung kepada cara atau kaedah pengajaran yang diambil oleh
guru. Pelaksanaannya banyak bergantung kepada penglibatan pelajar serta minat yang ditunjukkan
oleh mereka. Namun, perkara pokok yang mesti difikirkan di akhir proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dapatkah pelajar menguasai objektif yang telah kita rancangkan.
(2,945 patah perkataan)
15