Assignment

download Assignment

of 16

description

sejarah

Transcript of Assignment

SJH 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

Isi KandunganIsi Kandungan11.0 Peta minda21.1 Tema31.2 Tahun 441.3 Tahun 551.4 Tahun 662.0 Esei72.1 Pendahuluan72.2 Isi-Isi Penting82.2.1 Berbangga sebagai rakyat Malaysia82.2.2 Bersemangat Setia Negara92.2.3 Bersemangat Kekitaan / Perpaduan102.2.4 Berdisiplin112.2.5 Berusaha dan Produktif122.3 Penutup133.0 Bibiografi154.0 Lampiran16

SJH 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah2014

1PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

1.0 Peta minda

1.1 Tema

1.2 Tahun 4

1.3 Tahun 5

1.4 Tahun 6

2.0 Esei2.1 PendahuluanMenurut Kamus Dewan, perkataan sejarah membawa maksud peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau. Mulai tahun 2014, Sejarah telah menjadi mata pelajaran teras kepada murid tahap (tahun 4, 5 dan 6) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Matlamat Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.[footnoteRef:1] Fokus utamanya ialah menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran pemikiran sejarah di samping penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. [1: Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2013) Draf Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sejarah Tahun Empat, Putrajaya, Kementerian Pelajaran Malaysia.Hlm 6.]

Selepas meneliti matlamat dan fokus Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah, saya dapati bahawa unsur patriotisme merupakan unsur penting yang diberi penekanan. Apakah itu patriotik?Patriotic is having or expressing devotion to and vigorous support for ones country. (New Oxford Dictionary of English, 1998) Patriotik boleh dikatakan sebagai semangat cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta. Manakala Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau, tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk pun boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara.[footnoteRef:2] Seorang patriot mempunyai ciri-ciri seperti bersemangat cinta akan negara dan bangsa, berbangga sebagai rakyat negaranya, bersemangat kekitaan, berdisiplin serta berusaha dan produktif. [2: Nazri Muslim, Jasmari Alias, (2003), Patriotisme: Konsep Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Selangor, Pusat Pengajian Umum. Hlm 2.]

Kerajaan Malaysia telah banyak berusaha dalam melahirkan warga negara yang bersikap patriotik. Pada tahun 1994, Kementerian Pelajaran telah menerbitkan buku panduan pemupukan patriotisme di sekolah randah. Dalam buku panduan tersebut telah menetapkan garis panduan supaya unsur patriotisme dapat diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Namun demikian, peristiwa seperti membakar Jalur Gemilang dan pengubahsuaian lirik lagu Negaraku telah membuktikan bahawa semangat patriotik dalam generasi muda adalah agak rendah sehingga mencapai tahap yang amat mendukacitakan. Oleh itu, mata pelajaran Sejarah telah diwujudkan di tahap 2 sekolah rendah, supaya harapan semangat patriotik dapat disemaikan dalam kalangan murid sejak kecil lagi.Bagaimanakah mata pelajaran Sejarah membantu meningkatkan semangat patriotik?2.2 Isi-Isi Penting2.2.1 Berbangga sebagai rakyat MalaysiaMata pelajaran dapat membantu mewujudkan perasaan bangga dalam diri murid sebagai seorang murid. Guru tidak dapat memberikan perasaan bangga itu terus kepada murid-muridnya kerana perasaan bangga merupakan benda yang abstrak dan tidak dapat disalurkan terus dari seseorang ke orang lain. Namun demikian, perasaan bangga ini dapat diwujudkan melalui sejarah. Jika murid-murid boleh memahami sejarah negara dengan menyeluruh yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologi maka mereka akan berasa bangga sebagai rakyat Malaysia.Bagaimana perasaan bangga ini diwujudkan?Dalam mata pelajaran sejarah, murid-murid didedahkan dengan identiti negara, sejarah awal negara dan warisan serta kedaulatan den kerjayaan negara. Selepas mengetahui sejah negara, barulah murid-murid akan dapati keistimewaan negara Malaysia, seterusnya perasaan bangga dapat dilahirkan.Murid-murid tahun 5 didedahkan dengan warisan negara, perjuangan kemerdekaan, Yang di-Pertuan Agong dan identiti negara. Selepas mempelajari tajuk ke-3, murid-murid bukan sahaja dapat memahami peranan Agong, cara pelantikan dan alat kebesaran baginda, malah murid-murid juga akan menghormati raja (Yang di-Pertuan Agong) sebagai Ketua Negara Persekutuan Malaysia. Inilah di mana perasaan bangga itu dapat ditunjukkan. Selain itu, selepas murid-murid memahami maksud setiap lambang bagi Jata Negara, Bendera Kebangsaan, Lagu Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan dan Bunga Kebangsaan yang menjadi identiti negara kita, maka mereka juga akan mewujudkan perasaan hormat dan tidak akan melakukan tindakan yang menghina lambang-lambang tersebut.Melalui mata pelajaran sejarah, murid-murid akan didedahkan kepada kesusahan dan kepayahan masyarakat lalu berjuang mempertahankan negara. Dalam peristiwan pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak, Dato' Maharaja Lela, Seputum, Tok Sagor dan mereka yang terlibat dalam pembunuhan tersebut telah dihukum gantung mati. Pengorbanan mereka perlu dihargai kerana tindakan mereka hanyalah untuk memperjuangkan tanah air mereka.Sebagai contoh, jika murid-murid mengetahui sejarah Stadium Merdeka yang berkaitan rapat dengan peritiwa kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, suatu hari nanti apabila stadium akan dirobohkan, sudah tentu mereka akan bangun mempertahankan tempat tersebut dan mencadangkan supaya tempat tersebut dipulihara sebagai satu bahan bersejarah yang tidak ternilai harganya. Inilah semangat patriotik.2.2.2 Bersemangat Setia NegaraSeorang yang bersemangat patriotik akan taat dan setia kepada negaranya. Melalui mata pelajaran sejarah, saya telah banyak mengenali tokoh-tokoh yang sanggup mengorbankan nyawa demi memperjuangkan tanah air. Antara nama-nama terbilang seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Onn Jaafar telah menjadi teladan yang baik kepada generasi muda. Sikap mereka yang sentiasa bersedia berkorban untuk bangsa dan negara perlulah dicontohi supaya murid-murid melahirkan perasaan syukur sebagai warganegara Malaysia dan bersedia untuk berkhidmat untuk negara dengan hati yang rela.Hang Tuah yang taat dan setia kepada sultannya, sanggup membunuh kawannya Hang Jebat walaupun Hang Jebat membuat perkara jahat untuk mempertahankan Hang Tuah. Nilai kesetiaan dapat mengukuhkan ketahanan negara dan mendorong semangat ingin korban dan berbakti kepada bangsa dan negara.Untuk menjadi seorang warganegara yang setia tidak semestinya mesti berkorban untuk negara, menjalankan tugas sendiri sebagai warganengara yang baik serta tidak melakukan perkara jahat dan menjatuhkan maruah negara juga merupakan suatu tindakan sebagai rakyat yang setia. Setiap orang bukan sahaja mambawa identitinya sendiri, malah juga membawa identiti negara, tindakan seseorang itu sama ada baik atau buruk akan memberi kesan kepada negara. Oleh itu, adalah penting untuk guru menerapkan nilai-nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran sejarah.2.2.3 Bersemangat Kekitaan / PerpaduanSalah satu keistimewaan negara Malaysia ialah rakyat Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Keistimewaan ini pernah menjadi satu bom yang telah mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, apabila setiap kaum masing-masing mengerti asal usul, hak dan peranan masing-masing. Pada masa tersebut, semangat kekitaan dan perpaduan belum lagi diwujudkan di negara Malaysia. Setiap kaum masing-masing mempertahankan kebajikan sendiri. Semua perkara telah dicatatkan di dalam sejarah. Tujuannya ia dimasukkan dalam sejarah bukannya untuk membangkitkan lagi isu-isu, malah adalah untuk dijadikan iktibar supaya perkara seperti ini tidak lagi berlaku. Selain itu, murid-murid perlulah menghargai dan mengekalkan perpaduan yang dihasilkan melalui peristiwa buruk ini.Mata pelajaran sejarah membolehkan kita mengetahui kebudayaan dan falsafah hidup rakyat majmuk. Sejarah tahun 6 banyak memberi penekanan dalam hubungan antara kaum dan etnik dari segi agama, kesenian dan kebudayaan. Tujuannya adalah supaya meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap kaum lain secara mendalam supaya perselisihan faham dapat dikurangkan. Selain itu, murid-murid juga dapat menghayati kesenian dan kebudayaan kaum lain supaya perasaan hormat dapat dilahirkan daripada perbezaan antara satu sama lain.Dalam tajuk terakhir murid-murid dapat mengetahui usaha yang telah dibuat oleh kerajaan telah lakukan supaya keharmonian kaum dan perpaduan dapat dibentuk dan diteruskan. Melalui topik ini, murid-murid diharapkan dapat memahami untuk mewujudkan perpaduan adalah memerlukan masa yang panjang dan usaha yang banyak, supaya mereka akan menghargainya dan meneruskan usaha tersebut. Antara alat perpaduan yang diketahui ramai ialah Rukun Negara yang terdiri daripada lima prinsip, Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan.2.2.4 BerdisiplinSeorang yang warganegara yang berdisiplin mempunyai ciri-ciri seperti berakhlak dan berbudi pekerti mulia, mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara, mematuhi peraturan dan undang-undang, berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi, bertindak wajar, bersifat amanah dan jujur serta bertindak adil dan bertimbang rasa. Oleh itu, seorang warganegara yang bersemangat patriotik akan menjaga disiplin diri bagi memastikan nama baik negara terjaga kerana dia cinta akan negaranya. Pengalaman masa lampau merupakan satu rujukan terbaik generasi masa kini dan akan datang. Perkara yang telah berlaku di atas diri sendiri kita atau orang lain perlulah dijadikan iktibar supaya kita dapat terus maju ke arah yang lebih baik dan berjaya. Oleh itu, murid-murid telah diajar dengan pelbagai kemahiran pembelajaran sejarah, supaya mereka dapat membuat analisis yang betul dan tepat. Sejarah juga akan menjadi iktibar kepada mereka untuk mengelakkan diri mereka untuk melakukan kesalahan dan juga teruskan usaha yang baik.Jika semangat petriotik dapat disemaikan dalam jiwa murid-murid sejak kecil lagi, maka mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur asing yang mempamerkan budaya dan acuan berlainan dengan ciri-ciri Malaysia.Selain itu, generasi muda kini memiliki kehidupan yang serba senang berbanding dengan generasi tua yang banyak berjuang demi negara merupakan salah satu faktor yang mengurangkan semangat patriotik mereka. Mereka tidak dapat merasakan ancaman daripada negara luar kerana negara telah pun merdeka dan keadaan negara boleh dikatakan sebagai aman dan damai. Tunku Abdul Rahman pernah berkata, memperoleh kemerdekaan lebih mudah berbanding untuk mempertahankannya. Sebenarnya kita janganlah berasa terlalu selesa, sehingga tidak sesekali berwaspada akan kemungkinan negara ini dijajah semula.[footnoteRef:3] Sejarah akan berulang jika kita tidak mendapat iktibar daripadanya. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berdisiplin untuk mengekalkan diri kita di tahap yang baik supaya sentiasa bersedia untuk menerima sebarang cabaran. [3: Romzan binti Abdullah, (2012), Isu Pendidikan: Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah, Dimuat turun pada 2 Mac 2014, Dari: http://abihulwa.blogspot.com/2012/08/isu-pendidikan-kepentingan-mata.html ]

2.2.5 Berusaha dan ProduktifSetiap orang mampu memberi sumbangan kepada negara walaupun sumbangan yang dibuat itu adalah begitu kecil. Jikalau setiap warganegara dapat membuat sumbangan kecil, maka negara akan terus maju dan membangun. Oleh itu, kita sebagai warganegara tidak boleh mengelakkan diri daripada memberi sumbangan kepada negara kita. Kita haruslah menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan negara.Setiap rakyat Malaysia disarankan berusaha untuk berusaha ke arah menjadikan negara maju dan mempunyai budaya dan bentuk tersendiri. Oleh itu, kita perlulah memahami sejarah negara kita dan negara lain supaya perbandingan dapat dibuat dalam membentukkan budaya tersendiri. Sebagai contoh semasa kerajaan melayu awal telah dipisahkan kepada kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Kerajaan agraria adalah berlandaskan pertanian dan kerajaan maritim pula berlandaskan perdagangan. Hal ini demikian kerana rakyat kerajaan-kerajaan ini mampu mengenali kekuatan dan kelemahan mereka kemudian menentukkan budaya mereka yang tersendiri.Perjuangan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh terbilang banyak memberi dorongan kepada generasi muda supaya rajin berusaha gigih dalam mencapai matlamat. Sikap mereka yang tidak mudah putus asa merupakan sikap yang wajar dipelajari oleh generasi muda. Generasi muda yang hidup dalam keadaan yang serba senang biasanya tidak mampu menerima cabaran dan cepat putus asa. Mereka cuba inginkan kejayaan yang mudah dicapai, tetapi manakah kejayaan besar yang boleh dicapai tanpa usaha?Selain itu, dengan menggunakan kemahiran pembelajaran sejarah dapat membantu murid-murid untuk meneroka idea yang kompleks dan abstrak. Kemahiran ini dapat digunakan bagi seumur hidup dan boleh menjadikan murid-murid lebih produktif dan kreatif. Dengan ini, murid-murid barulah boel menganalisis peristiwa dan menilai fakta sejarah secara rasional.2.3 PenutupMata pelajaran sejarah sebenarnya bukan sahaja dipelajari dan difahami, malah ia perlulah dihayati dengan membuat penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa. Pembacaan sahaja tidak dapat membuktikan murid-murid mengenal apa itu sejarah. Oleh itu, kita tidak boleh semata-mata mewajibkan kelulusan mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah. Banyak usaha yang boleh dilakukan supaya sejarah dihayati secara menyeluruh. Ibu bapa, guru, kerajaan dan media elektronik masing-masing memainkan peranan penting dalam usaha ini.Ibu bapa boleh membawa anak-anak mengunjung ke tempat-tempat yang bersejarah seperti A Famosa, Stadium Merdeka dan Istana Negara. Guru pula boleh menyediakan aktiviti seperti pidato, mendeklamasi sajak petriotik, mengadakan aktiviti sempena bulan kemerdekaan bagi meningkatkan semangat patriotik. Media elektronik wajar menghiburkan masyarakat dengan video pendek, drama atau wayang yang berunsur patriotik. Begitu juga menerusi program Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bertujuan menanam semangat patriotik dalam diri remaja berumur 18 tahun supaya bersedia untuk berjuang demi negara kita.Alhi falsafah George Santa mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama.[footnoteRef:4] Oleh itu, kita perlulah mempelajari pengetahuan sejarah dengan lebih mendalam.dengan mempelajari, memahami, menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka kita dapat menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional dan berhemah tinggi. Jika setiap warganegara mampu berbuat demikian, maka negara akan maju dan cemerlang. [4: Nazri Muslim, Jasmari Alias, (2003), Patriotisme: Konsep Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Selangor, Pusat Pengajian Umum. Hlm 2.]

3.0 BibiografiDr. Ismail bin Said, (2014), Kurikulum Sejarah, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2013) Draf Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sejarah Tahun Empat, Putrajaya, Kementerian Pelajaran Malaysia. Nazri Muslim, Jasmari Alias, (2003), Patriotisme: Konsep Dan Pelaksanaannya Di Malaysia, Selangor, Pusat Pengajian Umum.Senoipraaq, (2013), Sejarah 3103.Definisi,ciri-ciri guru sejarah yang efektif dan cara memupuk semangat patriotime di kalangan murid. Dimuat turun pada 21 Februari 2014, Dari: Senoipraaq blog http://abdul-ucop.blogspot.com/2013/08/sejarah-3103definisiciri-ciri-guru.htmlRomzan binti Abdullah, (2012), Isu Pendidikan: Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah, Dimuat turun pada 2 Mac 2014, Dari: http://abihulwa.blogspot.com/2012/08/isu-pendidikan-kepentingan-mata.html

4.0 Lampiran