Assgmt Perancangan & Pen Gurus An Program Sumber Pendidikan (KPT 6033)-1
description
Transcript of Assgmt Perancangan & Pen Gurus An Program Sumber Pendidikan (KPT 6033)-1
BAGAIMANAKAH GURU DI SEKOLAH MENGGUNAKAN BAHAN P&P SEMASA DI DALAM BILIK DARJAH.
1.0 Pengenalan:
Perkembangan pesat era sains dan teknologi dekad ini ternyata memberi pengaruh
yang meluas kepada kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan ia turut
memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan negara dalam usaha
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu komponen dalam teknologi
pengajaran. Bahan pengajaran merupakan satu alat peneguhan yang perlu ada di
dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Menurut Razali(1994),
penggunaan bahan pengajaran dapat mempelbagaikan kaedah dan cara
penyampaian oleh guru. Ianya penting untuk menarik minat pelajar –pelajar serta
menambahkan rangsangan mereka untuk berusaha dan maju, selain memberi
peneguhan atau penegasan pada topik atau tajuk yang disampaikan oleh guru. Dalam
pengajaran ala tradisional meskipun guru menjadi penggerak utama, penyampaian
pengajaran tidak bebas daripada menggunakan.sekurang-kurangnya menggunakan
buku teks dan papan kapur untuk menyampaikan maklumat dan mengemudi proses
pengajaran dan pembelajaran.
Melalui penggunaan bahan bantu mengajar ini akan dapat membina pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan, memudahkan, menjana dan mencabar minda
murid-murid. Ia juga dapat membantu guru untuk menerangkan sesuatu perkara
dengan jelas dan tepat. Di samping itu, dengan penggunaan bahan bantu mengajar ini
juga dapat mencungkil idea murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Ini amat
bersesuaian dengan kehendak Kementerian pelajaran Malaysia agar menggunakan
kemahiran berfikir secara bersepadu. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini
akan dapat dilaksanakan dengan teratur dan terancang apabila penggunaan bahan
bantu mengajar dipraktikkan dengan sebaik mungkin di dalam bilik darjah.
2.0 Pengkelasan Media Pengajaran
Secara umumnya pengkelasan bahan pengajaran dan pembelajaran dibuat dengan
meletakkan kumpulan alat atau media berdasarkan saluran deria dalam
penggunaannya. Menurut Abdul Rahim dan Kassim (1990) di Malaysia pengkelasan
bahan pengajaran dan pembelajaran banyak dikelaskan kepada dua jenis iaitu media
cetak dan bukan cetak. Berdasarkan pendapat Razali (1994) dan Muhamad Hassan
(2000) dalam Tunsiah (2001), menyatakan bahawa ada juga bahan pengajaran
dikategorikan kepada tiga jelas pengkelasan dengan mengasingkan media cetak iaitu
media anjuran (peralatan-peralatan elektrik yang dapat menayangkan atau
mengunjurkan satu imej di atas skrin yang besar, contohnya: projector slaid dan
projektor filem bergerak , media bukan anjuran (bahan dua demensi, bahan tiga
demensi, papan pengajaran dan papan pamer) dan media elektronik (audio, video dan
komputer).
Ikhsan dan Norila (2005) mengkategorikan bahan pengajaran dan pembelajaran ialah
i. Maujud dan bukan maujud
Bahan maujud ialah bahan-bahan yang sedia ada di persekitaran.Bagi mata
pelajaran Sains, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran amat
mudah ditemui antaranya ialah tumbuh-tumbuhan, daun,belalang, lipas,
semut, tikus, katak dan sebagainya adalah bahan maujud yang biasa
digunakan.Benda-benda seperti guli, manik, biji saga dan sebagainya pula
biasa digunakan bagi mata pelajaran Matematik. Manakala kategori bahan
bukan maujud ialah seperti replika organ manusia, replika tulang haiwan,
glob dan sebagainya.
ii. Projeksi dan bukan projeksi
Bahan-bahan projeksi sebagai contoh ialah slaid, transparensi, filem,
powerpoint, hypercard, autoware dan sebagaainya yang boleh ditayangkan
ke skrin.Manakala kategori bukan projeksi adalah yang tidak boleh
ditayangkan sebagai ontoh ialah papan gulung, manila kad, peta, carta dan
sebagainya.
iii. Plug dan unplug
Bahan-bahan yang memerlukan kuasa elektrik dalam penggunaannya
adalah di bawah kategori plug.Manakala yang tidak memerlukan kuasa
elektrik adalah di bawah kategori unplug.
iv. Multimedia dan bukan multimedia.
Bahan multimedia dan bukan multimedia adalah sesuatu yang sering
difikirkan ketika ini. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, banyak
bahan-bahan multimedia digunakan. Multimedia banyak faedahnya baik dari
segi sudut pengajaran mahupun dari sudut pembelajaran, ia mempunyai cirri
interaktif, mudah bawa, mudah dibina dan diubahsuai mengikut keperluan.
Manakala menurut Heinich,Molenda, Russell (1981) dalam Yusuf (1997), media adalah
sebagai penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti
filem, video,radio, gambar foto, risalah,poster dan sebagainya. Pengertian ini lebih
menekankan komunikasi .Media dijangka dapat memudahkan proses komunikasi
antara penghantar dan penerima.
Dalam hal ini terdapat pelbagai pengkelasan media namum maksudnya adalah sama
iaitu sebagai meliputi apa sahaja bentuk alat atau perkakasan atau benda sama ada
konkrit atau abstrak yang dapat digunakan dan dieksplotasi oleh seseorang secara
sistematik untuk membantunya dalam proses penyampaian mesej-mesej pengajaran.
3.0 Peranan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Kemp dan Smellie (1997), berpendapat bahawa peranan utama bahan pengajaran
dan pembelajaran ialah untuk membantu proses penyampaian isi pelajaran kepada
pelajar-pelajar di mana penggabungan kemahiran, gambar, perkataan dan bunyi yang
dihasilkan boleh membangkitkan emosi,mendorong aksi dan mengubah sikap.
Manakala berdasarkan Romiszowski (1992) dalam Tunsiah (2001), bahan pengajaran
bukan satu cara atau kaedah mengajar kerana ia tidak ia tidak boleh menggantikan
tugas guru tetapi ia membantu dalam pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran yang sempurna.
Laporan jawatankuasa Kabinet (1974), melalui perakuan ke 1159 (c) menyatakan
bahawa Lementerian Pendidikan harus mengadakan kemudahan di setiap sekolah
untuk kegiatan yang berkaiatan dengan penggunaan bahan pngajaran dan
pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). Selaras dengan itu, buku
panduam am Kurikulum baru Sekolah Rendah (KBSR) Kementerian Pendidikan
Malaysia (1998) menyatakan dengan jelas kepentingan penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah iaitu:
i. Menolong guru mewujudkan kepelbagaian dan minat dalam satu waktu
pelajaran di samping memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan
dan teknik pengajaran yang lain.
ii. Membantu guru menimbulkan situasi yang lebih bermakna untuk
menyampaikan butiran-butiran pelajaran.
iii. Menolong memberi rangsangan kepada guru untuk menggerakkan daya
fikiran hingga dapat melahirkan pertuturan dan pemikiran serta memberi
peluang kepada mereka menggunakan sesuatau atau lebih deria dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
Apabila wujudnya penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah, menurut Kemp dan Smelie (1997), telah menyenaraikan beberapa
sumbangan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kepada guru
dan murid ialah:
Proses pengajaran dan pembelajaran lebih terancang.
Penglibatan pelbagai deria menjadikan pengajaran lebih menarik dan
berkesan.
Panjangnya massa yang diperlukan untuk pengajaran dapat
dikurangkan.
Perluasan batasan komunikasi seperti filem dan video, acara siaran
langsung di dunia luar menjadikan lebih jelas dan dekat semasa
pelajar menonton aksi yang disiarkan.
Pembelajaran lebih interakstif dan berkualiti.
Ke arah pembelajaran kendiri,program pakej dan pendekatan
bersistem.
Memperkayakan pengalaman dengan pengalaman baru.
Sebagai bank maklumat di manapengajaran boleh diberikan tidak kira
waktu dan di mana perlu.
Penyampaian pengajaran menjadi lebih piawai dan menerima mesej
yang sama.
Media merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran
dan menyediakan sumber untuk pembelajaran murid. (lihat rajah 1). Jadi peranan
bahan pengajaran ialah untuk proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah
atau teknik mengajar, meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat
yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan tajam.
Rajah 1: Peranan Media dalam pengajaran dan pembelajaran
(sumber: Yusup Hashim: 1997)
4.0 Bagaimana Guru Menggunakan Bahan Pengajaran dan pembelajaran
Dalam Bilik Darjah
Alat pengajaran
Media / Sumber
Sumber Pengajaran
Pelajar
Proses untuk menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
tidak sepatutnya diabaikan.Ini kerana segala bahan adalah digunakan oleh guru
mahupun pelajar mestilah membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Beberapa
kajian telah dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai dalam menyediakan
atau menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan pendapat Abdul Rahim (1989) dalam Zaiton Zainal (1991), telah
menyenaraikan beberapa ciri penting dalam membuat pemilihan menggunakan bahan
pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa,
kandungan dan pengalaman pelajar itu sendiri adalah penting.Begitu juga fakta yang
dikemukan haruslah kemaskini, tepat, tidak berat sebelah dan logik.Teknik seperti
teknik bunyi yang jelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira.Beliau turut
menekankan ciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah diguna dan disimpan, tahan
lasak, ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika diguna
pakai dengan mata pelajaran lain. Kesemua aspek ini amat berguna kepada guru-guru
kerana itu beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat.
Apabila ingin menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran, seorang guru perlu
tahu beberapa kriteria pemilihan bahan. Razali (1990 ) dalam Zaiton Zainal (1991)
menggariskan beberapa criteria pemilihan bahan iaitu seperti berikut:
i. Tepat dengan tajuk
ii. Tahan lama dan ekonomi
iii. Saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar
iv. Mudah disimpan dan kepelbagaian penggunaan.
Ikhsan dan Norila (2005) juga ada menyatakan bahawa dalam hal ini, guru-guru juga
perlu banyak memainkan peranan menentukan dan membuat pilihan. Penentuan dan
pilihan yang dibuat oleh guru pula banyak bergantung beberapa faktor seperti tahap
pencapaian murid, peruntukan masa dan ruang, kos penyediaan bahan dan
sebagainya.
Sebagai seorang guru, untuk menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu
juga memahami beberapa garisp panduan bagi memastikan bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran dapat berfungsi dengan berkesan. Ikhsan dan Norila (2005) juga
menyenaraikan beberapa garis panduan iaitu :
Sesuai bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran iaitu sesuai
dengan tajuk dan kurikulum yang ditetapkan.
Praktikal untuk digunakan iaitu merujuk kepada kemudahan untuk dibawa
dan dikeluarkan semula apabila diperlukan.
Menumpukan perhatian murid kepada proses pengajaran dan
pembelajaran.Murid tidak terpegun dengan atau bahan yang digunakan
sehingga tidak memberi tumpuan kepada isi pelajaran.Juga tidak
menjemukan sehingga murid mengalihkan tumpuan keda yang lain.
Mempunyai ciri keberkesanan kos seperti mudah bina atau diperbaiki, tahan
lama, murah dan sebagainya.
Lebih baik jika maujud,konkrit dan kontekstual kerana murid-murid sekolah
rendah mempunyai gaya pemikiran konkrit.
Bersifat interaktif kerana penyesuaian diri kepada persekitaran adalah faktor
yang penting untuk perkembangan kognitif individu.
Kepelbagaian, bagi mengelak jemu atau bosan serta selaras dengan tajuk-
tajuk yang berbeza.
Jumlah yang mencukupi untuk tidak menjejaskan disiplin murid dan kawalan
kelas akibat daripada perebutan bahan atau sebagainya.
Selaras dengan nilai serta budaya yang ada kerana pertembungan nilai dan
budaya boleh menyebabkan konflik.
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru-guru digalakkan
merancang pengajaran secara sistematik supaya alat dan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan benar- benar memberi kesan kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Dalam hal ini saya memilih satu model yang dirasakan sesuai untuk
penggunaan bahan dengan lebih berkesan iaitu Model ASSURE boleh dijadikan
sebagai panduan untuk merancang penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Heinich, Molenda, Russell 1989 dalam Yusup (1997).ASSURE
bermaksud memastikan sesuatu itu akan berlaku. Akronim ini direka daripada enam
huruf yang membawa maksud:
A= Analyse learner (analisis pelajar)
S=State objectives ( nyatakan objektif)
S= Select, modify or make media (pilih, baiki atau buat media)
U=Use media (Gunakan media)
R=Require learner response (perlukan tindakbalas pelajar)
E= Evalute materials (menilai dan menyemak semula bahan).
Rajah 2 : Model ASSURE
(sumber: Yusup Hashim 1997)
Oleh yang demikian enam langkah berdasarkan Rajah 2 di atas, adalah untuk
merancang penggunaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran
mengikut model ASSURE . Berikut adalah penerangan secara terperinci mengenai
model tersebut.
Analisis pelajar
Nyatakan
Pilih/baiki/buat bahan
Gunakan bahan
Tindak balas pelajar
Nilai bahan
i. Menganalisis sifat-sifat pelajar.
Mengenal pasti cirri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat,kelas dan
taraf sosioekonomi.
Mengenal pasti cirri-ciri kesediaan dan pengetahuan yang sedia ada
yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti
pengetahuan, kemahiran dan sikap murid.
ii. Menyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus.
Objektif –objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran,panduan
kurikulum atau buku teks.
Penentuan objektif-objektif adalah berdasarkan peringkat prestasi yang
ingin dicapai. Keadaan pembelajaran dan criteria atau darjah
pencapaian yang diinginkan.
Contoh: Dengan memberi satu potongan akhbar yang mengandungi 200
patah perkataan (keadaan/ syarat pembelajaran), pelajar boleh membaca
potongan akhbar tersebut dengan jelas (prestasi) dalam masa 5 minit
(kriteria/darjah pencapaian).
iii. Memilih, memperbaiki atau membuat alat / bahan pengajaran.
Pilih alat / bahan yang sedia ada.
Baiki alat / bahan yang sedia ada
Buat alat /bahan pengajaran yang baru.
Ketiga-tiga aspek ini adalah berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan
matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
iv. Menggunakan alat / bahan pengajaran.
Setelah alat / bahan itu dipilih, dibaiki atau dibina,rancangkan
bagaimana alat /bahan itu akan digunakan dan masa
pembelajaran yang diperlukan.
Kemudian sediakan kelas, alat-alat serta kemudahan-kemudahan
yag diperlukan.
Buat persembahan di dalam kelas.
Adakan aktiviti susulan seperti perbincangan, kerja-kerja
kumpulan,projek perseorangan atau menyediakan dan membuat
laporan.
v. Tindak balas daripada pelajar.
Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu
berlaku,pelajar dikehendaki membuat latihan tentang isi pelajaran.
Kegiatan ini sebagai pengukuhan (reinforcement activities)
hendaklah disepadukan supaya pelajar akanm mendapat tindak
balas yang betul.
vi. Menilai dan menyemak semula bahan.
Setelah selesai pengajaran penilaian tentang kekuatan dan
keberkesanan bahan itu secara menyeluruh harus dijalankan.
Dalam penilaian ini, soalan harus difikirkan:\
1. Adakah objektif tercapai?
2. Adakah alat / bahan yang digunakan dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran?
Adakah kesemua pelajar dapat menggunakan alat /bahan dengan
cara yang betul?
Adakah suasana pembelajaran selesa?
Keenam-enam langkah Model ASSURE ini adalah suatu cara yang sistematik
merancang penggunaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Razali (1994) menyenaraikan beberapa kriteria lain dalam penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran boleh melibatkan kaedah yang berikut :
Menggunakan pilihan daripada bahan sedia ada.(dibekalkan oleh
pihak swasta atau Kementerian Pendidikan)
Olahan semula bahan-bahan sedia ada kerana bahan-bahan yang
dibekalkan oleh syarikat swasta selalunya tidak mengikut kehendak
kurikulum sekolah dengan sepenuhnya. Kebijaksanaan guru
menggunakan semula disesuaikan dengan tujuan dan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Merancang dan menerbitkan bahan baru.
Terdapat juga beberapa prinsip asas penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang dikemukakan oleh Muhamad Hassan (2000) dan Noor Ein (1990), dengan
menyatakan bahawa:
Pelbagai bahan pengajaran bagi membantu penyesuaian
kepelbagaian aktiviti mengikut peringkat-peringkat tertentu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesesuaian bahan pengajaran berdasarkan objektif.
Mutu dan kewibawaan bahan pengajaran dipilih dan dikemaskini.
Kecekapan menggunakan bahan pengajaran yang dihasilkan.
Ciri-ciri fizikal alat atau bahan yang dipilih selamat dan terkini, tahan
lasak, mudah disimpan, mudah diguna dan kurang penyelenggaraan.
Selain daripada itu juga, sebagaimana yang diketahui umum bahawa perkembangan
dalam bidang teknologi maklumat (IT) merupakan antara elemen penting pada
peringkat dunia kini. Semua negara berusaha dalam mempertingkatkan IT masing-
masing supaya ianya selaras dengan perkembangan masa kini. Perkembangan bidang
IT adalah penting bagi mencapai taraf negara maju. Oleh yang demikian beberapa
langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju dan salah satunya adalah penyediaan MSC (Multimedia Super Coridor). Ia
merupakan suatu projek teknologi maklumat yang penting kepada Malaysia untuk
meningkatkan dan seterusnya menjadikan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan
rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan
pentadbiran bersifat lebih bersistematik dan efisien. Oleh itu bagi merealisasikan
matlamat ini bidang pendidikan antaranya merupakan antara elemen penting bagi
merealisasikan hasrat tersebut. Di samping itu perubahan pada teori yang selama ini
berpegang kepada kognitif tetapi kini kepada pendekatan berbentuk konstruktivisme
lebih mengandaikan guru dan pelajar bekerjasama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kesimpulannya sesuatu kemajuan mampu dicapai dengan adanya
perubahan yang menjurus ke arah penambahbaikan akan memberikan hasil yang
maksimum. Jika sebelum ini pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan guru
tetapi di alaf baru ini para pelajar mampu menggunakan pengalaman untuk
dihubungkaitkan dengan pengetahuan mereka bagi menggunakan konsep yang baru.
Di samping itu pengenalan beberapa bahan bantu mengajar yang lain juga telah
merancakkan perkembangan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bidang
pendidikan. Di antara bahan tersebut ialah modul pembelajaran kendiri (MPK).
Penggunaan modul telah membantu guru dan pelajar dalam mempelbagaikan teknik
mengajar dan belajar.
Hasil dari kesedaran ini, perlu adanya revolusi pengajaran dan pembelajaran yang
mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, penggunaan MPK untuk
kegunaan pengajaran dan pembelajaran menjadi sasaran utama kementerian bagi
melahirkan golongan generasi yang kreatif dan inovatif yang dapat mengadaptasikan
teknologi-teknologi baru dan dapat mengakses kepesatan pembangunan maklumat.
Oleh sebab itu, bahan pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat
pelajar selain elemen teks, grafik, dan teori pembelajaran amat diperlukan. Ini penting
supaya isi pelajaran yang ingin disampaikan dapat diterima dengan baik oleh
pengguna. Dalam pada itu, bahan pengajaran dan pembelajaran, ini juga penting untuk
memahami konsep penggunaan perisian yang memerlukan kemahiran tinggi.
Walaupun banyak rujukan yang berkaitan dengan perisian terdapat di pasaran, tetapi
skop pembelajarannya terlalu luas dan sukar diikuti oleh para pelajar.
Dalam menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran ini, Modul Pembelajaran
Kendiri (MPK) bagi penggunaan montaj animasi ini menggunakan aplikasi
Macromedia Flash MX 2004 yang terdiri daripada enam topik iaitu:
Topik 1: Pengenalan kepada ikon-ikon Flash dan Penyediaan Latar
Belakang Persembahan.
Topik 2: Asas Penggunaan Animasi Terhadap Teks.
Topik 3: Asas Pembinaan Objek dan Animasi Terhadapnya.
Topik 4: Asas Penggunaan Animasi Terhadap Imej.
Topik 5: Asas Pengubahsuaian Terhadap Imej Bitmap dan Teks.
Topik 6: Audio/Bunyi dalam Persembahan Animasi.
Sekiranya seorang telah ditugaskan mengajar di sekolah bermasalah penglihatan dan
bermasalah pendengaran (Pendidikan Khas) guru tersebut perlulah faham dan
menyediakan diri mereka dengan situasi tersebut yang mana mereka perlu memahami
keperluan pelbagai keperluan kanak-kanak bermasalah sedemikian.Selain daripada itu
juga mereka perlu mengetahui bahan-bahan khas, teknik pengendalian pengajaran
dan pembelajaran dan kemudahan tempat Guru-guru yang mengajar perlu
mengetahui bahawa pelajar buta mempelajari bacaan dan tulisan Braille dan
kemahiran berjalan, manakala pelajar pekak belajar bahasa isyarat, bacaan bibir dan
ejaan jari serta pelajar terencat akal akan memerlukan kurikulum mudah yang
menekan pembelajaran turutan dan bahan-bahan yang konkrit manakala pelajar yang
menghadapi masalah tingkah laku akan menerima pelajaran yang memberi tumpuan
terhadap modifikasi tingkah laku. Tenaga pengajar perlu menggunakan bahan
berdasarkan beberapa kemahiran antaranya mempunyai kemahiranm mengguna
bahan media dan alatan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan. Menurut
Halil (2000), bagi menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran mereka perlu
mengetahui prinsip asas, penggunaan perkhidmatan sokongan, pembinaan dan
pengajaran kemahiran kepada pelajar.
Kekangan Penggunaan Bahan
Dalam menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah memainkan
peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun
wujud cabaran-cabaran tersebut adalah seperti berikut:
Penyediaan bahan terhad
Kos penyediaan atau pembelian yang tinggi
Tempat penyimpanan yang terhad
Perlu banyak masa untuk penyediaan
Persediaan untuk penggunaannya memakan masa.
Kurang menepati objektif atau tajuk
Kurang mengikut kehendak KBSR.
Dalam hal ini profesionalisme seseorang guru adalah memainkan peranan yang
sangat penting dalam menghadapi dan menangani cabaran-cabaran tersebut.
Kesimpulan
Bagi mencapai hasil seperti yang dikehendaki, bahan pengajaran dan pengajaran
bukan sahaja berkualiti tinggi, malah dipilih atau direka bentuk, dihasilkan dan
digunakan sebagai bahagian utama proses pengajaran.Oleh itu, bahan pengajaran
dan pembelajaran penting di dalam penyampaian pengajaran dengan lebih berkesan.
Pengajaran menjadi lebih berkesan dan menarik sekiranya bahan pengajaran
digunakan bersama-sama alat-alat teknologi yang membantu pelajar-pelajar. Dalam
hal ini tenaga pengajar tidak perlu menjadi artis untuk menyediakan bahan pengajaran
untuk mengubahsuai bahan pengajaran yang digunakan seseorang tetapi seorang
guru perlu kreatif. Ini kerana setiap kali membuat pengubah suaian ke atas bahan yang
digunakan, seorang guru perlu menyoal adakah pengubahsuaian itu dapat digunakan
dan difahami oleh pelajar.
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar membuat
penaakulan ke arah tersebut. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi telah
merubah gaya berfikir dan gaya pelajar belajar. Dalam pembelajaran bestari
contohnya, murid-murid dilatih berdikari dan perlu bijaksana dalam mencari, menapis
dan menguruskan malkumat. Secara tidak langsung perkara ini menjuruskan mereka
ke arah yang lebih kreatif, kritis, mampu membuat pertimbangan dan seterusnya dapat
menghadapi cabaran dalam kehidupan. Revolusi yang dilaksanakan dalam bidang
pendidikan di alaf baru ini menunjukkan telah membantu para pelajar supaya lebih aktif
bagi membuktikan potensi yang mereka miliki dan membuka mata umum bahawa
mereka merupakan pelapis kepada hasrat kerajaan dalam Wawasan 2020.
Dalam era ICT dewasa ini, bagi seorang guru, pengetahuan terhadap aspek
penggunaan bahan grafik digital sangat perlu. Hal ini disebabkan kehendak tugasan
mengajar yang memerlukan mereka menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau
Bahan Bantu Belajar (BBB). Kemampuan dan kemahiran guru untuk menggunakan
bahan grafik yang sesuai mampu menarik perhatian dan tumpuan pelajarnya. Bahan
yang menarik dan disediakan dalam pelbagai bentuk, warna, dimensi dan komposisi
mampu memberikan gambaran yang lebih jelas dan teliti tentang sesuatu topik
pembelajaran yang hendak disampaikan. Dengan itu, objektif pengajaran dan
pembelajaran mudah dicapai dengan bantuan bahan grafik tersebut.
Di samping itu, guru-guru juga sering diminta menyediakan tugasan lain seperti
menyediakan bahan untuk sesuatu program sekolah seperti buku aturcara, brocur, kad
jemputan dan sebagainya. Lakaran-lakaran dinding sekolah misalnya. Kaedah
konvensional seperti lakaran atau lukisan menggunakan tangan semakin dilupakan.
Begitu juga untuk menggunakan banner atau kain rentang sesuatu majlis. Kaedah dan
cara penggunaan menggunakan peralatan ICT lebih mudah, menarik dan boleh
dihasilkan dalam tempoh masa yang sangat singkat.\
Alangkah baiknya jika pelajar juga diberi peluang dengan memberi pendedahan asas
kepada mereka cara-cara menggunakan bahan grafik digital. Hal ini sememangnya
perlu diberi perhatian kerana di sinilah guru-guru berpeluang membimbing pelajar-
pelajarnya untuk menggunakan sesuatu bahan-bahan grafik yang ‘positif’. Dengan itu,
bakat dan kebolehan pelajar dapat dicungkil dan diasah lebih awal. Siapa tahu, suatu
hari nanti mereka akan menjadi pelukis atau pereka letak grafik digital yang berjaya.
Ini kerana bidang ini turut menawarkan pendapatan yang lumayan jika benar-benar
ingin menceburinya.