assgmt pkk

31
PENGENALAN Mengikut kamus dewan( 1994, p.624) perkembangan bermaksud perihal atau proses berkembang iaitu menjadi maju atau meluas. Manakala kanak-kanak pula mengikut kamus dewan (1994, p570) bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil. Secara kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak adalah proses berkembang untuk menjadi maju atau meluas bagi budak yang masih kecil. Mengikut laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkembangan_kanak-kanak Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif biologi dan psikologi yang berlaku kepada manusia antara kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanak-kanak ). Secara umumnya, perubahan kanak-kanak tidak dapat dilihat dan diukur dari segi biologi dan psikologi. Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya, cara pertuturan dan kematangan. Kalau kita lihat dari segi pertuturan, kanak-kanak pada umur 6 tahun bertutur dengan sedikit pelat dan gagap jika dibandingkan dengan kanak-kanak berumur 12 tahun. Paul Eggan & Don Kauchak (1997) menyatakan, "...the concept of development, the orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning, experience and maturation". Oleh itu, jelaslah di sini bahawa perkembangan kanak-kanak dapat dikembangkan berdasarkan daripada tiga kombinasi perkara iaitu, pelajaran, pengalaman dan kematangan. 1

Transcript of assgmt pkk

Page 1: assgmt pkk

PENGENALAN

Mengikut kamus dewan( 1994, p.624) perkembangan bermaksud perihal atau proses

berkembang iaitu menjadi maju atau meluas. Manakala kanak-kanak pula mengikut

kamus dewan (1994, p570) bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil.

Secara kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak adalah proses berkembang untuk

menjadi maju atau meluas bagi budak yang masih kecil.

Mengikut laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkembangan_kanak-kanak

Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif biologi dan psikologi

yang berlaku kepada manusia antara kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanak-

kanak). Secara umumnya, perubahan kanak-kanak tidak dapat dilihat dan diukur dari

segi biologi dan psikologi. Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika

dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya, cara pertuturan dan

kematangan. Kalau kita lihat dari segi pertuturan, kanak-kanak pada umur 6 tahun

bertutur dengan sedikit pelat dan gagap jika dibandingkan dengan kanak-kanak

berumur 12 tahun.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) menyatakan, "...the concept of development, the

orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning,

experience and maturation". Oleh itu, jelaslah di sini bahawa perkembangan kanak-

kanak dapat dikembangkan berdasarkan daripada tiga kombinasi perkara iaitu,

pelajaran, pengalaman dan kematangan.

1

Page 2: assgmt pkk

1.0 Konsep dan prinsip Perkembangan Kanak-kanak

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan danperkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifatperubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudahberlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.

Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang salingberkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, samaada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah,adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secararingkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antaraperubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yangdijangkakan.

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahanyang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organismadalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapatdiukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baruberlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasaberlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayatorganisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organismake peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkatkematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dariawal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.

Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalamgen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenisorganisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949)menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara globalsemua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yangbiasa dilalui oleh kanak-kanak.

2

Page 3: assgmt pkk

Aspek Proses pertumbuhan

(Perubahan kuantitatif)

Proses perkembangan

Perubahan kualitatif)

Jasmani Tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah.

Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti mengangkat,berjalan, berlari, melompat.

Mental Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara

Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa angka,pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan.

Sosial Mula berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga seperti jiran,rakan sebaya dan guru.

Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya,kepentingannya displin, kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya.

Emosi Tumbuhnya perasaan suka, duka,marah, sayang dan sebagainya.

Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.

Rajah 1.1 Perbezaan diantara pertumbuhan dan perkembangan individu dari aspek jasmani, mental, emosi, dan sosial

3

Page 4: assgmt pkk

1.2 Prinsip-prinsip Perkembangan

Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:– Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)– Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)

proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya pada peringkat awal bayi boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak, diikuti dengan berdiri, kemudian berjalan

Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanyaumum kemudian khusus. Misalnya bayi boleh menggenmgam objek sebelum belajar menggunakan jari.

Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masafertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.

Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapibeberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.

Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yanglain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dankematangan mental.

Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanakmencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:

Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti; Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal; Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan

kognitif; Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.

4

Page 5: assgmt pkk

2.0 Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunandan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yangdibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warnamata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak.Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan hadkeupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalamperingkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangansetiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza darisegi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikanbahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkankadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu samalain.

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripadanukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentupada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalamnukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosommengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yangmengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangankromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gametjantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran diantara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri bakatersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajahberikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosomberlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.

5

Page 6: assgmt pkk

Rajah 2.1 Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan

6

Page 7: assgmt pkk

perempuanBerdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan

ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetikterhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individudari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) danShieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dankebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan diantara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individudengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akanmelahirkan anak yang juga cerdas pintar.

Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisidaripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabildan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi,kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pulamempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasanarumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahuiumum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluargamelahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.Misalnya ;

Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengankasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.

Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanakmemperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.

Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalamiperkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.

Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantuperkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum keranakeluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbangserta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

7

Page 8: assgmt pkk

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanakbergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembanganintelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi denganrakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positifdaripada mereka.

Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yangmelingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan rumahdengan guru dan sekolah dapat dilihat.

Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaanmasyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspeksosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya:

Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalanganindividu.

Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidupserta tingkah laku manusia.

Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya denganmembentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha,bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yangsempurna.

Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikapmanusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, sertamengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.

Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akanmelahirkan individu yang beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumberteknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepadamaklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan sepertisuratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kitaketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akanmeningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanakkanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.

8

Page 9: assgmt pkk

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalamperkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifatpenyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjahakan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yangkondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaranakan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.

Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugasuntuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demimewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telahdimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun1988.

3.0 Perkembangan fizikal dan kognitif serta teori yang berkaitan.

Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembanganfizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan).Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatiftetapi jelas berubah melalui peredaran masa.

3.1 Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhanbahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, beratbadan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebihkompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secaralangsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan merekabersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan.

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan olehpengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan jugapekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspekfizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalahlebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna

9

Page 10: assgmt pkk

mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang ataupendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka jugamemainkan peranan penting.

Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaandalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yangterdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyaipengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

3.2 Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran,pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjanaakal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, danmembentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yangdilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaranyang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akanmempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangankognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang.

Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah :

1. Skema Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan

sesuatu dengan cara tertentu.

Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.

Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.

Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti jari ibu.

Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan

10

Page 11: assgmt pkk

persekitarannya.

2. Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi

dengan skema yang sedia ada.

Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.

Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

3. Akomodasi Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.

Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.

Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.

Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akanmenyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

4. Adaptasi Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi

dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.

Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu

11

Page 12: assgmt pkk

peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)

Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)

Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Pada peringkat sensorimotor, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainyasudah mencapai tahap yang lebih mantap.

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.

2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.

3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

12

Page 13: assgmt pkk

Bagi tahap praoperasi, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )

Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'.

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Pada tahap operasi fomal pula, Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Tahap ini melibatkan umur sebelas hingga lima belas tahun. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. mereka dikatakan mampu membuat

13

Page 14: assgmt pkk

keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.

Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati dengan pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat perancangan berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan norma yang terdapat dalam masyarakat

Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal dan logik. Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal bermula semasa zaman remaja, pemikiran sebegini kadangkala jarang digunakan (Burbulus & Linn 1988)

Contoh kanakkanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulative yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.

Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanakmelakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan inimembolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkankemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP)meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanakkanak.Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak padaperingkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untukmenunjukkan keupayaan penggunaan bahasa.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalammemahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling.Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas.Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masadepan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbolbagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain.Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingatdan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapatmeniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hariyang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad

14

Page 15: assgmt pkk

dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.

Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembanganmenyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskanenam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Iamerangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral,perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakalaperkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi,ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan,padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.

Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukanaktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yangsama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasauntuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yangtidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikankanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihaksekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidaktersekat atau terganggu.

Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik danmampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Padatahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialahmemikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan jugamereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahapini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak danpergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

4.0 implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran15

Page 16: assgmt pkk

Implikasi perkembangan fizikal kepada pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-

kanak berumur 2-6 tahun

Guru dinasihati membantu kanak-kanak di dalam kelas tetapi berpatutan kerana

dibimbangi akan menyebabkan perasaan kurang yakin di dalam diri kanak-kanak untuk

melakukan sesuatu.

1. Elakkan membandingkan kanak-kanak di dalam kelas.

2. Sediakan aktiviti yang menggunakan kecergasan kerana kanak-kanak aktif

pada waktu ini.

Implikasi perkembangan fizikal kepada pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-

kanak berumur 7 – 12 tahun

1. Kanak-kanak boleh diajar bermain alat muzik atau melukis.

2. Melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti yang menggunakan kecekapan otot

seperti berenang.

3. Menyediakan aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak.

4. Terapkan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak

yang aktif sesuai untuk bermain bola sepak.

Implikasi perkembangan fizikal kepada pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-

kanak berumur 12 -15 tahun

1. Aktiviti seperti ceramah, kaunseling yang dapat membantu remaja menerima

dirinya, rupa dan bentuk badannya seadanya.

2. Menyediakan latihan untuk membantu remaja meningkatkan daya tenaga dan

daya tahan seperti berlari mengelilingi padang.

3. Berikan kesedaran kepada remaja tentang gaya hidup yang sihat

terutamanya jauhi dari rokok dan mengamalkan gizi seimbang.

16

Page 17: assgmt pkk

4. Rancang aktiviti sosial yang sihat untuk remaja.

5. Sediakan bilik persalinan yang terasing antara lelaki dan perempuan.

6. Kurangkan peluang remaja perempuan untuk diperhatikan oleh remaja lelaki

semasa senaman

Implikasi teori perkembangan kognitif jean Piaget kepada pengajaran dan

pembelajaran.

Untuk kanak-kanak praoperasi ( 2 – 7 tahun)

Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit

Iaitu menggunakan bahan yang maujud dan mudah dilihat seperti batu dan guli

untuk belajar kemahiran mengira.

Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai contoh

Contohnya, guru haruslah menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami

untuk menyuruh kanak-kanak beratur di luar kelas dan didemosntrasi oleh guru

itu sendiri.

Berhati-hati dengan perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak pada waktu ini

kerana sesuatu perkataan membawa makna yang belainan.

Contohnya, kanak-kanal yang memberitahu cikgunya yang dia mahu bari

berkemungkinan ingin tidur.

Beri peluang kepada kanak-kanak untuk melakuakn aktiviti.

Contohnya, membentuk perkataan dengan potongan huruf.

Sediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai.

Membuat lawatan ke zoo atau taman-taman haiwan.

Untuk kanak-kanak peringkat operasi konkrit ( 7 – 11 tahun)

Teruskan penggunaan bahan konkrit.

Menggunakan model 3 dimensi untuk mewakili objek baru.

17

Page 18: assgmt pkk

Member peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek

yang diajar.

Membuat eksperimen dalam subjek sains.

Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun

Melakukan pengajaran menggunakan teknik induktif.

Gunakan contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman murid.

Perkenalkan soalan yang berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan

pemikiran logik dan analitik.

Untuk peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas)

Gunakan bahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang kompleks.

Member peluang kepada pelajar untuk meneroka alternative penyelesaian dan

membuat hipotesis.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta member

sebab kepada penyelesaian.

Mengemukakan konsep yang lebih meluas. Biarkan pelajar meneroka dan

mengkaji sendiri konsep tersebut.

Implikasi teori Vygotsky ke atas pengajaran dan pembelajaran

a) Guru perlu member latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap

bimbingan yang sepatutnya diberi.

b) Guru membantu apabila diperlukan. Beri galakan dan semangat untuk kanak-

kanak mencuba dan mengaplikasikan kemahiran supaya mencapai objektif.

c) Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir.

d) Bimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea ke dalam situasi yang

memerlukan penyelesaian.

18

Page 19: assgmt pkk

e) Member arahan yang bermakna iaitu kaitkan pengajaran dengan aktiviti seharian

seperti membimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman

sebenar.

5.0 Rumusan dan cadangan

19

Page 20: assgmt pkk

Perkembangan di dalam fizikal dan kognitif adalah aspek perubahan yang

dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa.

Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi

peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan

membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had

perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap

perkembangan yang maksimum.

Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu

wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak

perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik

perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut

peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan

seterusnya.

Oleh itu, kita sebagai seorang guru pelatih haruslah menguasai dan mempelajari

teori perkembangan fizikal dan kognitif dengan sebaik mungkin. Ini disebabkan, teori-

teori amat penting untuk diguna pakai oleh kita semasa proses pengajaran dan

pembelajaran semasa kita menjadi guru nanti.

Di samping itu, kita juga akan menjadi seorang bapa atau emak kepada anak-

anak kita kelak. Oleh itu, dengan menggunakan teori-teori perkembangan fizikal dan

kognitif yang kia telah pelajari, kita sebaiknya harus menyediakan satu persekitaran

yang baik dan sihat kerana perkara ini mempengaruhi perkembangan fizikal dan kognitif

anak-anak kita.

RUJUKAN

20

Page 21: assgmt pkk

21