APLIKASI KAEDAH NEGOTIATED DRAWING DALAM PROSES ...ir.upsi.edu.my/3028/1/Aplikasi kaedah negotiated...
Transcript of APLIKASI KAEDAH NEGOTIATED DRAWING DALAM PROSES ...ir.upsi.edu.my/3028/1/Aplikasi kaedah negotiated...
APLIKASI KAEDAH "NEGOTIATED DRAWING" DALAM PROSES
PEMBELAJARAN DUNIA SENI VISUAL KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN MIRI, SARAWAK.
SAZLINA BINTI NOR AZMI
TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MOD PENYELIDIKAN)
FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2016
v
APLIKASI KAEDAH "NEGOTIATED DRAWING" DALAM PROSES
PEMBELAJARAN DUNIA SENI VISUAL KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH DI BAHAGIAN MIRI, SARAWAK.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Kaedah "Negotiated Drawing". Kaedah
ini digunakan untuk meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid Sekolah
Rendah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis
artifak untuk mengukur perubahan, perkembangan kemahiran dan minat murid dalam
lukisan. Maklumat pencapaian murid dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan
ujian pasca. Seramai 26 orang murid Tahun 2, 3 dan 5 di SK Rumah Mentali, Subis
dipilih sebagai informan kajian. Daripada penyelidikan yang dijalankan, hasil kajian
menunjukkan Kaedah "Negotiated Drawing" memberi kesan yang baik terhadap
peningkatan kemahiran murid dalam melukis. Selain itu, dapatan dari aspek minat murid
adalah positif mengikut eviden yang dikumpul terhadap pencapaian murid. Perlaksanaan
kaedah ini dapat membina insan yang kreatif, inovatif, proaktif dan mampu berdaya saing
dalam meningkatkan kemahiran melukis. Justeru, Kaedah "Negotiated Drawing" sesuai
diterapkan sebagai salah satu kaedah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
lukisan.
vi
APPLICATION OF NEGOTIATED DRAWING METHOD IN VISUAL ARTS
LEARNING PROCESS BASED ON THE PRIMARY SCHOOL CURRICULUM
STANDARDS IN MIRI, SARAWAK.
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the effectiveness of Negotiated Drawing
method. This method is adopted to enhance the drawing skills among primary pupils.
This qualitative study used interviews, observation and artifact analysis to measure
changes, skills, development and pupils' interest in painting. The pupils' improvement
results were collected from the pre-test and post-test. 26 pupils from Year 2, 3 and 5 in
SK Rumah Mentali, Subis were selected as informant. From the research, the data
revealed that Negotiated Drawing has positive effect based on the collected evidence of
the pupils' achievement and improvement of drawing skills. Despite that, the methods
gave positive results on the pupils' interest. Application of this method is able to make
pupils more creative, innovative, proactive and competitive in becoming a competent
drawer. Moreover, Negotiated Drawing method is suitable to be implemented as one of
the methods for teaching and learning drawing.
vii
KANDUNGAN
Muka Surat
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH xi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Penyelidikan 3
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Tujuan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Persoalan Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
viii
1.8 Skop dan Batasan Kajian 10
1.9 Kerangka Konsep 11
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 13
2.1.1 Kaedah 13
2.1.2 Kaedah "Negotiated Drawing" 14
2.1.3 Kaedah "Step-by-step" 20
2.1.4 Kemahiran Melukis 25
2.1.5 Kaedah "Step-by-step" dalam Kaedah "Negotiated 28
Drawing"
2.2 Kajian-kajian Lepas terhadap Aktiviti Melukis
2.2.1 Kajian Luar Negara 34
2.2.2 Kajian Dalam Negara 38
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 40
3.2 Pendekatan Kajian 41
3.3 Reka Bentuk Kajian 44
ix
3.4 Lokasi Kajian 46
3.5 Teknik Pengumpulan Data 47
3.6 Pengendalian Kajian 47
3.6.1 Temubual 49
3.6.2 Pemerhatian 50
3.7 Kaedah Analisis Data 56
3.8 Kebolehpercayaan Data 57
3.9 Rumusan 58
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 59
4.2 Persoalan Kajian 1 60
4.2.1 Himpunan Hasil Karya Murid 60
4.2.1.1 Penilaian 66
4.2.1.2 Penilaian 69
4.2.1.3 Penilaian 71
4.3 Persoalan Kajian 2 72
4.3.1 Pemerhatian 72
x
4.3.2 Temubual 78
a) Guru 78
b) Murid 79
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 80
5.1.1 Persoalan 1 80
5.1.2 Persoalan 2 82
5.1.3 Persoalan 3 86
5.1.4 Cadangan 87
RUJUKAN 91
LAMPIRAN 96
xi
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
Rajah
1.9.1
Kerangka Konseptual adaptasi daripada Kaedah “Negotiated
Drawings” oleh Maureen Cox (1997)
11
Rajah
2.1.2.1
Diagram Perlaksanaan Kaedah “Negotiated Drawings”
dalam Aktiviti Melukis.
15
Rajah
2.1.3.1
Diagram Perlaksanaan Teknik “Step-by-step” daripada
Kaedah “Negotiated Drawings” dalam Pembelajaran dan
Pengajaran Dunia / Pendidikan Seni Visual.
20
Rajah
2.1.5.1
Penggabungjalinan Teknik “Step-by-step” dan Kaedah
“Negotiated Drawings”
31
Rajah
3.2.1
Gelungan Perancangan Kajian Tindakan mengikut Model
Kajian Tindakan Mc-Kernan.
41
Rajah
4.2.1.1
Perbandingan Hasil Karya 2 daripada 7 Murid dari Tahun 2
antara Ujian Pra dengan Ujian Pos.
62
Rajah
4.2.1.2
Perbandingan Hasil Karya 2 daripada 11 Murid dari Tahun 3
antara Ujian Pra dengan Ujian Pos.
67
Rajah
4.2.1.3
Perbandingan Hasil Karya 2 daripada 8 Murid dari Tahun 5
antara Ujian Pra dengan Ujian Pos.
70
Rajah
5.1.2.1
Graf Bar Menunjukkan Dapatan daripada Hasil Jadual
Pemerhatian yang Dijalankan Sebelum dan Selepas Rawatan
Kaedah “Negotiated Drawings”.
83
xii
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
Jadual
3.6.2.1
Jadual Pemerhatian Terhadap Sampel Sepanjang Pengajaran
Sebelum Penggunaan Kaedah Melukis Rangka dan Bulatan.
51
Jadual
3.6.3.2
Rubrik Penilaian Mengenai Kemahiran dan Perkembangan
Murid Sepanjang Karya Setelah Kajian Tindakan
Dijalankan.
54
Jadual
4.3.1.1
Jadual Pemerhatian Item 1 Terhadap Murid Sebelum dan
Selepas Rawatan Kaedah “Negotiated Drawings” dijalankan.
73
Jadual
4.3.1.2
Jadual Pemerhatian Item 2 Terhadap Murid Sebelum dan
Selepas Rawatan Kaedah “Negotiated Drawings”
dijalankan.
74
Jadual
4.3.1.3
Jadual Pemerhatian Item 3 Terhadap Murid Sebelum dan
Selepas Rawatan Kaedah “Negotiated Drawings” dijalankan.
75
Jadual
4.3.1.4
Jadual Pemerhatian Item 4 Terhadap Murid Sebelum dan
Selepas Rawatan Kaedah “Negotiated Drawings” dijalankan.
76
Jadual
4.3.1.5
Jadual Pemerhatian Item 5 Terhadap Murid Sebelum dan
Selepas Rawatan Kaedah “Negotiated Drawings” dijalankan.
77
xiii
SENARAI GAMBAR
Gambar Muka Surat
Gambar
3.2.1
Perlaksanaan Kajian Tindakan Gelungan Kedua oleh Murid
Tahun 3.
44
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran teras di sekolah rendah dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mata pelajaran ini wajib dipelajari oleh
semua murid sekolah rendah secara berterusan dari darjah 1 hingga darjah 6. Dalam
kurikulum Standard Sekolah Rendah, Dunia Seni Visual lebih menjurus kepada seni
tampak untuk memberi peluang kepada murid-murid, memupuk minat,
memperkembangkan keperibadian, kepekaan dan memberi kesedaran terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Seni Visual juga, salah satu
objektif pengajaran di sekolah rendah ialah mengembangkan kemahiran asas dalam
pelbagai kegiatan seni visual ( Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Standard
2
Sekolah Rendah Tahun 3 : Dunia Seni Visual. )
Kegiatan seni yang dimaksudkan,dijalankan berdasarkan empat bidang iaitu bidang
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal
kraf tradisional. Salah satu kemahiran asas yang harus dikuasai ialah kemahiran melukis.
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang terdapat dalam bidang menggambar
daripada Sukatan Pelajaran PSV Sekolah Rendah. Day (2012) menyatakan
“ Drawing is probably the most pervasive of all art activities engaged
in by children. Through drawing, children explore media, the creation
of symbols, the development of narrative themes and solving of visual
problems.”( Day,M. & Al Hurwitz, 2012 ms.99 ).
Daripada kenyataan di atas, kemahiran melukis merupakan satu kemahiran yang
penting dan utama dalam penghasilan sesuatu karya seni. Melalui lukisan, kanak-kanak
dapat meneroka media, mengenal simbol, mengenal perkembangan tema naratif serta
menyelesaikan masalah melalui perkembangan persepsi visual. Kenyataan ini juga selaras
dengan objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran PSV iaitu menajamkan daya persepsi dan
imaginasi. Ia juga selaras dengan salah satu tumpuan Sukatan Pelajaran iaitu memberi
tumpuan dari aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.
3
1.2 Latar Belakang Penyelidikan
Dalam penyelidikan ini, kajian akan dijalankan bagi mengkaji sejauhmana keberkesanan
Kaedah “Negotiated Drawing” dalam proses pembelajaran Dunia Seni Visual untuk
meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid Sekolah Rendah. Penyelidik akan
menjalankan ujian Pra dan Ujian Pos bagi membantu penyelidik membuat perbandingan
sebelum dan selepas penyelidikan dijalankan serta melihat sejauhmana kaedah tersebut
dapat meningkatkan minat murid Sekolah Rendah terhadap aktiviti lukisan di dalam
Pendidikan Seni Visual.
1.3 Penyataan Masalah
Mata pelajaran seni visual kini merupakan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Walau bagaimanapun, daripada tinjauan awal penyelidik iaitu
melalui Laporan Kemajuan Murid Tahun 2, 3 dan 5 yang sebelumnya, didapati bahawa
terdapat ramai murid di Sekolah Rendah yang masih belum menguasai kemahiran seni
terutamanya kemahiran melukis dengan baik. Hal ini boleh menimbulkan masalah kepada
murid-murid kerana kemahiran melukis merupakan kemahiran asas dan dapat membantu
murid dalam menghasilkan dan mempelajari pendidikan seni secara lebih meluas.
Kebanyakan hasil karya seni memerlukan kemahiran melukis untuk membuat lakaran,
perbandingan reka bentuk, penerokaan dan cara penggunaan alat dan bahan yang betul.
Selain itu ia juga mampu membantu meningkatkan kreativiti dan mengembangkan potensi
murid ke arah lebih optimum.
4
Justeru, kaedah melukis ditekankan dalam silibus mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual di bawah KSSR dan KBSR di Sekolah Rendah. Kaedah ini dikategorikan di bawah
bidang menggambar yang bertemakan samada Alam Semulajadi atau Objek Buatan
Manusia. Aktiviti melukis dapat membantu murid dalam membuat persepsi terhadap
lukisan tersebut daripada hasil penerokaan, pemerhatian dan pengaplikasian asas seni reka
sepanjang penghasilan karya. Ini dapat membantu murid untuk memahami seni secara
lebih mendalam. Justeru, penghasilan seni dapat membimbing murid untuk berfikir secara
bijaksana.
Namun, masalah yang timbul ialah murid mengalami kesukaran untuk melukis dan
daripada hasil pemerhatian, tiadanya pengajaran terhadap kaedah yang spesifik terhadap
cara-cara melukis dengan baik. Guru juga didapati mengalami kesukaran untuk mengajar
seni kerana daripada hasil temu bual, guru yang mengajar DSV/PSV adalah bukan guru
opsyen. Selain itu, sama ada guru opsyen atau bukan opsyen, mereka kurang diberi
pendedahan dan pengetahuan terhadap kaedah-kaedah yang spesifik untuk mengajar
kemahiran seni.
Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan
yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual manakala
matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika tinggi,
imaginasi, kritis, inovatif dan inventif. Apa yang ditemui oleh penyelidik ialah
matapelajaran ini tidak dititikberatkan di sekolah. Kenyataan ini disokong oleh Profesor
Madya Hj. Iberahim Hassan (UPSI) di mana
5
'berbanding dengan sambutan masyarakat sekolah dan juga
masyarakat setempat terhadap mata pelajaran lain yang lebih
diutamakan seperti mata-mata pelajaran matematik dan sains, mata
pelajaran pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang tidak
berkepentingan.' Beliau juga menyatakan dalam kajiannya, 'mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual tidak dimasukkan dalam jadual
waktu rasmi alasan tidak cukup waktu mengajar. Pelajar terpaksa
belajar sendiri tanpa diurus secara rasmi.'.(2003 ms. 1 & 2)
Oleh itu, penyelidik berpendapat bahawa penyelidikan terhadap permasalahan ini
perlu dilaksanakan di sekolah tersebut dan penyelidik juga berharap bahawa hasil
penyelidikan ini dapat dijadikan panduan dan diguna pakai bagi meningkatkan kemahiran
murid dalam melukis dan meningkatkan pencapaian murid dalam Pendidikan Seni Visual.
Dalam hal ini, guru seni memainkan peranan penting untuk merealisasikan pengajaran ilmu
seni dengan mempelbagaikan strategi pengajaran mengenai kemahiran, pengetahuan dan
teknik penghasilan karya seni. Menurut Penny, S., Ford, R.,Price,L. & Young, S. (2002
ms.7)
“ Primary teachers familiarly use a full range of teaching strategies in
the course of their daily work. They should teach skills, techniques and
knowledge very directly, allow differentation by task and outcome, set
work particularly pitched at the ability range and progress being made
by individuals.”
6
Kenyataan yang dinyatakan Penny, S., Ford, R.,Price,L. & Young, S. (2002 ms.7),
juga menyatakan bahawa guru haruslah mengenakan persoalan atau memberi tugasan
mengikut tahap kebolehan dan tahap kemajuan yang mampu dicapai oleh setiap murid.
Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah melukis
iaitu Kaedah “Negotiated Drawing” bagi membantu menyelesaikan masalah murid dengan
meningkatkan kemahiran mereka untuk melukis serta dapat meningkatkan minat murid
terhadap aktiviti melukis. Ini kerana, aspek teknik dalam menghasilkan karya adalah amat
diutamakan. Goldberg (1997 ms. 54) menyatakan :
“ Technique is often aided by the awareness of available tools.
Consider watercolor painting : Having paper that does not repel water
is essential; knowing which one will serve one's purpose enables one to
paint with ease. The same is true for learning in general. Probiving
students withn proper tools enables them to work both technically and
creatively.”
Kenyataan ini memberi penekanan kepada kepentingan teknik dalam pembelajaran
Pendidikan Seni Visual. Justeru, teknik dapat membantu memudahkan penghasilan sesuatu
hasil karya seni dengan mudah. Teknik yang dimaksudkan ini ialah Kaedah “Negotiated
Drawings” di mana teknik ini menekankan interaksi murid-guru bagi mengaplikasikan dan
menggalakkan pemikiran secara kreatif dan imaginatif.
7
1.4 Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana kesan penggunaan strategi melukis
iaitu Kaedah “Negotiated Drawing” terhadap murid Sekolah Rendah dalam pembelajaran
dan pengajaran Dunia/ Pendidikan Seni Visual. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat
sejauhmana kaedah tersebut dapat meningkatkan minat murid Sekolah Rendah terhadap
aktiviti lukisan di dalam Dunia / Pendidikan Seni Visual. Seterusnya, penyelidik akan
mencadangkan penambahbaikan terhadap kaedah tersebut yang berkesan untuk aktiviti
melukis didalam KSSR.
1.5 Objektif Kajian
Berdasarkan penyataan tujuan kajian, berikut adalah objektif kajian yang dirangka :
i) Mengkaji bagaimanakah murid-murid melukis dengan penggunaan Kaedah
“Negotiated Drawing” dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di
kalangan murid sekolah rendah.
ii) Mengkaji hasil lukisan daripada penggunaan Kaedah “Negotiated Drawing”
dalam mata pelajaran Dunia / Pendidikan Seni Visual dalam kalangan murid
sekolah rendah?
iii) Mengenalpasti kesan pengaplikasian kaedah “Negotiated Drawing”
terhadap minat murid-murid dalam pembelajaran dan pengajaran Dunia /
Pendidikan Seni Visual.
8
1.6 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, berikut adalah persoalan-persoalan kajian yang dirangka :
i) Bagaimanakah murid-murid melukis dengan penggunaan Kaedah
“Negotiated Drawing”?
ii) Apakah hasil lukisan daripada penggunaan kaedah “Negotaited Drawing”
dalam Mata pelajaran Dunia / Pendidikan Seni Visual dalam kalangan murid
sekolah rendah?
iii) Apakah kesan pengaplikasian kaedah “ Negotiated Drawing” terhadap
minat murid-murid dalam pembelajaran dan pengajaran DSV/ PSV?
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kerana ia berasaskan objektif yang ditentukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Seni Visual (KSSR
DSV). Salah satunya ialah mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni
visual. Kajian ini juga penting kerana ia menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam menteraskan Dunia Seni Visual kepada semua murid di sekolah rendah. Justeru,
kajian ini merupakan satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah – sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan
9
membina modul pembelajaran dan pengajaran guru dalam Dunia Seni Visual khususnya
murid KSSR iaitu yang berada di tahap 1 sekolah rendah.
Seterusnya, kajian ini dapat membantu mengenalpasti kaedah, metod dan sumber
pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid sekolah rendah khususnya murid tahap 1
bagi mempelajari dan menyelami Dunia Seni Visual. Ibu bapa dan waris murid juga dapat
memanfaatkan kajian ini bagi membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai
Dunia Seni Visual dan menerapkannya dalam kehidupan.
Disamping itu, kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat menjadi sebahagian
daripada sumber ilmiah bagi generasi penyelidik yang memperjuangkan aspirasi
Kementerian Pelajaran dalam merealisasikan Dunia Seni Visual terhadap murid-murid di
sekolah rendah.
Kepentingan kajian ini adalah dirumuskan seperti yang berikut :
1.7.1 Kajian ini penting bagi membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
khususnya bahagian Dunia Seni Visual bagi membuat penilaian, mengkaji,
membuat penambahbaikan dalam merangka Kurikulum Standard Dunia
Seni Visual di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
1.7.2 Kajian ini dapat memberi pendedahan kepada warga pendidikan dan
masyarakat mengenai kaedah-kaedah dan model-model dalam pembelajaran
dan pengajaran Dunia Seni Visual. Kajian ini juga diharap dapat mendidik
para pelajar untuk menjadi insan yang harmoni, kritis, kreatif dan produktif
10
menerusi pemupukan asas seni visual seperti yang dinyatakan dalam
matlamat Kurikulum Standard Dunia Seni Visual yang dirangka oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.7.3 Mengaplikasikan kaedah-kaedah yang bersesuaian dan mantap dalam
Kurikulum Pendidikan Seni khususnya KSSR : Dunia Seni Visual.
Disamping itu, memberi dorongan kepada seluruh warga pendidikan agar
menghayati kaedah – kaedah dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah
rendah.
1.7.4 Kajian ini juga bagi menyempurnakan hasrat dan usaha dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani.
1.8 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah pedalaman di Daerah Subis, Miri, Sarawak
iaitu di Sekolah Kebangsaan Rumah Mentali. Kumpulan murid melibatkan 26 orang murid
sekolah rendah dari tahun 2, 3 dan 5. Penyelidik memilih sampel murid yang terdiri
daripada tahap 1 iaitu tahun 2 dan 3, manakala tahap 2 terdiri daripada tahun 5 bagi
memudahkan proses penilaian dan pentaksiran terhadap keberkesanan rawatan kaedah
melukis dari sudut perbezaan tahap kebolehan mereka. Penyelidik juga memilih sampel
dari tahap 1 dan tahap 2 kerana kemahiran melukis terdapat dalam bidang menggambar
11
daripada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah. Rawatan akan diberikan selepas Ujian Pra dijalankan dan penilaian akan dibuat
terhadap hasil karya Ujian Pra dan Pos. Tema bagi lukisan yang ditetapkan adalah
mengikut tahap kebolehan murid tersebut.
1.9 Kerangka Konsep
Rajah 1.9.1 : Kerangka Konseptual adaptasi daripada Kaedah “Negotiated
Drawings” oleh Maureen Cox (1997).
Bagi melaksanakan penyelidikan, satu kerangka konseptual dibina (Rajah 1.9.1)
berdasarkan adaptasi daripada Kaedah “Negotiated Drawings” oleh Maureen Cox (1997).
Kerangka konseptual ini digunakan sebagai panduan penyelidik untuk mencari
penyelesaian masalah dan menjawab persoalan yang ditetapkan. Berdasarkan kerangka
Kaedah “ Negotiated Drawings”
Kaedah “Step-by-step”
Pembelajaran
PSV / DSV
Lukisan
12
konseptual pada Rajah 1.9.1, penyelidik telah mengaplikasikan penggunaan
penggabungjalinan kaedah melukis terhadap murid sepanjang aktiviti melukis. Penggunaan
penggabungjalinan kaedah tersebut diterapkan selepas Ujian Pra dilaksanakan. Kerangka
konseptual diterapkan dalam metod kajian tindakan yang berbentuk kualitatif di mana,
penyelidik akan mengumpul data melalui temubual, pemerhatian dan himpunan hasil karya
murid.
"Vygotsky (1962) emphasised that social interactions are
crucial for development from the very beginnings of a child’s
life. He asserted that any higher mental function necessarily
goes through an external social stage in its development
before becoming an internal, truly mental function".
Petikan tersebut diambil dari disertasi I. Verenikina (2008), dimana Lev Vygotsky
menyatakan bahawa interaksi sosial kanak-kanak akan memudahkan perkembangan
mereka. Pendekatan ini selaras dengan kaedah yang akan digunakan oleh penyelidik iaitu
Kaedah “Negotitated Drawing” iaitu penekanan kaedah ini ialah bahawa kanak-kanak
mendapatkan maklumat dan pengetahuan melalui proses yang dirangka melalui bantuan
guru di mana guru menjadi role-model pada mulanya, kemudian kanak-kanak akan
menjalankan pembelajaran dan penemuan kendiri.
13
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Sepanjang proses pengumpulan data dan maklumat, penyelidik telah membuat tinjauan
terhadap kajian-kajian lampau yang mempunyai kaitan tajuk kajian ini. Berikut merupakan
himpunan tinjauan literatur yang dikumpul.
2.1.1 Kaedah
Istilah kaedah iaitu procedure atau method bermaksud menganjurkan sesuatu dengan
perancangan yang berkualiti dan teratur. Penyelidikan ini dijalankan bagi mencari dan
menghubungkait antara faktor-faktor jika terdapat perbezaan antara kumpulan-kumpulan
murid, dan memperoleh sesuatu hasil dan penemuan yang baru. Oleh itu kajian ini
14
berlandaskan kaedah kajian kualitatif iaitu kaedah kajian terhadap sesuatu fenomena yang
kompleks secara holistik.
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk kualitatif dengan memberi
pemerhatian terhadap sampel secara berkualiti dan menganalisis data secara induktif.
Segala butiran terperinci mengenai perlaksanaan kaedah kajian kualitatif ini akan
diterangkan dalam tajuk metodologi kajian yang berikutnya. Dalam kajian ini juga
merangkumi kaedah pengumpulan maklumat iaitu bagi mendapatkan maklumat dengan
betul dan tepat. Antara kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah Pemerhatian,
Temubual dan Himpunan Dokumen iaitu hasil karya murid.
Selain kaedah perlaksanaan penyelidikan, kaedah yang akan digunakan sebagai
instrumen utama dalam kajian ini merupakan kaedah pengajaran iaitu cara mengelolakan
isi pelajaran, teknik dan alat bantu belajar bagi mencapai objektif pelajaran. Kaedah yang
akan dilaksanakan bagi melengkapkan prosedur kajian ini ialah Kaedah “Negotiated
Drawing ”.
2.1.2 Kaedah “ Negotiated Drawing ”
Kaedah “Negotiated Drawing” yang diasaskan oleh Maureen Cox (1997), merupakan salah
satu kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru untuk mengajar murid melukis dalam
pendidikan seni. Sesuatu pengajaran dengan menggunakan kaedah ini akan melibatkan
interaksi guru dengan murid sepenuhnya. Kaedah “Negotiated Drawing” ini akan
memerlukan murid untuk melibatkan diri secara aktif dan membuat keputusan dalam
15
menghasilkan lukisan.
Rajah 2.1.2.1 di atas menunjukkan Diagram Perlaksanaan Kaedah “Negotiated
Drawing” dalam aktiviti melukis.
Berdasarkan Rajah 2.1.2.1, kaedah ini dilaksanakan dengan beberapa langkah iaitu
guru menyediakan murid dan memilih satu topik untuk waktu pengajaran tersebut. Guru
mulakan pengajaran dengan mendedahkan murid untuk melihat objek sebenar. Guru akan
menyuruh murid untuk melukis objek yang ditayangkan mengikut kreativiti dan
pemahaman masing-masing terhadap sifat objek tersebut. Sebelum itu, guru akan
mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan objek.
Guru akan membuat perbincangan terhadap idea dan pendapat yang dikemukakan
supaya dapat diterapkan dalam aktiviti melukis seperti objek apa yang harus dimulakan
untuk melukis?, apakah bentuk asas dan kedudukan objek yang hendak dilukis?. Sepanjang
proses soal jawab, guru juga akan dengan sengajanya membuat kesilapan semasa melukis
di hadapan murid supaya murid tersebut dapat membuat pembetulan secara langsung dan
ini akan melatih daya penglihatan serta pemikiran murid terhadap perkara yang betul atau
16
salah. Ini kerana, melukis merupakan aktiviti di mana seseorang merakamkan tentang
sesuatu perkara yang difahami dan dilihat. Contohnya, guru akan melukis rupa manusia di
mana posisi kepalanya berada di kedudukan bawah dan guru akan memberi kebebasan
kepada murid untuk menjelaskan sebab-sebab posisi tersebut salah. Menurut Szekely G. &
Bucknam J.A (2012 ms 66)
“ Art lessons can be designed to provide questions, not answers.
Creative starts are set up as choices, trials and journeys into art. They
can be verbal or they can be expressed through sounds and movements
and shared as dreams”.
Kenyataan jelas menyatakan bahawa sesuatu pengajaran seni boleh dilaksanakan
dengan memulakan sesuatu persoalan bagi mendorong murid supaya meneroka secara
mendalam dan memberi pendapat terhadap persoalan yang dikemukakan. Hal ini kerana,
sesuatu kreativiti dapat dibina daripada sesuatu kesilapan, pilihan jalan penyelesaian serta
penerokaan dalam seni di mana ia boleh dijalankan secara verbal, perbuatan dan
pengetahuan ini dapat dikongsi dan dipraktikkan dalam bentuk karya seni seperti melukis.
Perlasanaan kaedah “Negotiated Drawing” ini juga didapati selaras dengan kaedah
pengajaran yang dikemukakan oleh Merryl Goldberg (1997 ms. 49 ) di mana guru
memulakan pengajaran dengan menyediakan dan menarik perhatian murid dengan
menimbulkan persoalan dan sifat ingin tahu murid-murid.
Kemudian, sebagai “role model”, guru turut mempraktikkan aktiviti kreativiti
bersama dengan murid dan melakukan ini dengan menyediakan situasi dan masa bagi
membolehkan murid meneroka idea dengan lebih jauh. Guru juga boleh menyediakan
17
tugasan yang menarik bagi mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam pembelajaran
dan pemikiran reflektif secara berterusan. Merryl Goldberg (1997 ms. 49) menyatakan :
“First the teacher might consider what interests particular children
and piques their curiousity. Second, the teacher may be a “creative
role model” and practice the activity of creativity with her students.
She can do this by providing occasions for the to probe deeply into
ideas. She can set up challenges-perhaps playful ones-that inspire
them to engage in learning and reflective thinking that become an
evolving process, not an outcome.'
Kaedah ini juga selaras dengan kaedah yang dikemukakan oleh Penny, S., Ford,
R.,Price, L. & Young, S., (2002 ms. 65) di bawah subtopik Knowledge and Understanding
: Problem- Solving , di mana ia menekankan penguasaan pengetahuan murid terhadap
subjek dan sesuatu masalah.
“When designing with the young children it is best if they are given
relevant solvable problems. This means that the problems need to be
related to things that are important to them or that have some
meaning. The teacher often initially identifies problems but even young
children should enouraged to progress on to find their own.”
Kenyataan di bawah membuktikan bahawa selain guru bertindak mengenalpasti dan
menyelesaikan masalah, murid juga harus diberi dorongan dan galakkan supaya mencari
masalah dan jalan penyelesaiannya dengan sendiri. Nigel Meager dalam buku Seni dan
18
Pendidikan : Insan Madani (1997 ms52).
“ I believe that it is vital to pay attention to the particular nature of
each art activity because by doing so, it is possible to describe how art
works in a way that makes it accessible to all teachers and children.”
Berdasarkan kenyataan berikut, beliau menerangkan bahawa pentingnya
perancangan dan penelitian terhadap aktiviti seni bagi memudahkan perlaksanaannya oleh
guru dan murid. Penyataan yang dimaksudkan ini juga tidak terkecuali dengan salah satu
kaedah yang beliau nyatakan iaitu expressing ideas and feelings di mana murid meneroka
dan didedahkan dengan pengetahuan terhadap sesuatu peristiwa contohnya peperangan di
Bosnia . Guru akan memberi persoalan kepada murid dan murid akan jawab berdasarkan
pengetahuan, dan pengalaman mereka. Kemudian, guru akan mengedarkan kertas lukisan
dan meminta murid untuk lukiskan peristiwa yang telah mereka bincangkan. Berikut
merupakan arahan beliau kepada murid dalam menjalankan kaedah tersebut
“Now instead of talking out your ideas, I am going to ask you to make
some drawings that show what you think is going on in Saravejo, what
the people who live there are doing and how are they feeling.” (Nigel
Meager 1997 ms.52)
Dalam perlaksanaan aktiviti melukis, jika murid mengalami kesukaran
membayangkan rupa objek yang hendak dilukis, guru akan meminta murid-murid tersebut
melukis di udara sambil mengaitkannya dengan objek yang mereka sudah peka di
sekeliling. Setelah murid-murid faham dan dapat mengeluarkan pendapat mengenai objek
19
tersebut secara spesifik, guru akan menyuruh mereka luahkan idea tersebut di atas kertas
dalam bentuk lukisan. Guru harus fokus kepada pengajaran kaedah melukis dengan
melukis bahagian-bahagian objek yang dapat mendorong murid untuk memperkembangkan
lagi idea pada lukisan objek tersebut sambil guru menceritakan tentang objek tersebut bagi
memperluaskan lagi pemikiran dan idea murid-murid tersebut.
Kelebihan kaedah “Negotiated Drawing” ini ialah, ia adalah sesuai untuk
dipraktikkan oleh guru-guru yang mengajar seni kepada murid-murid novis dalam dunia
seni dan ini juga melibatkan interaksi antara guru dengan murid sepenuhnya. Dalam
kaedah pengajaran ini melibatkan pengawasan serta bimbingan guru secara aktif supaya
dapat melukis dengan baik. Ini selaras dengan pendapat yang dikemukakan oleh
Wachowiak F. & D.Clement R (1997),“The teacher also must guide the student as they
express their responses from preliminary drawing through to the finished product”.
Kenyataan tersebut menyatakan bahawa guru haruslah membimbing murid-murid dalam
meluahkan pendapat serta memberi respon melalui penghasilan lukisan awal berdasarkan
objek asal. Dalam perlaksanaan kaedah ini, murid akan terdorong untuk berfikiran kreatif
dan imaginatif.
“By imagining, a person can detach herself from the ordinary or the
everyday and enter a world filled with possibilities. Though artists
might be more practiced roles a teacher can play is to place her
students in positions where they can actively practice their
imagination.” (Merryl Goldberg 1997ms. 48)
20
Merryl Goldberg (1997 ms.48) menyatakan bahawa melalui kaedah imaginasi,
seseorang dapat meluaskan pemikiran mereka kerana dengan berfikiran secara imaginatif
dapat memberi peluang kepada seseorang tersebut untuk menempuh dan membuat
penemuan baru terhadap pengalaman dan ilmu. Sebagai guru, haruslah memainkan peranan
dengan menjalankan aktiviti atau memberi tugasan kepada murid di mana mereka dapat
mempraktikkan kaedah imaginasi dalam pembelajaran secara aktif.
2.1.3 Kaedah “Step-by-Step”
Rajah 2.1.3.1 : Diagram Perlaksanaan Teknik “Step-by-step” daripada Kaedah
“Negotiated Drawing” dalam Pembelajaran dan Pengajaran Dunia / Pendidikan Seni
Visual.
21
Kaedah “Step-by-step” merupakan sebahagian daripada Kaedah "Negotiated Drawing"
yang diaplikasikan di mana setiap proses melukis ditunjukkan dan diterangkan dalam
setiap peringkat. Banyak buku mengenai langkah-langkah melukis dikeluarkan secara
berleluasa di pasaran seperti buku “How To Draw” di mana kaedah “Step-by-step”
digunakan. Selain itu, banyak laman web mengenai langkah-langkah melukis yang
menggunakan teknik “Step-by-step” dibina. Dalam teknik “Step-by-step”, murid-murid
akan menjalankan aktiviti melukis secara berperingkat. Berdasarkan Rajah 2.1.3.1, guru
akan menyediakan lembaran kerja di mana murid-murid dikehendaki melukis dengan
mengikut langkah-langkah yang ditentukan dalam ruangan yang disediakan. Perlaksanaan
kaedah ini bergantung pada tahap murid iaitu jika murid tahap 1, guru membuat
demonstrasi dahulu sebelum mengedarkan lembaran kepada murid.
Tujuan kaedah ini ialah supaya murid-murid dapat menghasilkan lukisan dengan
mengikut langkah-langkah yang teratur. Selain itu, supaya kemahiran melukis murid-murid
tersebut dapat berkembang secara beransur-ansur. Salah satu teknik “Step-by-step” ini akan
melibatkan teknik tekapan (tracing).
“For children tracing becomes an important drawing choice, placing
the shapen and outline of objects onto papers to be further
explored…Individual tracing soon become connected, overlaid and
expanded upon with imagination, creating new forms and figures that
go far beyond the original traced object.” Szekely G. & Bucknam J.A
(2012 ms.104).
22
Daripada kenyataan tersebut, teknik tekapan juga dikenali sebagai imitasi telah
menjadi teknik yang paling ketara digunakan oleh kanak-kanak untuk melukis iaitu dengan
menekap bentuk atau garisan objek asal untuk diterokai secara lebih mendalam. Ini akan
mendorong kanak-kanak tersebut untuk membuat penerokaan serta berfikir secara meluas
bagi menghasilkan sesuatu lukisan yang teratur dan tepat. Ini disokong dengan kenyataan
yang dikemukakan Merryl Goldberg (1997 ms. 46)
“Imitation can be a struggle. It can be a search. Imitation can bring on
will of determination. Later in life, it can lead toward the
understanding of a subject.”
Imitasi juga boleh dijadikan salah satu usaha untuk meneroka dan membuat
pencarian terhadap sesuatu idea dan pengetahuan. Imitasi juga dapat menentukan
pemahaman seseorang terhadap sesuatu subjek.
Daripada kajian tindakan penyelidik yang lepas iaitu Pengaplikasian Kaedah
Lukisan Berstruktur bagi Meningkatkan Kemahiran Melukis Figura dalam Kalangan
Murid Tahun 5, salah satu intrumen yang digunakan untuk menguji kemahiran murid-
murid dalam melukis figura bukan sahaja menunjukkan keberkesanan teknik imitasi, malah
terdapat tokok tambah pada lukisan yang mereka hasilkan. Daripada pemerhatian tokok
tambah tersebut, didapati ia telah mempamerkan sedikit unsur latar belakang dan
pengalaman yang pernah dialami atau cara hidup murid tersebut. Contohnya, seorang
murid perempuan (sampel kajian) telah menokok tambah pakaian skirt dan tocang rambut
pada lukisan figura manusia lelaki. Contoh lain, murid lelaki menokok tambah fesyen
rambut (punk) pada lukisan figura murid lelaki yang dilukis dengan meniru daripada imej
23
asal. Ini kerana murid tersebut dipengaruhi dengan fesyen rambut yang popular pada ketika
itu.
Kaedah ini juga akan melibatkan teknik peniruan daripada gambar asal yang akan
diedarkan oleh guru kepada murid. Teknik ini juga selaras dengan kenyataan yang
dinyatakan oleh Aristotle (laman web, ‘ Bab 4 – Aristotle, Seni adalah Peniruan Alam ) di
mana beliau menekankan bahawa ‘karya seni itu mempunyai nilai peniruan iaitu meniru
kejadian aktiviti dunia’.
“Learning to draw by copying another drawing is a practice that
occurred throughout the history of art education and across cultures
until recently , when that was overtaken by the observational method.”
Jolly Koh (2002 ms.11).
Menurut kenyataan Jolly Koh (2002), meniru lukisan lain bagi menghasilkan
lukisan sendiri merupakan teknik yang telah lama diamalkan dalam sejarah pendidikan seni
dan budaya hingga kini apabila ia telah diambil alih oleh kaedah pemerhatian. Kelebihan
kaedah “Step-by-step” ini ialah ia dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengawal
koordinasi pergerakan tangan semasa melukis. Selain itu, dapat meningkatkan kemahiran
murid untuk melukis secara teliti dan beransur-ansur melalui setiap peringkat dalam proses
melukis. Kaedah ini seperti yang telah diterangkan akan dijalankan dengan menggunakan
instrumen lembaran kaedah melukis secara berperingkat.
Selain itu, kaedah ini juga dapat dijalankan dengan kaedah guru membuat
demonstrasi langkah-langkah menghasilkan karya seni secara berperingkat. Ini kerana,
24
secara tidak langsung demonstrasi dalam Kaedah “Step-by-step” dapat mendorong murid
supaya peka dan sentiasa memberi tumpuan pada pengajaran guru. Christine Marme
Thompson (1995 ms.25) dalam bukunya telah membuat penyelidikan terhadap seorang
guru seni iaitu Cikgu Sharon di mana beliau membuat demonstrasi langkah-langkah
menghasilkan seni cetakan ikan pada kertas. Murid-murid yang melihat akan menilai
antara hasil karya yang mereka telah buat dengan hasil karya guru. Daripada hasil
pemerhatian penyelidik, kanak-kanak tersebut serta merta menumpukan perhatian terhadap
arahan guru tersebut pada hari berikutnya. Strategi seterusnya, beliau memberi pujian pada
hasil karya murid dan memberi komen yang positif dan membina di hadapan murid-murid
lain. Hasil daripada tindakan Cikgu Sharon tersebut telah membangkitkan keyakinan murid
tersebut dalam berkarya.
“ We have seen how meaning about art is created overtly through
interactions between teachers and children. However, additional
meanings and cultural values are also transmitted through art
activities besides those which structure the kind of art created in
school.” (Thompson, C. M,1995 ms. 25)
Daripada perlaksanaan demonstrasi dalam Kaedah “Step-by-step”, didapati
pentingnya interaksi guru-murid dalam pembelajaran dan pengajaran. Ini juga ditekankan
dalam perlaksanaan Kaedah “Negotiated Drawings” tetapi diantara kedua kaedah ini,
kaedah yang terbaik dan dapat meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid
sekolah rendah akan dikemukakan setelah kajian selesai dijalankan.
25
2.1.4 Kemahiran Melukis
Kanak-kanak akan melukis hampir tiap-tiap hari sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah. Menurut Viktor Lowenfeld (1975 ms 203), setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Kenyataan ini selaras dengan tahap perkembangan beliau. Hal ini terbukti dengan sifat
semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Oleh itu, lukisan kanak-kanak mempunyai banyak kegunaan dan boleh dijadikan sebagai
bahan untuk menilai dan mengetahui tahap kebolehan mereka. Selain itu, ia dapat
mengetahui perasaan dan fikiran kanak-kanak tersebut melalui hasil lukisan mereka.
Melukis merupakan aktiviti utama dan menyeluruh. Ia merupakan aktiviti pusat kepada
setiap aspek seni visual di mana aktiviti ini memerlukan dan dapat mengembangkan
kemahiran melihat, bertindak balas, menganalisis dan kemahiran koordinasi minda, mata
dan tangan.
“Drawing is an attitude of mind, a form of enquiry; not an end in itself
so much of a way in understanding, of seeing potential, or of using.
Drawing deepens understanding through involvement, by utilizing an
intensity of looking, selecting, organizing…” (Sedgwick and Sedgwick,
1993 pg. 18)
Daripada kata-kata oleh Sedgwick dan Sedgwick (1993 ms.18 ) tadi, sesuatu
kefahaman yang mendalam dapat diperolehi daripada aktiviti melukis menerusi
penglibatan dengan menekankan ketekunan dalam melihat, memilih dan menyusun
maklumat-maklumat yang diperolehi. Ini selaras dengan kenyataan yang dikemukakan oleh
Day. Michael & Al Hurtwitz (2012 ms. 99), “Children produce drawings and paintings
26
that say something about their experience and heighten their abilities to observe”.
Kenyataan ini menyatakan bahawa kanak-kanak akan menghasilkan lukisan dan catan yang
menceritakan mengenai pengalaman mereka dan melalui aktiviti ini, dapat meningkatkan
kemahiran mereka untuk membuat penerokaan dan pemerhatian. Bagi melaksanakan
aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak haruslah mempunyai kemahiran melukis dengan baik dan
memahami kepentingan kaedah-kaedah melukis tersebut.
“Drawing is dependent, essentially, on two skills. The first is being
able to see clearly and understand what is being seen, and the second
is being able to use mark-making material effectively.”( Penny, S.,
Ford, R.,Price,L. & Young, S., 2002 ms.7)
Merujuk penyataan di atas, apa yang dimaksudkan oleh pengarang ialah kemahiran
melukis dihasilkan bergantung pada perlaksanaan dua kemahiran. Pertama ialah dapat
melihat sesuatu objek yang hendak dilukis secara jelas dan lebih difahami secara
mendalam. Kedua ialah dapat menggunakan alat dan bahan dengan berkesan.
Oleh itu, kanak-kanak yang kurang berkemahiran untuk melukis akan mengalami
kesukaran dalam pembelajaran kerana melukis merupakan salah satu kaedah pembelajaran
yang berkesan. Joan Bouza Koster (2001,ms. 145),
“Through drawing, intermediate students represent, for example, how
Aztecz built their pyramids. In labeled diagrams science students
record the structure of a plant cell. ”
27
Daripada kenyataan ini, murid-murid mudah mengingati peristiwa sejarah puak
Aztech membina piramid di Mexico manakala murid-murid sains pula, mudah merekod
dan melabel struktur-struktur sel-sel pada tumbuhan hanya dengan kaedah melukis. Penny,
S., Ford, R.,Price,L. & Young, S. (2002 ms.7) juga menyatakan 'Drawing is often a search
for a visual equivalency, a search for a mark that, for the artist, represent an idea, a vision
or a feeling.' iaitu aktiviti melukis melibatkan pencarian dan penerokaan terhadap
kesetaraan visual dan tanda di mana bagi seorang pelukis ia mewakili idea, hasil
pemerhatian dan perasaan. Maureen V. Cox, (1997) menyatakan
'Parents pick up on drawing as a way of encouraging children to
express themselves, and teachers incorporate drawing into early
education.'
Selain guru menggabungkan lukisan dengan pendidikan awal, ibu bapa juga
menggunakan aktiviti melukis sebagai salah satu cara untuk menggalakkan kanak-kanak
untuk meluahkan perasaan. Hal ini menunjukkan bahawa ia sangat penting bagi guru
terutama guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual untuk menyediakan pelajar
dengan pengetahuan dan kemahiran melukis bagi melahirkan insan yang kompeten,
berdaya saing, kreatif, inovatif, produktif dan mampu menerima ilmu pengetahuan baru.
28
2.1.5 Kaedah “Step-by-step” dalam Kaedah “Negotiated Drawings”
Menurut Iberahim Hassan dan Jamilah Omar (2009) , 'Pendidikan Seni Visual bermatlamat
untuk mewujudkan warganegara yang berbudaya, individu berimaginatif, berkreatif,
berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik'. Hal ini menunjukkan
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual bukan sahaja bertujuan untuk membina dan
melahirkan seseorang individu sebagai pelukis semata-mata tetapi berfikiran kreatif,
berimaginatif, berdisiplin dan berilmu pengetahuan terhadap nilai-nilai estetik di sekeliling
serta mencungkil bakat yang terpendam. Sebagai keseluruhannya bagi melahirkan
seseorang individu yang seimbang dan bersepadu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek, Sosial dan Estetika. Idealogi ini juga selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Bagi mencapai matlamat ini, semuanya bermula daripada pembelajaran dan
pemerolehan pengalaman samada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Salah satu
pendekatan yang sesuai diterapkan ialah dengan mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi
dalam pembelajaran iaitu bagi memberi peluang kepada semua pelajar samada yang
berbakat atau tidak untuk menimba ilmu Pendidikan Seni Visual. Begitu juga dengan
Kaedah “Negotiated Drawings” dan Teknik “Step-by-step” di mana kedua-dua kaedah ini
dilaksanakan dengan menekankan penglibatan semua peringkat murid iaitu murid yang
lemah, sederhana dan baik.
29
Menurut Johari M. (2009), 'Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran
yang menitikberatkan kaedah.' Beliau juga menyatakan bahawa 'sebelum guru memilih
sesuatu kaedah, guru perlu mempunyai pertimbangan-pertimbangan tertentu tentang
pelajar, kandungan pelajaran, objektif pelajaran dan persekitarannya'. Dalam hal ini,
penyelidik telah memilih Kaedah “Negotiated Drawings” untuk diaplikasikan serta bagi
membantu dalam penyelidikan . Setelah membuat analisis mengenai kedua-dua kaedah ini,
penyelidik berpendapat bahawa kedua-dua kaedah ini adalah lebih baik jika
digabungjalinkan menjadi satu kaedah untuk dikemukakan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Dengan perlaksanaan Kaedah “ Negotiated Drawing”, sesuatu prinsip demokrasi
dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dibuktikan daripada hasil
pemerhatian yang penyelidiktelah jalankan terhadap seorang murid tahun 2 dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran Dunia Seni Visual. Pemerhatian tersebut telah dijalankan
dengan izin guru kelas tersebut. Pada mulanya, guru telah memperkenalkan tajuk iaitu
mengenai Angkasawan di mana beliau menjalankan sesi perbincangan dan berinteraksi
dengan murid. Dalam aktiviti tersebut , murid-murid menceritakan mengenai pengalaman
dan pengetahuan mereka terhadap dunia angkasa. Seterusnya, guru menyuruh murid
menghasilkan lukisan mengenai dunia angkasa berdasarkan apa yang mereka bincangkan.
Penyelidik telah mendapati seorang murid telah menghasilkan lukisan dengan baik.
Beberapa soalan telah diberi kepada murid tersebut iaitu “Dari manakah kamu mendapat
idea untuk melukis seperti ini?”. Murid tersebut menjawab “ Penyelidikyang
memikirkannya sendiri.” Penyelidik juga bertanya “ Adakah kamu jumpa situasi ini di
televisyen?” Lalu murid itu menjawab, “Tidak, penyelidikyang memikirkannya sendiri.”
30
Dalam hal ini, ternyata bahawa murid tersebut mempunyai tahap kreativiti dan imaginasi
yang tinggi dan kebolehan tersebut tidak mustahil diaktifkan kesan daripada sesi
perbincangan dan perbualan dengan gurunya. Daripada hasil pemerhatian penyelidik juga,
murid tersebut telah melukis dengan bebas, tanpa mengikut urutan. Murid tersebut juga
telah menghasilkan origami kapal angkasa lalu menekapnya di atas lukisannya untuk
mengambil bentuk kapal angkasa tersebut.
Dalam situasi ini, didapati bahawa murid tersebut telah mengaplikasikan teknik
'mimesis' iaitu peniruan dalam penghasilan karya. Peniruan juga digunakan dalam Teknik
“Step-by-step”. Penyelidik mengemukakan soalan iaitu “ Adakah kamu belajar teknik ini di
dalam bilik darjah? ”. Murid tersebut menjawab, “ Tidak.” Jawapan yang dinyatakan oleh
murid tersebut menerangkan faktor lukisan murid tersebut tidak dihasilkan secara teratur.
Penyelidik berpendapat bahawa murid tersebut mengalami kerugian kerana dia mampu
mengeluarkan dan melukis idea dengan baik tetapi tidak dapat melukisnya dengan aplikasi
teknik yang betul dan secara teratur.
Melalui penggabungjalinan kedua-dua kaedah ini, sesuatu pengajaran dapat
dijalankan dengan lebih teratur dan memudahkan guru dan murid untuk mencapai
matlamat sesuatu pengajaran. Guru yang dimaksudkan adalah sama ada guru yang
mempunyai kemahiran asas pedagogi Dunia Seni Visual dan tidak. Hal ini kerana guru
dapat menerapkan pendekatan yang saling berkait serta dapat mengoptimumkan masa
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru juga dapat mengaplikasikan
pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Dunia Seni Visual iaitu pendekatan
humanistik, behavioralisme dan konstruktif. Melalui pengaplikasian pendekatan ini, guru
bukan sahaja dapat melahirkan murid yang berilmu dan berkemahiran, tetapi dapat
31
melahirkan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial dan
Estetika.
Rajah 2.1.5.1 : Penggabungjalinan Teknik “ Step-by-step” dan Kaedah “Negotiated
Drawing”
Berpandukan Rajah 2.1.5.1, perlaksanaan terhadap penggabungjalinan kaedah ini ialah
guru akan menjalankan aktiviti melukis dengan menekankan kaedah “Step-by-step” di
mana pada peringkat awal, murid akan diberi kebebasan untuk membina pengetahuan
terhadap subjek dengan mengaitkannnya dengan persekitaran. Kaedah ini dapat dijalankan
dengan interaksi antara guru dan murid. Ia juga merupakan langkah awal yang diserap
daripada Kaedah “Negotiated Drawing”. Daripada hasil perbincangan dan perkongsian
maklumat antara guru dan murid ini, dapat dihuraikan bahawa terdapatnya pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan iaitu pendekatan Humanistik dan
Konstruktif.
32
Menurut Feldman (1970 ms. 29) pendekatan Humanistik dalam seni merupakan
sesuatu pembelajaran yang berlandaskan pendekatan di mana murid akan mengenali
dirinya dan hubungannya dengan masyarakat dan kehidupannya. Dalam hal ini murid akan
dapat berkomunikasi bagi berkongsi pendapat, mengenali dirinya dan hubungannya dengan
masyarakat dan persekitarannya. Merujuk kepada hasil kajian oleh Kongsak Thathong
(2002) iaitu penyelidikan terhadap keberkesanan perlaksanaan bengkel, beliau menekankan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkait rapat dengan pengaruh persekitaran iaitu
“in and about environmental” dan “for the environmental”.
Pendapat beliau ini juga selaras dengan pendapat tokoh yang mengemukakan
pembelajaran secara konstruktif iaitu Von Glassersfeld (1977 ms. 39), beliau menyatakan
“kehidupan ini terbina daripada pemikiran yang dipengaruhi oleh nilai-nilai dan
pengalaman yang dipungut”. Daripada kenyataan tersebut, dalam sesuatu pembelajaran,
murid bukan sekadar menghafal sesuatu ilmu, tetapi menggunakan ilmu yang sedia ada
untuk meneroka dan meneliti persekitaran dengan lebih mendalam bagi melahirkan sesuatu
konsep yang baru.
Oleh itu, melalui pendekatan konstruktif, kaedah “Step-by-step” akan mendorong
murid untuk mengaitkan aktiviti melukis dengan situasi atau kehidupan sebenar iaitu
dengan meniru gaya melukis berdasarkan panduan yang diberikan. Selain itu, murid akan
mengaitkan subjek yang dilukis dengan persekitaran atau kehidupan sekelilingnya untuk
menokok-tambah lukisan yang dihasilkan. Menurut Johari M.(2009, ms. 34), pendekatan
behaviouralisme merupakan perubahan tingkah laku yang dibentuk melalui pengalaman-
pengalaman pendidikan yang disediakan.
33
Setelah berinteraksi, meneroka dan membuat perbincangan, guru akan
mengedarkan lembaran dan membuat demonstrasi langkah-langkah penghasilan karya
supaya murid dapat ikut dan mendapat gambaran cara-cara karya tersebut dihasilkan.
Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran behaviouralisme dapat diterapkan melalui
perlaksaan kaedah “Step-by-step” di mana kaedah ini akan mendorong murid untuk
mengubah tingkah laku. Perubahan tingkah laku yang dimaksudkan ialah melalui
penghasilan karya mengikut peringkat berdasarkan instrumen lembaran Kaedah “Step-by-
step” iaitu dari segi gaya dan cara – cara melukis murid tersebut. Dalam Kaedah “Step-by-
step” murid-murid dikehendaki melukis secara berperingkat iaitu berdasarkan panduan
melukis dari peringkat awal ke akhir.
Penyelidik juga akan menjalankan penyelidikan yang melibatkan salah satu
istrumen penilaian iaitu melalui pemerhatian. Penyelidik menjalankan pemerhatian tersebut
berdasarkan garis panduan pendekatan behavioralisme yang telah dikeluarkan oleh
National Art Education Association (NAEA). Menurut Johari M (2009 ms. 34) garis
panduan tersebut mempunyai tiga aspek utama iaitu menentukan matlamat, mengenalpasti
tingkah laku dan membuat penilaian. Perlaksanaan penilaian melalui pemerhatian dengan
garis panduan pendekatan ini akan dibincangkan dalam penulisan berikutnya iaitu dalam
Bab 3 : Metodologi.
34
2.2 Kajian-kajian Lepas terhadap Aktiviti Melukis
2.2.1 Kajian Luar Negara
Maureen V. Cox (1996), dengan tajuk penyelidikan beliau iaitu Young Children's
Ability to Adapt their Drawings of the Human Figure, menerangkan kajian beliau terhadap
analisis lukisan figura kanak-kanak yang berumur 5, 7 dan 9 tahun. Separuh daripada hasil
lukisan dilukis berdasarkan imaginasi dan separuh lagi dihasilkan berdasarkan pemerhatian
terhadap model. Setiap murid dikehendaki menghasilkan 3 buah lukisan dengan
menggunakan alatan pensel. Dalam kajian ini, beliau telah menjalankan perbandingan iaitu
perbandingan antara hasil karya kanak-kanak tersebut untuk dibuat interpretasi.
Kesimpulan penyelidikan beliau, kaedah demostrasi yang berjaya dapat membantu dalam
pembelajaran terhadap kanak-kanak.
Menerusi kajian ini juga, beliau bersama rakannya Matt Lambon Ralph
memperjuangkan bahawa penerapan dan pengajaran pelbagai kaedah melukis dalam
pendidikan seni visual dapat menggalakkan kanak-kanak untuk meluaskan imaginasi dan
kemahiran melukis mereka. Hal ini, supaya kanak-kanak tidak hanya bergantung pada
skema pengajaran seni lama yang terhad.
Berdasarkan hasil penyelidikan Maureen V. Cox (1996) terhadap keberkesanan
beberapa kaedah melukis, berbalik kepada kajian ini, penyelidik akan membuat kajian
perbandingan antara hasil karya daripada Ujian Pra dan Ujian Pos. Perbandingan ini adalah
bagi menguji keberkesanan terhadap kaedah melukis iaitu Kaedah “ Negotiated Drawing ”.
Daripada hasil penyelidikan ini, penyelidik berupaya memperoleh cadangan kaedah yang
35
berkesan untuk meningkatkan kemahiran melukis di kalangan murid-murid.
Pada tahun 2000 Maureen V. Cox dan Anna Rowlands telah menjalankan kajian
yang bertajuk The effect of three different educational approaches on children’s drawing
ability: Steiner, Montessori and traditional. Konsep kajian ini mempunyai sedikit
persamaan dengan kajian beliau yang sebelumnya iaitu dari segi pembahagian murid-murid
dalam penghasilan karya mereka. Dalam hal ini, beliau akan membahagikan murid di
bawah prosedur melukis yang berbeza iaitu aktiviti melukis bebas (free drawing), aktiviti
melukis berdasarkan persekitaran (scene drawing) dan aktiviti melukis melalui pemerhatian
(observational drawing). Hasil daripada kajian ini, didapati dengan mengajar murid
bergambar dan mencari pengalaman dalam membangunkan kemahiran artistik mereka
dapat melengkapkan mereka dengan kemahiran melukis secara unggul. Ini dinyatakan oleh
Maureen V. Cox dalam kajiannya :
“ Teaching children pictorially and creating experiences for them to
develop their artistic abilities, it would seem, equips them with superior
drawing skills. ”
Berdasarkan journal ini, ketiga-tiga prosedur melukis yang digunakan berkaitrapat
dengan pengalaman dan penerokaan murid terhadap seni persekitaran di mana dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam melukis. Oleh itu, journal ini telah dijadikan sebagai
panduan untuk menjalankan penyelidikan di mana penyelidik menggunakan 2 jenis kaedah
melukis yang berbeza tetapi digabungjalinkan. Salah satu kaedah yang digunakan ialah
Kaedah “Negotiated Drawing” di mana ia melibatkan penghasilan karya melalui
penerokaan dan pengalaman murid terhadap persekitaran. Selain itu, kaedah ini melibatkan
interaksi antara murid dengan guru terhadap sesuatu penghasilan karya seni.
36
Yuehong Chen Foley (Ph.D), merupakan Pakar Intervensi Tingkah laku di Cedar
Hill Elementary School, Gwinnett County Public School di Lawrenceville, GA.Hasil
penulisan literatur mengenai Interpretasi terhadap Lukisan Figura Manusia oleh murid-
murid. Dalam hal ini, 2 buah hasil lukisan kanak-kanak telah dibuat analisis. Dalam
penulisan ini, beliau telah membuat tinjauan terhadap pendapat ahli kaunselor di sekolah
tersebut dan menyatakan bahawa aktiviti melukis boleh digunakan di sekolah terutamanya
yang terdiri daripada murid yang bermasalah dalam pembelajaran.
Dalam penulisan beliau juga, lukisan figura yang dibuat analisis adalah hasil karya
murid yang menjalankan sesi kaunseling 2005. Kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun dan
mengalami trauma setelah kehilangan ibunya menyebabkan kanak-kanak tersebut
mengalami masalah dalam pembelajaran. Kanak-kanak tersebut juga mengalami trauma
takut akan kehilangan neneknya pada masa depan. Oleh itu, guru kaunselor telah
menggunakan aktiviti melukis bagi memberi ruang kepada kanak-kanak tersebut
meluahkan perasaan,emosi dan tekanan. Daripada lukisan tersebut, guru kaunselor
mendapati masalah murid tersebut berbincang dengan ahli penjaga iaitu nenek kanak-kanak
tersebut bagi merancang strategi untuk tingkatkan keyakinan dan menanam minatnya untuk
belajar.
Daripada hasil tinjauan penulis, secara konklusinya didapati lukisan kanak-kanak
boleh digunakan dan dirujuk oleh kaunselor sekolah dalam pelbagai cara. Melalui
penggunaan lukisan, kaunselor sekolah boleh membina hubungan baik dengan pelajar,
memerhati dan mendengar pemikiran dan perasaan mereka, membincangkan isu-isu
penting, merancang aktiviti dan mengenalpasti latar belakang mereka. Hasil daripada
37
penyelidikan beliau, didapati prestasi dan keyakinan kanak-kanak tersebut dalam pelajaran
semakin meningkat.
“Children's drawings can be used by school counselors in many ways.
Through the use of drawings, school counselors can build rapport with
students, observe and listen to their thoughts and feelings, discuss
important issues, design interventions as appropriate, and refer,
students to community resources if necessary.” (Yuehong Chen Foley,
2005)
Berdasarkan kajian Yuehong Chen Foley (Ph.D), beliau menggunakan lukisan
kanak-kanak untuk dibuat tinjauan dan penilaian terhadap peningkatan prestasi kanak-
kanak tersebut. Kaedah pentaksiran ini juga diambil teladan untuk digunakan dalam
penyelidikan keberkesanan penggabungjalinan kaedah ini. Penyelidik akan mengumpul
hasil karya murid untuk dibuat penilaian tetapi untuk mengkaji keberkesanan
penggabungjalinan 2 kaedah dan penilaian dibuat dengan merujuk rubrik pemerhatian yang
dirangka.
Kenyataan (Yuehong Chen Foley, 2005), membuktikan kepentingan penguasaan
kemahiran kanak-kanak dalam aktiviti melukis dalam Pendidikan Seni Visual. Ini kerana,
melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan menyampaikan mesej
dan idea secara non-verbal.Oleh itu, pentingnya para pendidik untuk mengajar kemahiran
melukis di kalangan murid-murid kerana bukan sahaja kemahiran melukis ini merupakan
kemahiran asas dalam Pendidikan Seni Visual malah, ia juga dapat membantu
meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran.
38
2.2.2 Kajian Dalam Negara
Ahmad Tarmizi Azizan (2006) telah menjalankan penyelidikan di bawah tajuk Kemahiran
Melukis dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah : 1 Kajian
Kes. Dalam penyelidikan ini, beliau menjalankan penerokaan, tinjauan dan kajian terhadap
kaitan tahap penguasaan kemahiran melukis dengan kaedah pembelajaran yang diterapkan
serta faktor-faktor lain. Responden beliau terdiri daripada murid yang lemah dalam
penguasaan kemahiran melukis.
Daripada hasil penyelidikan ini didapati sebanyak 67% responden tidak pernah
mendapat pendedahan terhadap kemahiran melukis dan 83% murid berminat untuk
mempelajari kaedah melukis. Kesemua responden beliau bersetuju bahawa bakat dan
kemahiran melukis adalah penting dipelajari. Malah, 67% juga bersetuju bahawa
penghasilan lukisan yang baik memerlukan kemahiran melukis. Hasil dapatan ini telah
menjawab persoalan kajian iaitu Kepentingan Kemahiran Melukis dalam Mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual.
Secara kesimpulannya, didapati dari pihak pentadbir, guru seni dan pelajar
(responden) berpendapat bahawa pembelajaran kemahiran melukis dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual adalah amat penting dan diperlukan. Beliau juga menyatakan
bahawa pengaruh faktor-faktor seperti sikap, minat, kesediaan dan cara penyampaian guru,
kekangan pentadbir menjadikan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah tidak
penting.
Iberahim dan Mohd Nasir (2003) telah membuat kajian terhadap keberkesanan
39
pembelajaran dan pengajaran pendidikan seni visual KBSR. Kajian ini melibatkan
keperluan dan tahap kompeten guru-guru yang mengajar mata pelajaran seni visual di
sekolah rendah. Didapati kebanyakan guru-guru kurang berpengetahuan tentang matlamat
dan objektif, pengetahuan tentang sukatan pelajaran, kejelasan isi kandungan dan
keupayaan menghurai objektif ke dalam bentuk operasi pembelajaran dan pengajaran
pendidikan Seni Visual KBSR. Secara kesimpulannnya, guru-guru yang benar terlatih
sangat diperlukan untuk mengajar Pendidikan Seni Visual. Matlamat mata pelajaran ini
perlulah dikupas dan dengan penuh kesedaran dilaksanakan oleh guru-guru yang
mengajarnya.
Selain daripada warga pendidik, ibu bapa juga haruslah memberi sokongan untuk
menjayakan proses perlaksanaan mata pelajaran ini. Daripada tinjauan terhadap
penyelidikan ini, terbukti bahawa pentingnya pendedahan dan pengajaran ilmu kaedah
melukis bagi meningkatkan kemahiran melukis di kalangan murid sekolah rendah. Oleh
itu, penyelidik telah memilih untuk mengaplikasikan Kaedah “Negotiated Drawings” bagi
menguji keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran melukis murid.
40
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab ini akan menjelaskan mengenai pendekatan dan reka bentuk kajian, lokasi dan teknik
pengumpulan data, serta instrumen yang digunakan dalam penyelidikan. Bab ini akan
membincangkan mengenai prosedur penyelidikan yang dijalankan terhadap 26 orang murid
di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman Miri, Sarawak. Penyelidikan ini
melibatkan penerapan kaedah melukis bagi mengkaji keberkesanannya dalam kemahiran
melukis murid. Rasional perlaksanaan penyelidikan ini adalah sebagai strategi bagi
memudahkan pengumpulan eviden dan maklumat bagi menganalisis data tersebut untuk
mengenalpasti keberkesanan rawatan yang dijalankan.
41
3.2 Pendekatan Kajian
Penyelidikan ini berbentuk kajian tindakan di mana ia dijalankan dalam reka bentuk kajian
kualitatif. Kajian tindakan dijalankan bagi mengumpul dan menilai data secara sistematik
terhadap sesuatu permasalahan. Ia dijalankan dengan secara kolaboratif yang melibatkan
perancangan, penglibatan, tindakan, pemerhatian dan membuat kesimpulan. Perlaksanaan
penyelidikan ini berasaskan Model Kajian Tindakan Mc- Kernan.
Rajah 3.2.1 : Gelungan Perancangan Kajian Tindakan mengikut Model Kajian
Tindakan Mc-Kernan.
Perlaksanaan pendekatan berasaskan gelungan Rajah 3.2.1, merangkumi proses
penilaian, analisis data dan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang
dikenalpasti penyelidik. Isu tersebut ialah murid kurang penguasaan dalam kemahiran
melukis. Penyelidik telah memilih Model Kajian Tindakan Mc-Kernan dalam penyelidikan
untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Model kajian tindakan ini, melibatkan enam
42
perigkat dalam satu gelungan iaitu mengenal pasti masalah, membuat tinjauan, menentukan
fokus pentelidikan membuat perancangan perlaksanaan, menilai dan membuat refleksi serta
membuat keputusan. Model ini melibatkan sekurang-kurangnya dua gelungan penyelidikan
seperti dalam kajian ini.
Kajian tindakan berbentuk kualitatif dijalankan bagi menyelidik keberkesanan
penggunaan Kaedah “ Negotiated Drawing” dalam meningkatkan kemahiran murid
terhadap aktiviti melukis. Ia dijalankan ke atas 26 responden yang diberi rawatan yang
sama dan dibuat pemerhatian bagi mengkaji keberkesanan rawatan penggabungjalinan
kaedah melukis tersebut. Pemerhatian dijalankan sebanyak 2 kali iaitu semasa (ujian pra :
Gelungan 1) dan selepas (ujian pos : Gelungan 2). Pada gelungan yang pertama, penyelidik
telah menjalankan ujian pra untuk mengatasi permasalahan dan mengenalpasti kesan
kaedah Negotiated Drawing terhadap kemahiran murid dalam aktiviti melukis. Data,
maklumat serta tinjauan literatur juga telah dikumpul bagi mengenalpasti dan memahami
permasalahan tersebut.
Dalam perlaksanaan kajian gelungan pertama, penyelidik telah merangka dan akan
mengaplikasikan kaedah melukis yang sesuai iaitu Kaedah “Negotiated Drawing” dalam
proses pembelajaran dan pengajaran Dunia Seni Visual bagi meningkatkan kemahiran
murid dalam aktiviti melukis. Penyelidik mendapati bahawa pencapaian murid dalam
kemahiran melukis adalah kurang memuaskan. Oleh itu, penyelidik telah menjalankan
kajian dengan melaksanakan Gelungan Kedua dimana penyelidik telah mereflek dan
membuat adaptasi terhadap pelan tindakan tersebut. Antara adaptasi yang telah dijalankan
ialah menambahkan Kaedah “Step-by-step” bagi menyokong dan menguatkan lagi kesan
Kaedah “Negotiated Drawing”.
43
Sepanjang perlaksanaan penyelidikan, pada Gelungan Pertama (Ujian Pra), Kaedah
“Negotaited Drawing” dilaksanakan di mana penyelidik sendiri yang mengajar akan
memulakan perbualan dan menggalakkan murid untuk berinteraksi antara satu sama lain
mengenai topik pembelajaran pada ketika itu. Topik yang dipilih adalah bergantung kepada
tahap murid iaitu bagi murid Tahun 2, bertemakan alam semula jadi yang bertajuk Buah
Epal. Manakala bagi murid Tahun 3 dan 5, tema pembelajaran adalah Fauna iaitu bertajuk
Potrait. Penyelidik akan membuat demonstrasi cara penghasilan lukian dengan betul.
Dalam pembelajaran ini, setelah murid membuat perbincangan dan perkongsian idea
berdasarkan pengalaman dan penerokaan yang dijalankan, penyelidik akan menyuruh
murid menghasilkan sebuah lukisan yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Sepanjang
perlaksanaan aktiviti melukis, guru akan membuat pemerhatian dan memberi bimbingan.
Berdasarkan pemerhatian dan penilaian terhadap himpunan hasil karya murid, penyelidik
mendapati bahawa keputusan dan keberhasilan murid adalah kurang memuaskan dan masih
sukar untuk mencapai objektif penyelidikan.
Rentetan daripada hasil dapatan dari perlaksanaan Gelungan Pertama, penyelidik
telah menjalankan kajian tindakan Gelungan Kedua berlandaskan model Kajian Tindakan
Mc-Kernan seperti dalam Rajah 3.2.1 di atas. Dalam gelungan ini, penyelidik akan
menjalankan pembelajaran dan pengajaran yang sama tetapi ditambahkan dengan Kaedah
“Step-by-step” bagi melengkapkan perlaksanaan Kaedah “Negotiated Drawing”. Guru
akan mengedarkan lembaran yang mengandungi gambar bersiri langkah-langkah untuk
melukis buah epal atau potret. Murid membuat latihan lembaran pada Lampiran A-2
tersebut di bawah pantauan dan bimbingan penyelidik. Media yang digunakan sepanjang
aktiviti adalah diselaraskan iaitu lembaran dan pensel 2B. Bagi menampakkan kesan
44
perlaksanaan kajian Gelungan Kedua (Ujian Pos), murid dikehendaki menghasilkan sebuah
lukisan sebiji buah epal atau potret dengan menggunakan pensel 2B pada kertas lukisan.
Gambar 3.2.1 : Perlaksanaan Kajian Tindakan Gelungan Kedua oleh murid Tahun 3.
3.3 Reka Bentuk Kajian
“Action research is any systematic inquiry conducted by teacher
researchers,…..in teaching / learning environment to gather
information about how their particular school operate, how they teach
and how well their students learn” (Geoffrey E. pg.5)
Daripada kenyataan di atas, penyelidikan berbentuk kajian tindakan ini adalah
menepati objektif penyelidikan di mana penyelidik mengkaji keberkesanan Kaedah
“Negotiated Drawings” bagi meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid di
sekolah rendah.
Seperti yang dinyatakan dalam penyataan masalah, didapati murid di sekolah
45
rendah masih belum menguasai kemahiran melukis dengan baik. Selain itu, kurangnya
pendedahan terhadap kaedah melukis secara lebih spesifik. Didapati guru juga kurang
diberi pendedahan dan latihan terhadap pedagogi untuk mengajar kaedah melukis dalam
DSV/PSV. Oleh itu, penyelidik telah membuat kesimpulan untuk mengambil masalah ini
dan dijadikan isu untuk membuat penyelidikan. Hal ini bagi membantu penyelidik untuk
mengumpul data serta bukti terhadap sampel murid yang dipilih dan dibuat analisis kajian
bagi menyelesaikan permasalahan ini. Selain itu, bagi menjawab persoalan yang
dinyatakan dalam Bab 1 penyelidikan. Maka, rekabentuk penyelidikan peringkat Sarjana
Pendidikan yang sesuai digunakan adalah berbentuk kajian tindakan.
Penyelidikan ini dijalankan dalam bentuk kajian tindakan di mana penyelidik
menjalankan penyelidikan berbentuk kualitatif. Kaedah kualitatif dipilih kerana penyelidik
ingin membuat kajian terhadap sesuatu permasalahan secara lebih mendalam dan mampu
berinteraksi dengan lebih baik terhadap sampel penyelidikan ini. Memandangkan sampel
murid terdiri daripada murid tahap 1 dan 2 di sekolah yang diajar oleh penyelidik, suatu
penyelidikan secara mendalam dapat dijalankan dengan lebih mudah. Penyelidik juga
memilih penyelidikan kualitatif bagi mengkaji tanpa wujudnya unsur bias dan ingin
mengikuti perkembangan serta peningkatan prestasi murid dengan lebih rapat. Penyelidik
juga memilih penyelidikan kualitatif untuk memahami tentang sesuatu fenomena dari sudut
perspektif hasil dapatan kajian dan bukan dari perspektif penyelidik sendiri.
Justeru, berlandaskan Rajah 3.2.1 : Gelungan Perancangan Kajian Tindakan
Model Mc-Kernan, penyelidik telah mengumpul dan menganalisis data terhadap
himpunan hasil karya murid, temubual dan pemerhatian. Setiap data penyelidikan yang
dikumpul akan dianalisis dan dihuraikan melalui pemikiran induktif. Pemikiran induktif
46
yang dimaksudkan ialah melibatkan aktiviti pengumpulan data dan segala bahan yang
berkaitan dengan penyelidikan, mentafsir maklumat-maklumat yang dikumpul. Kemudian
penyelidik akan membuat kesimpulan dan generalisasi maklumat tersebut berdasarkan
penyelidikan yang telah dijalankan.
Sepanjang perlaksanaan penyelidikan berbentuk kajian tindakan kualitatif,
penyelidik akan menganalisis data secara mendalam bagi membentuk kefahaman tentang
sesuatu fenomena yang dikaji. Proses menganalisis data ini telah dijalankan mengikut 6
peringkat Marshall & Rossman (1999) iaitu menyusun atur data, menjana kategori, tema
dan pola, mencari penerangan alternatif dan menulis laporan. Peringkat ini juga selaras
dengan 3 peringkat analisis data Merriam (2000) iaitu penyataan diskriptif, pembinaan
kategori dan pembinaan teori. Kaedah analisis data telah dibuat secara berterusan dan
mengikut peringkat bagi menguji kesahihan sesuatu penemuan dalam penyelidikan serta
penyelidik dapat melihat pengalaman dan perubahan tanpa bias. Seperti apa yang beliau
tekankan “ Data analysis is one of the few facets, perhaps the only facet, of doing
qualitative research in which there is a preferred way” (Merriam, S. 2009, ms. 171).
3.4 Lokasi Kajian
Kajian akan dijalankan terhadap murid dari tahun 2,3 dan 5, di mana terdapat seramai 26
orang murid. Kajian ini juga akan dijalankan di sebuah sekolah pedalaman 1 di sebuah
Daerah Subis, Miri, Sarawak.
47
3.5 Teknik Pengumpulan Data
Penyelidik sendiri akan mengumpul data kajian terhadap sampel-sampel kajian di sebuah
sekolah rendah pedalaman di Daerah Subis, Sarawak. Data dikumpul sepanjang
penyelidikan yang berasaskan Model Kajian Tindakan Mc- Kernan (1990). Seramai 26
murid dipilih dalam penyelidikan dimana penyelidik menjalankan kajian tindakan dengan
melaksanaan Kaedah “Negotiated Drawing” dalam pembelajaran. Di akhir tempoh
pembelajaran dan pengajaran iaitu pada sesi terakhir dalam satu gelungan, murid-murid
menghasilkan karya berdasarkan kaedah yang diterapkan. Ini bagi membantu penyelidik
menentukan tahap peningkatan kemahiran masing-masing serta dapat membantu untuk
mengumpul data mengenai keberkesanan penggabungjalinan kaedah tersebut.
3.6 Pengendalian Kajian
Reka bentuk kajian ini ialah berbentuk Kualitatif. Denzin dan Lincoln (1994) dalam buku
Othman Lebar mengatakan :
“Qualitative research is multimethod in focus, involving an
interpretive, naturalistic approach to its subject matter. This means
that qualitative researchers study things in their natural setting,
attempting to make sense of or interpret phenomena in terms of the
meanings people bring to them. Qualitative research involves the
studied use and collection of a variety of empirical materials – case
study, personal experience, introspective, life story, interview,
observational, historical, interactional and visual texts – that describe
routine and problematic moments and meaning in individuals' lives.”
48
Daripada petikan tersebut, dapat dinyatakan bahawa penyelidikan kualitatif
memfokuskan pelbagai method dalam penyelidikan. Penyelidikan pendekatan ini
juga adalah sangat teliti, dan datanya dikumpul daripada kehidupan semula jadi '
kehidupan sebenar' serta memerlukan tempoh penyelidikan yang panjang. Oleh itu,
ia dapat memberi penerangan terhadap peristiwa-peristiwa secara terperinci. Selain
itu, boleh menunjukkan bagaimana dan mengapa perkara-perkara berlaku serta
metodnya didasari pendekatan naturalistik bagi mendapatkan gambaran yang
menyeluruh tentang sesuatu fenomena kajian.
Dalam kajian ini, penyelidik akan membuat penerokaan iaitu mencari
makna dan pemahaman melalui data-data yang dikumpul. Hasil dapatan kajian
adalah bertujuan untuk memahami tentang pengalaman kehidupan dan sosial dari
sudut perspektif murid-murid. Seterusnya, melalui pendekatan kualitatif ini akan
dilihat secara holistik iaitu penyelidik akan membuat pemerhatian terhadap sesuatu
fenomena secara menyeluruh segala aspek yang berkaitan dengan kajian.
Penyelidik juga akan mengambil kira perubahan-perubahan dan
perkembangan semasa pengumpulan dan menganalisis data. Tumpuan secara
progresif akan dibuat ke atas sesuatu isu yang dikaji bagi mendapatkan gambaran
keadaan perubahan sampel secara terperinci. Coffey dan Atkinson (Othman Lebar,
2012,ms.153) menyatakan bahawa, dalam penyelidikan kualitatif, pengumpulan
data tidak boleh dijalankan tanpa analisis yang mendalam dijalankan bersama. Oleh
itu, penyelidik juga akan mengumpul data-data yang mempunyai maklumat yang
sebenar di mana penyelidik akan pergi ke sekolah, ke bilik darjah, ke bilik guru
untuk membuat pemerhatian dan temubual.
49
Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian adalah terdiri daripada
Borang Pemerhatian, Transkrip Temubual dan Himpunan Hasil Karya murid.
3.6.1 Temubual
Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menemubual murid-murid dan tenaga
pengajar yang berkaitan di sekolah. Tujuan utama temubual dijalankan adalah bagi
mendapatkan maklumat yang sebenar dan khusus. Temubual juga bertujuan bagi
memudahkan penyelidik membuat pemerhatian terhadap kelakuan, perasaan, idea
dan pendapat sampel yang ditemubual.
Temubual yang dijalankan adalah Temubual Secara Semi Berstruktur di
mana penyelidik akan menggunakan soalan-soalan yang telah ditentukan terlebih
dahulu tetapi jawapan terhadap soalan tersebut adalah bebas dan boleh
dikembangkan mengikut budi bicara penemu bual dan sampel. Soalan-soalan yang
dikemukakan telah dirangka oleh penyelidik di dalam transkrip temubual seperti di
Lampiran B. Antara soalan berikut ialah :
1. Adakah kamu berminat untuk melukis potret?
2. Adakah kamu tahu cara untuk melukis potret?
3. Pernahkah kamu diajar untuk melukis potret?
4. Jika diberi peluang, mahukah kamu diajar melukis potret?
5. Dalam banyak-banyak mata pelajaran, mata pelajaran apakah yang paling
kamu minati?
50
Soalan-soalan ini digunakan dalam sesi temubual bagi mendapatkan maklum balas
dari murid mengenai minat
3.6.2 Pemerhatian
Dalam perlaksanaan pemerhatian ini, pemantauan akan dijalankan sepanjang kajian
dilaksanakan bagi mengkaji tingkah laku murid semasa penghasilan karya.
Penyelidik akan menjalankan ujian khas dengan menyuruh sampel menghasilkan
karya bidang menggambar iaitu sebuah lukisan di mana Kaedah Negotiated
Drawing digunakan. Penyelidik juga telah membuat pemerhatian terhadap murid
dengan menghasilkan borang pemerhatian di mana ia mempunyai kriteria-kriteria
seperti pemahaman, pengetahuan, pengalaman, tingkah laku dan kebolehan murid
tersebut.
Pemerhatian dijalankan berdasarkan borang pemantauan dimana penyelidik
membuat pemantauan sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran
dijalankan bagi mengenalpasti dan mengetahui setiap tingkah laku subjek kajian.
Tujuan borang pemantauan ini juga adalah bagi merekod dan memberi gambaran
menyeluruh mengenai keberhasilan dan perubahan minat murid terhadap aktiviti
melukis sepanjang kajian dijalankan.
51
Jadual 3.6.2.1 : Jadual pemerhatian terhadap sampel sepanjang pengajaran
sebelum penggunaan Kaedah Melukis Rangka dan Bulatan.
Soalan 1 : Adakah subjek kajian melukis dengan tersusun?
Daripada soalan pertama ini, saya dapat membuat menilai setakat manakah
tahap pengetahuan dan kemahiran subjek kajian dalam aktiviti melukis. Saya boleh
menyelidik bahawa ‘pernahkah subjek kajian belajar langkah-langkah dalam
melukis figura manusia?’ Saya dapat menganalisis mengenai pengwujudan bakat
atau kemahiran terhadap subjek kajian tersebut.
Soalan 2 : Adakah murid menghasilkan lukisan dengan hanya meniru gambar yang
sedia ada?
BIL ITEM YA TIDAK
01. Adakah murid melukis dengan tersusun?
02. Adakah murid menghasilkan lukisan dengan
hanya meniru gambar yang sedia ada?
03. Adakah murid melukis dengan menggunakan
bentuk bulatan sebelum melukis potret / buah
epal ?
04. Adakah murid menghasilkan lukisan yang
mempunyai keseimbangan simetri?
52
Soalan kedua adalah bertujuan untuk memastikan tahap pengetahuan dan
kemahiran murid dalam memasukkan keaslian sepanjang melukis. Unsur keaslian
yang dimaksudkan ialah lukisan yang dihasilkan bukan dengan meniru tetapi dengan
pengetahuan yang sedia ada. Saya juga dapat menilai dan mengetahui tentang
pengalaman subjek kajian terhadap persekitaran dan pengalaman mereka terhadap
masyarakat disekeliling. Hal ini kerana bagi membantu penyelidik membuat
perbandingan peningkatan kemahiran murid sepanjang kajian yang dijalankan.
Soalan 3 : Adakah murid melukis dengan menggunakan bentuk bulatan sebelum
melukis potret / buah epal ?
Soalan ini akan membantu penyelidik dalam menilai dan menganalisis
kelemahan dan kelebihan subjek kajian dalam melukis. Penyelidik dapat
mengenalpasti sejauhmana pengalaman dan pengetahuan murid dalam aktiviti
melukis. Contohnya murid yang pernah mengikuti mana-mana kelas tambahan atau
tutorial akan melukis kebiasaannya akan melukis dengan bentuk asas seperti bulatan
dahulu. Bagi subjek kajian yang kurang kemahiran akan mula melukis secara terus
dan tanpa berpandu pada mana-mana prosedur.
Soalan 4 : Adakah murid menghasilkan lukisan yang mempunyai keseimbangan
simetri?
Dalam kriteria ini, penyelidik dapat mengenalpasti kecekapan subjek
kajian dan kebolehan murid dalam menghasilkan lukisan mengikut tajuk yang
ditetapkan. Selepas pengajaran dan pembelajaran kaedah “Negotiated Drawing”,
53
penyelidik dapat membuat perbandingan samada murid menerapkan prinsip
keseimbangan simetri atau tidak.
Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan membuat pengumpulan hasil karya lukisan
murid untuk dibuat penilaian, pemahaman dan pemerhatian. Daripada hasil-hasil tinjauan
kajian yang lepas, didapati hasil lukisan kanak-kanak dapat menceritakan dan
menggambarkan pemikiran, idea, perasaan serta imaginasi mereka.
BIL. KRITERIA LEMAH SEDERHANA BAIK
01. PENGWUJUDAN
IDEA
Proses
penghasilan
dilakukan
mengikut urutan
yang diajar.
Sekurang-
kurangnya 1
jenis teknik
penghasilan.
Proses
penghasilan
dilakukan
mengikut urutan
yang diajar.
Sekurang-
kurangnya 2 jenis
teknik
penghasilan.
Proses
penghasilan
dilakukan
mengikut urutan
yang diajar.
Sekurang-
kurangnya 3 jenis
teknik
penghasilan.
1.Urutan
2.Struktur
3.Rupa
02. PEMILIHAN
DAN
PENYEDIAAN
BAHAN
Tidak kreatif
dalam
pengolahan idea
dan kurang
mahir dalam
mengendalikan
alat dan bahan.
Mempunyai idea
tetapi kuranng
kreatif dalam
pengolahan idea
dan penggunaan
alat dan bahan.
Kreatif dalam
pengolahan idea
dan dapat
mengubahsuaikan
dan
mempelbagaikan
penggunaan alat
dan bahan bagi
menghasilkan
lukisan.
54
03. GUBAHAN Mengandungi
gubahan yang
kurang menarik.
Mengandungi
gubahan yang
menarik.
Mengandungi
gubahan yang
menarik, kreatif
dan luar
pemikiran biasa.
04. KEKEMASAN Tidak kemas,
bersih dan
menarik.
Susunan
‘subject matter’
tidak tersusun.
Kurang kemas,
bersih dan
menarik.
Susunan ‘subject
matter’ kurang
tersusun.
Kemas, bersih
dan menarik.
Susunan ‘subject
matter’ tersusun.
05. SAHSIAH Menghasilkan
lukisan yang
kurang teratur
dan tidak ikut
kata saya.
Meniru dan
mengganggu
murid lain.
Menghasilkan
lukisan dengan
kurang teratur dan
tetapi ikut kata
saya.
Kurang bertanya.
Tidak meniru dan
mengganggu
murid lain.
Menghasilkan
lukisan dengan
teratur dan ikut
kata saya.
Sering banyak
bertanya
mengenai idea.
Tidak meniru dan
mengganggu
murid lain.
Jadual 3.6.3.1 : Rubrik penilaian mengenai kemahiran dan perkembangan murid
sepanjang penghasilan karya setelah kajian tindakan dijalankan.
Berdasarkan rubrik ini, pemarkahan dilakukan berdasarkan kriteria-kriteria yang
ditetapkan. Rubrik ini telah digunakan untuk menilai hasil karya murid dalam ujian pos di
akhir kajian dalam gelungan pertama dan gelungan kedua. Melalui pemerhatian, rubrik ini
dapat membantu penyelidik untuk memberi markah dan mengelaskan tahap murid tersebut
samada lemah, sederhana dan baik.
55
Kriteria pertama ialah pengwujudan idea. Dalam kriteria ini, penyelidik membuat
penilaian terhadap cara murid menghasilkan lukisan samada melalui proses dan tertib yang
diajar melalui demonstrasi. Setiap individu mempunyai teknik-teknik tersendiri dalam
menghasilkan karya. Melalui kriteria ini, murid sekurang-kurangnya perlu menghasilkan
lukisan dengan menggunakan 3 teknik untuk mendapat tahap yang baik. Antara kriteria
yang dinilai ialah dari segi keberhasilan lukisan murid secara teratur. Seterusnya, diikuti
dengan penghasilan lukisan melalui pembinaan struktur dahulu dan akhir sekali ialah rupa.
Kriteria kedua ialah pemilihan dan penyediaan bahan. Melalui kriteria ini, murid
akan dinilai melalui tahap pemikiran kreatif, pengolahan idea dan yang paling utama sekali
ialah kemahiran dalam menggunakan dan mengubahsuaikan bahan dan medium untuk
melukis potret. Pengolahan penggunaan bahan untuk menghasilkan susunan anggota muka,
unsur penambahan idea, ekspresi muka pada potret dan tahap disiplin dalam menggunakan
alat dan bahan sepanjang penghasilan potret.
Kriteria ketiga ialah gubahan iaitu murid akan dinilai melalui cara mereka
menggubah potret dengan unsur-unsur yang sesuai. Kriteria ini juga berkait rapat dengan
kriteria yang kedua iaitu pemilihan dan penyediaan bahan di mana dalam kriteria ini,
penyelidik akan memberi perhatian dari segi gubahan yang kreatif, menarik dan pemikiran
luar biasa. Gubahan yang dimaksudkan ialah seperti anggota muka seperti mata, mulut,
jenis rambut, gubahan dan penambahan aksesori pada potret serta ekspresi muka pada
potret. Melalui kriteria ini, penyelidik dapat menilai dan mempelajari mengenai kehidupan
murid tersebut kerana idea gubahan biasanya berdasarkan persekitaran dan pengalaman
murid tersebut.
56
Kriteria keempat ialah kekemasan. Melalui kriteria ini, penyelidik akan menilai
hasil lukisan murid dari segi kekemasan dalam melukis dengan media dan peralatan seperti
pensel, pemadam dan kertas. Murid pada tahap ini biasanya telah diajar dan tahu cara
menggunakan pensel dan pemadam dengan betul. Dalam hal ini, murid dinilai dari segi
kekemasan garisan, susunan ‘subjek matter’ yang teratur dan menarik dan hasil lukisan
yang bersih.
Kriteria akhir ialah sahsiah. Dalam kriteria ini, murid akan dinilai dari sudut
kelakuan, etika dan pemberian komitmen. Penyelidik akan menilai murid sepanjang
mereka menghasilkan lukisan dari segi keberanian murid untuk bertanya kepada guru jika
berlakunya kemusykilan terhadap pengolahan idea dan yang paling penting sekali,
penyelidik akan menilai murid dari segi kepatuhan mereka terhadap arahan guru.
Penyelidik juga menilai murid dari segi penghasilan karya yang teratur dan kreatif.
3.7 Kaedah Analisis Data
Analisis data dilaksanakan secara sistematik bagi memahami data dalam penyelidikan
berbentuk kajian tindakan ini, untuk mendapatkan penyelesaian sesuatu masalah.
“Accuracy in action research means that the data you are collecting creates a fairly true
picture of a bit of reality you are observing” (Andrew P. J, 2005 pg. 81)
Kaedah analisis data yang digunakan dengan beberapa metod iaitu melalui
Persampelan Teoritikal iaitu melalui proses pengumpulan data untuk menjana teori melalui
proses mengumpul, mengekod dan menganalisis data. Kedua ialah Perbandingan Konstan
57
oleh Anselm Strauss dan Glaser (1967) iaitu membuat perbandingan yang konsisten antara
fenomena yang dikod di bawah satu-satu kategori. Dengan perbandingan ini, membolehkan
penjelasan teoritikal kategori tersebut timbul. “ metod menganalisis data kualitatif ini
menggabungkan pengekodan kategori secara induktif serentak dengan perbandingan
semua unit makna yang diperoleh,..” Anselm Strauss dan Glaser ( Othman Lebar, 2012, ms.
155).
3.8 Kebolehpercayaan Data
Dalam kajian kualitatif ini, penyelidik telah menggunakan triangulasi data temubual dan
pemerhatian bagi memperkukuhkan kepercayaan kajian. Dari sudut temubual, penyelidik
membuat triangulasi temubual antara responden utama iaitu murid dengan responden
sokongan iaitu guru atau kakitangan sekolah yang berkaitan. Dalam hal ini, penyelidik
menggunakan soalan dan isu yang sama bagi mendapat keputusan dan maklumat yang
berkait antara satu sama lain.
Selain itu, penyelidik melaksanakan triangulasi data pemerhatian dimana murid
yang dipilih adalah terdiri daripada pelbagai tahap kebolehan iaitu Tahun 2, 3 dan 5. Ini
bagi membantu penyelidik mengkaji dan menganalisis perubahan dan keberhasilan Kaedah
“Negotiated Drawing” yang diterapkan dalam pembelajaran. Pemerhatian dijalankan
berlandaskan Jadual yang dirangka bagi menjawab persoalan yang dinyatakan.
58
3.9 Rumusan
Secara keseluruhannya kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk membuat
perbandingan dan menguji keberkesanan kaedah-kaedah untuk meningkatkan kemahiran
melukis di kalangan murid-murid sekolah rendah. Daripada penyelidikan ini penyelidik
berharap agar kajian ini diterima dan dapat dijalankan dengan baik, berfokus serta dapat
menjawab persoalan kajian yang dibincangkan. Selain itu, diharapkan bahawa kajian ini
dapat memberi maklumat yang positif ke arah penembahbaikan dalam rancangan dan
proses pembelajaran dan pengajaran aktiviti melukis dalam Dunia Seni Visual di kalangan
murid-murid sekolah rendah.
59
BAB 4
DAPATAN DAN ANALISIS DATA KAJIAN
4.0 DAPATAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini akan membentangkan hasil dapatan dan analisis data terkumpul sepanjang
penyelidikan dijalankan. Data yang diperoleh adalah daripada pemerhatian, temubual dan
analisis hasil karya murid (murid). Dalam penyelidikan ini, setiap murid telah dinilai
melalui pemerhatian sepanjang ujian pra dan ujian pos dilaksanakan. Penilaian adalah
berdasarkan tingkah laku melalui borang pemerhatian yang disediakan. Temubual telah
dijalankan terhadap murid yang terdiri daripada guru dan murid sepanjang penyelidikan.
Kaedah pemerhatian dan temubual telah dianalisis bagi menjawab persoalan kajian kedua
60
iaitu 'Bagaimanakah murid-murid melukis dengan penggunaan Kaedah “Negotiated
Drawing” ?' Penyelidik juga telah menganalisis hasil karya murid daripada ujian pra dan
ujian pos.
Penilaian bagi tujuan analisis ini telah dijalankan mengikut rubrik penilaian hasil
karya lukisan yang disediakan (Jadual 3.6.4) . Hasil penilaian dan analisis karya murid
dilaksanakan bagi memenuhi kehendak persoalan kajian 1 iaitu 'Apakah hasil lukisan
daripada penggunaan penggabungjalinan antara Kaedah “Negotiated Drawing” ?'. Hasil
daripada analisis data bagi ketiga-tiga instrumen ini juga bagi menjawab persoalan ketiga
iaitu 'Apakah kesan terhadap perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran Pendidikan /
DuniaSeni Visual melalui kaedah melukis dalam KSSR/KBSR?'
4.2 Persoalan Kajian 1
Persoalan kajian yang pertama yang dirangka ialah 'Apakah hasil lukisan daripada
penggunaan Kaedah “Negotiated Drawing” ?' dalam mata pelajaran Dunia / Pendidikan
Seni Visual dalam kalangan murid sekolah rendah?'
4.2.1 Himpunan Hasil Karya Murid
Himpunan Hasil Karya Murid merupakan instrumen penyelidikan kualitatif yang
dikumpul dan telah dibuat penilaian, pemahaman dan pemerhatian. Hasil karya murid telah
dikumpul sebelum dan selepas rawatan dijalankan iaitu ketika Ujian Pra dan Ujian Pos
61
untuk dibuat perbandingan. Karya murid ini dihasilkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual di bawah bidang seni menggambar. Dalam proses
pengumpulan data ini, penyelidik telah meminta kebenaran daripada guru yang mengajar
murid di kelas tersebut untuk menjalankan kajian. Pengajaran dan pembelajaran telah
dijalankan seperti biasa mengikut rancangan pelajaran harian yang dirangka. Penyelidik
sendiri telah memilih dan menetapkan tajuk pada hasil karya murid mengikut tahap
kebolehan dan tahap perkembangan kreativiti murid.
Penyelidik telah memilih untuk menilai hasil karya murid-murid tersebut bagi
mempelajari, meneroka dan menyelidik tahap kebolehan dan perubahan perkembangan
kemahiran murid dalam melukis. Hasil karya yang dikumpul telah dibuat perbandingan
iaitu antara hasil karya semasa ujian pra dan hasil karya murid semasa ujian pos. Penilaian
dibuat satu persatu dengan bantuan rujukan daripada rubrik pemerhatian yang merangkumi
5 kriteria iaitu dari segi pengwujudan idea, pemilihan dan penyediaan bahan, gubahan,
kekemasan dan sahsiah. Daripada hasil penilaian terhadap hasil karya murid, sebelum
rawatan diterapkan, didapati ramai murid yang menghasilkan lukisan tidak mengikut
urutan manakala, setelah rawatan dijalankan terdapat banyak perubahan yang baik
terhadapp hasil karya tersebut.
62
(a)
Ujian Pra Ujian Pos
Murid : Octavia Gerrard ak. Linit.
(b)
Ujian Pra Ujian Pos
Murid : Douglas Ambi ak. Joseph
Rajah 4.2.1.1 : Perbandingan hasil karya 2 daripada 7 murid dari Tahun 2 antara
Ujian Pra dengan Ujian Pos.
Rajah di atas merupakan perbandingan sampel hasil karya 2 orang murid dari Tahun 2
antara Ujian Pra dengan Ujian Pos. Penyelidik telah memilih tema buah-buahan iaitu
63
bertajuk Epal Merah bagi menepati kesesuaian tahap kebolehan murid tersebut. Sepanjang
aktiviti melukis dijalankan dalam Ujian Pra ,didapati mereka lebih berminat untuk
menghasilkan rupa geometri seperti bulat sebelum melukis epal tersebut. Setelah diberi
rawatan pada Ujian Pos, didapati murid-murid cuba melukis dengan menggunakan Kaedah
'' Negotiated Drawings”. Setelah rawatan dijalankan, didapati murid dapat mengaplikasikan
idea-idea baru dalam penghasilan lukisan. Murid pada perbandingan contoh hasil karya
pertama iaitu Octavia Gerrard ak. Linit. Sebanyak sedikit maklumat yang dikumpul,
penyelidik dapat mempelajari dan mengenali latar belakang sampel secara lebih terperinci.
Murid ini mempunyai latar belakang keluarga yang biasa dan tahap pencapaiannya
dalam bidang akademik adalah sederhana. Manakala, murid yang kedua iaitu Douglas
Ambi Ak. Joseph, merupakan anak yatim dan dipelihara oleh bapa tirinya. Murid ini sering
mudah hilang tumpuan semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Pencapaiannya
dalam bidang akademik adalah kurang stabil malah, dia merupakan murid yang tergolong
sebagai murid Linus mengikut penilaian Saringan Linus 2.0 yang telah dilaksanakan
(Rujukan Kurikulum Standard Sekolah Rendah). Walau bagaimanapun, kedua-dua murid
ini merupakan murid yang mempunyai minat dalam menghasilkan karya seni khususnya
melukis.
Daripada perbandingan 2 buah lukisan epal (a), didapati lukisan hasil daripada
Ujian Pra, menunjukkan murid ini menggunakan bentuk asas bulatan sebagai struktur
untuk melukis buah epal. Strok garisan yang dihasilkan adalah kurang jelas dan tidak rata.
Terdapat banyak kesan padam menunjukkan murid ini berusaha beberapa kali untuk
menghasilkan buah epal dengan medium pensel. Warna yang digunakan adalah hanya satu
jenis dan kelihatan warna rata. Teknik mewarna yang digunakan adalah kurang teratur. Saiz
64
lukisan epal yang dihasilkan adalah kecil. Semasa penghasilan lukisan ini, murid diberi
kebebasan untuk melukis buah epal dan ini adalah apa yang dibayangkan oleh murid
tersebut berdasarkan fahamannya yang sedia ada, walaupun guru telah menunjukkan
contoh gambar buah epal di hadapan. Dari segi unsur ruang dan prinsip keseimbangan,
murid menghasilkan lukisan ini di bahagian hujung atas kertas lukisan meninggalkan
banyak ruangan pada bahagian bawah kertas lukisan.
Setelah Ujian Pos dijalankan, murid telah menghasilkan lukisan epal yang bersaiz
besar dan warna yang digunakan mempunyai unsur variasi. Terdapat campuran seperti
warna kuning dan terdapat perubahan dari segi gubahan iaitu penambahan tangkai yang
ketara. Gaya mewarna adalah masih sama tetapi lebih teratur. Hal ini kerana, murid ini
sudah terbiasa dengan gaya ini sejak dari kecil dan ia mungkin mengambil masa yang lama
untuk melatihnya.
Analisis data terhadap perbandingan lukisan murid setersunya iaitu pada (b),
menggambarkan murid ini mempunyai nilai kreativiti yang tinggi. Hal ini kerana daripada
hasil pemerhatian contoh gambar buah epal yang ditayangkan, murid ini berjaya
menghasilkan lukisan buah epal semasa Ujian Pra yang mempunyai ton, bayang dan strok
garisan yang teratur dan jelas. Lukisan ini telah berjaya menepati kriteria yang hendak
dicapai oleh penyelidik. Oleh itu, penyelidik menjalankan rawatan menggunakan Kaedah ''
Negotiated Drawing '', dengan matlamat untuk meningkatkan kemahiran murid ini dengan
lebih baik. Setelah Ujian Pos dijalankan, didapati lukisan yang dihasilkan tiada lagi unsur
ton, bayang dan garisan struktur bulatan yang dihasilkan masih berkualiti. Walaupun
lukisan ini tiada bayang, namun lukisan ini mempunyai tokok tambah yang menunjukkan
perkembangan idea iaitu terdapatnya lukisan daun, saiz buah epal tersebut lebih besar yang
65
menunjukkan keyakinan murid ini semakin meningkat. Juga, tangkai pada buah epal
tersebut diwarnai dengan warna coklat. Murid ini juga telah melukis bentuk bulat dengan
menggunakan pensel warna. Lukisan selepas rawatan Gelungan Kedua ini, tidak
mempunyai ton kerana murid ini lupa untuk memasukkan ton tersebut. Daripada hasil
pemerhatian dan pengalaman mengajar, murid ini lebih suka menghasilkan lukisan
mengikut kreativiti dan kehendak sendiri. Sebagai guru kelas tahun 2, penyelidik telah
menyatakan bahawa murid ini mempunyai daya tumpuan dan ingatan yang sangat lemah.
Murid ini akan mengingati apa yang dipelajari pada waktu pengajaran tersebut tetapi murid
ini akan lupa apa yang dipelajari ketika itu pada keesokan harinya. Walau bagaimanapun,
lukisan Ujian Pos menunjukkan tahap keyakinan murid semakin meningkat daripada cara
murid mewarna iaitu warna yang digunakan adalah lebih terang berbanding dengan lukisan
sebelumnya. Jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat campuran warna kuning, jingga dan
merah pada epal tersebut.
Terdapat juga tokok tambah dari segi gubahan terhadap epal tersebut iaitu, murid
ini berjaya melukis tangkai dan daun. Garisan struktur dihasilkan menggunakan pensel
warna di mana, murid ini telah yakin untuk berkarya tanpa bantuan alatan pemadam
berbanding dengan lukisan sebelumnya, murid ini menggunakan pensel dahulu dan diikuti
dengan penggunaan pensel warna. Murid ini kurang menunjukkan kemahiran dari segi
pengwujudan unsur ton, bayang dan garisan struktur, namun rawatan ini berjaya
meningkatkan keyakinan dan kreativiti murid ini.
66
4.2.1.1 Penilaian
Ini juga telah mempengaruhi kebolehan murid dari segi kriteria gubahan, di mana
murid telah menghasilkan gubahan yang lebih menarik iaitu kedua-dua lukisan daripada
Ujian Pos tersebut terdapat penambahan rupa tangkai dan daun buah epal tersebut. Dari
segi kekemasan, didapati murid lebih menghasilkan lukisan yang kemas berbanding
dengan lukisan Ujian Pra. Sebelum rawatan dijalankan, didapati banyak kesan padam dan
strok garisan yang kurang teratur pada lukisan murid tersebut. Hal ini kerana murid-murid
masih kurang yakin dan kurang idea untuk melukis objek tersebut. Didapati juga murid
kurang yakin dalam menggunakan warna. Setelah rawatan dijalankan, didapati bahawa
lukisan murid lebih teratur, kemas dan mereka cuba melukis berdasarkan panduan '' Step-
by-step” yang diajar.
Selain itu, saiz, lukisan yang dihasilkan semasa Ujian Pos adalah lebih besar
menunjukkan tahap keyakinan murid yang tinggi berbanding dengan lukisan Ujian Pra.
Secara sengaja, penyelidik akan memberi kebebasan murid untuk bergerak sepanjang
penghasilan karya bagi menguji sahsiah mereka. Sepanjang Ujian Pra dilaksanakan,
didapati sahsiah murid adalah baik. Didapati murid tahun 2 ini menghasilkan karya mereka
secara tertib, sentiasa menurut arahan guru. Suasana bilik darjah adalah bising tetapi
terkawal kerana murid mula berani berinteraksi antara satu sama lain secara positif. Hal ini
kerana mereka suka berkongsi pengalaman dan idea. Sepanjang rawatan didapati sahsiah
murid adalah memuaskan iaitu terdapat juga peningkatan sahsiah murid terdapat sedikit
perubahan iaitu murid-murid mula berani berinteraksi dengan guru untuk membuat
apresiasi terhadap lukisan tersebut.
67
(a)
Ujian Pra Ujian Pos
Murid : Marcus ak. Margerita
(b)
Ujian Pra Ujian Pos
Murid : Desmond
Rajah 4.2.1.2 : Perbandingan hasil karya 2 daripada 11 murid dari Tahun 3
antara Ujian Pra dengan Ujian Pos.
68
Rajah di atas merupakan perbandingan hasil karya murid Tahun 3 antara Ujian Pra dan
Ujian Pos. Mereka lebih cenderung untuk menghasilkan rupa geometri seperti bulat dan
segi empat sebagai rupa asas sebelum melukis. Setelah diberi rawatan pada Ujian Pos,
didapati murid-murid melukis dengan menggunakan kaedah penggabungjalinan ''
Negotiated Drawings”. Kaedah '' Negotiated Drawings ” melibatkan perbincangan serta
perkongsian idea terhadap sesuatu topik.
Setelah penyelidik mengumpul data, perbandingan antara lukisan Ujian Pra dan Pos
dibuat murid. Contoh murid yang pertama ialah Marcus ak. Margerita. Murid ini dipelihara
oleh nenek dan sentiasa mengalami masalah disiplin di sekolah. Apabila menemubual guru
kelasnya, murid ini merupakan murid yang bijak dan petah bercakap. Penyelidik
menjalankan Ujian Pra (a) di mana murid dikehendaki melukis potret diri mereka pada
masa akan datang. Apabila penyelidik membuat penilaian ke atas lukisan Ujian Pra,
didapati murid ini menghasilkan banyak gubahan rupa geometri pada potret. Setelah diberi
rawatan, didapati pada lukisan Ujian Pos (a), murid dapat menghasilkan potret secara
teratur dan kemas. Sepanjang penghasilan karya, penyelidik telah membuat pemerhatian
dan murid ini telah menghasilkan lukisan secara teratur.
Penyelidik juga telah membuat kajian pada contoh murid yang kedua iaitu
Desmond. Setelah menemubual guru kelas, murid ini juga mempunyai masalah kelakuan
yang kurang menentu dan sering terlibat dalam masalah disiplin. Pada Ujian Pra (b), murid
ini juga berjaya menghasilkan potret dengan menggunakan rupa geometri. Didapati lukisan
ini bersifat kurang realistik. Setelah diberi rawatan, murid ini telah menghasilkan lukisan
yang lebih teratur dan realistik. Contohnya perbandingan terhadap rupa mata potret
tersebut, gubahan pakaian serta kedudukan telinga yang betul. Hal ini, kerana dengan
69
pengaplikasian rawatan murid ini diberi pendedahan terhadap kaedah penghasilan karya
dengan lebih teratur.
4.2.1.2 Penilaian
Setelah rawatan dijalankan, didapati murid dapat mengaplikasikan idea-idea baru
dalam penghasilan lukisan. Ini juga telah mempengaruhi kebolehan murid dari segi kriteria
gubahan, di mana murid telah menghasilkan gubahan yang lebih menarik, kreatif dan luar
pemikiran biasa.
Dari segi kekemasan, didapati murid lebih menghasilkan lukisan yang kemas
berbanding dengan lukisan Ujian Pra. Sebelum rawatan dijalankan, didapati banyak kesan
padam dan strok garisan yang kurang teratur pada lukisan murid tersebut. Hal ini kerana
murid-murid masih kurang yakin dan kurang idea untuk melukis objek tersebut. Setelah
rawatan dijalankan, didapati bahawa lukisan murid lebih teratur, kemas dan mereka
melukis berdasarkan panduan '' Step-by-step” yang diajar. Secara sengaja, penyelidik akan
memberi kebebasan murid untuk bergerak sepanjang penghasilan karya bagi menguji
sahsiah mereka. Sepanjang Ujian Pra dilaksanakan, didapati sahsiah murid adalah baik.
Mereka menghasilkan karya mereka secara senyap, tertib dan sentiasa menurut arahan
guru. Sepanjang rawatan didapati sahsiah murid adalah memuaskan.
Semasa Ujian Pos dilaksanakan, peningkatan sahsiah murid terdapat sedikit
perubahan iaitu murid-murid mula berani berinteraksi dengan guru untuk membuat
apresiasi terhadap lukisan tersebut.
70
(a)
Ujian Pra Ujian Pos
Murid : Ivy Vanessa ak. Anye
(b)
Ujian Pra Ujian Pos
Murid : Boniface ak. Kamarau
Rajah 4.2.1.3 : Perbandingan hasil karya 2 daripada 8 murid dari Tahun 5
antara Ujian Pra dengan Ujian Pos.
71
Semasa Ujian Pra didapati kedua-dua murid ini menghasilkan lukisan potret secara
bebas dan tanpa struktur. Hasil daripada temubual terhadap murid (a),didapati murid ini
tidak berminat untuk melukis potret berbanding dengan murid (b). Setelah diberi rawatan
pada Ujian Pos, didapati murid-murid melukis dengan menggunakan kaedah '' Negotiated
Drawings”. Kaedah '' Negotiated Drawings ” melibatkan perbincangan serta perkongsian
idea terhadap sesuatu topik. Setelah rawatan dijalankan, didapati kedua-dua murid ini lebih
yakin dan gemar melukis potret setelah berjaya menghasilkan karya yang menarik. Semasa
Ujian Pos, didapati murid mampu mengaplikasikan idea-idea baru dalam penghasilan
lukisan.
Murid (a) iaitu Ivy Vanessa ak. Anye merupakan murid yang berpotensi dalam
pendidikan tetapi kurang berminat dalam bidang seni. Berbanding dengan murid (b) iaitu
Boniface ak. Kamarau, murid ini tidak mempunyai minat untuk belajar dan sering
berdepan dengan masalah disiplin. Namun, murid ini mempunyai minat terhadap
pengasilan karya seni.
.
4.2.1.3 Penilaian
Ini juga telah mempengaruhi kebolehan murid dari segi kriteria gubahan, di mana
murid telah menghasilkan gubahan yang lebih menarik, kreatif dan luar pemikiran biasa.
Contohnya ada hasil karya Ujian Pos, dapat dilihat bahawa terdapat penambahan hiasan
pada baju dan rambut potret tersebut. Struktur muka pada potret Ujian Pos juga kelihatan
lebih realistik. Dari segi kekemasan, didapati murid lebih menghasilkan lukisan yang
kemas berbanding dengan lukisan Ujian Pra. Sebelum rawatan dijalankan, didapati banyak
72
kesan padam dan strok garisan yang kurang teratur pada lukisan murid tersebut. Hal ini
kerana murid-murid masih kurang yakin dan kurang idea untuk melukis objek tersebut.
Setelah rawatan dijalankan, didapati bahawa lukisan murid lebih teratur, kemas dan
mereka melukis berdasarkan panduan ''Step-by-step” yang diajar. Secara sengaja,
penyelidik akan memberi kebebasan murid untuk bergerak sepanjang penghasilan karya
bagi menguji sahsiah mereka. Sepanjang Ujian Pra dilaksanakan, didapati sahsiah murid
adalah baik. Mereka menghasilkan karya mereka secara senyap, tertib dan sentiasa menurut
arahan guru. Sepanjang rawatan didapati sahsiah murid adalah memuaskan. Seperti murid
tahun 2 dan tahun 3 didapati semasa Ujian Pos dilaksanakan, peningkatan sahsiah murid
terdapat sedikit perubahan iaitu murid-murid mula berani berinteraksi dengan guru untuk
membuat apresiasi terhadap lukisan tersebut.
4.3 Persoalan Kajian 2
Persoalan kajian yang kedua yang dirangka ialah ‘Bagaimanakah murid-murid melukis
dengan penggunaan Kaedah “Negotiated Drawing” ?’
4.3.1 Pemerhatian
Sepanjang rawatan dan pendedahan terhadap Kaedah “Negotiated Drawings”
selepas Ujian Pra dijalankan, penyelidiktelah membuat pemerhatian terhadap murid dengan
menggunakan borang pemerhatian. Borang tersebut diisi berdasarkan pemerhatian yang
penyelidikjalankan sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran dalam Mata
73
Pelajaran Pendidikan Seni Visual berdasarakan Rancangan Pengajaran Harian yang
dirangka ( Lampiran A 3 - 4) . Pemerhatian ini dijalankan sepanjang Ujian Pra dan Pos
terhadap murid Tahun 2 , 3 dan 5. Jadual pemerhatian tersebut merangkumi 5 item yang
ditetapkan.
Sebelum
Rawatan
Selepas
Rawatan
BIL. ITEM TAHUN YA TIDAK YA TIDAK
01. Adakah murid
melukis figura
dengan tersusun?
2
2 5 5 2
3 5 6 7 4
5 4 4 5 3
Jadual 4.3.1.1 : Jadual pemerhatian item 1 terhadap murid sebelum dan selepas
rawatan Kaedah “Negotiated Drawings” dijalankan.
Daripada jadual di atas, sebelum rawatan dijalankan didapati seramai 5 orang murid
Tahun 2, 6 orang murid Tahun 3 dan 4 orang murid Tahun 5 yang tidak dapat menghasilkan
lukisan figura dengan tersusun manakala, selepas rawatan dijalankan, didapati majoriti
murid dapat menghasilkan lukisan figura secara teratur iaitu murid Tahun 2 = 5 orang,
Tahun 3 = 7 orang dan Tahun 5 = 5 orang.
74
Sebelum
Rawatan
Selepas
Rawatan
BIL. ITEM TAHUN YA TIDAK YA TIDAK
02. Adakah murid
menghasilkan lukisan
figura dengan hanya
meniru gambar yang
sedia ada?
2
6 1 2 5
3
5 6 4 7
5 5 3 3 5
Jadual 4.3.1.2 : Jadual pemerhatian item 2 terhadap murid sebelum dan selepas
rawatan Kaedah “Negotiated Drawings” dijalankan.
Hasil pemerhatian mendapati bahawa majoriti daripada ketiga-tiga buah kelas,
menghasilkan lukisan figura dengan hanya meniru gambar yang disediakan. Manakala
selepas rawatan dijalankan, majoriti murid telah menghasilkan lukisan figura dengan
mempraktikkan kaedah 'Step-by step'. Oleh itu, majoriti telah berjaya menunjukkan
peningkatan dalam rawatan yang dijalankan.
75
Sebelum
Rawatan
Selepas
Rawatan
BIL. ITEM TAHUN YA TIDAK YA TIDAK
03. Adakah murid melukis
dengan menggunakan
bentuk bulatan sebelum
melukis potret?
2 3 4 6 1
3 4 7 7 4
5 4 4 5 3
Jadual 4.3.1.3 : Jadual pemerhatian item 3 terhadap murid sebelum dan selepas
rawatan Kaedah “Negotiated Drawings” dijalankan.
Item 3 ditujukan kepada murid bagi mengenalpasti peningkatan kemahiran terhadap proses
dalam melukis figura dengan teratur di mana soalan menekankan samada murid
menghasilkan lukisan potret dengan rupa asas bulatan atau tidak. Sebelum rawatan
dijalankan, didapati murid Tahun 2 = 3/7 orang, Tahun 3 = 4/11 dan Tahun 5 = 4/8 yang
menghasilkan rupa bulatan sebagai bentuk asas untuk melukis muka pada potret.
Manakala, selepas penyelidikmenjalankan rawatan, didapati jumlah murid yang
menghasilkan rupa bulatan sebagai rupa asas untuk melukis potret adalah semakin
bertambah.
76
Jadual 4.3.1.4 : Jadual pemerhatian item 4 terhadap murid sebelum dan selepas
rawatan Kaedah “Negotiated Drawings” dijalankan.
Item 4 ditekankan dalam pemeratian bagi menentukan perkembangan murid dalam
menghasilkan potret yang mempunyai keseimbangan simetri. Daripada data yang
terkumpul sebelum rawatan, didapati hanya Tahun 2 = 2/7 orang, Tahun 3 = 5/11 orang dan
Tahun 5 = 4/8 orang yang berjaya menghasilkan potret yang mempunyai keseimbangan
simetri. Manakala, selepas rawatan dijalankan, didapti majoriti murid berjaya
menghasilkan potret yang mempunyai keseimbangan simetri iaitu Tahun 2 = 6/7 orang,
Tahun 3 = 7/11 orang dan Tahun 5 = 6/8 orang.
Sebelum
Rawatan
Selepas
Rawatan
BIL. ITEM TAHUN YA TIDAK YA TIDAK
04. Adakah murid
menghasilkan potret
yang mempunyai
keseimbangan simetri?
2 2 5 6 1
3 5 6 7 4
5 4 4 6 2
77
Sebelum
Rawatan
Selepas
Rawatan
BIL. ITEM TAHUN YA TIDAK YA TIDAK
05. Adakah terdapat
penambahan gubahan
pada potret yang
dihasilkan?
2 4 3 5 2
3 3 8 7 4
5 2 4 6 2
Jadual 4.3.1.5 : Jadual pemerhatian item 5 terhadap murid sebelum dan selepas
rawatan Kaedah “Negotiated Drawings” dijalankan.
Sepanjang pemerhatian dibuat, Item 5 ditujukan bagi mengenalpasti peningkatan
kemahiran murid dalam menjana idea dan berfikiran kreatif. Item ini bagi menkaji bahawa
'Adakah terdapatnya penambahan gubahan pada potret yang dihasilkan?'. Sebelum rawatan
dijalankan, didapati bahawa murid Tahun 2 mencatat jumlah paling ramai iaitu 4 orang,
manakala Tahun 3 dan Tahun 5 mencatat jumlah yang kurang iaitu 3 dan 2 orang. Selepas
rawatan dijalankan, didapati jumlah murid yang menghasilkan gubahan pada potret mereka
adalah semakin meningkat iaitu Tahun 2 = 5/7 orang, Tahun 3 = 7/11 orang dan Tahun 5 =
6/8 orang murid.
78
4.3.2 Temubual
Sepanjang penyelidikan dilaksanakan, temubual dijalankan sebelum, semasa dan selepas
rawatan diterapkan. Temubual dilaksanakan terhadap murid dan tenaga guru yang berkaitan
di sekolah terutamanya Guru Pendidikan Seni Visual, Guru Panitia Pendidikan Seni Visual.
Temubual dilaksanakan bagi memudahkan penyelidik membuat penyelidikan dan
mengumpul data terhadap kelakuan, perasaan, idea dan pendapat sampel yang ditemubual.
Temubual yang dijalankan adalah Temubual Secara Semi Berstruktur di mana penyelidik
akan menggunakan soalan-soalan yang telah ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan
terhadap soalan tersebut adalah bebas dan boleh dikembangkan mengikut budi bicara
penemu bual dan sampel. Hasil temubual tersebut telah dikumpul dan dicatat dalam bentuk
transkrip.
a) Guru
Daripada hasil data yang terkumpul, didapati ramai guru yang berpendapat bahawa
subjek Dunia Seni Visual merupakan subjek yang paling diminati oleh murid. Hal ini
akan memudahkan guru tersebut kerana murid-murid akan sentiasa bersedia untuk
mempelajari ilmu seni. Masalah yang sering dihadapi oleh guru ialah, mereka kurang
diberi latihan pedagogi untuk mengajar seni dan ada yang terdiri daripada bukan guru
opsyen seni. Setelah diberi pendedahan terhadap Kaedah ” Negotiated Drawings ”,
ramai guru yang berpendapat bahawa kaedah ini membantu dan memudahkan mereka
untuk mengajar subjek Dunia Seni Visual/ Pendidikan Seni Visual. Dari sudut
perkembangan murid, mereka menyatakan bahawa murid-murid dapat melukis
dengan baik secara beransur. Mereka juga menyatakan bahawa murid-murid yang
79
kurang tahap pencapaiannya dalam pelajaran dapat melukis dengan baik.
Daripada temubual tersebut, guru-guru berpendapat bahawa murid-murid harus diberi
bimbingan dan pendedahan terhadap kaedah melukis dengan lebih mendalam bagi
mewujudkan insan yang kreatif.
b) Murid
Daripada hasil temubual tersebut, didapati bahawa ramai murid yang berminat untuk
belajar cara-cara melukis dengan lebih mendalam. Berdasarkan pemerhatian semasa
ujian pra dijalankan, guru dapati bahawa ramai murid berasa teruja apabila disuruh
untuk melukis. Murid-murid juga menyatakan bahawa mereka dapat melukis dengan
lebih mudah setelah didedahkan dengan kaedah '' Negotiated Drawings ”. Majoriti
murid yang ditemubual menyatakan sebelum diterapkan dengan kaedah ini, mereka
hanya belajar melukis dengan sendiri dan mereka suka melukis rupa bulat sebagai
bentuk asas sebelum melukis objek atau hidupan. Segelintir daripada murid,
menyatakan bahawa mereka belajar melukis dengan ibu atau bapa mereka dan
mereka melukis dengan menggunakan kaedah peniruan. Setelah didedahkan dengan
kaedah penggabungjalinan ini, murid-murid didapati lebih yakin untuk menghasilkan
lukisan semula. Secara keseluruhannya, didapati tindak balas murid adalah positif
serta tahap perkembangan murid dalam menghasilkan karya menggambar adalah
semakin baik
80
BAB 5
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Tujuan utama penyelidikan ini dilaksanakan adalah bagi menjawab ketiga-tiga persoalan
untuk menguji keberkesanan pengaplikasian penggabungjalinan kaedah bagi meningkatkan
kemahiran melukis dalam kalangan murid sekolah rendah. Bab ini akan menjelaskan
mengenai perbincangan terhadap implikasi dan kesimpulan dapatan serta cadangan yang
dikemukakan dalam penyelidikan.
5.1.1 Persoalan 1
Apakah hasil lukisan daripada penggunaan Kaedah “Negotiated Drawing” dalam mata
pelajaran Dunia/ Pendidikan Seni Visual dalam kalangan murid sekolah rendah?
81
Daripada kajian tindakan yang dijalankan, penyelidik mendapati bahawa terdapatnya
peningkatan terhadap hasil dapatan analisis yang diperoleh melalui pengumpulan hasil
karya murid daripada ujian pra dan ujian pos. Didapati majoriti murid dapat menghasilkan
lukisan yang lebih baik semasa menjalani Ujian Pos. Ini membuktikan bahawa murid
mempunyai masalah dalam memahami dan kurangnya pengetahuan mengenai kaedah
melukis secara sistematik. Hal ini, merupakan salah satu faktor murid mengalami
kesukaran dalam melukis. Oleh itu, sepanjang rawatan dijalankan, penyelidik menekankan
penghasilan lukisan secara sistematik dengan lebih teliti supaya murid lebih memahami
fungsi dan prosedur kaedah tersebut.
Selain itu, melalui demonstrasi, murid dapat melihat dan mengikuti satu siri
langkah, peristiwa atau keadaan-keadaan tertentu. Kenyataan ini disokong oleh Noraini
Idris & Shuki Osman (2009) di mana secara amnya, guru akan menunjukkan cara sesuatu
aktiviti itu dilakukan satu persatu dan setelah pelajar memahaminya, barulah pelajar akan
melakukan aktiviti tersebut. Penilaian yang dibuat terhadap hasil karya adalah berdasarkan
rubrik pemerhatian yang dirangka (Jadual 3.6.3.1).
Penyelidikan telah dijalankan terhadap murid yang terdiri daripada tahap yang
berbeza iaitu murid tahun 2, 3 dan tahun 5. Oleh itu, penyelidik telah menetapkan tajuk
terhadap lukisan yang perlu dihasilkan oleh murid mengikut tahap kebolehan dan tahap
perkembangan kreativiti murid. Tajuk lukisan bagi murid tahun 2 ialah Epal Merah
manakala bagi murid tahun 3 dan 5 ialah Potrait.
82
Secara keseluruhannya, penyelidik dapati bahawa murid dapat menghasilkan
lukisan yang lebih menarik dengan mengaplikasikan idea-idea baru serta penghasilan
gubahan yang lebih menarik, kreatif dan luar daripada pemikiran biasa. Penyelidik juga
dapat merungkaikan bahawa murid-murid semakin yakin dan berani untuk melukis
berdasarkan strok garisan yang dihasilkan dalam lukisan tersebut. Daripada hasil lukisan
yang dihasilkan semasa Ujian Pra, didapati murid menghasilkan strok garisan yang kurang
teratur dan ada yang menghasilkan lukisan yang bersaiz kecil.
Semasa Ujian Pos dilaksanakan, didapati majoriti murid mengaplikasikan Kaedah
“Step-by-step” iaitu menghasilkan struktur dahulu sebelum melukis hal benda. Dari segi
peningkatan sahsiah, didapati murid menunjukkan perubahan yang positif. Setelah Ujian
Pos dilaksanakan, murid lebih yakin dan berani berinteraksi dengan guru dan rakannnya
yang lain. Murid juga dapat membuat apresiasi dan menilai hasil karya sendiri dan murid
lain.
5.1.2 Persoalan 2
Bagaimanakah murid-murid melukis dengan penggunakan Kaedah“Negotiated
Drawing”?
Sepanjang perlaksanaan penyelidikan, Ujian Pra dan Pos telah dilaksanakan bagi mengkaji
keberkesanan Penggabungjalinan Kaedah “ Negotiated Drawing” dalam kemahiran
melukis. Pemerhatian telah dibuat terhadap murid yang dipilih sebagai sampel dalam
penyelidikan iaitu murid tahun 2, 3 dan 5 dengan berpandukan set soalan dalam borang
83
pemerhatian. Borang pemerhatian tersebut merangkumi 5 item.
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
S1 S2 S3 S4 S5
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 5
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
S1 S2 S3 S4 S5
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 5
Sebelum Rawatan Selepas Rawatan
Rajah 5.1.2.1 : Graf bar menunjukkan dapatan daripada hasil jadual pemerhatian
yang dijalankan sebelum dan selepas rawatan Kaedah “Negotiated Drawings”.
Daripada pengumpulan data yang ditunjukkan dalam graf bar ini, didapati dapatan
dan perubahan terhadap kemahiran murid dalam melukis adalah semakin meningkat pada
kelima-lima item yang dinyatakan. Berdasarkan graf bar pada Rajah 5.1.2.1, merupakan
hasil dapatan daripada pemerhatian yang dijalalankan sebelum dan selepas rawatan
dijalankan. Pada soalan item 1, didapati seramai 5 orang murid Tahun 2 = 6 orang murid
Tahun 3 dan 4 orang murid Tahun 5 yang tidak dapat menghasilkan lukisan dengan
tersusun manakala, selepas rawatan dijalankan, didapati majoriti murid dapat menghasilkan
lukisan secara teratur iaitu murid Tahun 2 = 5 orang, Tahun 3 = 7 orang dan Tahun 5 = 5
orang.
Pada soalan item 2, hasil pemerhatian mendapati bahawa majoriti daripada ketiga-
tiga buah kelas, menghasilkan lukisan figura dengan hanya meniru gambar yang
84
disediakan. Manakala selepas rawatan dijalankan, majoriti murid daripada setiap kelas
telah menghasilkan lukisan figura dengan mempraktikkan kaedah 'Step-by step'. Oleh itu,
majoriti murid telah berjaya menunjukkan peningkatan dalam rawatan yang dijalankan.
Soalan item 3 ditujukan kepada murid bagi mengenalpasti peningkatan kemahiran terhadap
proses dalam melukis dengan teratur di mana soalan menekankan samada murid
menghasilkan lukisan dengan rupa asas bulatan atau tidak. Sebelum rawatan dijalankan,
didapati murid Tahun 2 = 3/7 orang, Tahun 3 = 4/11 dan Tahun 5 = 4/8 yang menghasilkan
rupa bulatan sebagai bentuk asas untuk melukis muka pada potret.
Manakala, selepas penyelidikmenjalankan rawatan, didapati jumlah murid yang
menghasilkan rupa bulatan sebagai rupa asas untuk melukis potret adalah semakin
bertambah. Soalan item 4 ditekankan dalam pemeratian bagi menentukan perkembangan
murid dalam menghasilkan potret yang mempunyai keseimbangan simetri. Daripada data
yang terkumpul sebelum rawatan, didapati hanya Tahun 2 = 2/7 orang, Tahun 3 = 5/11
orang dan Tahun 5 = 4/8 orang yang berjaya menghasilkan potret yang mempunyai
keseimbangan simetri. Manakala, selepas rawatan dijalankan, didapti majoriti murid
berjaya menghasilkan potret yang mempunyai keseimbangan simetri iaitu Tahun 2 = 6/7
orang, Tahun 3 = 7/11 orang dan Tahun 5 = 6/8 orang. Sepanjang pemerhatian dibuat, Item
5 ditujukan bagi mengenalpasti peningkatan kemahiran murid dalam menjana idea dan
berfikiran kreatif.
Item ini bagi mengkaji bahawa 'Adakah terdapatnya penambahan gubahan pada
potret yang dihasilkan?'. Sebelum rawatan dijalankan, didapati bahawa murid Tahun 2
mencatat jumlah paling ramai iaitu 4 orang, manakala Tahun 3 dan Tahun 5 mencatat
jumlah yang kurang iaitu 3 dan 2 orang. Selepas rawatan dijalankan, didapati jumlah murid
85
yang menghasilkan gubahan pada potret mereka adalah semakin meningkat iaitu Tahun 2 =
5/7 orang, Tahun 3 = 7/11 orang dan Tahun 5 = 6/8 orang murid.
Selain pemerhatian, kaedah temubual juga telah dijalankan terhadap guru dan
murid. Guru yang ditemubual adalah 4 orang guru yang mengajar DSV /PSV yang terdiri
daripada 2 orang guru opsyen dan 2 orang guru bukan opsyen Pendidikan Seni. Majoriti
guru menyatakan bahawa pengaplikasian penggabungjalinan kaedah ini banyak membantu
dan memudahkan mereka untuk mengajar murid melukis. Dari sudut tahap pencapaian
murid, didapati murid dapat memberi tindak balas yang positif. Mereka juga berpendapat
bahawa bimbingan dan pendedahan mengenai kaedah melukis tehadap murid harus
diberikan secara lebih mendalam dan perkara ini perlu dipertimbangkan. Penyelidik juga
telah menemubual beberapa orang murid sepanjang penyelidikan.
Majoriti menyatakan bahawa mereka dapat melukis dengan lebih mudah setelah
didedahkan dengan Kaedah “Negotiated Drawings”. Mereka juga lebih yakin untuk
menghasilkan lukisan semula kerana dengan rawatan latihan yang diberi, murid telah
terbiasa melukis dengan menggunakan kaedah yang diterapkan. Menurut Noraini Idris &
Shuki Osman (2009), latihan membawa kesempurnaan. Practice makes Perfect. Kenyataan
tersebut membuktikan bahawa teknik mengulang dalam pengajaran mampu membantu
kanak-kanak mengingati semula konsep-konsep serta langkah-langkah yang telah
dipelajari.
86
5.1.3 Persoalan 3
Apakah kesan terhadap perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran Pendidikan / Dunia
Seni Visual melalui kaedah melukis dalam KSSR/ KBSR?
Penyelidikan ini dilaksanakan bagi mengenalpasti dan mengkaji keberkesanan Kaedah
“Negotiated Drawings ”. Secara kesimpulannya didapati implikasi perlaksanaan
penggabungjalinan kaedah ini dalam pembelajaran ialah telah membina keyakinan serta
peluang kepada murid untuk mengekspreskan diri melalui perlaksanaan hasil karya lukisan.
Selain itu, ia dapat membuka minda murid supaya memandang sesuatu nilai seni dengan
lebih jauh dan mendalam. Daripada kaedah ini, murid-murid akan terdorong untuk
berinteraksi dengan satu sama lain secara ilmiah. Implikasi terhadap guru pula, dapat
mengelolakan aktiviti di dalam bilik darjah dengan lebih terkawal dan teratur.
Guru dapat membimbing murid untuk berinteraksi dan membuat perbincangan
antara satu sama lain mengenai sesuatu topik yang ditetapkan. Dari segi penilaian terhadap
hasil karya murid, didapati murid-murid berjaya mengaplikasikan kaedah rawatan dengan
baik dalam menghasilkan karya. Murid telah melukis objek secara tersusun dan
menggunakan idea tersendiri untuk berkarya. Daripada Ujian Pra hingga Ujian Pos, murid-
murid akan sentiasa menjadikan rupa geometri sebagai struktur asas sebelum melukis.
Majoriti murid didapati telah menghasilkan karya yang memuaskan serta lebih seimbang
dari segi simetri. Ada segelintir daripada murid tersebut telah menambahbaik gubahan pada
karya mereka.
Daripada hasil rujukan dan pengumpulan data, penyelidik dapat menyimpulkan
bahawa terdapatnya tindak balas positif terhadap keberkesanan Kaedah “ Negotiated
87
Drawings” dalam pembelajaran dan pengajaran Dunia / Pendidikan Seni Visual. Murid-
murid semakin bertambah minat terhadap aktiviti pendidikan seni visual setelah diberi
pendedahan terhadap rawatan penggabungjalinan kaedah tersebut. Setelah
penyelidikan ini dilaksanakan, penyelidik dapat simpulkan bahawa setiap murid
mempunyai potensi dalam ilmu yang tersendiri. Murid-murid kurang diberi
pendedahan terhadap ilmu, konsep serta kaedah-kaedah yang sesuai terutama dalam
melukis. Diharapkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat memberi
perhatian atas masalah ini dan dapat menjadikan penyelidikan ini sebagai panduan untuk
merangka Kurikulum Standard Dunia Seni Visual.
5.1.4 Cadangan
Memandangkan dapatan kajian ini memberi manfaat kepada warga pendidik dalam
mengajar dan membimbing serta meningkatkan kemahiran murid dalam menghasilkan
karya lukisan dengan baik, penyelidik berhasrat untuk mengemukakan beberapa cadangan
supaya dapat dijadikan rujukan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.
Cadangan kajian seterusnya ialah :
5.1.4.1 Memperbanyakkan siri-siri latihan supaya murid mendapat lebih banyak
pengalaman dan membiasakan diri dalam mengaplikasikan Kaedah “
Negotiated Drawings”. Dalam kajian ini, penyelidik menjalankan Ujian Pra
dan Pos di mana rawatan diberikan dalam bentuk lembaran yang
mempunyai siri-siri gambar Kaedah “Step-by-step”. Pada pengenalan
88
terhadap penggabungjalinan kaedah ini, murid kurang biasa dengan cara
baru dan didapati kekok dalam melukis sesuatu hal benda. Setelah murid
menjalankan rawatan dan dikehendaki menghasilkan semula sebuah
lukisan pada Ujian Pos, didapati lukisan yang dihasilkan adalah lebih
berkualiti dan terdapat kemajuan berbanding dengan lukisan semasa Ujian
Pra.
5.1.4.2 Menambahkan bilangan sampel penyelidikan yang terdiri daripada murid
tahap 1 dan 2 dari sekolah-sekolah pedalaman yang lain. Dapatan kajian ini
telah membuktikan bahawa subjek kajian yang diberi rawatan penggunaan
Kaedah “ Negotiated Drawings” dalam aktiviti melukis telah menunjukkan
peningkatan pada Ujian Pos berbanding dengan Ujian Pra.
Walaubagaimanapun, kajian ini hanya melibatkan 26 sampel murid dari
Tahun 2,3 dan 5 dalam sebuah sekolah pedalaman di daerah Subis, Miri,
Sarawak. Oleh itu, dengan penambahan bilangan sampel penyelidikan
dapat memberi hasil dapatan yang lebih mendalam dan meluas mengenai
keberkesanan penggabungjalinan kaedah tersebut dalam pembelajaran dan
pengajaran Dunia/ Pendidikan Seni Visual.
5.1.4.3 Memperbanyakkan pengumpulan data mengenai langkah-langkah
pembelajaran dan pengajaran yang sedia ada yang diselaraskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini bagi memudahkan penyelidik
membuat perbandingan langkah-langkah tersebut dengan langkah-langkah
pengajaran yang disyorkan oleh penyelidik. Perbandingan dibuat untuk
menentukan kaedah yang paling sesuai untuk dikemukakan dalam
89
pembubaran sukatan pelajaran Dunia Seni Visual atau Pendidikan Seni
Visual pada masa akan datang.
5.1.4.4 Menjadikan subjek Dunia / Pendidikan Seni Visual sebagai subjek yang
perlu dititikberatkan terhadap proses pembelajaran dan pengajarannya. Hal
ini turut melibatkan para pentadbir dan pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk menjadikan Dunia/ Pendidikan Seni Visual sebagai subjek
yang harus dipantau dan ditentukan kualiti pengajarannya di sekolah
samada di Sekolah Rendah atau di Sekolah Menengah. Melalui aktiviti
seni, dapat membantu murid-murid untuk berfikir secara bijaksana melalui
usaha penciptaan imej-imej visual yang mempunyai nilai ekspresif, celik
akal dan padu. Melalui penghasilan seni, murid dapat meningkatkan
kemahiran membuat apresiasi dengan melihat kesenian terhadap
persekitaran secara lebih teliti dan lebih bererti.
Selain itu, melalui pengajaran seni secara mendalam dapat
meningkatkan pengetahuan dan membantu murid memahami dan
menghayati sejarah seni. Murid dapat memahami hasil peninggalan seni
dari sudut masa, ruang, persekitaran dan pemikiran seniman secara
perbandingan dan pengumpulan maklumat. Berikut merupakan kenyataan
terhadap kelebihan mendalami Dunia/ Pendidikan Seni Visual bagi
mengemukakan cadangan untuk menekankan disiplin estetika dalam
Kurikulum Dunia/ Pendidikan Seni Visual. Dari sudut masa depan murid,
pengetahuan Dunia/ Pendidikan Seni Visual dapat membantu
meningkatkan serta memberi banyak peluang untuk memilih dan
90
memajukan diri dalam pelbagai kerjaya. Kenyataan ini terbukti disokong
oleh penulisan jurnal Prof .Madya Hj. Iberahim Hassan (UPSI),
“..di dalam dunia pekerjaan sangat banyak bidang-bidang yang memerlukan
kemahiran dalam seni apa lagi jikalau dicantumkan kebolehan seni pelajar
dengan mata pelajaran Sains dan Teknologi. Seni, sains dan teknologi adalah
kombinasi yang wujud dalam kehidupan era post-moden kini. Daripada kajian
yang pernah dibuat terdapat antara 120 hingga 150 jenis pekerjaan di dalam
dunia ini yang bersangkutan dengan kemahiran seni visual.”
Oleh itu, penyelidik mencadangkan bahawa perlaksanaan pengajaran
serta ilmu Matapelajaran Dunia/ Pendidikan Seni Visual secara mendalam
perlu dititikberatkan di sekolah. Suatu perancangan atau pengwujudan
strategi khas terhadap kaedah pengajaran seni secara spesifik seperti modul
perlu dibina bagi memudahkan para guru untuk mengajar Dunia /
Pendidikan Seni Visual samada di sekolah menengah atau sekolah rendah.
Hal ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran pelajaran seni murid
bagi memastikan masa hadapan mereka cerah dan peluang untuk mereka
maju dalam kehidupan tercapai.
91
RUJUKAN
1.1 Buku
Andrew P. J.(2005). A Short Guide to Action Research : 2nd Edition. United States
of America : Pearson Education, Inc.
Bidang Pendidikan Seni Visual. Seni dalam Pendidikan : Satu Pengenalan. Bukit
Mertajam : IPGM Kampus Tuanku Bainun.
Callaway, G. & Kear,M.(1997). Teaching Art and Design in the Primary School.
London : David Fulton Publisher.
Day, M. & Al Hurwitz.(2012). Children and Their Art : Art Education for
Elementary and Middle Schools. Boston : Wadsworth Cengage Learning.
Geoffrey E. Mills.(2003). Action Research : A Guide for the Teacher Researcher :
2nd Edition. New Jersey : Merrill Prentice Hall.
Goldberg.M (1997). Art and Learning : An Integrated Approach to Teaching and
Learning in Multicultural and Multilingual Settings. New York : Longman.
Hickman R. (2000). Art Education 11-18 : meaninGoldberg.M (1997). Art and
Learning : An Integrated Approach to Teaching and Learning in Multicultural
and Multilingual Settings. New York : Longman.g, purpose and direction.
New York : CONTINUUM London and New York.
92
L.P Agarwal. (2013). Modern Educational Research. New Delhi : Wisdom Press.
Johari M.(2009). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Tanjong Malim : Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Johari M.(2010). Metodologi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim : Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jolly Koh.(2002). The Teaching of Drawing. Kuala Lumpur : Balai Seni Lukis
Negara.
Maureen V. Cox,(1997). DRAWINGS OF PEOPLE BY UNDER-5's.London : Falmer
Press.
Md. Nasir Hj. Ibrahim, (2003). Teori-teori Pendidikan Seni.Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Merriam, S. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation.
San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, (2009). Murid
dan Alam Belajar.Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Othman Lebar, (2012). Penyelidikan Kualitatif : Pengenalan kepada Teori dan Metod.
93
Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Penny, S., Ford, R.,Price, L. & Young, S., (2002). Achieving QTS :
Teaching Arts in Primary Schools.United Kingdom : Learning Matters Ltd.
Sulaiman Masri, (2003). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan
(esei,proposal,tesis). Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn.
Bhd.
Szekely G. & Bucknam J.A (2012). Art Teaching : Elementary through Middle School.
New York : Routledge Taylor & Francis Group
Thompson, C. M, (1995). Virginia : The National Art Education Association.
Wachowiak F. & D.Clement R (1997). Emphasis Art : A Qualitative Art Program for
Elemntary and Middle Schools.Sixth Edition. Georgia : Longman.
Wan Abdul Kadir & Yap Beng Liang, (1997). Seni dan Pendidikan : Insan Madani.
Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu.
Jurnal
Maureen V. Cox (1996), Young Children's Ability to Adapt their Drawings of the
Human Figure: University of York,UK.Educational Psychology,Vol.16 No.3,1996.
94
2000 Maureen V. Cox dan Anna Rowlands The effect of three different educational
approaches on children’s drawing ability: Steiner, Montessori and
traditional.British Journal of Educational Psychology (2000), 70, 485-503
Yuehong Chen Foley (Ph.D), Pakar Intervensi Tingkah laku di Cedar Hill Elementary
School, Gwinnett County Public School di Lawrenceville, GA.
Iberahim, Md. Nasir dan Jamilah (2003). Kajian Keberkesanan Perlaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. UPSI. Tidak
diterbitkan.
Ahmad Tarmizi Azizan (2006) Kemahiran Melukis dalam Pembelajaran Mata
Pelajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah : 1 Kajian Kes.NC730,A332006
1.2 Sukatan Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 3 :
Dunia Seni Visual.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Sekolah Rendah ,2000) Kuala Lumpur. DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
95
Sekolah Menengah ,2000) Kuala Lumpur. DBP.
1.4 Internet
Hassan Mohd Ghazali. (2009) Bab 4 – Aristotle, Seni adalah Peniruan Alam.
Diambil dari http://www.scribd.com/doc/16426363/Bab-4-Aristotle-Seni- adalah
Peniruan-alam
Hj. Iberahim Hassan. (2003) Isu Memartabatkan Mata Pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Diambil dari http://www.academia.edu/8808508/Isu_Memartabatkan_Mata_
Pelajaran_Pendidikan_Seni_Visual
Northern Illinois University, Faculty Development and Instructional Design Center :
Instructional Scaffolding to Improve Learning. Diambil dari http://www.
facdev.niu.edu/facdev/resources/guide/strategies/instructional_scaffolding_to_im
prove_learning.pdf
Verenikina I.(2008) Scaffolding and Learning : its role in nurturing new learners.
Diambil dari http://ro.uow.edu.au/cgi/viewcontent.cgi?article=1043&context=
Edupapers
William M.K. Trochim.(2006) Research Method Knowledge Base : Two-Group
Experimental Designs. Diambil dari http://www.socialresearchmethods.net/kb/
expsimp.php
96
LAMPlRAN
97
LAMPIRANA
(pENGAPLIKASIAN PENGGABUNGJALINAN KAEDAH 'NEGOTIATED DRAWINGS'DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)
Lembaran "Step-by-step"
Tajuk : Epal Merah
1.
\"\
3.
5.
98
LAMPIRANA-I
2.
4.
6.
99
LAMPlRAN A - 2
SampelLembaran "Step-by-step"
Tajuk : Potrait
Araban: Lukis pada ruangan kosong berdasarkan langkah-Ian�kah yan� djberjI, 1 '. l'
"7.I
�
3'[
,
�,
. -\-." .•=-__...- ..�.- ... -
..
�.
'\..
-.
�,
\
\
100
�/t�?;� .
l( . �i\ I.
\. I I� _,d.5_.:.-1x .. I I
L---_,_'_-�._",,_/'-_-./�__\_:_\_1..,.;;.c
�
-
i1I
f�--+
,
III I
i
101
LAMPIRAN A - 3RancanganPengajaranHarianMATAPELAJARAN :DuniaSeni VisualKELAS :Tahun 2
BIDANG :MenggambarMASA : 60 minitTEMA : AlamSemulajadiTAJUK : EpalMerah
Standard 1.1 1.2 AplikasiSeni 1.3 1.4 ApesiasiSeniPembelajaran PersepsiEstetik EkspresiKreatif
1.1.1 UnsurSeni 1.2.1 1.3.2 1.4.11.1.1.1 Garisan- Mengenaldanmen Menggunakanuns MenceritakankaryIUTus, yatakanjenis-jenis ursenidanprinsipre asendirisecaralisanmelengkung,titik - media. kaandalampenghatitik. 1.1.2.2 Bahan - silankarya.1.1.1.2 Rupa- kertaslukisan, 1.4.3
Organik pensel2B,'
Menghargaikaryas1.1.1.3 Jalinan - Bahansemulajadi. endiridanrakanTampak 1.2.21.1.2 MengetahuipenggPrinsipRekaan unaan media,1.1.2.1 Harmoni- teknikdan prosesrupa, jalinan, dalampenghasilangansan karya.
1.2.2.1 Teknik-Peniruan
ObjektifPembela Padaakhirpembelajaranmuriddapat :
jaran1.Menghasilkan lukisan buah epal secara berperingkat dengan betul.2. Mengapikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karyasem.
3. Meningkatkan kualit ihasil karya murid berpandukan penggunaan kaedahyang sesuai.
Aktiviti P&P Set Induksi : 1. Guru memastikan murid bersedia untuk memulakan
Pengajaran dan pembelajaran.2. Guru memulakan perbualan dengan murid mengenai
BuabEpal sambil menayangkan sebiji Epal yang betul.3. Guru membincangkanmengenai Epal danmurid
memberi respon.4. Guru mengemukakanbeberapapersoalan.a. Buahapakahini?
b. Pernahkankamumelihatbuahini?c. Dimanakahiabuah?d. Apakahwarnabuahini?
(Negotiated Drawing)
102
Langkahl : 1. Guru membahagikanmuridkepadabeberapakumpulan.2. Guru mengedarkansoalandanmuridmembuatperbincanganmengenaisoalantersebut.
3. Setelahberbincangsecaraberkumpulan, muridmembentangkanperbincangan.4. Secaraindividu, guru akanmenyuruhmuridmenghasilkanlukisanbuahepalpadakertaslukisandenganpensel 2B.
Langkah2 : 1. Guru menyediakanbahan-bahan.2. Guru
lfl-embuatdemonstrasicaramenghasilkanlukisanbuahepaldenganmenggunakanlembaran "Step-by-step".
(Step-by-step)Langkah3 : 1. Gurumengedarkanlembarandarunuridmelukisbuahepalberpandukanurutangambardengankaedah "Step-by-step".
2. Muriddikehendakimenghasilkanlukisanbertajuk "EpalMerah"padakertaslukisandenganpensel 2B.
3. Guru memantaudanmembimbingmuridsepanjangperlaksanaanaktiviti.
Penutup : Muridmembuatapresiasisenidenganmempamerdanmenceritakankaryaseni yang dihasilkan.
EMK KreativitidanInovasi
Bahan Bantu
Mengajar1. Contoh :ContohhasilkaryalukisanBuahEpal yang siap, sebijiepal.2. Bahan :KertasLukisan, Pensel 2B.
Penerangan, BBM danIlustrasi, EMK :- Gambar-gambarbuahepal.EMK KeusahawananEK1Murid:
(Komunikasi)- bolehberkomunikasidenganbaik-bolehmengekalkanhubunganbaik
(BerorientasikanMasaDepan)_ bolehberimaginasiterhadapsesuatu yang belumberlru:u_bolehmenyenaraikankesandanakibatterhadapsesuatutmdakan-bolehmenjangkakansesuatu-bolehmell1buatperancangan
Refleksi Padaakhirpell1belajaranmuriddapat :
102
Langkahl : 1. Guru membahagikanmuridkepadabeberapakumpulan.2. Guru mengedarkansoalandanmuridmembuat
perbincanganmengenaisoalantersebut.3. Setelahberbincangsecaraberkumpuian, murid
membentangkanperbincangan.4. Secaraindividu, guru akanmenyuruhmuridmenghasilkan
lukisanbuahepalpadakertaslukisandenganpensel 2B.Langkah2 : 1. Guru menyediakanbahan-bahan.
2. Guru
membuatdemonstrasicaramenghasilkanlukisanbuahepaldenganmenggunakanlembaran "Step-by-step".
(Step-by-step)Langkah3 : 1. Gurumengedarkanlembarandanmuridmelukisbuahepalberpandukanurutangambardengankaedah "Step-by-step".
2. Muriddikehendakimenghasilkanlukisanbertajuk "EpalMerah"padakertaslukisandenganpensel 2B.
3. Guru memantaudanmembimbingmuridsepanjangperlaksanaanaktiviti.
Penutup : Muridmembuatapresiasisenidenganmempamerdanmenceritakankaryaseni yang dihasilkan.
EMK KreativitidanInovasi
Bahan Bantu
Mengajar1. Contoh :ContohhasilkaryalukisanBuahEpal yang siap, sebijiepal.2. Bahan :KertasLukisan, Pensel 2B.
Penerangan, BBM danIlustrasi, EMK :
- Gambar-gambarbuahepal.EMK KeusahawananEK1Murid:
(Komunikasi)- bolehberkomunikasidenganbaik-bolehmengekalkanhubunganbaik
(BerorientasikanMasaDepan)_ bolehberimaginasiterhadapsesuatu yang belumberlaku_bolehmenyenaraikankesandanakibatlerhadapsesuatutindakan-bolehmenjangkakansesuatu-bolehmembuatperancangan
Retleksi Padaakhirpembelajaranmuriddapat:
103
RancanganPengajaranHarianMATA PELAJARAN :DuniaSeni VisualKELAS :Tahun 3BIDANG :MenggambarMASA : 60 minitTEMA : FaunaTAJUK : Potrait
LAMPlRANA - 4
Standard 1.1 1.2 AplikasiSeni 1.3 1.4 ApesiasiSeniPembeIajaran PersepsiEstetik EkspresiKreatif
1.1.1 UnsurSeni 1.2.1 1.3.2 1.4.11.1.1.1 Garisan- Mengenaldanmen Menggunakanuns 11enceritakankarylurus, yatakanjenis-jenis ursenidanprinsipre asendirisecaralisan
melengkung,titik- media. kaandalampenghatitik. 1.1.2.2 Bahan - silankarya.1.1.1.2 Rupa - kertaslukisan, 1.4.3
Organik pense12B, Menghargaikaryas1.1.1.3 Ialinan- Bahansemulajadi. endiridanrakan
Tampak 1.2.21.1.2 MengetahuipenggPrinsipRekaan unaanmedia,1.1.2.1 Harmoni- teknikdan prosesrupa, jalinan, dalampenghasilangarisan karya.
1.2.2.1 Teknik-
Peniruan
ObjektifPembela Padaakhirpembelajaranmuriddapat :
jaran1.Menghasilkanlukisanpotretsecaraberperingkatdenganbetul.
2. Mengapikasikanpengetahuanbahasaseni visual
dalammenghasilkankaryaseni.3. Meningkatkankualitihasilkaryamuridberpandukanpenggunaankaedah yang
sesual.
Set Induksi : 1. Guru memastikanmuridbersediauntukmemulakan
pengajarandanpembelajaran.2. Gurumemulakanperbualandenganmuridmengenai
Pengalamanberhadapandengancermin.3. Gurumembincangkanmengenaipengalamantersebutdanmuridmemb
erirespon.4. Guru mengemukakanbeberapapersoalan.
a. apakahini? (sambil guru memegangcerminmuka)b. Pemahkankamumelihatbendaini?
c. Pemahkahkamugunabendaini?d. Apakah yang dapatkamulihatdaripadabendaini?
Aktiviti P&P
104
(Negotiated Drawing)
Langkahl : 1. Guru membahagikanmuridkepadabeberapakumpulan.2. Guru mengedarkansoalandanmuridmembuatperbincanganmengenaisoalantersebut.
3. Setelahberbincangsecaraberkumpulan, muridmembentangkanperbincangan.
4. Secaraindividu, guru akanmenyuruhmuridmenghasilkanlukisanportretpadakertaslukisandenganpensel 2B.Langkah2 : 1. Guru menyediakanbahan-bahan.
2. Guru
membuatdemonstrasicaramenghasilkanpotretdenganmenggunakanlembaran "Step-by-step".
(Step-by-step)Langkah3 : 1. Guru mengedarkanlembarandanmuridmelukispotretberpandukanurutangambardengankaedah "Step-by-step".
2. Muriddikehendakimenghasilkanlukisanbertajuk "Potret"padakertaslukisandenganpense12B.
3. Guru memantaudanmembimbingmuridsepanjangperlaksanaanaktiviti.
Penutup : Muridmembuatapresiasisenidenganrnempamerdanmenceritakankaryaseni yang dihasilkan.
EMK
Bahan BantuMengajar
KreativitidanInovasi
1. Contoh :ContohhasilkaryalukisanPotret yang siap, sebuahcermintangan.2. Bahan :KertasLukisan, Pensel 2B.
Penerangan, BBM danIlustrasi, EMK :
- Gambar-gambarpotret,EMK KeusahawananEKIMurid:(Komunikasi)- bolehberkomunikasidenganbaik-bolehmengekalkanhubunganbaik
(BerorientasikanMasaDepan)_ bolehberimaginasiterhadapsesuatu yang belumberl�_bolehmenyenaraikankesandanakibatterhadapsesuatutmdakan-bolehmenjangkakansesuatu-bolehmembuatperancangan
Refleksi Padaakhirpembelajaranmuriddapat :
105
LAMPIRANB
(SAMPEL TRANSKRIP TEMUBUAL)
106
Sampel LAMPIRAN B -1
TRANSKRIP TEMUBUAL
Selepas Ujian Pra
Nama Informan : Ivy Vanessa Dina AkAnye (NO.25)Tempat : Bilik Darjah
Guru : Adakah kamu berminat untukmelukis potret?
Murid : Tidak.
Guru : Adakah kamu tahu cara untukmelukis potret?
Murid : Saya kurang mahir, cikgu.
Guru : Pemahkah kamu diajar untukmelukis potret?
Murid : Tidak pemah, cikgu.
Guru : Jika diberi peluang, mahukah kamu diajar melukis potret?
Murid : Ya, saya mahu.
Guru : Dalam banyak-banyak mata pelajaran, mata pelajaran apakah yang paling kamuminati?
Murid : Matematik.
107Sampel
TRANSKRIP TEMUBUAL
Selepas Ujian Pos
Nama Informan: Ivy Vanessa DinaAkAnye (NO.25)Tempat : Bilik Darjah
Guru : Adakah kamu berminat untuk melukis potret?
Murid: Ya.
Guru : Adakah kamu tahu cara untuk melukis potret?
Murid: Sikit-sikit, cikgu.
Guru : Pemahkah kamu diajar untuk melukis potret?
Murid : Tidak pemah, cikgu.Saya tim gambar.
Guru : Jika diberi peluang, mahukah kamu diajar melukis potret?
Murid : Ya, saya mahu.
Guru : Dalam banyak-banyak mata pelajaran, mata pelajaran apakah yang paling kamuminati?
Murid : Matematik.
Sampel
108
LAMPIRANB-2
TRANSKRIP TEMUBUAL
Selepas Ujian Pra
Nama Informan : Boniface ak. Kamarau (NO.21)Tempat : BilikDarjah
Guru : Adakah kamu berminat untuk melukis potret?
Murid: Ya.
Guru : Adakah kamu tahu cara untuk melukis potret?
Murid : Saya kurang mahir, cikgu.
Guru : Pemahkah kamu diajar untukmelukis potret?
Murid : Tidak pemah, cikgu.
Guru : Jika diberi peluang, mahukah kamu diajar melukis potret?
Murid : Ya, sayamahu.
Guru : Dalam banyak-banyak mata pelajaran, mata pelajaran apakah yang paling kamuminati?
Murid : Seni dan Pendidikan Moral.
109
LAMPIRANC
(UJIAN PRA & UJIAN POS)
Selepas Ujian Post
Nama Informan : Boniface Ak. Kamarau (NO.21)Tempat : Bilik Darjab
Guru : Adakah kamu berminat untukmelukis potret?
Murid: Ya.
Guru : Adakah kamu tahu cara untuk melukis potret?
Murid : Sayamahir, cikgu.
Guru : Pemahkah kamu diajar untuk melukis potret?
Murid : Tidak pemah, cikgu.
Guru : Jika diberi peluang, mahukah kamu diajarmelukis potret?
Murid : Ya, sayamahu.
Guru : Dalam banyak-banyak mata pelajaran, mata pelajaran apakah yang paling kamuminati?
Murid : Seni dan Pendidikan Moral.
110NO. : 21
NAMA SAMPEL : BONIFACE
TAHUN :5
SEBELUM RAWATAN (UJIAN PRA)
BIL. ITEM LEMAH SEDERHANA BAlK
01. PENGWUJUDAN IDEA /
02. PEMILIHAN DAN /
PENYEDIAAN BAHAN
03. GUBAHAN /
04. KEMASAN /
05. SAHSIAH /
SELEPAS RAWATAN (UJIAN POS)
BIL. ITEM LEMAH SEDERHANA BAlK
01. PENGWUJUDAN IDEA /
02. PEMILIHAN DAN /
PENYEDIAAN BAHAN
03. GUBAHAN /
04. KEMASAN /
05. SAHSIAH /
111
NO. : 25
NAMA SAMPEL : IVY
TAHUN :5
SELEPAS RAWATAN (UJIAN PRA)
BIL. ITEM LEMAH SEDERHANA BAlK
Ol. PENGVVUJUDANIDEA /
02. PEMILIHAN DAN /
PENYEDIAAN BAHAN
03. GUBAHAN /
04. KEMASAN /
05. SAHSIAH /
SELEPAS RAWATAN (UJIAN POS)
BIL. ITEM LEMAH SEDERHANA BAlK
Ol. PENGVVUJUDANIDEA /
02. PEMILIHAN DAN /
PENYEDIAAN BAHAN
03. GUBAHAN /
04. KEMASAN /
05. SAHSIAH /
112
LAMPlRAND
(SURAT PENGESAHAN)
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYEUDIKAN DASAR PENDIDlKANKEMENTERIAN PENDIDlKAN MALAYSIAARAS 1-4, BLOK E-8KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Telefon : 03-88846591PUSAT PENTADBlRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faks : 03-8884657962604 PUTRAJAYA.
Ruj. KamiTarikh
KP(BPPDP)603/S/lLD.16(38)18 Mac 2014
Sailina Bt Nor AzmiKuaters 38,Sekolah Kebangsaan Rumah MentaliDjA PPD Subis Bekenu98150 MiriSarawak
Tuan/puan,
Kelu/usan Khas UntukMenjalankan Kajian DiSeke/al?, InstitutPerguruan, JabatanPendidikanNegeriDan Bahagian-bahagianDiBawah Kementerian PendidikanMalaysiaAdalah saya dengan hormatnya diarah memaklumkan bahawa permohonan tuan!puan untukmenjalankan kajian bertajuk :
"Perbandingan Kaedah "Negotiated Drawing" dengan Kaedah "Step-Bye-Step" untukMeningkatkan Kemahiran Melukis Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah" diluluskan.
2. Kelulusan ini adalah berdasarkan kepada cadangan penyelidikan dan instrumen kajian yangtuan/puan kemukakan ke Sahaglan ini. Kebenil.ral1 bagi menggunakan sampet kajian perludipohon dari Ketua Bahagian/Pengarah Pendidikan.
3. Sila tuen/puan kemukakan ke Sahagian ini senaskhah laporan akhir kajian/laporan dalambentuk elektronik berformat Pdf di dalam CD bersama naskhah hardcopy setelah selesai kelak.Tuan/Puan juga diingatkan supaya mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Sahagianini sekiranya sebahagian atau sepenuhnya dapatan kajian tersebut hendak dibentangkan di manamana forum atau seminar atau diumumkan kepada media massa.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya. Terima kasih.
"BEIlICHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
(DRHJKetua SektdSektor Peny ikan dan Penilaianb.p. PengarahBahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar PendidikanKementerian Pendidikan Malaysia