Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

56
1.0 PENDAHULUAN Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004 menyatakan bahawa mengajar adalah tugas utama bagi pekerjan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran- kemahiran tertentu yang perlu dikuasai oleh guru sebagai pekerja. Untuk menjadi mahir, seseorang pekerja perlu menjalani latihan yang cukup sebelum dapat melaksanakan tugas dalam situasi sebenar. Begitulah juga halnya dengan tugas guru sebagai pengajar dalam bilik darjah. Semasa berada di institut perguruan atau di universiti, di samping didedahkan dengan pelbagai pengetahuan, bakal-bakal guru juga dilatih tentang pelbagai kemahiran mengajar. Mengajar boleh dijelaskan sebagai memberi arahan kepada atau berkongsi pengetahuan antara seorang individu dengan individu yang lain. Hal ini juga boleh dijelaskan sebagai cara memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukn oleh murid supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik atau kurang di kalangan murid serta menyediakan strategi tersebut untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan. - 1 -

Transcript of Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Page 1: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004 menyatakan bahawa mengajar adalah

tugas utama bagi pekerjan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas mengajar memerlukan

pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu dikuasai oleh guru sebagai

pekerja. Untuk menjadi mahir, seseorang pekerja perlu menjalani latihan yang cukup

sebelum dapat melaksanakan tugas dalam situasi sebenar. Begitulah juga halnya

dengan tugas guru sebagai pengajar dalam bilik darjah. Semasa berada di institut

perguruan atau di universiti, di samping didedahkan dengan pelbagai pengetahuan,

bakal-bakal guru juga dilatih tentang pelbagai kemahiran mengajar.

Mengajar boleh dijelaskan sebagai memberi arahan kepada atau berkongsi

pengetahuan antara seorang individu dengan individu yang lain. Hal ini juga boleh

dijelaskan sebagai cara memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukn oleh

murid supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos

keperluan pembelajaran yang spesifik atau kurang di kalangan murid serta menyediakan

strategi tersebut untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang

ditentukan.

- 1 -

Page 2: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

2.0 KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

2.1 Sumbangsaran

Sumbangsaran merupakan satu aktiviti perbincangan yang dikendalikan secara

kumpulan. Tujuan sumbangsaran menjana idea tanpa mengira idea tersebut

sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian

sahaja. Oleh yang demikian,penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda

sehingga semua percambahan idea sudah dibuat. Topik perbincangan haruslah

sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid.

Dalam kaedah sumbangsaran ini, tempoh masa untuk mengemukakan

idea ditentukan oleh guru. Secara kebiasaannya, ia ditentukan dalam masa dua

puluh minit. Melalui cara ini murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan

seberapa banyak idea atau pendapat tentang tajuk perbincangan. Semua

pendapat atau idea dicatat dalam pengembangan idea orang adalah digalakkan

oleh guru.

Sumbangsaran dijalankan apabila guru memberikan tajuk perbincangan

sebelum murid-murid dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu.

Setiap kumpulan biasa terdiri daripada 8 hingga 12 rang ahli. Seterusnya murid-

murid akan membincang tajuk tersebut dalam kumpulan masing-masing sebelum

membuat pendirian masing-masing tentang masalah tersebut. Dalam sesi

sumbangsaran yang sebenarnya, ahli-ahli akan mengemukakan pelbagai

pernyataan masalah daripada pelbagai sudut pandangan.

Namun dalam setiap aktiviti sumbangsaran guru hendaklah mengambil

inisiatif untuk menasihat murid-murid supaya tidak mengkritik atau menilai

pandangan ahli-ahli kupulan yang lain. Oleh yang demikian, seorang guru

seharusnya bertindak positif dengan menerima semua idea yang diterima oleh

murid-murid.

- 2 -

Page 3: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorang

pengerusi dalam setiap kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskan

idea-idea yang akan dipilih oleh ahli-ahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akan

merumuskan segala idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli

kumpulan. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedah

menggalakkan pemikiran kreatif dikalangan murid-murid.Keadah ini merupakan

satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia

adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang

singkat. Dalam kaedah ini, lebih banyak idea baru dikemukakan oleh murid

berbanding dengan kaedah analitikal biasa.

2.2 Bercerita

Aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang

boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-

mana bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan

keseronokan untuk menikmati kesusasteraan,pengayaan bahasa, pelbagai

pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid

membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai

dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan

untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid

dan dapat menarik minat mereka. Secara tambahannya pula, guru boleh

menggunakan bahana-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-

murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang

mainan, kertas dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru perlulah

mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan kepada

murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat

melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa

terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir

secarakritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral

sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam

teknik bercerita ialah :

- 3 -

Page 4: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

a) Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi

dan penggunaan ayat-ayat yang mudah.

b) Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan

memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan

emosi yang berlainan.

Kemahiran bukan verbal yang perlu dikuasia oleh guru dalam teknik

bercerita ialah gerak mata dan mimik muka yang sangat eksperesif. Aktiviti yang

paling penting dalm teknik becerita ialah hasil perbincangan yang menyusuli guru

selepas tamat guru bercerita. Dalam proses perbincangan, guru mestilah

memastikan yang dia perlu menguji kefahaman murid tentang cerita yang telah

disampaikan olehnya. Guru juga dapat membina pelbagai aktiviti pengajaran dan

pembelajaran selepas satu sesi cerita iaitu seperti kefahaman, latihan

tatabahasa dan merumuskan isi-isi penting dalam cerita.

Dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dicadangkan untuk aktiviti

bercerita :

a) Sebelum bercerita

Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, suatu tempat

duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di

tempat tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru

ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara

seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh

semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat

pencerita, terutama muka dan tangan.Guru tersebut juga perlu

bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi

muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu

diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan

soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah

memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu

dimulakan.

- 4 -

Page 5: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah

memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama.

Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi

maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang

berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkngsi

cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan

kepada pengalaman bercerita lebih mendalam.

b) Semasa bercerita

Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menctat nota

daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain

itu,ia juga bertujuan untul memastikan agar murid-murid memberi

perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan. Pencerita pula perlu

mengambil langkah supaya bertentangan mata ( eye contact ) dengan

pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya.

2.3 Perbincangan

Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid

berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu atau masalah.

Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah

kelas atau antara sekumpulan murid. Strategi ini menggalakkan murid bertukar

pendapat , idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di

kalangan murid. Murid-murid berpeluang menegemukakan isu-isu , pendapat

dan idea-idea tentang sesuatu topik dan guru bersama murid-murid kan

membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan.

Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak murid-

murid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri

dalam proses pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai

objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitf,perbincanganboleh

menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran

baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari sudut afektif,

- 5 -

Page 6: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat

mereka,berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan

kemahiran mendengar dengan baik. Walau apa pun objektifnya, perbincangan

mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum

pengajaran dijalankan.

Pada asasnya terdapat dua jenis perbincangan :

a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )

Dalam perbincangan ini guru harus mengendali perbincangan kelas.

Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan

murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang

dibincangkan.

Dalam perbincangan kelas perlu wujud panel dan

perbahasan.Panel, simposium dan perbahasan melibatkan

sekumpulan murid, memperolehi maklumat tentang sesuatu topik,

menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dn

perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami

beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu.

Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataaan

yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam

kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal

atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan.

Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana empat

hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang

pengerusi manakala murid-murid lain dalam kelas mendengar.

Kemudian satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama

kelas. Tiap –tiap ahli memberi kenytaan masing-masing. Meja bulat

boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal.

- 6 -

Page 7: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Simposium pula hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan

penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel.

Perbahasan pula ialah satu pendekatan perbincangan yang formal.Ia

merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua

kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap

ahli akan membangkang idea dari kumpulan lain.

Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas

melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah

menyampai maklumatnya.

b) Perbincangan kumpulan kecil

Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil

adalah empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh

murid terpilih dengan bimbingan seorang guru. Selain dari

mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi,perbincangan

kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran

komunikasi,kepimpinan, perbahasan dan kompromi. Murid-murid

yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah.

Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses

perbincangan. Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang

mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesan perbincangan

kumpulan kecil. Perkara pertama ialah guru harus memantau aktiviti

secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap

kumpulan fokus kepada objektif perbincangan. Kedua, guru harus

pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk

menyumbang kepada perbincangan tesebut. Oleh yang

demikian,perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu

pengajaran yang berfokus kepada isi kandungan dan berkembang

brdasarkan topik-topik yang pernah diajar. Ketiga ialah guru harus

merancang perbuncagan yang pendek dalam topik tersebut. Teknik

yang paling akhir ialah murid-murid harus diberi arahan yang tepat.

Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus

- 7 -

Page 8: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

melaporkan hasil kerja kepada kelas. Hal ini boleh dijalankan melalui

laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara

lisan .

Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk menjalankan

aktiviti perbincangan :

a) Mengambil kira matlamat perbincangan

b) Mempertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid

c) Mengkaji isu-isu yang terlibat

d) Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan

e) Menyediakan persekitaran yang menyeronokkan

f) Perlu berbekalkan maklumat baru atau tepat bila perlu

g) Mengulang, rumus atau jana dan kenyataan kepada satu unit yang

bermakna

h) Menerapkan unsur jenaka

i) Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan

Dalam perbincangan, murid akan memberikan reaksi atau tindak balas

tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan di bawah kawaan

guru. Teknik perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran di

sekolah. Tujuan kaedah perbincangn ialah untuk melatih murid membiasakan diri

bercakap dalam situasi formal, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk

menyuarakan pendapat. Kaedah perbincangan juga dapat membina keyakinan

diri dan konsep kendiri murid. Guru harus menggalakkaan murid

mengembangkan kemahiran dalam mengemukakan hujah,pendapat,menyoal

serta menyelesaikan masalah. Selain itu, guru harus memupuk unsur0unsur

kerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan mendengar pandangan orang

lain.

Topik perbincangan mestialh sesuai dengan objektif dan minat murid-

murid tambahan pula guru perlu menentukan objektif perbincangan iaitu sama

ada perbincangan itu adalah untuk mengumpul fakta atau menyelesaikan

sesuatu masalah. Peranan guru dalam situasi perbincangan iaitu sebagai

pemudah cara dan membimbing murid sepanjang sesi perbincangan.

- 8 -

Page 9: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Seterusnya, guru juga perlu mengemukakan soalan-soalan divergen dan

menggalakan murid-murid untuk menyoal idea-idea rakan-rakan mereka.

Semasa perbincangan, guru perlu mengawal aktiviti-aktiviti perbincangan supaya

murid-murid menumpukan perhatian. Guru juga mesti meneliti tingkah laku murid

agar mereka tidak menyeleweng atau bermain-main dala satu sei perbincangan.

Pada akhir satu sesi perbincangan, guru bersama murid-murid harus

merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam perbincangan.

2.4 Demonstrasi

Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara. Demonstrasi ialah satu

kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut

prosedur-prosedur yang tertentu. Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di

hadapan kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah

pembelajaran.

Kuliah memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan murid

memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara

lansung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk

memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid

memerhati benda-bemda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat

demonstrasi tulin, demonstrasivdengan komen atau demonstrasi dengan

penglibatan dari murid-murid.Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas

atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.

Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-

murid.

Demonstrasi boleh digunakan unruk mengilustrasikan hujah-hujah atau

prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,memberi

model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. Bagi

menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara

teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan

setiap murid memerhatikan demonstrasi, meperkenalkan demonstrasi untuk

- 9 -

Page 10: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan

susulan.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian,olahraga, permainan dan

membuat uji kaji.Kebaikan tujuk cara ialah ia memberi peluang kepada murid

untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat

prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan

murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa

membuat demonstrasi,guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya

murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan.

Dalam proses demonstrasi ,guru mesti mewajibkan murid-murid

memberikan perhatian yang sepenuhnya. Selepas membuat sesi praktis,

perbincangan tentang perkara-perkara yang ditunjuk cara ia mesti dijalankan

oleh guru. Guru juga boleh mengarahkan murid-murid untuk menulis laporan

ringkas tentang demonstrasi tersebut. Dalam pelaksanaan demonstrasi,guru

hendaklah menentukan topik,objektif dan menyediakan alatan atau bahan yang

hendak digunakan dalam sesi pengajaran. Satu kebaikan demonstrasi ialah ia

memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria

penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga kelemahan dalam penggunaan

kaedah demonstrasi ialah ia memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi

dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara.

2.5 Penyelesaian masalah ( Theory of Constraint , TOC )

Teori Konstrain ( TOC) boelh digunakan dalam situasi-situasi tertentu atau boleh

digabunkan untuk membentuk penyelesaian masalah koheran dan mengubah

sistem pengurusan. Tujuan generik ialah menterjemah intuisi kepada bentuk

yang boleh dibincang secara rasional, disoal tanpa rasa marah dan diubah

supaya dapat mengambil ikhtibar kefahaman sesuatu situasi. Teori ini digunakan

untuk membentuk penyelesaian common sense dan juga memudahkan

komunikasi, kolaborasi dan persetujuan di antara semua yang terlibat dalam

penyelesaian ini. Bagi meletakkan alat-alat dalam hubungan,mereka mesti

- 10 -

Page 11: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

menyokong satu daripada tiga objektif generik. Ketiga-tiga objektif masing-

masing mempunyai tujuan dan mempunyai kepastian. Objektif yang pertama

ialah apa yang perlu diubah.Ia berkaitan dengan penilaian situasi, perihal tentang

situasi semasa dan identifikasi masalah utama atau konflik serta andaian –

andaian yang menyokongnya seperti diagnosis. Objektif yang kedua pula ialah

apa yang perlu diubah kepada iaitu visi atau penyelesaian yang telah

diverbalisasikan dan strategi diperihalkan supaya mencapai status yang diingini

iaitu preskripsi,membuat keputusan dan memperkembangkan penyelesaian.

Ketiga ialah bagaimana perubahan boleh dilakukan dalam perkembangan

rancangan-rancangan dan taktik-taktik yang terperinci akan menjelaskan apa

yang berlaku dan penyamaan usaha-usaha kumpulan dalam implementasi

strategi seperti merancang dan membina kumpulan.

Penyelesaian masalah merupakan satu proses mental yang memerlukan

seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif

dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi . Dalam

teknik penyelesaian masalah, murid-murid perlu mengaplikasikan pengetahuan

dan kemahiran – kemahiran tertentu.

Kaedah penyelesaian masalah membina pemikiran murid supaya

bersedia untuk menghadapi masalah, cara menyelesaikan dan seterusnya

mengambil keputusan yang terbaik untuk mengatasi tersebut. Penyelesaian

masalah juga membolehkan murid berfikir secara rasional dan logik apabila

menghadapi masalah. Ia juga dapat meingkatkan keyakinan diri murid-murid

khasnya apabila mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga

mengerakkan murid-murid untuk mengembangkan kemahiran penyelesaian

masalah mereka. Masalah yang dikemukakan oleh guru dalam kaedah

peneyelesaian masalah hendaklah berkaitan dengan tajuk topik-topik dalam

mata pelajaran mereka. Guru perlu membimbing dan merangsangkan proses

perbincangan penyelesaian masalah.

Dalam proses penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen tentang

masalah dikemukakan. Jika penyelesaian masalah dapat dicapai,murid-murid

diminta mengemukakan contoh-contoh baru bagaiamana masalah itu boleh

- 11 -

Page 12: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

diselesaikan. Jika peneyelesaian masalah tidak diselesaikan, alernatif-alternatif

lain akan dikemukakan oleh guru dan murid.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diaplikasikan dalam teknik

penyelesaian masalah. Antaranya ialah penyelesaian masalah, memahami

masalah, menentukan cara-cara penyelesaian masalah,mencuba cara-cara

penyelesaian yang baru dan merumus serta menilai penyelesaian. Dalam

kaedah ini.kemahiran berfikir murid digalakkan kerana murid-murid perlu

memikirkan cara-cara penyelesaian tanpa bantuan guru. Murid-murid akan

memikirkan cara-vara mengumpul maklumat yang dapat menolong

menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Dalam langkah merumus dan

menilai penyelesaian,murid akan melihat kembali proses penyelesaian dan

menilai sama ada cara penyelesaian berjaya atau tidak.Kelebihan proses

penyelesaian masalah ialah terdapat penglibatan aktif murid-murid dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai teknik lain dapat digunakan oleh guru dalam proses

penyelesaian masalah seperti inkuiri, sumbangsaran,perbincangan dan simulasi.

Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir

di kalangan murid-murid dan juga dapat memupuk interaksi sosial yang positif.

Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk

memperlihatkan secara langsung kreativiti, bakat dan potensi mereka.

Kelemahan kaedah penyelesaian masalah ialah ia memerlukan masa yang

panjang untuk dirancang dan dikendalikan oleh guru. Kaedah ini juga tidak

begitu sesuai untuk murid-murid yang lemah dan yang tidak dapat memikirkan

langkah-langkah penyelesaian masalah yang sesuai.

- 12 -

Page 13: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

3.0 PEDAGOGI BESTARI

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di sekolah bestari telah direka

bentuk hasil daripada kritikan yang menyatakan bahawa melalui sistem tradisi,

penyampaian pengajaran hanya melahirkan murid yang mampu mengingat fakta dan

angka tanpa mengetahui cara mengaplikasikannya. Pedagogi bestari berusaha

mengatasi kelemahan ini dengan hanya menyediakan persekitaran pembelajaran yang

lengkap dan melahirkan generasi tenaga manusia yang boleh berfikir secara celik

teknologi.

E-Pembelajaran ialah satu cara untuk proses peningkatan kendiri seorang guru. Ia

ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan laman web yang

dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Selaras dengan zaman

globalisasi, guru perlu mahir dan mempunyai maklumat terperinci mengenai bahan

pengajaran yang ingin diajar.

Pihak Kementerian Pendidikan sedar akan peranan komputer dalam pembelajaran.

Sehubungan itu, komputer telah diintegrasikan dalam kurikulum pendidikan di bawah

Rancangan Malaysia ketujuh. Bagi melibatkan guru dengan E-Learning, 40-45 unit

komputer telah diperuntukkan bagi 750 orang murid sekolah oleh kerajaan Malaysia

(Dasar Komputer Kementerian, 1996). Diantara jenis pendidikan yang diperkenalkan di

bawah E-pembelajaran ialah : pendidikan jarak jauh dan pendidikan komputer.

Pendidikan jarak jauh boleh dijalankan melalui media atau pendidikan komunikasi.

Pendidikan melalui siaran/jarak jauh dikendalikan dengan menggunakan pelbagai jenis

alat penghantaran seperti radio, televisyen tempatan dan komputer di mana tenaga

pengajar menyampaikan pengajaran tanpa bersemuka dengan pelajar-pelajarnya.

Selain itu, pendidikan jarak jauh boleh juga dijalankan melalui televisyen satelit. Guru

juga harus mengikuti kursus-kursus melalui pembelajaran secara online melalui

program-program yang ditawarkan oleh universiti terbuka. Keistimewaan program-

program universiti terbuka ialah tidak memerlukan kelayakan akademik atau ikhtisas,

diberikan peluang belajar kepada semua dan universiti ini menggunakan aplikasi seperti

video, internet dan televisyen.

- 13 -

Page 14: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Melalui pendidikan komputer, seorang guru harus mahir dan mengetahui perisian-

perisian seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel, Microsoft

Publisher dan Microsoft Access. Guru juga harus tahu menggunakan aplikasi-aplikasi

internet kerana alat-alat ini sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antaranya ialah Jaringan Web Sedunia, E-mel, kumpulan perbincangan dan senarai

mel.

Untuk membuat peningkatan kendiri, guru juga harus menyertai “Smart Learning

Environment” (SLE). SLE ialah satu program yang dijalankan oleh Kementerian

Pendidikan untuk meningkatkan infrastruktur sekolah dengan meningkatkan kemahiran

sumber manusia di kalangan guru. Ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan

kepada pihak pengurusan sekolah serta meningkatkan pengetahuan guru terhadap

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Matlamatnya adalah untuk guru mengaplikasikan teknologi maklumat di bilik darjah.

Beberapa aplikasi seperti ‘word processing’, ‘spreadsheet’, ‘database’, ‘desktop

publishing’, dan ‘graphing’ telah diperkenalkan dalam program ini. Dalam SLE guru perlu

mempelajari aktiviti-aktiviti komputer seperti membangunkan modul pengajaran,

menghantar e-mel, memuat turun bahan pengajaran, membuat perkembangan web,

membuat grafik, membuat program kolaboratif dengan sekolah-sekolah di luar negara

dan membuat pencarian maklumat di Internet.

- 14 -

Page 15: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

4.1 Pengajaran Direktif

Strategi pengajaran direktif bertujuan membantu murid bagi memahami dan

mencari maklumat berasaskan pembacaan dan penaakulan kritis. Dalam

pendekatan ini, murid dikehendaki menguasai tingkah laku dan kemahiran yang

ditunjukkan oleh guru. Hal ini akan melibatkan latih tubi,amali, pembelajaran

masteri dan pengajaran langsung dalam bilik darjah, Ia juga bersifat authoritarian

di mana guru berperanan sebagai sumber maklumat. Fokus utama di sini ialah

guru. Murid biasanya bersifat pasif dan bergntung kepada guru untuk memberi

fakta dan maklumat dalam menyelesaikan masalah.

Guru yang mengguanakan pendekatan ini biasanyan mendemostrasikan

proses menggunakan idea atau peristiwa yang biasa dengan murid dan

menggunakan proses tersebut kepada keadaan yang tidak biasa bagi mereka,

selalunya kandungan yang baru dalam kurikulum. Sebagaimana yang telah

dinyatakan, guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat. Aktiviti-

aktiviti yang sesuai bagi pendekatan ini termasuklah menstruktur maklumat,

memilih obejektif yang hendak dicapai, mencadangkan cara bagi mencapainya

dan tetapkan kriteria bagaimana pencapaian dapat dinilaikan. Di samping itu

terspaat pendekatan untuk menyediakan organisasi maklumat, menyemak untuk

pemahaman dan simpanan serta memberi ganjaran kepada hasil pencapaian

yang diharapkan.

Pengajaran langsung yang dijalankan dalam bilik darjah boleh melibatkan

penyampaian maklumat yang aktif daripada guru, computer atau murid

lain.Proses utama dalam penyampaian aktif ini termasuklah mendapatkan

perhatian daripada murid, memberi petunjuk yang mendorong penglibatan

murid,megguna pengurusan grafik, mendedahkan kepada isi kandung yang

diperlukan dan pengetahuan yang berkaitan dengan murid.

Satu lagi kepentingan pengajaran langsung adalah ia dilakukan melalui

langkah demi langkah, dari satu subtajuk ke satu subtajuk berasaskan analisis

tugasan.Penggunaan contoh, bantuan visual dan demonstrasi bagi

menerangkan konsep-konsep konkrit dan abstrak adalah digalakkan dalam

- 15 -

Page 16: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

pengajaran langsung. Penilaian berterusan juga perlu dilakukan bagi menguji

pemahaman murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Sebagai rumusan pengajaran direktif adalah berasaskan kepada strategi

pemustan guru dan di bawah kategori tradisi. Penggunaan masa dan

pengurusan bilik darjah yang berkesan memainkan peranan penting dalam

mengamalkan pengajaran sehala dalam penyampaian pengetahuan dan

kemahiran. Perbincangan seterusnya adalah mengenai strategi pengajaran yang

melibatkan murid secara aktif dalam proses pengaran dan pembelajaran.

4.2 Pengajaran Mediatif

Pengajaran mediatif adalah satu pendekatan yang membolehkan murid belajar

untuk menilai isu, menghargai pandangan orang lain serta menggunakan

pelbagai alternatif dalam menyelesaikan masalah. Dalam pendekatan ini guru

adalah sebagai perantara dengan mengemukakan soalan dan masalah bagi

merangsang murid untuk meneroka pengetahuan. Seterusnya mereka dapat

merumus serta menggunakan konsep-konsep yang ditemui dalam

menyelesaikan masalah.

Dalam proses pengajaran, guru perlu mengelakkan diri daripada

membuat pertimbangan terhadap idea yang dikemukakan oleh murid. Guru perlu

membantu membimbing bagimencuba dan menguji idea mereka. Murid perlu

digalakkan mengemukakan idea logik secara induktif dan deduktif.

Dalam pengajaran mediatif murid diberi kuasa dalam merancang dan

mengawal proses pembelajaran,peneyelesaian masalah,perancangan dan

penilaian. Hal ini melibatkan proses menolong murid secra terus bagi

mengaplikasikan pengetahuan menyelesaiakan masalah dan konflik.

Melalui pendekatan ini diharapkan murid dapat mengenal pasti strategi

menggunakan kemahiran tersebut dalam menyelesaikan masalah berdasarkan

kefahaman mereka. Murid akan mendapat kesedaran tentang apa yang telah

dilakukan dan apa yang sepatutnya dilakukan pada masaakan datang. Mediator

- 16 -

Page 17: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

menunjukkan murid bagi mencapai arah kendiri (self regulation) secara aktif

dengan menghasilkan kaedah baru dalam penyelesaian masalah.

Pendekatan ini menggabungkan aktiviti-aktivti penaakulan, bimbingan

dan perbincangan terbuka. Lama kelamaan ini akan mengurangkan

pergantungan murid terhadap guru boleh berfungsi sendiri.

Selain perbincangan terbuka (open-ended) pendekatan utama yang lain

dalam startegi mediatif adalah penguasaan konsep,pembentukan konsep dan

penemuan.Penggunaan konsep (mengikut Bruner) adalah proses

mendefinisikan konsep melalui ciri-ciri yang ditentukan bagi menggambarkan

dengan tepat makna konsep tersebut.

Dalam pengajaran penguasaan konsep, guru perlu membimbing murid

melalui empat fasa. Fasa pertama.guru-guru akan menjelaskan matlamat aktiviti

dan kaedah yang digunakan bagi menentukan konsep. Fasa kedua pula,murid

diminta memberikan contoh-contoh yang menggamabarkan konsep tersebut dan

cuba memperkembangkan.Setelah murid memberikan definisi dengan betul

barulah guru memberikan nama konsep tersebut. Fasa ketiga,murid diminta

membuat analisis tentang proses berfikir yang digunakan semasa membina

konsep. Fasa terakhir adalah fasa membuat penilaian tentang aktiviti yang

dijalankan. Ia akan berjaya sekiranya murid dapat mengenal pasti contoh-contoh

yang lain yang berkaitan dengan konsep yang dibina.

Model Taba dibina berasaskan konsep yang merupakan sebahagian

daripada pengetahuan sedia ada murid, dan hubungannya dengan pembinaan

pengetahuan baru. Disini murid diajar membuat pemerhatian,membentuk

pelbagai jenis inferens daripada pemerhatian,memproses data kumoulan

berasaskan pengamatan yang sama. Mereka kemudian mengkategori dan

melabelkan data dan seterusnya membentuk sistem konseptual. Dalam proses

ini, murid telah memperkembangkan kemahiran berfikir mereka.

Pendekatan lain dalam pengajaran mediatif adalah inkuiri iaitu, guru perlu

mengajar cara mengkaji sesuatu masalah dan mengemukakan soalan

- 17 -

Page 18: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

berasaskan fakta dan pemerhatian. Umumnya, model inkuiri adalah berasaskan

kepada lima langkah iaitu, menenal pasti masalah, membuat

hipotesis,mengumpul data, menganalisi data dan membuat generelisasi.

Dengan menggunakan naluri ingin tahu murid, strategi mediatif yang

menggunakan pendektan inkuiri akan membentu murid untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi mereka pada masa akan datang dengan lebih yakin,

memlih angkubah yang relevan dan meperbaiki proses daya ingatan dalam

mengintergrasikan bahan ke dalam struktur kognitif mereka serta memudahkan

proses ingat kembali.

Oleh itu, peranan guru dalam pengajaran mediatif melalui pendekatan

inkuiri adalah membina situasi masalah,menyediakan prosedur penemuan,

respon kepada penemuan murid,membantu murid memberi fokus pemenuan

mereka dan memudahcara perbincangan penyelesaian masalah dikalangan

murid.

Umumnya, dalam strategi pengajaran mediatif , murid diharapkan dpat

mengumpul maklumat,memproses dan menilai idea sendiri sebelum membuat

kesimpulan terhadap konsep yang baru dipelajari.

4.3 Pengajaran Generatif

Ramai yang berpendapat bahawa pengajaran generatif dapat membantu murid

mencipta pengetahuan dan membina cara-cara baru dalam meneyelesaikan

masalah. Pendekatan ini bermatlamat merangsang imaginasi murid dengan

menggunakan metafora atau keadaan yang luar biasa. Guru akan mengelak

daripada memberi pertimbangan nilai yang boleh menyekat kreativiti

Strategi ini dapat membantu murid belajar cara bertingkah laku yang

sesuai mengikut situasi dan menggunakan kebijaksanaannya yang pelbagai.Hal

ini termasuklah penggunaan sumbangsaran,sinetik, pemikiran lateral dan

kreativiti melalui sesuatu reka bentuk.

- 18 -

Page 19: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pengajaran generatif boleh digunakan dalam penulisan, penyelesaian

masalah yang bukan rutin dan penemuan. Dalam situasi yang terkawal, murid

dibenarkan mengguna kreativitinya semasa mengguna bahan baru di makmal

sains, mendapat celik akal dan intuisi semasa cuba menyelesaikan masalah

disiplin di sekolah. Diharapkan murid akan lebih berkemahiran mengguna

metafora dalam proses berfikir.

Langkah-langkah dalam merancang pengajaran generatif adalah seperti

menentukan kepiaawaian dengan murid, menyediakan kriteria secara eksplisit

sambil memberi kuasa kepada murid untuk mengaplikasikannya dan meneroka

pendekatan dan strategi alternatif bagipelbagai tugasan.

Sinetik adalah sebagai alat sumbngsaran yang digunakan dalam

pengajaran generatif. Ini adalah suatu pendekatan bagi pemikiran kreatif. Di sini,

guru membimbing murid mengguna anologi atau metafora untuk melihat

perhubungan antara bahan-bahan baru dengan bahan yang mereka ketahui.

Pendekatan ini kerap diguna dalam kumpulan untuk membantu

memperkembangkan respon kreatif bagi menyelesaikan masalah,untuk

mengekalkan maklumat baru,membntu menjana penulisan dan meneroka

masalah sosial dan disiplin. Ia membantu pengguna menukar pemikiran sedia

ada dan menghayati konsep abstrak.

Antara langkah yang wujud dalam sinetik model ialah memberi

maklumat,memberi anologi, mengguna anologi peribadi untuk mewujudkan

konflik yang tertekan, membandingkan konflik tertekan dengan

subjek,mengenalpasti perbezaan,memeriksa semua subjek asal, membina

analisis baru dan menilai.

- 19 -

Page 20: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

4.4 Pengajaran Pemerhatian

Dalam pengajaran pemerhatian,pembelajaran berlaku dengan memerhati orng

lain melaksanakan sesuatu tugas.Murid belajar secara kognitif bagaimana

melakukan sesuatu dan apakah kesan yang mugkin berlaku.Pembelajaran ecara

pemerhatian berlaku apabila tingkah laku pemerhati berubah selepas melihat

tingkah laku model. Tingkah laku seorang pemerhati boleh membawa kesan

positif dan negatif iaitu peneguhan atau hukuman eksplisit daripada tingkahlaku

model. Menurut Bandura peneguhan atau hukuman (1977), terdapat empat

proses tertentu dalam penggunaan pembelajaran pemerhatian iaitu prose

memveri perhatian,proses mengingat,proses reproduksi motor dan proses

motivasi.

Dalam proses menarik perhatian,murid memberi perhatian kepada ciri-ciri

signifikan tingkah laku yang ingin dipelajari oleh mereka. Murid memerlu

beberapa cara memberi simbol, memahami dan menyusun pemerhatian mereka

supaya ingat apa yang telah diperhatiakn oleh mereka dalam proses mengingat.

Dalam proses reproduksi motor, diperhatikan oleh mereka dalam proses

mengingat. Dalam proses reproduksi motor, murid melakonkan gerakan fizikal

sebenar melalui proses cuba jaya. Dalam proses motivasi, murid menerima

keadaan motivasi yang sesuai supaya mereka dapat melakukan tingkah laku

yang pelajari.

Pembelajaran pemerhatian memberi impak kepada pembelajaran dan

menjadikannya berkesan, murid harus diberi peluang untuk memerhati dan

mencontohi tingkah laku model yang membawa peneguhan positif. Pada masa

yang sama,guru harus mengalakkan pembelajaran kolaboratif kerana

kebanyakan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan persekitaran. Bagi

mempamerkan tingkah laku yang dipelajari, guru haruslah membekalkan insentif

dan persekitaran yang mengglakkan tingkah laku itu berlaku.

- 20 -

Page 21: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

4.5 Pengajaran Konstektual

Pengajaran konstektual membantu kita mengaitkan kandungan bahan belajar

kepada situasi dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat

hubungan antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dan bagaimana ilmu

digunakan dalam kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan ahli masyarakat.

Menurut teori ini,pembelajaran berlaku hanya ketika murid memproses

maklumat dengan cara yang bermakna mengikut ruang rujuk mereka iaitu dunia

ingatan, pengalaman dan maklum balas mereka sendiri. Teori ini menggalakkan

guru memilih dan membentuk persekitaran pembelajaran dengan memasukkan

sebanyak mungkin pelbagai pengalaman dari aspek sosial, fizikal dan psikologi

dalam usaha ke arah hasil pembelajaran yang diingini. Dalam persekitaran

seumpama itu,murid menenui hubungan bermakna antara idea abstrak dan

mengaplikasika amali dalam dunia sebenar di mana konsep diterima, dikukuhkan

dan dihubungkaitkan.

Dalam proses pembelajaran konstektual,urid digalakkan mengalami lima

teknik belajar, iaitu startegi REACT.Pertama,murid menceritakan (R) di mana

murid digalakkan unuk mengalami (E) pembelajaran melalui penerokaan,

penemuan dan mencipta idea. Barulah mereka akan mempelajari dalam konteks

cara mengapilikasi (A) ilmu atau maklumat dalam situasi lain.Dalam pengajaran

dan pembelajaran konstekstual, murid bekerjasama (C) untuk memberi maklum

balas dan berkomunikasi di kalangan ahli kumpulan dan guru. Akhirnya, murid

diharapkan supaya belajar dalam konteks memindah (T) pengetahuan sedia ada

serta pengetahuan membina yang mereka tahu.

Contoh pengajran kontekstual adalah pembelajaran berasaskan aktiviti,

sesi ’hands-on’, seminar, bengkel dan program ’buat sendiri’. Dalam pengajaran

biologi,misalnya murid akan belajar bagaimana seorang petani menderita dan

memberi sumbangan kepada kemerosotan persekitaran.

- 21 -

Page 22: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Rumusannya, strategi pengajaran dan pembelajaran konstekstual

menekankan penyelesaian masalah dan mengenal pasti keperluan untuk

pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam pelbegai konteks seperti

rumah, komuniti dan tempat kerja. Strategi ini juga mengajar murid membuat

pemantauan dan pembelajaran arah kendiri supaya mereka akan menjadi murid

yang berdikari.Pengajaran konstekstual menentukan pengajaran dalam pelbgai

konteks hidup dan menggalakkan mereka untuk belajar daripada satu sama lain

dan bersama-sama.Penilaian autentik digunakan uuntukmenilai pengjaran

konstektual dan strategi mengajar.

4.6 Pengajaran Metakognitif

Pengjaran metakognitif adalah pengajaran tentang proses berfikir mengenai

pemikiran, ” apa yang kita tahu” dan apa yang kita tidak tahu”. Flavell (1976)

menerangkannya sebagai pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya

atau sebarang perkara yang berkaitan dengan pembelajaran, seperti ciri-ciri

pembelajaran relevan. Sebagai contoh, saya menggunakan metakognitif jika

saya dapati saya mempunyai masalah mempelajari perkara A berbanding

perkara B: jika saya rasa saya perlu menilai semula perkara C sebelum bersetuju

menerimanya sebagai fakta.

Flavell berpendapat bahawa metakognitif menjelaskan sebab kanak-

kanak berlainan umur berbeza dalam menghadapi tugasan

pembelajaran.Mereka telah membina strategi pemikiran yang baru.Metkognitif

memerlukan pemantauan yang aktif dan peraturan proses kognitif.

Pengajaran metakognitif meningkatkan kesedaran terhadap apa yang

mereka tahu untuk menyelesaikan masalah atau memahami sepenuhnya konsep

yang sukar untuk difahami.

Menurut Dirkes (1985), strategi asas metakognitif ialah menghubungkan

maklumat baru dengan maklumat yang lama,memilih strategi berfikir dengan teliti

dan merancang,memantau dan menilai proses berfikir.

- 22 -

Page 23: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Terdapat strategi untukmembina perlakuan metakognitif dikalangan

murid. Pertama murid harus mengetahui ’ apa yang mereka tahu’ dan ’apa yang

mereka tidak tahu’. Mereka akan mengesahkan,menjelas dan

memperkembangkan atau menggantikannya dengan maklumat yang lebih tepat.

Semasa merancang dan menyelesaikan masalah, guru haruslah menerangkan

cara berfikir yang betul supaya murid boleh mengikut proses berfikir yang

diterangkan itu.

Cara lain untuk memperkembangkan metakognitif dikalangan murid

adalah melalui penggunaan jurnal atau buku log pembelajaran, di mana murid

membuat refleksi terhadap pemikiran mereka, menulis nota tentng kesedaran

mereka terhadap kesamaran dan ketidaktekalan serta memberi komen mereka

terhadap cara mengatasi kesulitan. Murid perlu mengandaikan tanggungjawab

untuk merancang dan mengatur pembelajaran termasuk keperluan masa,

penyusunan bahan dan jadual prosedur yang diperlukan untukmelengkapkan

aktiviti. Selepas sesuatu aktiviti, guru harus membimbing murid membuat ulasan

tentang aktiviti tersebut, mengumpul maklumat tentang proses berkaitan,

mengenal pasti strategi berfikir yang digunakan dan akhirnya menilai pasti

semua bahan bernilai untuk digunakan pada masa akan datang dan mencari

pendekatan yang lebih berkesan lagi.

4.7 Pengajaran Kajian Luar (Field Study Teaching)

Seluruh dunia ini adalah sumber pembelajaran sekiranya orang berpengetahuan

membimbing kita menggunakan sumber tersebut. Pengajaran kajian luar,

menyediakan murid dengan peluang-peluang belajar berdasarkan pengalaman

langsung (learn handle on experience) dalam dunia sebenar.Pengalaman

tersebut diperolehi daripada kajian di mana murid berpeluang membuat

pemerhatian terhadap sesuatu perkara dalam persekitaran semulajadi.

Kajian luar yang dirancang dengn baik merupakan salah satu cara yang

paling berharga untuk membantu murid mengaplikasikan pembelajaran buku

teks danbilik darjah dengan dunia sebenar. Ia memperkaya dan memperluaskan

kurikulum sekolah serta menyediakan murid dengan pengalaman yang sukar

- 23 -

Page 24: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

diperoleh dalam bilik darjah biasa. Contoh pengajaran kajian luar adalah

praktikum, lawatan ke kilang,memgusahakan tanaman dan lain-lain.

4.8 Kajian Masa Depan (Futuristic Studies)

Kajian masa depan berdasarkan kepada pemahaman bahawa murid perlu

bersedia berhadapan dengan cabaran dan perubahan masa hadapan yang

dinamik. Kenapa kita perlu mengajar tentang masa hadapan? Kauffman (1976)

menyatakan bahawa,kita sebagai guru harus memberikan kefahaman kepada

murid kita terhadap isu-isu penting, masalah dan peluang-peluang yang mereka

akan hadapi,mengajar mereka kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan

untuk terus berjaya dalam kehidupan dan menyediakan mereka dengan cara-

cara yang berkesan untuk menghadapi segala halangan dan tekanan kesan

daripada perubahan mendadak.

Pengajaran kajian masa depan membolehkan murid berkomunkasi

dengan jelas, membentuk sistem nila,mencari dan memahami

pengetahuan,melaksanakan kajian dan menguruskan maklumat dengan

berkesan serta berfikiran kreatif dan kritis bagi membuat keputusan tentang

peristiwa masa hadapan.

Terdapat tiga kemahiran asas yang perlu dipelajari dalam kajian masa depan,

iaitumembuat ramalan tentang perubahan dan trenda masa hadapan

berdasarkan maklumat dan pengetahuan itu sendiri. Selain itu, kemahiran

membuat tekaan yang bijak berkaitan dengan sebab dan akibat sesuatu

peristiwa dan yang akhirnya menggunakan sumber dalam mengawal dan

mengurus perubahan yang boleh membawa keuntungan yang maksima.

- 24 -

Page 25: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

4.9 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri adalah suatu kaedah pembelajaran keindividualan yang

menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada bahagian-

bahagian kecil pembelajaran dan kemahiran yang akan dipelajari. Ia direka

bentuk untuk memastikan bahawa semua murid mencapai objektif pembelajaran

dan setiap murid mempunyai masa yang cukup untuk mencapai tujuan tersebut.

Model masteri memastikan supaya murid mencapai tahap penguaaan

masa pembelajaran yang fleksibel dan setiap orang murid menerima arahan

sasaran pembelajaran, latihan yang diperlukan dan maklum balas. Pembelajaran

masteri melibatkan pengajaran berasaskan kumpulan yang tradisi dan

pengajaran pemulihan dan pengayaan secara individu. Dalam strategi ini, guru

mendiagnos kebolehan murid dan kemudian mencadangkan aktiviti pengajaran

individu yang sesuai.

Pembelajaran masteri pada asalnya dibina oleh Bloom (1976, rujukan

oleh Burden & Byrd) menekankan fleksibel masa yang distrukturkan dengan

kandungan,pengajaran dianostik dan preskriptif dan mencapai semua objektif

dengan jayanya oleh semua murid.Dua unsur utama pembelajaran masteri

adalah arahan yang tepat dan masa.

Guru menggunakan pembelajaran masteri untuk mengurus pengajaran

bilik darjah dengan teliti,menyampaikan maklumat dan kemahiran mengikut

coraknya, sentiasa menentukan kemajuan muridnya,memaklumkan kepada

murid tentang kemajuannya, membantu murid mengatasi masalah melalui

bimbingan, latihan dan pengajaran atau latihan tambahan serta memberi

pengayaan tambahan kepada mereka yang menguasai pembelajaran dengan

cepat.

Elemen penting dalam pembelajaran masteri ialah menentukan dengan

jelas apa yang perlu dipelajari dan bagaimana penilainya, membenarkan murid

belajar mengikut kemampuannya sendiri dan menilai kemajuan dan memberi

- 25 -

Page 26: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

maklum balas yang sepatutnya serta menguji untuk menentukan bahawa kriteria

pembelajaran telah dicapai.

Pembelajaran masteri memerlukan perancangan, pengurusan dan ujian

diagnostik guru teliti ini. Tugasan dan aktiviti alternatif perlu disediakan oleh guru

untuk keperluan setiap murid.

Terdapat beberapa kebaikan pembelajaran masteri. Antara kebaikannya

adalah murid mempunyai kemahiran sedia ada sebelum ke unit yang seterusnya.

Selain itu, kebaikan pembelajaran masteri adalah memerlukan guru membuat

analisis tugasan, dengan itu menjadi lebih bersedia mengajar unit tersebut.

Seterusnya ia memerlukan guru menyatakan objektif sebelum membahagikan

aktiviti dan boleh menyekat kegagalan ( terutamanya penting untuk murid yang

kurang bernasib baik )

Pembelajaran masteri juga ada kekurangannya. Satu daripadanya ialah,

bukan semua murid akan menguasai pembelajaran pada kadar yang sama.Oleh

itu, murid yang telah menguasai sesuatu pembelajaran pada kadar yang

sama.Oleh itu, murid yang telah menguasai sesuatu pembelajaran terpaksa

menunggu murid lain yang belum menguasainya. Guru perlu mempunyai

pelbagai bahan untuk pemulihan dan pelbagai jenis ujian diperlukan. Sekiranya

guru hanya mengguna ujian objektif , ini akan menyebabkan murid menghafal

dan belajar yang spesifik sahaja dan tidak menggalakkan pembekajara tahap

tinggi.

4.10 Pengajaran Koperatif atau Kolaboratif

Murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk

menyempurnakan tugasan kumpulan, bertukar pendapat,membuat perancangan

dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah. Pengajaran koperatif adalah

satu strategi yang melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti

pembelajaran kumpulan kecil dan menggalakkan interaksi positif.

- 26 -

Page 27: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pembelajaran koperatif menyumbangkan kepada pencapaian akademik,

mudah dilaksanakan dan tidak mahal. Tingkh laku dan rekod kedatangan murid

yang bertambah baik dan lebih sukakan sekolah adalah antara kebaikan yang

dikenal pasti (Slavin, 1987)

Tambahan kepada hasil positif yang dikenal pasti adalah pembelajaran

koperatif dapat meningkatkan motivasi murid, menggalakkan proses kumpulan,

memupuk interaksi sosial dan akademik di kalangan murid dan memberi

ganjaran kepada penyertaan kumpulan yang berjaya. Satu daripada dapatan

kajian yang konsisten adalah aktiviti pembelajaran koperatif memeperbaiki

perhubungan murid dengan rakan sebayanya,lebih-lebih lagi mereka yang

datang dari kumpulan sosialetnik yang lain.

Apabila kanak-kanak mula melaksanakan tugasan kesediaan, kerjasama

boleh memberi peluang untuk berkongsi idea, belajar bagaimana orang lain

berfikir dan bertindak balas terhadap masalah dan berlatih mengguna kemahiran

bahasa lisan dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif boleh menghasilkan

perasaan positif terhadap sekolah, guru dan rakan sebaya.Perasaan begini

menjadi asas yang penting untuk kejayaan seterusnya di sekolah. Murid juga

digalakkan mempelajari bahan denan lebih mendalam untuk membuktikan

kepada guru yang mereka telah menguasai bahan yang diperlukan.

Dalam pasukan pembelajaran koperatif,murid yang berpencapaian

rendah, berpeluang memberi sumbangan kepada kumpulan dan mengalami

kejayaan dan semua boleh meningkatkan kefahaman idea dengan menerangkan

kepada rakan lain (Featherstone,1986). Tugasan pemebelajaran koperatif yang

dibina dengan baik menggalakkan sifa saling bergantung antara mereka di

samping memerlukan akauntabiliti individu. Walaubagaimanapun, untuk berjaya

dalam pembelajaran kumpulan koperatif, murid juga perlu menguasai kemahiran

interpersonal yang diperlukan oleh kumpulan untuk menyempurnakan tugasan

mereka. Untuk bekerja dengan jayanya dalam pasukan pembelajaran koperatif

murid perlu juga mnguasai kemahiran interpersonal untuk melengkapkan

tugasan yang diberikan.

- 27 -

Page 28: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

4.11 Integrasi Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kebolehan murid untuk melibatkan diri dalam situasi pengajaran pembelajaran

yang bermakna dalam bilik darjah ialah keperluan umum bagi rakyat yang

bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik dan sebagai

tenaga kerja yang mahir untuk menjadi ahli fikir yang berkesan adalah lebih

diiktiraf dalam matlamat pendidikan sekarang. Jika murid mahu berfungsi secara

berkesan dalam masyarakat yang berteknologi tinggi, maka mereka perlu

melengkapkan diri dengan kajian dan kemahiran berfikir sepanjang hayat untuk

memperoleh dan memproses maklumat di dunia yang sentiasa berubah.

Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang normal di seolah

bestari, kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kajian dan

kemahiran belajar,kemahiran pemudah caraan,kemahiran berfikir dan kemahiran

berfikir di kalangan murid. Sebenarnya, kebanyakkan badan kesusasteraan

mengakui bahawa daya kreativiti murid dalam berfikir dan kemahiran

menyelesaikan masalah boleh dipertingkatkan melalui pengajaran dan amalan

(Robinson,1987).

Perlu ingatkan bahawa murid boleh belajar befikir dengan lebih baik dan

menyelesaikan masalah dnegan cara yang lebih berkesan jika sekolah

menumpukan kepada mengajar mereka cara melakukannya.

- 28 -

Page 29: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Kemahiran pemudah caraan merangkumi beberapa aspek berikut :

a) Challenging : Menguji kemampuan atau ketabahan seseorang

b) Attending : Memberi perhatian kepada seseorang dalam satu satu

perbincangan

c) Disclosing : Memperlihatkan atau mendedahkan sesuatu perkara

d) Cognitive structuring : Satu kaedah membina kefahaman

menggunakan pengetahuan sedia ada yang digabung dengan fakta

dari sumber yang baru untuk membentuk suatu kefahaman yang baru

yang lebih bermakna dan memuaskan.

e) Feedback : Teknik pemudahcara berdasarkan kepada pendapat dan

penerimaan setiap penerangan. Ia melibatkan perbincangan secara

dua hala

f) Focussing : Proses penumpuan dalaman mengenai kesedaran

kendiri dan pemulihan emosi.

g) Goal-setting : Menetapkan objektif ke arah P & P yang lebih rasional.

h) Instructing : Pengajaran berdasarkan guru sebagai penyampai

maklumat dan menunjukkan langkah-langkah yang perlu dan

terperinci tentang sesuatu topik

i) Modelling : Satu proses demonstrasi bagi menggambarkan sesuatu

dengan berkesan, menarik minat murid mengikuti proses P & P

dengan lebih terancang

j) Trailing (menjejak) : Mengesan masalah pelajar dan memudahcara

penyampaian

k) Questioning : Membantu dan melatih pelajar berfikir secara

mendalam dan meluas

l) Reflecting (renungan): Mencermin, menggambar, membayang,

berfikir dalam-dalam atau sebagai pantulan sesuatu perkara yang

telah diperkatakan

m) Thematising : Suatu perbincangan yang menumpukan kepada tema

atau tajuk yang telah ditetapkan

- 29 -

Page 30: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kaeadah pengajaran bestari meliputi pelbagai kaeadah

bestari. Terdapat pelbagai isi utama yang merangkuminya. Strategi pengajaran direktif

berhasratkan untuk membantu murid memahami dan memperoleh maklumat sebagai

asas bagi bacaan dan penaakulan secara kritis. Dalam pendekatan ini,murid perlu

menirutingkah laku atau kemahiran yang ditunjuk atau disampaikan oleh guru.

Pengajaran mediatif membolehkan murid belajar untuk menilai pelbagai sudut

pandangan tentang isu-isu kontroversi, menghormati pendapat orang dan menggunakan

proses penyelesaian masalah. Pendapat utama pengajaran generatif adalah membantu

murid membina ilmu serta membentuk cara baru dan celik akal untuk mendekati dan

menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran pemerhatian,pembelajaran berlaku dengan

memerhati orang lain melaksanakan sesuatu tugas.Murid belajar dengan mengguna

kognitif ini bukan hanya belajar cara membuat sesuatu tetapi juga belajar sebab dan

akibat yang mungkin boleh berlaku.

Pengajaran kontekstual membantu kita menghubung kait kandungan subjek

kepada situasi kehidupan sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat pertalian

antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dengan bagaimana ilmu itu digunakan

dalam kehidupan sebagai ahli keluarga dan warganegara. Pengajaran metakognisi

adalah pengajaran proses berfikir terhadap pemikiran. Manakala, penjaran kajian luar

memberi peluang kepada murid belajar melalui pengalaman langsung dunia

sebenar.Kajian masa depan berdasarkan pemahaman bahawa murid perlu

menyediakan diri untuk menghadapi cabaran dan perubahan masa depan yang

dinamik.Pengajaran masteri ialah satu kaedah pengajaran individu yang menggunakan

kurikulum berstruktur. Pengetahuan dan kemahiran dalam kurikulum dibahagikan

kepada bahagian-bahagian kecil untuk dipelajari. Ia direka bentuk untuk memastikan

murid mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa yang mereka perlukan. Akhirnya

murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk melengkapkan

tugasan kumpulan. Mereka bertukar pendapat, membuat perancangan dan

mencadangkan jalan penyelesaian masalah.

- 30 -

Page 31: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

BIBLIOGRAFI

Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. 2005.Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Sekolah

Menengah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Kuala

Lumpur.

Hazri Jamil, Hashim Othman, Rohizani Yaakub. 2004.Penghantar Keadah

Pengajaran Pelajaran Ilmu Kemanusiaan. Shah Alam : Karisma Publications

Sdn. Bhd.

Khadijah Rohani Mohd. Yusof. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open

University (OUM).

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan

Berasaskan Sekolah. 2004.Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Modul 2/3.

Kuala Lumpur :Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mook Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas

Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

2001.Pembelajaran Masteri. Kuala Lumpur :Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi Pembelajaran &

Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan.

Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd.

- 31 -

Page 32: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

LAMPIRAN

- 32 -

Page 33: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Lampiran B

Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 1

Pengetahuan dan kemahiran

1. Pengetahuan am tentang kaum yang ada di Malaysia.

2. Boleh mendapatkan bahan rujukan yang mencukupi dari buku dan internet.

Bahan bantu mengajar

1. komputer

2. LCD

3. OHP

4. Menayangkan video tentang sambutan parayaan mangikut kaum.

5. Menerangkan tajuk dan penerangan melalui power point.

Perisian 1. Pelayar Internet

2. Multimedia

3. Emel

Sumber Internet 1. http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=banjir1 (diakses pada 5 April 2007) Laman web ini memberi maklumat tentang, kaum di Malaysia, bahasa, bencana alam seperti banjir, kejadian Tsunami, tanah runtuh dan sebagainya.

objektif 1. Mengetahui tentang perayaan dan sambutan yang ada.2. Memahami perayaan kaum lain dalam masyarakat setempat.3. Menghargai kemeriahan sambutan perayaan.4. Memupuk kerjasama antara kaum.5. Mensyukuri nikmat Tuhan.

Penerapan nilai Menghormati setiap kaum yang ada dalam masyarakat setempat.

Hasil pembelaja-ran

1. Murid akan lebih mengetahui budaya kaum lain.2. Menghormati kebudayan, agama dan kepentingan kaum lain.3. Dapat mengekalkan keamanan hidup di Malaysia dengan

masyarakat yang berbilang kaum.RINGKASAN MENGAJAR

Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 2

- 33 -

Page 34: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas 6 CerdikTarikh 5 September 2007Tajuk Nilai Murni Pembentuk BangsaHPU Mengenal pasti dan menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan

tajuk pengajaran daripada bahan yang didengar atau dibaca.Aras 1

I. Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.

HPK Menghasilkan sebuah cerita pendek yang berkaitan dengan tajuk iaitu nilai-nilai murni melalui aktiviti lakonan.Aras 1

I. Mengenal pasti isi dan maklumat penting tentang nilai-nilai murni.Aras 2

I. Menyediakan dialog-dialog yang sesuai dengan tajuk untuk aktiviti lakonan.

Aras 3I. Membuat aktiviti lakonan berkaitan dengan tajuk iaitu melakonkan

watak yang terdapat pelbagai nilai-nilai murni dalam cerita tersebut dengan menarik dan mempunyai mesej yang berguna kepada murid-murid yang lain.

Masa 60 minit

Objektif Di akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyenaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam kehidupan seharian.

2. Mengenal pasti peranan, kumpulan sasar, tugasan dan hasilan projek.

3. Mencatat maklumat ringkas daripada cerita yang telah dilakonkan.

4. Mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita yang dilakonkan dan daripada sumber yang lain.

5. Membuat aktiviti lakonan bertemakan nilai-nilai murni yang menjadi pembentuk kepada bangsa.

Pengetahuan Sedia Ada

Pengetahuan am tentang nilai-nilai murni.

Penerapan Nilai

1. Menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

BBM Video klip – Amalan nilai murni. Persembahan Elektronik Guru (Power Point) – Pengenalan

kepada Projek. Video cerita bertajuk ’Pengorbanan Seorang Guru’

Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 2

- 34 -

Page 35: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Bumi dikenali sebagai Earth dalam bahasa Inggeris. Planet ketiga daripada sembilan planet dalam Sistem suria, Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Troposfera (Troposphere) merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan terhampir dengan permukaan bumi. Troposfera bermula dari permukaan bumi sehingga lapisan tropopause (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud). Dalam lapisan tropopause, suhu berkurangan dengan pertambahan ketinggian altitud, dari sekitar 17oC hingga − 52oC. Kebanyakan sistem cuaca berlaku dibawah lapisan tropopause.

Lapisan ini ialah lapisan di mana campuran gas-gasnya adalah yang paling ideal untuk menampung kehidupan di bumi. Di lapisan ini kehidupan juga terlindung dari pancaran radiasi yang dipancarkan oleh matahari dan objek langit lain.

Stratosfera (stratospere) merangkumi kawasan bermula daripada lapisan troposfera (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud) sehingga lapisan mesosfera (lebih kurang 50 kilometer). Suhu stratosfera meningkat dengan altitud disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25 kilometer. Molekul ozon menyerap sinaran ultra-lembayung (uv) dari matahari menyebabkan suhu meningkat pada aras tersebut (maksimum ~270 Kelvin di sempadan atas stratopause), dan pada masa yang sama melindungi bumi daripada sinaran uv.

Mesosfera (Mesosphere) merupakan lapisan udara ketiga, di mana suhu atmosfera akan berkurangan dengan pertambahan altitud sehingga ke lapisan keempat termosfera. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang datang dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi. Kebanyakan meteor yang sampai ke bumi biasanya terbakar di lapisan ini.

Mesosfera terletak di antara 50 km dan 80-85 km dari permukaan bumi, manakala suhunya berkurang dari 290 K hingga 200 K (18oC hingga − 73oC).

Lapisan Termosfera terletak di atas mesosfera dan di bawah eksosfera. Lapisan ini hanya mempunyai sedikit sahaja udara. Fenomena aurora (tirai cahaya) terhasil di sini hasil tindak balas angin suria dengan medan magnet bumi . Di lapisan ini juga sinaran uv akan menyebabkan pengionan.

Kumpulan 3 telah membentangkan RPH mereka dalam bentuk Microsoft Power PointRancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 4

- 35 -

Page 36: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas : 6 BiruTarikh : 10. 10. 2007Tajuk : Flora dan FaunaHPU : Mengenal pasti maklumat daripada bahan yang didengar atau

dibaca.

Aras 1i. Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang

diperoleh.

HPK : Aras 2i. Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber

berdasarkan tajuk.Aras 3

i. Menghasilkan folio secara terancang, tertib, dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik bersertakan gambar.

Masa : 60 minit

Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat:

6. mengenal pasti kategori flora dan fauna7. mengklasifikasikan jenis flora dan fauna8. mencatat maklumat ringkas daripada gambar yang dilihat. 9. mengenal pasti maklumat berkaitan dari pelbagai sumber

berdasarkan tajuk projek10. menghasilkan satu folio mengenai flora dan fauna

Pengetahuan Sedia Ada

: Pengetahuan am tentang flora dan fauna

Penerapan Nilai : 2. Menghargai setiap hidupan di muka bumi ini.

BBM : Persembahan Elektronik Guru (PowerPoint)- Pengenalan Projek

Video klip- jenis-jenis ikan

Langkah Kandungan Aktiviti P&P CatatanSet Induksi Guru menayangkan powerpoint TKP : Verbal

- 36 -

Page 37: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Langkah Kandungan Aktiviti P&P Catatan(10 minit) Persembahan

elektroniktentang flora dan fauna.

Melalui aktiviti sumbangsaran, guru meminta murid membincangkan soalan utama “mengelaskan flora dan fauna mengikut kategori”.

flora

fauna

Murid mencatatkan pendapat mereka dalam Borang Soalan Utama.doc.

Linguistik, interpersonal

KBKK:Menjana ideaMenyatakan pendapat

Nilai:Menghargai keindahan alam sekitar

Langkah 1(10 minit)

Sajak “Sayangi Bumi”

Guru memperdengarkan lagu yang berkaitan dengan flora dan fauna.

Lagu hijau

Guru meminta murid membentuk kumpulan untuk menyanyikan semula lagu tersebut.

Lirik

Murid mengenal pasti perkataan yang tidak difahami dan mencari makna perkataan tersebut dengan menggunakan kamus.

TKP:- Verbal

linguistik- Visual

Ruang

Langkah 2(10 minit)

Dalam kumpulan masing-masing, murid diminta mencatat isi-isi penting yang terdapat dalam sajak dalam bentuk peta minda.

TKP: Verbal linguistik

Langkah 3(25 minit)

Dalam kumpulan masing-masing, murid diminta menghasilkan folio bertemakan flora dan fauna.

KBKK:-Menjana idea-Mengumpulkan

- 37 -

Page 38: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Langkah Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Murid membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.

maklumat

TKP-Pembelajaran Koperatif

Penutup(5 minit)

Rumusan P&P Guru meminta murid membuat refleksi tentang soalan utama secara lisan.

Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 5

- 38 -

Page 39: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas : 6 Bestari Tarikh : 11 Jun 2007Tajuk : Kesultanan Melayu MelakaHPU : Mengenal pasti maklumat daripada bahan yang didengar atau

dibaca.

Aras 1ii. Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang

diperoleh.

HPK : Menghasilkan lakonan cerita tentang kesultanan Melayu Melaka

Aras 1ii. Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber

berdasarkan tajuk.Aras 3

ii. Menghasilkan lakonan dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik.

Masa : 60 minit

Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat:

11. mendalami pengetahuan tentang sejarah kesultanan melayu melaka

12. mengenal pasti peranan masing-masing13. mencatat maklumat ringkas daripada cerita yang

dilakonkan 14. mengenal pasti maklumat berkaitan dari pelbagai sumber

berdasarkan tajuk projek15. menghasil satu lakonan semula tentang sejarah melayu

melakaPengetahuan Sedia Ada

: Pengetahuan am tentang sejarah

Penerapan Nilai : 3. Menghargai peninggalan sejarah 4. Meneladani perkara yang baik dan buruk

BBM : Video Klip – Sejarah Melaka Pesembahan Elektronik Guru (PowerPoint)-

Pengenalan Projek Lakonan semula oleh pelajar

Lampiran C

- 39 -

Page 40: Kaedah-kaedah Dan Teknik Pengajaran

BORANG PENILAIAN

Selepas membentangkan tugasan Konsep Alam Belajar, kumpulan kami telah

menyediakan satu tugasan kepada kumpulan yang lain.Mereka perlu memilih satu

subtajuk dalam subjek major iaitu Pengajian Sains Sosial dan membentangkannya

dalam bentuk Rancangan Mengajar Harian (RPH) secara bestari. Mereka juga perlu

menerangkan bagaimana konsep pengajaran dan pembelajaran tersebut dijalankan.

Berikut merupakan hasil penilaian yang telah dilakukan terhadap pembentangan yang

telah mereka lakukan.

KUMPULANCARA

PENYAMPAIANISI RPH KERJASAMA

UNSUR

BESTARIJUMLAH

1 2 2 2 2 2 10/ 10

2 2 2 2 2 2 10/ 10

3 2 1 2 2 1 8/ 10

4 2 2 2 2 2 10/ 10

5 2 2 2 2 2 10/ 10

Dalam tugasan ini terdapat beberapa kekeliruan yang belaku pada mulanya

dalam pemberian tugasan . Namun setelah pembentangan dilakukan oleh kumpulan

kami, kumpulan lain mulai faham dan tahu bagaimana cara untuk membuat Rancangan

Mengajar Harian (RPH) secara bestari. Akhirnya mereka mampu melakukan tugasan

tersebut dengan berdedikasi.

Ternyata melalui sistem penilaian di atas kami mendapati kumpulan-kumpulan

tersebut mampu melaksanakan tugasan yang diberikan dengan jayanya.

- 40 -