Apa itu iklan power & cara hasilkannya dari dzulfaqar hashim 2016

9
Apa Itu Iklan Power & Cara Menghasilkannya? Ebook FREEMIUM ini disediakan oleh Dzulfaqar Hashim

Transcript of Apa itu iklan power & cara hasilkannya dari dzulfaqar hashim 2016

Page 1: Apa itu iklan power & cara hasilkannya dari dzulfaqar hashim 2016

Apa Itu

Iklan Power & Cara Menghasilkannya?

Ebook FREEMIUM ini disediakan oleh

Dzulfaqar Hashim

Page 2: Apa itu iklan power & cara hasilkannya dari dzulfaqar hashim 2016

Kali ni saya nak kongsikan Cara Buat Iklan POWER.

tapi sebelum tu, untuk makluman anda semua, iklan power

ni terhasil daripada target market yang kelaparan, 1 ayat

headline yang betul-betul menarik target market tadi,

testimoni yang hebat, Call to Action yang mudah &

gambar atau video yang betul-betul menarik orang untuk

STOP pada iklan kita.

Kalau lengkap semua ini, baru lah boleh panggil iklan

power. Maknanya, bukan semata-mata bergantung pada

ayat iklan.

Faham ke faham?

ok. kita go through satu per satu...

Page 3: Apa itu iklan power & cara hasilkannya dari dzulfaqar hashim 2016

1. 1 target market yang kelaparan

Macam mana nak cari audiens ni? mudah je. Tapis guna

HEADLINE! Contoh, Bisnes fesyen.

Target market kita nak ?:

Orang yang pakai jubah. kecikkan lagi skop ni, akan jadi,

Suami isteri yang pakai jubah ke tempat kerja pada hari

jumaat.

Contoh Headline ?:

Sis, nak pakai jubah couple macam ni tak pergi kerja

Jumaat ni dengan Asben?

Nampak x? Biar lah kalau sikit je target kita, asalkan

berkualiti. Seterusnya...

Page 4: Apa itu iklan power & cara hasilkannya dari dzulfaqar hashim 2016

2. testimoni yang hebat

Macam mana hebat tu? Macam ni, saya terus bagi contoh.

contoh 1: "Salam.. Saya dah try alat penjimat minyak tu,

sangat berkesan. kereta saya dah jimat 30%!!!"

contoh 2: "Boss... alat penjimat minyak boss tu memang

menjadi la.. Isi full tank, saya bawak 140-160kmh ke

Melaka, refill balik kat sanaa full tank, baru RM20.40 je!

Terbaik Boss!"

Mana lagi menarik? Mesti lah contoh 2 kan? Kenapa?

Kita sedar tak yang kita suka tengok cerita, dengar cerita?

YA! Lumrah

manusia suka kepada ceria! Jadi, ceritakan lah sikit, jangan

KAKU macam contoh 1 tu...

Boleh telan x setakat ni?

Page 5: Apa itu iklan power & cara hasilkannya dari dzulfaqar hashim 2016

3. Call to Action yang mudah ialah arahan yang senang

faham dan tak mengelirukan. Selalunya orang buat pendek

dan jelas.

Contoh: SMS/Whatsapp/Call ke +60173260632

sekarang!!!

Sebenarnya tu contoh yang kurang bagus. sebab terlalu

mengelirukan. mula-mula sms, pastu whatsapp, eh call pun

boleh.

Apa kata buat 1 sahaja. Boleh?

Contoh: Whatsapp <EBOOK> hantar ke +60173260632

sekarang!

Lebih pendek, lebih jelas bukan? Orang pun boleh Fikir,

selalunya kalau dah boleh whatsapp, mesti boleh SMS dan

Call.

(Kebiasaannya boleh, tapi kalau seller tu tak ada kerja

pergi install Whatsapp kat Ipad, memang la tak boleh :p )

Page 6: Apa itu iklan power & cara hasilkannya dari dzulfaqar hashim 2016

Last sekali...

4. Penggunaan gambar atau video yang betul-betul kena

dengan target market.

OK... Kalau anda buat iklan di Akhbar, atau majalah,

selalunya anda kena muatkan semua copywriting ke dalam

gambar betul ?

Sebab anda sewa 1 slot ruangan di akhbar atau majalah.

Lain dengan di Internet, lebih khusus lagi di FB.

Facebook TAK GALAKKAN ada text banyak dalam

gambar atau paparan thumbnail video. (Nanti reach

kurang, dan kos iklan kemungkinan mahal.) (update:

16/11/2016)

Kenapa FB buat macam ni?

Sebab... FB dah sediakan RUANG untuk anda tulis ayat

iklan iaitu di bahagian 'description'.

Ramai pengamal FB Ads mengatakan, gambar iklan di FB

hanyalah untuk menarik perhatian audiens.

Page 7: Apa itu iklan power & cara hasilkannya dari dzulfaqar hashim 2016

Mereka scroll-scroll FB lepas tu mereka akan STOP kalau

mereka tertarik dengan gambar iklan kita dan terus baca

headline.

Faham ke faham?

Saya suka buat macam ni. saya gambarkan Apa yang saya

tulis di headline kat dalam gambar. Ingat ya, gambar tak

semestinya gempak-gempak, asalkan berkaitan, tapi

jangan tak cantik pulak...

Contoh: Headline saya "Sis, nak pakai jubah couple macam

ni tak pergi kerja Jumaat ni dengan Asben?"

Gambar: Background masjid, Gambar suami isteri sweet2

gayakan jubah. Tu je! Text dalam tu saya tulis, "Jubah

Couple utk Suami Isteri" dan letak no telefon.

Page 8: Apa itu iklan power & cara hasilkannya dari dzulfaqar hashim 2016

Simple kan?

Inilah sebenarnya cara untuk hasilkan iklan yang power.

kita faham ni, insyaallah boleh akan hasilkan iklan yang

lebih power selepas ini.

Tak susah mana pun kan ? cuma tak tahu je...

Saya percaya anda boleh buat jika anda fahamkan perkara

ni betul-betul.

Sekian sahaja eBook kali ini. Insyaallah, banyak lagi

eBook FREEMIUM saya nak buat. Terima kasih sebab

baca sampai Habis.

Ikhlas dari kawan anda,

Dzulfaqar Hashim

www.klinikfbads.com

Page 9: Apa itu iklan power & cara hasilkannya dari dzulfaqar hashim 2016

P/S: elakkan menulis ciri-ciri produk atau servis pada

bahagian ayat iklan, sebaliknya tulis kelebihan atau

manfaat.

p/s: ADD SAYA DI FACEBOOK!

Saya suka berkawan dengan orang

bisnes ni. Tolong add saya pls?

fb.me/gunzz9xp