Amali Memahami Trend Populasi.
-
Upload
jef-manjef -
Category
Documents
-
view
181 -
download
7
description
Transcript of Amali Memahami Trend Populasi.
Praktikal 4 : Memahami trend populasi
Tujuan : Untuk menyiasat trend populasi pelbagai jenis haiwan
Teori :
Populasi ini merujuk kepada pertambahan,pengurangan ataupun pengekalan
bilangan individu dalam sesuatu spesis yang disebabkan oleh beberapa faktor dalam
sesuatu tempoh masa. Manakala menurut Kee Bee Suan (2012) pula, populasi adalah
sekumpulan organism yang sama spesies mendiami kawasan yang sama dan bilangan
organisma dalam populasi dinamakan saiz populasi.
Populasi mempunyai ciri-ciri khas yang unik seperti kadar pertumbuhan, struktur
umur, nisbah jantina dan kadar jangka hayat. Populasi dikatakan meningkat apabila
bilangan sumber makanan mencukupi dan keadaan persekitaran selamat dan tenang.
Selain itu faktor lain ialah seperti kurangnya kadar persaingan antara individu dalam
kelompok itu dan keadaan cuaca yang baik dan tidak ada bencana alam.
Kepadatan populasi
Kepadatan populasi merupakan hubungan diantara jumlah individu dan luas
sesuatu ruang yang didiami pada sesuatu ketika atau masa.
Keupayaan Muatan
Keupayaan Muatan bermaksud beban maksimum persekitaran. Apabila saiz
populasi kecil daripada keupayaan muatan, kadar pertumbuhan adalah positif dan
apabila populasi lebih besar daripada keupayaan muatan, kadar pertumbuhan adalah
negatif.
Pertumbuhan pula merupakan satu proses tidak berbalik yang melibatkan
pertambahan saiz, pertambahan bilangan sel, peningkatan kerencaman dan fungsi
sesuatu organisma. Tiga proses yang terlibat didalam pertumbuhan iaitu pembahagian
sel, pembesaran sel dan pembezaan sel. Pertumbuhan sel, tisu, organ danorganisma
biasa diukur dengan menggunakan parameter berat,panjang, tinggi, isi padu, dan berat
kering. Secara amnya, lengkung pertumbuhan bagi organisma yang berlainan
mempunyai bentuk asas yang sama iaitu berbentuk S atau sigmoid.
Dipetik daripada www.tutor.com.my
Satu lengkung sigmoid mempunyai lima fasa, iaitu:
(a) fasa permulaan (M)
(b) fasa eksponen (N)
(c) fasa kematangan (O)
(d) fasa kedewasaan (P)
(e) fasa penuaan (Q)
Jika saiz populasi dua kali ganda antara setiap jangka masa, maka bentuk
pertumbuhan geometri ini dipanggil pertumbuhan eksponen. Bentuk lengkung
pertumbuhan populasi dikawal oleh tiga faktor iaitu saiz populasi permulaan atau awal
(N0), faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengukur kadar di mana populasi
berkembang jika ia mempunyai sumber makanan. (Institut Pendidikan Guru Malaysia,
2013)
Pertumbuhan populasi dipengaruhi oleh dua faktor iaitu :
i. faktor bersandarkan kepadatan (Density-dependent factors)
ii. faktor tidak bersandarkan kepadatan (Density-independent factors)
i. faktor bersandarkan kepadatan (Density-dependent factors)
Faktor bersandarkan kepadatan adalah faktor yang mengawal pertumbuhan
populasi. Sebagai contoh, penyakit akan membawa kesan jika kepadatan penduduk
adalah padat, maka setiap individu dalam komuniti itu akan mempunyai kebarangkalian
yang lebih tinggi dijangkiti penyakit. Bukan hanya sebilangan besar individu akan
terjejas, tetapi, yang lebih penting, sebahagian besar daripada penduduk akan terjejas
jika mereka tinggal berhampiran bersama-sama.Faktor bersandarkan kepadatan
bergantung kepada faktor-faktor biologi, seperti penyakit, parasit, persaingan, dan
pemangsa.
ii. Faktor tidak bersandarkan kepadatan (Density-independent fatcors)
Faktor tidak bersandarkan kepadatan adalah tidak bergantung kepada
ketumpatan asal atau saiz penduduk. Kesan cuaca adalah contoh faktor tidak
bersandarkan kepadatan. Ribut teruk dan banjir yang melanda sesuatu kawasan boleh
memusnahkan sejumlah penduduk yang besar.Faktor tidak bersandarkan kepadatan
adalah faktor-faktor fizikal, seperti faktor cuaca (contohnya, musim sejuk yang teruk)
atau kehadiran bahan kimia berbahaya dalam sesuatu komuniti. (Dr. Ray L. Winstead
(n.d).http://nsm1.nsm.iup.edu/rwinstea/popreg.shtm)
Tugasan 1:
Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh
badak dan mengapakah saiz populasi akhir berbeza?
Senarai bahan :
Jadual anggaran populasi dua jenis badak A dan badak B
Kaedah :
1. Pertumbuhan populasi badak diplot menggunakan paksi yang sama. Masa (t) pada
paksi-X dan saiz populasi (N) pada paksi-Y. satu garis dilukis mewakili garis
pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.
2. Bentuk graf yang terhasil dikenalpasti.
3. Faktor pertumbuhan ( R ) dikira bagi setiap populasi selang masa dan dimasukkan
ke dalam Jadual 1.
4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.
Pemerhatian / Data :
Selang masa
(t) = generasi
Populasi Badak A Populasi Badak B
Saiz
populasi, (N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
0 N0 = 30 N0 = 20
1 58 1.9 39 2.0
2 123 2.1 82 2.1
3 236 1.9 161 2.0
4 484 2.0 318 2.0
5 955 2.0 643 2.0
Jadual 1
Graf : (Rujuk Lampiran)
Analisis Data :
Faktor pertumbuhan (R) badak A
Contoh : Selang masa (t) 1
= N1 / N0
= 58 / 30
= 1.9
Faktor pertumbuhan (R) badak B
Contoh : Selang masa (t) 1
= N1 / N0
= 39 / 20
= 2.0
Purata geometrik Populasi Badak A dan Badak B
Populasi Badak A,
Purata (R) = 1.9 + 2.1 + 1.9 + 2.0 + 2.0
5
= 1.98 ~ 2.0
Populasi Badak B,
Purata (R) = 2.0 + 2.1 + 2.0 + 2.0 + 2.0
5
= 2.02 ~ 2.0
Soalan :
Semak ketiga-tiga faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapakah terdapat
perbezaan dari segi penduduk antara kedua-dua penduduk pada selang masa ke 5?
Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz pendudukan awal, faktor
pertumbuhan atau alam sekitar?
Populasi Badak B mempunyai kadar pertumbuhan (R) yang tinggi. Saiz
penduduk bagi selang masa ke 5 berbeza bagi kedua-dua populasi badak
disebabkan oleh saiz awal populasi. Bilangan saiz populasi awal badak A
adalah sebanyak 30 adalah lebih tinggi daripada saiz populasi awal badak B
iaitu 20 sahaja. Disebabkan itu, ahli baru lebih banyak dihasilkan di populasi
badak B.
Tugasan 2:
Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh koala dan mengapa saiz
populasi akhir berbeza?
Senarai bahan :
Jadual anggaran populasi dua jenis koala A dan koala B
Kaedah :
1. Pertumbuhan populasi koala diplot menggunakan paksi yang sama. Masa (t) pada
paksi-X dan saiz populasi (N) pada paksi-Y. satu garis dilukis mewakili garis
pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.
2. Bentuk graf yang terhasil dikenalpasti.
3. Faktor pertumbuhan ( R ) dikira bagi setiap populasi selang masa dan dimasukkan
ke dalam Jadual 2.
4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.
Pemerhatian / Data :
Selang masa
(t) = generasi
Populasi Koala A Populasi Koala B
Saiz
populasi, (N)
Faktor
pertumbuhan,
®
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan, ®
0 N0 = 20 N0 = 20
1 36 1.8 31 1.5
2 63 1.8 47 1.5
3 118 1.9 66 1.4
4 212 1.8 103 1.6
5 375 1.8 150 1.5
Jadual 2
Graf : (Rujuk Lampiran)
Analisis Data :
Faktor pertumbuhan (R) koala A
Contoh : Selang masa (t) 1
= N1 / N0
= 36 / 20
= 1.8
Faktor pertumbuhan (R) koala B
Contoh : Selang masa (t) 1
= N1 / N0
= 31 / 20
= 1.5
Purata geometrik Populasi koala A dan koala B
Populasi Koala A,
Purata (R) = 1.8 + 1.8 + 1.9 + 1.8 + 1.8
5
= 1.82 ~ 1.8
Populasi Koala B,
Purata (R) = 1.5 + 1.5 + 1.4 + 1.6 + 1.5
5
= 1.5
Soalan :
1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapakah terdapat perbezaan dari segi saiz
penduduk pada selang masa ke-5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam
saiz penduduk awal, faktor pertumbuhan atau alam sekitar?
Graf menunjukkan bentuk eksponen. Apabila saiz populasi semakin
meningkat, ia akan mempengaruhi faktor pertumbuhan. Populasi koala A dan
Koala B meningkat dari semasa ke semasa, namun disebabkan berlakunya
persaingan dari segi keperluan makanan dan tempat tinggal, populasi koala B
berkurangan daripada populasi Koala A.
2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi koala A adalah sama tetapi di bawah
keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi koala B adalah di bawah
keadaan kemarau, mengapakah adanya perubahan bagi faktor pertumbuhan, R
populasi tersebut? (Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran – kematian)
Perubahan alam sekitar seperti kemarau dan keadaan hujan boleh
mempengaruhi populasi sesuatu spesies. Semua faktor-faktor tersebut sangat
berpengaruh terhadap kelahiran, kematian dan migrasi yang berlaku bagi
memenuhi keperluan asas bagi sesuatu individu.
Tugasan 3 :
Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh kuda
belang dan bagaimana keupayaan muatan (carrying capacity)
mempengaruhi saiz populasi akhir?
Senarai bahan :
Jadual anggaran populasi dua jenis kuda belang A dan kuda belang B
Kaedah :
1. Pertumbuhan populasi kuda belang diplot menggunakan paksi yang sama. Masa (t)
pada paksi-X dan saiz populasi (N) pada paksi-Y. satu garis dilukis mewakili garis
pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.
2. Bentuk graf yang terhasil dikenalpasti.
3. Faktor pertumbuhan ( R ) dikira bagi setiap populasi selang masa dan dimasukkan
ke dalam Jadual 3.
4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.
Pemerhatian / Data :
Selang masa
(t) = generasi
Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda Belang B
Saiz
populasi, (N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
0 N0 = 20 N0 = 20
1 80 4.0 50 2.5
2 230 2.9 100 2.0
3 400 1.8 220 2.2
4 500 1.3 360 1.6
5 550 1.1 460 1.3
6 580 1.1 520 1.4
7 590 1.0 550 1.0
8 595 1.0 570 1.0
9 600 1.0 580 1.0
10 600 1.0 600 1.0
Jadual 3
Graf : (Rujuk Lampiran)
Analisis Data :
Faktor pertumbuhan (R) kuda belang A
Contoh : Selang masa (t) 1
= N1 / N0
= 80 / 20
= 4.0
Faktor pertumbuhan (R) kuda belang B
Contoh : Selang masa (t) 1
= N1 / N0
= 50 / 20
= 2.5
Purata geometrik Populasi kuda belang A dan kuda belang B
Populasi Kuda belang A,
Purata (R) = 1.62 ~ 1.6
Populasi Kuda belang B,
Purata (R) = 1.5
Soalan :
1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan
yang paling tinggi?
Graf menunjukkan bentuk sigmoidal. Berdasarkan purata geometrik, Populasi
kuda belang A mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi iaitu 1.6
berbanding purata geometrik kuda belang B
2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan
yang berlaku pada R.
Faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 2 hingga
selang masa 6, dan tetap pada selang masa ke 7 hingga ke 10
3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi?
Keupayaan muatan bagi populasi kuda belang A dan kuda belang B ialah 600.
Tugasan 4 :
Bagaimanakah persaingan di antara kedua-dua populasi kuda belang
mempengaruhi keupayaan muatan (carrying capacity)?
Senarai bahan :
Jadual anggaran dua jenis populasi di kawasan persekitaran yang sama bagi 10
selang masa (generasi).
Kaedah :
1. Pertumbuhan populasi kuda belang diplot menggunakan paksi yang sama. Masa (t)
pada paksi-X dan saiz populasi (N) pada paksi-Y. satu garis dilukis mewakili garis
pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.
2. Bentuk graf yang terhasil dikenalpasti.
3. Faktor pertumbuhan ( R ) dikira bagi setiap populasi selang masa dan dimasukkan
ke dalam Jadual 4.
4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.
Pemerhatian / Data :
Selang masa Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda Belang B
(t) = generasi Saiz
populasi, (N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
Saiz populasi,
(N)
Faktor
pertumbuhan,
(R)
0 N0 = 20 N0 = 20
1 90 4.5 50 2.5
2 220 2.5 120 2.4
3 340 1.6 210 1.8
4 410 1.2 260 1.2
5 440 1.1 260 1.0
6 450 1.0 230 1.0
7 450 1.0 200 1.0
8 440 1.0 170 1.0
9 460 1.0 150 1.0
10 450 1.0 150 1.0
Jadual 4
Graf : (Rujuk Lampiran)
Analisis Data :
Faktor pertumbuhan (R) kuda belang A
Contoh : Selang masa (t) 1
= N1 / N0
= 90 / 20
= 4.5
Faktor pertumbuhan (R) kuda belang B
Contoh : Selang masa (t) 1
= N1 / N0
= 50 / 20
= 2.5
Purata geometrik Populasi kuda belang A dan kuda belang B
Populasi kuda belang A,
Purata (R) = 1.59 ~ 1.6
Populasi kuda belang B,
Purata (R) = 1.39 ~ 1.4
Soalan :
1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan
yang paling tinggi?
Graf menunjukkan bentuk sigmoidal. Populasi kuda belang A mempunyai
faktor pertumbuhan yang paling tinggi.
2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan
yang berlaku pada R.
Faktor pertumbuhan, R tidak tetap. Bagi Populasi Kuda belang A, faktor
pertumbuhan, R semakin berkurang bagi selang masa 1 hingga 5 dan tetap
pada selang masa ke 6 hingga ke 10 iaitu 1.0. Manakala populasi B, semakin
berkurang dari selang masa 1 hingga ke 4 seterusnya tetap hingga ke selang
masa ke 10, iaitu 1.0.
3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan
mengapa.
Ya, keupayaan muatan bagi populasi A berubah kerana saiz populasi yang
berubah. Semakin besar Saiz populasi semakin besar keupayaan muatan bagi
populasi tersebut.
4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama.
Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor
yang mengawal pertumbuhan populasi.
Antara faktor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah kepelbagaian
genetik, persaingan dan kemampuan untuk beradaptasi dengan persekitaran.
Selain itu, faktor pertumbuhan iaitu kadar kelahiran populasi A dan B.
Daripada pemerhatian, kadar kelahiran populasi A adalah lebih tinggi daripada
populasi B. Manakala, kadar kematian populasi B adalah lebih tinggi daripada
populasi A. Selain itu, faktor alam sekitar iaitu setiap haiwan bersaing untuk
mendapatkan sumber air dan makanan. Populasi B kurang berdaya saing
daripada populasi A. Maka, kadar pertumbuhan populasi B adalah lebih
rendah daripada populasi A.
5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan
di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan
persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang?
Bagi Jadual 3, kesan persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah
rendah kerana perbezaan persekitaran bagi kedua- dua populasi. Bagi jadual
4, kesan persaingan bagi R untuk kedua- dua populasi kuda belang adalah
tinggi kerana setiap penduduk bersaing sesama sendiri untuk keperluan asas
yang serupa di kawasan yang sama di mana sumbernya akan menjadi
semakin terhad. Maka, bagi Jadual 4, pertumbuhan populasi A menunjukkan
pertumbuhan yang lebih tinggi daripada populasi B kerana daya saing yang
lebih tinggi.
Perbincangan :
1. Graf dibina bagi setiap tugasan. Label setiap lengkung pada graf dengan min
faktor pertumbuhan, R.
2. Apakah perbezaan diantara pertumbuhan eksponen dan logistik (sigmoidal)?
Pertumbuhan eksponen ialah salah satu yang wujud apabila kadar
pertumbuhan penduduk adalah berkadar kepada jumlah yang sedia ada.
Untuk ini, penduduk memerlukan keadaan yang paling ideal. Pertumbuhan
jenis ini ialah apabila setiap penduduk mempunyai bekalan sumber
kehidupan tanpa had dan berkembang dengan pesat. Kadar pertumbuhan
jenis ini bermula dengan perlahan dan kemudian menjadi lebih cepat
dengan peningkatan penduduk. Populasi dengan pertumbuhan eksponen
mempunyai kadar kelahiran yang berterusan dalam satu tempoh masa dan
tidak dihalang disebabkan faktor kekurangan makanan dan jangkitan
penyakit. Dalam pertumbuhan jenis ini ia tidak mempunyai had. Tetapi
dalam pertumbuhan logistik, pertumbuhan adalah terhad. Apabila
membandingkan dua pertumbuhan ini, pertumbuhan logistik dianggap
lebih realistik daripada pertumbuhan eksponen.
Pertumbuhan logistik (sigmoidal) pula ialah kadar pertumbuhan yang
berkadar dengan jumlah yang sedia ada juga tetapi turut dipengaruhi
sumber yang terhad dan persaingan. Berbeza dengan pertumbuhan
eksponen, pertumbuhan jenis ini, pada awalnya kadar pertumbuhan adalah
tinggi. Kemudian, kadar pertumbuhan semakin berkurang kerana terdapat
beberapa penduduk yang bersaing sesama sendiri pada ruangan yang
terhad untuk keperluan hidup. Apabila penduduk mencapai keadaan yang
seimbang, kadar pertumbuhan adalah sifar. Jika gangguan tidak berlaku,
maka nilai penduduk akan kekal malar.
3. Bagaimanakah populasi bertambah dan kehilangan individu?
Bilangan individu bertambah melalui proses kelahiran dan imigrasi, dan
mengalami kehilangan individu melalui kematian dan emigrasi.
4. Apakah kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik
yang tinggi?
Populasi bagi penigkatan kadar intrinsik yang tinggi ialah kadar
pertumbuhan penduduk apabila penduduk semakin berkembang di bawah
keadaan yang ideal dan tanpa had, iaitu, secepat mana penduduknya boleh
berkembang. Kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar
intrinsik yang tinggi ialah dapat membiak pada umur yang muda, bilangan
anak yang dilahirkan bagi setiap kelahiran adalah tinggi dan generasi
mudanya dapat memastikan kelangsungan hidupnya dengan baik. Populasi
yang mempunyai kadar peningkatan intrinsik tinggi pasti boleh membiak
dengan mudah dan dapat menyesuaikan diri dengan baik di dalam habitat.
Ciri-ciri lain adalah antibodi populasi yang kuat maka mereka tidak mudah
jatuh sakit.
5. Apakah faktor persekitaran yang bertindak pada (1) peningkatan pertumbuhan
populasi dan (2) penerunan pertumbuhan populasi?
(1) peningkatan pertumbuhan populasi
Faktor persekitaran yang bertindak untuk peningkatan pertumbuhan
populasi dalam sesuatu kawasan ialah mempunyai ekosistem yan stabil
antara ekosistem air dan darat. Oleh itu, kadar imigrasi iaitu penghijrahan
masuk penduduk dan ini akan meningkatkan populasi. Selain itu, kadar
kelahiran akan meningkat apabila keadaan persekitaran adalah ideal kerana
penduduk berasa selamat untuk pembiakan berlaku.
(2) penurunan pertumbuhan populasi
Faktor persekitaran yang menyebabkan penurunan pertumbuhan populasi
dalam sesuatu kawasan ialah berlaku gangguan ekosistem di kawasan
tersebut seperti bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, angin taufan
dan gempa bumi. Selain itu pencemaran terhadap air, udara dan tanah yang
akan menyebabkan kekurangan tumbuhan hijau sebagai pembekal
makanan utama. Penurunan tahap kesuburan tanah disebabkan oleh
aktiviti manusia juga menjadi faktor utama. Oleh itu kadar emigrasi akan
meningkat begitu juga dengan kadar kematian.
6. Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan
(carrying capacity)?
Jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan maka kadar kematian akan
meningkat dimana berlaku kadar pertumbuhan populasi negatif
sehinggalah saiz populasi kembali stabil. Kadar kelahiran juga akan
menurun sehingga kuantiti penduduk kembali stabil.
7. Keupayaan muatan (K) boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun (lihat Miller 2001
angka 7,5). Dalam beberapa tahun K tinggi dan dalam beberapa tahun, ia adalah
rendah disebabkan perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak dapat
diramalkan. Pengeksploitasian secara perdagangan penduduk, seperti
pemburuan ikan atau rusa, bergantung kepada hasil yang diperolehi. Sebagai
contoh, nelayan komersial berlesen boleh manangkap ikan mengikut berat
tertentu ("kuota" mereka) setiap tahun. Oleh itu, mengapa perubahan rawak di K
dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk pengurusan populasi eksploitasi
komersial liar?
Keupayaan muatan, K sesuatu spesis berubah bagi setiap tahun. Apabila
sesetangah individu telah diburu, maka akan berlaku penurunan bagi saiz
ahli di dalam populasi tersebut. Individu yang tidak berpeluang untuk
membesar juga berkemungkinan akan menjadi mangsa tangkapan dan
mengakibatkan pengurangan bilangan individu yang wujud. Kuota yang
tetap sapanjang tahun akan mengakibatkan individu ini sentiasa diburu di
dalam kuantiti yang sama, sedangkan bilangan individu semakin menurun.
Justeru, penangkapan individu untuk tujuan komersial akan terjejas
berikutan kekurangan ahli.
8. Pihak kerajaan menjual 10 lesen untuk memburu rusa pada setiap tahun dan
pemburuan adalah berdasarkan 20% daripada kapasiti keupayaan muatan
(kuota masing-masing ialah 2% daripada penduduk). Setelah memahami konsep
yang membawa kapasiti dan kadar pertumbuhan penduduk, apa yang anda akan
lakukan jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%?
Keupayaan muatan boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa. Jika
keupayaan muatan tinggi untuk beberapa tahun, dan dalam beberapa tahun
kemudian ia adalah rendah, ini berlaku disebabkan oleh perubahan dalam
keadaan alam sekitar yang tidak dapat diramalkan. Pengeksploitasian
bergantung kepada hasil tangkapan yang diperolehi. Bagi pemburu
komersial berlesen, untuk memburu rusa, mereka perlu mengikut kuota
yang tetap setiap tahun. Kuota ditentukan dengan membahagikan jumlah
biojisim atau berat hasil buruan, dengan bilangan pemburu (atau lesen).
Kesimpulan :
Populasi dapat ditafsirkan dalam bentuk lengkungan graf yang dikawal oleh 3 faktor
iaitu:
1. Saiz populasi awal (N0)
2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan
3. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran.
Rujukan
Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2013). In Modul Biodiversiti dan Ekosistem PPG
(p.23). Cyberjaya : Kementerian Pelajaran Malaysia
Kee Bee Suan, Dr. Hamdan bin Mohd Nor, Quek Yoke Hua, Choo Yan Tong. (2012),
Fokus Sukses Biologi Tingkatan 4. Selangor : Penerbitan Pelangi
Pertumbuhan manusia. (t.t). Didapatkan Mac 25, 2013, daripada
http://www.tutor.com.my
Dr. Ray L. Winstead (n.d). Population Regulation. Didapatkan Mac 25, 2013, daripada
http://nsm1.nsm.iup.edu/rwinstea/popreg.shtm