AMALI 4 sce3107
Transcript of AMALI 4 sce3107
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 1/18
SCE3107 AMALI 4
1 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
TAJUK : MENGUKUR DAN MEMBANDING BEZA KEPELBAGAIAN
(DIVERSITI) SPESIES
TUJUAN : Untuk mengkaji diversiti spesies kupu-kupu dan membandingkannya
antara tiga buah pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan
Pulau Redang.
HIPOTESIS : Jika nilai Indeks Simpson,D tinggi, maka nilai kepelbagaian (diversity)
spesis adalah tinggi.
PENGENALAN
Sistem pengelasan terbahagi kepada 2 sistem yang utama iaitu, pengelasan buatan
dan pengelasan semulajadi. Fokus utama kedua-dua sistem ini adalah untuk
merungkaikan sesuatu spesis hidupan yang umum kepada yang lebih spesifik iaitu
yang lebih kecil bilangannya dan lebih mudah diurus. Perbandingan di antara
organisma selalunya hanya memfokuskan kepada ciri-ciri fizikal luaran ( morfologi )
sahaja tetapi kini toksonomi moden telah berupaya untuk membuat pengelasan
menggunakan ciri fisiologi, biokimia dan genetik.
Ahli toksonomis telah memperkenalkan kaedah pengelasan spesis morfospesies
melalui kaedah Indeks Kepelbagaian Simpson. Kaedah ini adalah untuk mengukur
kepelbagaian. Dalam Ekologi, ia sering digunakan untuk mengukur biodiversiti
sesuatu habitat. Ia mengambil kira bilangan spesies yang hadir, serta bilangan
individu (kelimpahan) setiap spesies. Dua faktor utama yang diambil kira apabila
mengukur kepelbagaian adalah kekayaan dan kesamarataan (keserasian).
Kekayaan adalah ukuran bilangan pelbagai jenis organisma yang hadir dalam suatu
kawasan tertentu. Sebagai contoh, kekayaan spesies adalah bilangan spesies yang
berbeza. Walau bagaimanapun, kepelbagaian bergantung bukan sahaja pada
kekayaan, tetapi juga kepada kesamarataan (keserasian). Kesamarataan
(keserasian) membandingkan persamaan saiz populasi setiap spesies yang hadir
dalam sesuatu kawasan.
1.Kekayaan spesis
Bilangan spesis setiap sampel adalah ukuran kekayaan. Lebih banyak spesis yang
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 2/18
SCE3107 AMALI 4
2 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
hadir dalam sampel, menunjukkan sampel itu kaya. Kekayaan spesis sebagai satu
ukuran tersendiri tidak mengambil kira jumlah individu yang ada bagi setiap spesis.
2.Kesamarataan spesis (keserasian)
Kesamarataan (keserasian) adalah ukuran dari bandingan kelimpahan dari spesies
yang berbeza yang membina kekayaan dalam sesuatu kawasan. Satu komuniti yang
dikuasai oleh satu atau dua spesies dianggap kurang kepelbagaian(diverse)
berbanding satu komuniti di mana beberapa spesies yang berbeza mempunyai
jumlah yang lebih kurang sama banyak.
Apabila kekayaan dan kesamarataan (keserasian) spesies meningkatkan, makakepelbagaian juga meningkat. Indeks Kepelbagaian Simpson adalah ukuran
kepelbagaian yang mengambil kira kedua-duanya iaitu kekayaan dan kesamarataan
(keserasian).
Jika kepelbagaian meningkat, maka nilai Indek D Kepelbagaian Simpson
(Simpson’s Diversity Index D) meningkat.
Guru sedang mengira bilangan spesis kupu-kupu yang sama berdasarkan warna
kepak, tanda corak kepak, saiz abdomen atau toraks daripada ketiga-tiga buah
pulau.
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 3/18
SCE3107 AMALI 4
3 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
ALAT/RADAS : Pen marker (whiteboard) dan set “Moths of SE Asia”.
KEPUTUSAN :
SPESIES PULAU SIPADANPULAU TALANG-
TALANGPULAU REDANG
A
29 4 0
B
0 0 18
C
5 12 4
D
6 0 10
E
3 40 0
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 4/18
SCE3107 AMALI 4
4 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
F
9 0 10
G
11 0 11
H
3 15 0
I
0 0 7
J
0 0 14
K
10 23 0
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 5/18
SCE3107 AMALI 4
5 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
L
4 2 0
M
35 4 0
N
2 0 3
JUMLAH
BILANGAN117 100 77
KEKAYAAN
SPESIES11 7 8
KESAMARATAAN
SPESIESTidak sama rata Tidak sama rata Hampir sama rata
INDEKS SIMPSON
(D)5.5 4.0 6.5
KEUTAMAAN
UNTUK
PEMULIHARAAN
2 3 1
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 6/18
SCE3107 AMALI 4
6 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
CARA PENGIRAAN INDEKS SIMPSON
Indek tersebut dikira menggunakan formula berikut:
n = jumlah bilangan organisma daripada spesies tertentu
N = jumlah bilangan organisma daripada semua spesis
Pulau Sipadan, D = 1/ (29/117)² + (5/117)² + (6/117)² + (3/117)² + (9/117)² +
(11/117)² + (3/117)² + (10/117)² + (4/117)² + (35/117)² +
(2/117)²
= 5.48
≈ 5.5
Pulau Talang-Talang:
D = 1/ (4/100)² + (12/100)² + (40/100)² + (15/100)² + (23/100)² +
(2/100)² + (4/100)²
= 3.95
≈ 4.0
Pulau Redang:
D = 1/ (18/77)² + (4/77)² + (10/77)² + (10/77)² + (11/77)² + (7/77)² +
(14/77)² + (3/77)²
= 6.47
≈ 6.5
Oleh itu, D=6.5 (Pulau Redang) lebih besar daripada D=5.5 (Pulau Sipadan) dan
D=4.0 (Pulau Talang-Talang). Maka, Pulau Redang mempunyai lebih
kepelbagaian (diversiti) dari Pulau Sipadan dan Pulau Talang-Talang.
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 7/18
SCE3107 AMALI 4
7 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
PERBINCANGAN:
1. Apakah asas binaan ‘ basic building blocks’ atau unit taksonomi operasi
dari kepelbagaian (biodiversity)? Jelaskan.
Menurut Norse et al. (1986, p. 2), biodiversiti dikategorikan kepada tiga
peringkat, iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesis,dan kepelbagaian
ekosistem. Apa yang dimaksudkan dengan building blocks (blok binaan asas)
dalam biodiversiti adalah kepelbagaian genetik. Kepelbagaian genetik
didefinisikan sebagai kepelbagaian informasi genetik di dalam setiap individu
tumbuhan, haiwan, fungi dan mikro-organisma. Gen adalah merupakan (blok
binaan asas)“building blocks” kehidupan. Setiap individu mempunyai formasi
genetik yang berlainan, dan populasi yang berbeza daripada spesis yang
sama juga mempunyai perbezaan. Melalui mengekalkan kepelbagaian
genetik melalui pemuliharaan dan pemeliharaan spesis dan variasinya adalah
merupakan satu sumbangan yang besar dalam konservasi alam semula jadi.
Malah, menggunakan kod genetik adalah kaedah paling terbaik untuk
mengukur biodiversiti kerana ia merupakan blok asas binaan kehidupan.
Selain itu, biodiversiti juga menyediakan blok binaan asas untuk barangandan perkhidmatan dan banyak persekitaran yang sihat (Biodiversity
Conservation, Australian Government Department of Sustainability,
Environment, Water, Population and Communities, 2011).
Kepelbagaian ini memberi kita sumber yang penting untuk kehidupan seperti
kesihatan, air, makanan dan lain-lain.
Bagi memelihara atau memulihara biodiversiti, taksonomi amat penting
bagi membezakan antara spesis atau mengelakkan kekeliruan berlaku antara
spesis. Taksonomi ( sistematik ) merupakan satu bidang biologi yang
melibatkan pengajian pengelasan, pengecaman dan tatanama organisma
yang wujud di dunia ini. Pengelasan merujuk kepada aktiviti mengkategorikan
pelbagai jenis mikroorganisma dalam dunia berdasarkan ciri-ciri persamaan
dan perbezaan yang boleh diperhatikan di kalangan organisma hidup.
Taksonomi bertujuan menguruskan bahan, maklumat dan data yang
dikumpulkan dengan menggunakan satu pendekatan yang sistematik dan
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 8/18
SCE3107 AMALI 4
8 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
teratur supaya bahan, maklumat dan data itu dapat disimpan, difailkan dan
dikelaskan secara sistematik dan teratur untuk memudahkan rujukan dan
peredaran dalam komuniti saintifik.
Oleh kerana pengumpulan data-data spesies amat penting dalam
pengklafikasian spesis, para pengkaji memerlukan set data spesis yang
dikumpul mengikut kumpulan berdasarkan ciri-ciri yang dipilih, mereka
memerlukan (Unit OperasiTaksonomi) Operational Taxonomic Unit
(OTU). Menurut Micheal Allaby dalam „Dictionary of Ecology‟, Operational
Taxonomic Unit (OTU) merupakan mana-mana set data yang dikaji dalam
bidang phylogenetik. Semasa proses pengumpulan data, OTU boleh
digabungkan kepada komposit, dan kemudiannya boleh diterima atau
dianggap sebagai OTU tunggal. Malah,menurut C.Leon Harris, Operational
Taxonomic Unit (OTU), juga dianggap sebagai satu kumpulan buat
sementara waktu dianggap takson yang sah untuk tujuan analisis filogenetik.
OTU yang digunakan dalam kajian iniadalah dikumpulkan menurut morfologi,
dan dinamakan dengan warna danbentuk-bentuk, seperti warna hitam, warna
merah segi tiga dan sebagainya.
2. Secara ringkas, terangkan apakah kekayaan spesis dan kesamarataan
spesis?
Kekayaan spesies:
Merujuk kepada bilangan jenis spesis yang berbeza. Lebih banyak spesis
yang ada dalam satu sampel menunjukkan sampel itu kaya. Kekayaan spesis
sebagai satu ukuran tersendiri tidak mengambil kira jumlah individu yang ada
bagi setiap spesis.
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 9/18
SCE3107 AMALI 4
9 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
Kesamarataan spesis:
Merujuk kepada bilangan individu yang sama / hampir sama bagi setiap
spesis yang wujud dalam satu sampel. Contoh:
Spesis bungaBilangan Individu
Sampel 1 Sampel 2
Daisy 340 20
Buttercup 360 680
Jumlah 700 700
Kedua-dua sampel sama kekayaan spesis (2 spesis) dan sama jumlah
individu (700). Tetapi sampel 1 lebih kesamarataan berbanding sampel 2
kerana jumlah individu dalam sampel 1 diserakkan secara rata antara dua
spesis iaitu sebanyak 340 individu dan 360 individu.
3. Pulau manakah paling tinggi, sederhana dan paling rendah
kepelbagaiannya?
Kepelbagaian spesis mengambil kira kedua-dua kekayaan spesis dan
kesamarataan (keserasian) spesis. Kepelbagaian spesis boleh diukur
menggunakan indeks Shannon-Wiener Indeks (H‟), Indeks Simpson (λ) dan
Indeks persamaan.
Daripada pengiraan yang telah dibuat menggunakan Indeks Simpson,
didapati nilai D bagi Pulau Sipadan ialah 5.5, Pulau Talang-Talang 4.0 dan
Pulau Redang 6.5. Menurut teori, jika nilai Indeks Simpsons tinggi
menunjukkan kepelbagaian meningkat.
Oleh itu, D=6.5 (Pulau Redang) lebih besar daripada D=5.5 (Pulau
Sipadan) dan D=4.0 (Pulau Talang-Talang). Maka, Pulau Redang
mempunyai lebih kepelbagaian (diversiti) dari Pulau Sipadan dan Pulau
Talang-Talang.
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 10/18
SCE3107 AMALI 4
10 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
KEPELBAGAIAN PULAU NILAI D
TINGGI Pulau Redang 6.5
SEDERHANA Pulau Sipadan 5.5
RENDAH Pulau Talang-Talang 4.0
4. Bagaimanakah anda menentukan tahap pemuliharaan pulau tersebut?Adakah mengikut nilai diversiti? Apakah faktor lain yang diambil kira
untuk menentukan keutamaan pemuliharaan?
Faktor utama dalam menentukan tahap pemuliharaan adalah merujuk kepada
nilai diversiti yang wujud di satu habitat tersebut. Nilai diversiti atau nilai
kepelbagaian spesis menjadi penanda aras kepada proses pemuliharaan.
Pemuliharaan kepelbagaian diversiti melibatkan dua aspek utama :
a) Pemulihan- merujuk kepada usaha manusia untuk menambahkan
bilangan individu spesis organisma yang terancam supaya populasinya
kembali ke paras normal dan boleh mengekalkan keseimbangan biologi
dalam persekitaran semulajadinya.
b) Pemeliharaan- merujuk kepada usaha manusia memelihara spesis
organisma yang terancam dengan mengambil langkah-langkah tertentu.
Strategi yang digunakan adalah berterusan menggunakan pendekatan
holistik.
Idea utama dalam pemuliharaan nilai diversiti kepelbagaian biologi bukan
memastikan bilangan spesis tidak berkurang malah yang lebih penting
ialah memastikan spesis-spesis asli boleh hidup dengan berjaya dan
dalam keseimbangan biologi.
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 11/18
SCE3107 AMALI 4
11 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
Bagi kajian ini, nilai diversiti spesis yang terdapat pada pulau-pulau tersebut
tidak semestinya menjadi faktor pemberian keutamaan. Namun nilai diversiti
boleh menjadi faktor yang boleh memberi impak positif jika dibandingkan
dengan faktor lain. Hipotesis yang boleh digunakan dalam konteks
pemuliharaan ini adalah, semakin tinggi nilai diversiti spesis yang terdapat
dalam sesebuah pulau, semakin tinggi tahap pemuliharaan pulau tersebut.
Oleh itu, tahap keutamaan pemuliharaan pulau-pulau tersebut adalah Pulau
Redang, diikuti Pulau Sipadan dan akhir sekali Pulau Talang-Talang.
Namun faktor lain bagi keutamaan pemuliharaan juga boleh diambil
kira seperti jenis sesuatu spesis yan hadir pada sesuatu tempat. Jika
mengikut aliran ini, pulau yang patut diberi keutamaan pemuliharaan adalah
Pulau Redang kerana hanya pulau ini menyimpan 3 jenis spesis yang tidak
terdapat di pulau-pulau lain, iaitu:
BIL SPESIS KUPU-KUPU
1 B
2 I
3 J
Jika keutamaan tidak diberi kepada Pulau Redang, 3 spesis tersebut akan
pupus buat selama-lamanya. Jika diberi keutamaan kepada Pulau Redang, 3
spesis tersebut akan terpelihara walaupun spesis-spesis pulau yang lain juga
mempunyai spesis yang hanya terdapat pada tempat tersebut, tetapi spesis
tersebut juga boleh didapati di pulau-pulau lain.
Malah, jika faktor lain yang ingin diambil kira adalah jumlah sesuatu
spesis ingin dikekalkan pada sesuatu tempat, Pulau Redang juga boleh diberi
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 12/18
SCE3107 AMALI 4
12 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
keutamaan. Kupu-kupu merupakan agen pendebungaan yang penting bagi
sesuatu tempat. Oleh itu, jika agen pendebungaan ini kurang atau pupus,
maka proses pembiakan dan penyebaran sesuatu tumbuhan akan terbantut.
Ini kerana jumlah kupu-kupu di Pulau Redang adalah paling sedikit iaitu
sebanyak 77 ekor berbanding Pulau Sipadan 117 ekor dan Pulau Talang-
Talang 100 ekor.
Berdasarkan faktor-faktor tersebut, saya telah memberi keutamaan
pemuliharaan tertinggi kepada Pulau Redang kerana jumlah kupu-kupu pada
pulau ini adalah paling sedikit dan dikhuatiri akan mempengaruhi ekosistem
pulau tersebut.keutamaan sederhana kepada Pulau Sipadan kerana
kepelbagaian spesisnya dan paling kurang keutamaan pemuliharaan kepada
Pulau Talang-Talang kerana semua spesisnya boleh didapati di pulau-pulau
lain dan jumlah kupu-kupu di pulau ini bukan yang paling sedikit sehinggakan
boleh mempengaruhi ekosistemnya.
5. Jika tiada sumber untuk memulihara keseluruhan spesis, apakah kriteria
yang boleh digunakan untuk menentukan fokus usaha pemuliharaan?
Kriteria yang harus kita titik beratkan ialah spesis yang hampir pupus dan
spesis yang terancam oleh aktiviti manusia. Keduanya ialah menggunakan
kaedah in-situ jika tiada sumber peruntukan kewangan. Strategi
Pemuliharaan in situ merupakan salah satu cara pemulihan masa jangka
panjang dan semulajadi. Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan
terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan in-situ
ini bertujuan mengekalkan tumbuhan dan hidupan liar di habitat dengan
penubuhan tempat konversi seperti taman negara, hutan kekal simpan
taman-taman laut dan pusat pemuliharaan hidupan liar.
Pemuliharaan habitat asal tumbuhan atau haiwan dapat hidup tanpa perlu
mengadaptasi persekitaran baru dan perubahan ciri untuk menjalani
penyesuaian di tempat baharu. Selain itu, spesis dapat menerapkan ciri dan
cara pengadaptasi semulajadi untuk terus bertumbuh dan membiak.
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 13/18
SCE3107 AMALI 4
13 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
In situ, pemuliharaan yang memperuntukkan habitat asal bagi tujuan
pemuliharaan spesis yang terancam. Taman negara dan hutan simpan
khasnya akan disediakan dan dijaga untuk spesis yang terancam membiak
secara semulajadi. Kemudian spesis yang hidup di habitat asal lebih berkualiti
dan mempunyai pembiakan dan pertumbuhan yang lebih baik. Kebanyakan
spesis berkenaan sama ada akuatik dan darat mempunyai kesesuaian deria
yang terhad untuk terus hidup. Pemuliharaan secara in-situ ini bagi
mengelakkan spesis kadangkala tidak dapat mengadaptasi persekitaran yang
dipengaruhi oleh faktor suhu, iklim dan jenis tanihnya.
KESIMPULAN:
Berdasarkan keputusan yang diperoleh, Pulau Sipadan mempunyai jumlah bilangan
spesis yang tertinggi iaitu sebanyak 11 spesis. Kemudian diikuti oleh Pulau Redang
sebanyak 8 spesis dan seterusnya paling sedikit Pulau Talang-Talang sebanyak 7
spesis sahaja.
Walaupun Pulau Sipadan mempunyai jumlah spesis terbanyak tetapi ia tidak
mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi. Berdasarkan pengiraan Indeks
Kepelbagaian Simpson, Pulau Redang mempunyai jumlah kepelbagaian spesis
yang tinggi (6.5), diikuti oleh Pulau Sipadan (5.5) dan seterusnya Pulau Talang-
Talang (4.0).
Oleh itu, mengikut keutamaan kepentingan pemuliharaan didahului oleh
Pulau Redang, Pulau Sipadan dan Pulau Talang-Talang.
Pulau Redang mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi dengan Indek
Simpson sebanyak 6.5.
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 14/18
SCE3107 AMALI 4
14 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
BIBLIOGRAFI
1. Gan W.Y. (2012). Eksplorasi : Biologi Tingkatan 4 KBSM . Selangor: Oxford
Fajar Sdn.Bhd.
2. Government, A. (2011, Oktober 13). Biodiversity Conservation. Retrieved
Ogos 9,2012, from Australian Government Department of Sustainability,
Environment, Water, Population and Communities Web Site:
http://www.environment.gov.au/biodiversity/conservation/index.html
3. In-situ. (Dis 7,2012). Pemeliharaan In-situ dan Ex-situ. Diakses pada Ogos
15, 2013 daripada web:
http://insanklasih.blogspot.com/2012/12/pemeliharaan-in-situ-dan-ex-
situ_7.html
4. MICHAEL ALLABY."Operational Taxonomic Unit." A Dictionary Of Ecology.2004. Retrieved September 9, 2012 from Encyclopedia WebSite:
http://www.encyclopedia.com/doc/1O14-operationaltaxonomicunit.html
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 15/18
SCE3107 AMALI 4
15 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
Lampiran 2
Indeks Kepelbagaian Simpson
Indeks Kepelbagaian Simpson adalah ukuran kepelbagaian. Dalam Ekologi, ia
sering digunakan untuk mengukur biodiversiti sesuatu habitat. Ia mengambil kirabilangan spesies yang hadir, serta bilangan setiap spesies.
Kepelbagaian Biologi - kepelbagai kehidupan yang luas
Kepelbagaian biologi boleh diukur dalam pelbagai cara. Dua faktor utama yang
diambil kira apabila mengukur kepelbagaian adalah kekayaan dan keserasian.
Kekayaan adalah ukuran bilangan pelbagai jenis organisma hadir dalam suatu
kawasan tertentu. Sebagai contoh, kekayaan spesies adalah bilangan spesies yang
berbeza sekarang. Walau bagaimanapun, kepelbagaian bergantung bukan sahaja
pada kekayaan, tetapi juga kepada keserasian. Keserasian membandingkanpersamaan saiz populasi setiap spesies yang hadir.
1.Kekayaan
Bilangan spesies setiap sampel adalah ukuran kekayaan. Banyak spesis yang hadir
dalam sampel, sampel 'kaya'.
Kekayaan spesies sebagai langkah yang diambil sendiri oleh individu yang hadir
oleh setiap spesies. Ia memberikan kesan yang banyak kepada spesies yang
mempunyai individu yang sangat sedikit berbanding dengan yang mempunyai ramai
individu. Oleh itu, satu daisy mempunyai pengaruh yang sama terhadap kekayaan
1000 buttercup dalam sesuatu kawasan.
2.Keserasian
Keserasian adalah ukuran kelimpahan relatif spesies yang berbeza kekayaan dalam
sesuatu kawasan.
Untuk contoh, sampel dua bidang yang berbeza untuk bunga liar. Sampel dari
bidang pertama terdiri daripada 300 daisies, 335 dandelions dan buttercup 365.
Sampel dari bidang kedua terdiri daripada 20 daisies, 49 dandelions dan 931
buttercup (lihat jadual di bawah). Kedua-dua sampel mempunyai kekayaan yang
sama (3 spesies) dan bilangan yang sama jumlah individu (1000). Walau
bagaimanapun, sampel pertama mempunyai keserasian yang lebih daripada yang
kedua. Ini adalah kerana jumlah individu dalam sampel agak sama rata antara tiga
spesies. Dalam sampel kedua, kebanyakan individu buttercup, dengan hanya
beberapa daisies dan dandelions hadir. Oleh itu sampel 2 dianggap kurang pelbagai
daripada sampel 1.
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 16/18
SCE3107 AMALI 4
16 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
Spesies bunga Bilangan Individu
Sampel 1 Sampel 2
Daisy 300 20
Dandelions 335 49
Buttercup 365 931
Jumlah 1000 1000
Satu komuniti yang dikuasai oleh satu atau dua spesies dianggap kurang pelbagai
daripada satu komuniti di mana beberapa spesies yang berbeza mempunyai jumlah
yang lebih kurang sama banyak.
Apabila kekayaan dan keserasian spesies meningkatkan, maka kepelbagaian juga
meningkat. Indeks Kepelbagaian Simpson adalah ukuran kepelbagaian yang
mengambil kira kedua-duanya iaitu kekayaan dan keserasian.
Indeks Kepelbagaian Simpson
Istilah 'Indeks Kepelbagaian Simpson ' sebenarnya merujuk kepada mana-mana
salah satu daripada 3 indeks yang berkait rapat.
Indeks Simpson (D) mengukur kebarangkalian bahawa dua individu yang dipilih
secara rawak daripada sampel akan tergolong dalam spesies yang sama (atau
beberapa kategori yang lain daripada spesies). Terdapat dua versi formula untuk
mengira D. Samada boleh diterima, tetapi konsisten.
n = jumlah bilangan organisma daripada spesies tertentuN = jumlah bilangan organisma daripada semua spesis
Nilai D adalah julat antara 0 dan 1
Dengan indeks ini, 0 mewakili kepelbagaian yang tidak terhingga dan 1menunjukkan
tiada kepelbagaian. Iaitu, lebih besar nilai D, kepelbagaian lebih rendah. Ini adalah
bukannya intuitif serta logik, jadi untuk mengatasi masalah ini, D selalunya ditolak
dari 1 untuk memberi:
Indeks Kepelbagaian Simpson 1 – D
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 17/18
SCE3107 AMALI 4
17 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
Nilai indeks ini juga adalah antara 0 dan 1, tetapi sekarang, lebih besar nilai, lebih
kepelbagaian sampel. Ini lebihlogik. Dalam kes ini, indeks mewakili kebarangkalian
bahawa dua individu yang dipilih secara rawak daripada sampel akan tergolong
dalam spesies yang berbeza.
Satu lagi cara mengatasi masalah sifat kaunter-intuitif Indeks Simpson adalah untuk
mengambil salingan Indeks:
Indeks Timbal Balik Simpson 1 / D
Nilai indeks ini bermula dengan 1 sebagai nilai yang terendah. Angka ini akan
mewakili satu komuniti yang mengandungi hanya satu spesies. Semakin tinggi nilai,
kepelbagaian juga lebih besar. Nilai maksimum bilangan spesies (atau kategori lain
yang digunakan) dalam sampel. Sebagai contoh jika terdapat lima spesies di dalam
sampel, maka nilai maksimum ialah 5.
Sebagai contoh, mari mencari nilai D bagi satu sampel tunggal kuadrat tumbuh-
tumbuhan tanah dalam hutan. Sudah tentu, pensampelan hanya satu kuadrat tidak
akan memberi anda anggaran yang boleh dipercayai kepelbagaian flora tanah dalam
hutan. Beberapa sampel perlu diambil dan data yang dikumpulkan untuk
memberikan anggaran yang lebih baik daripada kepelbagaian keseluruhan.
Meletakkan angka ke dalam formula Indeks Simpson
8/12/2019 AMALI 4 sce3107
http://slidepdf.com/reader/full/amali-4-sce3107 18/18
SCE3107 AMALI 4
18 KHAIRIEYATUL AIZA BINTI AZIS (2012271360108) PPG AMBILAN FEB 2012-SCEB
Kemudian:
Indeks Kepelbagaian Simpson 1 - D = 0.7
Indeks Timbal Balik Simpson 1 / D = 3.3
Semua 3 nilai yang berbeza mewakili biodiversiti yang sama. Oleh itu, adalah
penting untuk memastikan indeks yang sebenarnya telah digunakan dalam mana-
mana kajian perbandingan kepelbagaian. Satu nilai Indeks Simpson sebanyak 0.3,
tidak sama seperti nilai 0.7 Indeks Kepelbagaian Simpson.
Indeks Simpson memberikan lpemberatan kepada banyaknya spesies dalam
sampel. Penambahan spesis yang jarang berlaku kepada sampel menyebabkan
hanya perubahan kecil dalam nilai D.
Bacaan :
Burgman M. A. & Lindenmayer D. B (1998) Conservation Biology for
the Australian Environment . Surrey Beatty & Son. Chapter 2 What
should be conserved? section 2.1-2.5.