AKAUN PELABURAN
-
Upload
hoangnguyet -
Category
Documents
-
view
326 -
download
1
Transcript of AKAUN PELABURAN
Strictly Private & Confidential
ASAS & PENGENALAN AKAUN
PELABURAN (Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 – “IFSA”)
Hizamuddin Jamalluddin Ketua Pegawai Strategi, Bank Islam Malaysia Berhad
Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia Ke-11
Lanai Kijang, BNM, November 2015
ISI KANDUNGAN
Halaman 2
PENGENALAN
ASAS PENAWARAN PRODUK PELABURAN DI BAWAH IFSA
PERBEZAAN PRODUK PELABURAN DI BAWAH IFSA
PLATFORM AKAUN PELABURAN – MEKANISME PASARAN TERBARU
BERGERAK KEHADAPAN – “MERINTIS PERJALANAN YAG BARU”
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
PENGENALAN – EVOLUSI PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Asas Pembentukan (“Instituting Foundation”) • 1970 sehingga 1992 (Penzahiran Infrastruktur) • Pembentukan Lembaga Tabung Haji, Bank Islam Malaysia Berhad (1983)
dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (1984) dan akta-akta perundangan • Hanya merupakan alternatif kepada perkhdmatan kewangan
konvensional
Pembinaan Institusi (“Institutional Building”) • 1993 sehingga 2005 (Pengukuhan, Pengwujudan Kritikal Mas dan
Liberalisasi) • Mewujudkan akses kepada kewangan Islam yang lebih luas (melalui
skim perbankan Islam (Islamic window) dan pembagunan modal insan
Kedudukan Strategik & Integrasi Sistem Kewangan Global • 2006 sehingga 2013 • Menjadi Hub Kewangan Islam Nusantara dan sumber rujukan
pembagunan kewangan Islam
Pasaran Kewangan Islam Yang Kompetitif • 2013 dan seterusnya • Bukan sekadar perantara kredit, malah sebagai perantara pelaburan
yang efektif • Pematuhan Syariah secara menyeluruh • Memastikan kestabilan sistem kewangan Islam
Halaman 3
PENGENALAN – AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Akta Bank Islam 1983
Akta Takaful 1984
Akta Sistem Pembayaran 2003
Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953
Akta yang Dimansuhkan Akta yang Baru
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
Memperkukuhkan Kestabilan Kewangan dan Pematuhan Syariah
Memperkukuhkan
Pengawalseliaan terhadap institusi kewangan Islam
Memastikan Pematuhan Syariah Secara Menyuluruh
Memartabatkan Operasi dan
Pengurusan Kewangan Islam
Objektif Utama
Implikasi kepada operasi perbankan
Islam
“Perlaksanaan Penambah baikan Struktur Dana Kewangan bagi Operasi Perbankan Islam yang lebih telus di dalam membezakan profil risiko dan pulangan/ganjaran berasaskan kontrak Syariah”
Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan garis panduan dan polisi Akaun Pelaburan di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 pada 14 Mac 2014 termasuk Pelan Peralihan Deposit pada 19 Mac 2014.
Halaman 4
PENGENALAN…sambungan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) telah memperkenalkan dua klasifikasi utama
produk yang bertujuan untuk menerima wang/dana daripada pelanggan oleh institusi kewangan Islam, iaitu (i) Akaun Deposit (yang dijamin oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia) dan (ii) Akaun Pelaburan (berlandaskan suatu kelas aset di mana ia boleh distrukturkan mengikut profil risiko dan pulangan yang berbeza)
Perbezaan ini membolehkan institusi kewangan Islam membangunkan rangkaian produk yang lebih kompetitif bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai dan lebih dinamik
Pelanggan akan berupaya untuk menilai sesuatu produk yang dtawarkan oleh institusi perbankan Islam dengan lebih baik dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang lebih lengkap berhubung profil risiko dan kadar pulangan yang ditawarkan.
Di bawah Akta Perbankan Islam 1983 yang dimansuhkan, semua wang yang diterima daripada pelanggan di bawah Akaun Deposit Mudarabaah akan diklasifikasikan kepada Akaun Wadiah sehingga pihak Bank mendapat mandat atau persetujuan yang baru daripada pelanggan bagi mendepositkan dana tersebut ke dalam Akaun Pelaburan yang baru, berasaskan kontrak Wakalah/Mudarabah/Musharakah
Sehubungan dengan itu, BNM telah menetapkan tempoh peralihan selama dua tahun sehingga 30 Jun 2015 bagi memastikan proses mengklasifikasikan dana tersebut berjalan lancar.
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 5
PENGENALAN…sambungan
Pengenalan Akaun Pelaburan di bawah IFSA merupakan satu perjalanan bagi membezakan nilai tambah (“value proposition”) perbankan Islam dan juga menjadi agen perubahan serta pemangkin (catalyst) bagi membezakan asas pengiraan keuntungan produk pembiayaan perbankan Islam.
Institusi Kewangan Islam perlu memberi maklumat dan penjelasan tentang perbezaan produk deposit Islam dengan akaun pelaburan seta pilihan yang ada kepada mereka sama ada untuk mengekalkan simpanan mereka di dalam deposit atau memilih akaun pelaburan yang baru ditawarkan
Institusi Kewangan Islam juga berhak menolak permohonan dari pelanggan untuk menyalurkan dana mereka ke dalam Akaun Pelaburan jika profil pelanggan itu tidak bersesuaian dengan risiko akaun pelaburan yang ditawarkan.
IFSA mencerminkan pengkhususan kontrak Syariah dan membolehkan penerbitan Piawaian Shariah dan Piawaian Operasi ( di dalam pengukuhan pengurusan risiko, perniagaan, ketelusan dan pendedahan urustadbir).
IFSA juga menyokong pengunaan dan aplikasi kontrak Syariah yang lebih efektif ke arah mencapai matlamat perbankan Islam sebagai perantara kewangan yang menyumbang kepada pembagunan ekonomi.
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 6
IMPLIKASI DARI PENGENALAN AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Penguatkuasaan /Pematuhan Syariah secara menyuluruh
(Pengurusan, Lembaga Pengarah & Penasihat
Syariah)
Perincian Pemilikan, Penguasaan & Peranan serta Tanggungjawab Syarikat Pemegangan
Kewangan (FHC)
Keperluan kepada modal dan nisbah kecukupan modal yang lebih besar
Pembezaan Akaun Deposit dan Akaun
Pelaburan
Penambahbaikan Rangka Kerja Takaful –
Pengasingan Operasi & Dana Takaful Hayat &
Dana Takaful Am
Pemangkin Pertumbuhan Model Perniagaan
Berasaskan Perkongsian Risiko
Ketelusan yang lebih tinggi dalam penawaran produk
serta perlindungan kepada pelanggan
Pemantapan Pengurusan Risiko & Keteguhan
Keupayaan Modal Insan
Pengiktirafan Peraturan & Undang-Undang yang
lebih menyeluruh
Halaman 7
ASAS PENAWARAN AKAUN PELABURAN DI BAWAH IFSA
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
DEFINISI MENGIKUT IFSA 2013
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 9
“Akaun Pelaburan” bermaksud akaun yang di bawahnya wang dibayar dan diterima bagi tujuan pelaburan, termasuk untuk pemberian pembiayaan, menurut Syariah dengan syarat tiada obligasi tersurat atau tersirat untuk membayar balik wang itu sepenuhnya dan:- a) sama ada hanya keuntungan, atau kedua-dua keuntungan atau kerugian keatasnya,
akan dikongsi antara orang yang membayar wang itu dengan orang yang menerima wang itu; atau
b) degan atau tanpa apa-apa pulangan “Deposit Islam” bermaksud sejumlah wang yang diterima atau dibayar menurut Syariah- a) dengan syarat ia akan dibayar balik sepenuhnya, dengan atau tanpa apa-apa
laba, pulangan atau apa-apa ganjaran lain dalam bentuk wang atau nilai wang, sama ada apabila dituntut atau pada masa atau dalam keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dengan orang yang menerimanya; atau
b) di bawah persetujuan dengan syarat prosid di bawah persetujuan itu yang perlu dibayar kepada orang yang membayar jumlah wang tersebut adalah tidak kurang daripada jumlah wang yang asal.
ASAS PENAWARAN PRODUK PELABURAN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Sumber : Pembentagan oleh Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, BNM – Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam di Malaysia ke-10
Halaman 10
STRUKTUR DANA KEWANGAN BAGI PENGURUSAN PERBANKAN ISLAM
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Dana Deposit Dana Pelaburan Dana Pemegang Saham
Akaun Semasa Akaun Simpanan Akaun Deposit Berjangka
Akaun Pelaburan Tidak Terhad
Akaun Pelaburan Terhad
Saham /Ekuiti Perolehan Tertahan Dan lain-lain
Halaman 11
APLIKASI KONTRAK SYARIAH BAGI DANA KEWANGAN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Dana Deposit Dana Pelaburan Dana Pemegang Saham
Qard Wadiah Tawwarruq/
Komoditi Murabahah
Wakalah Mudarabah Musyarakah
Halaman 12
KONRAK SYARIAH BAGI AKAUN PELABURAN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
• Keuntungan diberikan kepada pelanggan selepas mengambilkira pembayaran yuran perwakilan (dikenakan ketika jumlah prinsipal mula dilaburkan atau ketika pulangan dijana) dan insentif atau fi prestasi diberikan kepada bank Islam apabila pulangan melebihi suatu tanda aras yang telah dipersetujui oleh pemilik dana
Kontrak Wakalah (Perwakilan)
• Keuntungan dikongsi di antara pemilik dana / pelanggan dengan sebuah bank Islam berdasarkan nisbah keuntungan yang dipersetujui, manakala kerugian ditanggung sepenuhnya oleh pemilik dana /pelanggan sebagai penyumbang modal tunggal
Kontrak Mudarabah (Perkongsian Untung & Penanggungan Rugi)
• Keuntungan dikongsi antara pemilik dana/pelanggan dengan sesebuah bank Islam berdasarkan nisbah yang dipersetujui dan kerugian ditanggung berdasarkan jumlah modal yang disumbangkan
Kontrak Musyarakah (Perkongsian Untung &
Rugi)
Sumber : Laporan Kesstabilan Kewangan Dan Sistem Pembayaran 2014, m/s 78
Halaman 13
PENAWARAN PRODUK UTAMA PERBANKAN ISLAM
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Sumber : Laporan Kestabilan Kewangan Dan Sistem Pembayaran 2014, m/s 79
Halaman 14
PERANAN BANK DENGAN PENGURUSAN AKAUN PELABURAN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 15
Sumber : Laporan Kesstabilan Kewangan Dan Sistem Pembayaran 2014, m/s 78
FAEDAH AKAUN PELABURAN KEPADA INSTITUSI PERBANKAN ISLAM
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Pengurusan Modal Yang Lebih Efektif–
Kos Modal atau Ekuiti Yang
Mahal
Sumber Dana yang baru serta Peningkatan
Pengurusan Kecairan – Nisbah Perlindungan
Mudah Tunai
Kadar Pulangan/Ganjaran yang setimpal dengan
profil risiko (“Differing Risk-Return
Profiles”)
Tidak lagi bergantung atau
terhad dari saiz penyata imbangan
(“Not Restricted by Size of Balance Sheet”)
Pengecualian dari Kos Rizab Berkanun –
Pengurangan Kos Kawal Selia
Pelbagaian Profil Risiko – Usaha Niaga di Luar Had
Penumpuan & Had Pendedahan Pelanggan
Tunggal
Fleksibilitii di dalam melaksanakan kontrak
syariah berasaskan perkongsian risiko
(Mudarabah, Musyarakah, Istisna’ dan lain-lain)
Ushaniaga Di Luar Tahap Toleransi Risiko & Kriteria
Pengunderaitan (“ Beyond Ordinary Risk
Appetite or Underwriting Criteria – Off Balance
Sheet”)
Aset Kelas & Penjana Pendapatan yang Baru
Halaman 16
KELEBIHAN AKAUN PELABURAN KEPADA PELANGGAN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Berpeluang Meraih Pulangan yang setimpal
dengan risiko
Akses kepada maklumat terperinci bagi aset
sandaran Produk alternatif bagi
menyimpan dana lebihan
Berpeluang untuk memilih dan menentukan profil
aset sandaran dan tempoh yang lebih
panjang
Menerima Laporan Prestasi Kewangan Berkala
Saluran Pelaburan yang boleh memenuhi pilihan
risiko-pulangn yang lebih pelbagai
Fleksibiliti Menstruktur Aset Sandaran Mengikut
Kehendak Pelanggan
Pengecualian Cukai bagi Pelaburan Melalui Platform
Akaun Pelaburan
Pengiktirafan hak kepada aset sandaran di dalam
proses liquidasi
Halaman 17
NILAI TAMBAH KEPADA EKONOMI
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Sumber Pendanaan Pembiayaan
Keusahawanan – Lebih Telus &
Meningkatkan Keyakinan Pelabur
Alternatif kepada Pasaran Modal Kewangan
Aplikasi kepada kontrak pembiayaan berasaskan ekuiti dan perkongsian
risiko
Sumber Pendanaan Usaha Niaga Berdaya Maju &
Berisiko Tinggi
Pelbagaian Kelas Aset dengan ciri penyerapan risiko akaun pelaburan
Sumber baharu bagi pembiayaan
perdagangan kepada suatu kumpulan
perusahaan kecil dan sederhana
Strategi pengurusan modal dan mudah tunai yang
lebih cekap
Mekanisme Pasaran yang Cekap Melalui Platform
Akaun Pelaburan
Merintis Peluang Pembiayaan Usaha Niaga
Di Luar Malaysia terutamanya Pasaran
ASEAN
Halaman 18
PERKARA UTAMA DI DALAM MEREKABENTUK AKAUN PELABURAN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Aplikasi Kontrak Syariah Rangka kerja pengurusan
risiko & pemantauan produk
Rangka kerja pengiraan kadar pulangan
Tahap Pulangan
bergantung kepada prestasi aset sandaran
Perincian & Pendedahan Maklumat Produk serta
Laporan Penyata Prestasi Kewanagan Akaun
Pelaburan
Penilaian Tahap Pemahaman &
Penerimaan Risiko oleh Pelanggan
Profil Risiko yang Pelbagai Serta Penumpuan Risiko
Profil Risiko & Ganjaran yang Berbeza
Syarat – syarat pengeluaran yang lebih
terbatas
Pengurusan & Mekanisma Mudah Tunai
(“Liquidity Management”)
Halaman 19
KAEDAH PENTING DI DALAM PENSTRUKTURAN AKAUN PELABURAN
Tiada jaminan terhadap prinsipal atau dana modal, tetapi struktur akaun pelaburan boleh direncanakan untuk mengurangkan risiko atau mengurangkan kebarangkalian kehilangan dana modal atau melindungi prinsipal melalui kaedah di bawah:- Aset sandaran yang berkualiti tinggi atau berisiko rendah (i.e. sekuriti boleh pasar
bertaraf “AAA”) Portfolio aset sandaran yang tidak tertumpu kepada sesuatu pendedahan kredit
(“diversified asset portfolio”) Portfolio aset sandaran tidak termasuk akaun tertunggak (“delinquent”) dan aset
tidak berbayar (“non-performing assets”) /aset terjejas (“impaired assets”) Jalan keluar yang jelas apabila berlaku liquidasi aset /penggulungan bank (“bank
run”) Contoh: Portfolio aset sandaran boleh dijual kepada Cagamas Berhad
Memahami kehendak dan matlamat (“investment objective”) pemberi modal
pelaburan atau pelanggan
Melaksanakan kajian prestasi pencapaian portfolio bagi satu tempoh (“back-testing”) Kaedah Perakaunan – “On Balance Sheet” vs “Off Balance Sheet”
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 20
PERBEZAAN AKAUN PELABURAN DI BAWAH IFSA
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
PENAMBAHBAIKAN APLIKASI KONTRAK SYARIAH
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
•Bergantung kepada prestasi Bank secara menyeluruh •Mempunyai mekanisme pelarasan keuntungan bagi
mengelakkan risiko anjakan perdagangan (“displacement commercial risk”)
•Klasifikasi sebagai deposit yang di jamin oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) (had RM250 ribu sahaja)
•Tidak memerlukan mandat yang spesifik oleh pelanggan
Akaun Pelaburan (Sebelum IFSA)
•Bergantung kepada prestasi aset sandaran yang khusus •Tiada mekanisme pelarasan keuntungan (i.e PER) •Klasifikasi sebagai “Akaun Pelaburan” tanpa jaminan
PIDM •Memerlukan mandat yang spesifik dari pelanggan seperti
resolusi Lembaga Pengarah yang khusus bagi penyertaan dan operasi akaun pelaburan
•Bank wajib melaksanakan penilaian terhadap tahap kesesuaian pengambilan risiko oleh pelanggan
•Bank berhak menolak permohonan untuk menyertai akaun pelaburan
•Bank wajib memberi laporan prestasi akaun pelaburan secara berkala – Ketelusan prestasi aset sandaran
•Aset sandaran dikecualikan dari pengiraan nisbah kecukupan modal (Capital Adequacy Ratio)
Akaun Pelaburan (Di bawah IFSA)
Halaman 22
PERALIHAN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Akaun Deposit Akaun Pelaburan Sejumlah wang yang di deposit
atau diterima oleh pihak Bank menurut kehendak Syariah
Wang yang di bayar atau diterima bagi tujuan pelaburan
Dengan syarat jumlah wang itu akan dibayar balik sepenuhnya dengan atau tanpa laba atau pulangan
Modal pelaburan dan pulangan tidak dijamin. Tertakluk pada prestasi portfolio pelaburan
Pembayaran balik apabila dituntut atau pada tarikh matang
Pembayaran balik pada tarikh matang. Juga boleh distruktur bagi keperluan kekerapan pengeluaran tanpa had.
Aplikasi Kontrak Syariah: Wadiah, Tawarruq, Bai’ ‘Inah
Aplikasi kontrak Syariah: Mudarabah, Musharakah, Wakalah
Dana/Prinsipal di jamin Dana/Prinsipal tidak di jamin
Perlindungan PIDM – YA Perlindungan PIDM – TIADA
Sebelum Peralihan
DEPOSIT Wadiah Bai’ ‘Inah Mudarabah Wakalah Tawarruq
Setelah Peralihan
DEPOSIT Wadiah/Qard Tawarruq Bai’ ‘Inah
PELABURAN Mudarabah Musharakah Wakalah
Berdasarkan Pelan Peralihan dan Polisi Akaun Pelaburan BNM, tawaran produk akaun pelaburan di bawah IFSA mesti mendapat kelulusan BNM yang baru dan akaun deposit yang lama di bawah kontrak syariah Mudarabah atau wakalah mestilah dimansuhkan sebelum 30 Jun 2015. Mulai 1 Julai 2015, hanya akaun pelaburan di bawah IFSA yang memenuhi kaedah dan rangka kerja Akaun Pelaburann yang baru boleh ditawarkan oleh institusi perbankkan Islam
Halaman 23
GARIS MASA PERALIHAN
Tarikh berkuat kuasa Dasar Peralihan Deposit oleh Bank Negara Malaysia
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 24
Feb 2014 Apr/Mei 2014 Jun 2014 Sept 2014 Jun 2015
Pengenalan produk baharu, Deposit Bertempoh-i (Tawarruq)(TDT) Semua deposit “on lien” yang baharu akan diletakkan di bawah TDT/ akaun marginal berkuat kuasa 1 Mei 2014
Penukaran semua akaun simpanan mudarabag sedia ada kepada akaun wadiah
Penerangan terhadap akaun pelaburan dan keperluan bagi resolusi lembaga pengarah yang baru jika pelanggan memilih akaun pelaburan yang baru.
Penguatkuasaan Rangka kerja Akaun Pelaburan yang baharu oleh BNM
NOTIS PERALIHAN AKAUN PELABURAN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 25
AKAUN DEPOSIT
Aplikasi Kontrak Syariah Wadiah/Qard Tawarruq Bai Inah
Wadiah/Qard Tiada Ganjaran Pemasaran melalui kemudahan
perkhidmatan kewangan i.e.: kemudahan kad debit, akses kepada akaun Tabung Haji, Perbankan Mudah Alih TAP MEPS IBFT, dan lain-lain
Tawarruq Sama seperti deposit tetap dan
berjangka. Pulangan / Keuntungan
Berasaskan Kontrak Murabaha Fi pembrokeran dari transaksi
komoditi murabaha ditanggung oleh pihak Bank
Dijamin oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
(had RM250 ribu)
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 26
KLASIFIKASI AKAUN PELABURAN
Pelanggan /Pemegang Akaun Pelaburan
Kontrak Syariah : Wakalah Mudarabah Musyarakah
Akaun Pelaburan
Tidak Terhad
Akaun Pelaburan
Terhad
Dana dilaburkan mengikut mandat pelaburan yang khusus /Suatu Aset Klas
Tempoh pelaburan yang tetap dan khusus
Tempoh pelaburan sepadan dengan tempoh kematangan aset sandaran
Penebusan hanya pada tarikh matang
Hak kepada aset sandaran pada penggulungan.
Boleh distruktur di luar imbangan duga (Off-balance Sheet)
Pelanggan memberi mandat am mengikut kepakaran pihak bank melabur di dalam pelbagai aset klas seperti yang direncanakan di dalam maklumat tawaran.
Tiada had pengeluaran Tempoh pelaburan dan
kematangan aset sandaran tidak perlu dipadankan.
Sebahagian dari aset Bank, di dalam lembaran imbangan duga
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 27
AKAUN PELABURAN – CIRI-CIRI UTAMA CIRI-CIRI UTAMA AKAUN PELABURAN
TERHAD AKAUN PELABURAN BERJANGKA
AKAUN PELABURAN TRANSAKSI
Produk Al Ansar Waheed Specific Investment
Account (SIA)
Al Awfar
Tarikh pelancaran 2 April 2015 1 Jun 2015 3 Jun 2015
Profil pelabur / pelanggan (Pemegeng Akaun Pelabur)
Lembaga Tabung Haji
Institusi korporat Bukan-individu
Individu Institusi runcit
Saiz dana RM200 mil Tidak terhad Tidak terhad (tertakluk kepada ketersediaan aset pembiayaan rumah)
Portfolio Aset sandaran/ Pelaburan
Pembiayaan SME Aset Bank yang sedia ada (yang akan dinyatakan sebelum penawaran)
Aset pembiayaan rumah
Risiko pelaburan Tinggi Sederhana (bergantung kepada aset sandaran)
Rendah (memandangkan cagaran dan kepelbagaian pofil)
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 28
AKAUN PELABURAN – CIRI-CIRI UTAMA - bersambung CIRI-CIRI UTAMA AKAUN PELABURAN
TERHAD AKAUN PELABURAN BERJANGKA
AKAUN PELABURAN TRANSAKSI
Kontrak Shariah Wakalah Wakalah Mudarabah
Mudarabah
Ciri kontrak Shariah Insentif berdasarkan prestasi
Fee agensi Pembahagian
keuntungan
Pembahagian keuntungan
Objektif / motif pelaburan
Membangunkan ekonomi Bumiputera Islam + jangkaan pulangan
Pulangan yang setimpal
Peluang memenangi hadiah wang tunai contohnya – RM1 mil
Tempoh pelaburan Sehingga 2020 (atau apabila dana telah digunakan sepenuhnya, mana terdahulu)
1 hari hingga 1 tahun(boleh dirunding)
Tidak terhad
Pengeluaran Sehingga matang (mengikut terma dan syarat yang dipersetujui)
Sehingga tempoh matang
Atas permintaan / tiada had
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 29
INVESTMENT ACCOUNTS – KEY FEATURES…cont CIRI-CIRI UTAMA AKAUN PELABURAN
TERHAD AKAUN PELABURAN BERJANGKA
AKAUN PELABURAN TRANSAKSI
Modal / Perlindungan Utama (Diinsuranskan oleh PIDM)
Tiada Jaminan Tiada jaminan(berhak ke atas aset yang disandarkan)
Tiada jaminan(disokong oleh aset pembiayaan rumah)
Pelaburan minimum RM10 mil setiap pengeluaran
RM500,000 RM100
Jangkaan Pulangan / Kadar Keuntungan
3% (atau pulangan sebenar keuntungan jika <3%)
Berdasarkan PSR yang dipersetujui
Berdasarkan PSR yang dipersetujui
Kekerapan pembiayaan keuntungan
Bulanan Apabila sampai tempoh matang
Bulanan
Laporan prestasi dana Suku tahunan Suku tahunan Suku tahunan
Dokumentasi Perjanjian Wakalah & Perjanjian “Service Level”
Resolusi Lembaga Pengarah yang khusus & Dokumen Transaksi.
Borang Taksir Sendiri (untuk Individu & SME) & Dokuman Transaksi
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 30
PRODUK AKAUN PELABURAN DI PASARAN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 31
Aset Sandaran – Pembiayaan SME & Runcit
Aset Sandaran – Instrumen Pasaran Wang Islam – penempatan semalaman (overnight placement)
Aset Sandaran – Penempatan Antara Bank.
Aset Sandaran – Komoditi Murabaha bersama syarikat induk
PLATFORM AKAUN PELABURAN - MEKANISME PASARAN TERBARU
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
PLATFORM AKAUN PELABURAN
IAP adalah sebuah platform bank yang ditubuhkan bagi tujuan untuk memudahkan penyaluran dana daripada pelabur individu dan institusi untuk membiayai usaha niaga yang berdaya maju. Bank-bank Islam yang mengambil bahagian ataupun dikenali sebagai bank penaja (melalui Akaun Pelaburan Terhad sebagaimana yang diperuntukkan di bawah IFSA dan AIKP) akan berfungsi sebagai pengantara.
• Platform bagi pelbagai bank yang menyediakan pilihan untuk pelabur dan usahasama
Penyertaan sukarela oleh bank-bank • Pelabur boleh menyalurkan dana untuk membiayai industri sasaran dan usahasama
pilihan mereka Semua permintaan bagi pelaburan yang dibuat oleh pelabur akan tertakluk
kepada penilaian kesesuaian yang dijalankan oleh bank-bank yang mengambil bahagian
IAP akan menyediakan rejim pendedahan mantap untuk memudahkan keputusan yang dibuat oleh pelabur berdasarkan maklumat dan juga untuk memudahkan pemantauan atas pelaburan mereka
• Beroperasi berasaskan internet yang selamat • Berasaskan Internet untuk membolehkan jangkauan yang luas, termasuk mencapai
pelabur yang merentasi sempadan
Apakah IAP?
Ciri-ciri utama
Source : Bank Negara Malaysia
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 33
SATU PASARAN BARU
... Satu perantara pelaburan bukannya Bursa Perdagangan
… seperti “crowd funding” yang dikawalselia
… konsep seperti tawaran awam (“Initial Public Offering”) - Terlebih atau terkurang langganan (over / under subscribed)
…konsep yang sama dengan Sukuk runcit
… laluan untuk rangkuman kewangan “financial inclusion”
… seperti “Covered Sukuk”
Dana daripada RIA adalah untuk membiayai
usahasama
Menyediakan dana melalui pembukaan RIA dengan bank-
bank yang mengambil bahagian menggunakan IAP
BAKAL PELABUR / PEMEGANG IA
USAHA NIAGA
I.M.A.M Akaun Pelaburan
Terhad (RIA)
1st leg 2nd leg
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 34
BELANJAWAN NEGARA 2015
Strategic Management & Managing Director’s Office
Langkah 2: Mengukuhkan Pasaran Kewangan Islam 41. Kerajaan akan memperkenalkan produk pelaburan patuh Shariah baru pada
tahun 2015 yang dikenali sebagai Platform Akaun Pelaburan (IAP). IAP akan memberi peluang kepada pelabur dalam membiayai aktiviti-aktiviti keusahawanan dan membangunkan SME yang berdaya maju. Pada masa yang sama, IAP akan menjadi platform untuk menarik pelabur institusi dan individu termasuk individu yang tinggi status kewangannya untuk melabur dalam pasaran kewangan Islam. Sebagai permulaan, IAP akan dilaksanakan dengan dana permulaan sebanyak RM150 juta.
42. Untuk menggalakkan pelaburan dalam IAP, kerajaan mencadangkan pelabur
individu diberi pengecualian cukai pendapatan ke atas keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan yang layak bagi tiga tahun berturut-turut.
Halaman 35
INSENTIF CUKAI DI BAWAH PLATFORM AKAUN PELABURAN
Akaun Pelaburan Platform (IAP) adalah medium pembiayaan baru berdasarkan prinsip-prinsip Shariah dengan tujuan untuk pembiayaan projek-projek dan syarikat usahasama. Objektif IAP adalah untuk menarik penyertaan daripada pelabur individu dan institusi untuk meningkatkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan juga usahawan melalui sistem pembiayaan yang cekap, mudah dan telus.
Keuntungan yang diperolehi oleh pelabur individu daripada pelaburan yang dibuat melalui IAP diberi pengecualian cukai pendapatan.
Galakan ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut: - Pengecualian cukai hanya akan diberi selama 3 tahun berturut-turut bermula
dari keuntungan tahun pertama yang diperolehi; Pelaburan ini dibuat untuk tempoh 3 tahun bermula dari tarikh operasi IAP; Insentif cukai hanya akan diberi untuk aktiviti pelaburan di Malaysia, dalam
syarikat teroka milik syarikat Malaysia atau diperbadankan; Pengecualian cukai hanya akan diberi kepada pelaburan yang dibuat dalam
SME dan syarikat usahasama dalam mana-mana sektor; dan Definisi SME adalah seperti definisi terkini yang dikeluarkan oleh SME Corporation
Malaysia
IAP dijadual beroperasi bermula Disember 2015
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 36
PENGEMUDI UTAMA – I.M.A.M
Raeed Holdings Sdn Bhd
25% 25% 25% 25%
Modal Permulaan: RM2.0 juta
Ditubuhkan pada 13 Mei 2015
Ilham dari BNM Diterajui dan di bagunkan bersama I.M.A.M
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 37
MEKANISMA UMUM PLATFORM AKAUN PELABURAN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 38
POTENSI PASARAN PELABUR
“Business Angel Investors”
“Pelabur Rakan Sebaya”
Syarikat Takaful & Insuran
Individu Bernilai Bersih Tinggi (High Networth Individual”)
Institusi Dana Pencen
Pelabur Institusi
Syarikat Pengurusan Dana
Pelabur Modal Teroka
Industri Perbankan
Dana Khas Kerajaan
Syarikat Berkaitan Kerajaan
Pelabur Antarabangsa
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 39
FUNGSI SEBAGAI PENGANTARA PELABURAN
Pelabur Jangka Pendek ke Sederhana atau Penyedia Dana bagi Pembiayaan
Khusus
Tiada Hak Mengundi & Menduduki Kerusi
Lembaga Pengarah & Tidak terlibat dalam
pengurusan seharian) - Tiada Hak Anti Pencairan
Pulangan setimpal dengan risiko yang diambil atau
Pulangan Bergantung kepada Profil Risiko
Tahap Ketelusan dan Pendedahan yang tinggi
Pilihan untuk di nilaioleh Rating Agency Malaysia - Menguatkan Profil Kredit
“Business As Usual” - Dokumentasi Pembiayaan Syarat Pembiayaan yang
Komited
Fleksibiliti untuk Menjalankan Kontrak
Perkongsian Risiko (Mudarabah, Musyarakah,
Istisna 'dan lain-lain)
“Competitive Edge” - Pool Akses Lebih Luas kepada
Pembiaya / Pelabur
Berurusan hanya dengan "Bank Penaja" - Bukan
Pelbagai Pelabur / Pemegang Saham
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 40
PERBEZAAN UTAMA Perbandingan atas
kelas aset Persamaan Perbezaan
Produk Perbankan (simpanan /pembiayaan)
• Satu bentuk pengantaraan perbankan di mana bank-bank memainkan peranan untuk memdankan pelabur dan pengguna dana
• Bank-bank perlu memantau perkembangan projek untuk memudahkan pengeluaran dana
• Para pelabur boleh memilih projek khusus untuk pelaburan / pembiayaan (disokong oleh penilaian kesesuaian oleh bank-bank),
• Modal tidak dijamin • Risiko dan pulangan kepada pelabur berdasarkan kemajuan
projek • IAP membolehkan pembiayaan untuk usaha niaga yang
berdaya maju yang tidak mengikut profil pembiayaan biasa bank (contohnya mereka yang tiada rekod pencapaian atau cagaran) tetapi mempunyai projek-projek yang berdaya maju
“Crowd-funding/ Crowd-sourcing/ Peer-to-peer funding”
Para pelabur boleh memilih projek / pembiayaan khusus daripada platform berasaskan internet
IAP melibatkan pengantaraan oleh bank-bank yang memberikan peranan penting dalam transaksi termasuk menaja projek/usahasama yang berdaya maju untuk diapungkan di IAP dan memantau pencapaian mereka
“Private equity/ Venture capital” (PE/VC)
Para pelabur boleh memilih projek khusus untuk pelaburan / pembiayaan
• Pelaburan di bawah PE / VC adalah dalam saham syarikat sedangkan IA adalah untuk pembiayaan usahasama / projek yang berdaya maju
• Pelabur sasaran PE / VC adalah pelabur institusi dan “High Net Worth (HNW), manakala IAP dibuka kepada pelabur runcit
Saham (termasuk saham disenaraikan)
• Para pelabur boleh memilih syarikat-syarikat tertentu untuk melabur
• Penyenaraian pelbagai pilihan pelaburan di Bursa
• Pelaburan di bawah IAP adalah untuk menyediakan pembiayaan usahasama / projek yang berdaya maju
• Syarikat syarikat yang tersenarai di bursa saham telah lama ditubuhkan, manakala sasaran pembiayaan dalam IAP adalah pembiayaan kepada SME
Bon/Sukuk • Para pelabur boleh memilih sekuriti-sekuriti tertentu untuk melabur
• Penyenaraian pelbagai pilihan pelaburan di Bursa
• Bon / sukuk biasanya dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang telah lama ditubuhkan, manakala sasaran IAP ialah pembiayaan kepada SME
Unit amanah Pulangan kepada pelabur terikat kepada prestasi aset asas
Aset dasar untuk unit amanah biasanya adalah sekuriti dan berasaskan portfolio, manakala pelaburan IAP adalah pembiayaan SME dan dilakukan secara individu
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 41
BERGERAK KEHADAPAN “MERINTIS PERJALANAN YANG BARU”
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
AKAUN PELABURAN – "SATU ERA YANG BARU"
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Sebagai Pengantara Pelaburan dan juga
Pembekal Kredit
Menuju ke arah “Perkongsian Risiko Yang
Bertanggungjawab)
Kadar pulangan yang berbeza dengan produk
konventional
Menggalakan ketelusan
aset sandaran dan pendedahan maklumat
yang terperinci
Memudahkan Penggembelengan dana modal – Laluan kepada
agenda Rangkuman Kewangan
Pemangkin Innovasi
Fleksibiliti di dalam menentukan saiz yang sesuai bagi lembaran
imbangan
Kemampanan Daya Saing – Pengurusan Modal, Modal Cair, Toleransi
Risiko, Risiko Penumpuan, dll.
Memerlukan anjakan pradigma dan kemahiran
yang baharu
Halaman 43
PROSPEK AKAUN PELABURAN
Pembagunan Wakaf
Pembiayaan Teknologi Hijau
Pembiayaan Projek Berteknologi Tinggi Pembiayaan
Projek Tenaga Boleh
Diperbaharui – Tenaga solar
Pembiayaan Industri Bio-teknologi
Pembiayaan Industi Media
Kreatif Pembiayaan Sains Hayat
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 44
HARAPAN MASA HADAPAN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
Akaun Pelaburan Berteraskan Kontrak
Wakalah & Mudarabah
Akaun Pelaburan berdasarkan Kontrak
Musyarakah
Fasilitasi pembagunaan pembiayaan
berdasarkan kontrak Mudarabah,
Musyarakah, Istisna’ didanakan melalui akaun pelaburan
Aset sandaran berlandaskan Kontrak Syariah Tawarruq, Musyarakah Mutanaqisah & Ijarah
Halaman 45
KESIMPULAN
Keunikan & Nilai Tambah Produk Perbankan Islam
Sumber Dana Yang Baharu
Piawaian Pengunderaitan yang
teguh
Keteguhan Nisbah Modal
Kecukupan
Laluan kepada Pembiayaan
berasaskan ekuiti atau perkongsian risiko
Pengurusan Kecairan yang
efektif
Mengoptimakan Komponen
Kunci Kira-Kira
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik Halaman 46
Aliran Pendapatan
Yang Baru
DISCLAIMER
This presentation has been prepared by Bank Islam Malaysia Berhad(“Bank Islam”) for selected recipients for information purposes only. The information contained herein is believed to be correct as of the date of this presentation and is given in summary form and does not purport to be complete. Bank Islam does not make any representation or warranty, whether expressed or implied, as to the adequacy, accuracy or completeness of any such information, opinion or estimate contained and shall not be responsible or liable for any consequences of any reliance thereon by any recipient. Opinions and estimates constitute the judgment of Bank Islam as of the date of this presentation and are subject to change without notice. Bank Islam does not act as any recipient’s financial advisor or agent and the information contained herein is not intended to be relied upon as advice to any recipient and should not be construed as an offer or recommendation to buy or sell securities. This presentation does not purport to contain all the information that a prospective investor may require and the information contained herein does not take into account the investment objectives, financial situation or needs of every recipient hence it may not be appropriate for all persons. Each recipient is responsible to make his or her own independent assessment of the information provided herein and should not treat the information provided as advice relating to investment or related matters. Each recipient should consult his or her own advisers and must make his or her own independent decision regarding any investment. Certain statements contained in this presentation may be statements of future expectations and involve known and unknown risks and uncertainties. Forward-looking statements contained in this presentation regarding past trends or activities should not be taken as a representation that such trends or activities will continue in the future. Bank Islam does not have any obligation to update or revise any forward-looking statements, whether as a result of new information, future events or otherwise. Each recipient should not place undue reliance on forward-looking statements, which is believed to be correct only as of the date of this presentation. This presentation is being furnished to each recipient solely for his or her information and may not be reproduced, redistributed, transmitted or passed on, directly or indirectly, to any other person or published electronically or via print, in whole or in part, for any purpose.
PROFIL PEMBENTANG – HIZAMUDDIN JAMALLUDDIN
Pejabat Pengarah Urusan & Pengurusan Strategik
HIZAMUDDIN JAMALLUDDIN Ketua Pegawai Strategi & Ketua, Pejabat Pengarah Urusan Encik Hizamuddin Jamalluddin menghabiskan kebanyakan kehidupan profesionalnya dalam pengurusan korporat, terutamanya dalam perancangan korporat, aktiviti penggabungan dan pengambilalihan antara sempadan, kewangan korporat dan khidmat nasihat, penstrukturan semula korporat dan hutang, penswastaan, hubungan pelabur dan komunikasi strategik. Beliau menyertai Bank Islam pada 2007, dan bertanggungjawab terhadap penyediaan pelan induk korporat, pelan perniagaan tahunan dan keseluruhan pengurusan penunjuk prestasi utama Bank. Peranan dan tanggungjawab utamanya termasuk menetapkan strategi korporat dan strategi perniagaan yang utama, memacu inisiatif transformasi dan menyelia amalan korporat Bank dalam bidang yang berkaitan dengan pelaburan strategik, penarafan risiko komposit dan pelaksanaan peningkatan modal. Pada masa ini, Hizamuddin menerajui Pelan Peralihan Deposit di Bank Islam, di mana beliau terlibat secara aktif dalam pembangunan dan pengkelasan semula produk akaun deposit dan pelaburan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang baharu. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk pembangunan Platform Akaun Pelaburan (“IAP”), sebuah inisiatif Bank Negara Malaysia. Encik Hizamuddin memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Kewangan daripada Northern Illinois University, AS. Beliau kini merupakan ahli Jawatankuasa Kewangan Islam di Institut Akauntan Malaysia (“MIA”).