aduan

2
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya, Nik Mohd Ariff Bin Mad Kholid mewakili pihak bapa saudara saya Tengku Mohd Yusof Bin Tengku Mamat, ingin membuat aduan ketidakpuasan hati kami terhadap layanan pihak ETCM Kuala Terengganu. Baru – baru ini, pak cik saya ada menempah sebuah kereta model NAVARA (FULL SPEC) yg bernilai RM 95 000. Tiada berlaku sebarang masalah semasa proses pemberian dokumen daripada pihak bapa saudara kepada perunding jualan (SURINAWATI BINTI HAMZAH) . Namun, masalah mula timbul apabila perunding jualan tersebut/pihak ETCMKT telah membuat tempahan model yang berlainan iaitu NAVARA STANDARD. Selain itu, perunding jualan tersebut telah membuat pendaftaran awal terhadap kereta tersebut sedangkan kereta belum sampai di ‘dealership’. Pihak kami amat tidak berpuas hati dengan cara tersebut kerana pendaftaran kenderaan dibuat sebelum kereta di terima di ‘dealership’. No plat bagi kereta tersebut telah didaftarkan sebagai QS 47 D . No plat tersebut telah di beli oleh bapa saudara saya dengan harga RM 2500. Disebabkan hal yang tidak memuaskan hati bapa saudara saya telah melakukan pembatalan terhadap pembelian kereta tersebut. Oleh hal demikian, pihak kami meminta pihak ETCM@ETCMKT membuat pertukaran nama terhadap no plat berkenaan kepada pihak kami semula atau pihak ETCM@ETCMKT membayar ganti rugi atas perbelanjaan untuk mendapatkan no plat berkenaan sebanyak RM 2500. Saya berharap pihak ETCM@ETCMKT dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin

description

haha

Transcript of aduan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya, Nik Mohd Ariff Bin Mad Kholid mewakili pihak bapa saudara saya Tengku Mohd Yusof Bin Tengku Mamat, ingin membuat aduan ketidakpuasan hati kami terhadap layanan pihak ETCM Kuala Terengganu. Baru baru ini, pak cik saya ada menempah sebuah kereta model NAVARA (FULL SPEC) yg bernilai RM 95 000. Tiada berlaku sebarang masalah semasa proses pemberian dokumen daripada pihak bapa saudara kepada perunding jualan (SURINAWATI BINTI HAMZAH). Namun, masalah mula timbul apabila perunding jualan tersebut/pihak ETCMKT telah membuat tempahan model yang berlainan iaitu NAVARA STANDARD. Selain itu, perunding jualan tersebut telah membuat pendaftaran awal terhadap kereta tersebut sedangkan kereta belum sampai di dealership.Pihak kami amat tidak berpuas hati dengan cara tersebut kerana pendaftaran kenderaan dibuat sebelum kereta di terima di dealership. No plat bagi kereta tersebut telah didaftarkan sebagai QS 47 D. No plat tersebut telah di beli oleh bapa saudara saya dengan harga RM 2500.

Disebabkan hal yang tidak memuaskan hati bapa saudara saya telah melakukan pembatalan terhadap pembelian kereta tersebut. Oleh hal demikian, pihak kami meminta pihak ETCM@ETCMKT membuat pertukaran nama terhadap no plat berkenaan kepada pihak kami semula atau pihak ETCM@ETCMKT membayar ganti rugi atas perbelanjaan untuk mendapatkan no plat berkenaan sebanyak RM 2500. Saya berharap pihak ETCM@ETCMKT dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin

Sekiranya pihak ETCM@ETCMKT tidak dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin, saya mewakili pihak bapa saudara saya tidak akan ragu-ragu untuk membawa perkara ini kepada pihak berkuasa.Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai

Sekian, Terima KasihNik Mohd Ariff Bin Mad Kholid (01125585056)