Adakah Saya Layak Dikenakan Cukai

download Adakah Saya Layak Dikenakan Cukai

If you can't read please download the document

description

tax

Transcript of Adakah Saya Layak Dikenakan Cukai

Adakah saya layak dikenakan cukai

Adakah saya layak dikenakan cukaiIndividu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukaiPermohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :

Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;

Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;

Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melaluie-Daftar.

Tidak menerima Borang Nyata Cukai PendapatanBorang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan dan diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :

Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau

Jabatan Pemprosesan Maklumat, Pandan Indah, Kuala Lumpur, atau

Muat turun dari laman web LHDNM. Walau bagaimanapun, mulai Tahun Taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuatturun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.

Salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak diterima untuk pengemukaan.

Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan. Sila hubungicawangan LHDNMatauPusat Khidmat Pelanggankami di talian 1-300-88-3010 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan e-Filing.

Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara AsingJika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.

Apa itu Skop Pengenaan CukaiPembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.

Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.

Pengecualian Cukai Menu

Tambang PerjalananTambang percutian dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga kali dalam satu tahun kalendar, atau

Tambang percutian ke luar Malaysia yang tidak melebihi sekali dalam mana-mana tahun kalendar, terhad kepada amaun maksimum RM3,000.

Harap maklum bahawa tambang percutian yang dimaksudkan adalah kos tambang sahaja. Kos-kos lain tidak dianggap sebagai kos tambang.(Rujuk Ketetapan Umum 1/2003)

Manfaat Perubatan & PergigianMulai tahun taksiran 2008, manfaat perubatan yang dikecualikan cukai diperluaskan untuk meliputi perbelanjaan materniti dan perubatan tradisional seperti ayurvedic dan akupuntur. Pengecualian cukai bagi manfaat ini tiada had limit.

Ganjaran Persaraani. Ganjaran PersaraanBayaran ganjaran persaraan yang diterima oleh pekerja pada masa persaraan dikecualikan sepenuhnya daripada cukai jika:

a. Ketua Pengarah berpuas hati bahawa persaraan daripada penggajian adalah disebabkan oleh keuzuran.

b. Persaraan itu berlaku pada atau selepas seseorang itu mencapai umur 55 tahun atau mencapai umur wajib bersara dari penggajian dan telah berkhidmat berturutan selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat di dalam kumpulan yang sama.

c. Persaraan itu berlaku apabila mencapai umur wajib bersara di bawah satu kontrak penggajian atau perjanjian kolektif pada umur 50 tahun tetapi sebelum 55 tahun dan telah berkhidmat selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama.

ii. Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awamGanjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam apabila bersara daripada penggajian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

iii. Ganjaran yang dibayar kepada pegawai kontrakGanjaran yang dibayar daripada kumpulan wang awam kepada pegawai kontrak apabila perkhidmatan kontraknya tamat (walaupun kontraknya diperbaharui).

Pendapatan PampasanPampasan adalah bayaran yang diterima oleh seseorang pekerja daripada majikannya akibat diberhentikan kerja dan bayaran ini mungkin dibayar sebelum atau selepas pekerja diberhentikan.

Pampasan yang dikecualikan :

a. Pampasan yang diterima kerana keuzuran atau gangguan kesihatan dikecualikan sepenuhnya.

b. Pampasan yang diterima kerana sebab-sebab lain:

i. Pemberhentian kerja sebelum 1 Julai 2008. Pengecualian RM6,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan sama.

ii. Pemberhentian kerja pada atau selepas 1 Julai 2008. Pengecualian RM10,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan yang sama.

Pampasan yang dikenakan cukai sepenuhnya:Pampasan yang diterima oleh pengarah (bukan pengarah urusan) sebuah syarikat terkawal.

Pencen (persaraan wajib umur atau atas sebab kesihatan)Pencen yang diterima dari Malaysia oleh seseorang itu dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan syarat:

a. Orang yang berkenaan bersara pada umur 55 tahun atau pada umur wajib untuk bersara daripada penggajian seperti yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis,

b. Orang yang bersara kerana keuzuran dan pencen tersebut diterima daripada kerajaan atau skim pencen yang diluluskan.

c. Bagi pekerja sektor awam yang memilih persaraan pilihan, bayaran pencen yang diterima akan ditaksir dan dikenakan cukai sehingga mencapai umur 55 tahun atau umur wajib bersara di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

d. Bagi individu yang menerima lebih daripada satu pencen, hanya bayaran pencen yang tertinggi akan dikecualikan daripada cukai.

Ganjaran KematianWang yang diterima sebagai ganjaran kematian adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan.

BiasiswaApa-apa jumlah wang yang dibayar dengan cara biasiswa kepada seseorang individu, sama ada atau tidak berkaitan dengan suatu pekerjaan individu tersebut, adalah dikecualikan dari cukai pendapatan.

Pendapatan Individu Yang Bermastautin di Malaysia Berhubung Dengan Penampilan Dalam Persembahan Kebudayaan Yang Diluluskan Oleh MenteriWang yang diterima di bawah kategori ini adalah dikecualikan cukai sepenuhnya dengan syarat ianya adalah diluluskan oleh Menteri.

FaedahPendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin daripada wang yang didepositkan dalam institusi berikut dikecualikan cukai mulai 30 Ogos 2008.

a. Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

b. Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perbankan Islam 1983.

c. Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.

d. Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995.

e. Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

f. Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

DividenAntara bayaran dividen yang diterima yang dikecualikan daripada cukai pendapatan termasuklah:

a. Dividen yang diterima daripada syarikat yang mengagihkan dividen daripada pendapatan syarikat yang dikecualikan daripada cukai.

b. Dividen yang diterima daripada syarikat kerjasama (koperasi).

c. Dividen yang diterima daripada amanah saham yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, seperti dividen Amanah Saham Bumiputera.

d. Dividen yang diterima daripada unit amanah yang diluluskan oleh Menteri Kewangan yang melaburkan 90% atau lebih daripada unit amanah tersebut dalam sekuriti kerajaan

RoyaltiIndividu yang bermastautin di Malaysia dikecualikan daripada cukai atas pendapatan royaltinya seperti berikut :

No.Jenis khidmat/hasil kerja yang dibayar setahunAmaun dikecualikan (RM)

1Penerimaan dari penerbitan hasil seni/rakaman pita/cakera10,000

2Penerimaan hasil penterjemahan buku/karya kesusasteraan12,000

3Penerimaan hasil penerbitan karya kesusasteraan /lukisan asli/penggubahan muzik20,000

Walau bagaimanapun, pengecualian di atas tidak terpakai jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang diterima oleh individu itu dalam menjalankan tugas rasmi.

Pendapatan Diremit Dari Luar MalaysiaMulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dan diterima di Malaysia oleh seseorang individu yang bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Yuran Atau Honorarium Khidmat PakarMulai Tahun Taksiran 2004, yuran atau honorarium yang diterima oleh seseorang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikannya untuk tujuan validasi, moderasi atau akreditasi program pendidikan francais di institusi pengajian tinggi diberi pengecualian cukai pendapatan.

Perkhidmatan yang diberikan oleh individu tersebut hendaklah ditentu sahkan atau diperaku oleh Agensi Kelayakan Malaysia (AKM). Walau bagaimanapun, pengecualian cukai pendapatan ini tidak akan dibenarkan jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang timbul dalam menjalankan tugas rasmi.

Pendapatan Daripada Hasil PenyelidikanMulai Tahun Taksiran 2004, pendapatan yang diterima oleh seseorang individu daripada hasil penyelidikan saintifik yang dikomersialkan, diberi pengecualian cukai sebanyak 50% daripada pendapatan statutori dalam tahun asas bagi tahun taksiran, untuk tempoh lima (5) tahun dari tarikh bayaran pertama.

Saintis yang menerima bayaran tersebut hendaklah warganegara dan bermastautin di Malaysia. Manakala hasil penyelidikan yang dikomersialkan itu hendaklah ditentu sahkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Jenis PendapatanPada amnya pembayar cukai dikehendaki membayar cukai atas semua jenis pendapatan yang diperoleh, iaitu:

Perniagaan atau profession

Penggajian

Dividen

Faedah

Diskaun

Sewa

Royalti

Premium

Pencen

Anuiti

Lain-lain

Mendaftar FailCukaiPermohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat anda.

Dokumen PendaftaranSila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai:

a. Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/Slip Gaji terkini,b. Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,c. Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan; atau

Mendaftar Secara On-lineAnda boleh mendaftar secara on-line die-DaftarPindaan Selepas Penghantaran Borang

HYPERLINK "http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=2&unit=5000&sequ=6" \l "menu1" Menu

Tindakan Sekiranya Berlaku Kesilapan Pada BorangPembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.

Pindaan Selepas Penghantaran Borang (Mulai Tahun Taksiran 2009)Pindaan Dikemukakan Sebelum Tarikh Akhir Pengemukaan Borang NyataPembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.

Pindaan Dalam Tempoh 6 Bulan dari Tarikh Akhir Pengemukaan BorangPembayar cukai dibenarkan membuat pindaan sendiri ke atas maklumat atau taksiran dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) yang telah dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh ditetapkan dengan mengemukakan Borang Nyata Terpinda (BNT) dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir pengemukaan BNCP.BNT boleh dicetak dari laman web LHDNM. BNT yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan Pembayar cukai.Hanya pembayar cukai yang telah mengemukakan BNCP dalam tempoh ditetapkan dibenarkan membuat pindaan sendiri dan pindaan sendiri hanya boleh dilakukan sekali.Pembayar cukai dibenarkan untuk membuat pindaan sendiri ke atas maklumat atau taksiran bagi membetulkan kesilapan dalam BNCP berhubung dengan :

pendapatan terkurang / tidak lapor;

perbelanjaan / tuntutan lain terlebih tuntut; atau

elaun modal / insentif / pelepasan yang terlebih tuntut.

Pindaan sendiri melalui pengemukaan BNT boleh menyebabkan perubahan berikut :

Dari tidak kena cukai kepada kena cukai notis taksiran asal;

Dari kena cukai kepada cukai kepada cukai tambahan notis taksiran tambahan; atau

Dari bayaran balik kepada mengurangkan bayaran balik notis taksiran asal

Bagi pindaan yang dibuat selain daripada keadaan-keadaan yang dinyatakan di dalam perenggan di atas pembayar cukai tidak perlu mengemukakan BNT sebaliknya boleh terus mengemukakan pindaan berkenaan melalui surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku serta melampirkan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda. Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.Jika ketua pengarah membuat pindaan dan mengemukakan taksiran pindaan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh pengemukaan BNCP, pembayar cukai tidak lagi layak mengemukakan BNT kepada Ketua Pengarah. Pembayar cukai yang ingin membuat pindaan (pengakuan sukarela) ke atas taksiran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan surat kepada LHDNM.

Kadar dan Cara Pengiraan Kenaikan CukaiTaksiran asal atau taksiran tambahan yang dibangkitkan sendiri oleh pembayar cukai adalah tertakluk kepada kenaikan cukai. Pembayar cukai perlu mengisi sendiri ruang pengiraan kenaikan cukai yang terdapat pada BNT.Sekiranya Borang Nyata Terpinda dikemukakan :

Dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir pengemukaan borang, amaun kenaikan cukai yang dikenakan adalah 10% daripada amaun cukai atau cukai tambahan.

Selepas tempoh 60 hari tetapi tidak lewat daripada 6 bulan dari tarikh akhir pengemukaan, amaun kenaikan cukai yang dikenakan adalah berdasarkan formula berikut :

B + [(A + B) x 5% ]

Di mana : A = amaun cukai atau cukai tambahan; danB = 10% daripada amaun cukai atau cukai tambahan ( A X 10%)

embayaran

HYPERLINK "http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=2&unit=5000&sequ=7" \l "menu1" Menu

Perkhidmatan e-Bayaran, e-PCB dan e-Data PCB melalui FPXPerkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.

Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Bank-bank yang terlibat adalah:

Bank Islam Malaysia Berhad

CIMB Bank

Hong Leong Bank Berhad

Maybank2e / Maybank2U

Public Bank Berhad

RHB Bank Berhad

Sila layari :https://epayment.hasil.gov.my- e-Bayaran,https://ekls.hasil.gov.my/- e-PCB danhttp://eapps.hasil.gov.my/- e-Data PCB

Perkhidmatan Bayaran Cukai di Ejen-ejen Kutipan LHDNMa) Bayaran di KaunterBayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi Individu dan Syarikat boleh dibuat secara tunai, cek dan arahan debit akaun di semua cawangan ejen-ejen LHDNM yang berikut:

CIMB Bank

Public Bank

Maybank

POS Malaysia

Affin Bank

Nota:

Hanya bayaran secara tunai sahaja yang diterima di kaunter POS Malaysia.

Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui kaunter hanya disediakan di CIMB Bank dan Public Bank. Bayaran Potongan Cukai Bulanan di kaunter bank perlulah disertakan disket yang mengandungi maklumat pekerja yang terlibat dengan PCB dan maklumat tersebut mestilah mengikut speksifikasi yang telah ditetapkan oleh LHDNM.

Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank:

i. Kod Bayaranii. Nama Pembayar Cukai/Majikaniii. No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikaniv. No. Kad Pengenalanv. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCBvi. Amaun bayaran

b) Bayaran Melalui InternetKemudahan pembayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui saluran elektronik ejen-ejen LHDNM yang dilantik seperti berikut;

Bayaran PCB sahaja melaluihttps://www.alliancebank.com.my

Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT untuk individu sahaja melaluihttps://www.cimbbizchannel.com.myhttps://www.cimbclicks.com.my

HYPERLINK "http://www.cimbclicks.com.my/"

Bayaran PCB melalui

Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT Syarikat serta bayaran PCB melaluihttps://www.citibank.com.my

Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT Individu dan Syarikat serta bayaran PCB melaluihttps://www.hlb.com.my/

Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT Individu melaluihttps://www.maybank2u.com.myBayaran Cukai Pendapatan dan CKHT untuk Syarikat serta PCB melaluihttp://www.maybank2e.net

Bayaran Cukai Pendapatan, CKHT dan PCB Individu dan Syarikat melaluihttps://www.pbebank.com.my

Bayaran PCB sahaja melaluihttps://www.rhb.com.my

Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT melaluihttps://www.posonline.com.my(Debit akaun pembayar cukai melalui CIMBClicks, Bank Rakyat, Hong Leong Online, RHB Bank, MEPSCASH, Bank Islam, EON Bank, Al-Rajhi Bank dan Affin Bank)

Bayaran PCB sahaja melaluihttp://www.ambankgroup.com/en/Business/CashManagement

Bayaran PCB sahaja melaluihttp://www.ocbc.com.my

Bayaran PCB sahaja melalui HSBC, sila hubungi 1300-88-1128 atau 603-8321 5511

c) Bayaran Melalui ATMBayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah Individu boleh dilakukan melalui Auto Teller Machine (ATM) di bank-bank berikut;

Public Bank

Maybank

CIMB Bank

Bagi membolehkan anda membayar melalui mesin ATM, anda perlulah mempunyai kad ATM bank yang berkenaan dan maklumat yang perlu disediakan untuk melaksanakan transaksi ini adalah nombor rujukan cukai.

d) Bayaran Melalui Tele-PerbankanBayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui;

Maybank Kawanku Phone Banking (1-300-88-6688)

e) Bayaran Melalui Mesin Deposit Cek (Cheque Deposit Machine)Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu disediakan melalui;

Public Bank Berhad Mesin Deposit Cek (CDM)f) Bayaran Melalui Mesin Deposit Wang (Cash Deposit Machine)Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu disediakan melalui;

CIMB Bank Berhad Mesin Deposit Tunai (CAM)Jadual Kod BayaranItemKod BayaranKeterangan

1084Bayaran Ansuran Cukai Individu

2086Bayaran Ansuran Cukai Syarikat

3088Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit

4090Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah

5095Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)

6150Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103

7151Bayaran Seksyen 108

8152Bayaran Kenaikan Seksyen 108

9153Bayaran Kenaikan Komposit

10154Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)

11155Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)

12156Bayaran Kos Mahkamah

13157Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman

14158Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit

15159Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan

16160Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil

17173Bayaran Kos Guaman

18178Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)

19181Bayaran Kenaikan Seksyen 25

20196Bayaran Penyelesaian Cukai

21197Bayaran Penyelesaian Cukai - Majikan

22250Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pelupus

23286Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pemeroleh

24092Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB)

Bayaran Cukai Melalui Pindahan Wang Dari Luar NegaraBayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar Negara boleh dilakukan dengan dua cara:

a) Melalui Telegraphic Transfer (TT) Melalui Telegraphic Transfer (TT)/Interbank Transfer Giro(IBG)/ Electronic Fund Transfer (EFT)Bayaran cukai secara TT,IBG atau EFT boleh dibuat terus ke Akaun Terimaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia berikut:

No. Akaun penerima: 14230003355052

Nama Penerima (Payable to) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri

Nama dan alamat bank penerima: CIMB Bank Berhad, Cawangan Jalan Duta Tingkat Bawah,Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, 50480 Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia

Bagi bayaran TT(RENTAS), maklumat kod pengenalan swift bagi CIMB Bank Berhad adalah seperti berikut:

Swift Code : CIBBMYKL

Pembayar cukai adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan maklumat bayaran cukai berikut bagi bayaran yang dibuat melalui kaedah ini:-

Nama Pembayar Cukai

Nombor Rujukan Cukai

Nombor Rujukan Transaksi TT/IBG/EFT

Kod Bayaran Cukai (Rujuk Jadual Kod Bayaran di para f.)

Tahun Taksiran bayaran dilakukan.

Bulan ansuran,jika ada. Sekiranya tiada, pihak LHDNM akan mengambilkira bulan semasa sebagai nombor ansuran.

Maklumat ini perlu dikemukakan pada hari yang sama kepada Kaunter Bayaran, Cawangan Pungutan, Jalan Duta melalui faks di nombor 03-62013490, 03-62019637 atau 03-62016857. Maklumat ini juga boleh dikemukakan melalui emel kepada pegawai-pegawai berikut:-

Pn Nooraniza Binti [email protected] En Syed Mohd Syukree Syed Mohd [email protected] En Aziram Bin Mohd [email protected] Saidah Bt Mohd [email protected] bayaran hanya akan dikeluarkan bagi bayaran yang telah disah terima oleh bank dangan maklumat bayaran yang lengkap dikemukakan. Bagi bayaran yang dibuat tanpa mengemukakan maklumat yang tepat akan melambatkan proses pengeluaran resit dan pembayar cukai adalah bertanggungjawab sekiranya dikenakan denda lewat.

b)Melalui Bank Draft

Pindahan wang dari luar Negara melalui cara ini mengkehendaki anda mengemukakan maklumat berikut:

Nama Penerima (Payable to) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri

Nama dan alamat bank pembayar: Mesti local paying bank atau local correspondence bank supaya draft tersebut menjadi cek tempatan.

Bank draft tidak boleh dibeli dalam Ringgit Malaysia Oleh itu, pertukaran mata wang bagi jumlah yang perlu dibayar hendaklah dibuat dengan tepat. Maklumat bayaran dan pembayar perlu ditulis dibelakang bank draft dan kemudian diposkan ke Kaunter Bayaran, Cawangan Pungutan Jalan Duta.

Kaunter BayaranTingkat Bawah, Blok 8AKompleks Bangunan Kerajaan Jalan Duta50600 KUALA LUMPUR

Cukai Bagi Kes Taksiran BersamaSekiranya pendapatan suami atau isteri telah ditaksir bersama atas nama salah seorang daripadanya maka pihak yang berkenaan adalah bertanggungjawab membayar cukai tersebut. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu, cukai yang kena dibayar atas pendapatan isteri atau suami boleh dipungut daripada salah seorang mengikut nisbah jumlah pendapatan masing-masing.

Potongan Cukai Bulanan (PCB)Pada masa kini terdapat Skim Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi pekerja yang berpendapatan penggajian. Cukai yang kena dibayar akan dipotong daripada saraan seseorang individu yang berkenaan. Cukai dipotong setiap bulan daripada gaji mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau Kaedah Pengiraan Berkomputer PCB yang dikeluarkan oleh LHDNM.

Bayaran Baki CukaiPerbandingan hendaklah dibuat antara jumlah Potongan Cukai Berjadual (PCB) yang telah dipotong dan cukai yang patut dibayar. Jika PCB yang dibayar tidak mencukupi, maka amaun perbezaan (iaitu antara jumlah PCB dengan cukai patut dibayar) hendaklah dibayar kepada LHDNM selewat-lewatnya pada 30 April tahun berikutan tahun taksiran.

Ansuran BulananSekiranya sehingga 30 April bagi suatu tahun taksiran anda masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan anda bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Prosedur yang perlu diikuti adalah dengan mengemukakan satu surat rayuan kepada unit pungutan di cawangan fail fizikal anda berada. Surat berkenaan hendaklah diterima oleh unit pungutan sebelum 30 April tahun berkenaan. Adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.

Penalti Lewat Bayar Baki CukaiPenalti lewat bayaran baki cukai sebanyak 10% akan dikenakan bagi amaun yang tidak dibayar selepas 30 April tahun berikutan tahun taksiran. Jika masih gagal membayar cukai dan penalti yang dikenakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penalti dikenakan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas amaun yang masih terhutang.

Rayuan Ke Atas Penalti Lewat BayarJika anda tidak bersetuju dengan penalti lewat bayar yang dikenakan, anda boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Unit Pungutan cawangan berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan.

Penalti lewat bayar yang dikenakan mestilah dijelaskan terlebih dahulu walaupun rayuan dibuat. Sekiranya rayuan diluluskan LHDNM akan memulangkan kembali jumlah yang berkenaan.

Lebihan Kredit Cukai

HYPERLINK "http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=2&unit=5000&sequ=9" \l "menu1" Menu

Apakah itu Lebihan Kredit?Lebihan kredit wujud apabila bayaran seperti potongan cukai berjadual, bayaran ansuran bulanan atau bayaran cukai pendapatan telah melebihi tanggungan cukai (baki debit) di dalam akaun. Manakala baki debit wujud apabila tanggungan cukai melebihi bayaran cukai yang dibuat.

Bagaimana mengelakkan lebihan kredit dalam akaunPembayar cukai boleh memantau potongan gaji bulanan atau ansuran dwi-bulanan atas pendapatan perniagaan dan membandingkannya dengan jumlah sebenar cukai yang perlu dibayar seperti dalam notis taksiran.

Permohonan untuk memberhentikan potongan gaji hendaklah dikemukakan kepada Cawangan Pungutan selepas pengesahan tanggungan cukai dibuat untuk mengelakkan potongan yang berlebihan.

Sebarang perubahan pada maklumat berikut hendaklah dimaklumkan kepada pihak majikan.

Perkahwinan,

Bilangan anak,

Perceraian/perpisahan,

Kematian pasangan,

Kematian anak.

Selain itu pembayar cukai juga boleh mengisi dan mengemukakan kepada majikan Borang PCB/TP1 ( Borang tuntutan potongan dan rebat individu ) sekiranya terdapat potongan lain yang boleh dituntut.

Butir-butir dan maklumat tuntutan potongan ini penting untuk pengiraan Potongan Cukai Berjadual agar jumlah yang sepatutnya dipotong mengikut jadual yang ditentukan.

Bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun mesti dimaklumkan kepada LHDNM.

Bayaran Balik Cukai

HYPERLINK "http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=2&unit=5000&sequ=10" \l "menu1" Menu

Keadaan Wujud Bayaran BalikBayaran balik cukai wujud apabila:

a. Pembayar cukai telah membuat bayaran lebih daripada cukai yang sepatutnya,

b. Pembayar cukai mempunyai lebihan cukai akibat taksiran cukai yang telah dikurangkan, atau

c. Cukai yang dipotong daripada dividen melebihi tanggungan cukai pendapatannya dalam tahun berkenaan.

Cara Menuntut Bayaran BalikBayaran balik lebihan kredit akan dibuat secara otomatik kepada pembayar cukai. Walau bagaimanapun sekiranya anda masih mahu mengemukakan permohonan, anda bolehlah berbuat demikian dengan menulis surat dan dialamatkan kepada Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda atau emel ke Pusat Khidmat Pelanggan, Pandan Indah di [email protected] melalui panggilan telefon ke talian tanpa tol 1-800-88-LHDN (5436).

Menggunakan Baki Kredit Untuk Membayar Baki Cukai Tahun SemasaSekiranya akaun anda menunjukkan terdapat lebihan kredit bagi tahun sebelum tahun taksiran anda boleh membuat permohonan untuk menggunakan kredit tersebut bagi membayar cukai tahun semasa. Permohonan untukset offboleh dibuat dengan mengemukakan surat kepada unit pungutan di cawangan di mana fail fizikal anda berada sebelum 30 April.

Tahun taksiran 2010dan 2011Banjaran Pendapatan BercukaiPengiraan (RM)Kadar %Cukai(RM)

0-25002,500 pertama00

2,501-5,0002,500 berikutnya125

5,001-10,0005,000 pertama5,000 berikutnya325150

10,001-20,00010,000 pertama10,000 berikutnya3175300

20,001-35,00020,000 pertama15,000 berikutnya74751,050

35,001-50,00035,000 pertama15,000 berikunya121,5251,800

50,001-70,00050,000 pertama20,000 berikutnya193,3253,800

70,001-100,00070,000 pertama30,000 berikutnya247,1257,200

Lebih 100,000100,000 pertamaSetiap ringgit berikutnya2614,325..........

Tahun Taksiran 2009Banjaran Pendapatan BercukaiPengiraan (RM)Kadar %Cukai(RM)

0-25002,500 pertama00

2,501-5,0002,500 berikutnya125

5,001-10,0005,000 pertama5,000 berikutnya325150

10,001-20,00010,000 pertama10,000 berikutnya3175300

20,001-35,00020,000 pertama15,000 berikutnya74751,050

35,001-50,00035,000 pertama15,000 berikunya121,5251,800

50,001-70,00050,000 pertama20,000 berikutnya193,3253,800

70,001-100,00070,000 pertama30,000 berikutnya247,1257,200

100,001-150,000100,000 pertama50,000 berikutnya2714,32513,500

150,001-250,000150,000 pertama100,000 berikutnya2727,82527,000

Lebih 250,000250,000 pertamaSetiap ringgit berikutnya2754,825..........

Tahun Taksiran 2008Banjaran Pendapatan BercukaiPengiraan (RM)Kadar %Cukai(RM)

0-25002,500 pertama00

2,501-5,0002,500 berikutnya125

5,001-10,0005,000 pertama5,000 berikutnya325150

10,001-20,00010,000 pertama10,000 berikutnya3175300

20,001-35,00020,000 pertama15,000 berikutnya74751,050

35,001-50,00035,000 pertama15,000 berikunya131,5251,950

50,001-70,00050,000 pertama20,000 berikutnya193,4753,800

70,001-100,00070,000 pertama30,000 berikutnya247,2757,200

100,001-150,000100,000 pertama50,000 berikutnya2714,47513,500

150,001-250,000150,000 pertama100,000 berikutnya2727,97527,000

Lebih 250,000250,000 pertamaSetiap ringgit berikutnya2854,975..........

Pelepasan Cukai

HYPERLINK "http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=3&unit=1&sequ=1" \l "menu1" Menu

Pelepasan Cukai Individu PemastautinTahun 2010, 2011& 2012Bil.Jenis Potongan IndividuAmaun(RM)1

Individu dan saudara tanggungan

9,000

2

Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa

5,000 (Terhad)

3

Peralatan Sokongan Asas

5,000 (Terhad)

4

Individu Kurang Upaya

6,000

5

Yuran Pendidikan (Sendiri)

5,000 (Terhad)

6

Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati

5,000 (Terhad)

7

Pemeriksaan perubatan penuh

500 (Terhad)

8

Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan

1,000 (Terhad)

9

Pembelian komputer peribadi untuk individu

3,000 (Terhad)

10

Tabungan bersih dalam skim SSPN

3,000 (Terhad)

11Tabungan bersih dalam skim SSPN(berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017)

6,000 (Terhad)12

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

300 (Terhad)

13

Yuran langganan Jalur Lebar

500 (Terhad)

14

Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.Syarat kelayakan:(i) pemastautin warganegara Malaysia;(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.Di mana:(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:A xBCDi mana;A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

10,000(Terhad)

15

Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

3,000 (Terhad)

16

Suami/Isteri kurang upaya

3,500

17

Anak di bawah umur 18 tahun

1,000

18

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

1,000

19

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

4,000

20

Anak Kurang upaya

Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan

5,000

21

Insuran nyawa dan KWSP

6,000 (Terhad)

22

Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 - 2021

1,000 (Terhad)

23Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.3,000 (Terhad)24

Insurans pendidikan dan perubatan

3,000 (Terhad)

Tahun 2009Bil.Jenis Potongan IndividuAmaun(RM)1

Individu dan saudara tanggungan

8,000

2

Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa

5,000 (Terhad)

3

Peralatan Sokongan Asas

5,000 (Terhad)

4

Individu Kurang Upaya

6,000

5

Yuran Pendidikan (Sendiri)

5,000 (Terhad)

6

Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati

5,000 (Terhad)

7

Pemeriksaan perubatan penuh

500 (Terhad)

8

Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan

1,000 (Terhad)

9

Pembelian komputer peribadi untuk individu

3,000 (Terhad)

10

Tabungan bersih dalam skim SSPN

3,000 (Terhad)

11

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

300 (Terhad)

12

Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.Syarat kelayakan:(i) pemastautin warganegara Malaysia;(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.Di mana:(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:A xBCDi mana;A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

10,000 (Terhad)

13

Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

3,000 (Terhad)

14

Suami/Isteri kurang upaya

3,500

15

Anak di bawah umur 18 tahun

1,000

16

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

1,000

17

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

4,000

18

Anak Kurang upaya

Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan

5,000

19

Insuran nyawa dan KWSP

6,000 (Terhad)

20

Insurans pendidikan dan perubatan

3,000 (Terhad)

Derma & Hadiah

HYPERLINK "http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=4&unit=1&sequ=1" \l "menu1" Menu

Potongan Dibenarkan Daripada Pendapatan AgregatBilSumbanganCatatan

1Derma/Hadiah wang kepada Kerajaan/Kerajaan Tempatan.Subseksyen 44(6)

2Derma/Hadiah wang kepada institusi/organisasi yang diluluskan.(Amaun adalah terhad kepada 7% daripadapendapatan agregat)Subseksyen 44(6)

3Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau Badan Sukan yang diluluskan.(Amaun adalah terhad kepada 7% daripadapendapatan agregat)Subseksyen 44(11B)

4Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan Negara yang diluluskan.(Amaun adalah terhad kepada 7% daripadapendapatan agregat)Subseksyen 44(11C)

5Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan.Subseksyen 44(6A)

6Derma/Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan.Subseksyen 44(8)

7Derma/Hadiah wang atau sumbangan manfaat bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untuk orang yang kurang upaya.Subseksyen 44(9)

8Derma/Hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-mana badan rawatan kesihatan.Subseksyen 44(10)

9Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau Balai Seni Lukis Negeri.Subseksyen 44(11)

Rebat Cukai

HYPERLINK "http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=5&unit=1&sequ=1" \l "menu1" Menu

Rebat Cukai Pendapatan Bagi Individu Yang Mempunyai Pendapatan Bercukai Kurang Daripada RM35,000.NoRebat CukaiTahun Taksiran2001 - 2008(RM)Tahun Taksiran2009 & Seterusnya(RM)

aTaksiran BerasinganIsteriSuami-350350-400400

bTaksiran BersamaIsteriSuami-350350-400400

Jumlah700800

bTaksiran Di mana Salah Seorang Suami Atau Isteri Tiada Jumlah PendapatanIsteriSuami-

350350-

400400

Jumlah700800

Lain-Lain Rebat CukaiNoRebat Cukai(RM)

aZakat/FitrahAmaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan

bLevi Pekerja AsingAmaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan

Elaun Modal

HYPERLINK "http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=6&unit=1&sequ=1" \l "menu1" Menu

Elaun ModalDalam menentukan pendapatan larasan sesuatu perniagaan bagi suatu tempoh asas, tiada potongan diberi untuk perbelanjaan modal atau susut nilai bagi aset yang digunakan dalam menghasilkan pendapatan tersebut. Walau bagaimanapun, Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan 1967 telah memperuntukkan potongan berupa elaun untuk perbelanjaan modal tertentu yang telah dilakukan.

Elaun modal hanya diberi kepada perniagaan. Hanya orang yang melakukan perbelanjaan pemerolehan aset yang digunakan di dalam perniagaan beliau sahaja yang layak menuntut elaun modal tersebut. Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan adalah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan lain-lain lagi.

Jumlah elaun modal hendaklah diisikan dalam ruangan berkaitan yang terdapat dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan.

Jenis Dan Kadar Elaun ModalJenis AsetElaun Permulaan (%)Elaun Tahunan (%)

Jentera Berat / Kenderaan Bermotor2020

Loji dan Jentera2014

Komputer dan Peralatan ICT2040

Lain-Lain2010

Nota :1. Jentera Berat- Jentolak, kren, penarik, jengkaut, jemparas, pengangkut, riper rola, pencabut akar, pencakar, penyodok, jentarik, vibrator wagon dan sebagainya.2. Kenderaan Bermotor- semua jenis kenderaan yang beroperasi dengan motor seperti kereta, motorsikal, kapal terbang, kapal dan sebagainya.3. Loji dan Jentera- Loji dan jentera am yang tidak termasuk dalam jentera berat seperti penyaman udara, pemampat, lif, peralatan perubatan dan makmal, ketuhar dan sebagainya.4. Lain-Lain- Peralatan pejabat, perabot, dan kelengkapan.5. Bagi kenderaan yang tidak dilesenkan untuk tujuan komersil, perbelanjaan modal layak untuk tuntutan elaun modal adalah terhad kepada maksimum RM 50,000 sahaja.

Kenderaan yang dilesenkan untuk pengangkutan barang atau penumpang secara komersil seperti lori, trak, bas, bas mini, van, teksi atau kereta sewa tidak termasuk dalam sekatan tersebut.

Walau bagaimanapun, mulai tahun taksiran 2001, had maksimum perbelanjaan modal layak untuk tuntutan (selain dari kenderaan yang dilesenkan untuk kegunaan komersil) yang dibeli pada atau selepas 28/10/2000, telah dinaikkan dari RM50,000 kepada maksimum RM100,000 dengan syarat :-i. Kenderaan yang dibeli adalah kenderaan baru

ii. Harga atas jalan kenderaan baru dibeli tersebut adalah tidak lebih dari RM150,000.

Rayuan

HYPERLINK "http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=9&unit=1&sequ=1" \l "menu1" Menu

Berkenaan RayuanPembayar Cukai boleh membuat rayuan jika:

a. Tidak berpuas hati dengan pendapatan yang ditaksir

b. Pelepasan persendirian tidak dibenarkan dengan sewajarnya

c. Terlupa membuat tuntutan perbelanjaan atau pelepasan tertentu

d. Terdapat kesilapan dalam taksiran yang dikeluarkan oleh LHDNM

Bagaimana Membuat RayuanSekiranya anda menerima taksiran cukai dan anda tidak berpuashati dengannya :

a. Anda boleh membuat rayuan secara bertulis ke pejabat LHDNM yang mengeluarkan taksiran dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis taksiran dikeluarkan dan jika rayuan anda perlu dikemukakan kepada pihak Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, anda dikehendaki mengisi Borang Q yang boleh didapati dari semua pejabat LHDNM.

b. Sekiranya terdapat alasan yang munasabah yang menyebabkan anda tidak boleh membuat rayuan dalam tempoh 30 hari, anda boleh kemukakan permohonan melalui Borang N untuk mendapatkan lanjutan masa untuk rayuan. Permohonan anda akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan untuk keputusan.

Dokumen yang diperlukan:

a. Surat rayuan yang menyatakan jenis kesilapan taksiran/tuntutan perbelanjaan/potongan/pelepasan dan sebagainya.

b. Dokumen sokongan bagi menyokong tuntutan perbelanjaan/potongan/ pelepasan dan sebagainya.

c. Pihak LHDNM akan meminta dokumen-dokumen lain yang diperlukan jika maklumat yang diterima masih belum mencukupi bagi membolehkan pindaan taksiran dibuat.

Peringatan: Anda perlu membayar cukai walaupun rayuan dibuat.

Menyelesaikan RayuanRayuan anda boleh diselesaikan :

a. Melalui persetujuan di antara anda dengan pihak LHDNM atau

b. Melalui keputusan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan/Mahkamah Tinggi/Mahkamah Rayuan.

Jika anda tidak berpuashati dengan keputusan LHDNM berkaitan dengan taksiran cukai, rayuan anda akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan. Sekiranya anda masih tidak berpuashati dengan keputusan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan anda boleh membuat rayuan seterusnya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Pesuruhjaya Khas Cukai PendapatanPesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan merupakan suatu tribunal bebas di mana ahli panelnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk membicarakan kes-kes rayuan cukai sahaja.

Sijil Taraf Mastautin

Sijil Taraf MastautinSijil Taraf Mastautin (STM) dikeluarkan untuk mengesahkan pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia bagi tujuan pencukaian. Sijil ini membolehkan pembayar cukai menuntut manfaat di bawah Perjanjian Pengelakkan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) antara Malaysia dengan Negara Pejanji.

Penentuan Taraf MastautinPenentuan taraf mastautin adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 iaitu:

Individu -Seksyen 7 Syarikat -Seksyen 8 Badan Amanah -Seksyen 61(3)Permohonan STMPermohonan STM boleh dikemukakan ke mana-manaCawanganLHDNM. Walau bagaimanapun STM bagi pembayar cukai Jabatan Cukai Korporat dan Cawangan Jalan Duta dikeluarkan olehJabatan Percukaian Antarabangsa.

Borang Permohonan STMUntuk permohonan STM, BorangSTM1perlu dilengkap. Bagi memohon lebih daripada satu salinan, BorangSTM1Ajuga perlu diisikan.

Senarai SemakSemua dokumen berkaitan seperti dalamSenarai Semakdikepilkan.

Tempoh SiapSTM siap dalam tempoh 3 hari bekerja jika semua dokumen dan maklumat telah diberikan dengan sempurna.

BayaranTiada bayaran dikena bagi STM yang dikeluarkan.