7740994 Silvikultur Hutan 2

21
KONSEP SILVIKULTUR 1. Apa itu Silvikultur? Ia adalah seni untuk menghasil dan menjaga hutan 2. Perlu gunakan ilmu silvik untuk merawat hutan tresebut 3. Teori dan praktikal mengawal pembalakan hutan, komposisi hutan, struktur hutan dan mnegawal pertumbuhan pokok dalam hutan 4. Ilmu ekologi, pokok, psikologi, emtomologi dan sains tanah TUJUAN SILVIKULTUR 1. Untuk memperbaiki alam semulajadi, meningkatkan fungsi hutan 2. Mengawal struktur dirian dan pokok serta proses-proses yang berlaku, mengawal saiz dan untuk banyak kegunaan 3. Mengawal komposisi pokok, untuk ekonomi dan juga tujuan biologi 4. Mengawal kepadatan dirian hutan 5. Menambah bilangan pokok di kawasan yang teruk disebabkan oleh manusia dan alam 6. Untuk tujuan perlindungan dan mengurangkan kehilangan kerosakan 7. Mengawal kitaran penebangan 8. Membantu proses penuaian (pembalakan) 9. Pemuliharaan produktiviti tapak, supaya ia berada pada tahap yang tinggi Silvikultur sebagai ekologi gunaan (applied ecology); apabila pokok mati, ia akan tumbang, maka ruang akan terbentuk Salah satu hubungan silvikultur (pengurusan hutan) dengan taggingjawab social ialah membantu menjaga hutan

description

sn

Transcript of 7740994 Silvikultur Hutan 2

Page 1: 7740994 Silvikultur Hutan 2

KONSEP SILVIKULTUR

1. Apa itu Silvikultur? Ia adalah seni untuk menghasil dan menjaga hutan

2. Perlu gunakan ilmu silvik untuk merawat hutan tresebut

3. Teori dan praktikal mengawal pembalakan hutan, komposisi hutan, struktur hutan dan mnegawal pertumbuhan pokok dalam hutan

4. Ilmu ekologi, pokok, psikologi, emtomologi dan sains tanah

TUJUAN SILVIKULTUR

1. Untuk memperbaiki alam semulajadi, meningkatkan fungsi hutan

2. Mengawal struktur dirian dan pokok serta proses-proses yang berlaku, mengawal saiz dan untuk banyak kegunaan

3. Mengawal komposisi pokok, untuk ekonomi dan juga tujuan biologi

4. Mengawal kepadatan dirian hutan

5. Menambah bilangan pokok di kawasan yang teruk disebabkan oleh manusia dan alam

6. Untuk tujuan perlindungan dan mengurangkan kehilangan kerosakan

7. Mengawal kitaran penebangan

8. Membantu proses penuaian (pembalakan)

9. Pemuliharaan produktiviti tapak, supaya ia berada pada tahap yang tinggi

Silvikultur sebagai ekologi gunaan (applied ecology); apabila pokok mati, ia akan tumbang, maka ruang akan terbentuk

Salah satu hubungan silvikultur (pengurusan hutan) dengan taggingjawab social ialah membantu menjaga hutan

DIRIAN DAN HUTAN

Page 2: 7740994 Silvikultur Hutan 2

1. Apakah itu dirian? Dirian ialah sekumpulan pokok yang sama dalam komposisi spesies, susunan kelas umur, kualiti tapak dan keadaan tertentu seperti topografi

2. Contoh, satu dirian pokok kelapa sawit di ladang

3. Hasil dirian hutan dipengaruhi oleh proses pertumbuhan pokok

4. Proses itu ialah percambahan biji benih, pertumbuhan, persaingan dan kematian pokok tua

JENIS DIRIAN

PURE EVEN-AGE STAND; dirian sama umur yang tulen

ADVANCE REGENERATION-PURE STAND; kawasan hutan tidak dibersihkan, pokok lain ditebang, ada pokok yang tringgal dan ruang yang ada ditanam pokok baru

UNEVEN-AGED STAND; hutan asli, dirian yang tidak sama umur

MIXED STAND; tanaman ladang yang ditanam lebih daripada satu spesies

*ENTOMOLOGI>Kajian tentang serangga

*PATOLOGI>kajian tentang penyakit oleh kulat

JENIS RAWATAN SILVIKULTUR

Page 3: 7740994 Silvikultur Hutan 2

1. 2 kategori terminology;

Kadah pembiakan

Penjagaan, penebangan sederhana

2. Berlaku dalam tempoh satu kitaran

3. Penghasilan dan penebangan regenerasi;

mengeluarkan pokok yang tua dan pada masa yang sama mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pokok-pokok muda. Tempoh masa untuk kaedah ini ialah semasa musim buah

kitaran ini biasanya dibenarkan di dalam tempoh 3 tahun

4. Regenerasi??? Apa itu regenerasi??? Regenerasi ialah aktiviti di mana kita menukar pokok yang tuan dengan anak-anak pokok secara langsung atau secara tidak langsung

5. Penebangan pertengahan; dilakukan di ladang dan sebagainya, dilakukan operasi penjarangan (thinning), operasi pembebasan, pemangkasan dahan-dahan, ranting-ranting, seterusnya menambah bentuk dirian

6. Penjarangan bertujuan untuk mengawal pertumbuhan dirian dengan mengawal ketumpatan

SEJARAH SILVIKULTUR HUTAN

Page 4: 7740994 Silvikultur Hutan 2

1. AE Ramlault, Pengarah Perhutanan yang pertama, iaitu di Perak danSelangor. Beliau membuat kesimpulan bahawa;

Felling for improvement tidak akan berjaya jika pokok kecil tidak mencukupi bilangannya sebagai pertumbuhan generasi kedua selepas penebangan

Pada masa tersebut, memerlukan kuantiti kayu api dan kayu jaras untuk menampung pengeluaran dan perlombongan tin

Beliau mencadangkan apa yang dipanggil Derpatmental Peeling, penebangan secara pembahagian

Pada tahun 1926, penebangan pokok dilakukan semata-mata untuk membantu pembesaran pokok-pokok yang bernilai

Apa yang berlaku apabila penebangan pokok cuma untuk membantu spesies yang bernilai setelah pokok bernilai didapati berbuah secara jarang (tidak berbuah setiap tahun)

Hampir kesemua biji benih yang tumbuh di lantai hutan, iaitu yang tidak diganggu akan bercambah

Tetapi, dalam keadaan yang semulajadi, banyak anak pokok gagal untuk tumbuh sebab; lantai hutan yang tebal menyebabkan cahaya tidak mencukupi, lalu pertumbuhan mereka terbantut. Keadaan ini akan berlarutan sehinggalah ada cahaya atau ruang barulah ia bercambah

Pokok akan bertumbuh paling baik pada ruang yang selebar 20 kaki, tetapi, jika melebihi daripada nilai itu, anak pokok berkemungkinan akan mati

OPERASI HUTAN (Masa Dahulu)

Page 5: 7740994 Silvikultur Hutan 2

Departmental Improvements Felings Departmental Regeneration Felings (RIF) Commercial Regeneration Feling or Seeding Felings (S)

1. 1932 (Silvicultural Axioms, Hakikat Silvikultur) Apabila pemerhatian dibuat,tidak perlu ada penebangan dan itulah yang terbaik Objektif (S) dan (RIF) adalah untuk mengawal atau menghapuskan spesies yang tidak perlu

untuk memberi laluan kepada pokok bernilai komersial yang ada dan akan ada Kaedah ini akan membuka silara secara perlahan-lahan dengan membuat pembersihan di

kawasan lantai hutan selama 7 hingga 8 tahun Adanya belukar/pioneer di kawasan tersebut menandakan bahawa ruang yang dibuka

terlalu cepat

2. PENANAMAM, 1933 Menanam pokok di hutan dara adalah membazir duit dan masa Sebaliknya, belukar boleh dibuang daripada hutan dara

REGENERASI SECARA SEMULAJADI (NATURAL REGENERATION) Pertumbuhan secara semulajadi adalah daripada biji benih Untuk mengekalkan pertumbuhan biji benih (di dalam hutan yang teganggu), ruang

perlu diwujudkan secara perlahan-lahan. eg. operasi menebas 2 atau lebih pusingan

3. HUTAN PAYA Pengurusan hutan paya yang berkeasn ialah pada tahun 1934 Paya gambut adalah susah untuk dimasuki Kumpulan anak benih adalah banyak dan anak benih tumbuh dengan cepat, tidak perlu

campur tangan manusia

4. Gelang Racun (Poison Girding) 1934, racun adalah sodium arsenite sebanyak 5%-10%

5. KEPERLUAN PLOT RAWATAN, dalam report yang dibuat pada tahun 1935 di Sungai Buloh

Biji benih yang tumbuh dekat dengan pokok ibu, akan tumbuh dengan cepat, tetapi banyak yang akan mati

Jika di sesuatu kawasan terdapat anak pokok yang banyak, tidak digalakkan untuk membuka ruang yang besar dan cepat serta mendadak

Jika ada ruang yang wujud di atas silara, ia tidak akan membantu regenerasi, disebabkan oleh hutan kita mempunyai 5 stratum yang utama

Dahulu dikatakan jika pokok bertam didapati di sesuatu kawasan, maka kawasan itu terganggu, manakala jika pokok bertam dipotong, ia tidak membantu pertimbuhan semulajadi

Page 6: 7740994 Silvikultur Hutan 2

6. Pembangunan Silvikultur (1936-1941) Pada tempoh ini, penggunaan kayu api berkurangan disebabkan oleh peningkatan

penggunaan gas Tetapi pada masa yang sama, permintaan kayu balak semakin tinggi disebabkan oleh

permintaan daripada perlombongan arang, minyak dan bekalan elektrik Mereka beralih kepada kayu daripada pokok getah, maka permintaan kayu api

mengurang, seterusnya kos pengeluaran kayu api bertambah Gelang racun yang baru masih lagi dipraktikkan dan menggunakan larutan sodium

arsenite ke dalam air lalu dimasukkan ke dalam tanah Penebangan Secara Memilih (Introduction of Selective Fellings) diperkenalkan pada

masa tersebut

PEMOTONGAN BERTAM (BERTAM CUTTING)

Pada tempoh yang sama, bertam wajib dipotong untuk membantu pertumbuhan anak-anak pokok

HUTAN PAYA

1936-1941, ada penyelidik yang meraguu laporan bahawa tanpa campur tangan manusia, generasi meranti boleh kekal hidup

Mereka membuktikan bahawa adalah perlu campur tangan manusia untu pertumbuhan meranti

HUTAN BEREGENERASI (TUMBUH BALIK)

Pada tahun 1940 di Melaka, pertumbuhan pokok yang ditinggalkan terbantut selepas pembalakan

THINNING (PENJARANGAN)

Mengurangkan jumlah pokok yang ada di sesuatu dirian Dalam report 1939, menyatakan apabila menggunakan penebangan memilih (SELECTION

SYSTEM), tidak perlu ada rawatan, kerana ada banyak anak benih di kawasan tersebut5 (kenyataan ini tidak meliputi kesemua kawasan dan musim)

Oleh itu, perlunya pemerhatian; samada perlunya rawatan ataupun tidak perlu rawatan

PENANAMAN

Page 7: 7740994 Silvikultur Hutan 2

Pada tahun 1936, sudah ada penanaman besar-besaran di Rantau Panjang dan Bukit Sungei Puteh

Juga penanaman dibuat di tanah tidak subur di Selangor dan di tanah berpasir di Kelantan (tanah bris, tepi pantai), didapati tidak berjaya kerana tidak sesuai untuk pertumbuhan pokok

PEMERINTAHAN JEPUN 1942-1945

Bahan api banyak digunakan

PERANG DUNIA KE-2

35000 ekar kawasan musnah semasa Perang Dunia Ke-2 Pembalakan sebenarnya dilakukan di hutan tanah pamah sahaja, penanaman balak juga

dilakukan di kawasan tanah pamah sahaja

DARURAT (1948-1959)

Penanaman pokok tidak dilakukan, aktiviti penanaman pokok berhenti Pembalakan menggunakan gergaji, mengggunakan tenaga haiwan untuk menarik keluar

balak. Selepas perang, menggunakan jentera untuk menarik keluar balak Daripada pemerhatian; tidak dapat lagi melakukan 2-3 pusingan pembalakan sebab banyak

pokok telah ditebang, hutan belum lagi mampu untuk sembuh, pokok yang tidak sesuai juga untuk ditebang disebabkan ruang dan sebagainya

Wujudnya masalah silvikultur, kerosakan kerana penggunaaqn jentera

SELEPAS DARURAT, 1959

Pegawai atasan daripada luar Negara, mereka hampir bersara, mereka ada pengalaman, jadi persaraan mereka kelak dan jawatan yang ditinggalkan perlu diisi oleh orang Malaysia yang tiada pengalaman

Jadi pengajarannya ialah pentingnya pemerhatian di lapangan (pengajaran) Berdasarkan pengalaman, cadangan untuk silvikultur melalui Malayan Uniform System

(1949) Oleh kerana hampir kesemua tanah pamah diterokai, system baru telah diperkenalkan di

kawasan bukit kerana system yang terdahulu adalah untuk tanah pamah

SISTEM SILVIKULTUR ASAS

Page 8: 7740994 Silvikultur Hutan 2

1. System silvikultur asas ada 3; SHELTERWOOD SYSTEM

- Shelter bermaksud ditinggalkan untuk teduhan- Adalah satu kaedah untuk menghasilkan dirian yang sama daripada pokok-pokok yang muda

melalui penebangan dan juga menggunakan rawatan silvikultur- Semua pokok yang matang akan dituai dan kawasan yang terbuka akan menjadi tempat

untuk pokok understory untuk mendapatkan ruang dan bertumbuh- Fungsi pokok penaung adalah sebagai penaung dan juga menaungi biji benih- Dalam system ini, ditentukan jalan untuk mengangkut balak secara teratur dan mengikut

bentuk muka bumi- Dalam system ini, bila pokok ditebang, akan meminimumkan kerosakan- System ini melibatkan 3 tahap yang berlainan;

i. PENEBANGAN PERSEDIAAN Pokok besar yang dianggap tidak member naungan akan ditebang terlebih

dahuluii. ESTABLISHMENT CUTTING (PENUBUHAN)

Pokok main canopy dipilih dan ditebang untuk member ruang untuk pokok understory untuk mencukupkan sumber pertumbuhan

iii. TEBANG SEMUA POKOK TEDUHAN Penebangan hanya dilakukan apabila lantai hutan dipenuhi oleh anak-anak

pokok

- Keputusan untuk system ini ialah menghasilkan satu dirian yang sama umur (anak-anak pokok)

- Kesesuaian system ini ialah ia mengambil idea daripada gangguan semulajadi yang melanda hutan

- Keuntungan menggunakan system ini; Preservation (mengekalkan genetic yanga da dalam hutan tersebut) Pembukaan hutan secara perlahan dapat mengurangkan hakisan’mengekalkan

habitat semulajadi hidupan liar- Kelemahan menggunakan system ini;

kos tenaga yang tinggi, untuk masuk dan menentukan pokok yang sesuai ditebang memerlukan orang yang pakar dalam pengecaman pokok menyebabkan kehilangan habitat kerana ada hidupan liar yang memerukan kanopi

yang tertutup

*PRESERVATION> ada campurtangan manusia

*CONSERVATION>tidak ada campurtangan manusia

SELECTION SYSTEM

Page 9: 7740994 Silvikultur Hutan 2

- Adalah satu kaedah penebangan pokok mengikut kitaran, member peluang kepada anak-anak pokok yang ada untuk tumbuh

- Pokok ditebang secara berperingkat, dalam kuantiti yang kecil- Inventori dilakukan sebelum dilakukan penebangan- Had minima (had tebangan) pokok yang akan ditebang ditentukan- Membuatn penebangan secara teliti supaya kerosakan berada di tahap yang minima- Perbezaan system ini dengan SHELTERWOOD SYSTEM, system ini mengekalkan system

semulajadi, SHELTERWOOD SYSTEM menggalakkan pokok light demanding untuk tumbuh, manakala system ini menggal;akkan pokok shade tolerant dan light demanding untuk tumbuh

- Keputusan untuk system ini ialah menghasilkan saiz dan umur pokok yang berbeza- Kesesuaian system ini untuk dipraktikkan ialah di tempat yang mempunyai banyak pokok

shade tolerant di Tropika- Keuntungan menggunakan system ini;

Mengekalkan genetic yang ada di dalam hutan tersebut Mengelakkan berlakunya hakisan tanah Boleh membekalkan habitat untuk hidupan liar, juga aktiviti rekreasi Pendapatan yang berterusan daripada aktiviti pembalakan dan bekalan balak yang

berterusan- Kelemahan system ini;

Memerlukan masa dan tenaga Memerlukan pakar untuk menentukan spesies Perlukan luas kawasan yang besar untuk menstabilkan antara kos dan pendapatan Boleh menyebabkan kerosakan pokok tebangan kedua jika penebangan tidak

dilakukan dengan betul

CLEARCUT SYSTEM

Page 10: 7740994 Silvikultur Hutan 2

- Kaedah penebangan ini ialah, semua pokok akan ditebang di dalam satu operasi- Seorang pakar telah mengubahsuai system ini, di mana kumpulan pokok-pokok tertentu

ditinggalkan untuk mendapatkan bekalan biji benih. Pengubahsuaian ataupun modifikasi itu dinamakan “seed-tree clearcut”

- Kawasan yang telah dijalankan system ini, iaitu ditebang habis, mungkin boleh ditumbuhi oleh vegetasi apabila;

Biji benih dibawa oleh angin dari kawasan berhampiran Biji benih ada di lantai hutan Pertumbuhan “coppice” (pertumbuhan baru) Kawasan itu ditanam oleh manusia

- Keputusan system ini ialah akan menghasilkan ladang, hanya sesuai untuk pokok yang light demanding sahaja

- Kesesuaian system ini ialah di kawasan yang dicadangkan untuk dijadikan ladang- Keuntungan menggunakan system ini;

Ringkas dan senang sebab semua pokok ditebang dalam satu operasi- Kelemahan system ini;

Akan berlakunya hakisan Berlakunya pemampatan di dalam sungai, merosakkan habitat akuatik dan

mengurangkan kualiti air, tanah mengalir ke sungai Memerlukan penjagaan yang amat rapi, pada masa yang sama, terdedah kepada

ancaman hidupan liar Pengekalan genetic adalah sangat kurang

Page 11: 7740994 Silvikultur Hutan 2

OPERASI SILVIKULTUR DEPARTMENTAL IMPROVEMENT FELLING (DFI)

- System ini diperkenalkan 160 tahun yang lepas- System ini bertujuan menguruskan hutan secara sistematik- Digunakan untuk memperbaiki dirian yang sudah ada melalui penebangan pokok-pokok

yang tidak penting, pergelangan pokok juga digunakan dalam beberapa peringkat untuk menggalakkkan pokok yang berpotensi untuk bertumbuh

- Rawatan ini tidak memberi kesan kepada pokok-pokok muda. Apabila dikenalpasti bijij benih telah tumbuh, pokok-pokok komersial ditebang

REGENERATION IMPROVEMENT FELLING (RIF)- Bertujuan untuk mengawal, membuang dan menghapuskan spesies yang tidak diperlukan

untuk memberi laluan kepada pokok-pokok yang bernilai komersil- Kaedah ini akan mewujudkan ruang secara perlahan, sedikit demi sedikit dengan membuat

pembersihan di lantai hutan- Apabila kawasan dibuka terlalu cepat, spesies perintis akan masuk

COMMERCIAL REGENERATION FELLING (CRF)- Tidak ada pergelangan racun, untuk bekalan kayu api dan kayu tiang- Melibatkan system kitaran 5 tahun, selepas tempoh masa 5 tahun, dilakukan penebangan

beberapa kali (bergantung kepada peratus percambahan anak pokok)

“CLASSICAL” MALAYAN UNIFORM SYSTEM (MUS)- Diperkenalkan pada tahun 1948- Digunakan bertujuan untuk mengubah Hutan Hujan Tropika kepada satu dirian yang agak

sama umur dan mengandungi sebahagian besarnya daripada poko-pokok komersial- Systematic poisoning of unwanted species 9gelang racun diguna balik)- Melibatkan penebangan semua pokok yang matang (dbh>45 cm, semuanya ditebang)- Penebangan itu diutamakan light demanding dan light hardwood species- Penebangan diikuti oleh gelang racun kepada pokok yang tidak bernilai komersial dan rosak

ynag berdiameter paras dada sehingga 5 cm (45> pokok rosak dan tidak bernilai komersial >5 cm)

- Selepas 2.5 tahun, inventori dilakukan untuk mengatahui spesies yang ada- System ini member penekanan kepada anak-anak pokok dan kayu jaras di mana dengan

harapan anak-anak pokok ini member sumber dengan membekalkan kayu kepada generasi seterusnya

- Ramai yang menggunakan gelang racun (menyalahgunakannya)

“MODIFIED” MALAYAN UNIFORM SYSTEM (MUS)- Pada tahun 1970-an, hutan tanah pamah berkurang untuk tujuan ladang ladang kelapa

sawit, pembalakan beralih daripada kawasan rata kepada kawasan berbukit

Page 12: 7740994 Silvikultur Hutan 2

- System Classical MUS tidak dapat digunakan di kawasan berbukit kerana taburannya tidak sekata dan percambahan anak pokok tidak sama dengan tanah rata

- Dicadangkan selain penebangan, membuat penanaman, mengaya, untuk memperkayakan balik kawasan tersebut

- Semua hutan dibuka untuk pembalakan, tidak kira stok anak pokok cukup atau tidak- Di kawasan yang tidak cukup anak pokok, penanaman dilakukan sebelum melakukan

penebangan, tetapi apabila dinilai anak pokok bertabur secara tidak sekata- Apabila dinilai di kawasan bukit, pertumbuhan anak pokok gagal sebab (sebab MUS tidak

berjaya di kawasan bukit); Topografi Stok tidak sekata Kurang generasi secara semulajadi sebelum pembalakan Disebabkan pokok yang ditinggalkan tidak banyak, percambahan biji benih menjadi

tidak sekata kerana lokasi pokok yang ditinggalkan tidak sama Risiko hakisan adalah tinggi (di bukit yang curam) Apabila pembukaan terlalu besar, bertam dan resam menutupi kanopi anak-anak

pokok

- System MUS memerlukan kawasan yang besar untuk pelaburan (kawasan kecil, pelaburan tidak menguntungkan)

SELECTIVE MANAGEMENT SYSTEM (SMS)- Diperkenalkan pada tahun 1978- Lebih fleksible (pembalakan mengambilkira perlindungan persekitaran)- Dihapuskan gelang racun, kerana bertujuan untuk pemeliharaan dan pokok amat berguna di

masa hadapan- Direka bentuk supaya kos pada tahap minimum, mengoptimakan objektif pengurusan dalam

keadaan pembalakan di hutan bukit- Pemilihan untuk tebangan adalah berdasarkan data-data inventori- Cara untuk membuat pemilihan untuk ditebang pokok itu ialah semua pokok >5 cm dbh dan

dbh <5 cm yang berketinggian melebihi 125 cm- Maklumat fizikal yang perlu diambil ialah;

o Kecerunano Ketinggian aras lauto Jenis tanaho System pengairan

- Tujuan utama system ini adalah mengira had tebangan berdasarkan maklumat yang dikumpul, keadaan ekonomi, dan keadaan pasaran semasa

- Kaedah SMS ini diharapkan member kesan positif dalam; Pemuliharaan dan pengekalan sumber hutan

Page 13: 7740994 Silvikultur Hutan 2

Meminimakan pelaburan akan dating (meminimakan kos) Meningkatkan kestabilan dan kualiti persekitaran Mengurangkan pembaziran pembalakan Kilang akan menggunakan sumber hutan seoptima yang mungkin

- Syarat dalam SMS ialah kitaran kedua adalah diharapkan 25-30 tahun dibalak sekali lagi, hasil tebangan kedua 30m3/ha-40m3/ha. Untuk mencapai had tebangan;

Kumpulan tidak boleh kurang daripada 50 cm DBH Kecuali cengal sekurang-kurangnya 60 cm DBH Untuk kumpulan non-dipterokarp melebihi 45 cm DBH ke atas Pokok yang ditinggalkan sekurang-kurangnya 32 pokok/ha dan DBH mereka adalah

dalam lingkungan 30 cm-40 cm Peratusan dipterokarp yang perlu ditinggalkan untuk tebangan kedua dan perlu

sama atau lebih sebelum pembalakan berlaku

Page 14: 7740994 Silvikultur Hutan 2

SILVIKULTUR HUTAN-SABAH1. Mengikut apa yang diamalkan di Semenanjung Malaysia2. Awal 12930-an, RIF dicuba3. 1949, Selection Improvement Felling diperkenalkan untuk membantu perkembangan dan

pertumbuhan pokok-pokok 10 cm dank e atas dan pembalakan dilakukan setelah 15-20 tahun

4. Kaedah gelang racun dan kaedah penebangan pemanjat digunakan ke atas pokok-pokok bukan komersial

5. 1956, versi baru MUS diperkenalkan di Sabah6. Silara dibuka selepas pembalakan dengan gelang racun ke atas pokok bukan komersial dan

pokok yang rosak di tahap 15 cm DBH7. Pokok yang rosak (untuk dilakukan pergelangan racun) di Semenanjung Malaysia adalah 5

cm ke atas manakala di Sabah adalah 15 cm ke atas8. System ini menjadi standard yang digunapakai di semua hutan bukan dipterokarp di Sabah9. 1971, system ini diubahsuai dan dipanggil Stratified Uniform System10. System maru ini akan menanda 25 pokok dalam lingkungan diameter 25 cm-59 cm untuk

dikekalkan dan pada masa yang sama, pergelangan racun digunakan untuk pokok yang tidak diperlukan dan juga pokok yang rosak

11. Pemotongan pemanjat dan pergelangan racun digunakan pada tahun ke 1512. 1977 (setelah 6 tahun diperkenalkan), amalan pergelangan racun dirasakan tidak begitu

selamat, jadi hanya dilakukan pemotongan pemanjat sahaja

SILVIKULTUR HUTAN-SARAWAK1. Menggunakan system Selective Logging (system pemilihan)2. Kerajaan Negeri Sarawak menjemput pakar antarabangsa un tuk menunjukkan kepada

mereka bahawa pengurusan hutan di Sarawak adalah baik3. FAO (Food and Agriculture Organisation)/UNDP (United Nation Development Programdi

bawah PBByang berpangkalan di Rom, mencadangkan bahawa hasil pembalakan di Sarawak di hutan paya gambut, pengeluaran haruslah 2.8 m3/ha dalam jangkamasa setahun

4. Didapati pertumbuhan selepas penebangan di hutan bukan dipterokarp adalah memuaskan selepas kajian, pada masa tersebut tidak ada tanaman mengaya disebabkan oleh laporan-laporan tersebut

Cara gerak kerja untuk Liberation Thinningo Untuk menntukan balak yang ditinggalkan sebanyak mungkin daripada pokok komersilo Dengan cara ini, pokok komersil tumbuh dengan kaddar yang maksim, maka pusingan

tebangan dikurangkan, saiz balak adalah sekatao Tujuan menebang pokok yang tidak komersil adalah membolehkan pokok mendapatkan

ruang dan mendapatkan kelembapan

Page 15: 7740994 Silvikultur Hutan 2

Penebangan pokok yang mewujudkan teduhano Semua pokok >60.0 cm DBH perlu diracun kecuali;

Apa-apa pokok yang dilindungi Pokok-pokok di kawasan matau (tempat simpanan balak semetara; log point) Pokok di kawasan ertanian pindah (TERMUDA) Kawasan sekitar tepi Log Point atau TERMUDA (30 meter panjang dari sisi, untuk

bekalan biji benih) Di kawasan 40 meter dar4ipada jalan balak utama untuk mengelakkan hakisan

6 ciri pokok yang dijadikan Pokok Simpanani. Termasuk dalam senarai Spesies Terpilih, apabila besar boleh mencapai saiz balak,

bukan pokok terlindungii. DBH pokok dalam lingkungan 10 cm ke atas sehingga 59.9 cm

iii. Bentuk pokok hendaklah lengkap, silara yang cantik, tidak tumbuh secara coppice (coppice; pokok ditebang, ditinggalkan akar dan batang, kemudian akan tumbuh balik batang yang baru)

iv. Oleh kerana pokok ditinggalkan untuk pusingan kedua, ketinggian dahan utama mestilah melebihi 4 meter daripada akar

v. Tidak boleh condong melebihi 200vi. Pokok itu hendaklah stabil, tumbuh di kawasan stabil dan berada di kawasan yang

stabil Kadang-kadang pokok yang hendak dijadikan pokok simpanan terletak kira-

kira 2 meter antara satu sama lain, salah satunya mestilah tidak dipilih (rujuk “Peraturan 2 Meter”)

Two-Meter-Ruleo Pokok yang sesuai dijadikan pokok simpanan terletak 2 meter antara satu sama lain

6 peringkat menggunakan 2-Meter-Rulei. Memerhatikan pokok mana yang akan rosak apabila penebangan dilakukan

ii. Memerhatikan bentuk silara, pilih yang lengkap dan kerosakan yang minima untuk pokok simpanan

iii. Yang mana satu batang balak yang lebih panjangiv. Bentuk silara yang paling baikv. DBH yang lebih besar

vi. Pokok yang perlu diracun yang dijangkakan akan mensekatakan jarak antara pokok simpanan

Page 16: 7740994 Silvikultur Hutan 2

3 langkah dalam membuat pembebasan untuk pokok simpanano Pokok simpanan adalah dalam lingkungan 10.0 cm-59.9 cm DBH dan pengecualiannya;

Pokok yang dilindungi akta 2 pokok yang termasuk dalam kumpulan pokok simpanan, berjarak melebihi 2

meter antara satu sama lain dan silara satu pokok menutupi yang satu lagi pokok Pokok di dalam senarai Spesies Terpilih >60 cm DBH dalam lingkungan 30 meter dari

matau

3 langkah meracun pokok Ditentukan pokok simpanan, pokok bukan simpanan diracun Meracun pokok simpanan yang dalam lingkungan jaran 2 vmeter antara satu sama lain

(salah satunya sahaja) Meracun pokok yang member persaingan pada masa hadapan

Persaingan Masa Hadapan (Furture Competition) Distance Table; Jadual Jarak (DT) digunakan pada pokok-pokok yang tidak memberi

teduhan pada masa hadapan dan tidak menjangkaui pokok simpanan Dalam DT, ia akan menunjukkan jarak minima antara 2 pokok, bergantung kepada

diameter pokok yang sedia ada Kalau didapati bersaing, ia perlu diracun