5.1 Mitosis tingkatan 4
-
Upload
jummy-masindah-jm -
Category
Education
-
view
1.122 -
download
7
description
Transcript of 5.1 Mitosis tingkatan 4
BAB 5 PEMBAHAGIAN SEL
5.1 MITOSIS
Hasil Pembelajaran:
Menyatakan keperluan pembahagian sel-sel baharu dalam
organisma
Menerangkan keperluan menghasilkan sel-sel baharu
yang seiras dengan sel induk
Menyatakan kepentingan mitosis
Mengenalkan pasti fasa dalam kitar sel
Menyusun peringkat-peringkat dalam proses mitosis
mengikut urutan yang betul.
Apakah itu MITOSIS??
Proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak yang mana satunya
mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang seiras dengan sel
induk.
Pembahagian sel dibahagi kepada 2 peringkat:
o Pembahagian nukleus
o Pembahagian sitoplasma (sitokinesis)
Terdapat 2 jenis pembahagian nukleus:
-Mitosis
-Meiosis
kepentingan pembahagian sel baharu untuk Menambah bilangan sel untuk pertumbuhan demi
kemandirian organisma
Menghasilkan sel baru bagi mengganti sel rosak,
cedera atau mati.
Menghasilkan individu baru dalam pembiakan untuk
mengekalkan spesies.
kenali Kitar sel
Kitar sel dibahagi kepada
-Fasa interfasa
- Fasa mitosis @ fasa M
Fasa M terbahagi kepada
Pembahagian nukleus Sitokinesis
Kitar fasa mempunyai 4
fasa:a. Fasa G1
b. Fasa S Interfasa
c. Fasa G2
d. Fasa M = mitosis dan
sitokinesis
Interfasa
Ciri-ciri Fasa G1:
Kromosom sangat halus. Dalam fasa ini kromosom
dinamakan sebagai KROMATIN.
Pertumbuhan sel berlaku secara aktif.
Sitoplasama, bilangan mitokondria akan bertambah.
Akan meneruskan ke fasa yang seterusnya sekiranya
berada dalam keadaan yang sesuai.
Fasa S:
Sintesis dan replikasi berlaku
Setiap kromosom menganda menjadi
dua kromatid seiras,
dikenali sebagai kromatid kembar.
Fasa G2
Sel terus membesar dengan aktif secara metabolik.
Sel mengumpulkan tenaga dan memasuki fasa mitosis.
kenali kromosom…
Mitosis
Profasa
Metafasa
Anafasa
Telofasa
Profasa:-Kromosom menjadi padat dan
berlilin, kelihatan pendek dan tebal.
- Gentian gelendong mula
terbentuk dan memanjang.
- Nukleolus hilang dan membran
nukleus terurai.
- Sentriol berpindah ke kutub sel
bertentangan.
Metafasa
- Bermula dengan pembentukan
gelendong
- Sentromer semua kromosom
tersusun sebaris di tengah-tengah
sel pada satah khatulistiwa.
- Kromatid kembar masih terikat
pada sentromer
- Metafasa berakhir apabila
sentromer mula membahagi.
Anafasa
Sentromer berbelah dua
Kromatid kembar berpisah dan
bergerak ke kutub bertentangan.
Kromatid yang terpisah dikenali
sebagai kromosom anak.
Gentian gelendong mengecut
dan memendek.
Telofasa Kromosom membentuk
bebenang halus kromatin
semula.
Gentian gelendong
menghilang dan membran
nukleus muncul semula bagi
menyelaputi kromosom dan
nukleus anak yang baharu.
nukleolus terbentuk semula.
Sitokinesis
Pembahagian sitoplasma
Berlaku sebaik sahaja nukleus terbentuk iaitu akhir
telofasa.
Sitokinesis yang berlaku pada sel tumbuhan dan sel haiwan
adalah berbeza kerana sel tumbuhan mempunyai dinding sel
yang kukuh.
Sitokinesis dalam sel haiwan
-Membran plasma mencerut di bahagian tengah sel antara 2 nukleus
-Sel mencerut sehingga terputus menjadi 2 sel anak
Bahagian yang mencerut
Sitokinesis dalam sel tumbuhan
-Vesikel berkumpul di tengah
sel dan akan bercantum
membentuk plat sel.
-Plat sel berkembang ke arah
luar sehingga bercantum
semula dengan membran
plasma yang asal,
pembahagian sitoplasma.
- Dinding sel terbentuk di
dalam ruang antara plat sel
dan dua sel anak terbentuk.
Dua sel anak terbentuk pada akhir sitokinesis
Dinding sel baharu
Sel haiwan Sel tumbuhan
Membran plasma di
antara dua nucleus
mencerut sehingga
terputus dan
menghasilakn dua sel
anak.,
Plat sel mula terbentuk
di antara dua nucleus
dan membahagikan
sitoplasma. Dinding sel
terbentuk di dalam
ruang antara plat sel
dan dua sel anak
terbentuk.