4.3 Memahami Haba Pendam Tentu
-
Upload
anonymous-uypcttw -
Category
Documents
-
view
337 -
download
20
description
Transcript of 4.3 Memahami Haba Pendam Tentu
Bab 4 HabaBab 4 Haba
4.3 Memahami Haba Pendam Tentu4.3 Memahami Haba Pendam Tentu
Fizik Tingkatan 4
Memahami Haba Pendam Tentu
Lengkung Pemanasan
• Pada B, pepejal mula melebur.
• Haba yang diserap oleh
pepejal digunakan untuk
mengatasi daya tarikan antara
molekul-molekul pepejal.
• Semasa peleburan, suhu
bahan adalah malar kerana
haba yang diserap tidak
menambahkan tenaga kinetik
molekul.
• Pada D, cecair mula
mengewap.
• Haba yang diserap digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul-molekul
cecair dan mengatasi tekanan atmosfera semasa cecair bertukar kepada gas.
• Semasa pengewapan berlaku, suhu bahan adalah malar kerana tenaga kinetik
molekul tidak bertambah.
A
B C
D E
FCecair dan gas Gas
CecairPepejaldan cecair
Pepejal
Suhu (°C)
Masa (s)
Takat didih
Takat lebur
0
Suhu bilik
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Contoh
Memahami Haba Pendam Tentu Pelakuran
Pepejal
Cecair
(haba pendam diserap)
Peleburan
Haba Pendam Tentu PelakuranHaba Pendam Tentu Pelakuran
Kuantiti haba yang diserap atau dibebaskan pada suhu malar apabila bahan berubah keadaan dipanggil haba pendam.
Haba pendam pelakuran ialah haba yang diserap oleh pepejal yang sedang melebur.
Haba pendam tentu pelakuran ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg bahan daripada keadaan pepejal kepada cecair pada takat lebur (tiada perubahan suhu).
• Haba pendam tentu pelakuran ialah 334000 J kg-1.
• Ini bererti 334000 J haba diperlukan bagi 1 kg ais untuk melebur sepenuhnya menjadi air iaitu berubah keadaan daripada pepejal kepada cecair pada takat lebur 0°C.
Perubahan keadaan daripada pepejal kepada cecair.
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Memahami Muatan Haba Tentu Pelakuran
Menentukan Muatan Haba Pendam Tentu Pelakuran Ais
Pemanas elektrikSuis ditutup
Ais
Bikar A
Radas A
Suis pemanas elektrik ditutup (Radas A) :
Masa yang diambil = t saat
Jisim air terkumpul dalam bikar = mA kg
Suis pemanas elektrik dipasang (Radas B) :
Kuasa pemanas = P watt
Tempoh masa pemanas dipasang = t saat
Reostat
Bekalan kuasa(transformer)
Bikar B
Ais
Radas B
Jisim air terkumpul dalam bikar = mB kg
Jisim ais cair disebabkan pemanas, m = (mB – mA) kg
Haba pendam tentu pelakuran ais,
AB mm
P
m
P
ttlais
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
ContohHaba pendam tentu pengewapan ialah 2260000 J kg-1. Ini bermaksud 2260000 J haba diperlukan untuk menukarkan air kepada gas atau wap pada takat didih dengan suhu malar.
Memahami Haba Pendam Tentu
Haba Pendam Tentu PengewapanHaba Pendam Tentu Pengewapan
GasCecair(Pendidihan)
haba pendam diserap
Haba pendam pengewapan ialah haba yang diserap oleh cecair yang mendidih.
Haba pendam tentu pengewapan ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk menukarkan 1 kg cecair kepada gas atau wap pada takat didih tanpa sebarang perubahan suhu.
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Memahami Haba Pendam Tentu Pengewapan
Menentukan Haba Pendam Tentu Pengewapan Air
Penimbang elektronik
Air
Pemanas rendam
Bikar
Ke bekalan kuasa
Kuasa pemanas = P watt
Jisim air semasa mula mendidih= m1 kg
Jisim air selepas pendidihan selama t saat = m2 kg
Jisim air yang berubah kepada stim/wap, m = (m1 – m2) kg
Haba pendam tentu pengewapan air,
21 mm
P
m
P
ttlpengewapan
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
AutoklafAutoklaf
Memahami Haba Pendam Tentu
Aplikasi Haba Pendam Tentu
Menyimpan ikan dengan aisMenyimpan ikan dengan ais
Apabila ais cair, ikan menyerap haba pendam tentu ais
dalam kuantiti yang banyak untuk mengekalkan
kesegaran ikan.
Makanan berstim Makanan berstim • Apabila stim terkondensasi, ia membebaskan haba
pendam tentu yang banyak yang kemudiannya
diserap oleh makanan.• Ini membolehkan makanan dimasak dengan cepat.
• Autoklaf digunakan untuk mensteril peralatan
perubatan di hospital.• Haba dalam amaun yang banyak dibebaskan
apabila stim di dalam autoklaf terkondensasi. Haba
yang dibebaskan membunuh bekteria dan
mikroorganisma pada alatan perubatan.Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Haba Pendam
Memahami Haba Pendam Tentu
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
ANALISIS SOALAN 4.3
HABA PENDAM TENTU
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
- - - - - - - -Kertas 2
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
- - - - - - - -Kertas 3
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
- - - 1 1 1 1 1Kertas 1
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Soalan 2012 – Kertas 14.3
Berapa banyak haba yang perlu dibekalkan untuk mengubah 500 g
blok ais pada 0°C kepada air pada 0°C?
[ Haba pendam tentu pelakuran = 3.36 × 105 J kg1]
A 6.72 × 102 J
B 1.68 × 105 J
C 6.72 × 105 J
D 1.68 × 108 J
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Haba pendam tentu pelakuran air ialah haba yang diserap oleh
A 1 kg ais semasa melebur tanpa perubahan suhu
B 1 m³ ais semasa melebur tanpa perubahan suhu
C 1 kg air untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C
D 1 m³ air untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C
Soalan 2011 – Kertas 14.3
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Soalan 2010 – Kertas 14.3
Rajah di bawah menunjukkan proses perubahan keadaan jirim.
Antara proses A, B, C dan D, yang manakah haba pendam pengewapan diserap?
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Soalan 2009 – Kertas 14.3
Rajah di bawah menunjukkan lengkung pemanasan bagi satu sampel naftalena.
Naftalena mula melebur pada masa
A t0
B t1
C t2
D t3
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
Soalan 2008 – Kertas 14.3
Rajah di bawah menunjukkan lengkuk penyejukan suatu bahan.
Pada peringkat manakah haba pendam tentu dibebaskan?
A VW dan XY
B WX dan YZ
C VW dan YZ
D WX dan XY
Fizik Tingkatan 4
Bab 4 Haba
TAMAT