20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

23
Kuliah M 2 25/2/2015 TAJUK: Pengenalan pada penyelidikan

description

kkkkkk

Transcript of 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

Page 1: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

Kuliah M 225/2/2015

TAJUK:Pengenalan pada penyelidikan

Page 2: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

Pengenalan

Apakah yang anda faham tentang penyelidikan?

Page 3: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

Apakah penyelidikan? • Penyelidikan ditafsirkan sebagai kajian asli yang

dijalankan untuk mengungkap ilmu dan kefahaman.

• Penyelidikan ialah satu kaedah yang tersusun, sistematik atau teratur dan bersifat objektif, dan bebas dari pertimbangan nilai.

• Penyelidikan bersandarkan pada pertimbangan fakta dan logik pemikiran manusia.

• Berdasarkan pada sesuatu yang boleh diungkapkan oleh pancaindera manusia.

Page 4: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

• Penyelidikan bermula daripada sesuatu masalah yang dikaji. Masalah yang ingin dikaji mestilah masalah yang jitu, konkrit dan wujud dalam situasi sebenar.

• Penyelidikan saintifik memerlukan sesuatu masalah yang ingin dikaji itu haruslah bersifat nyata. Sebagai contohnya, penyelidikan pelajar dalam kelas Matematik.

• Saintifik membawa maksud sesuatu aktiviti yang terhasil daripada proses pembuktian secara sistematik.

Page 5: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

Definisi

• Tuckman (1999) : Penyelidikan adalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan untuk sesuatu persoalan atau permasalahan.

• Kelinger (1964) : Penyelidikan adalah penyiasatan sistematik, terkawal, bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan antara fenomena.

Page 6: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

• Penyelidikan adalah saintifik kerana :1. Mengenal pasti masalah yang hendak dikaji

dan mengenal pasti bidang pengetahuan yang berkaitan

2. Membuat sorotan kajian3. Mengumpul data secara tersusun dan terkawal4. Menganalisis data5. Membuat kesimpulan

Page 7: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

Tujuan penyelidikan 1. Memahami sesuatu masalah. 2. Menambahkan ilmu pengetahuan. 3. Mendapat kebenaran yang logik4. Menyampaikan idea dan maklumat kepada ahli

masyarakat melalui laporan yang jelas. 5. Menilai laporan penyelidikan dan mengendalikan

penyelidikan yang serupa (jika ada) untuk mendapatkan bukti yang lanjut oleh penyelidik lain.

6. Data yang dikumpulkan melalui penyelidikan dipergunakan sebagai asas untuk membuat keputusan oleh orang yang menjalankan penyelidikan atau pihak lain (penaja).

Page 8: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

Cara penyelidikan

Cara

Tujuan

Kegunaan

Data Masa

Sasaran

Page 9: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

Cara penyelidikan dijalankan

1. Mengikut tujuan kajian iaitu penerokaan, deskriptif atau penjelasan.

2. Berdasarkan kegunaan iaitu kepada asas (tulen) atau gunaan (tindakan, impak, penilaian).

3. Mengikut masa iaitu keratan rentas atau jangka panjang, iaitu panel, siri masa (time series), analisis cohort (cohort studies) atau kajian kes.

Page 10: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

4. Mengikut data kuantitatif (eksperimen, tinjauan, statistic sedia ada) atau pun data kualitatif seperti kajian lapangan dan perbandingan sejarah.

5. Mengikut sasaran sama ada terkawal (dalam makmal) atau secara kajian lapangan (field research).

Page 11: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

(a) Mengikut tujuan

Bentuk

Penerokaan / exploratory

Penjelasan (Penerangan) / explanatory

Ramalan / predictive

Page 12: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

1. Exploratory studies - to explore or investigate little understood phenomena and discover the important underlying patterns, themes, and factors which affect them.

2. Explanatory studies - the researcher is interested in explaining the forces causing a particular phenomenon, and in identifying important events, beliefs, attitudes, and/or policies which might be shaping the phenomenon.

3. Predictive studies - involves the planned investigation of the outcome of a particular prediction or set of predictions.

Page 13: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

(b) Mengikut kegunaan(1) Penyelidikan Asas• Untuk menambahkan ilmu pengetahuan. • Mempunyai tujuan intelek untuk memperkembangkan

ilmu pengetahuan. • Berdasarkan keinginan untuk mengetahui sesuatu. • Penyelidikan tentang alam sekelilingnya tanpa tujuan

khusus untuk menyelesaikan sesuatu masalah. • Bersifat statik sekiranya teori yang ditemui tidak dapat

diuji oleh ahli penyelidik penyelidikan gunaan. Jika diuji dan tidak tepat/benar, para penyelidik penyelidikan asas akan melakukan semula penyelidikan asas untuk memperbaiki model atau teori mereka.

Page 14: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

(2) Penyelidikan Gunaan• Untuk mengatasi sesuatu masalah yang dialami dengan memberikan

penyelesaian atau untuk membaik pulih;• Maklumat yang diperoleh dari kajian itu digunakan untuk membawa

perubahan dalam masyarakat;

• Skop kajiannya adalah lebih luas dari kajian asas;• Dilaksanakan berasaskan pada pencapaian satu-satu matlamat atau

tinjauan tertentu;• Kajian dijalankan berdasarkan pada masalah yang benar-benar

dihadapi pada ketika itu. • Penyelesaian atau jawapan yang ditemui dalam penyelidikan akan

digunakan selepas masalah itu dikaji.

Page 15: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

• Dapatan kajian gunaan digunakan untuk mengatasi atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan segera yang boleh digunakan oleh individu, kumpulan ataupun organisasi bagi mengurangkan masalah yang wujud.

Page 16: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

(3) Penyelidikan eksperimen• penyelidikan sistematik yang merujuk pada

penyelidikan asas atau gunaan serta pengalaman praktikal dengan tujuan menghasilkan perkara baharu atau memperbaik penghasilan produk atau bahan, peralatan, proses atau sistem, dan peralatan.

Page 17: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

(c ) Mengikut data : kuantitatif

• Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif.

• Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Page 18: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

• Jenis-jenis kajian kuantitatif:i) Kajian Deskriptifii) Kajian Korelasiiii) Causal Comparativeiv) Kajian Eksperimentalv) Kajian tinjauan

Page 19: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

(c ) Mengikut data : kualitatif

• Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif.

• Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap.

• Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecil berbanding kajian kualitatif.

Page 20: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

• Jenis kajian1. Kajian kes – individu, situasi, tempat, bahan2. Biografi – latar belakang seseorang3. Phenomenology – fenomena 4. Ethnography – catatan

Page 21: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

Senario

• Yang manakah penyelidikan1. En Hafiz menemu bual pelajar-pelajar dan didapati 20

pelajarnya tidak faham konsep matematik. Sebab itulah mereka sering tidak datang ke kelas.

2. Puan Mona mendapati pelajarnya selalu ponteng kelas. Beliau ingin tahu kenapa mereka berbuat demikian. Beliau telah mengedarkan soal selidik kepada pelajar-pelajar bagi mengetahui punca mereka ponteng kelas.

3. Cik Nadia tidak berpuas hati dengan peratus kedatangan pelajar ke kelas. Beliau merujuk beberapa kajian lalu dan membuat kesimpulan bahawa pelajar suka ponteng kelas sebab tidak berminat dengan kursus tersebut.

Page 22: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

Contoh: Apakah yang hendak dikaji?

• Emosi pelajar autistik sukar diduga. Tugasan pelajaran yang berat boleh menjejaskan tumpuan dan perhatian mereka. Kegagalan menyiapkan tugasan boleh menyebabkan ketegangan emosi dan mereka boleh memberontak. Guru menghadapi masalah untuk mengendalikan emosi pelajar autistik yang sukar dijangka. Jika tugasan tidak diberi objektif pembelajaran tidak tercapai. Jika diberi tugasan, pelajar akan tertekan. Apakah penyelesaiannya?

Page 23: 20150403100409Kuliah M 2 25.2.2015

1. Apakah masalah yang dihadapi?2. Apakah masalah pelajar sindrom down? 3. Apakah tindakan yang perlu diambil?4. Perlukah kajian dijalankan?5. Apakah tujuan kajian dijalankan?6. Bagaimanakah kajian boleh dijalankan?7. Apakah kaedah kajian yang sesuai

digunakan?