129558061 SCE3104 Masalah Ketidakupayaan

12
5/26/2018 129558061SCE3104MasalahKetidakupayaan-slidepdf.com http://slidepdf.com/reader/full/129558061-sce3104-masalah-ketidakupayaan 1/12 NAMA  AHLI KUMPULAN SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM NORZURAIDAH JAAFAR NORAZILAWATI ZABIDI NORAZLINA ZABIDI

description

sce3104

Transcript of 129558061 SCE3104 Masalah Ketidakupayaan

Nama ahli kumpulan

Nama ahli kumpulanSITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIMNORZURAIDAH JAAFARNORAZILAWATI ZABIDINORAZLINA ZABIDITAJUK : 13

Sains Untuk Kanak-Kanak Istimewa:

KURANG UPAYA DARI SEGI PEMBELAJARAN

Kanak-Kanak IstimewaSiapakah kanak-kanak istimewa ?

Kanak-kanak Kurang Upaya Mereka yang mempunyai keupayaan yang terbatas dari segi fizikal, intelektual, emosi atau perkembangan sosial. Pembelajaran dan aspek perkembangan mereka yang melibatkan lebih dari satu perkara mungkin terganggu.Kanak-kanak Pintar CerdasKanak-kanak pintar cerdas seringkali ditafsirkan sebagai mereka yang berketrampilan dalam bidang sukan, akademik, muzik, seni dan kepimpinan.6 KATEGORI ORANG KURANG UPAYAKurang Upaya Pendengaran termasuk pekak dan bisu

Kurang Upaya Penglihatan termasuk rabun, buta

Kurang Upaya Fizikal- iaitu kecacatan anggota badan misalnya penyakit polio, kudung, distrofi otot dsbnya.

Celebral Palsy meliputi hemiplegia (sebelah badan), diplegia (kedua belah kaki), dan kuadriplegia (kedua-dua belah tangan dan kaki)

Masalah Pembelajaran lewat perkembangan bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun; Sindrom Down, autisme, ADHD, terencat akal (berusia lebih tiga tahun), masalah lain seperti disleksia, disgrafia, diskakulia dll.

Lain-lain menurut diagnosis perubatan yang merangkumi semua masalah kurang upaya.Beberapa bentuk ketidakupayaan pembelajarandisleksiaMerupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut.Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampurkadukan perkataan yang berbunyi sama.Mereka mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku.Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama.Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih terdapat pada kanak-kanak lelaki.Attention Defict / Hyperactivity DisorderADD / ADHDKanak-kanak ADD/ ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir.Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHDPunca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak.Pada hari ini, ADD/ ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADD/ ADHDNamunpenggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak diketahui.David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi dimana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut.Bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka.DispraksiaSatu ketidakupayaan pemvbelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan anggota badan.

DiskalkuliaSatu jenis ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan matematik, apabila kanak-kanak itu mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walaupun berkali-kali dengan cara yang paling mudah, namun tetap sukar memahaminya.AutismeMerupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan.Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan.Selain itu, kana-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa situasi.