116130902 Tugasan Peers
-
Upload
suhaiza-su -
Category
Documents
-
view
76 -
download
0
Transcript of 116130902 Tugasan Peers
0
SEMESTER 3 SESI 2012/2013
QGU3013
KURIKULUM KONTEMPERARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
KUMPULAN
EL-UPSI36 (A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MOHD ZAID BIN SHARI D 20102046242 017-705 9438
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. JEFFREY LOW FOOK LEE
TARIKH SERAH : 18 NOVEMBER 2012
KERTAS KONSEP
Kepentingan Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial PEERS) dalam
Kurikulum Pendidikan Kesihatan, serta
implikasinya ke atas perkembangan
kognitif, psikomotor dan afektif murid.
1
HALAMAN KANDUNGAN
ITEM PERKARA HALAMAN
1.0 Pengenalan 2 – 3
2.0 Definisi PEERS 3 - 4
3.0 Kepentingan PEERS 4 – 5
4.0 Implikasi PEERS ke atas perkembangan
Kognitif, Psikomotor dan Afektif murid.
4.1 Kognitif
4.2 Psikomotor
4.3 Afektif
6
6 - 10
5.0 Rumusan / Penutup 10
6.0 Rujukan / Bibliografi 10 - 11
2
1.0 PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial (PEERS) sejak 1989 di sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah
rendah, khususnya melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan secara merentas
kurikulum mata pelajaran lain seperti bahasa, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral. Istilah “Pendidikan Seks” tidak digunakan sama sekali dalam konteks
pendidikan di Malaysia kerana ia memberi konotasi yang negatif dalam kalangan masyarakat
kita. Istilah “Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial” digunakan susulan daripada
kelulusan Kabinet pada 20 Disember 2006 untuk menggantikan nama “Pendidikan Kesihatan
Keluarga” (1989 – 2002) dan “Pendidikan Seksualiti” (2003 – 2005) yang digunakan
sebelum ini.
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada elemen PEERS (75%), pemakanan
(15%) dan pertolongan cemas (10%). Kandungan PEERS dalam Pendidikan Kesihatan
digubal berdasarkan kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur
kumpulan sasaran. Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan
konstruktif, bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko.
PEERS merangkumi :
i. Kesihatan diri dan reproduktif.
Aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal
semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif.
ii. Penyalahgunaan bahan
Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan
alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK.
iii. Kemahiran pengurusan mental dan emosi
Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya
dan masyarakat.
iv. Kekeluargaan
3
Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab
ahli dalam keluarga.
v. Perhubungan
Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif
dalam persaudaraan serta persahabatan.
vi. Pencegahan penyakit
Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit,
tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental.
vii. Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan
tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita,
termasuk kemahiran keselamatan diri iaitu mengelak diri daripada ancaman
orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku
gangguan, ancaman serta kecemasan.
Kesimpulannya, PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan
yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu
diketahui supaya mereka mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka
memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta
masa depan.
2.0 DEFINISI PEERS
Green & Kreuter (1991) mentakrifkan Pendidikan Kesihatan sebagai sebarang
gabungan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dibentuk untuk membolehkan
tindakan-tindakan sukarela yang bermanfaat terhadap kesihatan. Anspaugh & Azell (1995)
mendefinisikan Pendidikan Kesihatan sebagai satu proses untuk mengembang dan
membekalkan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk
memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku.
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar melalui kurikulum Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh
pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan
4
dan keintiman sesama insan. Pendidikan ini bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau
hubungan seks semata-mata. Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial mencakupi
pengetahuan dari aspek biologikal sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan
tingkah laku yang sihat dalam kehidupan.
Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan ditambah
baik dari semasa ke semasa. Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara
berasingan sebagai satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata
pelajaran lain. Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan
diajar sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).
Pendidikan Kesihatan diberi peruntukkan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula
dengan Tahun 1 pada tahun 2011.
PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan
membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman
sesama insan. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya,
psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan
tidak hanya berfokus kepada isu seksual. Contohnya, skop PEERS dalam kurikulum
Pendidikan Kesihatan pada Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek
fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata
TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta
pengurusan perasaan.
3.0 KEPENTINGAN PEERS
Berbanding kebanyakan negara terutamanya di Barat, sebahagian besar masyarakat di
negara ini masih menganggap ungkapan „pendidikan seks‟ semata-mata sebagai hubungan
seksual lelaki dan wanita. Lantaran andaian negatif ini, ura-ura memperkenal pendidikan seks
di sekolah-sekolah mendapat tentangan hebat terutama daripada ibu bapa. Rata-rata mereka
khuatir anak mereka akan terdorong untuk melakukan hubungan seks jika didedahkan dengan
pendidikan itu.
Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PEERS ) dalam
Kurikulum Pendidikan Kesihatan dapat dilihat menerusi pelbagai sudut. Ini disebabkan oleh
5
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial member penekanan menyeluruh dan
merangkumi aspek biologi, sosio-budaya, psikologikal (emosi dan mental) dan kerohanian.
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PEERS ) dilihat dapat untuk
melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang
kesihatan reproduktif dan sosial. Rasionalnya adalah supaya mereka bersedia menampung
tanggungajawab kehidupan dewasa, perkahwinan, keibubapaan dan hidup bermasayarakat
bagi kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Soaial ( PEERS ) juga dilihat mempunyai
kepentingan sebagai satu daripada jalan penyelesaian untuk membendung gejala sosial
termasuk salah laku seksual yang semakin memporak-perandakan kehidupan anak remaja di
negara ini. PEERS dilihat sebagai asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan
insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat menghormati. Secara tidak langsung
dengan adanya pendidikan sebegini dapat menyumbang kepada perkembangan murid bagi
meningkatkan kesejahteraan dan tingkah laku bertanggungjawab.
PEERS juga dilihat mempunyai kepentingan supaya dapat mengurangkan sensitiviti
dan salah tanggapan mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. Ini akan dibuat
melalui penyediaan program sokongan khusus kepada ibu bapa, ahli keluarga, penjaga, guru,
anggota kesihatan, pengasuh dan masyarakat. Kurikulum ini juga dapat membantu murid
berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain bagi membuat keputusan yang bijak
tentang hal yang berkaitan dengan kehidupan keluarga, perhubungan peribadi dan keahlian
dalam komuniti.
Di bawah pelan tindakan PEERS, di samping LPPKN, banyak lagi pihak yang
terbabit untuk melaksanakan program termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian
Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan di samping pertubuhan bukan kerajaan.
Kesimpulannya, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PEERS ) dalam Kurikulum
Pendidikan Kesihatan mempunyai kepentingan menyeluruh untuk membantu murid
memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan fizikal, emosi
dan sosial serta dapat mengenal pasti perkara yang penting dan bertindak dalam cara yang
bertanggungjawab dan penyayang.
6
4.0 IMPLIKASI PEERS KE ATAS PERKEMBANGAN KOGNITIF,
PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF MURID
4.1 Implikasi PEERS ke atas perkembangan Kognitif
Antara standard kandungan Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif ialah murid dapat
memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.Ia merangkumi aspek
perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan
penjagaan kesihatan reproduktif. Murid juga akan memahami aktiviti fizikal yang
menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Selain daripada itu murid
mengetahui amalan pemakanan yang sihat dan selamat untuk pertumbuhan dan
perkembangan diri. Murid juga memahami tentang kepentingan pengambilan makanan dan
minuman yang berkhasiat untuk kesihatan dan tumbesaran. Mengenal pasti jenis makanan
dan minuman yang boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesiti.
Melalui modul Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif diharapkan murid-murid akan
mampu untuk memikirkan isu-isu kesihatan semasa yang dianggap penting untuk dirinya,
keluarga serta masyarakat sekeliling setelah mereka memahami kepentingan menjaga
kesihatan berdasarkan imu pengetahuan yang telah diperoleh dan difahaminya. Murid-murid
akan memahami mengapa kita mesti menjaga kebersihan diri, bilik darjah, rumah dan
kawasan persekitaran. Selain dari itu juga murid akan faham tentang bahaya AIDS, H1N1,
merokok dan minuman keras
Sebagai contoh, mungkin selama ini murid sedar tentang bahaya nyamuk aedes,
tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Melalui pendedahan
yang diberi murid akan faham tentang punca penyakit, bahaya penyakit dan cara-cara untuk
mencegahnya
Sebagai seorang pendidik ilmu Pendidikan Kesihatan, segala ilmu yang disampaikan
seharusnya cukup berkesan, menyentuh perasaan dan memberangsangkan supaya ia
menimbulkan sikap kepekaan dan seterusnya menimbulkan kesedaran diri kepada individu.
7
Tindakan positif yang akan diambil diharapkan dapat meningkatkan tahap kesihatan individu
tersebut.
Murid juga mengetahui pelbagai jenis emosi dan kepentingannya untuk meningkatkan
kesihatan mental dalam kehidupan seharian. Justeru daripada pengetahuan yang ada pada
murid pengurusan mental dan emosi seperti perasaan bimbang, cemas dan tidak selamat
akan dapat diuruskan dengan lebih baik, Di samping itu juga, melalui PEERS dapat
memberikan implikasi positif kepada kognitif murid terutamanya dalam menangani masalah
mental kerana penderaan diri dan dan tingkahlaku seksual yang lain boleh menyebabkan
ketakutan mental, neourosis, kebimbangan dan melancholia. Justeru itu, melalui PEERS ini
dapat memberikan implikasi positif terhadap kognitif murid untuk memberikan kefahaman
kepada murid bukan sahaja dari aspek reproduktif malahan juga terhadap komuniti mereka.
Apabila ilmu pengetahuan berkaitan Pendidikan Kesihatan telah diberikan, maka
kepekaan juga dapat ditingkatkan. Pendidik Pendidikan Kesihatan seharusnya perlu pula
berusaha memberikan tunjuk ajar yang terbaik agar tindakan ini akan dapat menguatkan lagi
semangat orang yang dididik untuk mengubah sikap demi mencapai matlamat status
kesihatan yang optimum.
Murid juga akan mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan
institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga. Pengetahuan tentang kepentingan
menjaga keselamatan diri serta mengenal pasti peralatan dan bahan yang berbahaya di rumah,
sekolah, taman permainan dan tempat awam adalah sangat penting. Diharap segala ilmu yang
telah diperoleh oleh murid dapat difahami untuk kesejahteraan dan keselamatan diri mereka.
Oleh yang demikian, stigma masyarakat yang menganggap pendidikan seks tidak
sesuai untuk golongan bawah umur harus dikikis agar pemahaman asas itu dapat diserap oleh
kanak-kanak seterusnya mendidik mereka dengan betul. Pendedahan awal seperti yang ada
dalam PEERS ini adalah perlu bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka
membesar dengan pengetahuan penting yang diperlukan seterusnya mampu menghindari
mereka daripada gejala sosial.
4.2 Implikasi PEERS ke atas perkembangan Psikomotor
Secara positif, PEERS boleh memberikan implikasi dari aspek psikomotor dengan
mengubah sikap individu daripada sikap bergantung kepada ibu bapa, bertanggungjawab
8
menyayangi dan menjaga keluarga dan masyarakat di sekelilingnya. Dalam hal ini, PEERS
merangsang sikap kematangan secara hebat dan kerap.
Berdasarkan pengetahuan dan pemahaman yang ada murid akan mengamalkan
aktiviti fizikal untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat. Sikap
mengamalkan pemakanan yang seimbang adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan fizikal yang sihat. Seterusnya, untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal
yang sempurna amalan postur yang betul adalah sangat penting.
Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman mengikut keperluan adalah sangat
penting untuk tumbesaran tubuh badan agar murid sentiasa cergas dan cerdas sepanjang
masa. Memandangkan makanan adalah sangat penting untuk tubuh badan, murid akan
mengambil berat tentang tabiat makan dan minum yang sihat. Amalan mengambil makanan
segera dan makanan ringan akan dapat dikurangkan seterusnya masalah murid kekurangan
zat atau obesiti dapat dihindarkan.
Pemahaman yang jelas adalah sangat penting berkaitan penyalahgunaan bahan dalam
kalangan rakan untuk murid melaporkan sesuatu kejadian yang tidak diingini kepada orang
yang sepatutnya seperti ibu bapa, guru atau pihak berkuasa. Tindakan dan maklumat ini
sangat penting untuk mencegah sesuatu kejadian pada peringkat awal. Walau bagaimanapun,
sekiranya murid telah memahami bahaya penyalahangunaan bahan murid akan mengamalkan
gaya hidup sihat
Mengamalkan sikap positif untuk mengurus perasaan diri seperti rasa bersalah,
bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak selamat adalah sangat penting untuk kesejahteraan
hidup. Seterusnya, amalan sikap menghormati antara satu sama lain tanpa menira jantina
akan terbentuk.
4.3 Implikasi PEERS ke atas perkembangan Afektif
Sementara itu, kebolehan untuk membuat keputusan pula merupakan implikasi dari
aspek kognitif dan sosial dan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.
Kesihatan dan tingkah laku seksual akan menyentuh amalan seks sepanjang kehidupan,
kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV
dan AIDS. Manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan
masyarakat. Hal berkaitan perundangan turut diberi penekanan.
9
Selain daripada itu, PEERS boleh mematangkan seseorang terutamanya para pelajar
dalam meniti usia perkembangan mereka sejak alam kanak – kanak ke peringkat remaja dan
seterusnya dewasa dan mereka akan mengalami kematangan sendirinya terutamanya dari
aspek seksualnya bertahun – tahun sebelum mendirikan rumahtangga. Hal ini demikian
kerana PEERS harus diberikan pendedahan dan item – item kecil dalam PEERS harus
dikawal untuk dijadikan daya positif dalam perkembangan sahsiah.
Pengetahuan berkaitan Pendidikan Kesihatan seharusnya mampu mengubah
tingkah laku individu atau masyarakat. Amalan tentang gaya hidup sihat hendaklah
dilaksanakan agar kehidupan menjadi lebih berkualiti pengekalan tahap kesihatan diri.
Perubahan ini hendaklah selari dengan kehendak budaya, agama dan bangsa kita serta
kemudahan yang sedia ada.
Dalam usaha untuk mencapai tujuan individu dan masyarakat yang sihat, beberapa
pengorbanan daripada pihak tersebut adalah amat diperlukan. Dalam seluruh rangkaian
matlamat yang telah dibincangkan, faktor ini merupakan aspek yang paling sukar
untuk diterima dan dilaksanakan. Ini disebabkan beberapa pengorbanan sosial perlu
dilaksanakan dan tindakan ini berkisar kepada perubahan sosial dan cara hidup kita.
Sebagi contoh, marilah kita lihat isu berkaitan kempen anti-merokok. Kita semua tahu
akan bahaya dan akibatnya sambil menyeru individu dan masyarakat meninggalkan tabiat
merokok. Kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk tujuan ini.
Penggubalan akta dan undang-undang serta penguatkasaannnya juga telah dilaksanakan,
namun apa yang menyedihkan adalah bilangan perokok baru semakin meningkat saban tahun.
Kegagalan ini adalah disebabkan kesukaran dan keengganan perokok menghentikan amalan
mereka disebabkan kononnya ingin menjaga staus sosial mereka. Sebagai pendidik
Pendidikan Kesihatan, adalah amat perlu untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
individu mahupun masyarakat serta menggunakan pengetahuan terkini untuk mengatur dan
menyusun strategi yang berkesan agar mereka tidak mudah patah semangat dalam usaha
untuk mencapai matlamat masyarakat sihat dan makmur.
Seterusnya, PEERS akan membentuk perasaan kasih sayang tanpa membezakan
individu atau kumpulan seperti tidak membuli dan menyakiti orang lain. Sikap mengamalkan
rasa bersyukur kepada Tuhan dan amalan berterima kasih sesama manusia akan dapat
dibentuk.
10
Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai
seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan
lagi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi
keperluan pelajar untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan serta berfikiran
kreatif, kritis dan berinovatif
5.0 RUMUSAN / PENUTUP
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan kesedaran dalam
kalangan masyarakat dan seterusnya merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini
memerlukan penggemblengan usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak
terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang
sempurna. Justeru, KPM ingin menjelaskan bahawa dalam konteks pendidikan di Malaysia,
kita menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang mana
singkatannya ialah PEERS.
PEERS dilaksanakan secara komprehensif dan kohesif dari sekolah rendah hingga
sekolah menengah untuk meningkatkan kesedaran dan membantu murid memperoleh
kemahiran membuat keputusan yang bijak serta bertanggungjawab pada masa kini dan masa
depan. ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan diri anak mereka. Ibu
bapa jangan berpendirian terbuka sehingga tindakan mereka seolah-olah “memberi restu”
untuk anak-anak melakukan hubungan yang terlarang.
Pelajar adalah modal insan negara dan perlu dijaga supaya tidak terjebak dengan
gejala sosial. Mereka sebenarnya memerlukan bimbingan dan bersedia dibimbing. Kita
berharap pelaksanaan PEERS jika pun tidak dapat mencapai sifar gejala sosial, sekurang-
kurangnya dapat mengurangkan gejala itu.
RUJUKAN / BIBLIOGRFAFI
1) Anspaugh, D.J. & Azell, G. (1995). Teaching today’s health (4th ed.).
Massachusetts: Allyn & Bacon.
2) Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Tahun Satu Pendidikan Jasmani. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
3) Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Sekolah
11
Rendah Tahun Satu Pendidikan Kesihatan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia
4) Ewles, L. & Simnett, I. (1986). Promoting health: A practical guide to health
education.
5) New York: John Wiley & Sons. Green, L.W. & Kreuter, M.W. (1991). Health
promoting planning: An educational and environmental approach (2nd ed.).
6) Palo Alto: Mayfield Pub. Co. Green, L.W & Ottosan, J.M. (1999). Community
and population health (8th ed.). New York: McGraw-Hill
Rujukan Internet
1) http://goaypastpm.wordpress.com/2010/05/12/karangan-pendidikan-kesihatan-
reproduktif-dan-sosial
2) pkrs/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1206&pub=Utusan_Ma
laysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz289IvYCkz