100 HADIS DHA'IF DAN PALSU - · PDF fileﺚﻳﺩﺎﺣﻷﺍ ﻦﻣ ﺔﺌـﻣ...

26
ﺍﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﻣﻦ ﻣـﺌﺔ ﺍﻷﻟﺴﻨﺔ ﻋﻠﻰ ﺍﳌﺸﺘﻬﺮﺓ100 HADIS DHA'IF DAN PALSU YANG MASYHUR DI KALANGAN MASYARAKAT ﺇﻋﺪﺍﺩ: ﺍﻟﻌﺘﻴﱯ ﻋﺎﻳﺶ ﺑﻦ ﳏﻤﺪ ﺑﻦ ﺇﺣﺴﺎﻥ ﺍﻟﺸﻴﺦ) ﺍﷲ ﺭﲪﻪ ﺍﻷﻟﺒﺎﱐ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺗﻼﻣﻴﺬ ﻣﻦ(

Transcript of 100 HADIS DHA'IF DAN PALSU - · PDF fileﺚﻳﺩﺎﺣﻷﺍ ﻦﻣ ﺔﺌـﻣ...

مـئة من األحاديث املشتهرة على األلسنة

100 HADIS DHA'IF DAN PALSU YANG MASYHUR

DI KALANGAN MASYARAKAT

:إعداد الشيخ إحسان بن حممد بن عايش العتييب

)من تالميذ الشيخ األلباين رمحه اهللا(

بسم اهللا الرمحن الرحيم :وبعد, م على رسول اهللا احلمد هللا والصالة والسال

Inilah koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi. Telah selesai usaha penterjemahan ke Bahasa Melayu pada 9/3/2003. Penterjemahan koleksi 100 hadis dha'if dan palsu ini telah dilaksanakan secara bertahap-tahap di diskusi al-ahkam.net. Perbincangan mengenainya boleh dibaca di sini: Tujuan penterjemahan Koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu ini adalah untuk mendidik diri kita sendiri agar berhati-hati terhadap periwayatan Hadis Dha'if dan Palsu. Di samping itu ia juga akan cuba disebarkan kepada orang ramai melalui media internet, samada melalui web, forum, senarai mel atau sbgnya. Tujuannya adalah untuk mendidik masyarakat serta memberi peringatan kepada mereka tentang mara bahaya Hadis Dha'if dan Palsu. Agar mereka dapat menjauhkan diri dari meriwayatkannya dan mengamalkannya. Usaha penterjemahan ini juga adalah atas dorongan dan galakan dari semua ahli diskusi al-ahkam.net. Kredit kepada semua ahli diskusi dan para moderator al-ahkam online. Terjemahan Hadis no 1 hingga 56 telah dilakukan oleh saya dengan segala kekurangan dan kelemahan. Manakala Hadis 57, 58, 59 dan 60 telah diterjemahkan oleh al-Ustaz Pendekar. Dan, Hadis 61 hingga 100 telah diterjemah oleh saya dan juga ustaz Khairul Abrar. Apa yang diharapkan ialah, para pembaca tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat ke atas para penterjemahnya, penyusun asalnya dan kepada semua yang terbabit.

، واحلمد هللا رب العاملنيوصلى اهللا على سيدنا حممد وعلى آله وصحبه أمجعني Penterjemah: zain y.s http://al-ahkam.com.my

املشتهرة على األلسنة مـئة من األحاديث الشيخ إحسان بن حممد بن عايش العتييب : إعداد

)من تالميذ الشيخ األلباين رمحه اهللا(

:وبعد, احلمد هللا والصالة والسالم على رسول اهللا حديث من األحاديث الضعيفة واملوضوعة وهي منتشرة بني اخلطباء والوعاظ ، ) 100(فهذه

. ويف الصحيح ما يغين املسلم عن األخذ بالضعيف Ini adalah 100 buah hadis Dha'if dan Maudhu' yg tersebar luas di kalangan khatib/penceramah/pendakwah. Hadis Shahih sudah memadai tanpa perlu mengambil hadis Dha'if.

من مل تنهه : ((ويف لفظ)). من مل تنهه صالته عن الفحشاء واملنكر، مل يزدد من اهللا إال بعدا ((- 1قال احلافظ . كذب وزور: قال ابن اجلنيد: قال الذهيب )). صالته عن الفحشاء واملنكر ، فال صالة له

ميزان . "اطل ال يصح من قبل إسناده وال من جهة متنهب: حديث إسناده لني، قال األلباين : العراقي ). 985 ، 2" (السلسلة الضعيفة) . "1/143" (خنريج اإلحياء) . "3/293" (االعتدال

Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya. (Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan)

احلديث يف : ((ويف لفظ )). احلديث يف املسجد يأكل احلسنات كما تأكل البهائم احلشيش ((- 2مل أقف له على أصل، قال : قال احلافظ العراقي)). املسجد يأكل احلسنات كما تأكل النار احلطب

ختريج . "ال أصل له: مل أجد له إسنادا ، قال األلباين : تقي الدين السبكي عبد الوهاب ابن ) .4" (الضعيفة) . "4/145(للسبكي " طبقات الشافعية) . "1/136" (اإلحياء

Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput. (Albani: Tidak ada asalnya)

ال : قال األلباين)). اعمل لدنياك كأنك تعيش أبدا ، واعمل آلخرتك كأنك متوت غدا ((- 3 ) .8" (الضعيفة. "ليس صحيح عن النيب صلى اهللا عليه وسلم: يصح مرفوعا أي

Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. (Albani: Tidak sah dari Nabi s.a.w.)

للسيوطي " احلاوي. "ال أصل له: قال األلباين . ال أعرفه: قال السيوطي)) أنا جد كل تقي ((- 4 ) .9" (الضعيفة) . "2/89(

Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa. (Albani: Tiada asalnya)

" ختريج اإلحياء. "ضعيف: سنده ضعيف، قال األلباين : قال العراقي)) إمنا بعثت معلما ((- 5 ) .11" (الضعيفة) . "1/11(

Hanyasanya aku dibangkitkan sebagai guru. (Albani: Dha'if)

. موضوع: قال األلباين )) من خدمين وأتعيب من خدمكأوحى اهللا إىل الدنيا أن اخدمي ((- 6 ) . 12" (الضعيفة) . "712(للشوكاين " الفوائد اموعة) . "2/303(للكناين " ترتيه الشريعة"

Ertinya: Allah telah mewahyukan kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadaKu dan sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu. (Albani: Maudhu')

قال )). ما خضراء الدمن؟ قال املرأة احلسناء يف املنبت السوء: إياكم وخضراء الدمن فقيل ((- 7) . 2/42" (ختريج اإلحياء. "ضعيف جدا: قال األلباين. ضعيف وضعفه ابن امللقن : العراقي

) .14" (الضعيفة"

Berhati2lah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak. Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang tumbuh disuasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat). (Albani: Terlalu Dha'if)

صنفان من أميت ((ويف لفظ )). األمراء والفقهاء: ا صلحا، صلح الناسصنفان من أميت إذ ((- 8يف أحد رواته كذاب يضع : قال اإلمام أمحد )). األمراء والعلماء: إذا صلحا، صلح الناس

) . 1/6" (ختريج اإلحياء. "موضوع: احلديث ، قال ابن معني والدارقطين مثله، قال األلباين ) .16" (الضعيفة"

Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia. Iaitu umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz lain, umara' dan ulama'. (Albani: Maudhu')

اقتضاء ."ال أصل له: قال ابن تيمية واأللباين )). توسلوا جباهي ، فإن جاهي عند اهللا عظيم ((- 9

) .22" (الضعيفة) . "2/415(البن تيمية " ستقيمالصراط امل

Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di sisi Allah adalah agung. (Albani: Tiada asalnya)

ك حبق اللهم إين أسألك حبق السائلني عليك، وأسأل: من خرج من بيته إىل الصالة فقال ((-10

ضعفه املنذري، قال )). أقبل اهللا عليه بوجهه واستغفر له ألف ملك......... ممشاي هذا للمنذري " الترغيب والترهيب. "ضعيف: قال األلباين . سنده مسلسل بالضعفاء: البوصريي

) . 1/256" (سنن ابن ماجه) . "3/272(

Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMu dan aku memohon dengan hak perjalanan ini………… Allah akan mengadap wajahnya dan seribu malaikan akan memohon keampunan untuknya. (Albani: Dha'if)

****************** ************

" املقاصد احلسنة. "ال أعرفه : قال ابن حجر )). اخلري يف ويف أميت إىل يوم القيامة ((-11األسرار املرفوعة يف "ويف ) . 68(للفتين " تذكرة املوضوعات"وهو يف ). 208ص (للسخاوي

).195ص (للقاري " األخبار املوضوعة

Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari kiamat. (Ibnu Hajar: Aku tidak mengenalinya).

أورده ابن اجلوزي يف )). من نام بعد العصر ، فاختلس عقله، فال يلومن إال نفسه ((-12ترتيب "والذهيب يف ) . 2/279" (الآللئ املصنوعة"والسيوطي يف ) . 3/69" (املوضوعات"

) .839" (املوضوعات

Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)

" املوضوعات. "موضوع : صغاين قال ال......)). من أحدث ومل يتوضأ فقد جفاين ((-13

) .44" (الضعيفة."موضوع: واأللباين ) . 53(

Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku. (Albani: Dha'if)

" رتيب املوضوعاتت"قاله الذهيب يف . موضوع)). فقد جفاين. من حج البيت ومل يزرين ((-14 ) .326" (الفوائد اموعة"والشوكاين يف ) . 52" (املوضوعات"والصغاين يف ) . 600(

Barangsiapa yang berhaji ke Baitillah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku. (al-Zahabi, al-Shaghani & al-Syaukani: Maudhu')

. ضعيف : قال ابن تيمية)). من حج، فزار قربي بعد مويت، كان كمن زارين يف حيايت ((-15البن " ذخرية احلفاظ"وانظر ) . 47" (الضعيفة. "موضوع: قال األلباين) . 57" (قاعدة جليلة"

).4/5250(القيسراين

Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah2 menziarahiku semasa aku hidup. (Albani: Maudhu')

" ترتيه الشريعة) . "506" (األسرار املرفوعة. "موضوع)). اختالف أميت رمحة ((-16

) .11" (الضعيفة. "ال أصل له: وقال األلباين) . 2/402(

Ikhtilaf di kalangan umatku adalah rahmat. (Albani: Tiada asalnya)

إمنا أصحايب مثل النجوم فأيهم : ((ويف لفظ)). أصحايب كالنجوم بأيهم اقتديتم اهتديتم ((-17

اإلحكام يف ."خرب مكذوب موضوع باطل مل يصح قط: قال ابن حزم )).أخذمت بقوله اهتديتمجامع "وانظر ) . 66" (الضعيفة. "موضوع: وقال األلباين) . 6/82(و ) 5/64"(أصول األحكام

). 2/91(البن عبد الرب " يان العلم وفضلهب

Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana2 yang kamu ikuti pasti akan mendapat petunjuk. (Albani: Maudhu')

ترتيه "و ) . 506" (األسرار املرفوعة."موضوع)).من عرف نفسه فقد عرف ربه ((-18 ) .11" (تذكرة املوضوعات) . "2/402"(عةالشري

Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya. (al-Asrar al-Marfu'ah & tazkirah al-Maudhu'aat: Maudhu')

أحاديث ."ال يعرف له إسناد ثابت : قال ابن تيمية)). فأحسن تأدييب. أدبين ريب ((-19تذكرة "والفتين يف ) . 1020" (الفوائد اموعة"وأورده الشوكاين يف ) .78" (القصاص

) .87" (املوضوعات

Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku. (Ibn Taimiyah: Tiada isnad yg tsabit)

املون والعاملون كلهم الناس كلهم موتى إال العاملون، والعاملون كلهم هلكى إال الع ((-20هذا احلديث مفترى : قال الصغاين )). . غرقى إال املخلصون واملخلصون على خطر عظيم

وأورده الشوكاين يف ) . 200" (املوضوعات."العاملني والعاملني : ملحون والصواب يف اإلعراب ) . 200" (تذكرة املوضوعات"والفتين يف ) . 771" (الفوائد اموعة"

Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. Dan orang-orang alim semuanya binasa kecuali orang-orang yang beramal. Dan orang-orang beramal semuanya tenggelam kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas semuanya dalam bahaya yang besar. (Al-Saghani: Maudhu')

******************************

" كشف اخلفاء) . "217" (األسرار املرفوعة. "ال أصل له )) . سؤر املؤمن شفاء ((-21

) .78" (الضعيفة) . "1/1500(

Bekas mulut orang beriman adalah ubat. (Tiada asalnya)

إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان، فأتوها ولو حبوا فإن فيها خليفة اهللا ((-22) . 2/39(البن اجلوزي " املوضوعات) . "340(البن القيم " املنار املنيف. "ضعيف )). ياملهد

) .233" (تذكرة املوضوعات"

Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, maka kamu datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situ ada khalifah Allah, al-Mahdi. (Dha'if)

للسبكي " األحاديث اليت ال أصل هلا يف اإلحياء. "ال أصل له )). التائب حبيب اهللا ((-23 ) .95" (الضعيفة) . "356(

Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. (Tiada asalnya)

24-)) سعأما إين ال أنسى ، ولكن أنراألحاديث اليت ال أصل هلا يف . "ال أصل له )) . ألش

) .101" (الضعيفة) . "357" (اإلحياء

Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar aku membimbing. (Tiada asalnya)

ائد الفو) . "555" (األسرار املرفوعة. "ال أصل له )). الناس نيام فإذا ماتوا انتبهوا ((-25

).200" (تذكرة املوضوعات) . "766" (اموعة

Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah mereka terjaga. (Tiada asalnya)

) . 483" (ترتيه الشريعة. "موضوع )). من حدث حديثا، فعطس عنده ، فهو حق ((-26

.)669" (الفوائد اموعة) . "2/286" (الآللئ املصنوعة"

Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu adalah benar. (Maudhu')

" ترتيب املوضوعات. "موضوع )). تزوجوا وال تطلقوا، فإن الطالق يهتز له العرش ((-27 ) .2/202" (ترتيه الشريعة) . "97(للصغاين " املوضوعات) . "694(

Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy. (Maudhu')

للغساين " ضعاف الدار قطين. "موضوع )). تعاد الصالة من قدر الدرهم من الدم ((-28

) 2/76(البن اجلوزي " املوضوعات) . "138" (األسرار املرفوعة) . "353(

Sembahyang perlu diulang apabila ada darah sekadar satu dirham. (Maudhu')

قريب من الناس، بعيد من النار، والبخيل بعيد . السخي قريب من اهللا، قريب من اجلنة ((-29من اهللا، بعيد من اجلنة، بعيد من الناس ، قريب من النار وجاهل سخي أحب إىل اهللا من عابد

" الآللئ املصنوعة) . "564" (ترتيب املوضوعات) . "284"(املنيفاملنار . "ضعيف جدا )). خبيل)2/91. (

Orang yang pemurah itu hampir dengan Allah, hampir dengan syurga dan jauh dari neraka. Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan hampir dengan neraka. Orang jahil yang pemurah itu lebih dicintai Allah daripada seorang ahli ibadah yang bakhil. (Terlalu Dha'if)

) . 112" (تذكرة املوضوعات)) . "أنا عريب والقرآن عريب ولسان أهل اجلنة عريب ((-30 ) .2/30" (ترتيه الشريعة) . "31" (املقاصد احلسنة"

Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah bahasa Arab.

******************************

)). من قرأها، فكأمنا قرأ القرآن عشر مرات) يس(إن لكل شيء قلبا، وإن قلب القرآن ((-31 ) .169" (الضعيفة) . "2/55(البن أيب حامت " العلل. "موضوع

Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin. Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak 10 kali. (Maudhu')

) . 2/305" (ترتيه الشريعة. "موضوع )) . فكرة ساعة خري من عبادة ستني سنة ((-32 ) . 964" (ترتيب املوضوعات) . "723" (الفوائد اموعة"

Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun. (Maudhu')

الآللئ ) . "362" (ضعاف الدارقطين. "ضعيف )) . ال صالة جلار املسجد إال يف املسجد ((-33 ). 1/693" (العلل املتناهية) . "2/16" (املصنوعة

Tiada sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid. (Dha'if)

للخطيب " تاريخ بغداد. "موضوع )). احلجر األسود ميني اهللا يف األرض يصافح ا عباده ((-34 ) .223" (الضعيفة) . "2/944" (العلل املتناهية) . "6/328(

Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di mukabumi ini yang berjabat dengan hamba-hambaNya. (Maudhu')

) . 70" (تذكرة املوضوعات) . "3/87" (ختريج اإلحياء. "ضعيف )) . صوموا تصحوا ((-35 ) .72(للصغاين " املوضوعات"

Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat. (Dha'if)

عشرة من ها هنا، وعشرة من ها . عليه السالم باجلار إىل أربعني داراأوصاين جربائيل ((-36) . 1/1054" (كشف اخلفاء. "ضعيف )) . هنا ، وعشرة من ها هنا ، وعشرة من ها هنا

) .170(للسخاوي " املقاصد احلسنة) . "2/232" (ختريج اإلحياء" Jibril a.s. telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. (Dha'if)

ترتيب ) . "454(للمشيشي " اللؤلؤ املرصوع. "موضوع )) . لوالك ما خلقت الدنيا ((-37 ).282" (الضعيفة) . "196" (املوضوعات

Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia. (Maudhu')

" العلل املتناهية. "ضعيف)). من قرأ سورة الواقعة يف كل ليلة مل تصبه فاقة أبدا ((-38 ) .972" (الفوائد اموعة) . "1/301" (ترتيه الشريعة) . "1/151(

Barangsiapa yang membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan ditimpa kefakiran selama2nya. (Dha'if).

من أصبح ومهه غري اهللا عز وجل ، فليس من اهللا يف شيء ومن مل يهتم للمسلمني فليس ((-39" الضعيفة) . "69" (تذكرة املوضوعات) . "233" (الفوائد اموعة. "موضوع )) . منهم

)309-312. (

Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dari Allah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka. (Dha'if)

" الفوائد اموعة) . "2/1997 ("كشف اخلفاء. "ضعيف )) . كما تكونوا يويل عليكم ((-40 ). 182" (تذكرة املوضوعات) . "624(

Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)

******************************

" تذكرة املوضوعات) . "624" (الفوائد اموعة. "يف ضع)) . كما تكونوا يويل عليكم ((-41 ).2/1997" (كشف اخلفاء) . "182(

Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)

)) . أذنه اليسرى مل تضره أم الصبيانفأذن يف أذنه اليمىن وأقام يف. من ولد له مولود ((-42 ) .2/61" (ختريج اإلحياء. "للهيثمي " جممع الزوائد) . "4/397(للذهيب " امليزان. "موضوع

Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan di-iqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin. (Maudhu')

" ذخرية احلفاظ. "ضعيف جدا )) . من متسك بسنيت عند فساد أميت ، فله أجر مئة شهيد ((-43 ) .326" (الضعيفة) . "4/5174(

Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka baginya seratus pahala mati syahid. (Terlalu Dha'if)

)327" (الضعيفة."ضعيف . ))املتمسك بسنيت عند فساد أميت له أجر شهيد ((-44

Orang yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka dia mendapat pahala mati syahid. (Dha'if)

" اللؤلؤ املرصوع) . "23(البن قدامة " رسالة لطيفة. "ال أصل له )) . أنا ابن الذبيحني ((-45 ) .43(للسنباوي " النخبة البهية) . "81(

Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin Ibrahim a.s.) – (Tiada asalnya)

لدين عبادة، والنظر إىل علي بن أيب طالب النظر يف املصحف عبادة، ونظر الولد إىل الوا ((-46 ) . 356" (الضعيفة. ""موضوع )) . عبادة

Melihat al-Quran itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihat kepada Ali bin Abi Thalib adalah ibadah. (Dha'if)

ة كتبت له براءة من النار وجناة من من صلى يف مسجدي أربعني صالة ال يفوته صال ((-47 ) .364" (الضعيفة. "ضعيف )) . العذاب، وبرئ من النفاق

Barangsiapa yang bersembahyang dimasjid-ku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu sembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebas dari sifat munafiq. (Dha'if)

" اللؤلؤ املرصوع) . "51" (األسرار املرفوعة. "ال أصل له )) . األقربون أوىل باملعروف ((-48 ) .141(للسخاوي " املقاصد احلسنة) . "55(

Sanak saudara itu lebih utama dilayan dengan baik. (Tiada asalnya)

هل بقي أحد : جهينة ، فيسأله أهل اجلنة: هينة ، يقال لهآخر من يدخل اجلنة رجل من ج ((-49للطرابلسي " الكشف االهلي. "موضوع )). عند جهينة اخلرب اليقني: ال فيقولون: يعذب؟ فيقول

) .1429" (الفوائد اموعة) . "2/391" (ترتيه الشريعة) . "1/161(

Orang terakhir yang akan masuk syurga ialah seorang lelaki dari Juhainah. Dia bernama Juhainah. Ahli syurga bertanya: Apakah masih ada orang yang sedang diazab? Dia menjawab: Tiada. Ahli syurga berkata: Berita yang diyakini kebenarannya ialah yang dibawa oleh Juhainah. (Maudhu')

اللؤلؤ ) . "192" (األسرار املرفوعة. "موضوع )) . ما حـمدخري األمساء ما عبد و ((-50 ) .117" (النخبة) . "189" (رصوعامل

Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri dan memujiNya. (Maudhu')

******************************

) . 1/215(البن اجلوزي " املوضوعات. "موضوع )) . اطلبوا العلم ولو بالصني ((- 51 ) .852" (الفوائد اموعة) . "111(للذهيب " ترتيب املوضوعات"

Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China. (Maudhu')

) . 264" (اللؤلؤ املرصوع. "ال أصل له )) . وخالفوهن-النساء : يعين- شاوروهن ((-52

). 240" (فوعةاألسرار املر) . "128" (تذكرة املوضوعات"

Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan sanggahlah mereka. (Tiada asalnya)

الآللئ . "موضوع )) . يدعى الناس يوم القيامة بأمهام سترا من اهللا عز وجل عليهم ((-53

" ترتيب املوضوعات) . "3/248(البن اجلوزي " املوضوعات) . "2/449(للسيوطي " املصنوعة)1123. (

Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan nama ibu mereka sebagai tabir dari Allah ke atas mereka (menutup rahsia anak zina). (Maudhu')

تذكرة . "موضوع )). السلطان ظل اهللا يف أرضه، من نصحه هدي ، ومن غشه ضل ((-54

) .475" (الضعيفة) . "623(للشوكاين " الفوائد اموعة) . "182(للفتين " املوضوعات

Sultan adalah bayangan Allah di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanya akan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat. (Maudhu')

)) . من خاف اهللا خوف اهللا منه كل شيء ، ومن مل خيف اهللا خوفه اهللا من كل شيء ((-55

) 485" (الضعيفة) . "20" (كرة املوضوعاتتذ) . "2/145(للعراقي " ختريج اإلحياء. "ضعيف .

Barangsiapa yang takut azab Allah, maka Allah akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Dan, barangsiapa yang tidak takut kepada Allah, maka Allah akan

menjadikan takut terhadap segala sesuatu. (Dha'if)

)) . من مل يرض بقضائي ويصرب على بالئي، فليتمس ربا سوائي: قال اهللا تبارك وتعاىل ( (-56الفوائد ) . "189" (تذكرة املوضوعات) . "1/625(للطرابلسي " الكشف اإلهلي. "ضعيف ) .746" (اموعة

Allah Taala berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'-Ku dan tidak bersabar atas bala'-Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selainKu. (Dha'if)

" املنار املنيف) . "390(للهروي " األسرار املرفوعة. "موضوع )) . ليس لفاسق غيبة ((-57

) .1/764" (الكشف اإلهلي) . "301(البن القيم Tidak dinamakan mengumpat apabila membicarakan perihal orang yg fasiq. (Hadist Maudhu’)

فإنه ! يا فالن بن فالنة: فليقل. إذا مات الرجل منكم فدفنتموه فليقم أحدكم عند رأسه ((-58

اذكر ما خرجت عليه من دار .... فإنه سيستوي قاعدا ! يا فالن بن فالنة: سيسمع ، فليقل " ختريج اإلحياء. "ضعيف )) . اخل... ه شهادة أن ال إله إال اهللا وحده ال شريك ل: الدنيا

) .599" (الضعيفة) . "1/206(البن القيم " زاد املعاد) . "4/420( Apabila mati salah seorang drp kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya, maka hendaklah salah-seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya berkata: Wahai Si Fulan ! Wahai Si Fulanah. Kerana dia (si mati) itu akan mendengarnya. Hendaklah yang bangun itu berkata lagi: Wahai Si Fulan Anak kepada Si Fulanah. Maka si mati itu akan bangun di dalam keadaan duduk. Sebutkanlah apa yang telah menyebabkan dia keluar daripada dunia iaitu syahadah LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH …sehingga akhir. (Hadis ini Dho’ief)

الكشف . "موضوع )). ما خاب من استخار ، وال ندم من استشار وال عال من اقتصد ((-59 ) .611" (الضعيفة) . "1/775" (اإلهلي

Tidaklah sia-sia orang yang melakukan solat istikharah , tidaklah menyesal bagi orang yang meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yang bersederhana. (Hadist Maudhu’)

موضوع )) . كان إذا أخذ من شعره أو قلم أظفاره ، أو احتجم بعث به إىل البقيع فدفن ((-60

) .713" (الضعيفة) . "2/337(البن أيب حامت " العلل ".

Baginda Rasulullah s.a.w apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun jika Baginda s.a.w dibekam, maka Baginda s.a.w akan membawa lebihan tersebut – dari rambut, kuku dan darah yang dibekam – ke tanah perkuburan Baqie’ untuk ditanam. (Hadist Maudhu’)

******************************

) . 2/2684(للعجلوين " كشف اخلفاء. "موضوع )) . املؤمن كيس فطن حذر ((-61

) .760" (الضعيفة) . " 1/859(للطرابلسي " الكشف اإلهلي" Seorang mukmin yang cerdik itu sentiasa berhati-hati. (Maudhuk: Kasyful Khafa')

يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خري من ألف شهر جعل اهللا صيامه ((-62

) 871" (الضعيفة) . "1/249(البن أيب حامت " العلل. "ضعيف )). اخل..فريضة وقيام ليلة تطوعا.

Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah.. (Dha'if, al-Ilal Ibnu Abi Hatim)

إن اهللا تبارك وتعاىل أمر جبهنم : فقال جربيل: يا جربيل صف يل النار، وانعت يل جهنم ((-63فأوقد عليها ألف عام حىت ابيضت، مث أمر ا فأوقد عليها ألف عام حىت امحرت، مث أمر فأوقد

) . 10/387" (اهليثمي. "موضوع )) . اخل..عليها ألف عام حىت اسودت فهي سوداء مظلمة ) .910" (الضعيفة"

"Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" Maka Jibril menjawab: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala telah memerintahkan jahannam supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih. Kemudian memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannya selama seribu tahun sehingga menjadi hitam yang gelap.." (Maudhu', al-Haitsami)

عد ال تكثروا الكالم بغري ذكر اهللا، فإن كثرة الكالم بغري ذكر اهللا قسوة للقلب، وإن أب ((-64 ) .920" (الضعيفة. "ضعيف)). الناس من اهللا القلب القاسي

Janganlah kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah. Maka sesungguhnya banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah itu mengeraskan hati dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia kepada Allah ialah yang keras hatinya (Dha'if)

. ضعيف )) إذا انتهى أحدكم إىل الصف وقد مت فليجبذ إليه رجال يقيمه إىل جنبه ((-65

) .921" (الضعيفة) . "2/37(البن حجر " التلخيص احلبري" Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin masuk ke saf dan saf itu telah penuh, maka hendaklah ia menarik seorang untuk bersama dengannya di tepinya. (Dha'if)

مثل إبراهيم خليل الرمحن عز وجل كلما مات رجل أبدل . األبدال يف هذه األمة ثالثون ((-66متييز ) . "470(لعلي القاري " األسرار املرفوعة. "موضوع )) . اهللا تبارك وتعاىل مكانه رجال

) .308(البن القيم " املنار املنيف) . "7(البن الديبع " ب من اخلبيثالطي Wali abdal untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketika seorang mati, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain. (Maudhu')

. ال أصل له )). و بكر بكثرة صيام وال صالة ، ولكن بشيء وقر يف صدرهما فضلكم أب ((-67

للسبكي " األحاديث اليت ال أصل هلا يف اإلحياء) . "452(لعلي القاري " األسرار املرفوعة" ).246" (املنار املنيف) . "288(

Tidak lebih Abu Bakar dari kamu dengan banyaknya berpuasa dan solat. Tetapi dengan sesuatu yang hebat di dalam hatinya. (Tiada sumbernya)

" اللؤلؤ املرصوع) . "130" (األسرار املرفوعة. "ال أصل له )) . حتية البيت الطواف ((-68 ) .88(للقاري " املوضوعات الصغرى) . "143(

Tahiyat Ka'bah adalah tawaf. (Tiada sumbernya)

يا ابن آدم إىل : ذا قام يف الصالة فإنه بني عيين الرمحن فإذا التفت قال له الربإن العبد إ ((-69

)) . من تلتفت؟ إىل من هو خري لك مين؟ ابن آدم أقبل على صالتك فأنا خري لك ممن تلتفت إليه ) 1024 ("الضعيفة) . "46(للعيسوي " األحاديث القدسية الضعيفة واملوضوعة. "ضعيف جدا

Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat maka sesungguhnya dia berada di dalam pemerhatian Allah. Apabila dia selesai sembahyang dan berpaling, Tuhan berfirman kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mahu berpaling? Kepada yang mereka yang lebih baik untuk engkau daripadaKu? Anak Adam, hadapkanlah solat engkau kepadaKu, maka Aku bagi engkau adalah sebaik-baik yang patut dipalingkan kepadanya. (Dhaif jiddan)

اه فأرقه ثالثا، مث أعط. هل ينام اهللا تعاىل ذكره؟ فأرسل اهللا إليه ملكا: وقع يف نفس موسى ((-70ضرب اهللا : مث نام نومة فاصطفقت يداه وانكسرت القارورتان قال... قارورتني يف كل يد قارورة

البن " العلل املتناهية. "ضعيف )). له مثال أن اهللا لو كان ينام مل تستمسك السماوات واألرض ) .1034" (الضعيفة. "اجلوزي

Telah terlintas di dalam hati Musa: "Adakah Allah itu tertidur?" Maka Allah mengutus malaikat kepadanya dan tidak menidurkannya selama tiga hari serta memberikannya dua buah botol. Botol itu dipegang pada kedua-dua tangannya. Dia diperintahkan supaya menjaga botol berkenaan. Kemudian dia tertidur. Kedua-dua tangannya hampir berlaga. Diapun terjaga serta menjauhkan semula jarak kedua tangan yang memegang botol. Lalu dia kembali mengantuk dan tertidur sehingga berlagalah kedua-dua tangannya. Dan terpecahlah dua botol itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah telah memberi perumpaan kepada Musa, kalaulah Allah itu tertidur sudah pasti langit dan bumi tidak terkendali. (Dha'if)

)) النظرة سهم من سهام إبليس من تركها خوفا من اهللا آتاه اهللا إميانا جيد حالوته يف قلبه ((-71) . 63/ 8(للهيثمي " جممع الزوائد) . "4/106(للمنذري " الترغيب والترهيب. "ضعيف جدا. ) .4/314(للذهيب " تلخيص املستدرك"

Pandangan/melihat itu merupakan satu panahan dari panahan-panahan Iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan memberikannya keimanan yang dirasakannya amat manis di dalam hatinya. (Dha'if Jiddan/sangat lemah)

) 5/6526(البن طاهر " ذخرية احلفاظ. "موضوع)) . يعاد الوضوء من الرعاف السائل ((-72 ) .1071" (الضعيفة."

Wudhu' hendaklah diulangi apabila darah mengalir keluar dari hidung. (Maudhu')

)). اخل... ليس اإلميان بالتمين وال بالتحلي، ولكن ما وقر يف القلب وصدقه الفعل(( -73" تيببض الصحيفة) . "1098" (الضعيفة) . "4/4656(البن طاهر " ذخرية احلفاظ. "موضوع

) .33(حملمد عمرو

Iman bukanlah dengan angan-angan dan juga bukan dengan hias-hiasan tetapi apa yang tetap di dalam hati serta membenarkannya dengan perbuatan. (Maudhu')

: فيقول هذا..خترج الدابة، ومعها عصى موسى عليه السالم، وخامت سليمان عليه السالم ((-74 ) .1108" (الضعيفة. "منكر)). يا كافر: يا مؤمن ، ويقول هذا

Daabbah (binatang melata) akan keluar dengan tongkat Musa a.s. dan cincin Sulaiman a.s. Ia berkata ini: "Wahai mukmin." Dan berkata ini: "Wahai kafir." (Munkar)

انطلق النيب صلى اهللا عليه وسلم وأبو بكر إىل الغار، فدخال فيه فجاءت العنكبوت ((-75التحديث مبا قيل ال يصح ) . "1129" (الضعيفة. "ضعيف )) . اخل...فنسجت على باب الغار

) .214(لبكر أيب زيد " فيه حديث

Nabi s.a.w. keluar bersama Abu Bakar ke gua. Mereka berdua masuk. Kemudian datang labah-labah membuat sarang di pintu gua. (Dha'if)

فاستحيا . الريح فليتوضأليقم صاحب هذا : وجد النيب صلى اهللا عليه وسلم رحيا فقال ((-76

ليقم صاحب هذا الريح فليتوضأ فإن اهللا ال : الرجل أن يقوم فقال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلمقوموا كلكم : يا رسول اهللا أفال نقوم كلنا نتوضأ؟ فقال: يستحي من احلق، فقال العباس

) .1132" (الضعيفة. "باطل )) . فتوضؤوا

Nabi s.a.w. telah terbau kentut seseorang lalu bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut, dan berwudhu'lah." Lelaki (yang kentut) itu malu untuk berdiri. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut dan berwudu'lah. Sesungguhnya Allah tidak malu daripada kebenaran." Lalu Ibnu Abbas berkata:

"Wahai Rasulullah s.a.w., apakah tidak boleh kami semua bangun dan berwudhu' semuanya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Bangunlah kamu sekelian dan berwudhu'lah." (Bathil)

غنم دوال واألمانة مغنما إذا كان امل: إذا فعلت أميت مخس عشرة خصلة حل ا البالء ((-77

" العلل املتناهية) . "2/33" (سنن الترمذي. "ضعيف )) . اخل........والزكاة مغرما ) .1/33" (الكشف اإلهلي) . "2/1421(

Apabila umatku melakukan limabelas perkara ini, bala' bencana akan menimpanya: Apabila ghanimah/rampasan perang berputar-putar di sekitar orang kaya dan berkedudukan, apabila amanah menjadi harta rampasan dan apababila zakat sebagai satu denda (dikeluarkan secara paksaan). (Dha'if)

) . 7(البن تيمية " أحاديث القصاص."موضوع )) . حب الدنيا رأس كل خطيئة ((-78

) .173" (تذكرة املوضوعات) . "1/163" (رفوعةاألسرار امل"

Mencintai dunia adalah kepala/pokok segala dosa kesalahan. (Maudhu')

للسنباوي " النخبة البهية."ضعيف )) . طلب احلالل جهاد، وإن اهللا حيب املؤمن احملترف ((-79

) .1301" (الضعيفة) . "1/518" (الكشف اإلهلي) . "57(

Mencari yang halal itu adalah jihad. Dan sesungguhnya Allah mencintai seorang mukmin yang mempunyai pekerjaan. (Dha'if)

) . 1350" (الضعيفة. "منكر)) . لكل شيء عروس وعروس القرآن الرمحن ((-80

Setiap sesuatu itu mempunyai mempelai/pengantin. Mempelai al-Quran adalah surah al-Rahman. (Munkar)

******************************

" الضعيفة) . "579(للسخاوي " املقاصد احلسنة. "ضعيف)) . سيد القوم خادمهم ((-81)1502. (

Penghulu kepada suatu kaum itu ada khadam kepada mereka. (Dha'if)

للوادعي " أحاديث معلة ظاهرها الصحة. "ضعيف)) . نالعسل والقرآ: عليكم بالشفائني ((-82

) .1514" (الضعيفة) . "247(

Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh: Madu dan al-Quran. (Dha'if)

) . 1/19" (كشف اخلفاء. "ضعيف)) . آمن شعر أمية بن أيب الصلت وكفر قلبه ((-83 ) .1546" (الضعيفة"

Umaiyah bin Abi Shalt, syairnya beriman tetapi hatinya kafir. (Dha'if)

. ضعيف)). الرب ال يبلى واإلمث ال ينسى والديان ال ينام فكن كما شئت كما تدين تدان ((-84

) 414(للمشيشي " اللؤلؤ املرصوع) . "681(للطرابلسي " الكشف اإلهلي"

Kebaikan itu tidak akan punah (tidak putus pahalanya). Dosa itu tidak akan dilupakan. Tuhan itu tidak akan tidur. Jadilah sebagaimana yang kamu mahukan sebagaimana yang kamu lakukan maka itulah yang kamu perolehi. (Dha'if)

" وعاتترتيب املوض. "ضعيف جدا)) . ملعاجلة ملك املوت أشد من ألف ضربة بالسيف ((-85

) .3/220(البن اجلوزي " املوضوعات) . "1071(للذهيب

Kesakitan menghadapi malaikat maut itu lebih dahsyat dari seribu pukulan pedang. (Dha'if Jiddan)

بادروا باألعمال سبعا، هل تنتظرون إال مرضا مفسدا وهرما مفندا أو غىن مطغيا أو فقرا ((-86. ضعيف)). أو موتا جمهزا أو الدجال فشر غائب ينتظر أو الساعة والساعة أدهى وأمرمنسيا

) .1666" (الضعيفة) . "2/2313(البن طاهر " ذخرية احلفاظ"

Bersegeralah beramal sebelum berlaku tujuh perkara: Adakah kamu menunggu sehingga jatuh sakit yang membinasakan, tua nyanyuk, atau kekayaan yang menjahanamkan, atau kefaqiran yang melarat, atau kematian mengejut, atau datang dajjal iaitu sejahat-jahat perkara ghaib yang ditunggu, atau datangnya kiamat, iaitu perkara yang paling dahsyat sekali (Dha'if)

) .1814" (الضعيفة. "ضعيف)). يا أجرئكم على النارأجرؤكم عل الفت ((- 87

Memberi fatwa dapat menyebabkan diri terjerumus ke dalam neraka. (Dha'if)

) . 2/305(للكناين " ترتيه الشريعة. "ضعيف)) . اتقوا فراسة املؤمن فإنه ينظر بنور اهللا ((-88

) .74(للصغاين " املوضوعات"

Takutilah firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengan nur Allah. (Dha'if)

. ضعيف جدا)). الدنيا دار من ال دار له ومال من ال مال له وهلا جيمع من ال عقل له ((-89

.) 174(للفتين " تذكرة املوضوعات) . "344(للسبكي " األحاديث اليت ال أصل هلا يف اإلحياء"

Dunia adalah rumah bagi yang tiada rumah, harta bagi yang tiada berharta. Yang menghimpun dunia ini ialah orang-orang yang tidak berakal. (Dha'if Jiddan)

******************************

.)2096" (الضعيفة. "ال أصل له )) . ال جتعلوا آخر طعامكم ماء ((-90

Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air (Tiada sumbernya)

" ذخرية احلفاظ."موضوع)). إن للقلوب صدأ كصدأ احلديد وجالؤها االستغفار ((-91 ) .2242" (الضعيفة) . "2/1978(

Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Dan penghilangnya adalah istighfar. (Maudhu')

تذكرة ) . "211" (األسرار املرفوعة. "ال أصل له)). رجعنا من اجلهاد األصغر إىل األكرب ((-92 ) .191(للفتين " املوضوعات

Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar. (Tiada asalnya)

غري رخصة رخصها اهللا له، مل يقض عنه صيام الدهر كله، من أفطر يوما من رمضان يف ((-93 ).2/74" (الترغيب والترهيب) . "2/148" (ترتيه الشريعة. "ضعيف)). وإن صامه

Barangsiapa yang berbuka satu hari dibulan Ramadhan bukan sebab rukhsah dibenarkan oleh Allah, maka ia tidak dapat di-qadha'kan sekalipun dia berpuasa seumur hidup. (Dha'if)

البن القيم " املنار املنيف. "موضوع)) . إن عبد الرمحن بن عوف يدخل اجلنة حبوا ((-94

).1184(للشوكاين " الفوائد اموعة) . "306(

Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak. (Maudhu')

) . 2/1056(البن اجلوزي " العلل املتناهية. "ضعيف)). أبغض احلالل إىل اهللا الطالق ((-95

).1/23" (الذخرية"

Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah talaq. (Dha'if)

:ملا قدم النيب صلى اهللا عليه وسلم املدينة جعل النساء والصبيان والوالئد يقولون ((-96 لبدر علينا وجب الشكر علينا طلع ا

أيها املبعوث فينا من ثنيات الوداع ما دعا هللا داع جئت باألمر املطاع

).196" (تذكرة املوضوعات) . "17(البن تيمية " أحاديث القصاص. "ضعيف

Apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah, maka wanita, kanak-kanak dan hamba mengucapkan: Thala'al Badru Alaina….. (Dha'if)

التاريخ . "ضعيف)). إياكم واحلسد فإن احلسد يأكل احلسنات كما تأكل النار احلطب ((-97 ).7/226(للمنذري" خمتصر سنن أيب داود) . "1/272" (الكبري

Jauhilah hasad. Maka sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu. (Dha'if)

إن اهللا عز وجل يقول أنا اهللا ال إله إال أنا ملك امللوك ومالك امللوك قلوب امللوك بيدي . 98

وإن العباد أطاعوين حولت قلوب ملوكهم عليهم بالرأفة والرمحة وإن العباد عصوين حولت على امللوك قلوب ملوكهم بالسخط والنقمة فساموهم سوء العذاب فال تشغلوا أنفسكم بالدعاء

ولكن أشغلوا أنفسكم بالذكر والتضرع أكفكم ملوككم ).602" (الضعيفة) . "43(للعيسوي " األحاديث القدسية. "ضعيف جدا

Allah S. W. T telah berfirman: Aku adalah Allah, Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Raja Segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tangan-Ku. Sesungguhnya apabila hambaKu mentaati-Ku, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkari-Ku, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingati-Ku dan merayu kepada-Ku supaya Aku dapat melindungimu daripada kekejaman mereka. (Dha'if jiddan)

) . 4/594(البن القطان " بيان الوهم. "ضعيف جدا. األذان واإلقامة يف أذن املولود-99 ).1/494" (الضعيفة) ."128/ 2(البن حبان " اروحني"

Hadis azan dan iqamah di telinga bayi. (Dha'if jiddan)

البن اجلوزي " املتناهية. "ضعيف)). فهو أحق ااحلكمة ضالة كل حكيم ، فإذا وجدها ((-100 ).5/51" (سنن الترمذي) . "1/96(

Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang yang bijaksana. Maka apabila dia menemuinya, dia lebih berhak memilikinya. (Dha'if)

al-ahkam online http://al-ahkam.net