1 viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan...

download 1 viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak

of 63

  • date post

    09-Mar-2018
  • Category

    Documents

  • view

    241
  • download

    10

Embed Size (px)

Transcript of 1 viewContohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan...

1

UNIT 4

Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Sinopsis

Sepertimana yang dinyatakan dalam FPN, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pendidik untuk memperkembangkan aspek-aspek tersebut melalui sistem persekolahan. Untuk menentukan sejauh mana aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembangkan,satu sistem penilaian yang sesuai perlu diwujudkan.

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan ia bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

Modul ini membincangkan perbezaan konsep antara pengukuran dan penilaian; peranan dan fungsi pengujian dan penilaian; penilaian dan objektif pengajaran; pembinaan jadual penentuan ujian; pemarkahan dan markat ; jenis penilaian; pembinaan item ; kesahan dan kebolehpercayaan ujian; kaedah penilaian bahasa; dan alat atau instrumen penilaian bahasa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:

1.membezakan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran;

2.mengenal pasti objektif pengujian dan penilaian;

3.mengenal pasti peranan serta fungsi jenis penilaian;

4.membina jadual penentuan ujian;

5.mengenal pasti peraturan memberi markah;

6.membentuk pelbagai jenis item yang sah dan boleh dipercayai;

7.mengenal pasti kaedah penilaian bahasa dan cara melaksanakannya; dan

8.mengenal pasti alat atau instrumen penilaian bahasa dan cara menggunakannya.

Tajuk 4.1

Konsep Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Melayu

4.1.1Pengenalan

Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran , malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Berdasarkan maklum balas daripada penilaian ini, guru seharusnya dapat membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan.

Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala saling ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia mungkin menyatakan yang dia sedang menguji pencapaian, mengukur pencapaian atau menilai pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya saling ditukar ganti. Dengan itu, semua pengajar yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perlu mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini agar tidak tersalah pakai.

4.1.2 Konsep

Untuk menjawab penyataan di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan pengertian antara ketiga-tiga istilah tersebut.

i. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian?

Testing is a technique for obtaining information . It is a tool that serves the ends of the users.

(Pengujian adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat .. Ia adalah satu alat yang dapat mencapai tujuan si pengguna).

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya / teknik yang dapat memberikan maklumat yang penting dalam proses membuat penilaian.

Jelasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Untuk itu, pengujian dapat dilaksanakan dengan cara mengadakan pemerhatian , ujian bertulis dan ujian lisan. Pengujian ini, biasanya, dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar.

Contoh:

a. Untuk menguji sama ada pelajar tahun empat sudah tahu mengeja perkataan yang mempunyai keselarasan vokal, satu ujian rencana tentang perkataan-perkataan tertentu diadakan.

ii. Apakah pula maksud ujian?

Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.

iii. Apakah maksud pengukuran?

Hopkins & Stanley (M.S 3, 1981) menyatakan bahawa, Measurement is the process by which things are differentiated.

(Pengukuran adalah satu proses di mana alat atau benda dibeza-bezakan).

Pendapat lain mengatakan pengukuran adalah dirujukkan kepada penyelidikan atau pemerhatian yang dapat dinyatakan secara kuantitatif dan dapat memberikan jawapan kepada sesuatu pertanyaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Alat pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Perlu diingat bahawa pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.

Dengan itu, pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan dan kedudukan antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran amat berguna untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan pelajar dalam jurusan yang sesuai. Pengukuran dilakukan setelah ujian bertulis iaitu dengan pengiraan markah. Biasanya pengukuran diadakan selepas beberapa topik pelajaran diajar.

iv.Apakah maksud penilaian?

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971, m.s xxv) menyatakan bahawa, Penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink, (M.S.8, 1974) pula menyatakan bahawa, Evaluation is the process of obtaining information and using it to form judgements which in turn are to be used in decision making.

(Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat secara sistematik yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan bagi menentukan nilai, kedudukan, ukuran tentang sesuatu berdasarkan kriteria tertentu yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan). Tugas menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur. Seseorang guru perlu menguji dan mengukur terlebih dahulu sebelum dapat menilai.

Definisi ini dapat dijelaskan seperti yang berikut:

Dalam bilik darjah , murid diberikan satu ujian kertas pensil dan jawapan diperiksa oleh guru.

Markah diberikan sama ada mengikur gred ( ABCD) atau jumlah angka ( 50 , 67, 80 ) mengikut ketetapan jawapan berbanding kehendak soalan.

Guru menulis komen terhadap keputusan ujian tersebut seperti jawapan awak kemas dan jelas / amat memuaskan, teruskan prestasi seperti ini

Pengujian memberi soalan ujian untuk dijawab oleh murid

Pengukuran Memberi markah 67 / C

Penilaian Memberi tahu murid jawapan kemas dan jelas / amat

memuaskan dan perlu diteruskan

Oleh itu, penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Dengan itu, proses penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti berikut:

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian. Rajah 1 di bawah ini pula menunjukkan kepentingan perkaitan ketiga-tiga sistem ini.

Rajah 1 : Perkaitan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Untuk menyimpulkannya, sekali lagi ditegaskan bahawa penilaian merupakan proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar dalam pembelajaran. Penilaian berguna untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. Penilaian dibuat berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan (statistik). Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa , dan selepas satu atau beberapa topik pelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

v.Apakah pula konsep pentaksiran?

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses ialah langkah/ tindakan/ op