1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan...

20
1 Penaung: Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim Penasihat Bersama: Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijah binti Sulieman Tuan Haji Zainal Abidin bin Md. Alias Ketua Pengarang: Tuan Haji Hitam bin Chik Sidang Pengarang: Encik R. S. Vengadeson Puan Rahimah binti Haji Mohd Shariff Puan Zainun binti Haji Tun Puan Rozlina binti Roslan Grafik: Puan Noor Asrisah binti Samsudin Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) (National Council of Welfare and Social Development Malaysia) MAKPEM JILID XXXII Januari - Jun 2013 BULETIN Sidang Redaksi BULETIN MAKPEM Penerbit: Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur. Tel : 03-4044 7640 / 7641 Fax : 03-4044 7705 E-mail: [email protected] Laman web: www.ncwsdm.org.my “Lawatan Sambil Belajar Ke Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam” Pada 22 – 25 Jun, 2013 Satu lawatan sambil belajar telah diadakan ke Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam pada 22 – 25 Jun, 2013. Seramai 20 ahli-ahli gabungan MAKPEM yang diketuai oleh Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM telah menyertai rombongan ini. Ahli-Ahli rombongan adalah terdiri daripada wakil Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela, Majlis- Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Urus Setia MAKPEM. Antara aturcara lawatan ialah : (bersambung di Muka Surat 3) Y.H. Dato’ Haji Halim dan Encik Shazryll Zahiran, Konsul Jeneral Malaysia serta para peserta rombongan MAKPEM bergambar kenangan. Y.H. Dato’ Haji Halim dan Mr. Loi Anh Vu serta para peserta rombongan MAKPEM bergambar kenangan. Y.H. Dato’ Haji Halim dan Mr. Le Chu Giang serta para peserta rombongan MAKPEM bergambar kenangan. Y.H. Dato’ Haji Halim dan Puan Luong Thi Quyah Lan serta para peserta rombongan MAKPEM bergambar kenangan.

Transcript of 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan...

1

Penaung:

Y.H. Dato’ Setia Amar SegaraDato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim

Penasihat Bersama:

Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijahbinti SuliemanTuan Haji Zainal Abidin bin Md. Alias

Ketua Pengarang:

Tuan Haji Hitam bin Chik

Sidang Pengarang:

Encik R. S. VengadesonPuan Rahimah binti Haji Mohd ShariffPuan Zainun binti Haji TunPuan Rozlina binti Roslan

Grafik:

Puan Noor Asrisah binti Samsudin

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)(National Council of Welfare and Social Development Malaysia)

MAKPEM JILID XXXII Januari - Jun 2013

B u l e t i n

Sidang Redaksi BULETIN MAKPEM

Penerbit:

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat

Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul,

51000 Kuala Lumpur.

Tel : 03-4044 7640 / 7641 Fax : 03-4044 7705

E-mail: [email protected] Laman web: www.ncwsdm.org.my

“Lawatan Sambil BelajarKe Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam”

Pada 22 – 25 Jun, 2013

Satu lawatan sambil belajar telah diadakan ke Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam pada 22 – 25 Jun, 2013. Seramai 20 ahli-ahli gabungan MAKPEM yang diketuai oleh Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM telah menyertai rombongan ini. Ahli-Ahli rombongan adalah terdiri daripada wakil Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela, Majlis-Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Urus Setia MAKPEM. Antara aturcara lawatan ialah :

(bersambung di Muka Surat 3)

Y.H. Dato’ Haji Halim dan Encik Shazryll Zahiran, Konsul Jeneral Malaysia serta para peserta rombongan

MAKPEM bergambar kenangan.

Y.H. Dato’ Haji Halim dan Mr. Loi Anh Vuserta para peserta rombongan MAKPEM

bergambar kenangan.

Y.H. Dato’ Haji Halim dan Mr. Le Chu Giangserta para peserta rombongan MAKPEM

bergambar kenangan.

Y.H. Dato’ Haji Halim dan Puan Luong Thi Quyah Lan serta para peserta rombongan MAKPEM

bergambar kenangan.

2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. Saya bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat sekali lagi menerbitkan Buletin MAKPEM pada kali ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli gabungan yang sentiasa

memberi sokongan dan kerjasama bagi menjayakan program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh MAKPEM terutama sekali dalam usaha MAKPEM untuk meningkatkan keupayaan pertubuhan-pertubuhan sukerela melalui Program Latihannya.

Sukacita saya maklumkan bahawa satu Majlis Penyampaian Sijil kepada kanak-kanak di Taska Penyayang MAKPEM telah diadakan di Institut Latihan MAKPEM pada 18 Mei, 2013 di mana seramai 13 orang kanak-kanak yang melepasi umur 4 tahun telah menerima sijil mereka daripada Presiden MAKPEM.

MAKPEM telah berjaya menganjurkan satu Program Lawatan Sambil Belajar ke Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam pada 22 - 25 Jun, 2013 di mana seramai 20 orang ahli-ahli gabungan MAKPEM yang terdiri daripada Majlis-Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri, Pertubuhan-Pertubuhan Kebangsaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyertai rombongan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan lawatan tersebut.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli gabungan MAKPEM yang sentiasa menghantar berita-berita mengenai kegiatan pertubuhan masing-masing untuk dimuatkan dalam Buletin MAKPEM.

Sekian.

Salam Hormat,

Dato’ Setia Amar SegaraDato’ Haji Halim bin Haji IbrahimPresiden, MAKPEM

Kata-Kata Aluan

Presiden

3

(sambungan dari Muka Surat 1)

(1) Lawatan Ke Cu Chi Tunnel

Para peserta rombongan MAKPEM berpeluang melawat kubu strategik (Cu Chi Tunnel) yang dibina khas oleh tentera Vietnam bagi menghadapi peperangan dengan Amerika Syarikat pada tahun 70an. Difahamkan kubu sepanjang 200 kilometer ini mempunyai sejarahnya tersendiri.

(2) Lawatan Ke Pusat “Disability Resource and Development”

Pusat “Disability Resource and Development” ini yang diketuai oleh Puan Luong Thi Quyah Lan telah memberi taklimat mengenai objektif pusat ini. Di antara objektifnya ialah :

(a) Menggalakkan Orang Kurang Upaya (OKU) supaya dapat hidup berdikari.(b) Meningkatkan keupayaan melalui program latihan.(c) Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah yang dihadapi oleh orang kurang upaya.

(3) Lawatan Ke Pusat “Thien An Home for People with Visual Impairment”

Lawatan ke pusat ini disambut oleh Pengarahnya, Encik Nguyen Quoc Phong. Terdapat 30 orang peserta orang kurang upaya penglihatan yang mengikuti program di pusat ini iaitu :

(a) Massage;(b) Muzik;(c) Membuat Buku Braille.

Latihan dalam bidang urutan badan memberi peluang yang baik untuk peserta mendapat pekerjaan.

Peserta rombongan MAKPEM di Kubu Strategik (Cu Chi Tunnel) Vietnam.

Puan Luong Thi Quyah Lan memberikan taklimat mengenai objektif

Pusat Disability Resource and Development.

Y.H. Dato’ Haji Halim, Presiden MAKPEM memberikan ucapannya.

Y.H. Dato’ Haji Halim memberikan cenderahati kepada Puan Luong Thi Quyah Lan.

Y.H. Dato’ Haji Halim menyampaikan cenderahati kepada

Encik Nguyen Quoc Phong.

Y.H. Dato’ Haji Halim dan Tuan Haji hitam bersama Encik Nguyen Quoc Phong meneliti tongkat orang kurang upaya

penglihatan.

Y.H. Dato’ Haji Halim bersama para peserta rombongan MAKPEM

meneliti buku-buku Braille.

Peserta rombongan MAKPEM memberi sedikit ucapan.

4

(4) Lawatan Ke Pusat “Thi Nghe Nursing Center for Children with Disabilities”

Pusat ini yang ditubuhkan pada tahun 1975 menempatkan seramai 400 kanak-kanak kurang upaya yang berumur 3 hingga 18 tahun. Sebahagian besar kanak-kanak adalah mereka yang mempunyai masalah pembelajaran (terencat akal), ‘cerebral palsy’ dan mangsa penyakit polio. Pada masa ini terdapat 350 orang kanak-kanak yang diberi jagaan, latihan dan pemulihan oleh seramai 260 kakitangan.

(5) Lawatan Ke Pusat “Thi Nghe Nursing Center for Elderly People”

Rumah orang tua ini ditadbirkan oleh seorang Pengurus dengan dibantu oleh seorang doktor, seorang pakar pemakanan dan juga oleh 45 orang kakitangan lain.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Pengurusnya Mr. Loi Anh Vu, pada masa ini terdapat seramai 140 warga emas yang tinggal di rumah ini, di mana purata umur penghuni ialah 85 tahun dan yang paling tua sekali ialah berumur 102 tahun. Terdapat 2 kategori penghuni di sini iaitu pesara kerajaan dan juga pesara angkatan tentera. Mereka yang masih sihat digalakkan berkebun dan pada masa lapang mereka berkaraoke.

Y.H. Dato’ Haji Halim memberikan cenderahati kepada wakil Nursing Center for Children with Disabilities.

Y.H. Dato’ Haji Halim dan Mr. Loi Anh Vu melawat salah seorang warga tua.

Melawat tempat anak-anak kurang upaya.

The Revd. Canon Samuel D. John, Bendahari Agung Kehormat MAKPEM

bersama salah seorang warga tua.

Melawat bengkel yang terdapat di Nursing Center for Children with Disabilities.

Melawat dapur masakan untuk warga tua.

Gambar kanak-kanak kurang upaya di Nursing Center for Children with Disabilities.

5

(6) Perbincangan Dengan Director General and Officers of the Department of Labour, Invalid and Social Affairs, People’s Committee of Ho Chi Minh City

Majlis dimulakan dengan Y.H. Dato’ Haji Halim, Presiden MAKPEM memperkenalkan Pegawai-Pegawai MAKPEM dan ahli-ahli gabungan yang hadir. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah, Jabatan Buruh, Orang Kurang Upaya dan Masyarakat Ho Chi Minh City di atas kesudian beliau menerima lawatan dari MAKPEM.

Dalam ucapan balas yang disampaikan oleh Mr. Le Chu Giang, Head of Social Protection Division mewakili Ketua Pengarah, berterima kasih di atas lawatan yang diketuai oleh Presiden MAKPEM. Beliau memaklumkan bahawa Ketua Pengarahnya kini berada di Hanoi kerana menghadiri satu mesyuarat.

Seterusnya beliau menyatakan bahawa terdapat 7.2 juta rakyat Vietnam yang tinggal di Bandaraya ini. Dari jumlah tersebut terdapat seramai 420,000 warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Beliau seterusnya menyatakan bahawa terdapat 4 buah Rumah Orang Tua yang disediakan oleh kerajaan bagi menampung keperluan warga emas dan 2 buah rumah orang tua yang dikelolakan oleh pihak swasta. Pihak kerajaan membantu orang kurang upaya dengan memberi kemudahan pengangkutan percuma dan juga membiayai kos rawatan menerusi insurans yang dikendalikan oleh pihak kerajaan.

(7) Kunjungan Hormat Kepada Konsul Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City, Encik Shazryll Zahiran

Y.H. Dato’ Haji Halim selaku ketua rombongan memperkenalkan ahli-ahli rombongan dan mengucapkan terima kasih kepada Encik Shazryll Zahiran, Konsul Jeneral Malaysia yang telah memberi kesempatan kepada rombongan MAKPEM mengadakan Kunjungan Hormat.

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa tujuan lawatan ini ialah untuk merapatkan hubungan dikalangan pertubuhan-pertubuhan sukarela kebajikan Malaysia dengan Ho Chi Minh City dan juga untuk mempelajari khidmat kebajikan sukarela di sini.

Dalam ucapan balasnya Encik Shazryll Zahiran menyatakan bahawa beliau bersedia untuk melibatkan diri sekiranya terdapat NGO’s di Malaysia bercadang untuk menjalinkan hubungan kerja dengan mana-mana NGO’s di Ho Chi Minh City.

Encik Shazryll Zahiran menyaksikan Y.H. Dato’ Haji Halim menandatangani Buku Pelawat.

Y.H. Dato’ Haji Halim memberikan cenderahati kepada Encik Shazryll Zahiran, Konsul Jeneral Malaysia.

Mr. Le Chu Giang memberikan ucapan kepada para peserta rombongan MAKPEM.

Y.H. Dato’ Haji Halim memberikan cenderahati kepada Mr. Le Chu Giang.Y.H. Dato’ Haji Halim menyampaikan

ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah, Jabatan Buruh, Orang Kurang

Upaya dan Masyarakat Ho Chi Minh City di atas kesudian beliau

menerima lawatan dari MAKPEM.

6

Mesyuarat Majlis Kerja Kali Ke - 1/2013 telah diadakan pada hari Rabu, 19 Jun 2013, jam 10.00 pagi. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh seramai 37 orang yang mewakili pertubuhan-pertubuhan gabungan. Y.H. Dato’ Haji Halim selaku Pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran para perwakilan dan juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Pengarah Pembangunan Komuniti

yang mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Beliau mengambil kesempatan memaklumkan kepada hadirin bahawa MAKPEM akan menganjurkan satu Lawatan Sambil Belajar ke Ho Chi Minh City pada 22 – 25 Jun 2013. Sehingga ini seramai 20 orang ahli-ahli gabungan akan menyertainya. Y.H. Dato’ Pengerusi juga meminta kerjasama ahli-ahli gabungan yang masih belum menghantar laporan pertubuhan masing-masing agar dapat berbuat demikian untuk dimuatkan dalam buku yang sedang disediakan oleh MAKPEM.

Antara keputusan yang dipersetujui dalam Majlis Kerja adalah seperti berikut :

(i) Kelulusan keahlian baru : (a) Persatuan Kebajikan An-Najjah Malaysia (AN-NAJJAH MALAYSIA) (b) Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).(ii) Perhimpunan Agung Tahunan Ke – 35 di Johor Bahru pada 17.08.2013.(iii) Meluluskan Draf Laporan Tahunan 2012 dengan sedikit tambahan.(iv) Meluluskan Draf Laporan dan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir Pada 31.12.2012.(v) Meluluskan Draf Anggaran Belanjawan Bagi Tahun 2014.

Y.H. Dato’ Haji Halim mempengerusikan Majlis Kerja Kali Ke - 1/2013.

Ahli-ahli gabungan memberikan tumpuan semasa perbincangan.

Di antara ahli-ahli gabungan MAKPEM yang hadir.

Di antara para wakil ahli-ahli gabungan yang hadir.

Mesyuarat Majlis Kerja Kali Ke - 1/2013 Pada 19 Jun, 2013

7

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kali Ke - 2/2013 telah diadakan pada hari Rabu, 15 Mei 2013, jam 10.00 pagi. Dalam ucapan alu-aluannya Y.H. Dato’ Haji Halim selaku Pengerusi Mesyuarat dan juga Presiden MAKPEM mengucapkan selamat datang kepada semua Ahli Jawatankuasa yang hadir. Mesyuarat ini telah membuat beberapa keputusan berikut :

(i) Perhimpunan Agung Tahunan Ke – 35 di Johor Bahru pada 17.08.2013.(ii) Meluluskan Draf Laporan Tahunan 2013 dengan sedikit tambahan.(iii) Meluluskan Draf Laporan dan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir Pada 31.12.2012.(iv) Meluluskan Draf Anggaran Belanjawan Bagi Tahun 2014.(v) Kelulusan keahlian baru : (a) Persatuan Kebajikan An-Najjah Malaysia (AN-NAJJAH MALAYSIA) (b) Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).(vi) Menambah Dana MAKPEM menerusi rayuan kepada hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur sempena bulan Ramadhan.

Y.H. Dato’ Haji Halim bin selaku Pengerusi Mesyuarat mengucapkan selamat datang kepada semua

Ahli Jawatankuasa yang hadir.

Y.H. Dato’ Haji Halim membincangkan kertas kerja bersama Ahli Jawatankuasa.

Dari kiri : Tuan Haji Sahul Hamid bin Haji A. Karim,Encik Abdullah bin Mohd Noor, Tuan Haji Zainal Abidin bin Md. Alias dan Y. Bhg. Dato’ Seri Mohamed Khalil

bin Haji Huseein.

Y.H. Dato’ Haji Halim mendengar pendapat Ahli-Ahli Jawatankuasa.

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kali Ke - 2/2013 Pada 15 Mei, 2013

8

Lawatan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan SosialKesultanan Oman Ke (MAKPEM)

Pada 19 Februari, 2013

MAKPEM telah menerima Lawatan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan Sosial Kesultanan Oman pada 19.02.2013. Lawatan ini diketuai oleh Encik Slam Salim

Al Kindi, Pengarah Perkhidmatan dan Pekerjaan Bagi Orang Kurang Upaya.

Dalam ucapan alu-aluannya Y.H. Dato’ Haji Halim turut menerangkan peranan dan fungsi MAKPEM kepada para peserta terutama sekali mengenai Program Latihan untuk meningkatkan kapasiti pertubuhan sukarela. Majlis ini turut dihadiri oleh peserta-peserta Open University Malaysia (OUM). Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan Sosial Kesultanan Oman juga mengambil kesempatan melawat Taska Penyayang MAKPEM.

Dari kiri : Tuan Haji Zainal Abidin bin Md. Alias, Y.H. Dato’ Haji Halim dan Pegawai-Pegawai Kanan

Kementerian Pembangunan Sosial Kesultanan Oman.

Di antara peserta-peserta OUM yang hadir.

Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan Sosial Kesultanan Oman.

Wakil dari Pegawai Kanan Oman sedang memberi penerangan mengenai Kementerian Pembangunan Sosial Kesultanan Oman.

9

Satu Majlis Penyampaian Sijil kepada kanak-kanak Taska Penyayang MAKPEM yang telah melepasi umur 4 tahun telah diadakan di Institut Latihan MAKPEM

pada 18 Mei, 2013. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.H. Dato’ Haji Halim. Seramai 13 orang kanak-kanak telah menerima sijil-sijil mereka.

Dalam ucapan perasmiannya Y.H. Dato’ Haji Halim mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan ahli masyarakat tempatan yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan Taska Penyayang MAKPEM. Seramai 100 ibu bapa dan masyarakat tempatan telah menghadiri Majlis ini.

Pelan Perlindungan Keluarga (PRUkasih)

Berikutan dengan perjumpaan yang diadakan di antara Persatuan Kebajikan Generasi Gemilang (PKGG) Kuala Lumpur dan Selangor, Persatuan Penduduk Fasa 8&9, Bandar Baru Sentul dan MAKPEM pada 13.01.2013, satu lagi Majlis Taklimat telah diadakan pada 26.06.2013. MAKPEM telah diwakili oleh Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijah Sulieman, Naib Presiden MAKPEM. Seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa

Persatuan Penduduk telah menghadiri sesi ini. Ahli keluarga yang menyertai Projek PRUkasih ini akan mendapat manfaat perlindungan keluarga. Syarikat Insuran Prudential melalui Program “Corporate Social Responsibility (CSR)” akan memberi perlindungan insuran kepada ahli yang jatuh sakit, kemalangan, kematian dan sebagainya.

Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijah Sulieman, bersama Persatuan Penduduk Fasa 8&9, Bandar Baru Sentul serta

Persatuan Kebajikan Generasi Gemilang (PKGG) Kuala Lumpur berjumpa untuk taklimat PRUkasih.

Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijah Sulieman, menandatangani perjanjian di antara Persatuan Kebajikan

Generasi Gemilang (PKGG) Kuala Lumpur danPersatuan Penduduk Fasa 8&9, Bandar Baru Sentul.

Y.H. Dato’ Haji Halim,Presiden MAKPEM memberi ucapan.

Y.H. Dato’ Haji Halim dan dibantuTuan Haji Hitam bin Chik

menyampaikan sijil.

Y.H. Dato’ Haji Halim,Presiden MAKPEM dan dibantu oleh Tuan Haji Zainal Abidin bin Md. Alias

serta Tuan Haji Hitam bin Chik memberi sijil kepada kanak-kanak

Taska Penyayang MAKPEM.

Y.H. Dato’ Haji Halim bergambar kenangan bersama kanak-kanak

yang menerima sijil.

Majlis Penyampaian Sijil Kepada Kanak-Kanak di Taska Penyayang MAKPEMPada 18 Mei, 2013

JAWATANKUASA JALINAN ANTARA AGENSI, PUBLISITI DAN PERHUBUNGAN AWAM

10

Perjumpaan Susulan Di Antara Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Kemanusiaan Dengan Persatuan Ibu Tunggal Seri Perak dan Persatuan Warga Emas Bandar Baru Sentul

Satu perjumpaan susulan di antara Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Kemanusiaan dengan Persatuan Ibu Tunggal Seri Perak dan Persatuan Warga Emas Bandar Baru Sentul telah diadakan pada 11 Jun 2013, jam 8.30 malam, hari Selasa di Bilik kuliah 4, Institut Latihan MAKPEM.

Hadir sama dalam perjumpaan ini ialah Y. Bhg. Dato’ Hajah Shamsiah binti Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Kemanusiaan, Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijah binti Suleiman, Encik Zaidi bin Mohd Said dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Rosmahani binti Mohd Yatim, Pengerusi Ibu Tunggal Seri Perak dan Ahli-Ahli Jawatankuasanya serta Puan Aminah binti Abdullah, Pengerusi Warga Emas Bandar Baru Sentul bersama Ahli-Ahli Jawatankuasanya. Turut hadir sama ialah Tuan Haji Hitam bin Chik dan Pegawai-Pegawai MAKPEM.

Dalam ucapan aluannya Y. Bhg. Dato’ Hajah Shamsiah memaklumkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah meluluskan satu peruntukan kewangan serta seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat akan ditempatkan di MAKPEM bagi tujuan membantu dalam kerja-kerja pembangunan komuniti di Bandar Baru Sentul. Sebagai langkah permulaan pegawai ini akan memberi tumpuan kepada Ibu Tunggal dan Warga Emas.

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KEMANUSIAAN

Y. Bhg. Dato’ Hajah Shamsiah binti Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan

Kemanusiaan mempengerusikan perjumpaan.

Dari kiri : Tuan Haji Hitam bin Chik, Ketua Pegawai Eksekutif MAKPEM bersama dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa

Persatuan Warga Emas Bandar Baru Sentul.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Tunggal Seri Perak yang hadir semasa perjumpaan.

Memberikan tumpuan semasa perbincangan dijalankan.

11

1. Tujuan Program Latihan

1.1 Program Latihan MAKPEM bagi kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dikalangan kakitangan dan sukarelawan pertubuhan-pertubuhan sukarela adalah bertujuan meningkatkan keupayaan dan kapasiti mereka supaya mereka dapat memberi perkhidmatan yang berkesan dan relevan kepada klien-klien pertubuhan mereka.

1.2 Pendekatan latihan yang dijalankan termasuklah ceramah-ceramah dalam bilik kuliah, lawatan-lawatan ke Institusi yang berkaitan dan menjalani kerja-kerja amal di mana perlu.

1.3 Sambutan dari kakitangan dan sukarelawan pertubuhan-pertubuhan sukarela untuk mengikuti kursus-kursus anjuran MAKPEM adalah sangat menggalakkan.

1.4 Disebabkan kekurangan peruntukan dalam tempoh Januari hingga 30 Jun, 2013 MAKPEM dapat mengendalikan sebanyak 8 kursus seperti berikut :

Laporan Pelaksanaan Program Latihan Bagi Tempoh 01.01.2013 hingga 30.06.2013

Bil. Jenis Kursus Tarikh KursusBilangan Peserta

1.Kursus Pengurusan PerubahanModul 4 OUM – Kohort VI

14-18.01.2013 29

2. Program Latihan SEKATA Outreach – Edisi Ibu Bapa 19.01.2013 90

3.Kursus Komunikasi InterpersonalModul 5 OUM – Kohort VI

18-22.02.2013 27

4. Program Latihan SEKATA Outreach – Edisi Remaja 09.03.2013 21

5.Kursus Pengurusan StressModul 6 OUM – Kohort VI

18-22.03.2013 31

6.Kursus Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Bawah Umur 4 Tahun – Bahagian I

22-26.04.2013 28

7.Kursus Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Bawah Umur 4 Tahun – Bahagian II

13-17.05.2013 28

8.Kursus Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Bawah Umur 4 Tahun – Bahagian III

17-21.06.2013 28

Jumlah : 282

Laporan Bahagian Latihan MAKPEM

12

Y.H. Dato’ Haji Halim, Presiden MAKPEMmenyampaikan sijil kepada peserta kursus.

Tuan Haji Zainal Abidin bin Md. Alias,Setiausaha Agung Kehormat MAKPEM

menyampaikan sijil kepada peserta kursus.

The Revd. Canon Samuel D. John,Bendahari Agung Kehormat MAKPEM

menyampaikan sijil kepada peserta kursus.

Di antara para peserta yang hadir semasa Program SEKATA – Edisi Ibu Bapa.

Tuan Haji Hitam bin Chik,Ketua Pegawai Eksekutif MAKPEM

menyampaikan sijil kepada peserta kursus.

Pegawai dan para peserta Kohort VI bergambar kenangan.

13

MAJLIS KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS(State Council of Social Welfare Perlis)

1MILLION WOMEN PURPLE WALK Pada 17 Mac 2013 Bertempat Di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar Dirasmikan Oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Md. Isa bin Sabu Menteri Besar Perlis

AKTIVITI AHLI-AHLI GABUNGAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLISKALI KE – 22 Pada 23 Mac 2013 Bertempat Di Hotel Seri Malaysia, Kangar Perlis Dirasmikan Oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Md. Isa bin Sabu Menteri Besar Perlis

14

PROGRAM GEMPUR KARISMA DAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KHIDMAT BANTUAN DI RUMAH PERINGKAT NEGERI PERLIS Pada 24 April 2013 Bertempat Di Padang Semarak, Kg Seberang Ramai Kuala PerlisDirasmikan Oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Md. Isa bin Sabu Menteri Besar Perlis

MAJLIS JAMUAN TEH KASIH RAKYAT MENJUNJUNG DAULAT SEMPENA ULANGTAHUN KEPUTERAAN DYMM TUANKU RAJA PERLIS YANG KE – 70 Pada 19 Mei 2013 Bertempat Di Medan Niaga Bukit Keteri, Beseri PerlisPerasmian Disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis

15

MAJLIS PEMULIHAN MALAYSIA(Malaysian Council for Rehabilitation)

1. INCHEON STRATEGY 2013 – 2022: A NEW DECADE FOR PERSONS WITH DISABILITIES IN MALAYSIA CONFERENCE

Majlis Pemulihan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Kelaurga dan Masyarakat menganjurkan persidangan tersebut pada 1 dan 2 Julai 2013 bertempat di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur.

Tema persidangan ialah ‘Make the Right Real’. Objektif utama persidangan ini ialah untuk menyebarkan mengenai Incheon Strategy kepada semua pihak, terutamanya kepada pihak yang terlibat dalam pembangunan orang kurang upaya (OKU) di Malaysia dan juga untuk membuat rekomendasi kepada kerajaan mengenai pelaksanaan Incheon Strategy.

The High-level Intergovernmental Meeting (yang diadakan pada 29 Oktober hingga 2 November 2012; yang menandakan tamat Asian and Pacific Decade of Disabled Persons, 2003 – 2012 yang kedua) telah menerima ‘Ministerial Declaration on the Asian and Pacific Decade of Persons with Disabilities, 2013–2022’; dan juga ‘Incheon Strategy to “Make the Right Real” for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific’.

Strategi ini memberikan kawasan Asia dan Pasifik, dan dunia, sebuah set pertama matlamat pembangunan yang inklusif-ketidakupayaan. Ia dibentuk berpandunkan ‘Convention on the Rights of Persons with Disabilities’, dan ‘Biwako Millennium Framework for Action’, dan juga ‘Biwako Plus Five towards an Inclusive, Barrier-free and Rights-based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific’.

Incheon Strategy mengandungi 10 matlamat, 27 sasaran dan 62 petunjuk.

Walaupun terdapat pelbagai inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dan juga stakeholder yang lain, masih terdapat pelbagai jurang dan cabaran yang perlu ditangani bagi memastikan OKU di Malaysia mempunyai hak kepada akses yang sama kepada peluang ekonomi dan sosial serta penyertaan politik dan semua aspek kehidupan yang lain.

Bagi merealisasikan strategi baru ini, adalah perlu untuk semua pihak yang terlibat dalam pembangunan OKU dan OKU sendiri memahami strategi ini dan sekaligu membolehkan mereka merangka tindakan dan melaksanakan strategi itu di Malaysia.

2. BENGKEL MERANGKA DASAR PIAWAIAN AMALAN DALAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Tujuan bengkel ini ialah untuk merangka piawaian amalan bagi penambah-baikan pusat pemulihan dalam komuniti di Malaysia. Ia diadakan pada 11 hingga 13 Mac 2013, bertempat di Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM).

16

MAJLIS PEMBANGUNAN MASYARAKAT NEGERI PERAK(State Council of Social Development Perak)

MAJLIS KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR(State Council of Social Welfare Johore)

Mesyuarat Agung MPMNP Kali Ke - 7 di Hotel Impiana Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali yang ke - 7 pada 30 Mei 2013, jam 3.00 petang di Hotel Impiana Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Hajjah Rusnah binti Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional Negeri Perak, merangkap Yang Dipertua Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak Darul Ridzuan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Bahagia Dato’ Chong Phaik Kee, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Yang Berusaha Puan Amirthavalli a/p Mutiah, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Negeri Perak, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak.

Program Pencegahan Jenayah Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA)

Satu Majlis Perlaksanaan Program Pencegahan Jenayah Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA) anjuran bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (LPPKN) dan Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Johor yang telah diadakan pada 22 April 2013 hingga 24 April 2013 di Hotel AmanSari City Centre, Johor Bahru.

Sasaran Program adalah untuk golongan remaja dan ibu bapa menjurus kepada kesedaran dan tanggungjawab pencegahan dan membenteras jenayah demi keselamatan yang dihadiri oleh seramai 36 orang remaja dan 36 orang ibu bapa.

Majlis penutup serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah, LPPKN Johor.

17

1. PERHIMPUNAN RAKSASA: GEMA PATRIOTIK

Kuala Lumpur: 28 April 2013. Untuk memenuhi niat dan hasrat YAB Timbalan Perdana Menteri untuk bertemu muka dengan veteran tentera maka PBTM telah menganjurkan satu perhimpunan khas “Perhimpunan Raksasa: Gema Patriotik” bersama YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memenuhi niat dan hasrat di Dewan Merdeka PWTC pada 28 April 2013. Seramai 5,000 orang veteran tentera telah dijemput hadir tetapi tanpa diduga seramai 7,560 veteran tentera telah membajiri Dewan Merdeka untuk bertemu dengan pemimpin yang mereka sanjungi dan sayangi bagi menzahirkan sokongan padu terhadap Kerajaan sedia ada. YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan ucapan untuk menyuntik semangat perjuangan kepada veteran tentera di mana mendapat sambutan begitu hangat sekali dari semua veteran yang hadir. Semasa perhimpunan itu juga Pak Nuri Angkasa merupakan seorang veteran telah mendeklimasikan sajak patriotik untuk mengingatkan perjuangan dan sumpah satria bekas pejuang negara. Sempena dengan itu tiupan “Last Post” dan “Rouse” telah dimainkan yang benar-benar telah menaikkan semangat patriotik semua yang hadir.

2. 26TH VECONAC EXECUTIVE BOARD MEETING Kuala Lumpur: 10-13 Mei 2013. PBTM telah mengambilalih tanggungjawab Sekretariat Tetap Veteran Confederation of ASEAN Countires (VECONAC) bagi jangkamasa dua tahun setengah di mana buat masa ini Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar Haji Mohd Nor (B) sebagai Presiden VECONAC, Lt. Kol. Tajul Ariffin Chu Johari (B) sebagai Setiausaha Agung VECONAC dan Kol. Haji Meor Omar Baki bin Abdul Latiph (B) sebagai Bendahari Agung VECONAC manakala Kapt. Sharuddin bin Haji Omar (B) telah dilantik sebagai Naib Presiden VECONAC mewakili Malaysia. Ekoran dari 14th VECONAC General Assembly yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan September 2012, satu mesyuarat Majlis Eksekutif VECONAC telah diadakan pada 10-13 Mei 2013 di The Royale Chulan Kuala Lumpur di mana semua Negara ASEAN telah menghantar perwakilan dan pemerhati. Mesyuarat telah berjalan lancar dan sempurna sehingga mendapat pujian dari semua perwakilan dan pemerhati dari luar negara. Berkesempatan itu para pewakilan dan pemerhati luar negara telah dibawa melawat Pusat Kraftangan Malaysia, Menara KL, Selangor Pewter dan Pasar Seni.

PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA(Ex-Services Association of Malaysia)

YAB Timbalan Perdana Menteri sungguh bersemangat sekali apabila menerima tepukan

gemuruh dari veteran tentera menandakan sokongan mereka terhadap Kerajaan.

Semua Ketua Deligasi memberi hormat apabila bendera negara-negara peserta diarak masuk

ke dewan.

Sebahagian daripada veteran yang telah membanjiri Dewan Merdeka PWTC untuk bersama YAB Timbalan Perdana Menteri.

Y. Bhg. Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera selaku Tetamu

Kehormat yang merealisasikan Majlis Perasmian diperkenalkan kepada Ketua Deligasi dari

Negara ASEAN.

YAB Timbalan Perdana Menteri bergambar ramai dengan Ahli Majlis Tertinggi (JKKT) PBTM

mengambil sempena perhimpunan tersebut.

Mesyuarat Majlis Executive sedang berlangsung di mana berhasil mengadakan tiga Resolusi untuk dibawa ke 15th VECONAC General

Assembly di Negara Kemboja pada tahun hadapan.

18

3. KUNJUNGAN EXCO PBTM KE PEJABAT TIMBALAN PERDANA MENTERI

Putrajaya: 2 April 2013. Exco PBTM mengandungi 8 orang terdiri dari Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Haji Mohd Nor (B) (Presiden), Kapt. Sharuddin bin Haji Omar (B) (Timb. Presiden), Mej. Sazali bin Haji Ismail (B) (Naib Presiden I), Brig. Jen. Dato’ Haji Muslim bin Yusof (B) (Naib Presiden II), Lt. Kdr. Haji Jayah bin Haji Said TLDM (B) (Naib Presiden III), Lt. Kol. Tajul Ariffin Chu Johari (B) (Setiausaha Agung), Dato’ Rosle bin Jaamat (Ketua Penerangan) dan Kol. Haji Meor Omar Baki bin Abdul Latiph (B) (Bendahari Kehormat) telah melakukan kunjungan hormat terhadap YAB Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2 April 2013. Presiden PBTM menggunakan kesempatan tersebut untuk menerangkan strategi dan hala tuju PBTM untuk kekal relevan dan terus maju kehadapan. Presiden PBTM juga sempat mengemukakan masalah sejagat yang dihadapi oleh veteran tentera secara menyeluruh yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak termasuk Kerajaan.

Perbincangan dua hala mengenai hala tuju PBTM dan masalah sejagat yang dihadapi oleh veteran tentera.

Kelihatan Presiden PBTM menyampaikan cenderahati tanda penghargan kepada YB Timbalan Menteri Pertahanan sempena

kunjungan hormat tersebut.

19

Capacity Building Workshop, 1-2 Februari 2013 Capacity Building Workshop, merupakan interaktif seminar yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman kepada pekerja Kesihatan Mental. Diadakan di Vivatel Kuala Lumpur.

Sambutan Tahun Baru Cina pada 18 Februari 2013 Jamuan sambutan tahun baru cina ini adalah di taja oleh bekas presiden MMHA, Encik See Cheng Siang. Seramai 100 orang telah menghadiri jamuan ini termasuk klien dan penjaga, bekas klien dan penjaga, sukarelawan, kakitangan dan pihak pengurusan MMHA. Majlis ini juga diadakan untuk perasmian D’Light Half Way Home yang telah dibuka untuk penghuni pada 3 Disember 2012.

Program Family Link pada 18 April 2013 Program pendidikan keluarga ini telah dijalankan di dalam bahasa Mandarin dan telah disertai oleh 23 peserta. Pengisian program adalah memahami penyakit mental, rawatan dan kesan ubatan, pengurusan krisis dan penjagaan diri (penjaga).

Sesi Pengurusan Pelbagai Kecederaan, 4-5 Mac 2013 Sesi ini dianjurkan khas untuk klien bertempat di MMHA, yang mana diberi panduan bagaimana menguruskan sesuatu kecederaan. Seramai 18 orang telah menyertai dan mencuba beberapa kaedah yang telah ditunjukkan. Encik Mohan Citran dari Hospital Klang merupakan tenaga pengajar dengan dibantu beberapa sukarelawan dan kakitangan MMHA.

Forum Penjagaan Kesihatan Mental dan Hak-hak Pesakit Mental di Malaysia Pada 16 Mei 2013, Presiden MMHA, Datin Dr. Ang Kim Teng telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam menangani isu kesihatan mental dan cabaran-cabaran yang di lalui sebagai NGO yang menyediakan program pemulihan kepada pesakit mental. Lebih 60 peserta dari pelbagai institut termasuk para peguam telah hadir. Manakala pihak BAR Council telah berkongsi mengenai akta dan undang-undang yang menjaga kebajikan pesakit.

PERSATUAN KESIHATAN MENTAL MALAYSIA(Malaysian Mental Health Association)

20

UTUSAN MALAYSIA : 04.06.2013

Perluas taska di tempat kerja.

Fees up!

Keratan Akhbar