PERUTUSAN PENGARAH - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 2_2017.pdf ·...
Transcript of PERUTUSAN PENGARAH - hdok.moh.gov.myhdok.moh.gov.my/uploads/buletin/THE DUCHESS EDISI 2_2017.pdf ·...
1
Salam Sejahtera
Tahniah kepada The Duchess- Where Health Matters dengan keluaran edisi ke-2 tahun 2017
yang memaparkan aktiviti sepanjang bulan Mei hingga Ogos. Aktiviti yang dijalankan sentiasa
berpaksikan kepada elemen budaya korporat KKM iaitu "Masyarakat Penyayang,
Profesionalisma dan Kerja Berpasukan".
Saya amat bangga dengan komitmen daripada semua kakitangan dan penglibatan serta
sokongan daripada masyarakat di dalam aktiviti anjuran hospital. Antara tugas utama pihak
hospital adalah memberi pendedahan kesedaran tentang kesihatan dan penyakit kepada
kakitangan dan juga orang awam.
Pengetahuan dan kemahiran klinikal yang terkini diperolehi melalui aktiviti kursus, bengkel,
ceramah dan penglibatan secara langsung dalam audit klinikal dan aktiviti kualiti yang
berterusan.
Semoga semua pembaca buletin mendapat inspirasi daripada aktiviti yang dijalankan di
hospital dan juga di luar dan terus memberi dorongan kepada semua untuk terus maju ke arah
kecemerlangan perkhidmatan.
PERUTUSAN PENGARAH
Dr. Francis Paul Pengarah Hospital
Hospital Duchess of Kent Sandakan
Sidang Redaksi
Penasihat :
Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital
Penasihat Pengarang :
Dr. Paul Chan Hong Kit, Timbalan Pengarah Hospital
Ketua Pengarang :
Encik Zaini bin Morshidi, Ketua Unit Komunikasi Korporat
Pengarang :
Unit Komunikasi Korporat, Hospital Duchess of Kent
Sumbangan Bahan/Gambar :
Semua Jabatan/ Unit HDOK
Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia YBhg Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah telah
mengadakan lawatan ke Hospital Duchess of Kent
Sandakan pada 6 Mei 2017. Rombongan Ketua Pengarah
turut diiringi oleh YBhg Datuk Dr. Christina Rundi,
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan juga Timbalan-
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.
Dalam majlis Santai Bersama Ketua Pengarah Kesihatan,
YBhg Datuk Dr. Noor Hisham telah membentangkan tajuk
Transformasi Nasional 2050 (TN50) terutama berkenaan
peranan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Majlis tersebut telah dihadiri seramai 50 orang yang terdiri
daripada Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital, Dr. Paul
Chan Hong Kit, Timbalan Pengarah, ketua-ketua jabatan
dan unit serta barisan pakar.
2
3
Unit Promosi Kesihatan, Hospital Duchess of Kent Sandakan telah berjaya menganjurkan Kursus Cara
Hidup Sihat yang merupakan salah satu daripada Program Intervensi dan julung kali dianjurkan oleh Unit
Promosi Kesihatan. Kursus ini telah diadakan pada 17 Mei 2017. Kursus ini memfokuskan peserta yang
mempunyai berat badan berlebihan (obesity), pre-obesity dan kakitangan yang berminat mengekalkan
berat badan unggul. Dalam kursus ini, para peserta telah diberi bimbingan mengenai pemakanan sihat,
minda positif, penyakit-penyakit tidak berjangkit disebabkan oleh obesiti dan aktiviti fizikal. Objektif utama
kursus ini adalah bertujuan :
i. Memastikan para peserta mempunyai pendedahan khusus mengenai penjagaan berat badan yang
lebih ideal.
ii. Mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit yang disebabkan masalah berat badan yang tidak ideal
seperti Diabetes, Hipertensi, penyakit jantung, sleep apnea, dan sebagainya.
iii. Mengelakkan peserta daripada terus mengamalkan cara hidup yang sedenteri (tidak aktif/tidak
melakukan aktiviti fizikal).
5
Unit Hal Ehwal Islam dan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sandakan (PERKIPS) Hospital Duchess
of Kent Sandakan telah menganjurkan pelbagai aktiviti mulai Mei hingga Ogos 2017. Antara aktiviti yang
telah dianjurkan Majlis Tilawah Al-Quran dan Bicara Fiqh Medik pada 13 Mei 2017 dengan kerjasama
Kolej Kejururawatan Sandakan.
Pada Bulan Jun pula aktiviti semakin giat dijalankan lebih-lebih lagi umat Islam menyambut bulan
Ramadan. Aktiviti yang dilaksanakan seperti tazkirah Ramadan daripada AMAN Palestin, majlis berbuka
puasa yang diadakan sepanjang bulan Ramadan, program bubur lambuk untuk diedarkan kepada
kakitangan hospital. Selain itu, telah diadakan juga penyampaian sumbangan Ramadan kepada
kakitangan hospital yang mendapat kerjasama daripada UMNO bahagian Libaran. Program Bicara Soal
Hati telah diadakan pada 19 Ogos 2017.
4
12 Mei 2017 merupakan sambutan Hari Jururawat Sedunia
iaitu bagi menghargai jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh
para jururawat. Unit Kejururawatan Hospital Duchess of Kent
Sandakan tidak ketinggalan dalam meraikan Hari Jururawat
Sedunia Peringkat Hospital. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan dalam memeriahkan sambutan Hari
Jururawat Sedunia.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia, Seminar Kejururawatan
serta Kempen Derma Darah. Unit Kejururawatan melalui Unit Kawalan Infeksi telah mengadakan Hand
Hygiene Run bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Hospital Duchess of
Kent Sandakan yang disertai lebih 500 orang.
6 5
Kakitangan Wad Perubatan Perempuan tidak melepaskan
peluang untuk mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang Mei
hingga Ogos 2017. Walaupun sibuk dalam tugas tetapi tidak
menghalang kakitangan untuk mengadakan aktiviti terutama
dalam meraikan kakitangan yang berpindah.
Selain itu, Wad Perubatan Perempuan juga turut menerima
lawatan amal daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi
meringan beban pesakit. Kakitangan juga turut bersama dengan
pihak Sedafiat untuk mengadakan gotong-royong terutama
dalam menceriakan wad sebelum audit semula EKSA.
6
8
AKTIVITI UNIT KEJURURAWATAN
Unit Kejururawatan Hospital Duchess of Kent Sandakan
sering mengadakan pelbagai aktiviti terutama dalam
menaikkan prestasi kejururawatan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Kursus Nursing
Research bil.1/2017, Kursus Nursing Audit bil.2/2017,
Kursus Medication Safety bil.2/2017, Kursus Nursing
Documentation bil.2/2017, Kursus Pementoran
bil.2/2017 dan Kursus Quality Initiatives Improvement
bil.2/2017. Pelbagai kategori jururawat telah menjadi
peserta kursus tersebut. Selain untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan dalam kejururawatan, hubungan di
antara anggota juga dapat disatukan dan dikekalkan.
Selain itu, Unit Kejururawatan sentiasa menyokong
serta mengambil bahagian untuk pelbagai aktiviti yang
dianjurkan di peringkat hospital seperti Injection Run,
Sapphire Night Run dan banyak lagi.
7
5
Jabatan Farmasi Hospital Duchess of Kent Sandakan tidak
ketinggalan dalam menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memastikan
kakitangan untuk terus maju ke hadapan. Antara aktiviti yang telah
diadakan sepanjang bulan Mei hingga Ogos ialah Bengkel Therapeutic
Drug Monitoring (TDM) Zon Sandakan 2017, TOT Kenali Ubat Anda
Zon Sandakan 2017, Pameran Farmasi sempena Hari Terbuka Jabatan
Kecemasan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Jabatan Farmasi telah terpilih sebagai Top-5 calon pemenang dalam
Anugerah Khas iaitu Anugerah Pengurusan Penggunaan Ubat Secara
Optimum sempena Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi 2017.
Audit yang dilakukan oleh Panel dan pasukan auditor daripada
Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah berlangsung pada 5 Julai 2017
yang lepas.
Keputusan penilaian tersebut, Jabatan Farmasi berjaya menjadi Naib
Johan daripada keseluruhan hospital negeri dan berpakar yang
menyertai pertandingan tersebut.
AKTIVITI JABATAN FARMASI
8
5
Wad Paliatif atau PCU pada tahun 2017 telah memulakan
langkah dengan menjayakan aktiviti bagi peringkat PCU.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan antaranya Sambutan
Hari Jururawat Sedunia bagi kakitangan PCU, Rumah
Terbuka Hari Raya Aidilfitri, majlis perpisahan kakitangan
serta mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia. Walaupun mempunyai bilangan keanggotaan yang
kecil tetapi Wad Paliatif mampu untuk menganjurkan pelbagai
aktiviti dari bulan Mei hingga Ogos.
9
Jabatan Rekod Perubatan dan Dokumentasi telah
mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 18 Julai
2017 yang turut dihadiri oleh Pengarah Hospital Dr.
Francis Paul dan kakitangan hospital.
Selain itu, aktiviti lain yang diadakan telah
mengadakan program gotong-royong bersama pelatih
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi
melancarkan proses perpindahan RPP dari stor HDU
lama yang akan diambil alih oleh Jabatan Radiologi.
Jabatan Rekod juga tidak ketinggalan dalam audit
Pensijilan Semula EKSA serta mendapat pujian
daripada pihak MAMPU Cawangan Sabah kerana
mempunyai sistem Temujanji Pesakit yang boleh
mengurangkan masa untuk mencari fail pesakit.
10
12
Jawatankuasa Penerapan Budaya Korporat Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan
Kursus Penerapan Budaya Korporat Bil 2/2017 pada 14-15 Ogos 2017. Kursus kali ini dikhaskan kepada
Ketua Jabatan dan Ketua Unit bagi menerapkan semula budaya korporat di kalangan ketua. Kursus kali
ini disertai oleh 55 orang yang terdiri dari Pakar, Pegawai Perubatan serta Pegawai Klinikal dan Bukan
Klinikal.
Kursus yang bertemakan “Pemimpin Cemerlang‟ Organisasi Gemilang” menekankan berapa aspek
ceramah dan aktiviti khas untuk pemimpin. Antara ceramah yang disampaikan Budaya Korporat
Tanggungjawab Penyelia, Emotional Quotient., A.Comm seorang Penyelia, Keterampilan Diri dan
Ceramah khas Integriti disampaikan oleh Pegawai SPRM. Selain itu, aktiviti kumpulan ialah Who Move
My Chess, 1 Suara 1 Matlamat, Mana Mungkin dan Ikatan Organisasi.
11
12
Jabatan Otorinolaringologi (ENT) Hospital Duches of Kent Sandakan
telah menganjurkan Tracheostomy Care Workshop pada 18 Mei 2017
di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan program ini dilaksanakan adalah
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menangani
pesakit-pesakit ENT yang menggunakan tiub Trakeostomi,
meningkatkan kesedaran tentang penjagaan tiub Trakeostomi dan
menangani masalah kes-kes kecemasan yang melibatkan tiub
Trakeostomi.
Seramai 40 orang peserta iaitu pegawai perubatan dan paramedik
telah mengikuti kursus telah mengikuti bengkel ini melibatkan
kakitangan HDOK sendiri dan juga dari luar HDOK.
Antara aktiviti yang dijalankan selain daripada ceramah adalah aktiviti
“hands-on” dan VIVA agar semua peserta dapat mencapai matlamat
bengkel yang diadakan pada hari tersebut.
Jabatan Oftalmologi turut mengadakan pelbagai aktiviti bermula Mei hingga Ogos 2017. Kebanyakan
aktiviti yang diadakan berupa khidmat masyarakat bagi membantu golongan yang kurang berupaya.
Antaranya ialah pemeriksaan saringan penglihatan. Pemeriksaan ini dijalankan di auditorium Hotel
Borneo Cove, Sandakan. Seramai 91 orang telah disaring sepanjang program ini dengan melibatkan 12
kakitangan Jabatan Oftalmologi termasuk dua orang pegawai perubatan.
Di samping itu turut diadakan Pemeriksaan mata yang melibatkan seekor orang utan (jantan), berusia
sekitar awal 30 tahun. Hasil pemeriksaan mendapati orang utan tersebut telah kehilangan sebelah mata
kiri (anophthalmia) akibat daripada pergaduhan atau tercucuk benda tajam.
Program lain yang dijalankan ialah Program Katarak 1M anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan
kerjasama Jabatan Oftalmologi Hospital Lahad Datu pada 27 hingga 30 Julai 2017 yang melibatkan 52
pesakit.
14 13
Jabatan O&G Hospital Duchess of Kent (HDOK) dengan kerjasama Jabatan O&G Hospital Wanita dan
Kanak-kanak Sabah (HWKKS) telah menganjurkan kursus CTG dan Partogram Update dan Midwifery
Update bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan mengenai pengendalian CTG
(Cardiotocograph) dan partogram di wad bersalin. Peserta yang hadir telah diberikan pendedahan
secara mendalam mengenai teknik interpretasi CTG yang betul dan langkah-langkah yang perlu
diambil jika berhadapan dengan CTG abnormal. Selain itu, tatacara yang betul mengenai dokumentasi
partogram dalam fasa aktif bersalin dan juga pendedahan mengenai abnormal labour telah diberikan.
Kursus yang dijalankan selama dua hari ini telah disertai oleh 79 peserta, terdiri daripada 31 orang
pegawai perubatan 13 orang pegawai perubatan siswazah dan 35 orang jururawat dari bahagian
hospital dan juga klinik kesihatan zon pantai timur Sabah ( Hospital Daerah dan Klinik Kesihatan
Daerah Sandakan, Beluran , Kinabatangan, Tawau, Semporna dan Lahad Datu ).
Antara tajuk ceramah adalah principles and limitation of CTG, pathophysiology of fetal oxygenation,
electronic fetal monitoring (interpretation and management), CTG practice makes perfect, fetal acid
base balance, fetal blood sampling dan fetal lactate, medicolegal aspects of CTG, partograph-an
overview and plotting the partograph dan partogram practices makes perfect.
Midwifery update pula adalah introduction to Sabah Obstetric Shared Care Guideline,
thromboprophylaxis, updates on diabetes mellitus in pregnancy, updates on hypertension in
pregnancy, updates on postpartum haemorrhage (PPH), updates on anemia in pregnancy and patient
blood management and the importance of pre-pregnancy care.
14
16
Jabatan Anestesiologi dan Jabatan Kecemasan telah
menganjurkan Kursus ALS pada 17 hingga 18 Julai
2017. Kursus ini dikendalikan oleh Pakar-Pakar dan
Pegawai Perubatan dari Jabatan Anestesia dan Jabatan
Kecemasan. Seramai 17 orang peserta terdiri dari 11
Pegawai Perubatan, tiga Pegawai Perubatan Siswazah,
seorang Jururawat Terlatih dan dua Penolong Pegawai
Perubatan. Peserta yang menghadiri kursus ini bertugas
di Jabatan Kecemasan, Anestesiologi, O&G, Orthopedik
dan Pembedahan.
Antara topik ceramah yang telah disampaikan ialah
berkenaan Airway Management, Drugs use in
Resuscitation, Algorithm dan juga sesi latihan praktikal;
i. Airway ii. Defibrillation iii. ECG Recognition iv.
Megacode.
15
5
Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi, Hospital Duchess of
Kent (HDOK) telah mengadakan bengkel „Airway Management‟ pada 15
Ogos 2017. Bengkel telah diadakan dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang.
Objektif bengkel adalah untuk memberi pendedahan asas berkenaan
dengan pengurusan pernafasan di dalam hospital serta memberi
peluang kepada peserta untuk latihan praktikal „hands-on‟ semasa
bengkel dijalankan.
Pengurusan saluran pernafasan adalah salah satu kemahiran yang
perlu ada bagi setiap pegawai perubatan dan anggota sokongan.
Kegagalan bagi memastikan saluran pernafasan lancar adalah amat
serius kerana boleh menyebabkan kerosakan otak. Justeru itu,
pengurusan saluran pernafasan yang baik, bermula dari pengesanan
awal, perancangan, pengenalan kepada alat-alat intubasi dan
kemahiran menggunakan alat-alat tersebut.
Seramai 55 peserta dari jabatan-jabatan dalam HDOK dan dari daerah
pantai Timur Sabah (Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Tongod dan
Telupid) telah menyertai bengkel tersebut. Peserta terdiri dari Pegawai
Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat U29/U32.
BENGKEL ‘AIRWAY MANAGEMENT’
16
Jabatan Otorinolaringologi (ENT) Hospital Duches of Kent Sandakan
pada Mei hingga Ogos telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti
terutama dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat serta
aktiviti yang merapatkan hubungan silaturahim antara pegawai dan
kakitangan ENT.
Jabatan ENT telah mendapat jemputan daripada Persatuan Wanita
Cina Sandakan untuk menjalankan Pemeriksaan ENT dalam program
Pemeriksaan Sakit Puan. Selain itu, mengadakan Sambutan Hari Raya
Aidilfitri 2017.
Jabatan Otorinolaringologi telah menganjurkan Transborneo ENT
Updates 2017 yang merupakan acara tahunan di hospital kerajaan di
Sabah dan Sarawak. Pada tahun ini, Jabatan ENT Hospital Duchess of
Kent Sandakan telah dipilih untuk menganjurkan acara ini yang
melibatkan Pakar-pakar Perubatan, Pegawai Perubatan (MO),
Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat yang bertugas di Jabatan
ENT dan ia juga terbuka kepada semua anggota hospital kerajaan di
Sabah dan Sarawak.
Di samping itu turut diadakan aktiviti riadah excursion to
Kinabatangan river serta night walk in Bilit dan mengadakan lawatan
ke Sepilok orang utan. Jabatan ENT telah mendapat jemputan
daripada Klinik Kesihatan Sandakan untuk menjalankan Pemeriksaan
telinga dan ujian saringan pendengaran dalam program Kem Diabetes
2017 sempena Hari Diabetes Sedunia.
17
Klinik Pakar Perubatan dan Kanak-Kanak (MOPD) Hospital Duchess of Kent
Sandakan tidak ketinggalan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang
melibatkan semua pegawai dan kakitangan. Antara aktiviti yang diadakan
adalah majlis meraikan perpindahan pegawai dan kakitangan.
Selain itu, juga diadakan gotong royong untuk persediaan pensijilan
Semula EKSA MAMPU. MOPD juga turut memberi pendidikan kepada
pesakit-pesakit kencing manis.
19 18
20
Jabatan Surgeri Hospital Duchess of Kent Sandakan tahun ini telah banyak menganjurkan pelbagai aktiviti
terutama dalam mengadakan kempen kesedaran untuk orang awam. Antara aktiviti diadakan seperti
Bengkel Pengurusan Luka "wound care made simple“ yang bertujuan berkongsi informasi tentang
woundcare bersama jururawat dan pembantu pegawai perubatan yang bertugas di sekitar kawasan
Kinabatangan dan juga Workshop dressing bersama pesakit.
Di samping itu juga turut diadakan juga Program Saringan Usus Besar di Pejabat Kesihatan Kinabatangan
dan juga di Klinik Kesihatan Tongod. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat di kalangan
orang awam di sekitar Tongod dan Kinabatangan.
Kempen Kesedaran Usus Besar Peringkat Zon Sandakan telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Christina
Rundi, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah yang turut dihadiri oleh Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital
Duchess of Kent , Mr Lai Chung Ket, Pakar Surgeri, Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta orang
awam.
19
20
Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) telah
dijemput untuk menghadiri dan membuat aktiviti promosi termasuk
pameran dan demonstrasi pada 6 Mei 2017.
Hampir 200 pengunjung wanita bangsa cina Sandakan telah
menyertai program kesihatan ini. Aktiviti demonstrasi tradisional
malay massage dan akupuntur TCM HDOK telah mendapat
sambutan yang hangat. Seramai 62 orang telah berdaftar di tapak
pameran TCM dan di antaranya 49 orang dari kalangan mereka telah
dirujuk ke unit TCM HDOK untuk mendapat rawatan yang lengkap.
Kelebihan dalam aktiviti promosi pada kali ini adalah
memperkenalkan dan mengalakkan warga wanita berbangsa cina
untuk mendapatkan rawatan tradisional yang telah berdaftar di
bawa BPTK, KKM supaya sebarang kesan sampingan daripada
rawatan tradisional ini dapat dipantau.
21
Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital
Duchess of Kent Sandakan telah menganjurkan
Kursus Intervensi Krisis Dan Ibu Tanpa Nikah pada
7 September 2017 bertempat di Dewan Selingan.
Objektif program ini adalah yang untuk menambahkan
ilmu dan info-info semasa mengenai isu-isu dan krisis
yang berlaku kepada gologan kanak-kanak, wanita
dan warga emas seperti penderaan fizikal, emosi,
keganasan rumahtangga,dan lebih fokusnya adalah
terhadap isu ibu tanpa nikah yang di rujuk ke Jabatan
Kerja Sosial Perubatan HDOK.
Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
MAMPU telah diadakan pada 2 hingga 3 Ogos 2017 selepas selepas
tempoh tamat pada Julai 2017.
Pensijilan semula telah dimulai dengan taklimat EKSA oleh Dr. Paul
Chan Hong Kit, Penyelaras EKSA serta ucapan pembukaan audit
oleh Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital.
Pengauditan semula melibatkan Zon EKSA HDOK yang terbahagi
kepada Zon Berlian, Zamrud dan Delima. Audit MAMPU diketuai
oleh Timbalan Pengarah MAMPU Cawangan Sabah dan dua
pegawai.
22
24
Pada tahun 2017 Hospital Duchess of Kent Sandakan sekali lagi mengadakan Rumah Terbuka sempena
Hari Raya Aidilfitri 1438H. Sambutan kali ini dilaksanakan secara berbeza berbanding tahun sebelum ini.
Sambutan kali ini diadakan di pada 22 Julai 2017 bertempat di Dewan Selingan bermula jam 7.00 malam.
Seramai 800 orang yang hadir memeriahkan rumah terbuka ini. Program ini adalah anjuran Hospital
Duchess of Kent dengan kerjasama PERKIPS. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Francis Paul, Pengarah
Hospital yang turut dihadiri oleh Dr. Paul Chan Hong Kit, Timbalan Pengarah Hospital serta ketua-ketua
jabatan, unit dan kakitangan serta keluarga. Pelbagai aktiviti di jalankan seperti pertandingan
menganyam ketupat, pertandingan memakai samping, nyanyian lagu raya dan lain-lain lagi.
23
22
IMBASAN KENANGAN
Terbitan :
Unit Komunikasi Korporat
Hospital Duchess of Kent Sandakan