zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan...
Transcript of zanatonmdnoor.files.wordpress.com · Web viewUjian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan...
PENGGUNAAN ELEKTRIK, AIR DAN PENGENDALIAN SISA MAKMAL DI
KOLEJ MARA BANTING (KMB)
Majdiyah Omar @ Wahab, Majdiyah Omar @ Wahab, Suheirfiza Mat Jap, Illey Izyani
Ibrahim, Pasheena A/P Ramathas, Anusia A/P Radakrishnan, Nurul Huda Yazit @ Yajit,
___________________________________________________________________________
ABSTRAK
Kajian kualitatif dijalankan melalui pemerhatian di blok jabatan, pentadbiran, banggunan akademik, makmal dan di sekitar Kolej Mara BAnting (KMB). Selain itu temubual tidak berstruktur kepada Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Kerani Kewangan dan Pembantu Makmal Kanan mengenai penggunaan air, elektrik dan pengendalian sisa kimia turut dijalankan. Temubual dilakukan secara tidak berstruktur yakni secara tidak langsung bersama staf pentadbiran dan makmal. Responden yang ditemubual dipilih secara rawak iaitu seramai 5 orang. Pemerhatian terhadap jenis peralatan yang digunakan, cara penggunaan peralatan dibuat secara rawak pada 1 November – 21 November 2016 di blok pentadbiran, jabatan, bangunan akademik, makmal dan persekitaran KMB. Kemudian, temubual dijalankan secara tidak berstruktur kepada staf yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Dapatan mendapati KMB perlu membayar bil elektrik sebanyak RM424,430.68 pada tahun 2015 dan RM572,099.10 pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan jumlah bil elektrik bagi kedua-dua tahun ini dibayar dengan harga melebihi setengah juta ringgit Malaysia. Hasil temu bual bagi penggunaan air menunjukkan tahap kesedaran tentang kepentingan air dalam kalangan warga Kolej MARA Banting agak merisaukan terutama di kalangan pelajar manakala bagi pengendalian sisa kimia makmal pula tidak dapat dilaksanakan secara sistematik mengikut keperluan perundangan yg sedia ada.
Kata Kunci: Penggunaan air, Pengunaan elektrik, Pengendalian sisa kimia makmal
ABSTRACT
Qualitative study carried out through observations on Department, administration block, banggunan, academic laboratories and around Kolej Mara BAnting (KMB). In addition to unstructured interviews with Assistant Administrative Officer, Senior Financial Clerk and Assistant Senior Laboratory concerning the use of water, electricity and chemical waste handling. Interview done in unstructured which indirectly with administrative staff and laboratory. Respondents interviewed randomly which of five people. Observations on the types of equipment used, how to use equipment made at random on 1st November – 21 November 2016 at the administration block, academic departments, banggunan, laboratory and environmental KMB. Then, interviews carried out in unstructured to relevant staff in order to obtain relevant information. The findings reveal that the KMB has to pay electricity bills amounting to RM424, 430.68 in 2015 and RM572, 099.10 in the year 2016. This shows the total electricity bill for both this year paid a price in excess of half a million Malaysian ringgit. The result of the interview for water use indicate the level of awareness about the importance of water among nationals of Kolej MARA Banting quite troubling, especially among students while for handling chemical laboratory in turn could not be implemented systematically in accordance with the existing legal requirements.
Keywords: Water usage, Electricity usage, Laboratory chemical waste Handling
PENGENALAN
Sumber elektrik dan air merupakan sumber-sumber yang penting dalam system
pengoperasian sesebuah bangunan sama ada bangunan kediaman, pejabat ataupun komersial.
Hal ini adalah kerana operasi di dalam satu-satu bangunan adalah bergantung sepenuhnya
kepada bekalan daripada sumber-sumber ini. Aktiviti pengguna akan tergendala serta
keperluan seharian pengguna turut akan terjejas sekiranya ketiadaan kedua-dua sumber ini.
Walau bagaimanapun, menjadi satu yang membimbangkan pada masa kini apabila
penggunaan sumber secara tidak cekap telah memberikan kesan yang tidak baik kepada alam
sekitar dan manusia. Justeru, pengguna harus diberikan pengetahuan mengenai penggunaan
sumber yang cekap di samping kesedaran mengenai kepentingan penjimatan sumber kerana
usaha sebegini dapat menyelamatkan alam sekitar dan menjimatkan kos iaitu penjimatan bil
penggunaannya. Hakikatnya, dunia pada hari ini juga turur mengahadapi dua cabaran yang
utama mengenai sumber tenaga iaitu tenaga elektrik dan air yang tidak mencukupi, harga
yang mahal serta kesan buruk akibat pembaziran sumber-sumber ini ke atas alam sekitar
(Tuan Pah Rokiah et al. 2013). Sehubungan dengan itu, langkah penjimatan terhadap sumber
tenaga elektrik dan air harus dilakukan dengan segera demi kesejahteraan alam sekitar dan
generasi akan datang.
Selain itu, antara bezanya sesuatu institusi itu berkualiti atau tidak berkualiti adalah
bergantung kepada pengendalian atau pengurusan sisa makmal. Pengurusan sisa kimia
dengan sempurna amat perlu diberi perhatiam sebagai langkah bagi memastikan keselamatan
pengguna terjamin.
Pendedahan pada bahaya bahan-bahan kimia dan suasana tempat kerja yang tidak
bersih adalah penting untuk diberi perhatian. Oleh yang demikian pihak-pihak yang berkaitan
perlu memberi tumpuan pada penjagaan kualiti udara dalaman serta pengurusan bahan kimia
yang lebih sistematik. Ini bukan saja mematuhi keperluan perundangan sedia akan tetapi hal
ini menunjukkan sejauh mana semua pihak komited terhadap tanggungjawab social.
Penambahbaikan terhadap pengurusan sisa kimia sedia ada adalah wajar dan tepat pada masa
kini bagi kebaikan semua termasuk terhadap alam sekitar.
KAJIAN LITERATUR
Dasar Kecekapan Tenaga Dan Langkah Penjimatan Yang Telah Dilaksanakan Di
Malaysia
Sumber tenaga adalah satu keperluan kepada manusia dalam melakukan aktiviti kehidupan
seharian. Kecekapan tenaga bermaksud bagaimana tenaga digunakan dengan bijak tanpa
mengurangkan kualiti output yang dihasilkan. Ketidakcekapan dalam penggunaan elektrik
menyumbang kepada perubahan iklim yang ketara kerana tenaga yang digunakan terhasil
melalui proses pembakaran bahan api fosil. Peningkatan penggunaan tenaga elektrik
berikutan daripada harga barangan elektrik yang murah menyebabkan peningkatan kos hidup
dan kesan kepada alam sekitar. Kajian daripada Penilaian Kitar Hayat (Life Cycle Assessment
– LCA) menunjukkan penggunaan peralatan elektrik dan elektronik telah menyebabkan kadar
perlepasan karbon yang paling tinggi. Maka pengurangan kadar pelepasan karbon atau
carbon footprintadalah bergantung penuh kepada penggunaan tenaga elektrik yang cekap
dan pada masa yang sama tidak menjejaskan keselesaan pengguna (Persatuan Penyelidikan
Air dan Tenaga Malaysia, AWER, 2012).
Penggunaan bahan api untuk menjana tenaga bukan sahaja diperlukan untuk kegunaan
domestik tetapi juga untuk kelangsungan ekonomi dan kemajuan negara. Kemajuan ekonomi
sesebuah negara adalah apabila sesebuah negara itu dapat menggunakan semua sumber yang
ada dengan bijak. Ironinya, apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya apabila
kemajuan yang dicapai dilihat telah membawa kemusnahan kepada alam sekitar.
Roberts dan Lansford (1979) turur berpendapat penggunaan sumber daripada alam
sekitar bagi memacu kemajuan ekonomi seebuah negara kebanyakkannya telah mengundang
kebinasaan dan bencana kerana sistem alam sekitar itu sendiri akan bertindak mengubah
struktur mereka secara semulajadi bagi kemandirian mereka sendiri. Bazerman dan Hoffman
(1999) turut mengkategorikan tiga perlakuan tingkah laku yang memusnahkan alam sekitar
iaitu pertumbuhan populasi manusia, penggunaan sumber alam yang berlebihan serta
pencemaran udara, air dan tanah. Justeru peningkatan taraf dan gaya hidup pada masa kini
turut mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih.
Sehubungan dengan itu, di bawah teras keselamatan bekalan, pengeluaran tenaga
elektrik menggunakan loji janakuasa berasaskan teknologi terkini bagi meningkatkan
kecekapan tenaga telah menjadi suatu keutamaan di Malaysia. Hal ini adalah selaras dengan
objektif bekalan di bawah Dasar Tenaga Negara iaitu memastikan penyediaan tenaga yang
mencukupi, selamat dan menjimatkan melalui kepelbagaian sumber; seperti penggunaan
teknologi supercritical dan ultra supercritical dalam pembakaran arang batu untuk menjana
tenaga elektrik. Penggunaan teknologi yang menggunakan suhu dan tekanan tinggi ini telah
menghasilkan tenaga yang lebih cekap serta sekaligus mengurangkan gas karbon dioksida
yang signifikan (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KeTTHA, 2011). Menurut
Ibrahim (2000), pengurusan alam sekitar yang baik di samping tidak mengabaikannya demi
generasi akan datang perlu dijadikan satu falsafah bagi pembangunan lestari yang mampan.
Pengurusan air yang cekap turut menjadi salah satu proses penting ke arah usaha
memaksimumkan penggunaannya bagi manfaat ekonomi dan sosial secara seimbang tanpa
sesekali menjejaskan keseimbangan ekosistem. Amalan penjimatan air perlu dipraktikkan
demi menyahut amalan bestari yang sekaligus menjaga alam sekitar. Menurut Wahida et al.
(2004) dan Mazaitul Shima et al. (2015), kesedaran terhadap isu- isu alam sekitar dan
kesedaran bahawa alam sekitar perlu dipelihara didapati telah meningkat dalam masyarakat,
akan tetapi penglibatan masyarakat dalam aktiviti pemeliharaan alam sekitar masih
diperingkat rendah.
Selain daripada air boleh diguna semula untuk tujuan domestik seperti mengguna
semula air tadahan hujan untuk tujuan mencuci kereta, sumber air utama turut diberi
perhatian agar sumber air tidak tercemar dan dapat dibekalkan secara maksimum kepada
pengguna. Umumnya, kebersihan air di kawasan sumber air utama berkait rapat dengan
pengurusan pelupusan sisa pepejal atau sisa merbahaya (Zaini et al., 2010). Sistem pelupusan
sisa pepejal yang lemah akan menyebabkan lelehan air mengalir ke dalam sumber air utama
iaitu sungai. Justeru, akta berkaitan dengan pengurusan tapak pelupusan, iaitu Seksyen 34A,
bahagian 18 (b) dan 18 (c) yang menggariskan kepentingan untuk mempunyai sistem
kawalan yang cekap terhadap air lelehan di tapak pelupusan dibentuk. Di bawah Sekatan dan
Pengawalan Pencemaran, Seksyen 25, menyatakan bahan sisa pepejal tidak boleh dibuang ke
dalam sumber air. Hal ini adalah keranan pencemaran air akan menyebabkan negara
mengalami masalah sumber air bersih yang serius.
Amalan pengasingan dan pelupusan sisa makmal turut diambil berat terutama bahan
kimia yang berbahaya. Dalam pengurusan sisa kimia, faktor yang menjadi penghalang adalah
mengenai kos yang tinggi diperlukan bagi pengurusan sisa kimia ini iaitu bermula daripada
kutipan, pengumpulan dan pengangkutan ke tapak pelupusan (Hasnah Ali et al. 2012).
Kegagalan mematuhi jadual pungutan boleh memberi kesan negatif kepada persekitaran serta
boleh mendatangkan penyakit dan mengganggu kesihatan manusia kerana bahan sisa ini
bersifat racun atau toksik.
Selain itu, penggunaan incinerator mampu mengurangkan jumlah sisa merbahaya
sekaligus mampu mengelakkan pencemaran air kerana tiada air lelehan yang akan terhasil
serta tidak memerlukan ruang yang luas (Zaini, 2007).
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama tinjauan ini ialah :
1. Mengenalpasti jumlah penggunaan elekrik dan air di Kolej Mara Banting (KMB).
2. Mengenalpasti kedah pengendalian sisa kimia di Kolej Mara Banting (KMB).
3. Mencadangkan strategi penjimatan penggunaan elektrik, air dan pengendalian sisa
kimia di Kolej Mara Banting (KMB).
KAEDAH KAJIAN
Kaedah tinjauan
Reka Bentuk Tinjauan
Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kualitatif
dilakukan melalui pemerhatian di blok jabatan, pentadbiran, banggunan akademik, makmal
dan di sekitar KMB. Selain itu temubual tidak berstruktur kepada Penolong Pegawai Tadbir
Kanan, Kerani Kewangan dan Pembantu Makmal Kanan mengenai penggunaan air, elektrik
dan pengendalian sisa kimia.
Peserta Tinjauan
Peserta yang terlibat dalam tinjauan mengenai penggunaan, kaedah penyelenggaraan dan
cadangan penambah baikan penggunaan sumber ialah staf pentadbiran dan makmal. Di
samping itu, pemerhatian turut dilakukan terhadap jenis peralatan di blok pentadbiran,
jabatan, makmal dan banggunan akademik dan sekitar KMB.
Lokasi Tinjauan
Blok pentadbiran, jabatan, makmal, banggunan akademik dan sekitar KMB.
Instrumen
Temubual. Temubual dilakukan secara tidak berstruktur yakni secara tidak langsung bersama
staf pentadbiran dan makmal. Data-data temubual dicatat dan ditulis semula bagi
mengenalpasti tema utama pendapat responden terhadap peralatan, cara penggunaan dan
penyelenggaraan. Responden yang ditemubual dipilih secara rawak iaitu seramai 5 orang.
Pemerhatian
Pemerhatian. Pemerhatian pula dilakukan terhadap jenis peralatan elekrik yang digunakan
seperti lampu kalimantang, kipas angin, pendingin hawa, mesin pencetak, mesin fotostat di
jabatan dan pentadbiran di samping sistem pengendalian sisa kimia di makmal dan sistem
tadahan air hujan secara tidak langsung. Satu senarai semak dibuat bagi memudahkan catatan
mengenai jenis peralatan yang dilakukan.
Prosedur
Pemerhatian terhadap jenis peralatan yang digunakan, cara penggunaan peralatan dibuat
secara rawak pada 1 November – 21 November 2016 di blok pentadbiran, jabatan, banggunan
akademik, makmal dan persekitaran KMB. Seterusnya, atu temubual dijalankan secara tidak
berstruktur kepada staf yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Analisa
dokumen seperti bil bulanan elektrik dan air dari tahun 2015 dan 2016 termasuk proposal
projek tadahan air hujan dan proposal projek perlupusan sisa kimia turut dilakukan.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Penggunaan Elektrik
Penggunaan Elektrik bagi kajian ini pertama sekali diperolehi menerusi analisis dokumen
iaitu rumusan bil bayaran elektrik pada tahun 2015 dan dan 2016 seperti dalam Jadual satu
berikut. Dapatan mendapati KMB perlu membayar bil elektrik sebanyak RM424,430.68 pada
tahun 2015 dan RM572,099.10 pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan jumlah bil elektrik
bagi kedua-dua tahun ini dibayar dengan harga melebihi setengah juta ringgit Malaysia.
Jadual 1: Jumlah Bil Elektrik di KMB pada tahun 2015 dan 2016
Tahun Bil Elektrik (RM)
2015 424,430.68
2016 572,099.10
Menerusi pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji, penggunaan yang tinggi adalah
kerana perlatan seperti komputer, lampu, penghawa dingin digunakan di semua kawasan
KMB selama 9 jam sehari bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang di samping
sepanjang tahun 2016 KMB menjalani beberapa proses pengubahsuaian bangunan,
pembinaan bangunan makmal baharu serta pembinaan kolam renang yang melibatkan
penggunaan elektrik bagi jentera-jentera pembinaan. Dapatan ini turut dapat disandarkan
dengan hasil temubual yang dijalankan mendapati terdapat responden yang menyatakan:
“pendingin hawa dan lampu di sini tidak akan ditutup selagi waktu pejabat belum tamat”
(temubual pada 21 November 2016).
Penggunaan elektrik yang tinggi ini turut dipengaruhi oleh struktur bangunan kerana
kesemua tingkap di bagunan pejabat, bangunan perpustakaan dan bangunan akademik
dipasang dengan bidai penahan cahaya serta terdapat kabinet, almari dan rak buku diletakkan
berhampiran tingkap menyebabkan tingkap sukar dibuka. Oleh yang demikian pencahayaan
di kawasan-kawasan ini bergantung sepenuhnya kepada lampu berbanding cahaya matahari
dan pendingin hawa bagi pengudaraan.
Di samping itu, terdapat banyak pendingin hawa yang digunakan di KMB daripada
jenis lama yang tidak boleh dilaras suhunya. Walaupun sesetengah tempat telah ditukarkan
dengan penghawa dingin dengan teknologi jimat tenaga namun keadaan ini masih belum
dapat menyumbang ke arah penjimatan elektrik kerana masih terdapat penghawa dingin yang
tidak boleh dilaras suhu kepada 24°C. Menurut Haika Khazi (2011), kerajaan akan mampu
menjimatkan perbelanjaan elektrik sehingga RM 100 juta jika semua penghawa dingin di
bangunan kerajaan dapat dilaraskan pada 24°C sepanjang hari operasi.
Pendingin hawa juga perlu dibersihkan secara berkala. Hasil temubual responden
menyatakan:
“penghawa dingin dibersihkan akan tetapi tidak mempunyai jangka waktu yang tetap”
(temubual pada 21 November 2016).
Langkah penjimatan boleh dilakukan jika semua penghawa dingin disetkan kepada ‘ON’
berbanding ‘AUTO kerana pengaliran udara akan menjadi lebih sekata bagi membolehkan
suhu bilik menjadi stabil disamping jumlah bilangan penghawa dingin haruslah bersesuaian
dengan saiz bilik agar tenaga elektrik lebih dijimatkan. Pemerhatian terhadap
penggunaan lampu pula didapati lampu kalimantang/pendaflour yang biasa adalah jenis
lampu yang meluas digunakan di seluruh bangunan di KMB. Keadaan ini menyumbang
kepada jumlah elektrik yang tinggi. Pengurus Sokongan Aplikasi Pencahayaan Philips
ASEAN, Matthew Cobham menyatakan bahawa penggunaan lampu kalimantang LED dapat
mengurangkan kos elektrik sebanyak RM195 bilion, iaitu pengurangan sebanyak 245 ton
pengeluaran karbon dioksida setahun, di samping 55 juta tong minyak setahun dapat
dikurangkan termasuk pengurangan 190 tapak pemprosesan tenaga (Adham Shadan 2008).
Walau bagaimanapun, untuk menukarkan lampu kalimantang yang telah sedia ada di KMB
yang telah di pasang sejak sekian lama adalah tidak rasional kerana pasti akan melibatkan
perbelanjaan tinggi. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan setelah pengubahsuaian
pejabat, bangunan makmal baharu dan arena kolam renang siap dibina maka pemasangan
lampu kalimantang LED atau sekurangnya lampu kalimantang kompak/padat harus diberi
keutamaan terutama di sepanjang koridor dan tangga.
Pengubahsuaian dan pembinaan bangunan baru yang sedang dijalankan sekarang
perlu mengambil kira pencahayaan daripada sumber semulajadi bagi usaha menjimatkan
elektrik di waktu siang iaitu tingkap boleh dibuka untuk membolehkan cahaya matahari
masuk tanpa perlu memasang lampu di sepanjang waktu bekerja. Langkah-langkah
penjimatan lain yang boleh diamalkan adalah semua, pelajar, pensyarah dan kakitangan perlu
mengamalkan amalan menutup lampu ketika meninggalkan pejabat, kelas dan unit jika perlu
meninggalkan kawasan-kawasan ini tanpa penghuni. Setiap individu juga bertanggungjawab
menutup suiz lampu di koridor, tangga dan persekitar KMB ketika waktu siang tanpa perlu
menunggu pengawal keselamatan untuk melakukannya. Walaupun, amalan ini diamalkan
dalam kalangan pensyarah dan kakitangan, akan tetapi agak sukar diamalkan oleh pelajar
bertepatan dengan pendapat responden berikut:
“pelajar meninggalkan kelas atau bilik asrama dengan membiarkan lampu dan kipas
terpasang sehingga mereka kembali semula” (temubual pada 21 November 2016).
Seterusnya, penyelenggaraan lampu juga penting agar jangka hayat lebih panjang dan
kualiti pencahayaan yang lebih baik. Temubual menunjukkan tiada jadual pembersihan
lampu atau mentol dilakukan di KMB. Penggunaan sensor berpenghuni bagi lampu boleh
juga dicadangakan kerana sensor ini boleh mengesan pergerakan manusia dan menyala secara
automatik dan terpadam dengan sendiri apabila tiada pergerakan manusia. Alat pengesan
cahaya automatik iaitu yang dapat menyala pada waktu malam dan terpadam pada waktu
siang adalah sesuai di pasang pada lampu koridor, tangga dan jalan sebagai langkah
pengurangan tenaga elektrik.
Peralatan elektrik seperti komputer, mesin cetak, laptop dan measin fotostat yang
dibekalkan di hampir semua jabatan turut menyumbang kepada jumlah bil elektrik yang
tinggi. Justeru, amalan seperti menutup komputer dan laptop perlu dilakukan berbanding
membiarkannya dalam mod ‘standby’ atau ‘hibernate’ kerana pembaziran tenaga elektrik
masih berlaku. Amalan menutup suis dan mencabut plag peralatan elektrik seperti komputer,
mesin cetak, mesin fotostat perlu dilakukan berserta dengan pemeriksaan dan
penyelenggaraan berkala agar jangka hayatnya lebih lama.
Penggunaan Air
Air adalah sumber kehidupan. Tujuh puluh satu peratus muka bumi dilitupi air namun
begitu hanya 2% daripadanya yang boleh digunakan. Air sememangnya penting dan berharga
akan tetapi dianggap tidak mempunyai “nilai” sehingga manusia dengan sewenang-
wenangnya melakukan pembaziran.
Menerusi temubual yang dijalankan responden menyatakan:
“Tahap kesedaran tentang kepentingan air dalam kalangan warga Kolej MARA Banting
agak merisaukan terutama di kalangan pelajar”.
“Pembaziran air berlaku kerana pekerja menggunakan air yang dirawat untuk aktiviti
seperti membasuh bilik air, menyiram pokok dan lain-lain” (temubual pada 1 November
2016).
Hakikatnya keadaan ini bukan hanya berlaku di KMB. Rakyat Malaysia umumnya
mempunyai kesedaran yang rendah mengenai isu-isu air. Menurut kajian oleh Meng (2011)
didapati kebanyakan daripada kita tidak tahu berapa banyak air yang mereka gunakan
seharian kerana bayaran bil air hanyalah satu komponen kecil daripada perbelanjaan isi
rumah bulanan mereka. Menurut kajian beliau juga, didapati 88.8% pengguna tidak tahu
berapa banyak jumlah air yang digunakan dalam satu bulan. Hal ini menunjukkan pengguna
air domestik tidak
ambil berat tentang penggunaan air kerana kadar tarif air yang murah iaitu hanya RM 0.31
bagi 1000 Liter. Diisebabkan kadar air yang mudah serta senang didapati dimana sahaja
dengan hanya membuka paip dan air akan mengalir tanpa had, telah menyebabkan pengguna
tidak lagi menghargai sumber yang bernilai ini.
KMB telah mengalami krisis air yang agak teruk pada 1 Mac 2014 disebabkan oleh
penutupan Loji Air Bukit Tampoi akibat pencemaran ammonia selama hampir dua bulan.
Akibatnya, kolej ditutup selama 2 minggu untuk pelajar tahun 2 dan 4 minggu untuk pelajar
Keadaan ini telah menyebabkan gangguan kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Di
samping itu, pihak kolej telah mengalami kerugian hampir RM65,000.00 bagi membeli air,
menyewa tangki dan bekas tadahan air. Kerugian dari segi masa dan tenaga pelajar dan
kakitangan untuk “mencari air” juga berlaku sebelum KMB mengambil keputusan menutup
operasi kolej buat sementara waktu.
Masalah krisis air yang melibatkan Loji Air Bukit Tampoi tidak berakhir pada tahun
2014 sahaja kerana sehingga kini krisis air ini masih berlaku beberapa kali dalam tempoh
setahun. Sehubungan sengan itu, bagi mengatasi masalah ini KMB telah mengambil inisiatif
membina Sistem Tadahan Air Hujan. Sistem ini dibina hasil analisa maklumat terperinci
dengan mengambil kira taburan hujan di KMB yang mempunyai taburan hujan yang tinggi
sepanjang tahun. Stesen ID terdekat (48650) iaitu terletak di Sepang KLIA melaporkan
taburan hujan harian di kawasan KMB adalah 2.00 (mm). Laporan ini menguatkan lagi
hasrat KMB untuk menjayakan Sistem Tadahan Air Hujan. Sistem tadahan air hujan ini siap
dibina pada tahun 15 September 2014. Sebagi permulaan air hujan yang ditadah ini hanya
disalurkan ke tanda-tandas di bangunan akademik. Sehingga ke hari ini penjimatan air untuk
kerja-kerja pencucian telah dapat dilakukan. Terdapat 12 tandas di blok akademik KMB.
Sebuah tandas menggunakan 30 liter air untuk kerja mencuci. Oleh kerana terdapat 12 tandas
kesemuanya bermakna 360 liter air digunakan setiap hari. Justeru, sistem tadahan ini telah
menjimatkan sebanyak 360 liter air sehari iaitu bersamaan dengan RM 3,348 bayaran bil air
telah dapat dikurangkan sebulan sehingga kini. Di samping itu, responden kajian ini juga
mencadangakan agar kesemua tandas turut menggunakan sistem curahan rendah iaitu
menggunakan enam liter air bagi pengepaman penuh dan tiga liter bagi pengepaman separuh.
Hal ini kerana penggunaan sistem curahan rendah boleh menjimatkan sebanyak 35,000 liter
air setahun bersamaan dengan RM 10,850 setahun.
Selain mempunyai sistem tadahan air, antara langkah lain yang boleh diambil untuk
menjimatkan lagi penggunaan air dalam kalangan warga terutama sekali pelajar-pelajar KMB
adalah seperti memberi taklimat mengenai penggunaan air secara berhemah. Rekod bil air di
asrama perlu didedahkan kepada para pelajar agar mereka menyedari sikap mereka dalam
menggunakan air sehar-hari. Pelajar perlu diberi kesedaran untuk menutup air ketika
bersyampu, memberus gigi, membuka paip hanya mengikut kadar keperluan kerana amalan
sebegini boleh menjimatkan sehingga 12,000 liter air setahun (Grace et al. 2013). Pelajar juga
boleh dinasihatkan agar tidak mandi melebihi 5 minit. Walaupun, usaha ini Nampak kecil
akan tetapi dengan menghadkan masa mandian kepada 5 minit, sebanyak 17,000 liter air
dapat dijimatkan setahun (Grace et al. 2013).
Pengendalian Sisa Kimia Makmal
KMB dan adalah di bawah Institut Pendidikan MARA yang terlibat dalam penyediaan
pendidikan asas untuk pelajar-pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran di universiti
tempatan dan luar negara dalam bidang perubatan, kejuruteraan, sains gunaan, pergigian,
biologi dan lain-lain. Pelajar-pelajar yang menamatkan disini akan menyambung pengajian
mereka di universit-universiti tempatan atau luar negara. Oleh itu pembelajaran dalam bidang
sains menyumbang penyediaan keperluan alatan sains dan penggunaan bahan kimia untuk
amali.
“KMB secara amnya tidak dapat melaksanakan Pengurusan Sisa Bahan Kimia atau
Buangan Terjadual secara sistematik mengikut keperluan perundangan yang sedia ada”.
“Senarai Jenis Sisa (Jadual Pertama) dan Inventori Buangan Terjadual (Jadual Kelima)
tidak dilaksana kerana pengurusan sisa dibuat berasingan oleh pusat-pusat pendidikan
MARA” (temubual pada 10 November 2016).
Hal ini menunjukkan bahawa Peraturan Buangan Terjadual yang menetapkan sisa
terhasil mestilah dilupus dalam tempoh 180 hari dari tarikh sisa tersebut dihasilkan serta sisa
tidak boleh disimpan melebihi kapasiti dalam satu masa masih tidak dilakukan secra
menyeluruh di KMB.
“Dalam hal ini sudah semestinya satu tindakan perlu dirancang oleh pengurusan MARA
bagi mengendalikan dan melupuskan bahan buangan terjadual yang dihasilkan semua
pusat pendidikan MARA di seluruh Malaysia termasuk KMB bagi kebaikan warga KMB
khususnya dan alam sekitar amnya” (temubual pada 10 November 2016).
Sememangnya melalui pemerhatian pengkaji, pusat pengumpulan sisa bahan kimia
tidak wujud di KMB. Malah sisa yang dibuang di dalam sinki mengalir ke dalam longkang
yang bersambung dengan longkang blok pentadbiran. Sehubungan dengan itu, terdapat dua
kaedah utama boleh dilaksankan dalam menjalankan pengurusan buangan terjadual. Kaedah
pertama ialah pengumpulan bahan-bahan buangan terjadual pepejal dengan kaedah
pengumpulan dan simpanan di Stor Pusat Buangan Terjadual. Sebuah Stor Pusat Buangan
Terjadual perlu dibina berasingan dari bangunan yang ada bagi tujuan memindah semua
Bahan Kimia Terpakai dan Kimia luput tempoh penggunaan daripada setiap makmal,
mengumpul, menstor dan melabel sisa pepejal dan cecair dlm bekas-bekas sebelum dilupus
dipremis berlesen.
Manakala kaedah yang kedua ialah kaedah pembentungan dengan menggunakan
penyambungan paip-paip ke semua sinki-sinki dari bilik penyediaan dan makmal yang
terlibat dengan ujikaji kimia. Saluran paip dari sinki ini disambungkan ke satu saluran utama
yang ke satu kolah pengumpulan. Dengan kaedah ini, bahan kimia dari ujikaji boleh dibuang
terus ke sinki. Manakala bahan kimia yang tamat tempoh tidak digalakkan untuk dibuang
melalui sinki.
Stor Pusat Buangan Terjadual yang akan dibina hendaklah diletakkan berhampiran
dengan kolah. Lokasi yang dipilih hendaklah jauh dari laluan utama pelajar dan kakitangan.
Lokasi tersebut juga mestilah jauh dari sebarang laluan air seperti longkang dan parit. Tujuan
stor pusat ini adalah untuk mengumpul buangan yang dihasilkan disamping memindahkan
bahaya dan risiko buangan terjadual dari pelajar dan kakitangan makmal di KMB. Stor yang
ingin dibina juga hendaklah mempunyai laluan untuk kenderaan pengangkut sisa dan jauh
dari laluan utama. Kawasan tersebut hendaklah mempunyai peredaran udara yang baik dan
tidak digalakkan berada di antara bangunan lain yang lebih tinggi.
Pelupusan sisa dari kolah akan dibuat setiap 3 bulan. Sampel dari kolah akan diambil
sebelum pelupusan untuk menentukan samada ianya bersifat asid atau mempunyai peratusan
pelarut yang tinggi. Jika lebih kepada asid ianya akan dilupuskan sebagai SW301 dan jika
pelarut akan dilupuskan sebagai SW322 (Konvensyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
2013). Ujian ini akan dibuat tiga (3) kali untuk mendapatkan kepastian jenis sisa samada
bersifat pelarut atau asid.
“Makmal-makmal di KMB juga memerlukan penambahan sistem pengalihudaraan
kerana makmal-makmal yang sedia ada memerlukan” (temubual pada 10 November
2016).
Oleh itu, pemeriksaan semula peralatan pengudaraan di semula makmal KMB oleh pihak
pengurusan MARA juga perlu dilakukan secara berkala sebelum menentukan samada sistem
pengudaraan perlu dinaiktaraf atau sebaliknya.
Penambahbaikan ini bertujuan untuk memastikan persekitaran kerja KMB selamat
untuk kakitangan dan pelajar. Pembinaan stor pusat dan saluran paip sisa kimia ke kolah akan
memantapkan lagi proses pembelajaran Para pelajar juga akan didedahkan kepada
pengurusan buangan terjadual dan ini sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahuan
pelajar dalam memelihara dan menjaga alam sekitar. Hal Ini juga diharap dapat menjadikan
pelajar di KMB lebih peka dengan keselamatan dan kesihatan semasa di belajar di Institut
Pengajian MARA dan seterusnya dijadikan amalan di alam pekerjaan nanti.
KESIMPULAN
Pengurusan atau penjimatan penggunaan tenaga elektrik dan air serta pengurusan sisa bahan
kimia yang berkesan di KMB memerlukan kerjasama dan rasa bertanggungjawab dalam
kalangan pihak pengurusan KMB sendiri, pensyarah dan juga para pelajar (pengguna). Aspek
kebertanggungjawabn ini akan muncul sekiranya kesedaran dalam diri pengguna terhadap
kepentingan penjimatan elektrik, air dan menguruskan sisa bahan kimia dengan baik di pupuk
sedikit demi sedikit. Apabila dua aspek ini digabungkan iaitu kesedaran dan tanggungjawab
yang tinggi dalam kalangan pengguna, maka tidak mustahil tenaga elektrik dan air dapat
dijimatkan di KMB dan sekaligus mengurangkan bayaran bulanan yang melebihi jutaan
ringgit serta mengurangkan risiko bahaya dan penyakit apabila pengurusan bahan kimia
diuruskan dengan baik. Sebagai pengguna yang berhemah sumber-sumber yang sedia ada
tidak seharusnya dibazirkan agar pengguna kelak juga dapat menikmati kemudahan dan
rezeki daripada sumber alam ini. Hal ini kerana tenaga elektrik yang digunakan adalah dijana
daripada sumber-sumber asas seperti tenaga hidro, gas asli, minyak mentah dan arang batu.
Sumber-sumber ini adalah satu bentuk tenaga lazim yang akan luput mengikut peredaran
masa kerana ia tidak boleh diperbaharui. Oleh itu, setiap individu perlu menggunakan tenaga-
tenaga ini digunakan secara berhemat dan bijaksana.
RUJUKAN
Adham Shadan. 2008. Lampu LED Lebih Hijau. Harian Metro. Dimuat turun daripada http://
www. mymetro. com.my pada 2 November 2016.
Bernama. 2011. Lampu LED jimat 50% bil api jalan. Sinar Harapan. Dimuat turun daripada:
http:// www.kkr.gov. my/files/008_5.pdf pada 2 November 2016.
Bernama. 2011. Pengguna tidak tahu hargai tenaga elektrik. Berita Harian. Dimuat turun
daripada http://www.bharian.com.my pada 2 November 2016.
Bazerman, M.H. & Hoffman, A.J. (1999). Sources of environmentally destructive behaviour:
Individual, organization and institutional perspectives. Research in Organizational
Behaviour. 21, 39- 79.
Haika Khazi. (2011). Jimat Elektrik RM 100 juta setahun. Dimuat turun daripada
http://www.bharian.com.my pada 2 November 2016.
Hasnah A., Dody D., Noraziah A., Maznah I., & Sarifah Y. (2012). Geografia Online
Malaysia Journal of Society and Space. 8th ed. Masyarakat Ruang dan Alam Sekitar
(MATRA). Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian
komuniti: kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. 5 (64-75). ISSN 2180-
2491.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). 2011. Soalan Parlimen. Dimuat
turun daripada www.kettha.gov.my pada 2 Disember 2016.
Maziatul Shima M., Shahirah Umamah A.M., & Er A.C. (2015). Geografia Online
Malaysian Journal of Society and Space. 11th ed. Attitudinal and Institutional
Dimensions of Malaysia’s Development. Faktor sikap dalam peningkatan tahap
kelestarian kampus: kajian kes Universiti Kebangsaan Malaysia. 8 (52- 65). ISSN 2180-
2491.
Meng Yew Choong. 2011. Malaysia Faces Looming water crisis. Dimuat turun daripada
http://www.thestar.com.my pada 2 November 2016.
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). 2012. Kecekapan tenaga di
Malaysia. Pembuatan dan penggunaan lestari: Menghentikan penggunaan produk-
produk tidak cekap tenaga secara berperingkat di Malaysia. Dimuat turun daripada
www.awer.org.my pada 2 Disember 2016.
Roberts, W.O. & Lansford, H. (1979). The Climate Mandate. San Francisco: W.H. Freeman
and Company.
Tuan Pah Rokiah S.H., Hamidi I., & Mat Khalid M.N. (2013). Prosiding PERKEM ke 8. Jld
2. Kesedaran mengenai penjimatan tenaga elektrik dan kelestarian alam sekitar. 977-
990. ISSN 2231- 962X.
Zaini Sakawi (2007) Tapak pelupusan di Malaysia. Masalah dan alternatif bagi pengurusan
sisa buangan pepejal di Malaysia. In: Hairy Ibrahim et al. (eds) Isu-isu dan pengurusan
alam sekitar fizikal, pp. 147-164. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung
Malim.
Zaini, S., Mohd Hairimi, M. A., Katiman, R. & Abd Rahim, M.N. (2010). Geografia Online
Malaysian Journal Society and Space. 6th Ed. 50- 59. Bangi, Malaysia. ISSN 2180-249