Refresh Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For...
-
Upload
nor-asita-mat-zain -
Category
Documents
-
view
30 -
download
1
description
Transcript of Refresh Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For...
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
1
1.1 Pengertian tafsir Bahasa :
Al-Tabyin menjelaskan
Al-Idah menerangkan
Al-Kasyf menyingkap
Izhar menampakkan
Tafsir bermaksud menerangkan serta
menjelaskan sesuatu.
1.2 pengertian tafsir istilah:
1. Imam az-Zarkasyi ilmu untuk memahami
kitabullah yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad saw menjelaskan maknanya serta
mengeluarkan hokum hakam dan hikmah-
hikmahnya.
2. Imam Jalaluddin as-Suyuti Ilmu yang membahas
maksud Allah swt sesuai dengan kadar
kemampuan manusia yang mencakup segala
sesuatu yang berkaitan dengan pemahaman dan
penjelasan makna.
3. Syeikh Muhammad Abdul Azim az-Zarqany Ilmu
yang membahas perihal Al Quran dari segi
penunjukan dalilnya sesuai dengan maksud Allah
berdasarkan kadar kemampuan manusia.
Kesimpulannya- Tafsir bermaksud menjelaskan makna ayat
AQ, kedudukannya, kisah dan sebab nuzul, susunan ayat
Makki dan Madani, muhkam dan mutashabih, nasikh dan
mansukh, khusus dan umum, halal,haram dan sebagainya
dengan menggunakan ungkapan yang menunjukkan
kepadanya secara jelas dan terang mengikut kadar
kemampuan manusia.
1.3 Pengertian Takwil
Ulama terdahulu (mutaqaddimin) takwil
merupakan sinonim dengan tafsir
Ulama kotemporari ( mutaakhkhirin) takwil
adalah memalingkan serta menentukan beberapa
makna yang mungkin terkandung di dalam ayat
AQ yang mempunyai pelbagai makna.
Takwil dari sudut bahasa : berasal dari kata al-
Aul bererti kembali, iaitu para mufassir
mengembalikan ayat kepada maknanya.
Takwil dari sudut Istilah : Takwil bererti
memalingkan ayat pada satu makna yang
terkandung di dalam pengertian ayat yang
mungkin mempunyai beberapa pengertian.
1.4 Syarat-syarat Takwil
Sesuai dengan makna bahasa Arab, makna
syariat atau makna Urf ( makna kebiasaan
orang arab)
Berdasarkan dalil yang sahih dan rajah.
Sesuatu yang memang boleh ditakwilkan.
Orang yang mentakwil memiliki kemampuan
keilmuan untuk melakukan takwil.
1.5 Perbezaan Tafsir dan Takwil
Abu Ubaidah berpendapat Tafsir dan
Takwil memberi makna yang sama.
Al-Maturidi menganggap Tafsir adalah
memutuskan dengan apa yang
dikehendaki Allah, sedangkan Takwil
kembali kepada beberapa andaian.
Al-Raghib al-Ashfahany berpendapat
Tafsir lebih umum daripada Takwil.
Tafsir lebih banyak digunakan pada
lafaz sedangkan Takwil digunakan pada
makna seperti takwil mimpi. Takwil
Kebanyakannya dipakai dalam kitab
ilahi.
Menurut Abu Talib al-Tsaaliby tafsir
adalah menjelaskan asal peletakan dari
sebuah lafaz bersifat hakiki atau majazi.
Takwil ialah mentafsirkan dengan lebih
mendalam tentang sesuatu lafaz. Takwil
menerangkan tentang maksud yang
sebenarnya dan tafsir menerangkan
tentang dalil dari maksud tersebut.
Al-Baghawy Takwil adalah
mengarahkan ayat pada makna yang
paling memungkinkan daripada beberapa
makna yang sesuai dengan ayat
sebelumnya dan sesudahnya serta tidak
bertentangan dengan kitab dan sunnah
dengan cara mengeluarkan hikmah yang
terkandung didalamnya. Tafsir pula
melibatkan perbahasan tentang asbab
nuzul, keadaan dan kisah yang
melatarbelakang sesuatu ayat.
Kesimpulannya : Tafsir merupakan makna zahir yang
terkandung di dalam ayat. Takwil ialah makna yang
tersembunyi yang diistinbatkan daripada ayat AQ melalui
proses tafakur dan istinbat.
1.6 Syarat dan Adab pentafsir.
1. Akidah yang benar supaya tidak melakukan
penyelewengan terhadap ayat AQ.
2. Bersih daripada hawa nafsu takut akan
terdorong membela dan menegakkan kepentingan
mazhabnya semata-mata.
3. Mempunyai keahlian dalam bidang hadis kerana
hadis nabi merupakan penjelasan dalam
menafsirkan ayat AQ.
4. Mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang
seperti:
Ilmu Bahasa Arab - ilmu tasrif (sorof),
Isytiqaq, al-Maani, al-Bayan dan al-
Badi.
Ilmu qiraah
Mendalami ilmu usuluddin dan ilmu
tauhid
Berpengalaman dalam usul fiqh
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
2
Berpenetahuan luas dalam ilmu ulum
al-Quran asbabun nuzul, nasikh dan
mansukh, ayat makki dan madani.
Mengetahui ilmu lain seperti sosiologi,
antropologi, zoology, ilmu sejarah,
geografi, ekonimi, politik, social daan
sebagainya.
5. memulakan tafsir AQ dengan AQ
6. mentafsir aq dengan sunnah
7. merujuk kepada pandangandan ijtihad para
sahabat.
8. Merujuk kepada tabiI jika tiada pendapat
sahabat.
9. Ilmu mauhibah
1.7 Adab adab pentafsir
Niat dan tujuan yang baik
Berakhlak mulia
Beramal dengan isi kandungan AQ
Bersikap tawadhuk dan merendah diri.
Tegas dalam menyampaikan kebenaran.
2.0 pembahagian Tafsir
Para ulama membahagikan tafsir kepada 3
1. Tafsir Bi al-Mathur dikenali juga Tafsir
Bi al-Riwayah dan Tafsir Bi al-Naqli.
2. Tafsir Bi al-Rayi dikenali juga tafsir bi
al-Dorayah atau Tafsir Bi alaql.
3. Tafsir Sufi atau Al-Tafsir Al-Isyari yang
dipelopori oleh golongan sufi.
2.1 Tafsir Bi al-Mathur
Merujuk kepada AQ , Sunnah dan pendapat para
sahabat dan Tabiin
Berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu
penafsiran AQ dengan AQ atau penafsiran AQ
dengan Hadis.
Berkembang melalui 2 cara:
1. Secara Lisan ( periwayatan)
2. Secara penulisan atau pembukuan
(tadwin)
2.1.1 Syarat bagi Tafsir Bi al-Mathur
Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah.
Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir
Mampu mengumpul dan menyatukan riwayat yang
bercanggah.
Mengetahui tentang asbab al-nuzul dan nasikh
dan mansukh.
Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat.
2.1.2 Sumber Tafsir bi al=mathur
1. Tafsir AQ dengan AQ
Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang
ringkas.
Pentafsiran secara yang lebih jelas
terhadap ayat yang berbentuk
menyeluruh (mujmal)
Pentafsiran dengan mengkhususkan
ayat-ayat yang umum.
Pentafsiran melalui ketentuan ikatan
terhadap sesuatu ayat yang mutlak.
Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh.
Pentafsiran dengan cara menyesuaikan
antara perkara yang dilihat secara
zahirnya bertentangan antara satu
sama lain.
2. Tafsir AQ dengan al-Sunnah.
3. Tafsir AQ dengan pendapat dan Ijtihad sahabat.
4. Tafsir AQ dengan pendapat Tabiin.
2.2 Tafsir Bi al-Rayi
Tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk
berijtihad mencari sesuatu maksud ayat AQ.
Terbahagi kepada 2:
Tafsir Mahmud tafsir yang baik dan
terpuji yang bertepatan dengan syarak,
tidak terdapat unsur penyelewengan
serta selari dengan bahasa arab dan
kaedah syarak.
Tafsir Mazmum tafsir yang buruk dan
keji yang tidak berdasarkan ilmu
sebaliknya mengikut hawa nafsu tanpa
merujuk kepada kaedah bahasa atau
syariah serta mentafsirkan ayat AQ
berasaskan aliran pemikiran (mazhab)
yang sesat dan Bidaah.
Berkembang pada zaman Bani
Abbasiyah
Tafsir ini menggalakkan peranan ijtihad
berbanding dengan penggunaan Tafsir
Bi al-Mathur.
2.2.1 Imam al-Zarkasyi dalam kitab al-Burhan Fi Ulum al-
Quran menyatakan 4 perkara sebagai asas sandaran dalam
mentafsir ayat AQ:
1. Dinaqalkan kepada Rasulullah saw dengan
bersikap waspada kepada hadis dhaif dan
maudhu.
2. Mengambil riwayat yang sahih daripada para
sahabat Rasulullah saw dan tabiin.
3. Berpegang kepada bahasa arab secara total
kerana AQ diturunkan dalam bahasa arab yang
fasih.
4. Berpegang dengan makna yang sesuai dengan
pertuturan bahasa arab yang disokong oleh asas
syariat islam.
2.2.2 Bidang ilmu yang wajib dikuaai oleh seorang
pentafsir.
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
3
Tatabahasa arab
Balaghah
Asbab nuzul al Quran
Usul Fiqh
Nasikh dan mansukh
Ilmu Qiraat
Ilmu Muwahhabah
2.2.3 status dan hokum Tafsir Bi al-Rayi
1. Tidak diharuskan sama sekali walaupun pakar
dalam bahasa arab,fiqh,usul fiqh dan sebagainya.
Hanya Tafsir Bi al-Mathur sahaja yang diterima.
2. Diharuskan mentafsir sekiranya memenuhi syarat
yang ditetapkan ulama.
2.3 Tafsir Isyar /Sufi
Menurut ahli Sufi setiap ayat mempunyai makna
yang zahir dan batin.
Menurut al-Zahabi, Tafsir Sufi / Isyari bermaksud
mentakwilkan ayat AQ dengan berpandukan
kepada kenyataan zahir ayat.
2.3.1 szarat penerimaa Tafsir Sufi / Isyari
Tidak bercanggah dengan makna ayat yang zahir.
Perlu disokong dengan bukti syarak zang benar.
Tidak bertentangan dengan syariat dan akal.
Dimulakan dengan pentafsiran makna zahir
terlebih dahulu.
Pentakwilan yang dibuat tidak terlalu asing.
Mufassir tidak boleh mendakwa tafsir Sufi/Isyari
sahaja zang tepat.
2.4 Gharib Tafsir adalah tafsiran yang sesat, batil dan
menyeleweng.
3.0 Perkembangan Ilmu Tafsir
1. zaman Rasulullah metode rasulullah adalah
terus dan secara langsung
2. rasulullah mentafsirkan AQ kepada para sahabat
menjelaskan sesuatu yang mujmal
(yang tidak disebut secara terperinci
seperti solat dan kadar zakat.
Menerangkan sesuatu ayat yang kabur.
Mengkhususkan yang umum.
Mentaqyidkan yang mutlak.
3.1 Sumber ilmu tafsir.
Al-Quran- ayat al-Quran menjelakan antara satu
sama lain.
As-Sunnah al-Nabawiyah kebanyakan hadis nabi
menjelaskan secara terperinci ayat yang umum.
Bahasa Arab bahasa arab dan al-Quran
mempunyai kaitan yang rapat kerana al-Quran
diturunkan dalam bahasa arab..
Ijtihad dan pendapat ulama sahabat nabi dan
ulama mutabar telah melaksanakan tuntutan
berijtihad dalam mentafsirkan ayat al-Quran.
Ijtihad hanya diterima apabila tiada sumber al-
Quran dan hadis.
Sumber ilmu tafsir zaman rasulullah adalah
baginda sendiri. Menjelaskan segala keraguan
yang timbul dikalangan umat Islam.
3.2 Tafsir zaman sahabat.
Sahabat merupakan rujukan utama apabila
timbul kemusykilan.
Sahabat yang paling arif tentang ilmu tafsir
adalah khalifah yang 4, Abdullah bin Masud,
Ubai bin Kaab dan Abdullah bin Abbas, Abu
Musa al-Asyaari, Amru bin al-As, Anas bin
Malik, Jabir bin Abdullah san Aisyah.
3.2.1 Sumber Tafsir zaman sahabat.
Tafsir al-Quran dengan al-Quran.
Tafsir al-Quran dengan hadis nabi yang
sahih.
Tafsir al-Quran dengan ijtihad.
3.3 Tafsir zaman Tabiin.
Mengambil ilmu kitab dan sunnah daripada
sahabat.
Berguru dengan para sahabat tentangvilmu tafsir
dengan menghimpun hadis yang diriwayatkan
rasulullah.
Ilmu tafsir diriwayatkan secara lisan dan dihafal
sahaja.
3.3.1 ulama tafsir zaman tabiin.
1. Berguru dari Ibn Masud
Alqamah
Al-Aswad bin Yazid al-Nakhai
Ubaidah bin Amru al-Salmani
Amru bin Syarhabil.
2. Berguru dari Ibn Abbas
Mujahid
Said bin Jabir
Ikrimah Maula Ibn Abbas
Thawus
Atha bin Abi Rabah
3.3.2 Sumber Tafsiran
Tafsir al-Quran dengan al-Quran
Tafsir al-Quran dengan hadis
Tafsir al-Quran dengan kata-kata sahabat.
3.3.3 Tokoh pengumpul hadis berkaitan ilmu tafsir.
Sufian bin Uyainah
Waki bin al-Jarrah
3.4 Zaman Pembukuan/Tadwin
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
4
1. Tokoh yang membukukan Ilmu Tafsir mengikut
susunan al-Quran.
Ibn Hibban
Al-Hakim
Ibn Majah
Ibn Jarir al-Tabari
3.4.1 perkembangan tafsir zaman Mutakhirin
Zaman Abbasiah muncul golongan yang
memperkenalkan tafsir bi al-Rayi di samping
tafsir bi al-Mathur
Buku tafsir yang menjelaskan lafaz al-Quran dan
penjelassan terhadap makna perkataannya iaitu
Mufradat al-Quran oleh al-Raghib al-Asfahani
dan Gharib al-Quran oleh al-Sajastani.
Kitab tafsir yang membicarakan istilah-istilah
sains dalam ayat al-Quran. Mengaitkan al-Quran
dan ilmu alam seperti tafsir tantawi iaitu
Jauhariyy al-Muasir.
Penulisan tentang ilmu tafsir yang memfokuskan
perbincangannya mengenai perkara yang
berkaitan dengan ilmu bahasa arab.
3.5 Perkembangan Tafsir zaman moden.
Tokoh tafsir zaman moden adalah;
1) Mohd Rashid Rida
- berasal dari Tarablus, Syam.
- mengarang kitab tafsir al-Manar.
-pemangkin pergerakan pemikiran
zaman moden.
-menyentuh permasalahan umat dari
sudut pandangan al-Quran dan cara
mengatasinya.
2) Syed Qutub
-mengarang kitab tafsir Fi Zilal al-
Quran.
-tafsir yang bersandarkan unsur
naqliyyah atau riwayat yang mathur.
-tidak memasukkan perbahasan
mengenai ilmu bahasa dan tatabahasa,
ilmu kalam, ilmu fiqh, cerita israiliyyat
dan penemuan sains .
3) Al-Sheikh Mutawalli Syarawi.
-menggunakan pendekatan ilmu moden
dalam tafsiran AQ.
-buku karangannya Tafsir Syarawi.
-menggunakan pendekatan akal,logik
dan perbandingan supaya memudahkan
pemahaman ayat.
4.1 Tokoh Tafsir Zaman Sahabat.
4.1.1 Ibn Abbas
Nama sebenar Abdullah bin Abbas bin Abdul
Mutalib bin Hasyim.
Amat memahami ilmu fiqh dan ulama besar
dalam ilmu tafsir.
Dilahirkan 3 tahun sebelum hijrah dalam keluarga
Bani Hasyim.
Rsulullah sentiasa berdoa agar Ibn Abbas menjadi
orang yang soleh serta berilmu.
Telah meriwayatkan 1660 buah hadis berusia 13
tahun.
Sempat bersama kahlifah Abu Bakar as-Siddiq dan
Khalifah Uthman bin Affan.
Zaman Khalifah Ali bin Abu Talib dilantik menjadi
gabenor Basrah.
Mempunyai ilmu yang luas sehingga digelar Bahr
bermaksud lautan.
Pandangan orang ramai terhadap Abbas
-Umar al-Khattab suka berbincang dan
bertanyakan pendapatnya mengenai isu-isu yang
besar. Umar memanggilnya dengan gelaran budak
dewasa.
-Saad bin Abi Waqas menyifatkannya sebagai
orang yang paling faham, paling berilmusangat
bersopan santun.
-Tawus menyatakan berguru dengan Ibn Abbas
sudah mencukupi.
-Masruq menyatakan Ibn Abbas secantik-cantik
manusia, orang yang paling fasih bila bercakap
dan orang yang paling baik menyampaikan
maksud.
-Ibn Umar menyatakan ibn Abbas orang yang
paling mengetahui apa yang diturunkan kepada
nabi Muhammad.
-Mujahid menyatakan apabila Ibn Abbas
mentafsirkan al-Quran terlihat cahaya
diwajahnya.
-Ata bin Abi Rabah menyatakan majlis Ibn Abbas
adalah majlis yang paling mulia, paling banyak
ilmunya, amat memahami al-Quran, amat alim
tentang fiqh dan seorang penyair.
Ibn Abbas memiliki ingatan yang kuat, kecerdikan
dan kebijaksanaan yang mantap,hujahnya bernas
dan perbualannya diterima oleh orang yang
mendengar.
Seorang yang kuat beribadat dan sentiasa
bertaubat kepada Allah. Melakukan qiamulail dan
puasa sunat.
Sentiasa mengalirkan airmata apabila solat dan
membaca al-Quran.
4.1.2 ibn Masud
Abdullah Ibn Masud ibn Ghafil Ibn Habhb Ibn
Syams.
Ibunya Ummu Abd binti Abdur bin s.a.wa dari
golongan Huzail.
Ibn masud adalah golongan awal menerima Islam
dan sahabat yang agung.
Menyertai nabi berhijrah ke Madinah
Kuat beribadat dan qari yang mahir , berilmu,
mahir dalam ilmu fiqh dan menyertai perang
badar.
Sering baca quran dan menerima al-Quran dari
rasulullah sebanyak 70 surah.
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
5
Menyertai kedua-dua hijrah dan bersolat bersama
rasulullah ketika peristiwa pertukaran kiblat dari
masjid Aqsa ke masjid haram.
Bertanggungjawab menjaga rahsia nabi dan mula-
mula membaca al-Quran secara terang-terangan
di Mekah.
Keistimewaan Ibn Masud ialah dijanjikan
timbangan pahala yang lebih berat daripada bukit
Uhud di akhirat kelak.
Sebelum memeluk Islam, beliau mengembala
kambing pembesar Quraisy bernama Uqbah bin
Abu Maidh.
Bersifat jujur dan dipercayai.
Beliau seorang yang kurus, rendah dan sentiasa
berpakaian elok dan berwangi-wangian.
Dilantik sebagai gabenor Kufah dan diamanah
menjaga harta baitul mal pada zaman
pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.
Seorang yang berakhlak mulia, merendah diri
dan mempunyai keilmuan yang banyak.
Meninggal dunia pada tahun 32Hijrah dan
dikebumikan di Baqi pada waktu malam.
4.1.3 Ibn Zubair
Abdullahbin al-Zubair bin al-Awwam bin
Khuwailid al-Asadly al-Qurasyiy.
Dilahirkan pada tahun 2 Hijrah di Madinah.
Anak pertama dilahirkan di Madinah kalangan
Muhajirin.
Ibunya Asma binti Abu Bakar al-Siddiq.
Sahabat nabi dikalangan kanak-kanak.
Meriwayatkan 33 buah hadis.
Orang yang telah meriwayatkan hadis
daripadanya adalah Saidina Abu Bakar, saidatina
Aishah r.a , ibunya dll.
Anak dan cucunya meriwayatkan hadis
daripadanya termasuk sekumpulan tabiin.
4.2 Tokoh Tafsir Zaman Tabiin dan Atba Tabiin.
4.2.1 Mujahid
Abu al-Hajaj Mujahid bin Jabar al-Makki al-
Makhzumi.
Lahir pada 21Hijrah bersamaan 624 masihi.
Dikenali dalam buku rujukan dan sumber ilmu
berkaitan dengan nama Mujahid.
Seorang Imam, alim dalam fiqh dan bijak dalam
pentafsiran dan pembacaan Aq dan hadis.
Guru beliau adalah Ibn Abbas (al-Quran dan
Hadis).
Mempunyai buku dalam ilmu tafsir
Al-Shafie dan al-Bukhari mengambil kitab
mujahid sebagai rujukan.
Mehthod kajian yang digunakan adalah disusun
mengikut susunan surah al-Quran.
4.2.2 al-tabari
Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Khatir bin
Ghalib. Dikenali sebagai Imam al-Tabari.
Mencari keilmuan selepas tahun 240 Hijrah
Mendalami ilmu fiqh daripada imam al-Shafie.
Karangan al-Tabari seperti:
-tafsir al-Tabari
-Tarikh al-Umam wa al-Muluk
-Kitab adab al-Nafsi al-Jayyidah wa al-Akhlak al-
Nafisah
-Akhlak ulama al-Amsar fi Ahkam Syaraie al-
Islam
-Adab al-Qudhah
-Al-Fasl bain al-Qiraat
-Adab al-Nufus
4.3 Tokoh Tafsir zaman moden.
4.3.1 Ibn Kathir
Ismail Ibn Amru Ibn Kathir al-Dimasyqi. Hidup dalam kurun ke 8 hijrah dalam
pemerintahan kerajaan Mamalik Berlakunya perang Tartar dikebanyakan negara
Islam, perebutan kuasa antara pemerintah Islam dalam kerajaan Mamalik.
Telah hilang penglihatan kerana sibuk mengarang buku pada waktu malam iaitu buku berjudul Jami al-Masanid
Meninggal dunia di Damsyik pada khamis 26 syaaban 77 Hijrah.
Dikebumikan di al-Sufiah berdekatan makam gurunya Ibn Taimiyyah.
Method tafsir Ibn Kathir -bergantung kepada tafsir al-mathur -menjelaskan dalam tafsirnya riwayat yang berbentuk israiliyyat dan memberi pendapatnya. -memindahkan pendapat ulama dalam masalah hukum dan diikuti hujah dan dalil.
4.3.2 Syed Muhammad Ridha.
Muhammad Rashid bin Ali Ridha Lahir pada 27 Jamadil Awwal 1282H bersamaan
23 /9/1865M. Meninggal dunia 23 jamadil Awwal 1354M
bersamaan 22/8/1935 di kampung al-Qalamun Ayahnya seorang guru dan Imam di al-Qalamun. Menghafal AQ semasa kecil dan mempelajari asas
bacaan dan penulisan dan ilmu hisab. Berpindah ke Tarablus masuk sekolah al-
Rashidiyyah al-Ibtidaiyyah. Menyambung di sekolah kebangsaan islam di
Tarablus menekankan bahasa arab dan ilmu-ilmunya, syariah, mantik, matematik, dan falsafah semulajadi.
4.3.3 Syed Qutub.
Ibrahim al-Syazili. Lahir pada 9/101906 di kampung di wilayah
Assyut,Mesir. Mendapat didikan awal di rumah dari kedua
ibubapa yang kuat beribadat. Umur 6 tahunbersekolah rendah di kampungnya. Umur 7 tahun mula menghafal AQ dan 10 tahun
berjaya menghafal AQ.
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
6
Umur 15 tahun berhujrah ke Kaherah memasuki Sekolah Perguruan Sultan Abdul Aziz dan bertugas mengajar di sekolah rendah tamat latihan.
1928, umurnya 22 tahun menyambung pelajaran di Sekolah Persediaan memasuki Darul Ulum, Universiti Kaherah.
1930 berjaya masuk universiiti Kaherah belajar bahasa arab dan ulum syariah.
Setelah tamat, bertugas sebagai nazir di kementerian pendidikan mesir.
Merancang perubahan dalam kementerian tanpa mengira risiko.
Berminat dalam politik dan penulisan sehingga pandangannya tidak disenangi menteri pelajaran Mesir.
Dihantar berkursus di Amerika . Era 1940-an bermula erakesedaran dalam islam. Bergerak secara peribadi dalam menegakkan
islam. Beliau mula menulis rencana dan dibukukan
berjudul At-Taswir Fanni Fiil Quran 1939. Ianya mengupas tentang keindahan kesenian dalam ayat-ayat AQ.
1945 menulis buku bertajuk Masyahidul Qiamah Fiil Quran
1948 menghasilkan buku kemasyarakatan bertajuk Al-Adalah Al-Ijtimaiyyah Fil Islam
1951 mula terlibat dengan Jamaah ikhwan Islam sehingga meninggal 1966
Hasil karyanya -Hadha al-Din -Al-Mustaqbal li hadha al-Islamiyy -maalim fi al-tariq Tafsir fi zilal al-Quran
Menekan konsep tauhid dari sudut Uluhiyyah 1952 revolusi penggulingan pemerintahan beraja
oleh Gerakan Dubbat al-Ahrar pimpinan kolonel Jamal Naser dengan kerjasama Ikhwan Muslim.
Ditawarkan jawatan Menteri Pelajaran Mesir.dan meminta jaminan Naser dan Anwar Sadat agar oemerintahan berlandaskan Islam tetapi ditolak.
13/1/1954 Ikhwan Muslim diharamkan dan pemimpin-pemimpinya ditangkap dan dihukum bunuh.
Ditangkap dan dipenjara 15 tahun dengan kerja berat.
1964 dibebaskan permintaan Abdul Salam Arif Presiden Iraq.
1965 ditangkap semula atas tuduhan rampasan kuasa bersama seluruh anggota keluarga.
Sebelum hukuman gantung dijalankan Naser meminta beliau meminta maaf agar dibebaskan namun beliau menolak.
26/8/1966 digantung sampai mati
4.3.4 Hamka
Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Lahir 1908M di kampung Molek, Maninjau,
Sumatera Barat Meninggal di Jakarta 24/7/1981 Seorang sasterawan, ulama dan aktivis politik
Indonesia. Ayahnya Syeikh Abdul karim bin Amrullah dikenali
Hj rasul pelopor Gerakan Islah (Tajdid) Pendidikan rendah di Sekolah dasar Maninjau
hingga kelas 2. Umur 10 tahun, ayahnya membina madrasah
Sumatera tawalib.
Mempelajari agama dan mendalami bahasa arab Pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan
masjid oleh ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sultan Mansur dll.
Sebagai guru agama 1927 di Pekebunan Tebing Tinggi Medan dan Padang Panjang 1929.
Dilantik sebagai pensyarah di universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah padang Panjang 1957-1958.
Menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan profesor Universiti Mustopo, Jakarta.
1951-191960 Pegawai Tinggi Agama tapi letak jawatan apabila Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai tinggi atau menyertai politik majlis syura muslimin Indonesia.
Mahir dalam bidang falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik islam atau barat.
Mempunyai kemahiran bahasa arab yang tinggi dan menjadi pemido yang baik.
Aktif dalam gerakan islam melalui Muahammadiyah
1928 mengetuai Muhammadiyah di Padang Panjang.
1929 mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan selepas 2 tahun menjadi konsul Muhammadiayah di Makasar
1953 penasihat pimpinan pusat Muhammadiyah 26/7/1977 dilantik menjadi ketua umum majlis
ulama Indonesia dan letak jawatan 1981 apabila pandangannya tidak dihiraukan.
1925 bergiat dalam politik dalam parti Sarekat Islam.
1945 menentang usaha penjajah Belanda kembali ke Indonesia
1947 menjadi ketua Barisan pertahanan Nasional Indonesia.
1955 anggota Kontituente Masyumi (majlis syura muslimin Indonesia) menjadi pemidato utama dalam pilihanraya.
1960 masyumi diharamkan 1964 -1966 dipenjarakan oleh Sukarno dituduh
pro-malaysia. Semasa dipenjara menulis tafsir al-Azhar. Dibebaskan menjadi anggota Badan Musyawarah
kebajikan Nasional Indonesia, anggota perjalanan haji Indonesia dan Anggota Lembaga kebudayaan nasional, Indonesia.
Seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. 1920an menjadi wartawan akhbar seperti pelita
andalas, seruan islam, bintang Islam dan seruan muhammadiyah
1928 editor majalah kemajuan masyarakat 1932 editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di
Makassar. Pernah menjadi editor majalah pedoman
masyrakat, panji masyarakat dan gema islam. Karya terbesarnya adalah tafsir al-Azhar. Menerima anugerah dari universiti al-Azhar 1958 Meninggal dunia pada 24/7/1981
5.1 Kitab tafsir bi al-Mathur
5.1.1 Tafsir Ibn Abbas
Tafsir yang dikaitkan dengan Ibn Abbas sebahagian besar kandungannya.
Telah dicetak berulangkali di Mesir dengan nama Tanwir al-Qanus min tafsir Ibn abbas.
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
7
Dikumpulkan oleh Abu tahir Muhammad bin yakub al-Fairuz Abadi al-Syafei iaitu pengarang al-Qamus al-Muhit.
Keistimewaan nya merujuk puisi arab sebagai rujukan memahami lafaz AQ
Mahir dalam ilmu bahasa arab danmendalami himpunan puisi arab.
5.1.2 Tafsir al-Tabari
Ibn Jarir al-Tabari ulama ulung dalam bidang tafsir dan banyak ilmu lain.
Buku yang terkenal dalam bidang sejarah Tarikh al-Umam wa al-Muluk dan dalam ilmu tafsir Jamiu al-bayan fi tafsir al-Quran. Menjadi rujukan utama ulama tafsir yang menekankan tafsir bi al-Mathur.
Tafsir yang tinggi nilainya dan paling agung dalam bidang tafsir.
Mengandungi pendapat yang pelbagai di kalangan ulama tafsir, ditarjihkan pendapat tersebut dengan dalil yang kuat.
Ibn Jarir membuat kesimpulan daripa da pendapat ulama yang diutarakan.
Mengambil berat akan cara bacaan. Bergantung kepada penggunaan bahasa yang
diriwayatkan secara lisan, puisi arab lama, mazhab nahu dan merujuk bahasa arab yang mashyur.
Menyelesaikan masalah hukum fiqh, mengupas persoalan aqidah dengan mendalam dan menolak pendapat mazhab ahli al-kalam dan menegakkan pendapat ahli sunnah wa jamaah.
5.1.3 Tafsir Ibn Kathir
Imad al-Din Abu al-Fida Ismail bin Amru bin
Kathir.
Berguru dengan Ibn taimiyah.
Berilmu dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah.
Mengarang kitab sejarah al-Bidayah wa al-
Nihayah dan tafsir yang masyhur tafsir al-Quran
al-Azim, kedua penting selepas tafsir al-Jabari.
Mentafsir ayat AQ dengan hadis nabi, sahabat dan
tabiin.
Sentiasa mengingatkan bahaya kisah israiliyat.
Tafsir yang mudah difahami guna lafaz yang
ringkas dan makna yang menyeluruh.
Tidak mengabaikan cara qiraat, asbab an-nuzul
dihuraikan secara terperinci.
5.2 Kitab Tafsir bi al-Rayi
5.2.1 Tafsir al-Razi
Fakhruddin al-Razi ulama terkenal dalam bidang ilmu naqliyyah al-qurandan hadis seprti tafsir fiqh dll) dan ilmu aqliyyah (logik, falak,sains, kimia dll)
Mengarang banyak buku antaranya tafsir mafatih Gharib
Dikarang dalam 8 jilid yang besar Menjelaskan kesesuaian ayat AQ dengan
surahnya.
Dikaitkan dengan ilmu hisab, falsafah dan ilmu lain yang memerlukan pemikiran logik dan perselisihan mazhab fiqh.
Merupakan ensiklopedia dalamilmu kalam, astronomi dan ilmu tabii.
5.2.2 Tafsir al-Zamakhsyari
Alim dan bijaksana dalam ilmu nahu, bahasa arab, sastera dan tafsir.
Berfahaman mutazilah dan bermazhab Hanafi. Tafsir karangannya al-Kasysyaf menyokong
pegangan dan kepercayaan dalam akidah mazhabnya.
Membawa isyarat yang jauh untuk mentafsirkan makna ayat bagi memenangkan mutazilah dan menolak lawannya.
Menyerlahkan lagi keindahan AQ dan keajaiban retoriknya.
Menguasai ilmu balaghah, al-bayan, sastera arab, ilmu nahu dan tasrif.
5.2.3 Tafsir al-Hayyan
Abu Hayyan al-Andalusi al-Gharnati alim dalam ilmu bahasa.
Berpengetahuan luas dalam ilmu tafsir dan hadis. Karya yang terkenal adalah tafsir al-bahr al-
Muhit. Dikarang dalam 8 jilid yang besar dan dicetak
berulangkali. Berfokuskan irab dan masalah tatabahasa dihurai
panjang lebar hingga dianggap sebagai buku nahu.
Memasukan banyak pendapat al-Zamakhsyari dan Ibn Atiyyah.
Kadangkala menolak pendapat al-Zamakhsyari walaupun mempunyai kemahiran tinggi dalam menaikan keajaiban AQ.
5.3 Kitab tafsir Moden
5.3.1 Tafsir fi Zilal al-Quran
Dikarang oleh Syed Qutub dibahagi kepada 30 juzuk.
Menggunakan kaedah tafsir bi al-Mathur. Menghimpunkan aspek retorik sastera dan
kemasyarakatan. Susunan topik tertentu dalam surah secara
menyeluruh menyentuh perbincangan tentang tujuan secara umum dan khusus serta mengaitkan satu tajuk dengan tajuk yang lain untuk memperlihatkan kesinambungan AQ
Dianggap pengarang yang unik kerana menampilkan perbincangan tafsir ayat-ayat AQ.
Tafsir yang bersandarkan kepada unsur naqliyyah atau riwayat yang mathur.
Tidak membincangkan tentang ilmu bahasa dan tatabahasa, ilmu kalam, ilmu fiqh dan cerita israiliyyat serta penemuan sains yang asasnya boleh berubah-ubah.
Kitab istimewa kerana mempunyai gaya bahasa yang mudah difahami.
Diklasifikasikan sebagai tafsir al-Adabi al-ijtimai yang memerhatikan keindahan uslub,kemukjizatan AQ, kehalusan ungkapan serta aspek sosial, pemikiran kotemporari dan aliran moden.
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
8
Dikenali juga tafsir haraki kerana methodologi yang digunakan terhadap juz terakhir.
Pertama diterbitkan dlam tulisan jawi adalah juz Amma dalam 4 jilid pada tahun 1953.
5.3.2 Tafsir al-Manar
Sumber daripada perkuliahan Muhammad Abduh yang disampaikan di Universiti al-Azhar.
Disusun oleh Muhammad Rashid Ridha setelah beliau wafat tahun 1905 dengan judul Tafsir al-Quran al-Hakim
Popular dengan sebutan Tafsir al- Manar Pertama kali diterbitkan pada 22 syawal 1315H
kerana keinginan Rashid Ridha menerbitkan suratkhabar yang mengolah masalah sosialbudaya dan agama.
Mendapat sambutan hangat bukan hanya di Mesir malah negara arab lain sampai eropah dan Indonesia.
Terdiri daripada 12 juzuk pertama AQ diambil dari pemikiran Muhammad Abduh dan selebihnya dilakukan oleh Rashid Ridha mengikut method Muahmmad Abduh.
Abduh Cenderung menggabungkan antara riwayat yang sahih dan nalar rasional menjelaskan hikmah syariat sunnatullah serta eksitensi AQ sebagai petunjuk.
Rashid Ridha bergantung riwayat daripada Rasulullah dan nukilan pemikir para mufasir lain.
Menjelaskan ayat AQ dengan cara yang menakjubkan dan mengesankan mengungkap makna ayat dengan mudah, serta mengilustrasikan banyak masalah sosial dan menuntaskannya dengan perspektif AQ.
Banyak membincangkan sastera budaya dan kemasyarakatan.
Penjelasan AQ ketelitian redaksi, disusun dengan indah, ditekankan tujuan AQ diturunkan serta mengaitkan dengan hukum hakam .
5.3.3 Tafsir Hamka
Ditulis tokoh islam Indonesia Hamka merupakan karya agungnya.
Disusun ketika aktif memberi kuliah subuh di Masjid al-Azhar 1958 dan menulisnya ketika dalam penjara 1960an.
Dipenjara kerana dituduh menyokong Malaysia dalam persengketaan Malaysia Indonesia.
Tafsir yang baik sekali dan sama manhaj dengan Syed Qutub
Ditafsir bebas dari unsur israiliyyat dan banyak menggunakan method tafsir bi riwayat (al-Mathur).
6.1 Method Ideal mentafsir AQ
6.1.1 menggabungkan antara Riwayah dan Dirayah.
a) Riwayah Dikenali dengan sebutan al-Mathur atau
al-Manqul Sumber penting memahami AQ kerana
Rasullulah pentafsir pertama terhadap AQ.
Proses penafsiran AQ yang menggunakan kumpulan riwayat hadis daripada nabi dan para sahabat.
Para ulama tiada persepakatan tentang batasan tafsir riwayah.
Mempunyai kekurangan antaranya: -mencampur adukan yang sahih dan tidak sahih seperti maklumat yang disandarkan kepada para sahabat dan tabiin. -terdapat kisah israiliyyat yang penuh khurafat. -sebahagian pengikut mazhab mengaku pandapat mufassir tertentu. Sebahagian orang zindiq mengaku kepercayaannya melalui sahabat dan tabiin.
b) Dirayah Merupakan sumber ke 2. Berkembang
pesat pada abad ke 3H Teks AQ ditafsirkan dalam corak
kepentingan dan ideologi mazhab masing-masing.
Berpegang kepada akal, ijtihad dan qias.
Para ulama berbeza pendapat, ada yang menolak keras method ini dan ada yang menerima dengan syarat yang dikemukakan.
Gabungan kedua-dua method ini dengan menggunakan AQ dan Hadis serta pendapat para sahabat serta melibatkan ilmu falsafah, ijtihad, qias dan seumpamanya.
Menggabungkan aspek nas atau dalil yang sahih dan hasil pemikiran yang jelas yang menggabungkan antara warisan turath dan semasa.
6.1.2 Tafsir AQ dengan AQ dan AQ dengan As-sunnah.
a) Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran
AQ diturunkan dalam pelbagai gaya bahasa yang indah.
Kepelbagaian retorika menjadikan AQ penuh dengan Ijaz.
AQ diturunkan dengan ringkas tapi padat maknanya, secara itnab (ayat panjang), ijmal, terperinci, mutlak, taqyid, umum dan khusus.
Ayat-ayat AQ berkaitan antara satu sama lain,maka ia mentafsir kepada satu ayat yang lain.
Method ini ialah pentafsiran AQ dengan AQ sama ada menggunakaan ayat yang berturutan atau berada di tempat lain.
Penafsiran yang tepat dan wajib diyakini kerana Allah lebih mengetahui kehendak sesuatu ayat yang diturunkan.
b) Tafsir Al-Quran dengan As Sunnah
Mentafsirkan sesuatu ayat AQ dengan menggunakan hadis nabi sebagai penjelasan atau perincian sesuatu yang umum.
c) Menggunakan tafsir sahabat dan tabiin. Sekiranya ayat AQ atau tiada hadis yang
menerangkannya maka ulama tafsir akan merujuk kata-kata sahabat.
Sahabat lebih memahami AQ kerana mereka pernah bersama nabi dan menyaksikan
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
9
sendiri persekitaran yang menyebabkan AQ diturunkan.
Memahami dengan kefahaman yang sempurna kerana rasulullah sendiri yang menjelaskannya.
Jika tiada rujukan dari kata-kata sahabat barulah dirujuk kata tabiin.
6.2.1 Mengambil Kemutlakan Bahasa dan Memerhati Konteks Kalimah.
Mengambil kemutlakan istilah, kekhususan, kata akar yang sesuai dengan konteks zaman diturunkan AQ.
Perkataan ,uslub (gaya bahasa) berubah dan berkembang sesuai dengan perubahan zaman.
Memahami AQ tidak dapat hanya mengambil sebahagian ayat sahaja.
6.2.2 Memerhati Asbab al-Nuzul.
Wajib bagi yang ingin mengetahui ilmu AQ. Bertujuan untuk mengetahui sebab ayat
diturunkan, pelaku yang dituju, redaksional ayat dll.
Mengabaikan Asbab nuzul akan menimbulkan kesamaran dan kesulitan, nas yang tampak umum dan terjadi perselisihan pendapat.
Jika asbab nuzul bercanggah dengan AQ maka ulama berpendapat ia tidak dapat dijadikan pegangan dalil.
Menjadikan AQ sebagai rujukan utama dalam pemahaman dan tidak mentafsirkan AQ mengikut kehendak diri sendiri atau mazhabnya.
6.3.1 Terjemahan AQ
Usaha untuk menyampaikan maklumat daripada bahasa asal kepada bahasa lain dengan erti dan maksud yang sama serta memelihara aspek makna dari sudut bahasa yang digunakan.
Terdapat 2 jenis terjemahan iaitu
1. Terjemahan Harfiyyah.
Terjemahan dalam bahasa lain dengan mengekalkan setiap kedudukan perkataan asalnya sama ada dari segi nazm, uslub dan susunan ayat.
Diterjemah mengikut aturan dan susunan perkataan dalam bahasa asalnya.
Ulama bersepakat hukum menterjemahkan AQ ke bahasa lain secara huruf atau perkataan adalah tidak boleh kerana:
I. Sama seperti ciptaan baru bagi AQ II. Nabi tidak pernah
menterjemahkan AQ walaupun satu ayat semasa berdakwah.
III. Membuka ruang kepada manusia meninggalkan AQ yang asalnya dalam bahasa arab.
IV. Membuka ruang kepada musuh islam melakukan terjemahan secara palsu mengikut hawa nafsu.
2. Terjemahan Maknawiyyah / tafsiriyyah Menjelaskan makna yang hendak
disampaikan oleh bahasa asal dengan menggunakan bahasa lain tanpa terikat
dengan susunan dan tertib struktur ayat dalam bahasa asal.
Melakuka tafsiran terlebih dahulu kemudian diterjemah ke bahasa asing.
Pandangan ulama terhadap terjemahan ini adalah:
Al-Zamakhsyari berpendapat rasulullah diutus dalam bahasa kaumnya dan tiada masalah pemahaman, dan nabi diutus pelbagai kaum dan bangsa maka terjemahan harfiyyah dan maknawiyyah adalah cara memahaminya.
Muhammad Rasyid Ridha berpendapat terjemahan secara tafsiriyyah adalah umpama tafsir AQ. Tidak haram hukum syara
Wahbah al-Zuhaili berpendapat syarak tidak menghalang terjemahan makna AQ atau mentafsirkannya. Terjemahan tidak boleh sama sekali disamakan dengan AQ.
Umumnya ulama sependapat mengharuskan penterjemahan AQ secara Maknawiyyah.
Syarat-syarat penterjemahan Penterjemah mengetahui selok belok
kedua-dua bahasa (arab dan terjemahan)
Penterjemahan hendaklah merangkumi semua makna yang dimaksudkan dalam AQ dengan penuh teliti dan amanah.
6.4 Hukum membaca AQ dalam bahasa lain dalam solat.
Jumhur ulama tidak harus bagi yang mampu dan membatalkan solat
Mazhab Hanafi mengharuskan bagi yang tidak mampu (hukum sama dengan orang buta huruf)
Imam Nawawi berpendapat terjemahan bukan AQ kerana AQ adalah mukjizat Ijaz.
Abu Hanifah pada awalnya mengharuskan bacaan terjemahan sama ada mampu atu tidak tetapi menarik balik pandangannya dan hanya yang tidak mapu sahaja diharuskan.
7.1.1 Israiliyyat
Perkataan jama bahasa arab dinisbahkan kepada Bani Israil.
Israil pada asalnya nama nabi Yaakub yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah.
Israiliyyat dalam tafsir bermaksud berita atau cerita yang diambil daripada pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya dari golongan yahudi dan sedikit golongan nasrani.
Ahli Tafsir mendifinisikan israiliyyat adalah pengaruh budaya yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama islam melalui pentafsiran dan penerangan ayat-ayat AQ.
Para ulama tafsir dan hadis menggunakan istilah israiliyyat terhadap perkara yang lebih luas seperti kisah lama yang diada-adakan yang dimasukan dalam tafsir.
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
10
Sesetengah ulama berpendapat israiliyyat adalah setiap kisah yang dicipta dan di sampaikan ke dalam tafsir bertujuan merosakan kesucian islam.
Menurut al-Zahabi Israiliyyat ada 2 pengertian: - Kisah atau cerita yang dimasukan ke dalam
tafsir yang asal periwayatannya kembali kepada sumbernya iaitu yahudi dan Nasrani.
- Cerita yang sengaja dimasukan oleh musuh islam ke dalam tafsir yang tidak dijumpai dasarnya dalam mana-mana sumber muktabar.
7.1.2 Cara penyerapan Israiliyyat
Bermula dengan kemasukan thaqafah(peradaban) bani Israil ke dalam thaqafah arab zaman jahiliyah.
Membawa ilmu dan pengetahuan kitab agama mereka .
Islam mula tersebar dan kalangan yahudi memeluk islam lalu mereka menjadi tempat rujukan sahabat tentang kisah yang sama dalam AQ dan taurat.
Keilmuan tentang taurat dan injil dimanfaatkan untuk pemerincian dalam tafsir AQ, hadis dan fakta sejarah.
Para sahabat tidak menerima bulat-bulat apa yang didengar dan menapisnya dengan akal yang wara. Menerima apa yang diterima kal dan syara dan menolak yang bercanggah dengan keduanya. Dan berdiam diri apabila perkara yang tidak jelas sahihnya.
7.1.3 Bahaya israiliyyat
Merupakan cerita dongeng dan khurafat yang boleh merosakan kesucian islam.
Boleh menyelewengkan akida orang islam. Merugikan dan melekakan umat islam dengan
perihal cerita yang sia-sia dan tiada kepentingan kepada islam.
Boleh menyebabkan kekeliruan dan menganggu kemurnian ajaran islam.
Kesan dari israiliyyat Terdapat unsur penafian terhadap sifat
maksum para anbia dan mursalin. Menghilangkan kepercayaan umat islam
terhadap sebahagian salaf daripada kalangan sahabat dan tabiin.
Memalingkan manusia daripada tujuan asal penurunan AQ dan melalaikan mereka daripada meneliti dan memahami maksud ayat AQ.
Mencemarkan ajaran islam serta memberi gambaran islam adalah agama khurafat.
7.2.1 Pembahagian Israiliyyat
Menurut Dr Muhammad Husayn al-Zahabi, Israiliyyat dibahagi kepada 3 kategori
Pembahagian dari sudut kesahihannya atau pun tidak.
I. Sahih seperti apa yang telah datang menceritakan tentang sifat nabi seperti yang dinyatakan dalam AQ.
II. Tidak sahih seperti kepercayaan khurafat mengenai wujudnya gunung
QAF yang meliputi langit dan bumi sebagaimana yang didakwa.
Pembahagian dari sudut bertepatan dengan agama atau bercanggah.
i. Sesuatu yang terdapat di dalam taurat bersamaan dengan apa yang ada dalam syara
ii. Sesuatu yang bercanggah dengan syariat
iii. Sesuatu yang didiamkan oleh syara tiada sokongan atau pun bantahan.
Pembahagian dari sudut tajuk atau isi kandungan. i. Berkaitan dengan akidah ii. Berkaitan dengan hukum iii. Berkaitan dengan kisah, cerita dan
pengajaran. Kesimpulannya:
Kita tidak boleh menyatakan secara pasti kesahihan sesuatu pun melainkan kebenarannya dapat dibuktikan melalui AQ dan hadis.
Sesuatu yang sahih daripada sumber AQ dan sunnah bukan israiliyyat.
Riwayat israiliyyat yang bercanggah dengan islam tidak boleh disebarkan kecuali memberi peringatan daripada mempercayainya.
Israiliyyat yang daif tidak boeh dianggap sebagai ilmu dan kewujudannya dalam kisah serta di dalam tafsir dikira tafsir yang batil.
7.2.2 Hukum meriwayatkan Israiliyyat
Haram meriwayatkan israiliyyat secara mutlak terutama yang bercanggah dengan AQ dan sunnah.
Harus meriwayatkan daripada israiliyyat sebagaimana yang terdapat dalam kitab tafsir dan kitab sejarah yang bertepatan dengan nas AQ dan sunnah.
Hujah larangan periwayatan Israiliyyat Penyelewengan Yahudi dengan
meminda perkataan dalam kitab Taurat merupakan perbuatan yang tidak amanah dan bermoral.
Yahudi berusaha mewujudkan fitnah dalam agama dikalangan orang islam.
Yahudi menyembunyikan kebenaran serta memesongkan fakta ke arah kebatilan.
Yahudi sengaja meninggalkan kebenaran dan menuruti kebatilan dan riwayat israiliyyat benyak mengandungi kemungkaran.
Larangan AQ daripada bertanya kepada ahli kitab tentang kisah yang lampau.
AQ melarang daripada memperkatakan sesuatu tanpa ilmu dan israiliyyat dianggap tanpa ilmu kerana golongan mereka mengikut sesuatu secara membuta tuli tanpa ilmu.
AQ mengajar kita agar lebih berhati-hati untuk menerima sesuatu berita dan perkhabaran , tidak boleh menerima riwayat daripada golongan fasik dan kufur kecuali setelah diteliti dan
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
11
diperiksa terlebih dahulu kebenarannya.
Rasulullah pernah menegaskan kepada saidina Umar apabila beliau membawa pulang kitab taurat sabda baginda andainya Musa hidup di zamanku maka dia juga wajib mentaatiku (AQ). Riwayat Ahmad.
7.2.3 Perawi Israiliyyat
1. Abdullah bin Salam
Abu Yusuf Abdullah bin Salam bin al-harith al-Israiliy al-Ansori.
Memeluk islam setelah rasulullah tiba di Madinah.
Meninggal dunia di Madinah pada tahun 43 H
Meriwayatkan hadis rasulullah.
2. Kaab al-Ahbar
Abu Ishak, Kaab al-Humayri Berasal dari Yahudi Yaman. Merupakan pendeta Yahudi yang terkenal
menghafal dan menguasai kitab taurat. Terpaut dengan islam apabila terdengar
salah seorang sahabat nabi membaca AQ. Memeluk islam berdasarkan ilmu dan
beriman berdasarkan makrifat. Berjaya menghafal AQ.
3. Wahab bin Munabbih Abu Abdullah Wahab bin Munabih Salah seorang ulama Tabiin Lahir pada 34H zaman peemerintahan Saidina
Uthman bin Affan. Meninggal dunia pada 110H. Meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah, Abu
Said al-khudri, Ibn Abbas< Ibn Umar, Ibn Amru al-As, Jabir, Anas dll.
Berpengetahuan luas dan banyak membaca kitab lama yang mengandungi kisah dan cerita berkaitan dengan permulaan alam dsbnya.
4. Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraji Abu Khalid atau Abu Walid, Abdul malik
bin abdul Aziz bin Juraji Berketurunan nasrani Rom Terkenal sebagai ulama Mekah. Dilahirkan di Mekah tetapi merantau di
banyak negara mencari ilmu seperti di basrah, baghdad dan Yaman.
7.2.5 Kaedah mengenali Israiliyyat
Terdapat kenyataan jelas daripada perawi menggunakan sumber israiliyyat.
Sanadnya biasa bersifat terhenti mauquf kepada sahabat, bukan marfu kepada nabi.
Persoalan yang dibincang mengenai asal usul kejadian alam serta rahsianya dan kisah lampau.
Perincian kepada kesmaran perkara yang tidak dijelaskan dalam AQ.
Memperlihatkan keterlampauan ketara. Mengandungi perkara yang bercanggah dengan AQ
dan sunnah. Menceritakan sesuatu yang pelik gharib. Merujuk kepada ulama yang membincangkan
tentang israiliyyat.
8.0 Tafsir ayat ayat Akidah
8.1 ayat 1-5 surah al-Baqarah
Allah menyenaraikan 4 sifat orang yang bertaqwa yang mengambil manfaat daripada petunjuk Aq:
i. Orang yang beriman dengan perkara ghaib yang diceritakan dalam AQ.
ii. Golongan yang mendirikan solat dengan sempurna
iii. Mereka yang membelanjakan harta di jalan Allah.
iv. Golongan yang membenarkan apa sahaja yang diturunkan kepada rasulullah dan rasul terdahulu dan tanpa keraguan tentang akhirat.
Pengajaran ayat i. Asal takwa adalah mencegah
melakukan perkara yang dilarang seperti syirik, dosa besar, dosa kecil.
ii. Takwa merupakan semulia-mulia perkara .
iii. Definisi takwa disimpulkan sebagai
Menjauhkan diri daripada sebarang dosa samada kecil atau besar.
Berhati-hati dalam setiap perkataan dan tindakan
Tidak memandang remeh kepada perkara-perkara yang kecil.
iv. lima sifat orang yang bertaqwa
Beriman dengan perkara ghaib
Mendirikan solat
Membelanjakan harta di jalan Allah
Beriman dengan wahyu yang diturunkan
Beriman dengan hari akhirat.
8.2 Ayat 138 141 Surah al-Baqarah
Pengajaran ayat I. Ajaran islam fitrah bersih daripada
perkara syirik dan khurafat II. Roh kepada agama adalah tauhid dan
asasnya adalah ikhlas. III. Segala hujah yang dikemukan golongan
Yahudi dan nasrani adalah batil dan sesat dan penipuan serta pembohongan yang nyata.
IV. Setiap manusia akan menghadapi hari pembalassan dan segala amalan manusia akan dihitung.
V. Syarat amalan diterima Allah:
Benar
Bertepatan dengan syarak
Ikhlas
8.3 Ayat 11 19 surah al-Anaam
Pengajaran ayat I. Sejarah adalah bukti nyata dan jelas
dan merupakan pengajaran yang amat berguna.
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
12
II. Berlaku kerosakan dimuka bumi pada masa kini menandakan amaran Allah atas kemungkaran yang berlaku.
III. Menekankan persoalan tauhid dan akidah terutama berkaitan dengan kebangkitan hari akhirat.
IV. Allah memberi rahmat yang banyak kepada umat nabi Muhammad .
V. Allah mencela golongan yang tidak menggunakan akal dan ilmu untuk mencari kebenaran dan iman yang sahih serta beristiqamah dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah.
VI. Setiap manusia hendaklah takut dan gerun dengan azab dn siksaan yang dijanjikan Allah kepada mereka yang degil dan ingkar.
VII. Allah membekalkan nabi mukjizat sebagai bukti sokongan kenabian Rasulullah. Mukjizat agung adalah AQ.
9.0 Tafsir ayat Akam
9.1 Ayat 221 surah al-Baqarah
Pengajaran ayat I. Islam tidak membenarkan perkahwinan
antara muslim dan wanita kafir musyrik kerana perbezaan akidah antara mereka terlalu jauh.
II. Islam melarang wanita muslim berkahwin lelaki bukan islam kerana islam tidak mebuka jalan bagi orang kafir berkuasa terhadap orang islam.
III. Wanita ahli kitab (yahudi atau nasrani) syara mengharuskan lelaki muslim mengahwininya.
IV. Wanita musyrik tidak beriman langsung dengan Allah dn wanita ahli kitab ada sedikit persamaan dengan orang islam.
V. Sebahagian ulama berpendapat wanita musyrik merangkumi semua mereka yang ingkar kepada allah.
VI. Walaupun perkahwinan lelaki muslim dengan wanita ahli kitab dibolehkan namun dikhuatiri lelaki muslim mengabaikan tanggungjawab akidah terhadap anak-anak mereka.
VII. Mazhab Maliki dan Hanafi memfatwakan.kalaupun sah, tapi terlalu makruh berkahwin dengan wanita yahudi dan kristian.
9.2 Ayat 228 Surah al-Baqarah
Pengajaran ayat Wajib edah bagi wanita yangbercerai adalah disebabkan
I. Untuk memastikan rahim benar-benar bersih
II. Memelihara kehormatan wanita III. Memlihara nikmat hidup
berumahtangga IV. Berfikir akibat selepas perceraian V. Memberikan peluang untuk kembali
hidup sebagai suami isteri VI. Berfikir tentang masa depan anak-anak.
Tempoh edah
I. Bercerai sebelum bersetubuh tiada edah
II. Talak bagi wanita yang masuh didatangi haidh 3kali suci haidh
III. Wanita yang tidak mempunyai haidh seperti kanak-kanak dan wanita putus haidh 3bulan
IV. Wanita hamil sehingga melahirkan anak.
V. Suami meninggal - 4 bulan 10 hari. Maksud quru dalam ayat.
I. Sudt bahasa suci dan haidh. Fuqaha berbeza pendapat tentang eda.
II. Mazhab Maliki dan Syafei bermaksud suci daraipada haidh.
III. Abu Hanifah dan Imam Ahmad bermaksud haidh.
9.3 Ayat 11 12 surah al-Nisa
Kandungan ayat I. Hak yang berkaitan dengan zakat harta. II. Perbelanjaan bagi mengurus jenazah. III. Hutang piutang yang bersangkutaan
dengan tanggungan si mati. IV. Wasiat yang tidak lebih daripada satu
pertiga daripada keseluruhan hartanya tetapi bukan kepada ahli waris.
V. Baki harta dijadikan faraid dan dibahagikan kepada waris berhak.
Ahli waris yang layak menerima harta pusaka. Waris daripada pihak lelaki.
I. Anak lelaki II. Cucu lelaki dari anak lelaki III. Bapa datuk saudara lelaki seibu sebapa. IV. Saudara lelaki sebapa V. Saudara lelaki seibu VI. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa. VII. Bapa saudara seibu sebapa VIII. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa IX. Sepupu dari bapa saudara sebapa X. Suami XI. Hamba sahaya.
Jika kesemua waris lelaki wujud maka 3 orang sahaja yang layak iaitu bapa, anak lelaki dan suami.
Waris perempuan I. Anak perempuan II. Cucu perempuan dari anak lelaki III. Ibu IV. Nenek sebelah ibu V. Nenek swbwlah bapa VI. Saudara perempuan seibu sebapa VII. Saudara perempuan seibu VIII. Saudara perempuan sebapa IX. Isteri X. Perempuan bagi hamba sahaya.
Jika kesemua ahli wujud hanya 5 yang layak I. Anak perempuan II. Cucu perempuan dari anak lelaki III. Ibu IV. Saudara perempuan seibu sebapa V. Isteri
Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan wujud, maka keutamaan akan diberikan kepada 5 ahli waris iaitu:
I. Bapa II. Ibu III. Anak lelaki
-
Man-Sue HBQE 3203 Tafsir Al-Quran Januari 2014
13
IV. Anak permpuan V. Suami / isteri
10.0 Tafsir ayat akhlak
10.1 ayat 1 -11 surah al-Mukminun
Pengajaran ayat I. Kejayaan hakiki adalah kejayaan dunia
dan akhirat II. Untuk mendapat kejayaan dunia dan
akhirat hendaklah beriman kepada Allah.
III. Orang yang khusyuk dalam solat adalah kejayaan yang sebenarnya.
IV. Orang yang beriman kepada Allah menjauhkan diri daripada perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah.
V. Orang yang suka bersedekah mendapat keberkatan dalam hidup
VI. Orang yang berjaya adalah orang yang dapat mengawal nafsu sahwat.
10.2 Ayat 11-19 surah Luqman
Pengajaran ayat. i. Bersyukur dengan nikmat dan anugerah
Allah. ii. Bersabar menahan gejolak hati dan
gelora nafsu dalam melaksanakan tuntutan Allah.
iii. Menyengutukan Allah adalah perbuatan yang zalim dan merugikan diri sendiri.
iv. Hendaklah berbuat baik kepada ibubapa.
v. Mengutamakan perintah Allah daripada perkara lain.
vi. Sentiasa menyedari dan insaf bahawa segala perbuatan baik atau jahat diperhatikan Allah.
vii. Kebahagiaan yang sebenar akan tercapai di dunia sekiranya tunduk dan patuh akan perintah Allah.
viii. Sentiasa berakhlak mulia semasa berurusan dengan orang lain.
ix. 3 ilmu yang perlu dititikberatkan orang islam adalah akidah, syariat dan akhlak.
10.3 Ayat 24 25 surah al-Anfal
Pengajaran ayat i. Orang yang beriman wajib menyahut
seruan Allah dan rasul. ii. Sentiasa reda dan menerima dengan
hati yang terbuka segala arahan dan suruhan Allah.
iii. Orang yang beriman sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk.
iv. Banyak musibah akan menimpa sekiranya lalai menegakan hukum Allah.
v. Keghairahan kepada dunia boleh melalaikan kita mengingati Allah.
vi. Kemungkaran dalam masyarakat perlu ditegah.