Post on 24-May-2015
description
UBI KAYUUNTUK GURU
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
1
Esok ialah Hari Guru. Hari Guru
disambut sekali setahun. Sajidah
ingin memberikan hadiah kepada
guru kelasnya.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
2
Tetapi Sajidah tidak cukup wang.
Dia tidak dapat membeli hadiah
untuk guru kelasnya.
Sajidah teringat akan kata-kata
guru kelasnya.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
3
“Cikgu tidak mengharapkan
hadiah kamu. Kamu boleh ucapkan
Selamat Hari Guru. Ucapan itu lebih
berharga,” kata Cikgu Solehah.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Namun, Sajidah tetap berhasrat
ingin memberikan hadiah.
Keesokan harinya, Sajidah
menghulurkan hadiahnya kepada
Cikgu Solehah.
4
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
5
Hadiah itu ialah beberapa
tongkol ubi kayu.
“Selamat Hari Guru! Saya ada
hadiah untuk cikgu,” ucap Sajidah.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
6
“Terima kasih!” balas Cikgu
Solehah.
“Saya orang miskin, cikgu! Hadiah
saya hanyalah ubi kayu,” ujar
Sajidah. Cikgu Solehah tersenyum.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
7
“Terima kasih! Cikgu sudah lama
tidak makan ubi kayu. Cikgu suka
makan ubi ini. Rasanya enak. Kamu
sungguh baik hati,” kata Cikgu
Solehah.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
8
Pada suatu petang, Cikgu
Solehah datang ke rumah Sajidah.
Sajidah dan ibu bapanya
menyambut mesra kedatangan
Cikgu Solehah.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
9
“Sajidah, cikgu bawa ketupat
sotong untuk kamu!” kata Cikgu
Solehah. “Cikgu, hadiah saya itu
bukanlah minta dibalas!” kata
Sajidah.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
10
“Tidak mengapalah, Sajidah!
Kamu seorang murid berakhlak
mulia. Cikgu datang untuk
berkenalan dengan keluarga
kamu,” jelas Cikgu Solehah.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
11
Sajidah tersenyum. Hatinya
gembira kerana Cikgu Solehah sudi
datang ke rumahnya.
Mereka bersama-sama makan
ketupat sotong itu.