Post on 17-Apr-2020
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 33
TEMA: SAINS FIZIKAL
MENGIKUT SUKATAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
Copyright © ANDREW CHOO Exam Tips All rights reserved.
For 100% Real 2020 Exam Tips, Pre-order the Exam Tips Book which is
more details with questions and answers before the price going up.
www.andrewchoo.edu.my 012-3260392
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 34
TEMA: SAINS FIZIKAL
TAHUN 3 SAINS UNIT 5 MAGNET
1. Bentuk-bentuk magnet:
Magnet bar Magnet U Magnet
ladam Magnet silinder
Magnet cincin
Magnet butang
2. Tindakan Magnet Bahan Magnet Bahan Bukan Magnet
- Objek besi yang dapat ditarik oleh magnet.
- Contoh: skru, paku tekan, klip kertas, sudu besi, jarum dan pin baju.
- Objek yang tidak boleh ditarik oleh magnet.
- Contoh: Guli, lidi, getah pemadam, kertas tisu, pensil, sudu plastik, tuala dan gelas.
3. Kekuatan magnet tidak bergantung kepada bentuk dan saiz. - (Inferens) Magnet yang lebih kuat akan menarik lebih banyak objek dengan lebih
cepat. Bahagian magnet yang paling kuat ialah pada dua hujung kutubnya. - (Hipotesis / Hubungan) Semakin kuat tarikan magnet, semakin bertambah bilangan
klip kertas yang dapat di tarik.
Tujuan : Menyiasat hubungan antara saiz magnet dan kekuatan magnet Alat dan bahan : Dua magnet bar berbeza saiz dan sekotak paku tekan. Arahan : a. Dekatkan paku tekan pada magnet A satu per satu sehingga paku tekan tidak
melekat lagi. b. Kira bilangan paku tekan yang ditarik oleh magnet A. c. Ulang langkah 1 dan 2 dengan menggunakan magnet B yang berbeza saiz. d. Catatkan pemerhatian dalam jadual di bawah.
Keputusan:
Magnet Bilangan paku
tekan yang ditarik oleh magnet
Magnet A 6 Magnet B 3
Kesimpulan: Magnet A dapat menarik 6 paku tekan manakala magnet B dapat menarik 3 paku tekan. Daya tarikan magnet A lebih kuat daripada magnet B kerana dapat menarik lebih banyak paku tekan.
.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 35
4. Setiap magnet mempunyai dua kutub,iaitu Kutub Utara (U) dan Kutub Selatan (S). 5. Tarikan dan tolakan
Dua kutub magnet yang berlainan menarik antara satu sama lain.
Dua kutub magnet yang sama menolak antara satu sama lain.
6. Kegunaan magnet
a. untuk memudahkan pemakai melekatkan tanda nama pada baju b. bertindak sebagai pelekat penutup beg tangan c. jarum bermagnet dalam kompas membantu kita menunjukkan arah d. sebagai pelekat nota atau memo pada pintu peti sejuk e. magnet mengelakkan buah catur terjatuh daripada papan catur f. membolehkan pintu peti sejuk tertutup rapat
TAHUN 4 UNIT 6 PENGUKURAN 6.1 Panjang 1. Panjang adalah ukuran jarak di antara
dua titik. Alat Pengukuran Tidak Piawai 1. Pada zaman dahulu, manusia
menggunakan anggota badan mereka untuk mengukur panjang.
2. Panjang juga boleh diukur menggunakan
objek yang mempunyai panjang yang seragam seperti klip kertas, straw, paku, pemadam, mancis dan tali.
Pemboleh ubah manipulasi: Saiz klip kertas
Pemboleh ubah bergerak balas: Bilangan klip kertas
3. Alat yang sesuai digunakan untuk
mengukur ukur lilit sebatang pensel ialah benang dan pembaris.
4. Bahagian badan atau objek yang seragam tidak boleh digunakan sebagai alat ukuran piawai kerana
panjang sesuatu objek atau jarak yang diukur mungkin berlainan bergantung pada objek atau bahagian badan yang
digunakan. Alat pengukuran piawai dan unit piawai 1. Untuk mengukur panjang dengan
tepat kita boleh menggunakan pembaris dan pita pengukur. - Pembaris: ukur kotak tisu - Pita pengukur : ukur gelanggang
badminton, padang bola - Meter beroda digunakan untuk
mengukur jarak antara dua tempat. 2. Unit piawai yang digunakan :
millimeter (mm), sentimeter (cm), meter (m), dan kilometer (km).
3. Hubungan antara unit-unit piawai bagi ukuran panjang adalah seperti berikut:
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 36
1 cm = 10 mm 1 m = 100 cm 1 km = 1000 m
4. Contoh dan unit piawai bagi ukuran
panjang yang sesuai digunakan.
Contoh Unit panjang Ketebalan syiling Milimeter (mm) Panjang straw Sentimeter (cm) Panjang gelanggang Meter (m) Jarak tempat yang jauh
Kilometer (km)
Teknik yang betul untuk mengukur
panjang sesuatu objek
a. Pastikan nombor ‘0’ pada pembaris berada tepat pada sisi objek.
b. Apabila bacaan diambil, mata kita
mesti berada tegak di atas bacaan pada pembaris.
Teknik yang betul untuk mengukur
panjang garis lengkung AB
a. Garis lengkung AB ditekap dengan
seutas benang. b. Kemudian benang diluruskan dan
diukur dengan menggunakan pembaris.
6.2 Luas [K1+2]
1. Luas ialah saiz permukaan. 2. Unit piawai bagi luas dalam sistem
metrik ialah:
a. Milimeter persegi (mm 2 ) b. Sentimeter persegi (cm 2 ) c. Meter persegi (m 2 ) d. Kilometer persegi (km 2 )
3. Contoh luas permukaan dan unit luas
yang sesuai digunakan.
Permukaan Unit luas yang sesuai
digunakan Setem Milimeter persegi (mm 2 ) Buku Sentimeter persegi
(cm 2 ) Permaidani Meter persegi (m 2 ) Tanah Kilometer persegi (km 2 )
Mengukur Luas Permukaan Segi Empat 1. Kad berukuran 1 cm 1 cm digunakan
sebagai alat pengukur piawai untuk mengukur luas permukaan segi empat
sama berukuran 4 cm 4 cm. 2. Luas permukaan bentuk yang sekata
boleh dikira dengan menggunakan rumus berikut:
Luas = Panjang Lebar
Alat pengukur piawai: kertas petak 1 cm 1 cm
a. Luas petak 1 cm 1 cm ialah 1
cm 2 . b. Isikan permukaan segi empat
sama dengan kertas petak 1 cm 2 . c. Kira bilangan kertas petak yang
memenuhi permukaan segi empat sama.
d. Bilangan kertas petak ini merupakan luas permukaan segi
empat sama tersebut. e. Berdasarkan rajah di atas,
permukaan segi empat ditutupi
dengan 16 kertas petak 1cm 2 . Maka, luas segi empat sama = 16 cm 2
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 37
Menganggar luas permukaan bentuk tidak sekata 1. Luas permukaan sesuatu objek yang
tidak sekata boleh diukur dengan menggunakan sekeping kertas graf. a. Tekapkan bentuk daun di atas
sehelai kertas graf yang berukuran 1 cm 1 cm.
b. Tandakan setiap petak, yang sekurang-kurangnya separuh lengkap dengan tanda (√).
c. Kira jumlah tanda untuk
mendapatkan anggaran luas daun.
Anggaran luas daun = 7 cm 2 . 6.3 Isi Padu 1. Isi padu ialah besarnya sesuatu ruang
yang dipenuhi oleh objek tersebut. 2. Lebih besar ruang sesuatu bekas,
lebih besar isi padunya dan lebih banyak objek yang boleh diisi ke dalamnya.
3. Berdasarkan gambar di bawah, tin A boleh diisi dengan banyak bola pingpong daripada tin B.
4. Unit piawai isi padu dala sistem metrik ialah: a. milimeter padu (mm 3 ) b. sentimeter padu (cm 3 ) c. meter padu (m 3 )
Mengukur Isi Padu Pepejal 1. Mengukur isi padu kuboid dan kubus
dengan menggunakan rumus:
Isi Padu = pajang lebar tinggi
Mengira isi padu pepejal bentuk sekata dan tidak sekata 1. Kita boleh mengganggar isi padu pepejal
bentuk sekata dan tidak sekata dengan menggunakan kaedah sasaran air.
Cara 1
Isi padu batu = Isi Padu air dan batu – isi padu air
asal = 35ml – 20ml = 35cm 3 –20cm 3 = 15cm 3 Kesimpulan: Semakin banyak batu, semakin besar bacaan silinder penyukat. Cara 2
Isi padu air yang disesarkan di dalam selinder penyukat bersamaan dengan isi padu batu = 10 ml = 10 cm 3
Menyukat isi padu cecair dengan menggunakan alat penyukat tidak piawai 1. Antara alat yang boleh digunakan untuk
menyukat isi padu cecair - cawan, baldi, botol, sudu dan penutup botol.
2. Alat-alat ini tidak menunjukkan ukuran yang tepat.
Susu dapat diisi ke dalam 5 gelas penuh. Isi padu susu di dalam kotak ialah 5 gelas.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 38
Menyukat isi padu cecair dengan menggunakan alat penyukat piawai
Pipet Buret 1. Hubungan antara unit-unit isi padu
cecair
1 meter padu (m 3 ) = 1 000 liter (l) 1 liter (l) = 1000 milileter (ml) 1 liter (l) = 1000 sentimeter padu (cm 3 ) 1 milileter (ml) = 1 sentimeter padu (cm 3 )
Kaedah yang betul meyukat isi padu cecair
1. Silinder penyukat diletakkan di atas
permukaan yang rata. 2. Tuangkan cecair ke dalam silinder
penyukat.
3. Mata kita mesti berada pada aras yang sama dengan bahagian bawah meniskus.
4. Meniskus ialah permukaan cecair yang
berkeluk pada dinding bekas.
Keadaan 1- Air
Situation 2- Merkuri
6.4 Jisim 1. Jisim ialah kuantiti jirim yang
terkandung di dalam sesuatu objek.
- Setiap objek mempunyai kuantiti jirim yang berbeza.
2. Lebih banyak jirim dalam sesuatu objek, lebih besar jisim objek itu.
3. Alat pengukur jisim.
Neraca mudah
Neraca Elektronik
Keseimbangan
rasuk
Penimbang badan
Neraca tuas
Neraca tuas
Neraca tiga palang
4. Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut.
5. Alat pengukur berat.
Neraca
mampatan
Neraca spring
*Panjang spring
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 39
bertambah jika berat / jisim beban bertambah
** menggunakan prinsip tarikan iaitu bacaannya bergantung kepada tarikan graviti.
**Tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan spring.
6. Unit piawai berat dan jisim ialah
- Berat – Newton / N - Jisim – Kilogram / kg ; gram / g
Mengukur jisim menggunakan neraca tiga palang
1. Cara mengukur jisim dengan neraca
tiga palang adalah seperti yang berikut: a. Pastikan semua pelungsur berada
pada senggat ‘0’ (paling kiri).
b. Pastikan penunjuk aras berada pada kedudukan selari dengan ‘0’.
c. Letakkan objek yang ingin ditimbang di atas dulang penimbang.
d. Tolakkan pelungsur besar ke
kanan. Pastikan penunjuk aras
berada hampir dengan ‘0’. e. Kemudian, tolakkan pelungsur
sederhana ke kanan. Pastikan penunjuk aras berada hampir dengan
‘0’. f. Akhirnya, tolakkan pelungsur kecil
sehingga penanda aras selari dengan
‘0’. g. Jumlah semua bacaan pada ketiga-tiga
palang merupakan jisim objek.
h. Jisim bongkah kayu (Jumlahkan semua bacaan pada
ketiga-tiga palang) = Pelungsur Besar + Pelungsur
Sederhana + Pelungsur Kecil = 300 g + 10 g + 9.5g = 319.5 g
Kaedah mengukur jisim menggunakan neraca tuas 1. Pastikan kedudukan jarum penunjuk
berada di ‘0’. 2. Pastikan kedudukan mata selari dengan
skala neraca untuk membaca bacaan neraca.
6.5 Masa 1. Masa ialah tempoh antara dua ketika. 2. Masa boleh diukur dengan
menggunakan peristiwa yang berulang secara seragam.
3. Ayunan bandul - Semakin panjang tali bandul, semakin
lama masa yang diambil oleh ayunan bandul.
Contohnya,
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 40
Alat pengukur masa 1. Pada zaman dahulu, manusia
mengunakan jam matahari, jam nyalaan lilin, jam pasir dan jam air untuk mengukur masa.
2. Kini, terdapat pelbagai alat untuk
mengukur masa dengan tepat. Contohnya, jam digital, jam loceng dan jam tangan.
3. Unit piawai untuk mengukur masa ialah saat (s), minit (m), jam (j), hari,
bulan dan tahun. 4. Hubungan antara unit-unit masa:
1 minit = 60 saat 1 jam = 60 minit 1 hari = 24 jam 1 minggu = 7 hari
1 bulan = 4 minggu 1 Tahun = 12 bulan
6.6 Kepentingan Unit Piawai 1. Unit piawai diperlukan untuk ketepatan
dan konsistensi.
2. Penggunaan unit, alat dan kaedah yang betul amat penting dalam kehidupan
harian kita untuk memastikan a. produk yang sempurna dihasilkan b. harga barang yang berpatutan
berasaskan jisim atau isi padu
c. kereta dipandu mematuhi had laju yang ditetapkan
d. ubat disediakan dengan sukatan
ramuan yang tepat e. bangunan yang dibina kukuh dan
selamat f. pakaian disiapkan mengikut saiz
yang tepat
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 41
TAHUN 5 UNIT 5 TENAGA
5.1 Sumber-sumber tenaga 1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
Sumber Tenaga
Penerangan
Matahari - Matahari membekalkan tenaga haba dan tenaga cahaya. - Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan
melalui proses fotosintesis. - Manusia dan haiwan mendapat tenaga yang disimpan dalam
tumbuhan apabila makan tumbuhan. Angin - Angin merupakan pergerakan udara atau gas-gas lain.
- Tenaga angin boleh ditukar kepada elektrik dengan menggunakan turbin.
- Tenaga angin digunakan untuk memutarkan kincir angin dan melayarkan kapal.
Ombak - Ombak terhasil apabila angin meniup laut dan muara sungai. - Tenaga yang dihasilkan daripada ombak digunakan untuk
menggerakkan turbin bagi menjana elektrik. Air - Air yang mengalir dapat menggerakkan sesuatu.
- Air yang mengalir dapat digunakan untuk menggerakkan turbin bagi menjana elektrik.
Bahan api fosil
- Bahan api fosil terbentuk daripada sisa tumbuhan dan haiwan mati yang tertanam sejak berjuta-juta tahun dahulu.
- Bahan api fosil ialah bahan yang dibakar untuk mendapatkan elektrik. - Contoh bahan api fosil ialah petroleum, gas asli dan arang batu. - Arang batu biasanya digunakan di negara-negara yang bersuhu
sederhana untuk memanaskan rumah dan juga untuk memngerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik.
- Gas asli boleh didapati dalam kuantiti yang banyak, lebih murah, senang diangkut, mudah digunakan dan lojinya boleh dibina di kebanyakan tempat
Biojisim - Biojisim ialah bahan organik yang diperoleh daripada sumber seperti
najis haiwan, sekam padi dan sisa tanaman. - Tenaga biojisim ialah tenaga yang dijana daripada pembakaran dan
penguraian benda-benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan. - Tenaga biojisim boleh ditukarkan kepada tenaga lain yang berguna
seperti bahan api. Bateri - Tenaga yang disimpan dalam bateri boleh ditukarkan kepada tenaga
elektrik. - digunakan dalam lampu suluh, radio dan jam untuk berfungsi.
Nuklear - Tenaga nuklear dihasilkan daripada bahan nuklear seperti uranium - Tenaga nuklear dapat digunakan untuk menjana elektrik - Tenaga nuklear juga digunakan untuk menggerakkan enjin kapal
selam dan membekalkan tenaga bagi satelit.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 42
Pelbagai bentuk tenaga a. Tenaga
suria - Tenaga suria dibebaskan oleh Matahari.
- Memberikan tenaga cahaya dan tenaga haba
- Juga mendapat menjana tenaga elektrik. b. Tenaga
elektrik - tenaga elektrik dibawa oleh arus elektrik yang mengalir dalam satu
litar lengkap.
- Digunakan dalam peralatan elektronik seperti komputer, televisyen
c. Tenaga kimia
- adalah tenaga yang disimpan dalam makanan, petroleum dan bahan kimia
- Contoh: nasi,buah, petrol, dan bateri menyimpan tenaga kimia d. Tenaga
bunyi - dihasilkan oleh objek yang bergetar.
- Contoh, apabila kita memukul gong, tenaga bunyi dihasilkan e. Tenaga haba - apabila bahan api dibakar, haba terhasil
- Matahari, lilin yang menyala membebaskan tenaga haba. f. Tenaga
cahaya - adalah tenaga yang dihasil oleh objek yang mengeluarkan cahaya.
- Matahari, kilat membebaskan tenaga cahaya g. Tenaga
keupayaan (potensi)
- Adalah kedai tenaga oleh objek yang di atas tanah. Sebagai contoh, buah kelapa di atas pokok kelapa mempunyai tenaga keupayaan.
- Juga terdapat dalam spring yang dimampat atau diregangkan. Pembaris plastik yang bengkok juga mempunyai tenaga keupayaan.
- Semakin tinggi kedudukan, semakin tinggi tenaga keupayaannya. h. Tenaga
kinetik (tenaga yang bergerak)
- Objek yang bergerak mempunyai tenaga kinetik.
- contohnya, angin dan orang yang sedang berlari
i. Tenaga Mekanik Tenaga kinetik + Tenaga Keupayaan
Perubahan bentuk tenaga Eksperimen Tujuan: Menunjukkan bahawa tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada
bentuk yang lain. Radas : lampu suluh, pengering rambut, penunu Bunsen dan robot mainan berkunci Prosedur:
Prosedur Pemerhatian Inferens 1. (a) Bateri dimasukkan ke
dalam lampu suluh. (b) Suis lampu suluh
dihidupkan.
(a) Lampu suluh mengeluarkan cahaya.
(b) Lampu suluh berasa panas apabila disentuh.
Tenaga kimia → Tenaga elektrik→ Tenaga cahaya + Tenaga haba
2. (a) Palam suis pengering rambut dimasukkan ke dalam soket elektrik.
(a) Bunyi kedengaran. (b) Udara panas
dibebaskan.
Tenaga elektrik→ Tenaga bunyi + Tenaga haba
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 43
(b) Suis pengering rambut
dihidupkan. 3. (a) Suis gas dihidupkan.
(b) Penunu Bunsen dinyalakan dengan pemetik api.
(a) Penunu Bunsen bernyala.
(b) Tangan berasa panas apabila mendekati api.
Tenaga kimia → Tenaga cahaya + Tenaga haba
4. Kunci robot mainan diputar dan kemudian dilepaskan.
Robot bergerak sambil mengeluarkan bunyi.
Tenaga keupayaan → Tenaga kinetik + Tenaga bunyi
Kesimpulan: Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
Peralatan dan perubahan bentuk tenaga Peralatan Perubahan tenaga
Radio Tenaga elektrik tenaga bunyi
Seterika elektrik, Pengering rambut
Tenaga elektrik tenaga haba
Kipas siling, Mesin basuh Tenaga elektrik tenaga kinetik + tenaga bunyi
Televisyen Tenaga elektrik tenaga cahaya + tenaga bunyi
Lampu suluh tenaga kimia tenaga cahaya + tenaga elektrik
Kalkulator solar Tenaga suria tenaga elektrik tenaga cahaya
Kincir angin Tenaga kinetik tenaga eletrik
Dapur gas Tenaga kimia tenaga haba + tenaga cahaya
Aktiviti Perubahan tenaga a. Manyalakan lampu Tenaga elektrik tenaga cahaya + tenaga haba b. Meregangkan gelang getah Tenaga kimia (daya) tenaga keupayaan c. Menggunakan kalkulator
berkuasa suria Tenaga solar tenaga elektrik tenaga cahaya
d. menyalakan lilin Tenaga kimia tenaga haba+ tenaga cahaya e. Menolak kotak Tenaga kimia tenaga keupayaan + tenaga kinetik f. Meregang gelang getah Tenaga kimia tenaga keupayaan g. Bermain bola, bermain
gelongsor Tenaga kimia tenaga keupayaan + tenaga kinetik
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 44
5.2 Sumber tenaga yang boleh dibaharui dan tidak boleh dibaharui
Sumber Tenaga yang diperbaharui
Sumber Tenaga yang tidak boleh Diperbaharui
- tidak boleh diganti setelah habis/ bekalan adalah terhad/ tidak boleh diperoleh secara berterusan.
- contoh: nuklear, bateri dan bahan api fosil (arang batu, petroleum dan gas asli) paling banyak digunakan, mudah diperolehi.
- Semakin bertambah jumlah kereta, semakin meningkat jumlah penggunaan petroleum. Ini akan mencemarkan alam sekitar dan bahan api fosil akan kehabisan.
- boleh diganti setelah habis digunakan dalam tempoh masa yang singkat
- Contoh: Matahari (tenaga solar), biojisim (tumbuhan dan haiwan), angin (kincir angin), air, ombak (hidroelektrik) dan makanan
- Bebas pencemaran - Sumber tenaga yang
diperbaharui adalah lebih baik daripada tenaga yang tidak boleh diperbaharui kerana sumber tenaga ini tidak menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar.
Langkah-langkah penghasilan tenaga elektrik daripada sumber arang batu: a. Arang batu dibakar untuk menghasilkan haba b. Haba menukarkan air menjadi stim c. Stim meggerakan turbin d. Generator menjana elektrik
5.3 Berhemah menggunakan tenaga 1. Penggunaan sumber tenaga secara
berhemah kerana penggunaan sumber tenaga secara bijak dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
2. Langkah- langkah untuk menjimatkan penggunaan tenaga a. Menutup semua suis alat-alat elektrik
yang tidak digunakan b. Berkongsi kereta atau menggunkan
pengangkutan awam
c. Menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian pada muatan yang penuh sahaja
d. Mengitar semula surat khabar dan majalah lama
e. Lebihkan penggunaan sumber tenaga yang boleh dibaharui
f. Hasilkan kenderaan yang menggunakan bahan api biojisim
g. Penyaman udara mesti sentiasa diservis.
TAHUN 5 UNIT 6 CAHAYA 1. Antara sumber cahaya:
a. Matahari (sumber utama) c. Kilat b. Lampu elektrik d. Membakar objek seperti kayu dan lilin
6.1 Cahaya bergerak lurus Eksperimen: Tujuan : Menunjukkan cahaya bergerak lurus Masalah : Bagaimanakah cahaya bergerak? Hipotesis : Jika kadbod-kadbod disusun dalam satu garisan lurus, maka cahaya lilin dapat dilihat melalui lubang pada kadbod-kadbod itu.. Pemboleh ubah: (a) Perkara yang diubah (dimanipulasi) : Susunan kadbod-kadbod
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 45
(b) Perkara yang diperhatikan (bergerak balas) : Sama ada cahaya lilin boleh dilihat (c) Perkara yang dibiarkan tetap (dimalarkan) : Saiz lubang pada kadbod
Prosedur: 1. Kadbod-kadbod disusun supaya lubang-lubang berada dalam satu garisan lurus
(Rajah A). 2. Satu lilin yang bernyala diletakkan di belakang kadbod. 3. Cahaya lilin diperhatikan dengan melihat melalui sebelah mata menerusi lubang
pada kadbod. 4. salah satu kadbod dialihkan sedikit ke tepi supaya lubang pada kadbod-kadbod
tidak berada dalam satu garisan lurus (Rajah B). 5. Langkah 2 dan 3 diulang. Keputusan:
Susunan kadbod Pemerhatian
Lubang pada kadbod-kadbod berada dalam satu garis lurus
Cahaya lilin dapat dilihat.
Salah satu kadbod dialihkan ke tepi Cahaya lilin tidak dapat dilihat.
Inferens: Cahaya lilin hanya dapat dilihat melalui lubang kadbod yang disusun dalam
satu garisan lurus kerana cahaya bergerak secara lurus. Kesimpulan: Cahaya bergerak dalam satu garisan lurus.
2. Melihat cahaya mentol melalui salur getah.
Cahaya mentol dapat dilihat melalui salur getah yang lurus
Cahaya mentol tidak dapat dilihat melalui salur getah yang bengkok.
Pembentukan Bayang-bayang 1. Bayang-bayang yang sangat jelas terbentuk apabila cahaya dihalang oleh objek
legap. 2. Objek lut sinar ialah objek yang membenarkan cahaya melaluinya
dan tidak dapat menghasilkan bayang. 3. Prinsip cahaya yang menyebabkan pembentukan bayang-bayang
ialah cahaya bergerak lurus.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 46
Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan saiz bayang-bayang. 1. Jarak antara sumber cahaya dan objek
Jarak antara sumber objek dan cahaya Saiz bayang-bayang
Bertambah (jauh dari sumber
cahaya)
Berkurang (saiz lebih kecil)
Berkurang (dekat dengan
sumber cahaya)
Bertambah (saiz lebih besar)
2. Jarak antara objek dan skrin
Apabila jarak antara objek dan skrin Saiz bayang-bayang
Bertambah (jauh dari skrin) Bertambah (Besar)
Berkurang (dekat dengan skrin) Berkurang (Kecil)
Faktor yang menyebabkan perubahan bentuk bayang-bayang
1. Bentuk bayang-bayang boleh berubah dengan mengubah. a. kedudukan sumber cahaya b. orientasi atau keaddan sesuatu
objek diletakkan
Kepanjangan dan kedudukan bayangan
akan berubah mengikut kedudukan cahaya lampu suluh
6.2 Cahaya boleh dipantulkan Pantulan cahaya 1. Cahaya yang menuju memantul ke
cermin disebut sinar tuju. 2. Cahaya yang memantul dari permukaan
cermin disebut sinar pantulan.
3. Sinar pantulan akan berubah jika
orientasi cermin diubah seperti yang ditunjukkan di bawah.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 47
Kegunaan Pantulan Cahaya
- bantu pemandu melihat objek di belakangnya dan di sisi kereta.
Cermin diletakkan di selekoh tajam
- membantu pemandu melihat di selekoh tajam untuk mengelakkan perlanggaran dengan kereta yang datang dari hadapan.
Periskop (sifat pantulan cahaya)
- digunakan oleh kapal selam untuk memerhati objek di permukaan laut.
Kaleidoskop
- diperbuat daripada tiga satah cermin.
- Corak yang cantik terbentuk apabila cahaya daripada objek kecil dan berwarna di dalam dipantulkan dari cermin.
Cermin pergigian
- membolehkan doktor gigi memeriksa gigi pesakit dengan mudah. Cermin muka - membolehkan kita melihat diri kita. Nota: - Jika cermin ditukar kepada gelas lut sinar, imej tidak dapat dilihat.
6.3 Cahaya boleh dibiaskan 1. Pembiasan cahaya berlaku kerana
kelajuan cahaya berubah apabila melalui medium yang lain.
2. Pembiasan cahaya tidak berlaku jika cahaya bergerak dari satu medium ke medium yang lain pada sudut tepat.
Fenomena menunjukkan pembiasan cahaya 1. Penyedut minuman kelihatan bengkok di
dalam air.
Inferens: Cahaya terbias apabila cahaya
bergerak dari air ke udara. 2. Kolam kelihatan lebih cetek daripada
kedalamannya yang sebenarnya.
- Ikan kelihatan lebih dekat dengan
permukaan air.
3. Bintang kelihatan lebih tinggi daripada yang sebenarnya.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 48
TAHUN 5 UNIT 7 ELEKTRIK
Sumber tenaga elektrik Penerangan
a. Sel kering
- Menghasilkan tenaga elektrik daripada bahan kimia - Membekalkan tenaga elektrik yang kecil - Digunakan pada lampu suluh, radio, kamera, alat
kawalan jauh, alat permainan. b. Bateri - Boleh dicas semula
- Digunakan pada telefon bimbit, computer riba, kamera dan alat pemainan.
c. Akumulator (bateri kereta)
- Menghasilkan tenaga elektrik daripada bahan kimia - Boleh dicas semula - Membekalkan tenaga elektrik kepada kenderaan
bermotor d. Dinamo
- Menghasilkan tenaga elektrik daripada putaran magnet dalam gelung wayar yang mengubah tenaga kinetik kepada tenaga elektik.
- Membekalkan tenaga elektrik kepada lampu basikal untuk membantu penunggangnya melihat jalan kerana persekitaran adalah gelap pada waktu malam.
- Mengayuh basikal lebih pantas dapat meningkatkan kecerahan lampu basikal yang ditunggang.
e. Sel suria
Solar panel Satelit
- Mengubah cahaya matahari kepada tenaga elektrik - Digunakan pada lampu jalan, pemanas air, satelit dan
kalkulator
f. Generator - Menghasilkan tenaga elektrik daripada bahan api seperti petrol
- Digunakan untuk menyalakan lampu, menghidupkan pam udara di kolam ikan dan sebagainya.
g. Jana kuasa hidroelektrik
- Menghasilkan tenaga elektrik daripada putaran dinamo - Kuasa air digunakan untuk memutarkan turbin dan turbin
memutarkan dinamo - Membekalkan tenaga elektrik bagi perindustrian dan
kegunaan domestik
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 49
7.2 Litar Elektirk Lengkap 1. Litar elektrik lengkap ialah litar yang membenarkan arus elektrik mengalir dari
sumber tenaga elektrik ke komponen elektrik dan kembali ke sumber tenaga elektrik. 2. Litar elektrik lengkap terbentuk apabila semua komponen disambungkan dengan wayar
penyambung tanpa terputus dan membolehkan mentol menyala. Simbol Komponen
Komponen Simbol Fungsi Sel kering / bateri
- membekalkan tenaga elektrik yang kecil - elektrik mengalir dari terminal positif ke
terminal negatif. Wayar penyambung
- Menyambungkan semua komponen dalam litar elektrik.
Mentol
- Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya.
Suis
Suis dihidupkan
Suis dimatikan
- Mengawal pengaliran arus elektrik dalam litar - Memutus atau menyambungkan litar
Kecerahan mentol 1. Bilangan mentol dan bilangan sel kering merupakan faktor yang mempengaruhi
kecerahan nyalaan mentol dalam suatu litar elektrik. Eksperimen
Tujuan: Menyiasat hubungan antara bilangan sel kering dengan kecerahan nyalaan mentol Masalah: Adakah bilangan sel kering mempengaruhi kecerahan nyalaan mentol? Hipotesis: Semakin banyak bilangan sel kering, semakin cerah mentol-mentol itu. Pemboleh ubah: (a) Dimanipulasi : bilangan sel kering (b) Bergerak balas: kecerahan nyalaan
mentol (c) Dimalarkan : bilangan mentol dan
jenis mentol, jenis sel kering
Prosedur: 1. Litar P dengan satu sel kering, satu suis
dan satu mentol disediakan. 2. Litar Q dengan dua sel kering, satu suis
dan satu mentol disediakan. 3. Litar R dengan tiga sel kering, satu suis
dan satu mentol disediakan.
Tujuan: Menyiasat hubungan antara bilangan mentol dengan kecerahan nyalaan mentol Masalah: Adakah bilangan mentol mempengaruhi kecerahan nyalaan mentol? Hipotesis: Semakin banyak bilangan mentol, semakin malap mentol-mentol itu. Pemboleh ubah: (a) Dimanipulasi : bilongan mentol (b) Bergerak balas: kecerahan nyalaan mentol (c) Dimalarkan : bilangan dan jenis sel
kering, jenis mentol Prosedur: 1. Litar R dengan satu mentol, satu suis
dan satu sel kering disediakan. 2. Litar S dengan dua mentol, satu suis
dan satu sel kering disediakan. 3. Litar T dengan tiga mentol, satu suis
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 50
4. Suis dalam litar-litar itu dihidupkan dan kecerahan mentol-mentol diperhatikan.
Pemerhatian:
Kesimpulan: Semakin banyak bilangan sel kering, semakin cerah mentol-mentol itu.
dan satu sel kering disediakan. 4. Suis dalam litar-litar itu dihidupkan dan
kecerahan mentol-mentol diperhatikan. Pemerhatian:
Kesimpulan Semakin banyak bilangan mentol, semakin malap mentol-mentol itu.
Litar bersiri dan litar selari 1. Perbezaan antara litar bersiri dan litar selari.
Litar bersiri Litar Selari
a. Mentol disambungkan bersebelahan
antara satu sama lain dalam satu baris. b. Terdapat hanya satu laluan sahaja. c. Jika lebih banyak mentol disambungkan
dalam litar bersiri, maka mentol akan menyala dengan lebih malap.
d. Ini disebabkan arus elektrik mengalir dalam laluan yang sama dan mentol-
a. Mentol-mentol disambungkan secara
selari. b. Terdapat lebih daripada satu laluan. c. Jika terdapat lebih daripada satu mentol
disambungkan dalam litar selari, semua mentol menyala dengan kecerahan yang sama.
d. Setiap mentol menyala dengan kecerahan yang sama kerana kuantiti arus elektrik yang sama mengalir melalui setiap mentol.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 51
mentol dalam litar berkongsi arus elektrik itu.
e. Jika salah satu suis dibuka (dimatikan),
mentol-mentol tidak akan menyala kerana litar telah diputuskan.
f. Jika satu daripada mentol-mentol itu terbakar, mentol-mentol lain tidak akan menyala kerana litar elektrik adalah tidak lengkap.
e. Mentol disambung secara selari lebih cerah daripada bersiri kerana arus yang mengalir lebih tinggi di dalam litar selari
f. Jika satu mentol terbakar, mentol-
mentol yang lain masih boleh menyala kerana setiap mentol mempunyai litarnya sendiri.
Perubahan bentuk tenaga dalam litar apabila suis dipasang: Tenaga kimia tenaga elektrik tenaga cahaya + tenaga haba 7.3 Langkah-langkah keselamatan pengendalian peralatan elektrik 1. Contoh salah pengendalian peralatan elektrik:
Salah pengendalian Kesan a. Menyentuh suis dengan tangan
basah - Boleh menyebabkan renjatan elektrik - Boleh menyebabkan kecederaan kepada
anggota tubuh dan kematian
b. Menggunakan wayar elektrik yang rosak
- Boleh menyebabkan renjatan elektrik - Boleh menyebabkan kebakaran
c. Menyambung terlalu banyak plug pada sesuatu soket
- Boleh menyebabkan kebakaran
d. Mencucuk soket dengan bahan konduktor elektrik
- Boleh menyebabkan renjatan elektrik
e. Tidak mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan elektrik
- Boleh menyebabkan kecederaan dan kebakaran
f. Tidak menggunakan plastik khas untuk plag 2 pin.
- Boleh menyebabkan kebakaran
2. Berikut adalah beberapa langkah keselamatan: . a. Pastikan tangan kering semasa
menekan suis. b. Tutup suis semasa membaiki peralatan
elektrik. c. Pasang satu plag sahaja pada satu
soket. d. Pantau peralatan elektrik semasa
menggunakannya.
e. Gunakan palam plastik khas untuk memasang plag 2 pin.
f. Tutup soket yang tidak digunakan dengan penutup plastik.
g. Gantikan wayar penyambung yang sudah pecah atau rosak.
h. Letakkan seterika di atas permukaan rata dan sukar dicapai oleh kanak-kanak.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 52
TAHUN 5 UNIT 8 HABA
8.1 Suhu dan haba Suhu 1. Suhu adalah sukatan darjah kepanansan
sesuatu bahan. 2. Biasanya diukur dalam darjah Celsius
( 0 C).
a. Semakin panas objek itu, semakin
tinggi suhunya b. Semakin sejuk objek itu, semakin
rendah suhunya c. Semakin besar saiz objek itu,
semakin banyak habanya 3. Jenis termometer:
a. Termometer klinik [35 0 C - 42 0 C] - untuk mengukur suhu badan
b. Termometer Makmal [-10 0 C - 110 0 C]
- untuk kegunaan dalam makmal 4. Menyukat suhu dengan teknik yang
betul.
a. Jangan pegang pada bebuli
termometer, pegang termometer pada batangnya.
b. Rendamkan bebuli ke dalam cecair yang ingin disukat tanpa menyentuhi dinding bikar.
c. Mengambil bacaan termometer apabila aras merkuri berhenti bergerak.
d. Selaraskan mata dengan aras menikus merkuri.
e. Baca bahagian atas meniskus. Menerima dan Kehilangan haba . 1. Bahan menjadi panas apabila
menerima haba.
2. Bahan menjadi sejuk apabila kehilangan haba.
Pembaris besi diletakkan di bawah cahaya matahari selama 10 minit. Pembaris besi berasa panas apabila disentuh.
Pembaris besi yang panas diletakkan di atas meja di dalam bilik selama 10 minit. Pembaris besi berasa sejuk apabila disentuh.
Semakin panjang dawai nikrom,
semakin tinggi suhu air.
Apabilan diletakkan dalam air panas, sudu keluli berasa panas.
Ketul ais menerima haba dan menjadi air semasa suhu bilik.
Sudu keluli berasa sejuk apabila disentuh
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 53
Eksperimen: Tujuan : - Untuk menyiasat hubungan antara masa memanaskan air dengan suhu air. - Untuk menyiasat hubungan antara masa menyejukkan air dengan suhu air Prosedur : 1. Radas seperti dalam rajah disediakan. 2. Air dipanaskan dan bacaan suhu air dicatatkan
bagi setiap 2 minit selama 10 minit. 3. Air dipadamkan selepas 10 minitdan air
dibiarkan sejuk. 4. Ketika air menyejuk, suhu air dicatatkan bagi
setiap 2 minit. Keputusan:
Masa (minit) 0 2 4 6 8 10 Semasa air dipanaskan 29 37 45 55 67 75 Suhu air
( C ) Semasa air disejukkan 75 70 68 60 53 45
Suhu air mencapai takat didih pada 100°C.
Suhu air mencapai takat lebur / beku pada 0°C.
Pemerhatian:
- Suhu air meningkat apabila air dipanaskan. - Suhu air menurun apabila air disejukkan
Kesimpulan: Suhu air meningkat apabila air menerima haba dan menurun apabila air kehilangan haba.
Pengembangan dan pengecutan bahan .
a. Pepejal b. Cecair c. Gas Eksperimen 1
i..Sebelum bebola besi
dipanaskan, ia dapat melalui gelang besi.
Eksperimen 2
i. Aras awal air dalam tiub
kaca pada suhu bilik.
Eksperimen 3
i. Keadaan belon sebelum
dipanaskan.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 54
ii.Selepas dipanaskan,
bebola besi mengembang dan tidak dapat melalui gelang besi.
iii. Apabila bebola besi
disejukkan, ia mengeut dan dapat melalui gelang besi.
iv. Kesimpulan: Pepejal mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
ii. Apabila dipanaskan,
air dalam tiub kaca mengembang dan menaik.
iii. Apabila disejukkan, air
dalam tiub kaca mengecut dan menurun.
iv. Kesimpulan: Cecair mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
ii. Apabila udara di dalam belon
dipanaskan, udara mengembang menyebabkan belon mengembang.
iii. Apabila udara di dalam
belon disejukkan, udara mengecut dan menyebabkan belon mengecut.
iv. Kesimpulan: Gas mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
Aplikasi prinsip haba (pengembangan dan pengecutan) a. Kabel elektrik dan telefon
- Kabel elektrik dipasang kendur untuk
mengelakkannya terputus ketika cuaca sejuk
b. Pergolek atau sendi gelongsar jambatan logam
- Jambatan mengembang apabila hari
panas dan mengecut hari sejuk. - Penggolek mengembang semasa hari
panas dan mengecut semasa cuaca sejuk
- Ini dapat mengelakkan jambatan menjadi rosak
c. Ruang pada landasan kereta api
- Ruang di antara sambungan landasan
kereta api dapat mengelakkan landasan dari menjadi bengkok semasa cuaca panas
- Ini dapat mengelakkan kemalangan berlaku.
d. Membuka penutup logam yang ketat
- Penutup botol yang ketat boleh
dilonggarkan dengan merendamnya di dalam air yang panas.
- Penutup botol mengembang dan menjadi lebih besar apabila dipanaskan dan lebih mudah dibuka.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 55
e. Ruang di antara kepingan konkrit
- Ruang di antara kepingan konkrit
membolehkan pengembangan pada hari panas dan mengelak daripada meretak.
f. Mengasingkan dua gelas (J dan K) yang melekat - merendam gelas K di dalam air
panas. - Gelas K mengembang dulu apabila ia
direndam dalam air panas. - Apabila gelas K mengembang, ia
boleh dipisahkan daripada gelas J.
g. Memasukkan sebiji telur ke dalam satu botol kaca tanpa memecahkan telur
- meletakkan mancis yang menyala ke dalam botol kaca.
- Kemudian, letakkan telur pada mulut botol.
- Selepas beberapa ketika, telur itu akan meluncur masuk ke dalam botol tersebut.
h. Pengembangan dan pengecutan bahan dalam bebuli termometer memberi bacaan suhu bahan yang tepat
Termometer klinik
a Permukaan gelap dan pudar penyinar haba yang baik.
1. Kedua-dua kelalang kon diisi dengan jumlah air didih yang sama. 2. Pemboleh ubah dimanipulasikan ialah jenis permukaan. 3. Termometer P merekodkan suhu yang lebih rendah selepas 10 minit menunjukkan di
mana kelalang kon hitam pudar menyinarkan haba dengan lebih baik daripada kelolong kon putih dan berkilat.
4. Haba dilepaskan dengan lebih perlahan daripada kelalang kon berkilat. Oleh itu, termometer Q merekodkan suhu yang lebih tinggi daripada termometer P.
b.
Pemerhatian Apabila bola pingpong yang kemik dimasukkan ke dalam air panas, bola pingpong itu menjadi bulat semula Sebab Air panas memanaskan udara di dalam bola pingpong. Ini menyebabkan udara di dalam bola pingpong mengembang dan menolak dinding bola pingpong keluar menjadi bulat semula.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 56
c. Penyiasatan pemanasan dua bebola besi yang sama saiz selama 30 minit dengan menggunakan kuantiti haba yang sama. Kemudian, bebola besi tersebut dimasukkan ke dalam dua bikar yang mempunyai isi padu air yang berbeza dan dibiarkan 5 minit.
Pemboleh ubah dimalarkan : Isi padu air Pemboleh ibah bergerak balas: Suhu akhir air Pemerhatian Suhu akhir air di dalam bikar B adalah lebih tinggi daripada suhu akhir di dalam bikar A. Sebab Air di dalam bikar B menerima lebih banyak haba berbanding air di dalam bikar A.
TAHUN 6 UNIT 6 DAYA
1. Daya - suatu tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas objek.
2. Daya boleh menggerakkan objek yang pegun.
3. Apabila kita menolak troli, kita mengenakan daya keatas troli supaya troli bergerak menjauhi kita.
Contoh daya tolakan
4. a. Apabila kita menarik kerusi, kita mengenakan daya ke atas kerusi supaya kerusi bergerak ke arah kita.
Contoh daya tarikan
b. Lebih kuat daya tarikan, lebih
panjang ukuran spring.
Membuat adunan fenomena pergerakan lapisan bumi
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 57
Contoh gabungan daya tarikan dan
tolakan Kesan daya - Contoh kesan daya.
Menyebabkan objek pegun
menjadi bergerak
Menyebabkan
objek bergerak menjadi berhenti
Mengubah arah
pergerakan objek
Membuatkan
objek bergerak lebih cepat
apabila ditendang
Membuatkan objek bergerak perlahan
Mengubah
bentuk objek 6.2 Daya geseran 1. Geseran ialah daya yang
menentang gerakan sesuatu objek. Berlaku apabila dua permukaan bersentuhan. Daya geseran memberi kesan kepada objek yang bergerak.
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi daya geseran:
a. Jisim objek - Semakin besar jisim objek,
semakin besar daya geseran yang dihasilkan.
b. Jenis permukaan - Permukaan kasar menghasilkan
daya geseran yang lebih besar berbanding dengan permukaan licin.
- Permukaan kering menghasilkan daya geseran yang lebih besar berbanding dengan permukaan basah.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 58
3. Kebaikan geseran
a. Memberhentikan kenderaan
Basikal yang bergerak boleh diberhentikan dengan brek kerana terdapat geseran antara tayar dan permukaan jalan.
b. Membolehkan kita berjalan/ berlari
Geseran antara kasut dan permukaan tanah membolehkan kita berjalan dan berlari tanpa tergelincir.
c. Menetapkan kedudukan objek
Geseran antara tangga dan lantai menetapkan kedudukan tangga.
d. Membolehkan kenderaan bergerak
Geseran antara tayar dan permukaan jalan membolehkan kenderaan bergerak tanpa tergelincir.
e. Menajamkan pisau
Geseran menyebabkan objek menjadi haus. Ini membolehkan kita mengasah mata pisau menjadi tajam.
f. Memanjat pokok
Geseran diperlukan untuk memanjat pokok. Geseran membolehkan kita menolak badan kita ke atas.
g. Menghasilkan haba
Geseran antara batang mancis dan kotak mancis dapat menghasilkan api.
h. Memegang atau menggenggam benda
Geseran membantu kita memegang gelas atau menggenggam pensel.
4. Keburukan geseran
a. Geseran menyebabkan tapak kasut menjadi haus dan tayar kenderaan menjadi botak dan terkoyak. Ini membahayakan kerana boleh menyebabkan kemalangan.
b. Geseran juga menghasilkan haba dalam mesin. Haba yang dihasilkan boleh merosakkan bahagian sensitif dalam mesin contohnya penderia (sensor).
c. Geseran menentang atau memperlahankan gerakan. Dalam kenderaan, ini akan menyebabkan penggunaan minyak yang banyak kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi geseran.
d. Geseran menghasilkan bunyi dalam mesin. Ini akan mengakibatkan pencemaran bunyi.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 59
5. Cara untuk mengurangkan geseran
Menggunakan alas bebola, pengguling
dan roda Cth: memudahkan
almari ditolak
Menggunakan bahan pelincir atau minyak
(pelincir)
Menggunakan permukaan
yang licin. Cth: lantai marmar.
Menggilap
dengan pelilinan
Menggunakan kusyen udara
Menggunakan bedak talkum
Menggunakan bentuk
aerodinamik. Cth: topi keselamatan
6. Cara untuk meningkatkan geseran
Menggunakan lapik
getah di atas lantai bilik air untuk mengelakkan
gelinciran
Membuatkan permukaan jalan lebih kasar dengan
menggunakan campuran tar dan batu kerikil untuk
menghalang gelinciran.
Mengecat garisan
sebelum bonggol untuk memperlahankan
kenderaan
Membuat corak pada
permukaan tayar untuk menghalang gelinciran
Membuat alur pada anak tangga eskelator untuk meningkatkan geseran
Membuat corak pada
permukaan tapak kasut untuk menghalang
gelinciran Menggunakan serbuk kapur magnesium karbonat untuk mengangkat pemberat besi.
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 60
Eksperimen: a. Tujuan: Untuk mengkaji hubungan antara jenis permukaan dan jarak yang
dilalui oleh kereta mainan.
b. Pembolehubah: i. Yang perlu diubah (dimanipulasi) : Jenis permukaan ii. Yang perlu diperhati (bergerak balas) : Jarak yang dilalui oleh kereta mainan iii. Yang perlu dikekalkan (dimalarkan) : Ketinggian bongkah kayu, jenis kereta
mainan.
Jenis permukaan Jarak yang dilalui (cm)
Meja (kayu) 40 Kaca 60
Kertas pasir 20
c. Pemerhatian: Kereta mainan boleh melalui jarak yang paling jauh di atas kaca
dan jarak yang paling pendek di atas kertas pasir. d. Inferens: Kereta mainan bergerak lebih jauh di atas permukaan kaca kerana
permukaan kaca menghasilkan daya geseran yang paling sikit berbanding permukaan pasir dan kayu.
f. Kesimpulan: Semakin kasar permukaan, semakin tinggi geseran.
TAHUN 6 UNIT 7 KELAJUAN 1. Kelajuan ialah cepat atau lambat sesuatu objek itu bergerak.
2. Masa
JarakKelajuan
Masa
JarakKelajuan
,
Masa
JarakKelajuan
Kelajuan
JarakMasa
MasaKelajuanJarak
Powered by Andrew Choo Exam Tips
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 61
a. Objek yang lebih laju bergerak lebih jauh dalam masa yang ditetapkan.
b. Objek yang lebih laju mengambil masa yang singkat untuk bergerak dalam jarak yang ditetapkan.
3. Kita boleh mengukur kelajuan sesuatu objek jika kita mengetahui a. jarak yang telah dilalui b. masa yang diambil untuk melalui jarak
4. Contoh kiraan yang melibatkan kelajuan: Contoh Jawapan
a. David mengambil masa 40 minit untuk begerak melaui P ke Q. Kira kelajuan jika jarak antara P dan Q ialah 2.4km.
40min = 6040 s = 2400s 2.4km = 2.4 1000 m = 2400m
Kelajuan m/s 12400s
m2400
b. Abu memandu dengan kelajuan 80 km/h daripada A ke B. Kira masa yang diambil dalam minit jika jarak daripada A ke B ialah 20km.
diambil yang Masa
20kmkm/h 80
h 25.080
20 diambil yang Masa
min 15
min 6025.0
c. Chong memandu motorsikalnya dengan kelajuan10 m/s. Kira jarak yang dilalui dalam km selepas Chong memandu motorsikalnya selama 30 minit.
30 minit = 6030 s 1800 s
10 m/s 1800s
Jarak
1800s m/s 10 Jarak m18000
18km
km1000
18000