Post on 20-Oct-2015
description
TEKS PENGERUSI MAJLIS
UNTUK ACARA NASYID
Melayang serindit di atas permatang,
Merbau berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Yang berusaha, barisan hakim, guru-guru pengiring, para peserta, guru-guru
serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya,
dapat kita bersama-sama berkumpul di dewan ………………………….. pada hari
ini bagi menyaksikan Festival Nasyid Majlis Tilawah Al-Quran peringkat zon 2
PPD Bachok bagi Tahun 1434 H.
Bagi memberkati lagi majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita mulakan
dengan bacaan ummul kitab…Al-Fatihah.
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias cantik pandangan
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput juri berikan penerangan.
Bagi memulakan majlis, dengan sukacitanya,
menjemput .......................................................... selaku ketua juri, untuk
memberikan taklimat pemarkahan pertandingan nasyid pada kali ini. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada................................................... atas
penerangan itu tadi.
Sebelum kita memulakan pertandingan ini, moleklah kiranya saya
memperkenalkan terlebih dahulu barisan Hakim yang akan mengadili
pertandingan Nasyid pada hari ini. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak
cinta. Mereka adalah:
_____________________________________________ selaku ketua hakim.
1. Bahagian Lagu :
_____________________________________________
_____________________________________________
2. Bahagian Suara :
_____________________________________________
_____________________________________________
3. Bahagian Lirik :
_____________________________________________
______________________________________________
4. Bahagian Persembahan :
_____________________________________________
_____________________________________________
kumpulan 1
Para hadirin sekalian,
Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan.
Sebelum itu, saya ingin mengingatkan para peserta agar bersiap sedia
semasa kumpulan sebelumnya membuat persembahan.
Tanpa membuang masa lagi, saya menjemput Kumpulan pertama, kumpulan
…………………………………….. yang akan menyampaikan lagu pertama
berjudul …………………………………….. dan lagu kedua
………………………………. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan pertama yang yang telah
membuat persembahan sebentar tadi.
Kumpulan pertama adalah pelajar sekolah ……………………………
kumpulan 2
Persembahan berikutnya pada hari ini adalah persembahan daripada
kumpulan kedua yang menamakan kumpulan mereka
sebagai......................................yang akan membawakan dua buah lagu
berjudul.....................................dan lagu
kedua...................................................Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Demikian tadi persembahan dari kumpulan …………………………
terima kasih diucapkan.
Kumpulan ini berasal dari sekolah.........................................
Untuk makluman Hadirin dan hadirat sekalian, kumpulan yang menyertai
Festival Nasyid Majlis Tilawah Al-Quran peringkat zon 2 PPD Bachok pada kali
ini ialah sebanyak 9 buah kumpulan.
kumpulan 3
Seterusnya kita akan dihiburkan dengan alunan nasyid Kumpulan ketiga
yang menamakan kumpulan mereka ………………………………… kumpulan ini
akan mendendangkan dua buah lagu. Lagu pertama berjudul
……………………………………. dan lagu kedua ……………………………………
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan 3.
Kumpulan ………………………… merupakan pelajar dari sekolah
…………………….
Buat pengetahuan semua, Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan
kepada empat bahagian iaitu suara (….. markah), lagu (…… markah), lirik
(….markah) dan persembahan (….. markah)
kumpulan 4
Majlis diteruskan lagi dengan alunan persembahan kumpulan
………………………………. yang akan membawakan lagu pertama berjudul
……………………………………… dan lagu kedua ……………………………………
Dipersilakan.
Demikian tadi persembahan dari kumpulan ……………………………….
Terima kasih diucapkan.
Mereka merupakan pelajar-pelajar dari sekolah………………………………
Untuk maklumat, Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk
mempersembahkan
kedua-dua buah lagu. Masa akan dikira bermula apabila peserta mula
menaiki pentas.
kumpulan 5
Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput kumpulan kelima. Dipersilakan
kumpulan ………………………….. yang akan mendendangkan dua buah lagu
yang berjudul …………………………………………… dan
…………………………………….. dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan pelajar dari
sekolah....................................................
Suka untuk saya mengingatkan diri saya dan hadirin sekalian, sambil kita
mendengar kemerduan alunan persembahan dari kumpulan-kumpulan
nasyid, eloklah sekiranya kita menghayati lirik-lirik lagu yang
dipersembahkan.
kumpulan 6
Seterusnya, kita beralih pula kepada kumpulan keenam. Dijemput kumpulan
………………………………….. dengan dua buah lagu berjudul
…………………………………………… dan ……………………………………. Sama-
sama kita saksikan persembahan kumpulan ……………………………………
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.
Demikian tadi persembahan dari kumpulan ………………………………… yang
berasal dari .........................................
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Setiap kumpulan dikehendaki
mempersembahkan dua buah lagu. Lagu pertama adalah irama padang pasir
dan lagu kedua berirama kontemporari.
kumpulan 7
Hadirin dan hadirat sekalian....marilah pula kita saksikan persembahan
nasyid dari kumpulan............................... yang akan menyampaikan lagu
pertama berjudul ………………………………….. dan lagu kedua
……………………………. Majlis mempersilakan.
terima kasih diucapkan.
Demikian tadi persembahan dari kumpulan …………………………………
mereka merupakan pelajar-pelajar dari sekolah .........................................
Buat pengetahuan hadirin sekalian, bilangan ahli kumpulan nasyid ialah
tidak kurang daripada 7 orang dan tidak lebih daripada 9 orang murid
termasuk pemain muzik.
kumpulan 8
Hadirin dan hadirat sekalian.
Majlis seterusnya berbesar hati menjemput kumpulan kelapan untuk
membuat persembahan nasyid mereka. Menggelarkan kumpulan mereka
dengan nama...............................................................yang akan
membawakan dua buah lagu yang
berjudul.................................................................dan......................................
..................
majlis dengan ini mempersilakan.
Terima diucapkan kepada kumpulan ……………………………….
Untuk makluman para hadirin, kumpulan kelapan itu tadi adalah pelajar-
pelajar dari sekolah ……………………..
kumpulan 9
Kini tibalah masanya majlis menjemput kumpulan terakhir iaitu
kumpulan....................................... dengan
lagu ................................................. dan ................................................
Hadirin sekalian terimalah persembahan daripada
kumpulan.....................................................
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan 9. Walaupun kumpulan terakhir,
persembahan yang disampaikan masih mantap dan bertenaga.
Menamatkan Pertandingan:
Alhamdulillah, selesai sudah persembahan dari 9 buah kumpulan nasyid.
Dengan berakhirnya persembahan kumpulan 9 itu tadi, maka berakhir sudah
majlis kita pada hari ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Semoga Allah Taala memberkati majlis kita pada hari ini. Sekian sahaja, wa
billahit taufiq walhidayah assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Sekian terima kasih.