BUKU PANDUAN FESTIVAL NASYID DAN PERTANDINGAN … · FESTIVAL NASYID DAN PERTANDINGAN SENI KHAT...

12
FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 1 BUKU PANDUAN FESTIVAL NASYID DAN PERTANDINGAN SENI KHAT ANTARA IPTA, IPTS DAN IPG SEMPENA FESTIVAL KESENIAN ISLAM PERINGKAT ANTARABANGSA 1436H/2015M PADA 9-12 OKTOBER 2015 TEMPAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA

Transcript of BUKU PANDUAN FESTIVAL NASYID DAN PERTANDINGAN … · FESTIVAL NASYID DAN PERTANDINGAN SENI KHAT...

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 1

BUKU PANDUAN

FESTIVAL NASYID DAN PERTANDINGAN SENI KHAT

ANTARA IPTA, IPTS DAN IPG

SEMPENA FESTIVAL KESENIAN ISLAM PERINGKAT

ANTARABANGSA

1436H/2015M

PADA

9-12 OKTOBER 2015

TEMPAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BATU LINTANG

KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 2

DISEDIAKAN OLEH

JAWATANKUASA PENGELOLA FESTIVAL KESENIAN ISLAM

PERINGKAT ANTARABANGSA 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Tema:

“KESENIAN ISLAM ITU DAKWAH BIL HIKMAH”

FESTIVAL NASYID DAN PERTANDINGAN SENI KHAT (FNPSK) ANTARA IPTA/S DAN IPG

PERINGKAT ANTARABANGSA 1436H/2015M

PERATURAN UMUM

1. Syarat Penyertaan

1.1. Terbuka kepada semua pelajar Islam yang sedang mengikuti kursus di Institut

Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Institut Pendidikan Guru

di Malaysia, Brunei Darul Salam, Kalimantan Barat, Indonesia dan Singapura.

1.2. Peserta dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam satu acara sahaja.

1.3. Peserta hendaklah berumur dalam lingkungan 18-35 tahun sahaja.

2. Bilangan Peserta

2.1. Bahagian Pertandingan Seni Khat diwakili oleh seorang peserta sahaja samada lelaki

atau perempuan.

2.2. Bahagian Festival Nasyid diwakili oleh sekumpulan peserta lelaki atau sekumpulan

peserta perempuan yang terdiri daripada tidak melebihi 9 orang.

3. Pengundian

3.1. Urusetia kehakiman bertanggungjawab menjalankan undian peserta bagi setiap acara

yang dipertandingkan.

3.2. Undian giliran peserta dibuat semasa taklimat oleh urusetia di tempat acara.

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 3

3.3. Cabutan undian dilakukan oleh peserta atau wakil.

3.4. Nombor giliran peserta yang diperolehi tidak boleh ditukar.

3.5. Undian peserta yang lewat akan dibuat oleh urusetia.

4. Pakaian dan Penampilan Peserta

4.1. Pakaian yang sesuai dengan nilai-nilai Islam seperti menutup aurat, labuh dan tidak

ketat sehingga menampakkan bentuk badan..

4.2. Baju kebaya, jeans, sandal, selipar dan seumpama dengannya adalah dilarang sama

sekali.

4.3. Peserta dikehendaki untuk memakai stokin dan kasut (berwarna hitam). Bagi peserta

perempuan pula hendaklah memakai sarung kaki dan kasut bertumit (court shoes).

4.4. Rambut bagi peserta lelaki hendaklah kemas, rapi dan pendek.

5. Kehakiman

5.1. Jawatankuasa Kehakiman diketuai oleh seorang Pengerusi Jemaah Hakim.

5.2. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Hakim dan dibantu oleh panel hakim

mengikut bidang yang ditetapkan.

6. Tugas-tugas Jemaah Hakim

6.1. Pengerusi Jemaah Hakim

6.1.1. Mempengerusikan mesyuarat Jemaah Hakim.

6.1.2. Memantau perjalanan penghakiman FNPSK.

6.1.3. Mempengerusikan mesyuarat pengesahan keputusan FNPSK.

6.1.4. Memberi ulasan keseluruhan penghakiman dan prestasi para peserta.

6.1.5. Mengumumkan keputusan FNPSK.

6.2. Ketua Hakim

6.2.1. Memberi taklimat penghakiman (peraturan am dan peraturan kehakiman) kepada

peserta dan pengiring sebelum majlis bermula.

6.2.2. Mengedarkan borang penghakiman kepada para hakim.

6.2.3. Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan panel hakim bagi setiap bahagian.

6.2.4. Menentukan tugas hakim mengikut bidang yang dihakimi.

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 4

6.2.5. Berada di bilik hakim mengawasi penghakiman berjalan dengan lancar dan

teratur.

6.2.6. Menyemak dan mengesahkan borang-borang markah FNPSK.

6.2.7. Menyediakan keputusan, ulasan dan rumusan keseluruhan penghakiman untuk

diserahkan kepada Pengerusi Jemaah Hakim.

6.2.8. Melaporkan sebarang masalah kepada Pengerusi Jemaah Hakim.

6.3. Hakim

6.3.1. Melapor diri kepada Ketua Hakim.

6.3.2. Menghadiri mesyuarat dan taklimat jemaah hakim.

6.3.3. Menghakimi bidang yang ditentukan oleh Ketua Hakim.

6.3.4. Mencatat setiap kesalahan/bonus dalam borang Penghakiman.

6.3.5. Mencatat dan menjumlahkan markah bidang yang dihakimi.

6.3.6. Menandatangani setiap borang markah yang dihakimi dan menyerahkannya

kepada Ketua Hakim.

6.3.7. Menjaga etika profesionalisme kehakiman.

7. Keputusan FNPSK

7.1. Keputusan rasmi bagi setiap bahagian diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim.

7.2. Keputusan Jemaah hakim adalah muktamad.

7.3. Sebarang bantahan hendaklah dibuat sebelum keputusan rasmi diumumkan dengan

memohon borang bantahan daripada pengerusi jemaah hakim.

8. Juru Kira, Penjaga Masa dan Pengumpul Markah.

8.1. Jemaah Hakim bagi setiap bahagian dibantu oleh juru kira, penjaga masa dan

pengumpul markah yang dilantik oleh pihak urusetia.

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 5

BAHAGIAN KHAT JAWI

1. LATAR BELAKANG

Seni khat merupakan simbol identiti masyarakat Melayu Islam dan dianggap sebagai salah satu

kesenian tradisi serta khazanah kebesaran seni Islam yang tersohor sejak kedatangan Islam ke

Tanah Melayu, khususnya di Kepulauan Borneo. Namun begitu, seni khat ini seolah-olah

terpinggir dan diabaikan.

Oleh itu pertandingan anjuran IPG Kampus Batu Lintang ini dengan bantuan serta

diselenggarakan oleh Para Pakar dan Penggiat Khat Jawi yang ada di kawasan persekitaran,

adalah sebagai usaha dan langkah yang diambil bagi memelihara dan mengembangkan semula

kesenian ini agar terus diminati dan berkembang seiring dengan perkembangan Kemajuan

Negara.

Pertandingan Seni Khat Terbuka IPG / IPT Antarabangsa 2015 pada kali ini merupakan

pertandingan yang julung kali diadakan secara terbuka sempena Festival Kesenian Islam

Peringkat Antarabangsa IPG Kampus Batu Lintang dan ianya diharap dapat memberi impak

yang besar bagi memartabatan seni khat terutamanya di kalangan Bakal Pendidik serta para belia

yang akan kembali kepangkuan masyarakat awam suatu masa nanti.

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 6

1. OBJEKTIF

Untuk memashyurkan yang mana jawi dan khat merupakan identiti terbaik bagi masyarakatnya.

Mewujudkan hubungan ukhuwah di antara IPG Kampus Batu Lintang dengan penggiat seni khat

atau pengkarya bagi menaikkan identity IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak, di persada.

Melahirkan pengkarya-pengkarya baru dalam bidang seni visual khususnya seni khat dengan

idea-idea yang lebih baik dan terbuka dalam menghasilkan karya khat.

Dapat menyumbang kepada kemajuan seni di IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak yang

beridentiti tersendiri Karya terbaik dari pertandingan ini akan dijadikan khazanah himpunan

tetap Galeri JAPIM IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak.

2. SYARAT PERTANDINGAN

3.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga IPG/IPTA/IPTS yang berminat dengan

seni khat dan tulisan jawi.

3.2. Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan pertandingan sendiri.

Dakwat hitam

Saiz tulisan melebihi 3mm

3.3. Kertas bersaiz A2 akan disediakan oleh pihak penganjur. Para peserta dikehendaki

menggunakan kertas yang disediakan oleh urusetia sahaja.

3.4. Para peserta tidak dibenarkan untuk membawa sebarang contoh tulisan semasa

pertandingan dijalankan.

3.5. Peserta akan diberikan masa selama 4 jam untuk menyiapkan tulisan/karya masing-masing.

3.6. Para peserta dikehendaki menulis ayat yang disediakan oleh penganjur pertandingan secara

spontan dengan menggunakan gabungan Khat Nasakh dan Khat Thuluth.

Surah al-Mukminun ayat 115-118

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 7

3.7. Setiap peserta dikehendaki membawa kad pengenalan dan melaporkan diri kepada Urusetia

Pertandingan pada jam 8.30 pagi (setengah jam sebelum pertandingan dimulakan).

3.8. Karya-karya yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hak milik penganjur.

3.9. Yuran Penyertaan sebanyak RM50.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH

SAHAJA) bagi setiap peserta (penyertaan) dan pembayaran hendaklah dibuat semasa sesi

pendaftaran.

4. PENGHAKIMAN HASIL KARYA

4.1 Satu panel pengadil akan mengadili pertandingan ini.

4.2. Tulisan akan diadili dari segi ketepatan kaedah jenis khat yang muktabar mengikut jenis

khat yang dipertandingkan.

4.3. Setiap karya akan dinilai dari segi kemahiran, kreativiti dan kebersihan serta penyusunan

huruf dan kalimah di antara satu dengan yang lain sehingga melahirkan seni khat yang

indah dan menarik.

4.4. Penggunaan zuhruf atau ukiran sebagai perhiasan tulisan adalah dialu-alukan bagi

memperindahkan lagi karya yang dihasilkan.

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 8

5. HADIAH PERTANDINGAN

5.1 Hadiah yang MENARIK akan disediakan kepada Para Pemenang :-

i- JOHAN

ii- NAIB JOHAN

iii- KETIGA

iv- HADIAH SAGUHATI .

5.2 Sijil penyertaan dan cenderamata akan diberikan kepada setiap penyertaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Urusetia Jawatankuasa Pengelola :

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM),

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,

Jalan College, 93200 Kuching,

Sarawak.

No. Faks : 082-252382

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2015

Keterangan lanjut :

1. Encik Mohd Rafi Amirul Bin Rahim (0198686952)

2. Encik Ahmad Ashmirul Bin Sebi (0145785736)

3. Encik Tuan Abdul Rahman Bin Tuan Soh (0136704969)

4. Cik Nurul Najiah Binti Mohamad Zalik (0176831793)

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 9

Kaedah Penghakiman Pertandingan Seni Khat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahagian Kaedah Khat (50 %)

Teks yang hendak ditulis seharusnya lengkap dengan syakal I’rabiah serta tidak tertinggal

sebahagian ayat atau huruf. Syakal Tajmiliah hanya untuk jenis khat Thuluth sepenuhnya

dan hanya sedikit penggunaannya bagi khat Nasakh. Manakala khat Riq’ah tidak

memerlukan syakal Tajmili.

Pembentukan huruf perlu mengikut kaedah penulisan muktabar merujuk kepada jenis- jenis

khat tertentu.

Kaedah susunan ayat yang seimbang. Tidak terlalu padat dan tidak terlalu jarang.

Bahagian Gabungan Kreativiti (30 %)

Khat Nasakh dan khat Riq’ah hanya sesuai ditulis memanjang dan tidak boleh secara

bertindanan.

Khat Thuluth boleh ditulis mengikut kesesuaian (bulat, bujur telur, segi empat, kubah dan

sebagainya) tanpa mengabaikan kaedah pembentukan huruf.

Bahagian Hiasan dan kekemasan (20 %)

Di benarkan peserta untuk membuat seni kerawang mengikut motif yang bersesuaian (asas

geometri boleh digunakan).

Persembahan tulisan seharusnya kemas dan mempunyai kemahiran mengendalikan dakwat.

Hal-Hal Lain

Peserta hanya dibenarkan menulis teks yang telah di agihkan. Setiap penambahan teks tidak

mengurangkan markah dan tidak juga membantu untuk menambah markah bagi karya yang

telah disiapkan.

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 10

BORANG – PTKJ/IPGKBL/ANTARABANGSA15

BORANG PERMOHONAN PENYERTAAN

1. Nama Peserta :

______________________________________________

2. No. KP/Passport :

______________________________________________

3. Tarikh Lahir : ______________________

4. Umur : _______________

5. IPG/IPTA/IPTS/ :

______________________________________________

6. No. Tel/HP :

______________________________________________

7. Yuran (RM50) : ___________________

8. No. Resit : _________________

*** -Sertakan SALINAN Kad Pengenalan / Kad Matrik Pelajar

-Pastikan ANDA mendapatkan SALINAN RESIT selepas PEMBAYARAN.

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 11

PENGESAHAN / AKUAN PESERTA (MAHASISWA /MAHASISWI)

Dengan ini adalah disahkan bahawa

__________________________________________________

No. KPT / No Matrik : __________________________ adalah (pelajar)

MAHASISWA/MAHASISWI

Yang sedang menuntut pengajian di

__________________________________________________

di bawah seliaan pihak kami.

Terima kasih. COP RASMI :

Tandatangan : __________________________

Nama Pegawai : ____________________________________________

Jawatan : ____________________________________________

Tarikh : ___________________________

FNPSK 1436H/2015M BADAR-JPP-JAPIM IPGKBL M/S 12

BORANG KEPERLUAN PENGINAPAN

Borang ini perlu diisi oleh SEMUA kontinjen yang ingin menyertai Festival Kesenian Islam

Peringkat Kebangsaan IPG Kampus Batu Lintang 1435H/2014M.

Pihak kami; Kontinjen Pertandingan dari

seramai orang pegawai pengiring dan orang peserta,

memerlukan/tidak memerlukan (potong mana yang tidak berkenaan)

perkhidmatan penginapan. Pihak kami berharap agar pihak penganjur dapat

menyediakan penginapan ahli kontinjen kami seramai :

Muslimin Muslimah

Pegawai Pengiring

Peserta Pertandingan

Tanda tangan Pengurus/Ketua Kontinjen:

( )

**Seberang pertanyaan berkaitan Penginapan, Pengangkutan dan Pengurusan Peserta boleh

menghubungi:

1. Encik Mohd Rafi Amirul Bin Rahim (0198686952)

2. Encik Ahmad Ashmirul Bin Sebi (0145785736)

3. Encik Tuan Abdul Rahman Bin Tuan Soh (0136704969)

4. Cik Nurul Najiah Binti Mohamad Zalik (0176831793)