Post on 30-Jul-2015
PENGENALAN
Dalam kehidupan manusia, hubungan sesama manusia adalah perkara
utama yang perlu dititik beratkan. Hal ini kerana, perhubungan manusia yang baik
menjamin kesejahteraan hidup di dunia yang penuh dengan halangan dan rintangan
yang mencabar terutamanya dalam membentuk perpaduan. Perpaduan merupakan
aset utama dalam menjaya dan membangunkan sesebuah Negara. Sekiranya aspek
ini tidak diberi penekanan dan perhatian yang serius, sudah pasti Negara tidak akan
dapat mencapai sasaran yang hendak ditujui.
Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang tergolong dalam
masyarakat yang harmoni dan boleh hidup dalam sebuah Negara tanpa mengira
warna kulit, darjat, kasta dan keturunan seseorang. Negara Malaysia mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen. Pemimpin yang dipilih perlu melalui proses
pengundian dan ditentukan kemenangannya berdasarkan bilangan undian terbanyak
yang diperolehi daripada masyarakat setempat di mana tempat seseorang yang
ingin menjadi wakil rakyat bertanding. Untuk mengekalkan hubungan yang harmoni
dan aman, setiap manusia perlu membuang perasaan hasad dengki, iri hati tanpa
mengira fahaman politik ataupun agama seseorang. Perkara yang sensitif kepada
kaum, bangsa dan agama perlu dielakkan di dalam menjamin kesejahteraan hidup
dan menjalinkan perhubungan baik dan positif.
Dalam folio ini, kita akan mengetahui apakah konsep-konsep hubungan asas
etnik yang meliputi konsep masyarakat, dan ciri-ciri masyarakat. Kita juga
membincangkan berkenaan Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme serta Ras dan
Rasisme, seterusnya Prejudis, Streotaip dan Diskriminasi. Budaya yang diamalkan
oleh manusia juga berlainan mengikut kaum, bangsa, keturunan dan agama masing-
masing. Didalam folio ini juga, kita akan mengetahui dan mengenalpasti Konsep
Budaya, Ciri-ciri Budaya, Konsep Perpaduan dan Integrasi. Selain itu, Segregasi,
Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi dan Amalgamasi juga turut dibincangkan didalam
folio ini. Untuk mengetahui kesemua yang telah diterangkan tadi, isi kandungan
dalam folio ini akan menjawab persoalan yang bermain diminda untuk mengetahui
berkenaan perkara diatas seperti definisi setiap perkara yang dibincangkan dan
contoh yang diberikan.
1
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
1.0 Konsep Masyarakat
Perkataan masyarakat merujuk kepada kumpulan manusia yang hidup bersama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu, individu, keluarga dan kumpulan-
kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Ini adalah definisi yang
dinyatakan di dalam Kamus Dewan ( 2005 ).
Disebabkan oleh pergaulan yang terjalin di dalam kumpulan-kumpulan kecil ini tadi
yang mungkin terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan akan membentuk satu
jalinan ikatan antara satu sama lain yang akan membawa kepada perpaduan dan
akhirnya menjadikan sebuah masyarakat yang teguh dan kukuh.
Setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri dalam kumpulannya dan
budaya ini akan diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.
Disebabkan oleh peredaran masa dan zaman yang semakin moden maka
berlakulah pengubahsuaian dalam budaya yang diterima supaya ianya seiring dan
dapat diadaptasikan di dalam kehidupan yang semakin berkembang.
Terdapat dua bentuk budaya iaitu budaya material dan budaya bukan material.
Budaya material adalah seperti binaan-binaan agung yang telah dibina oleh
masyarakat terdahulu seperti Tembok Besar di negara China dan Piramid di Mesir.
Budaya bukan material pula adalah seperti system kepercayaan dan agama,
falsafah dan kesusateraan, pemikiran sains serta kemampuan mencipta teknologi.
Dua elemen ini adalah pemangkin kepada kermajuan sesebuah masyarakat dan
untuk mencapai tahap ini maka setiap anggota masyarakat mestilah melibatkan diri
dan menyedari akan peri pentingnya peranan meraka dalam masyarakat itu sendiri.
2
1.2 Ciri-ciri Masyarakat
Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut;
a) Berkelompok
Terdiri daripada satu kumpulan manusia yang hidup bersama dan mempunyai
aturan dan cara tertentu.
b) Berbudaya
Mempunyai satu tamadun atau peradaban dan memiliki cara berfikir, akal budi,
yang sudah maju .
c) Mengalami perubahan.
Telah mecapai satu peralihan dalam corak kehidupan yang lebih maju dan
bertamadun.
d) Berinteraksi( dalam dan dengan pihak luar)
Mempunyai satu hubungan pergaulan dalam kelompok sendiri dan dengan pihak
luar atau masyarakat luar yang terdiri daripada kelompok lain.
e) Mempunyai kepimpinan
Mempunyai pemimpin yang dapat menerajui dan membimbing kelompok tersebut.
f) Mempunyai aturan sosialnya ( susun lapis, kelas, status dan kasta)
Mempunyai hieraki dan susun atur dalam aspek sosial yang nyata.
3
2.0 Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme
Etnik
Sekolompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam
termasuklah mempunyai adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Etnik
dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.
Perbezaan ini termasuklah ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.
Contohnya di Malaysia terdapat orang melayu, Cina , India, Kdazan Dusun, Melanau
dan pelbagai lagi kaum yang dikenali sebagai etnik.
Etnisiti
Merujuk kepada rasa kekitaan yang tersemat dalam diri sesebuah etnik itu sendiri
terhadap etnik mereka. Ini menyebabkan wujudnya satu kebudayaan atau sub
budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dnegan satu sejarah, nilai, sikap
dan tingkah laku yang sama.
Etnosentrisme
Adalah satu kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota
sesebuah kelompok etnik. Kepercayaan ini menyebabkan mereka merasakan
bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.
4
3.0 Ras dan Rasisme.
Ras
Adalah sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif
berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata, warna
rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit mereka.
Rasisme
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negative oleh sesuatu kelompok sosial
atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan
wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata.
Ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka dan ia adalah
gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan
warna kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain.
Terdapat dua bentuk rasisme iaitu tahap individu dan tahap institusi. Tahap individu
berlaku dalam bentuk sikap dan kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang
berstatus tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah.
Pada tahap institusi, ia melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi
dan membentuk ketidakseimbangan bagi masyrakat daripada ras yang berbeza dan
ianya dapat dilihat secara tersirat dan tersembunyi dalam struktur sosial.
5
4.0 Prejudis dan Streotaip.
Prejudis.
Prejudis boleh didefinisikan sebagai pandangan negative tentang sesuatu ahli atau
kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik
tertentu.
Ianya tidak diluahkan secara terbuka dan pandangan ini tidak berasakan maklumat
yang jelas, tepat atau mencukupi dan apabila sesuatu prejudis disuarakan ia akan
menjadi streotaip.
Prejudis antara etinik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang
negative terhadap kumpulan etnik yang lain.Kesan ini mudah dilihat apabila berlaku
persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik,
ekonomi atau sosial dan sebagainya.
Streotaip
Merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negative terhadap sesuatu kumpulan
etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk
yang ditunjukkan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain dan ini terjadi
apabila berlakunya pertembungan antara dua atau lebih kumpulan etnik.
Ini akan memberikan kesan buruk dalam satu negara yang terdiri daripada
masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berlakunya semangat perkauman yang
menebal dalam kumpulan-kumpulan etnik dan menyebabkan interaksi antara etnik
akan terhad dan terbatas yang akhirnya boleh menyebabkan goyahnya perpaduan
antara masyarakat.
6
5.0 Diskriminasi.
Diskriminasi adalah satu pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif yang ada
pada diri seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kumpulan etnik
lain dan ini akan mempengaruhi perilaku pihak yang berfikiran negatif tersebut.
Jelasnya diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseornag individu atau
sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri setnik semata-mata.
Sekiranya timbul perasaan prasangka dalam satu kelompok etnik terhadap etnik
yang lain maka akan wujudlah diskriminasi. Tambahan pula sekirannya wujud sikap
prejudis dan streotaip dalam sesebuah kelompok etnik terhadap sekelompok etnik
yang lain.
Tahap diskriminasi mencapai kemuncaknya apabila berlakunya pembuangan kerja,
serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah etnik atau
etnik cleansing dalam sesebuah negara.
7
6.0 Konsep Budaya
Budaya merupakan cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu “ budhi” dan “
daya “. Perkataan “ budhi ” adalah perkataan Sanskrit yang membawa pengertian
kecergasan fikiran dan akal manakala perkataan “ daya “ adalah perkataan Melayu
Polynesia yang membawa maksudkekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Menurut
Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963 sekiranya dua perkataan tersebut dicantum maka
ia kan membawa kepada pengertian tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
menggerakkan jiwa.
Menurut Kamus Dewan pula budaya boleh didefinisikan sebagai kemajuan fikiran,
akal budi iaitu cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Secara terperinci
perkataan buday ini boleh diertikan dengan suatu cara hidup yang diamalkan oleh
kumpulan tertentu dan meliputi system sosial, susunan organisasi ekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budya bukan
kebendaan.
6.1 Budaya Kebendaan
Budaya kebendaan merujuk kepada peralatan dan kelengkapan hidup contohnya
rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya.
Ini membawa maksud setiap kelompok etnik mempunyai ciri-cirinya sendiri dalam
budaya kebendaan. Contohnya reka bentuk orang Melayu adalah tidak sama
dengan reka bentuk rumah orang Inggeris dan juga Eskimo.
6.2 Budaya Bukan Kebendaan
Ini merujuk kepada kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang dalam sesebuah
kelompok etnik itu sendiri. Contohnya dalam perkahwinan masyarakat Melayu, pihak
lelaki yang memberikan hantaran kepada pihak perempuan manakala dalam
masyarakat India pihak perempuan yang memberi hantaran kepada pihak lelaki.
Dari segi kepercayaan pula, agama merupakan pedoman hidup yang diamalkan
dalam kehidupan dan juga sebagai perlembagaan dalam membawa ke jalan yang
benar menuju Pencipta.
8
6.3 Ciri-ciri Budaya
Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya
ialah:
a) Dipelajari
b) Dikongsi
c) Bersifat sejagat
d) Diwarisi
e) Berubah-ubah
f) Mempunyai unsur simbolik
g) Adanya pandangan semesta ( worldview )
9
7.0 Konsep Perpaduan dan Integrasi
Perpaduan boleh kita takrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Manakala Integrasi adalah proses bagi mewujudkan satu indentiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik.
Antara unsur-unsur integrasi adalah seperti;
a) Integrasi Wilayah
Tujuannya dalah untuk mengurangkan tahap perbezaan dalam pembangunan
ekonomi dan sosial antara wailayah yang maju dengan mundur.
b) Integrasi Ekonomi
Adalah usaha-usaha untuk mengurangkan jurang antara ekonomi antara
kumpulan etnik.
c) Intergrasi Kebudayaan
merujuk kepada pembentukan satu kebudayaan kebangsaan.
d) Integrasi Sosial
Penyatuan etnik-etnik melalui program-program seperti sukan, pendidikan,
perumahan dan kesihatan.
e) Integrasi Pendidikan
Ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu system pendidikan yang bercorak
kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.
f) Integrasi Politik
Melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik demi menyatukan semua rakyat
yang terdiri daripada pelbagai etnik menuju ke arah perpaduan.
Menurut Ting Chew Peh, 1987, integrasi ialah satu proses yang amat kompleks.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat bermula dengan hubungan terpisah iaitu
segragasi sehinggalah membentuk amalgamasi dan seterusnya terjalinnya
hubungan antara wilayah maka ia akan dapat mengurangkan konflik dan
mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan yang harmonis anata
pelbagai etnik
10
7.1Segregasi
Segregasi adalah satu keadaan dimana berlakunya pemisahan dan pengasingan
antara satu kumpulan etnik dengan satu kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah
negara.
Pemisahan ini berlaku sama ada dari segi kawasan tempat tinggal, dalam sistem
persekolahan, sistem pengangkutan dan kemudahan awam. Segragasi ini wujud
mungkin disebabkan oleh sesuatu dasar undang-undang atau sebaliknya.
Contohnya Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-
1994.
7.2 Akomodasi
Akomodasi merupakan proses dimana setiap kumpulan etnik akan melalui proses
kesedaran akan nilai saling menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain
selain ianya tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing setiap kumpulan
etnik tersebut.
Ini dapat diperjelaskan dengan satu formula yan,g diperkenalkan oleh Ting Chew
Peh ,1987 iaitu formula A + B + C = A + B + C, dimana A, B dan C merujuk kepada
budaya. Ini bermakna setiap kumpulan etnik akan hidup secara harmonis dan saling
menghormati antara satu sama lain.
Selain itu juga terdapat wakil bagi setiap kumpulan etnik yang berbeza dalam
peringkat pemerintahan pusat, dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan ini
menjadikan setiap kumpulan etnik saling bergantungan antara satu sama lain
malahan mereka dapat hidup dengan harmonis dalam mengamalkan budaya
masing-masing.
Contoh negara luar yang mempunyai konsep Akomodasi ialah negara Switzerland
yang mempunyai kumpulan etnik yang berbeza iaitu etnik Jerman, etnik Perancis
dan etnik Itali. Masing-masing menyesuaikan diri dengan cara dan budaya etnik
yang lain.
11
7.3 Akulturasi.
Akulturasi adalah satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan
individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Proses ini
terjadi pabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu
dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga
ianya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Proses akulturasi ini tidak meengakibatkan kehilangan identiti asal terhadap
masyarakat yang menerima budaya tersebut. Proses ini bermula dengan pinjam-
meminjam dan akhirnya dijadikan kebudayaan sendiri. Contohnya penggunaan tali
leher, pemberian ang pau, makanan dan sebagainya.
Akulturasi mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang
mendatangkan manfaat seperti pakaian barat manakala unsure-unsur budaya yang
tidak berbentuk kebendaan sukar untuk diterima seperti unsure ideology dan
pemikiran.
7.4 Asimilasi.
Proses asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan
etnik berlainan budaya sehingga menbentuk satu kelompok dengan kebudayaan
dan identity yang sama.
Seorang ahli sosiologi iaitu Vander Zanden menyatakan bahawa asimilasi ini adalah
satu proses dalam mana kelompok=kelompok yang berfikir, berperasaan dan
bertindak secara berlainan menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang
sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna akan menyebabkan penghapusan penuh
perbezaaan dari segi kebudayaan dan identiti. Ini dapat diumpamakan seperti
berikut A + B + C = A, maka A di sini mewakili golongan yang dominan atau
golongan majority manakala B dan C adalah golongan etnik yang minority.
Contohnya orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi ini yang
mengakibatkan nama, bahasa, dan hampir semua aspek kehidupan mereka telah
disatukan dengan kebudayaan Thailand kecuali aspek agama dan kepercayaan.
12
Asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat di antara kumpulan etnik
berbeza budaya bagi satu tempoh yang lama. Ini adalah bergantung kepada
kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti
kumpulan etnik majority. Mungkin disebabkan terdapat banyak persamaan budaya
antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majority menerima
kumpulan etnik minority.
7.5 Amalgamasi.
Ini adalah satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis budaya dan ras baru. Ini adalah disebabkan terjadinya
perkahwinan campur antara etnik.
Teori ini dapat dijelaskan dengan formula A + B + C = D, dan A, B dan C mewakili
kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam iaitu satu kumpulan baru yang
terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Contohnya perkahwinan campur antara
etnik akan menghasilkan generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti
budaya asal mereka.
13
RUMUSAN
Asas Hubungan etnik merupakan perkara yang perlu diterap dan dipupuk
serta dipelajari di dalam setiap individu yang mengelarkan diri mereka rakyat
Malaysia , Bagi mewujudkan satu negara yang mempunyai keamanan yang utuh
dan kukuh tidak kira walaupun masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kelompok
etnik yang mempunyai perbezaan dari beberapa aspek seperti kepercayaan, adat
resam, makanan, kebudayaan, perayaan dan sebagainya yang didukung sendiri
oleh setiap etnik di negara kita Malaysia.
Memang tidak dinafikan bahawa kepelbagaian kelompok etnik dalam
sesebuah negara menyebabkan aspek perpaduan agak sukar untuk ditanamkan
dalam diri. Ini adalah disebabkan oleh sikap etnosentrisme dalam setiap kelompok
etnik itu sendiri yang akhirnya akan membentuk satu rasisme dalam antara
kelompok-kelompok etnik yang berbeza dan akhirnya wujudlah perasaan prejudis
dalam diri kelompok-kelompok etnik ini.
Maka sekirannya sikap negatif yang wujud disebabkan oleh sikap-sikap
etnosentrisme, rasisme dan prejudis tidak dapat dikurangkan maka akan muncullah
kenyataan-kenyataan umum yang berani diluahkan secara terang-terangan yang
dikenali sebagai stereotaip. Akhirnya akan terjadi diskriminasi antara etnik-etnik
yang boleh menyebabkan sesuatu perkara yang tidak diingini. Sekiranya ini terjadi
maka akan ada sekelompok etnik yang akan memandang rendah kepada
sekolompok etnik yang lain dan akhirnya satu malapetaka yang dahsyat akan
berlaku disebabkan ketidakpuasan etnik yang lain seperti pergaduhan dan menjurus
kepada rusuhan kaum dan juga penghapusan etnik.
Oleh sebab itu, nilai-nilai perpaduan yang menjurus kepada pengurangan
konflik antara kelompok-kelompok etnik ini telah diusahakan oleh pihak yang
berkenaan supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmonis dan
negara pun aman.
Pengintegrasian telah diwujudkan bagi membentuk satu identiti nasional
dalam kelompok-kelompok etnik ini supaya tidak terlalu taksud dengan kelompok
sendiri tetapi lebih kepada pembentukan satu identiti negara tanpa mengikis akan
14
identiti setiap kelompok etnik yang ada. Maka dengan ini sikap cintakan negara dan
keamanan akan dapat diperkukuhkan lagi disamping sikap bertolak ansur dan
menghormati antara satu sama lain dapat dipertingkatkan. Isu-isu yang boleh
menimbulkan kekacauan atau yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum atau bangsa
juga perlu dielakkan. Semangat perpaduan di kalangan masyarakat juga perlu
dipertingkatkan seperti semangat satu Malaysia yang baharu sahaja diperkenalkan
oleh Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Ia perlulah
sentiasa dijaga bersama-sama oleh setiap rakyat Malaysia supaya keberkesanan
program yang dirancang ke arah perpaduan dapat dibentuk dengan jayanya.
Peranan sebagai seorang guru juga sangat penting dalam memupuk dan
menyemai rasa cinta murid kepada Negara bermula sejak di bangku sekolah lagi.
Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kesedaran setiap rakyat
Malaysia untuk menjaga keharmonian Negara juga penting dan mengetahui bahawa
ia adalah satu tanggungjawab besar sebagai rakyat Malaysia.
Kesimpulannya, keharmonian, kedamaian, kemajuan dan kesejahteraan
setiap etnik yang berada di Malaysia tertakluk kepada diri mereka sendiri. Rakyat
Malaysia diharap tidak mudah goyah dan percaya dengan hasutan dan dakyah yang
buruk daripada anasir-anasir luar yang menginginkan kemusnahan di dalam Negara
Malaysia yang kita cintai bersama. Bersama-sama memartabat dan menjulang nama
Malaysia di seluruh Pelusuk Dunia. Yakin Boleh. Satu Malaysia.
15
REFLEKSI Didalam penghasilan sesuatu kerja ataupun folio, perkara yag paling penting
sekali adalah masa, pengorbanan dan komitmen yang tinggi perlu diberikan.
Tumpuan semasa pembelajaran bersama pensyarah juga perlu dititk beratkan
supaya kerja yang diberikan tidak tersasar dan menyimpang serta sentiasa
berkomunikasi bersama-sama rakan dan pensyarah pembimbing. Selaku ketua
kumpulan di dalam penghasilan tugasan ini, banyak perkara yang telah di hadapi
sebelum, semasa dan selepas penghasilan folio ini. Perkara pertama yang saya dan
ahli kumpulan hadapi adalah kedudukan setiap ahli kumpulan. Seperti yang sedia
maklum. Saya adalah pelajar pengajian jarak jauh di bawah program pensiswazahan
Guru Sekolah Rendah. Kebanyakan ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab yang
berbeza-beza seperti tanggungjawab disekolah, tangggungjawab di rumah, dan
tanggungjawab sebagai pelajar di IPG kampus Sarawak.
Semasa proses penyiapan folio ini, dalam masa yang sama, tugasan selaku
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah bertambah-tambah dan saya
merasakan masa terlalu pendek untuk menyiapkan folio ini. Program-program yang
telah dirancangkan di sekolah juga perlu dilaksanakan mengikut takwim yang telah
dirancang. Walau bagaimanapun, Kudrat, tenaga dan kesihatan yang telah
dikurniakan oleh Tuhan dalam menjayakan folio kali ini telah banyak membantu
saya.
Sebagai seorang guru sains tahun enam juga telah banyak menganggu
perjalanan untuk menyiapkan tugasan ini lebih cepat. Saya juga di hujani dengan
kerja-kerja luar Sekolah iaitu menyiapkan gelanggang badminton sekolah dan
taman-taman bunga Sekolah. kesemua urusan itu telah saya uruskan dengan
jayanya walaupun merasakan kepenatan yang maksimum dalam menjayakan dan
menghasilkan folio ini serentak. Perbezaan belajar semasa mengambil diploma
perguruan dahulu sangat ketara kerana dahulu saya boleh menumpukan perhatian
sepenuhnya dalam pembelajaran.
Dalam menyiapkan folio ini, kekangan seperti kekurang sumber maklumat
juga menjadi faktor dalam penghasilan folio ini. Sumber maklumat diperolehi di
dalam laman sesawang. Saya terpaksa membuat kerja dan melayari laman
sesawang seawal pukul 2.30 pagi untuk membuat kerja. Ini disebabkan oleh school
net yang digunakan hanya akan berfungsi dengan baik pada waktu itu dan pada
16
waktu sekolah saya gunakan untuk urusan sekolah. termasuk gerko dan kelas
petang dan kelas tambahan(motivasi). Didalam pencarian maklumat, sama ada di
kedai-kedai buku, di pusat sumber dan Pustaka, Mujur juga ada seorang kawan
yang mempunyai buku yang berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan pensyarah
kepada kami. Buku rujukan semakin bertambah dan memudahkan dalam
penghasilan folio ini. Syukur kepada Tuhan kerana telah memudahkan urusan saya
dan ahli kumpulan dalam penghasilan folio ini.
Dalam tugasan ini, saya telah banyak mempelajari tentang kepentingan
hubungan dalam kehidupan seharian. Banyak juga istilah-istilah yang baru saya
pelajari dan dengari seperti Segregasi, Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi,
Amalgamasi dan banyak lagi. Pengetahuan sedia ada saya kurang berkenaan
dengan istilah-istilah yang digunakan di dalam tajuk ini, akan tetapi setelah
menyiapkan tugasan ini, barulah saya faham berkenaan dengan apa yang ingin
dibicarakan di dalam tugasan ini.
Memang menjadi tanggungjawab setiap warga Malaysia untuk mengekalkan
keamanan dan kedaulatan Negara berlandaskan prinsip-prinsip rukun Negara yang
telah di buat. Dengan menerapkan nilai cinta kepada Negara, masyarakat akan
menjaga keharmonian Negara tanpa mengira warna kulit, suku kaum, bangsa,
kasta, agama, fahaman politik dan adat-adat yang di amalkan serta budaya setiap
bangsa.
Kita juga tidak boleh menimbulkan rasa ketidakpuasan hati masyarakat yang
berbilang kaum di dalam Negara kita serta tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang
boleh memporak-perandakan Negara.
Akhir kalam, saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah dilahirkan di Negara
Malaysia yang tercinta. Negara yang mempunyai berbilang kaum dan dapat hidup
bersama di bawah satu bumbung walaupun kadang-kala ada perkara yang tidak
dapat dipersetujui bersama, akan tetapi perkara tersebut tidak diperbesar-besarkan
sehingga boleh menimbulkan konflik dan pergaduhan. Saya boleh simpulkan
bahawa Negara Malaysia adalah sebuah Negara Rahmat kerana rakyatnya boleh
hidup aman dan damai walaupun mempunyai berbilang kaum, bangsa dan agama.
Maju Malaysia, Sejahtera kita. Satu Malaysia. Terima Kasih.
Shahrin bin Omar
17
18
REFLEKSI Sebagai mukadimah,saya Alex Bajai,821216-13-5181,Pengajian Sains
2,Semester 3,Institut Perguruan Miri, Sarawak mengucapkan rasa syukur kepada
tuhan kerana kami bertiga kerana telah berjaya melaksanakan kerja kursus yang
telah diamanahkan oleh pensyarah kami iaitu Encik Nelson dan Encik Kujang
Malong bagi subjek Hubungan Etnik (WAJ3106).Tidak lupa ucapan ribuan terima
kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu Shahrin bin Omar dan Bohari bin Wahab yang
telah bekerjasama dan berkolaborasi menghasilkan tugasan ini.Tidak lupa kepada
semua rakan sekelas,ahli keluarga dan rakan-rakan yang terlibat secara langsung
atau tidak sepanjang kami menghasilkan tugasan ini.Di dalam topik yang kerja
kursus kami ini,kami telah banyak melakukan bacaan dan ulangkaji mengenai topik-
topik ini.Selain daripada mencari maklumat secara online.Banyak maklumat yang
telah kami perolehi juga daripada rakan-rakan dan pensyarah.Setelah maklumat ini
dikumpul dan difahami maka terhasilkah kerja kursus ini.
Setelah menjalankan kerja kursus ini saya dapati masyarakat hari ini terdiri
daripada pelbagai bangsa,etnik dan kaum yang mewakili sesebuah
kelompok,bahagian dan ke peringkat tertingginya negara di dalam budaya yang
berbeza dan unik selain wujud agama yang berbagai.Di dalam masyarakat,yang
mana saya merupakan salah seorang ahli daripadanya.Saya cukup berbangga
dengan apa yang ada pada diri saya selama ini.Identiti bangsa saya yang selama ini
saya rasakan cukup unik dan perlu dipelihara agar tidak hilang satu hari
nanti.Banyak khazanah,adat resam dan budaya hidup peninggalan datuk nenek
moyang yang saya rasa perlu dijaga dan dipelihara agar dapat dikenali oleh semua
termasuk pelancong-pelancong dari luar.Ini juga merangkumi bangsa ,cara hidup
dan budaya kaum-kaum lain di Malaysia.Ia amat bernilai dan berharga bagi negara
kita.Sebagai generasi muda saya rasa bertanggunjawab untuk mengekalkan semua
ini.Identiti sesuatu kaum merupakan sesuatu yang amat besar nilainya kerana ia
mewakili sesuatu etnik dan bangsa.
Perpaduan yang telah dikecapi hampir 55 tahun sejak Malaysia mencapai
kemerdekaan amatlah besar maknanya.Ia juga termasuk di dalam topik kerja kursus
kami yang mana saya sendiri baru sedar erti sesebuah perpaduan itu sebenarnya
19
sangatlah bermakna.Ini kerana selama ini saya hanya melihat erti perpaduan dari
satu sudut sahaja tanpa mengira faktor-faktor yang lain termasuklah ciri-ciri
integrasi di dalam masyarakat dan negara kita.
Setelah menjalankan kerja kursus ini juga saya telah memahami bahawa ciri-
ciri sesuatu bangsa,budaya dan identiti bangsa saling berkaitan di dalam kehidupan
kita.Sebagai seorang guru yang menerajui dan memimpin sesebuah sekolah
terutamanya sekolah kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kaum,bangsa,etnik
dan kebudayaan.Seseorang individu bukan sahaja boleh dikenali melalui fizikal
tetapi juga mental mereka iaitu cara hidup,pemikiran dan kebudayaan yang
melambangkan cara hidup dan identity mereka.Ia merupakan salah satu tugas dan
amanah guru untuk mendidik murid-murid ini agar boleh duduk di bawah satu
bumbung perpaduan di dalam satu sekolah.Banyak juga elemen-elemen di dalam
topik ini yang telah memberi pengetahuan baru kepada saya.Saya juga mendapati
bahawa elemen-elemen ini sangat berkait rapat dengan suasana
persekolahan,masyarakat dan sosial.Akhir sekali saya sangat bersyukur kerana
selama ini setelah hampir 30 tahun saya hidup di Malaysia saya mendapati kita
boleh hidup aman damai di dalam sebuah masyarakat tanpa sebarang masalah dan
mempunyai identiti yang tersendiri yang mana amat berharga buat kita
semua.Semoga keamanan dan rasa damai ini dapat dikecapi oleh semua tanpa ada
batas,dan kekal selamanya.Saya akhiri refleksi saya dengan ucap syukur dan ribuan
terima kasih kepada semua.
Alex Bajai
20
REFLEKSI
Semasa dalam tempoh menyiapkan tugasan ini banyak pengalaman yang
saya lalui. Salah satunya adalah mempelajari subjek yang baharu dalam hidup saya
iaitu “ hubungan dan etnik”. Inilah kali pertama saya mendengar dan mempelajari
subjek ini. Pada mulanya saya tidak begitu memahami dan jelas akan isi-isi
kandungan yang terdapat dalam subjek ini. Malahan semasa pensyarah
memberikan tugasan ini, saya mengambil tempoh masa yang agak lama untuk
memahaminya, walaupun dari segi bahasanya cukup mudah tetapi untuk
memahaminya dan menerangkannya semula mendatangkan kesukaran kepada
saya. Untuk mengatasi masalah ini, saya meminta bantuan daripada ahli-ahli
kumpulan kami.
Selain itu , saya juga menghadapi masalah kekurangan sumber maklumat
terutamanya modul yang digunakan dalam kursus ini. Modul yang diberikan kepada
kami adalah terhad dan tidak berapa lengkap. Saya dah ahli dalam kumpulan kami
terpaksa mencari di kedai-kedai buku seperti Popular, KK bookstore, Sinly namun
semuanya tiada. Masalah ini dapat diselesaikan apabila rakan kami dapat meminjam
buku daripada rakannya iaitu buku karangan Shamsul Amri Baharuddin.
Saya dapat menambahkan maklumat dalam tugasan ini hasil daripada carian
di internet dengan mencari isi-isi yang berkaitan dengan tugasan ini. Walaupun
cabaran yang dihadapi dalam menyiapkan tugasan ini agak sukar namun hasil
kerjasama ahli-ahli kumpulan saya akhirnya kami dapat menyiapakan tugasan ini
mengikut tempoh masa yang diberikan.
Disamping itu juga, ternyata banyak faedah yang saya perolehi semasa
proses menyiapkan tugasan ini. Salah satunya adalah menambahkan pemahaman
saya terhadap tugasan ini. Ini dapat dilihat semasa proses mencari maklumat dan
data-data yang berkaitan dengan tugasan, secara tidak langsung pemahaman saya
terhadap isi-isi kandung tajuk ini dapat dipertingkatkan.
Malah saya juga dapat mempelajari istilah-istilah yang belum pernah saya
dengar sebelum ini seperti, etnosentrisme ,rasisme serta maknanya sekali. Oleh
yang demikian saya berasa seronok dan teruja apabila dapat melaksanakan dan
menyiapkan tugasan ini. Pelbagai informasi yang baharu yang saya perolehi dan
boleh saya kongsikan bersama rakan-rakan dan murid-murid saya disekolah.
21
Melalui tugasan ini juga saya dapat merasakan betapa pentingnya perpaduan
sepertimana yang diwar-warkan di media massa dan media elektronik di negara kita
setiap masa. Perpaduan merupakan tonggak utama dalam memastikan
kemakmuran dan keamanan serta kehidupan yang harmonis dapat dikekalkan
antara masyarakat di negara kita.
HIdup dalam masyarakat yang pelbagai etnik dan kaum adalah satu keunikan
yang terdapat di negara kita berbanding dengan negara-negara lain. Oleh yang
demikian, sensitiviti sesuatu etnik merupakan perkara yang perlu diambil berat oleh
semua pihak. Ini adalah kerana perlekehan terhadap sensitiviti sesuatu kaum akan
mencetuskan satu situasi yang tegang dan boleh mengakibatkan rusuhan antara
kaum.
Dengan itu, tugasan ini memberikan pengajaran yang bermakna kepada saya
tentang hubungan antara etnik di negara kita, perlunya sikap hormat-menghormati,
bertolak ansur dan saling faham-memahami akan budaya, agama, adat resam dan
kehidupan sosial antara sesuatu etnik dan kaum. Akhirnya sebuah negara yang
makmur dan masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmonis dapat
dikekalkan buat selama-lamanya. Sekian terima kasih.
Bohari Bin Wahab
22
Borang KolaborasiBil. Tarikh Perkara Yang
Dibincangkan
Komen Tandatangan
Pensyarah / Pelajar
1. 23.06.2012 Agihan soalan dan
tugasan oleh pensyarah.
Memahami kehendak
soalan.
2. 23.06.2012 Berbincang dengan ahli
kumpulan tentang soalan
tugasan yang diberikan.
Perbincangan
bersama.
3. 24.06.2012 Pembahagian dan
agihan tajuk antara ahli
kumpulan.
Agihan tajuk
dipersetujui kerana
semua ahli berada di
lokasi berlainan.
4. 15.07.2012 Mencari bahan-bahan
dan maklumat berkaitan
dengan tugasan yang
diberikan.
Bahan-bahan dan
maklumat lebih
banyak di dapati di
laman sesawang.
Sumber daripada
buku sukar dicari.
5. 18.07.2012 Mendapat buku rujukan
yang di pinjamkan oleh
rakan.
Maklumat daripada
buku diperolehi dan
dikongsikan
bersama-sama.
6. 21.07.2012 Membuat draf dan
tugasan yang diberikan.
Menaip tugasan yang
diberikan.
7. 28.07.2012 menunjukkan hasil
kepada pensyarah
pembimbing untuk
diperiksa dan dimurnikan
pensyarah meminta
supaya folio ini
dimurnikan lagi.
Borang Kolaborasi23
Bil. Tarikh Perkara Yang
Dibincangkan
Komen Tandatangan
Pensyarah / Pelajar
8. 29.07.2012 Memurnikan tugasan
seperti yang diminta oleh
pensyarah.
Setiap ahli kumpulan
menaip semula kerja
yang telah diagihkan.
9. 02.08.2012 Semua maklumat yang
telah dimurnikan di
emelkan kepada ketua
kumpulan sebelum di
edit dan digabung
bersama oleh ketua
kumpulan.
Ketua kumpulan akan
mencetak, menyusun
dan mengemaskini
hasil kerja kursus
sebelum di hantar.
10. 11.08.2012 Menghantar Hasil kerja
kursus kepada
Pensyarah.
Borang Kolaborasi
24
25
Nama Ahli Kumpulan 1. Shahrin Bin Omar ( Ketua Kumpulan)
2. Bohari Bin Wahab
3. Alex Bajai
Tajuk : Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik.
Tugasan : Menghasilkan folio mengikut tajuk yang telah
diberikan.
Pensyarah
Pembimbing :
ENCIK NELSON TANDANG
ANAK EDWIN UNTING & ENCIK KUJANG ANAK
MALONG
Komen Pensyarah
Pembimbing :
Tandatangan
Pensyarah
Pembimbing:
Tarikh :
BIBLIOGRAFI
Ahmad Tarmizi b Talib et.al ( 2006 ) Hubungan tenik di Malaysia. Kuala Lumpur;
Penerbit Fajar Bakti.
Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee
( 2006 ). Hubungan etnik di Malaysia. Malaysia: Prrentice Hall.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubugan Etnik. Shah Alam: Pusat
Penerbitan Universiti ( UPENA ), Universiti Teknologi Mara.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin MAskon. ( 2010 ). Budaya dan
Pembelajaran.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Selangor.
Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1997 ) Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.
26
SOFT COPY
TAJUK : KONSEP-KONSEP ASAS
HUBUNGAN ETNIK
27
LAMPIRAN
28