Post on 08-Feb-2018
52ND ANNUAL GENERAL MEETING
90
SUB-COMMITTEE REPORT
SYARIAH & BAHASA MALAYSIA
Pengerusi : Nurul Muhaniza Binti Hanafi
Ahli Jawatankuasa : Pn. Nadzifah Binti Maarof
Pn. Hajjah Kasmani Binti Baharuddin
Tn. Haji Zainal Abidin Bin Ishak
En. Muhammad Izhar Bin Mohd
Salahudin
Pn. Wan Nurliza
"Jawatankuasa Kecil Bahasa Malaysia dan Syariah telah mengelolakan aktiviti-aktiviti
yang berikut untuk faedah bersama ahli-ahli:-
1. Mesyuarat telah diadakan sebanyak 8 kali sepanjang tempoh 2016/2017 bagi
membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh Pengamal Undang Undang Syariah
dan menambahbaikan sistem Kehakiman Syariah.
2. Cadangan untuk mencepatkan proses perceraian secara yang baik yang telah di
ketengahkan oleh pihak kami pada tahun lepas telah diterima dan Mahkamah Syariah
Selangor telah mempercepatkan proses pengeluaran Sijil Cerai secara baik (Seksyen 47
Enakmen Undang Undang Keluarga Syariah) di Selangor dalam jangka masa 6 jam
daripada tarikh penfailan kes.
3. Pejumpaan dengan Ketua Hakim Yang Amat Arif Dr Haji Mohd Na’im bin Haji
Mokhtar Pada 31.03.2016, satu Majlis Ziarah dan Temu Mesra antara YAA Ketua
Hakim Syarie Selangor Dato’ Dr Hj Mohd Na’im Bin Hj Mokhtar, bersama dengan
beberapa orang wakil dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan
Jawatankuasa Peguam Selangor telah diadakan di pejabat YAA Ketua Hakim di
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Shah Alam.
Majlis yang dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Syariah & Bahasa Malaysia Puan
Hjh Nurul Muhaniza Binti Hanafi dengan ditemani oleh Hjh Puan Nadzifah Binti
Maarof dan Hjh Kasmani Binti Baharuddin bertujuan antaranya, untuk bertukar-tukar
pandangan berkaitan dengan isu-isu perundangan semasa dan cadangan penyelesaian
seperti perlantikan hakim syarie wanita di negeri Selangor bersesuaian dengan hasrat
DYMM Sultan Selangor dalam masa yang terdekat, pertindanan bidangkuasa antara
Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, etika hakim dan peguam, dan cadangan usaha
Nurul Muhaniza Bt.
Hanafi
52ND ANNUAL GENERAL MEETING
91
sama antara pihak JAKESS, MAIS, PGSM dan Jawatankuasa Peguam Selangor dalam
program-program yang boleh menambah baik undang-undang, mendidik masyarakat
umum dan membentuk jaringan dengan Kehakiman Sivil, Institusi Pengajian Tinggi,
Majlis Peguam, Badan Akrediatsi dan NGO.
Dalam pertemuan tersebut, YAA Ketua Hakim Syarie Selangor telah mengulangi hasrat
beliau untuk mewujudkan institusi kehakiman yang dibina atas dasar prinsip “haibah”
yang dilahirkan atas perasaan hormat, segan, atas dasar kasih sayang sesama insan dan
hormat menghormati antara satu sama lain, dan bukannya atas dasar ketakutan,
bersesuaian dengan rahmat Allah swt.
Untuk tujuan itu, YAA Ketua Hakim Syarie Selangor juga memberitahu bahawa beliau
sering mengambil pendekatan nasihat dan mengingatkan setiap kakitangan JAKESS
supaya bersikap amanah dan saling menghormati antara satu sama lain. Untuk mencapai
hasrat itu, YAA Ketua Hakim Syarie Selangor meminta kerjasama kesemua pihak,
terutamanya kakitangan JAKESS, pihak peguam syarie dan orang awam supaya
bersama-sama menjayakan prinsip “haibah” tersebut.
YAA Ketua Hakim Syarie Selangor juga berkongsi harapan beliau untuk melihat
perlantikan hakim syarie wanita di Selangor dalam masa yang terdekat ini bersesuaian
dengan hasrat DYMM Sultan Selangor.
Di akhir pertemuan tersebut, YAA Ketua Hakim Syarie Selangor mengulangi hasrat
beliau untuk memperkasakan dan memertabatkan institusi kehakiman syariah dan
mengajak para peguam, semua orang awam untuk bersama-sama berganding bahu
memperkasakan institusi kehakiman syariah.
4. Beberapa ceramah telah diadakan seperti berikut:
i) Ceramah bertajuk “Syariah – Perkahwinan / Penceraian Di bawah Undang-
Undang Islam Di Malaysia” oleh Puan Fadhlina Binti Dato’ SideK pada
22/4/2106
ii) Ceramah bertajuk “Syariah – Law On Legacies & Inheritances For Muslim and
Non-Muslim From Women’s Perspective ” oleh Dato’ Haji Nordin Bin Haji
Yusoff pada 16/12/2016.
5. Mesyuarat bersama Jawatankuasa Syarah Majlis Peguam telah diadakan pada
12/8/2016 dan pihak kami telah menukar pandangan mengenai segal aktiviti yang telah
dijalankan oleh Jawatankuasa Syariah Selangor Bar.
6. Legal Aid Clinic (Syariah) mengenai Harta Pusaka dan Harta sepencarian akan
diadakan pada 3/2/2107.
Adalah diharapkan ahli-ahli menghubungi kami jika terdapat apa-apa isu atau cadangan yang
boleh kami lakukan untuk manafaat ahli-ahli amnya, khususnya ahli-ahli yang juga merupakan
pengamal syariah di Selangor.
52ND ANNUAL GENERAL MEETING
92
Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kecil khasnya
yang telah membantu melaraskan perjalanan program pada sesi ini.Sekalung penghargaan
kepada secretariat Selangor Bar untuk kerjasama selama ini, pengerusi serta rakan saya didalam
Jawatankuasa Peguam Selangor.
Sekian Terima Kasih
Nurul Muhaniza Bt Hanafi
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Syariah & Bahasa Malaysia,
Jawatankuasa Peguam Selangor