Post on 18-Jun-2015
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.0 Pengenalan
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan
pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum
bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21.
Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik
bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju
dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika
tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.
Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah menengah rendah
dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah merangkumi tajuk-tajuk seperti
menggambar, membuat rekaan da corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional.
Menurut kamus dewan, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus,
enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala . seni,II: membawa maksud
karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan
dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang
boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan
seni reka.
Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu
yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau
pendengaran. Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al-
Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.
Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan
diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan
3D.
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 1
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni
halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan
reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual
ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi
penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu.
Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang
ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan
pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami
ataupun digunakan mereka.
Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan
campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad
kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah
menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk
komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran,
perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999). Perkembangan budaya dan
masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah
seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada
abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan
ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni
bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni
berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen,
fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi.
Selepas pengajaran Pendidikan Seni Visual membolehkan murid menghargai keindahan
alam ciptaan Tuhan, meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi disiplin serta kemahiran
yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.Di samping itu murid juga menunjukkan
semangat jati diri kea rah pembentukan negara bangsa seperti yang dimahukan oleh Perdana
Menteri kita.
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 2
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
2.0 Persembahan Grafik Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni
Visual
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 3
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 4
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 5
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
3.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual
TARIKH : 1 Mac 2010 HARI : Isnin
MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI VISUAL
BILANGAN MURID : 35/35orang
WAKTU : 10.10 – 11.10 pagi (1 Jam)
TAHAP : 1
KELAS : 2 Delima
BIDANG : Membentuk dan Membuat Binaan
KEGIATAN : Lipatan Kertas (Origami)
TAJUK : Ikan Aquarium
KEMAHIRAN : Melipat dan Membentuk Ikan (Origami)
OBJEKTIF P&P : Pada akhir P&P ini diharapkan murid dapat:
- memahami konsep origami
- membuat rekaan secara lipatan
PENGALAMAN
SEDIA ADA : Murid sudah biasa membuat lipatan yang mudah seperti roket, topi dan
kapal.
PENERAPAN NILAI: - Menyayangi binatang peliharaan mereka.
- Mendengar arahan guru dan mengikut langkah-langkah yang
ditunjukkan.
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 6
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
ABM :
1. Persediaan guru : a) Contoh – contoh ikan yang telah dilipat
b) Carta lagu
c) Alat – Kertas warna, pen marker dan gunting
d) Rujukan - Buku Sumber Guru Pendidikan Seni KBSR.
- Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR.
2. Persediaan murid : Alat – Kertas warna dan gunting
KBKK : Murid dapat menjana idea mengikut urutan langkah-langkah membina
seekor ikan.
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 7
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Perkara / masa Isi kandungan Aktiviti P&P Catatan (strategi/
kaedah, ABM, nilai
dan illustrasi)
Induksi set
( 5 minit )
- Guru menunjukkan
simulasi memancing
ikan sambil
menyanyikan lagu “Ikan
Kekek Mak Iloi- Iloi”.
- Murid menyanyi
bersama guru lagu “Ikan
Kekek Mak Iloi-Iloi”.
- Murid bersoal jawab
dengan guru tentang ikan.
- Guru menerangkan
jenis-jenis ikan yang
boleh dimakan dan
dipelihara.
- Kaedah kelas.
- Power point lirik
lagu “Ikan Kekek
Mak Iloi-Iloi”.
- Kasih kepada
binatang
Perkembangan:
Langkah 1
(10 minit)
Pengenalan
- Guru dan murid
berbincang tentang
jenis-jenis ikan
akuarium yang biasa
dipelihara dalam
kehidupan.
(pengetahuan sedia ada)
- Murid memahami
tentang jenis-jenis ikan
akuarium dalam
kehidupan seharian dan di
alam sekitar.
- Guru menerangkan
kaedah yang akan
digunakan untuk
menghasilkan ikan iaitu
Kaedah
sumbangsaran.
- Contoh origami
bentuk ikan
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 8
Contoh 1
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
lipatan origami.
Langkah 2
(10 minit)
Tunjuk cara
- Guru menerangkan
teknik dan kaedah
melalui alat bantu
mengajar Power Point
(cara menggunting,
langkah-langkah melipat
dan menghias ikan)
- Guru menunjukkan cara
melipat origami bentuk
ikan langkah demi
langkah.
Kaedah inkuiri dan
kontekstual.
- Carta proses
- Power point
Ilustrasi sebenar.
Langkah 3 Gerak kerja
- Menghasilkan lipatan
- Murid membuat lipatan
origami bentuk ikan
Kaedah inkuiri dan
kontekstual.
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 9
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 1
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
( 30 minit) origami ikan dengan bimbingan guru.
-Murid menghias ikan
yang telah siap dilipat.
Kemuncak Penilaian hasil kerja
lipatan origami bentuk
ikan.
Murid mempamerkan
hasilan masing – masing
untuk sesi ulasan bersama
guru.
- Kaedah individu
dan kumpulan.
Hasilan murid
(Origami bentuk
ikan).
- Murid
menggantungkan
ikan mereka seperti
mobail atau diorama
sebuah akuarium.
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 10
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Penutup Rumusan Murid bermain dengan
lipatan yang telah siap
sambil menyanyikan lagu
“Ikan kekek Mak Iloi-
Iloi”.
- Kaedah individu
dan kumpulan.
Hasilan murid
(lipatan origami
bentuk ikan).
- Murid
menggantungkan
ikan dengan benang
seperti membaut
mobail atau diorama
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 11
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
4.0 Hasilan Satu karya Bergambar Bertemakan Alam Semula Jadi.
Tajuk : Duniaku
Alatan : Kertas lukisan, cat poster, krayon, cungkil gigi, kertas warna gam,
gunting, palet, span dan berus.
Teknik : 1. Lukisan 4. Capan
2. Catan 5. Gurisan
3. Kolaj 6. Resis
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 12
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pendidikan seni pada masa kini adalah satu mata pelajaran yang sangat
penting sepertimana subjek-subjek lain terutama sekali di dalam dunia yang semakin mencabar
pada masa kini. Seni diaplikasikan dalam setiap bidang ilmu dan bidang kerja. Sepertimana yang
dikatakan oleh Walter Gropius,”seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepada
kehidupan seharian dan masyarakat. Bukan sekadar untuk menyatakan hasrat diri”. Maksudnya
antara fungsi seni adalah memberi manfaat kepada manusia iaitu dengan menggabungkan seni
halus (tradisional) dengan seni gunaan untuk kehidupan seharian. Ilmu dalam bidang seni yang
dipelajari dapat membantu pelajar dalam hidup mereka iaitu dengan mengaplikasikannya dalam
hidup mereka.
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 13
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Rujukan
Ahmad Suhaimi Mohd Noor ( 2007 ), Sejarah Kesedaran Visual di Malaya.
Tanjong Malim: UPSI
Arthur Efland ( 1990 ). “ A History of Art Education: Intellectual and Social Currents in
Teaching the Visual Arts“ New York: Teacher College Press:
Florence Temko. (2002). Origami For Beginners. Singapura: Tuttle Publishing.
Gardner, (1990) “Art Education and Human Development” California: The Getty Education
Institute
http://www.find-pdf.com/cari-jurnal+pembelajaran+konseptual+dalam+psv.html
http://skmelatitawau.wordpress.com/2009/07/03/kaedah-pembelajaran-kontekstual/
http://www.slideboom.com/presentations/14352/Belajar-Cara-Belajar
http://www.teachersrock.net/masteri3.htm
Md. Nasir, Iberahim Hassan ( 2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti.
Tanjung Malim: UPSI
Persfektif Bestari (September 7, 2007)
http://www.myqalam.net/didik/news.php?item.38
Rudolf Arnheim ( 1991) “Thoughts on Art Education” USA: The Getty Center:
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 14
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Lampiran Persembahan
Grafik Origami
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 15
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
LAMPIRAN CD
AZILAH BINTI MAT TOP700327-01-5528 16