Post on 31-Dec-2015
description
Sepuluh Sahabat Yang Dijanjikan Masuk Syurga
1. Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a.
Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban
2. Saiyyidina Umar Al Khattab r.a.
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil
3. Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.
Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa
Malu
4. Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.
Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya
Oleh Allah
5. Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
Shahid Yang Hidup
6. Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
Perajurit Allah Pengiring Rasulullah
7. Abdul Rahman bin Auf r.a.
Orang Yang Berniaga Dengan Allah
8. Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.
Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah
9. Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
Orang Kepercayaan Ummat Ini
10.Saiyyidina Said bin Zaid r.a.
Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih
Sumber Rujukan:
Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga - susunan Syed Ahmad
Semai
http://traditionalislam.freeservers.com/10_sahabat_shurga.htm
Kenali 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga
7 Jul 2012 at 19:42 Motivasi 6 comments
Tahukah anda siapakah yang dijanjikan Allah untuk masuk
syurga?
Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijajnikan syurga oleh
Allah.
1. Abu Bakar As-Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw.
Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang
masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam
sejarah, bahkan juga didalam Quran sebagaimana berikut :
“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya
Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir
(musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia
salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika
keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada
temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama
kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad)
dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya,
dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang
rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat ke-40)
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, daripada
beliau diriwayatkan 142 hadits.
2. Umar Bin Al-Khattab ra.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk
salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw
semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan
musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun
semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasul (tahun keenam
sesudah Muhammad saw diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi
salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan
kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman
kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur
hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom Timur dapat
ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal
dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan
dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang
sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah
seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat
semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut
susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga
menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati
sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang
meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Talib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat
perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin
Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam
peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan
hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga
wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan
dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif
disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud,
beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga
terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari
beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa
pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan
dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah
sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua
peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan
dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh
peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah
dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud.
Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan
dikuburkan di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali
Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah
diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh
(Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan
mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke
Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada
yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke
Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan
bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun
(Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang
sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
Itulah 10 sahabat baginda yang dijanjikan Allah dengan syurga.
Iman dan Amal mereka sangat hebat sehingga mendapat
ganjaran yang tinggi daripada Allah sejak mereka hidup lagi. Kita
semua pasti mahu ke syurga kerana di sana terdapat infiniti
keindahan dan kesenangan. Akhirat itu pasti. Mari tingkatkan
amal dan iman untuk menghadapi akhirat.
http://penpatah.blogspot.com/2012/07/kenali-10-sahabat-yang-dijanjikan.html
SAIDINA ALI BIN ABI TALIB KRW
Posted on May 4, 2011 by irfanirsyad
1 Vote
BIOGRAFI
Saidina Ali Abi Thalib KaramaAllahu Wajhah (KRW) (Arab: علي بن أبي
(طالب ialah khalifah terakhir Islam daripada Khulafa al-Rasyidin. Beliau
juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas
mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah.
Saidina Ali KRW dilahirkan di Makkah pada tahun 598M. Bapa Saidina Ali
KRW, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara
Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu
daripada Allah s.w.t., beliau merupakan kanak-kanak pertama memeluk
Islam.
Ali dilahirkan dari ibu yang bernama Fatimah binti Asad, dimana Asad
merupakan anak dari Hasyim, sehingga menjadikan Ali, merupakan
keturunan Hasyim dari sisi bapa dan ibu. Kelahiran Ali bin Abi
Thalib banyak memberi hiburan kepada Nabi SAW kerana beliau tidak
punya anak laki-laki. Uzur dan faqirnya keluarga Abu Thalib memberi
kesempatan bagi Nabi SAW bersama isteri beliau Khadijah untuk
mengasuh Ali dan menjadikannya putra angkat. Ini secara tidak langsung,
membalas jasa Abu Thalib yang telah mengasuh Nabi sejak beliau kecil
hingga dewasa, Sejak kecil lagi, Ali sudah bersama dengan Nabi
Muhammad s.a.w.
PERBEZAAN PANDANGAN MENGENAI PERIBADI SAIDINA ALI
Syi’ah
Syi’ah berpendapat bahwa Ali adalah khalifah yang berhak menggantikan
Nabi Muhammad, dan sudah ditunjuk oleh Beliau atas perintah Allah di
Ghadir Khum. Syi’ah meninggikan kedudukan Ali atas Sahabat Nabi yang
lain, seperti Abu Bakar dan Umar bin Khattab.
Syi’ah selalu menambahkan nama Ali bin Abi Thalib dengan Alayhi
Salam (AS) atausemoga Allah melimpahkan keselamatan dan
kesejahteraan.
Sunni
Sebagian Sunni yaitu mereka yang menjadi anggota Bani Umayyah dan
para pendukungnya memandang Ali sama dengan Sahabat Nabi yang lain.
Sunni menambahkan nama Ali dengan Radhiyallahu Anhu (RA)
atau semoga Allah melimpahkan Ridha (ke-suka-an)nya. Tambahan ini
sama sebagaimana yang juga diberikan kepada Sahabat Nabi yang lain.
Sufi
Sufi menambahkan nama Ali bin Abi Thalib dengan Karramallahu
Wajhah (KRW) atau semoga Allah me-mulia-kan wajahnya. Doa kaum Sufi
ini sangat unik, berdasar riwayat bahwa beliau tidak suka menggunakan
wajahnya untuk melihat hal-hal buruk bahkan yang kurang sopan
sekalipun. Dibuktikan dalam sebagian riwayat bahwa beliau tidak suka
memandang ke bawah bila sedang berhubungan intim dengan istri.
Sedangkan riwayat-riwayat lain menyebutkan dalam banyak pertempuran
(duel-tanding), bila pakaian musuh terbuka bagian bawah terkena sobekan
pedang beliau, maka Ali enggan meneruskan duel hingga musuhnya lebih
dulu memperbaiki pakaiannya.
Ali bin Abi Thalib dianggap oleh kaum Sufi sebagai Imam dalam ilmu al-
hikmah (divine wisdom) dan futuwwah (spiritual warriorship). Dari beliau
munculah cabang-cabang tarekat (thoriqoh) atau spiritual-brotherhood.
Hampir seluruh pendiri tarekat Sufi, adalah keturunan beliau sesuai dengan
catatan nasab yang resmi mereka miliki. Seperti pada tarekat Qadiriyah
dengan pendirinya Syekh Abdul Qadir Jaelani, yang merupakan keturunan
langsung dari Ali melalui anaknya Hasan bin Ali seperti yang tercantum
dalam kitab manaqib Syekh Abdul Qadir Jilani (karya Syekh Ja’far
Barzanji) dan banyak kitab-kitab lainnya.
MEMELUK ISLAM
Beliau telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan merupakan kanak-
kanak yang mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah riwayat
menyatakan bahawa beliaulah yang paling dahulu Islam dari Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq R.A. Saiyidina Ali Bin Abu Talib termasuk ahli keluarga
Rasulullah S.A.W. sendiri kerana beliau adalah anak saudara baginda
yang membesar dalam asuhan dan pemeliharaan Nabi S.A.W. Saiyidina
Ali R.A. dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat
Islam. Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad S.A.W. dan Siti
Khadijah sedang sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk
Islam tanpa lebih dahulu mendapat izin ayahnya, Ali R.A. menjawab, “Apa
perlunya aku bermesyuarah dengan ayah demi untuk mengabdi kepada
Allah?
KETIKA REMAJA
Abu Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah
hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk
meringankan beban Abu Talib itulah atas fikiran. Nabi S.A.W., Saiyidina
Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Ja’afar menjadi tanggungannya
sedang Rasul sendiri mengambil Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali
Bin Abu Talib sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga
Rasulullah dan langsung memperoleh asuhan dan baginda. Saiyidina Ali
R.A. banyak mengambil tabi’at Nabi S.A.W. dan beliaulah yang terdekat
sekali hubungannya dengan Rasulullah serta yang paling dicintainya.
Demikian akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan Rasulullah S.A.W. hinggakan
beliau hampir-hampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah
S.A.W. baik di waktu suka mahupun di waktu susah. Pergorbanannya
terhadap Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali dan akan
selamanya menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam
sejarah ummat Islam.
PERISTIWA HIJRAH
Tatkala Rasulullah S.A.W. melakukan hijrah ke Madinah di atas penintah
Allah S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari rencana pihak musyrikin
Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali
R.A. ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada malam
yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya
sekali namun Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang
sejati, telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan
gembira, kerana beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan
nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga
mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan merupakan
pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian hari.
Setelah Rasulullah S.A.W. selamat sampai ke Madinah, tidak lama
kemudiannya tibalah pula rombongan Saiyidina Ali R.A. Apakala ramai
kaum Muhajinin sampai di kota Madinah itu, Rasullullah S.A.W. telah
mempersaudarakan antana golongan Muhajirin dengan golongan Ansar.
Tetapi anihnya dalam hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan
Saiyidina Ali R.A. dengan sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada
Saiyidina Ali, demikian sabdanya, “Wahai Ali, engkau adalah saudaraku di
dunia dan saudaraku juga di Akhirat.” Demikian jelaslah bahawa baginda
telah mempersaudarakan Saiyidina Ali dengan diri baginda sendiri.
Kesayangan Rasulullah S.A.W. terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali
R.A. dengan puteri yang paling disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah,
seorang wanita yang paling utama di syurga, padahal sebelum itu Fatimah
sudah pernah dilamar oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al
Khattab R.A. tetapi Rasul menolaknya dengan lemah lembut dan dengan
cara yang bijaksana.
KELUARGA SAIDINA ALI
Isteri pertama yang dikahwini oleh Ali ra ialah Fatimah binti Rasulullah saw
selepas Peperangan Badar. Hasil perkahwinan itu lahirlah Hasan dan
Husin. Ada pendapat yang mengatakan bahawa seorang lagi iaitu Muhsin
tetapi telah meninggal dunia sewaktu masih kecil. Fatimah turut melahirkan
Zainab al-Kubra dan Ummu Kalthum. Ummu Kalthum inilah yang dikahwini
oleh Omar ibn al-Khattab ra yang telah dijelaskan sebelum ini. Ali tidak
berkahwin lain selepas Fatimah sehinggalah Fatimah meninggal dunia iaitu
setelah enam bulan kewafatan Rasulullah saw. Selepas kewafatan
Fatimah, beliau banyak berkahwin. Antaranya ada yang meninggal dunia
sewaktu hidup dengan beliau dan ada juga yang diceraikannya. Empat
orang daripadanya meninggal dunia. Ini akan dijelaskan kelak.
Antara isteri-isteri beliau ialah Ummu al-Banin binti Haram. Haram ialah al-
Mahl ibn Khalid ibn Rabiah ibn Ka’b ibn Amir ibn Kilab. Hasil
perkahwinannya dengan Ali, beliau melahirkan al-Abbas, Jaafar, Abdullah
dan Osman. Mereka semua terbunuh bersama saudara-saudara mereka
iaitu al-Husin di Karbala. Mereka tidak dapat menandingi al-Husin dari segi
ketokohan selain al-Abbas.
Isteri beliau yang lain pula ialah Layla binti Mas’ud ibn Khalid ibn Malik
daripada Bani Tamim. Hasil perkahwinan ini lahirlah Ubaidillah dan Abu
Bakr. Menurut Hisham ibn Kalbiy, Ubaidillah dan Abu Bakr turut terbunuh di
Karbala. al-Waqidi pula menyangka bahawa Ubaidillah telah dibunuh oleh
al-Mokhtar ibn Abu Ubaid pada Peperangan al-Dar.
Isteri beliau yang seterusnya ialah Asma’ binti Umays al-Khatha’miyah.
Hasil perkahwinan ini lahirlah Yahya dan Muhammad al-Asghar. Ini
menurut pendapat al-Kalabiy, tetapi al-Waqidi pula berpendapat bahawa
beliau telah melahirkan Yahya dan Awn. al-Waqidi menjelaskan lagi
bahawa Muhammad al-Asghar adalah daripada anak salah seorang
hambanya
Isteri beliau yang lain pula ialah Ummu Habibah binti Zam’ah ibn Bahriy ibn
Abd ibn Alqamah. Ummu Habibah adalah hamba yang telah ditawan oleh
Khalid yang berbangsa Tughlub sewaktu Khalid menguasai Ayn al-Tamr.
Dia telah melahirkan Omar dan Ruqayyah.
Isteri beliau yang lain ialah Ummu Sa’id binti Urwah ibn Mas’ud ibn Mughith
ibn Malik al-Thaqafiy. Beliau melahirkan Ummu al-Hasan dan Ramlah al-
Kubra.
Isteri beliau yang lain pula ialah anak perempuan Amru al-Qays ibn Adiy
ibn Jabir ibn Ka’b ibn Alim ibn Kalb al-Kalbiyah. Beliau melahirkan anak
yang bernama Jariyah yang turut bersama-sama Ali ke masjid. Pada ketika
itu dia masih kecil. Ada orang bertanyakan kepadanya, “Siapakah saudara-
saudaramu?” Dia menjawab “Wak! wak!” iaitu Bani Kalb.
Isteri beliau seterusnya ialah Amamah binti Abu al-As ibn al-Rabi’ ibn Abd
Shams ibn Abd Manaf ibn Qusay dan ibunya Zainab binti Rasulullah saw.
Dialah yang didukung oleh Rasulullah saw ketika baginda sedang
bersembahyang. Apabila baginda berdiri, dia didokongnya dan apabila
baginda sujud, diletakkannya. Amamah telah melahirkan Muhammad al-
Awsat. Isteri Muhammad al-Awsat ialah Khawlah binti Ja’far ibn Qays ibn
Musalmah ibn Ubaid ibn Tha’labah ibn Yarbu’ ibn Thalabah ibn al-Du’alli
ibn Hanifah ibn Lajim ibn Sa’b ibn Ali ibn Bakr ibn Wail yang pernah
ditawan oleh Khalid pada zaman al-Siddiq dalam Peperangan al-Riddah.
Khawlah berasal dari Bani Hanifah. Selepas ditawan dia diberikan kepada
Ali ibn Abi Talib ra. Dia melahirkan Muhammad al-Akbar. Selepas Khawlah
dimerdekakan, dia berkahwin dengan Muhammad al-Awsat.
Puak Syiah telah mendakwa bahawa Muhammad al-Akbar memiliki sifat-
sifat imam dan maksum. Walaubagaimanapun sebenarnya beliau adalah
sebahagian daripada pemimpin kaum muslimin sahaja. Tetapi beliau tidak
maksum dan begitu juga bapanya. Malah orang yang lebih baik daripada
bapanya dari kalangan Khulafa’ al-Rasyidin juga tidak bersifat maksum.
Begitulah sepertimana yang ditetapkan. Wallahua’lam.
Ali mempunyai ramai anak daripada 4 orang isterinya dan 19 orang gundik.
Oleh sebab itu, kebanyakan anak itu tidak dapat dipastikan nama ibu-ibu
mereka. Antara anak ibu-ibu yang dikenali ialah Ummu Hani, Maimunah,
Zainab al-Sughra, Ramlah al-Kubra, Ummu Kalthum al-Sughra, Fatimah,
Amamah, Khadijah, Ummu al-Kiram, Ummu Ja’far, Ummu Salmah dan
Jamanah.
Menurut ibn Jarir, semua anak Ali berjumlah 14 orang lelaki dan 17 orang
perempuan. al-Waqidi berkata bahawa keturunan Ali dikira daripada lima
orang iaitu al-Hasan, al-Husin, Muhammad (ibn al-Hanafiyah dan al-Abbas
ibn) al-Kalabiyah dan Omar ibn al-Tughlubiyyah rah.
KEBERANIAN
Sebagai seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling disayangi
baginda Rasul, Saiyidina Ali R.A. tidak pernah ketinggalan dalam mana-
mana peperangan baik besar mahupun kecil yang dilakukan oleh
Rasulullah S.A.W. Beliau telah melakukan peranan yang penting dalam
Peperangan Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang
pemuda yang gagah dan tampan masih dalam lingkungan 20an lagi.
Dalam peperangan itulah buat pertama kalinya Rasulullah S.A.W. telah
menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali R.A. dimana
beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan
cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui
Nabi S.A.W. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-
tanya itu tiba-tiba muncul Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A.
seraya baginda bersabda, “Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit
kerana merawati perut Ali yang luka.” Dari peristiwa ini dapatlah dilihat
betapa besarnya kecintaan baginda tenhadap Saiyidina Ali R.A. dan
bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali R.A. dalam menegakkan
kemuliaan Agama Islam.
Dalam apa jua peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.,
Saiyidina Ali R.A. tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika iaitu
dalam Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan
Saiyidina Ali R.A. untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah S.A.W.
itu telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum
munafik konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali R.A. Jika
tidak demikian masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai
seorang yang benar dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali R.A. kurang
berasa senang mendengar desas-desus yang kurang menyenangkan itu
lantas beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Sebagai
menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu bersabda
kepadanya, “Tidakkah engkau rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku seperti
kedudukan Harun di sisi Musa ?”Mendengankan kata-kata Rasulullah s.a.w
yang menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas Saiyidina Ali R.A.
Perkataan Rasul itu terang memperlihatkan betapa besarnya kecintaan
dan penghormatan baginda terhadap dirinya.
Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar
dapat ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali R.A. telah
memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam
gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan
pengepungan beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah
akhirnya Rasulullah S.A.W. bersabda “Saya akan menyerahkan panji-panji
peperangan esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya
dan dicintai oleh Allah dan RasulNya”.
Sekelian panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya
akan diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita
hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang
mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya.
Pada keesokan harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah
S.A.W. lantas mencari-cari Saiyidina Ali R.A. Nyatalah bahawa Saiyidina
Ali R.A. tidak ada di situ kenana ketika itu Ali R.A. mengidap sakit mata.
Kemudian bersabdalah Rasul “Panggillah Ali ke mari menjumpai saya“,
Saiyidina Ali R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang
mengadap Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata
beliau yang sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata
beliau. Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All
R.A. Maka benteng Khaibar yang sudah berhari-hari tidak dapat ditembus
itu akhirnya dapat dikalahkan di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu
Talib R.A.
Satu lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.
memperlihatkan kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah
tatkala berlakunya Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara
pihak Islam dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari
puak-puak Arab yang lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam
telah menggali parit-parit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota
Madinah sebagai jalan untuk membendung kemaraan pihak musuh
danipada memasukinya. Jumlah pihak musuh adalah kira-kira 10,000
orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana tenhalang oleh parit-parit.
Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama 15 hari lamanya.
Kemudian Allah S.W.T. turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak
kelihatan memukul dan menerbangkan khemah-khemah serta alat perang
musuh sehingga mereka pun mengundurkan diri dengan penuh
kekecewaan.
Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan
musyrik Quraisy telah dapat menyeberangi parit dengan mengenderai
kuda. Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal
dan Dhiraar Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah berada di seberang
parit, tiba-tiba Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu
kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya
berkata, “Siapa di antara kalian yang berani berlawan denagan aku,
silakan! Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali R.A. yang
kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk melawan
pahlawan musyrik itu. Kata Ali R.A., “Saya akan melawan dia, ya Nabi
Allah, Izinkanlah saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya
dengan sabdanya, “Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia
Amru.
Amru kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia
mencabar, Saiyidina Ali R.A. telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah
senantiasa menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya
itu bukan padannya kenana Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa.
Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap juga mengatakan, “Sekalipun dia itu
Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya
menemuinya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk melawan
musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih
berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi
mendapatkan musuhnya yang menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah
membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah
S.W.T. untuk keselamatan Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.
Tidak lama kemudian tampillah Saiyidina Ali R.A. ke hadapan. Manakala
Amru melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala
Saiyidina Ali R.A. bertopeng besi lalu ditanyainya:
Siapa engkau, hai pahlawan?
Jawapnya, “Ali!
Tanya Amru lagi, “Ali, anak Abdul Manaf?
Jawab Ali R.A. “Ali, anak Abu Talib”
Mendengar nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya katanya
untuk memperkecilkan kehandalan Ali R.A. “Wahai anak saudaraku! Lebih
baik orang lain sahaja engkau suruh melawan aku. Panggillah paman-
pamanmu yang lebih kuat danipadamu. Aku benci menumpahkan
darahmu, kerana aku memandang ayahmu seorang sahabat baikku”.
Saiyidina Ali R.A. lalu menjawab, “Tetapi aku, demi Allah, tak benci
menumpahkan darahmu”. Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi
marahlah Amru dan mulalah ia hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali
R.A. lalu benkata, “Macamana aku hendak bertempur denganmu padahal
engkau di atas kuda. Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah”.
Mendengar itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya
pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya ditetak kudanya
dicencangnya mukanya supaya tak boleh lari. Kemudian ía mara ke
hadapan mendapatkan Saiyidina Ali R.A. yang disambut pula olehnya
dengan mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru telah
menetaknya, perisainya tersiat sedang pedangnya pula melekat di situ dan
mengenai kepala Saiyidina Ali R.A. Maka Saiyidina Ali R.A. pun membalas
menetak bahu Amru. Ia lalu tersungkur rebah serta mati di situ juga.
Saiyidina Ali R.A. lantas memekikkan takbir, “Allahu Akbar yang disambut
pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum
Muslimin yang menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas
kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawan-kawannya yang
lain bertempiaran lari mengundurkan diri.
TUGAS-TUGAS KHAS DARI RASULULLAH
Rasulullah S.A.W. selalu memilih Saiyidina Ali R.A. untuk diberikan tugas
dalam pekerjaan-pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian
yang luarbiasa serta ketabahan yang besar. Pada suatu masa, Rasulullah
S.A.W. telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke negeri Yaman
untuk melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di
negeri itu. Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak
berjaya memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja
bertungkus lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun mengutus pula
Saiyidina Ali R.A. untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai
mubaligh dan pemenintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman
mendengar bahawa Saiyidina Ali R.A. yang telah mereka kenal Sebagai
Harimau Padang Pasir itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru maka
bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali R.A. dapat
melakukan sembahyang subuh bersama-sama mereka itu.
Setelah selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali R.A. pun membacakan
surat dakwah di hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum
Hamdan sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang
dikirimkan oleh beliau kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A. telah
mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W.
membaca laporan tersebut segeralah baginda sujud menyembah Allah
sebagai tanda syukur atas kejadian itu senaya bersabda, “Sejahteralah
penduduk Hamdan.
Selaku pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga telah
diperintahkan untuk menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana
beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka
dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul S.A.W., “Ya
Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang
cukup mengenai hal pengadilan ini”.
Mendengar perkataan Saiyidina Ali R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W.
menyapu dada beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil
bersabda, “Ya Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan
lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan”. Adalah diriwayatkan
bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib
R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil
hukumannya. Baik di zaman Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun
di zaman Saiyidina Umar Al Khattab R.A. selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak
bermesyuarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh
Khalifah-Khalifah itu. Bahkan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya
enggan memutuskan sesuatu keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina
Ali R.A. diajaknya berunding.
KETIKA RASULULLAH WAFAT
Demikianlah beberapa kisah riwayat tentang peranan yang pernah
dilakukan oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib di zaman hidupnya Rasulullah
S.A.W. Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina Ali R.A. tidak mempunyai
kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan
Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk
menguruskan jenazah Rasulullah S.A.W. Pada hari yang penuh dukacita
itu, beliau sama sekali tidak menghiraukan permesyuaratan yang
berlangsung di Balai Bani Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-
tugas pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W. serta mententeramkan
sekelian keluarga Rasul S.A.W.
KETIKA ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH
Permesyuaratan di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan
keadaan yang kacau tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan
terpilihnya Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah pertama sesudah
Rasulullah S.A.W. Pada mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan memberikan
persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq R.A. sebagai
Khalifah, bukan kerana benci atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu
Bakar R.A. bahkan kerana rasa hati beliau yang sedang remuk redam
disebabkan hilangnya Rasulullah S.A.W. Enam bulan kemudian setelah
isteri beliau iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina
Ali Bin Abu Talib R.A. memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap
pengangkatan Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina Abu
Bakar R.A. pun selaku pemerintah ummat yang agung, tidak pernah
meninggalkan Saiyidina Ali R.A. di dalam permesyuaratan penting.
KETIKA UMAR MENJADI KHALIFAH
Apakala Saiyidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah yang kedua, Saiyidina
Ali R.A. tetap memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan Saiyidina
Umar R.A. sepertimana yang dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar
R.A. Walaupun diketahui bahawa Umar Al Khattab terkenal sebagai
sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda
sering minta bantuan kepada Saiyidina Ali R.A. di dalam menyelesaikan
beberapa hal yang sulit-sulit bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa
Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tidak suka merundingkan soal-soal yang
sulit tanpa dihadiri oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib.
KETIKA UTHMAN MENJADI KHALIFAH
Setelah wafat Saiyidina Umar Al Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh
pula ke tangan Saiyidina Uthman Bin Affa’n R.A. Namun begitu Saiyidina
Ali R.A. tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada
Khalifah Uthman R.A. sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih
sebagai Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman
yang berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan
pandangan Saiyidina Ali R.A. dalam beberapa hal berubah terhadap
Khalifah. Bahkan sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah
terdapat keretakan dalam hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan
inilah yang menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi
Saiyidina Ali R.A. menuduh Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam pembunuhan
Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali
R.A. sama sekali tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke
atas Khalifah Uthman R.A. Bahkan beliaulah sahabat yang paling
mengambil berat terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah
Uthman R.A. dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali R.A. segera
mengirim puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan
Khalifah. Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya
untuk menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya
serta menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A.
mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah
memukul anaknya Hasan R.A. serta mengancam Muhammad Bin Talhah
kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan
Saiyidina Uthman R.A.
MENJADI KHALIFAH
Saiyidina Ali R.A. akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah
selepas kewafatan Khalifah Uthman R.A. sedang ketika itu sebahagian
besar para sahabat Rasulullah S.A.W. sudah berselerak di pelusok kota-
kota di seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya
sebahagian kecil sahaja.
Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah
mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang
Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh
golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu
Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu
Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama.
Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang
Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah
dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang
mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah
dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi
dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup
muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.
Setelah jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali
R.A. cuba bemtindak untuk membawa garis politik seperti yang pernah
dijalankan oleh Rasulullah S.A.W., Khalifah Abu Bakar R.A. dan Khalifah
Umar Al Khattab R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah jauh
berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang
diakibatkan oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali R.A. untuk
membawa kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman
Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan R.A. dan Umar R.A. telah
menghadapi rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan Saiyidina
Uthman R.A. yang menuduhnya bentanggungjawab dalam penistiwa
pembunuhan itu.
Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah
dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan
kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum
qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi
Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash
tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin
Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf’ul Kadzib
216-217)
Disebabkan adanya golongan yang keras menentang sikapnya itu seperti
Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka
tenjadilah satu penbalahan yang sengit antara dua golongan itu. Satu
pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di
antana sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui
Saiyidina Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah serta menuntut baginda
mengenakan hukuman tenhadap orang-orang yang bertanggungjawab
dalam pembunuhan Saiyidina Uthman R.A. Sedang Saiyidina Ali R.A. pula
terlebih dahulu telah memecat Muawiyah sebagai gabenor Syam dan juga
tokoh-tokoh yang pernah dilantik oleh Khalifah Uthman R.A. atas dasar
kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan
antara pihak Khalifah Ali R.A. dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu
Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari
perbalahan yang panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib akhirnya telah mati
terbunuh oleh pengikut golongan Khawarij
http://irfanirsyad.wordpress.com/2011/05/04/saidina-ali-bin-abi-talib-krw/