Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

25
SYURGA ATAU KE NERAKA… ? Tarikh : 8 Jun 2012 18 Rejab 1433 Jam : 07.00 mlm – 08.00 mlm Tempat : Masjid Pehin Setia Raja, Mukah.

Transcript of Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

Page 1: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

ANAK : JAMINA

N KE SYURGA ATAU

KE NERAK

A…?

Tarikh : 8 Jun 2012

18 Rejab 1433

Jam :07.00 mlm – 08.00 mlm

Tempat :Masjid Pehin Setia Raja,

Mukah.

Page 2: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

BIODATA

Nama : Awangku Norizam bin Awangku Abdul RahmanUmur : 32 Tahun 0 Bulan 26 Hari Asal : LawasStatus : BerkahwinPekerjaan : 1). Perawat Islam (Islamic Ruqyah Centre)

2). Pakar Motivasi Keluarga (Kaunseling Islam) 3). Guru KAFA di SK Kampung Bahagia Jaya 4). Sukarelawan JAKIM

Latar Belakang Pendidikan :1. SRK Kampung Punang, Lawas2. SMK Lawas3. Pusat Latihan Da’wah HIKMAH, Batu 24, Serian4. Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel,

Surabaya – Indonesia.

Page 3: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

MENDIDIK ANAK-ANAK MENURUT

PERSPEKTIF ISLAM

Page 4: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

Sabda Rasulullah SAW :

�ٍة� : �َث �َال � ِمْن� َث َّال �ُه� ِإ �ُه� َع�َم�ُل �َق�َط�َع� َع�ْن ْن �َد�َم� ِإ �ْن َا َذ�َا ِم�اَت� َاْب ِإٍح� �ٍد� َص�اِل �َو� َو�ِل ُه, َا �َف�َع� ْب �َت �ْن � ُي �ٍم ُل �َو� َع �ٍة�, َا اِرُي َص�ٍد�َق�ٍة� َج�

�ُه� �ٍد�َع�ْو�ِل ُي“Apabila mati seseorang anak Adam, maka

terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang

soleh mendoakan” (Riwayat Imam Muslim)

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Al-QURAN & HADIS Firman Allah dalam Surah At-Tahrim : 06

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan

bakar adalah manusia dan batu, Penjaganya malaikat-malaikat yang keras dan kasar, tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang

diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”

Page 5: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

PENDAHULUAN Menurut perspektif Islam

Pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka yang berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran & Hadis

Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 6: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

KETIKA ANAK

DALAM KANDUNG

AN

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 7: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

KETIKA ANAK DALAM KANDUNGAN Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih

berada dalam kandungan ibunya.

Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu :

1) Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Terutamanya surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-taubah

2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 8: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

3) Ibu bapa hendaklah mendapatkan rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.

4) Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan.

5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku kepada dirinya

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 9: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

SETELAH ANAK

DI LAHIRKAN

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 10: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

SETELAH ANAK DI LAHIRKAN1. Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera

diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.

Abu Rafi meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: " Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a“(Riwayat Abu Daud dan Termizi)

2. Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma.

Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan : "Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 11: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

3. Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya". ( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa’i)

4. Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat.

5. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya.

6. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.

7. Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 12: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

RASULULLAH SAW TELAH

MENGGARISKAN 4 TAHAP

PENDIDIKAN ANAK

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 13: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

1. Tahap Pertama : Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai

mereka dengan penuh kasih sayang.2. Tahap Kedua : Anak berumur 7 tahun sehingga akil

baligh ( 14 Tahun ) Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan,

disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka.

3. Tahap Ketiga : Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) Hendaklah dididik dengan cara kita berkawan,

bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak betentangan dengan syari’at Islam

4. Tahap Keempat : Anak berumur 21 tahun Hendaklah para ibubapa memberikan kebebasan

bertindak. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai

penasihat.

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 14: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

PANDUAN MENDIDIK

ANAK MENGIKUT

AJARAN ISLAM

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 15: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

PANDUAN MENDIDIK ANAK MENGIKUT AJARAN ISLAM

Jangan pukul anak dari lutut ke atas Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita

utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita.

Rotan / pukul anak di telapak kakinya. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama

panggilan yang baik. Berikan anak anda pelukkan setiap hari Pandanglah anak anda dengan pandangan

kasih sayang

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 16: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap karakter termasuklah berbuat silap.

Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh

Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 17: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.

Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 18: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Hargailah permainan kesayangan anak

anda Jangan selalu membawa bebanan kerja

pejabat ke rumah Anak menangis untuk melegakan

keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 19: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

TIPS MENDIDIK ANAK ALA RASULULL

AH

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 20: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

TIPS MENDIDIK ANAK ALA RASULULLAH

1. Menanamkan nilai-nilai ketauhidan2. Menjadi sahabat dan mendidik dengan

keteladanan3. Mendidik dengan kebiasaan4. Menumbuhkan rasa percaya diri anak5. Memotivasi anak berbuat baik6. Sediakan waktu untuk makan bersama

anak7. Mendidik dengan hadiah8. Memilih sekolah yang islami9. Mendidik dengan hukuman10. Memahami keadaan anak secara baik

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 21: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

10 KESALAHAN DALAM MENDIDIK ANAK1) Kurang Pengawasan2) Gagal Mendengarkan3) Jarang Bertemu Muka4) Terlalu Berlebihan5) Bertengkar Dihadapan Anak6) Tidak Konsisten7) Mengabaikan Kata Hati8) Terlalu Banyak Menonton TV9) Segalanya Diukur Dengan Kebendaan10)Bersikap Berat Sebelah

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 22: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

6 PETUNJUK PRESTASI UTAMA KEIBUBAPAAN

1) Memastikan anak-anak menunaik solat fardhu 5 kali sehari semalam, sama ada secara berjemaah atau bersendirian

2) Memastikan anak-anak mempelajari dan memahami Al-Quran setiap hari

3) Memastikan anak-anak mendapat makanan halal, berzat dan memenuhi keperluan vitamin setiap hari

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 23: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

4) Menyemak buku-buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran , sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu

5) Menetapkan sasaran setiap mata pelajaran anak, sekurang-kurangnya mencapai 80%

6) Mengadakan perjumpaan dengan guru kelas, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklumbalas prestasi pembelajaran anak-anak.

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 24: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

KESIMPULAN

Anak-anak merupakan amanah Allah

yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia

kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi

anak yang soleh dan sentiasa taat kepada

kedua ibubapanya.

Mereka ibarat kain putih dan ibubapa

lah yang berperanan mencorak dan

melukiskannya dengan warna-warna

menarik yang menjadi amalan dan cara

hidup yang baik dan benar.

Anak : Jaminan Ke Syurga atau Ke Neraka…?

Page 25: Anak, jaminan ke syurga atau ke neraka

TERIMA KASIH… ATAS PERHATIAN YANG

TELAH DIBERIKAN

MOHON MAAF DI ATAS KEKURANGAN

PENUTUP