Post on 11-Dec-2015
description
KESELAMATAN DAN ORGANISASI
BENGKEL
Reka bentukdan Teknologi
RUSYDIHAZIQ
ROSIDY
Peraturan keselamatan
Disediakan untuk menghindarkan kemalangan selain menyemai sikap bertanggungjawab di kalangan murid – murid.
Peraturan Keselamat
an
Peraturan keselamatan
am
Peraturan keselamatan
diri
Peraturan keselamatan alatan dan
bahan
Peraturan Keselamatan Am
1. Dapatkan kebenaran guru untuk masuk atau keluar dari bengkel.
2. Jangan berebut-rebut atau bertolak-tolakan semasa masuk dan keluar dari bengkel.
3. Dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel.
4. Buka semua tingkap untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan cahaya yang mencukupi.
Peraturan Keselamatan Am
5. Labelkan semua alatan dan bahan.6. Ambil tindakan keselamatan dengan segera
jika berlaku kemalangan.7. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai
melakukan aktiviti. 8. Pastikan semua peralatan dan bahan dijaga
dengan baik dan sempurna.9. Tutup suis sebelum meninggalkan bengkel.
Peraturan keselamatan diri
Patuhi semua peraturan yang ditetapkan sepanjang masa.
Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek, dan ikat rambut yang panjang.
Jika kamu memakai baju berlengan panjang, lipat lengan baju itu atau kancingkan hujung lengan baju itu dengan kemas.
Peraturan keselamatan diri
Bagi murid-murid perempuan yang bertudung, pastikan tudung dipakai dengan kemas dan masukkan bahagian bawah tudung ke dalam apron.
Jangan bermain-main atau bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.
Peraturan keselamatan diri
Fahami cara yang betul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan guru.
Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.
Cuci tangan dengan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti di bengkel.
Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.
Peraturan keselamatan alatan dan bahan
Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk menggunakannya.
Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru cara-cara menggunakan alatan elektrik.
Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah, dan mudah terbakar seperti kerosin, petrol, dan cat, serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.
Gunakan alatan dan bahan dengan ber- hemah dan berjimat cermat.
Laporkan sebarang kerosakan atau ke- hilangan alatan kepada guru dengan segera.
Alat Bantuan Kecemasan
Alat bantuan kecemasan yang biasa terdapat di dalam bengkel Kemahiran Hidup ialah peti pertolongan cemas dan alat pemadam api.
Semua alat bantuan kecemasan hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan tidak tersorok. Alat ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa supaya berada dalam keadaan yang baik.
Di dalam sesebuah peti pertolongan cemas, biasanya terdapat bahan-bahan seperti antiseptik, garam ammonia, iodin, kain anduh, kain pembalut, kapas, gunting, dan pin keselamatan.
Alat pemadam api
Alat pemadam api pula amat penting untuk memadamkan kebakaran yang kecil.
Cara-cara untuk menggunakan alat pemadam api
Letakkan alat pemadam api di tempat yang rata.
Tarik kunci picu.Halakan hos ke punca api.Tekan picu supaya bahan pemadam api
terpancut keluar.Semburkan bahan pemadam api itu ke arah punca api sehingga padam.
Langkah penjagaan dan keselamatan
Letakkan alat pemadam api di tempat yang mudah dilihat dan mudah diambil apabila diperlukan.
Alat pemadam api perlu diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan alat itu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Organisasi Bengkel
Organisasi bengkel merupakan sistem pengurusan yang teratur dan sistematik yang perlu dilaksanakan di dalam bengkel.
Tujuan organisasi bengkel
memastikan keselesaan dan keselamatan murid-murid semasa berada di dalam bengkel.
membantu guru memastikan bengkel berada dalam keadaan yang teratur dan kemas.
menentukan kumpulan yang bertanggungjawab memastikan semua alatan dan bahan dijaga dengan baik dan disimpan di tempat yang selamat.
melatih sifat bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan murid.
Formen
Penolong Formen
Kumpulan Aktif
Menyapu lantai
Kumpulan Inovatif
Mengelap cermin tingkap
Kumpulan Kreatif
Mengeluar dan menyimpan alatan dan
bahan
Kumpulan dinamik
Menyusun meja dan
kerusi
Sekian, terima kasih.