Post on 25-Jul-2015
PROSEDUR 14 MEMBUAT SEMBURAN FOKAL KES MALARIA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TOCOSURE
Tarikh : 20.3.2012
Lokasi/Lokaliti : Kampung Ulu Kenderong
Anggota Terlibat :
PKA En Ismail
Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih)
Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih)
Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih)
Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih)
Objektif :
Bagi membunuh nyamuk dengan menggunakan racun K-Othrine 5.0 WP yang disembur pada dinding rumah.Salah satu cara bagi menyekat penyakit malaria dari tersebarUntuk memutuskan kitaran hidup nyamukMerupakan salah satu langkah kawalan.
Peralatan dan Bahan :
Tong penyembur Hudson X-pert.
Personal Protected Equietment ( PPE)
Sarung tangan
Penutup mulut dan hidung
Pakaian coverall
Gogal
Kasut boot
Air Racun K-othrine 50wp (Wettable Powder)
Kaedah/Tatacara :
Tentukan lokaliti,jenis rumah dan jumlah rumah yang hendak disembur.
Sediakan semua peralatan dan bahan yang mencukupi sebelum pergi ke
lapangan terutamanya tong penyembur dan racun.Pastikan semua peralatan
berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Bergerak ke lapangan.
Setelah sampai,kenalpasti bangunan dan permukaan yang hendak disembur.
Memperkenalkan diri kepada tuan rumah dan nyatakan tujuan kedatangan
adalah untuk membuat semburan fokal.
Memohon kebenaran tuan rumah untuk membuat semburan di rumahnya.
Memaklumkan kepada tuan rumah supaya mengalihkan perabot,dan hiasan
yang boleh dialih seperti gambar.
Menutup semua makanan dan minuman atau bekas makanan dan minuman
serta peralatan memasak.
Semua pintu dan tingkap ditutup supaya permukaan disembur dengan lengkap.
Penghuni dinasihatkan berada di luar rumah.
Memakai PPE
Setelah semua persediaan awal sebelum rumah disembur dibuat,bancuh racun
mengikut dos yang ditetapkan.
Buka penutup tangki dengan cara memusing pemegang secara melintang.
Masukkan air ke dalam tangki ke paras 1 gelen.
Buka bungkusan luar racun (75gram) dari hujung tepi.
Masukkan bungkusan dalam ke dalam tong penyembur dan tambahkan air ke
dalam tangki hingga paras 2 gelen/7.5 liter.(3/4 tangki)
Tutup penutup tangki.
Pam tong penyembur sehingga tekanan 55 psi.
Goncangkan tong penyembur dengan cara terbalikkan ke atas dan ke bawah
sebanyak 5 kali.
Periksa keluaran semburan pada nozzle adalah berbentuk kipas dan dalam
keadaan melintang.
Mulakan semburan di dalam rumah dari bahagian atas permukaan dan
menurun ke bawah aras lantai.
Kemudian alihkan batas semburan dari kiri ke kanan dan mulakan semburan
dari bawah ke atas pula.
Semasa pindahan batas semburan, kekalkan tindanan10cm (4inci).
Menyembur permukaan yang dikehendaki dengan kadar 2 gm/mps.
Kekalkan jarak nozzle dengan permukaan semburan 45cm (18inci) dan
ketinggian permukaan 3meter.
Semburan mestilah meliputi :-
dinding dalam rumahsetinggi 3m
cucuran atap
permukaan luar tingkap dan pintu yang dibuka ke dalam
bawah lantai,tangga dan tiang
kandang atau reban ayam yang berhampiran dengan rumah
pada jarak <3m dari rumah kediaman.
Semburan mestilah mematuhi konsep TOCOSURE.
Setelah rumah tersebut selesai disembur,lekatkan house card pada pintu
rumah.
Lengkapkan house card serta rekodkan aktiviti semburan dalam house card dan
borang PBV (S) 301.
Setelah selesai,pusing pemegang agar menyentuh “Air Release Valve Pin”
untuk menurunkan tekanan tangki.
Bersihkan semua peralatan terutamanya tong penyembur dengan air dan
lapkan.
Simpan tong di tempat yang disediakan dan selamat.
Lampiran: