Post on 03-Feb-2018
Januari / Februari 2011 KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID
K eputusan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) 2010 telah diumumkan pada 23
Disember yang lalu. Seperti yang
diduga, pelajar-pelajar kolej sekali lagi
berjaya membuktikan yang mereka adalah antara yang
terbaik.
Selain mendapat 100% lulus, seramai 72 pelajar
(34.95%) berjaya memperoleh semua „A‟ dalam mata
pelajaran yang diambil. Satu peningkatan yang mem-
banggakan berbanding 2009 di mana jumlahnya hanya
56 orang (29.32%). Nilai GPS ialah 1.31, manakala
GPA pula pada 3.69.
PMR CEMERLANG
Diharapkan keputusan cemerlang PMR 2010 akan
menjadi pemangkin kepada pelajar kolej 3 tahun ini
untuk terus mengharumkan nama kolej. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar PMR
2010.
PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1
M ajlis pendaftaran tingkatan satu te-
lah berlangsung di kafeteria kolej
pada 1 Januari yang lalu. Sebanyak
lima kaunter pendaftaran telah
dibuka. Para waris dan pelajar mula berkumpul sejak
awal pagi lagi. Selain mendaftar dan menjelaskan
bayaran-bayaran yang berkaitan, para waris dan pela-
jar juga mengambil kesempatan untuk membeli
pakaian dan peralatan sekolah di kperasi kolej. Para
waris telah diberikan taklimat oleh Tuan Pengetua di
Dewan Iskandar.
Wajah-wajah ceria para waris dan pelajar dapat dili-
hat di pagi tersebut, menggambarkan betapa gembi-
ranya kerana dapat menjadi warga kolej. Pencapaian
yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokuri-
kulum menjadi asas utama para pelajar ini ditawar-
kan belajar di sini. Kolej menjadi tumpuan keban-
yakan ibu bapa kerana keputusan peperiksaannya
yang tidak pernah menghampakan. Tidak
hairanlah pelajar-pelajar yang terpilih memasuki
kolej datangnya dari seluruh negeri Kedah. Se-
lamat datang kepada semua pelajar tingkatan
satu dan selamat menjadi warga kolej.
SAMBUTAN 100 TAHUN KOLEJ 1908 –2008 MUKA 2
MAJLIS ORIENTASI PELAJAR 2011
Majlis orientasi pelajar tingkatan satu telah diada-
kan selama empat hari di Dewan Iskandar, dari 3
hingga 6 Januari. Majlis ini telah dikelolakan oleh
kaunselor sekolah. Sepanjang majlis orientasi ini,
pelajar-pelajar telah diperkenalkan kepada pelbagai
aspek yang terdapat di kolej seperti pakej mata pela-
jaran, pengurusan disiplin, aktiviti kokurikulum
dan lokasi tempat dan bilik utama. Mereka juga
mula berlatih menyanyikan lagu kolej dengan irin-
gan pasukan pancaragam sekolah.
Majlis penutupan orientasi pelajar telah disempur-
nakan oleh Tuan Pengetua. Bacaan Yaasin pula
menjadi aktiviti terakhir pada hari tersebut. Di-
harap majlis orientasi ini telah berjaya memantapkan
minda pelajar tingkatan satu untuk menempuh segala
cabaran yang mendatang di kolej ini.
MAJLIS ANUGERAH PENGETUA DAN INTERAKSI
M ajlis Anugerah Pengetua (MAP)
kali pertama bagi tahun 2011 te-
lah dijalankan pada 17, 19, 20
dan 23 Januari; masing-masing
untuk Kolej 2, 3, 5 dan Pra-U2. Majlis bermula jam
8.30 pagi di Dewan Iskandar. Penyampaian sijil
adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir
Tahun 2010. MAP dimulakan dengan nyanyian
lagu Kolej oleh para pelajar, ucapan pengetua dan
seterusnya penyampaian sijil kepada para pelajar.
Januari / Februari 2011
Pada hari yang sama untuk setiap kolej, Program
Interaksi Waris telah dijalankan di Dewan Iskandar
bermula jam 12.10 tengahari. Kehadiran para waris
amat menggalakkan. Selain mengambil slip kepu-
tusan peperiksaan, mereka hadir untuk mendapat
maklumat telus dan terkini tentang anak-anak
mereka daripada guru tingkatan dan mata pelajaran
masing-masing. Diharap program ini dapat mewujud-
kan hubungan dua hala yang lebih baik dalam kalan-
gan guru dan para waris demi meningkatkan kece-
merlangan pelajar kolej.
MUKA 3
PELANTIKAN PENGAWAS 2011
S eramai 61 orang pengawas telah dilantik
untuk memikul tugas dan tanggung-
jawab pada tahun ini. Kesemua penga-
was yang dilantik terdiri daripada pela-
jar kolej 3, 4, 5 dan Pra-U2. Pelantikan pengawas
baru telah melalui beberapa tapisan atau peringkat
sejak dari tahun 2010 lagi. Pelajar yang dipilih akan
menghadapi sesi temuduga dan bertugas sebagai
pengawas percubaan sebelum layak ditauliahkan
sebagai pengawas kolej.
Tuan Pengetua telah menyampaikan watikah pelan-
tikan di Dewan Iskandar baru-baru ini. Saudara
Timothy Choy Xia Wei telah dilantik sebagai Ketua
Pengawas, manakala jawatan Senior Girl pula
disandang oleh Nur Tiara binti Mohammed Rush-
dan. Mohd Saiful Asmadi bin Mansor dan Maviivar-
man a/l Nadeson masing-masing diberikan tugas
sebagai Timbalan Pengawas Bahagian Operasi dan
Timbalan Pengawas Bahagian Pengurusan.
Pastinya para pengawas yang baru dilantik ini akan
memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi
dalam menjayakan misi dan visi kolej serta berkhid-
mat dengan penuh ikhlas dan dedikasi ke arah me-
martabatkan disiplin pelajar kolej. Kepada warga
kolej, marilah kita memberikan kerjasama yang se-
baik mungkin kepada para pengawas dalam men-
jalankan tugas murni mereka. Setinggi-tinggi
tahniah dan syabas kepada ketua pengawas dan se-
mua pengawas kolej 2011.
MERENTAS DESA
A ktiviti merentas desa merupakan acara tahu-
nan kolej yang menjadi pembuka aktiviti koku-
rikulum sebelum Kejohanan Olahraga Tahu-
nan berlangsung. Acara tersebut telah diada-
kan pada 22 Januari yang lalu. Setelah kedatangan diambil
oleh guru kelas masing-masing, aktiviti senam robik di-
jalankan di padang kolej sebagai „warm-up‟. Para pelajar
kemudian dilepaskan mengikut kategori. Setiap peserta te-
lah melalui 12 stesyen sepanjang laluan merentas desa
tersebut. Penyampaian sijil dan hadiah telah berlangsung di
dewan terbuka Pra-U.
Rumah Sultan telah menjadi johan Kelas 1, manakala Kelas
2 dijuarai oleh rumah Kedah. Bagi Kelas 3 pula, rumah Gur-
ney dan Kedah berkongsi tempat pertama. Juara untuk Ke-
las 4 dan 5 milik rumah Gurney dan untuk kategori Perem-
puan, rumah Kedah adalah pemenangnya. Juara keseluru-
han Acara Merentas Desa KSAH 2011 menjadi milik rumah
Kedah. Naib johan adalah rumah Gurney dan tempat ketiga
pula rumah Sultan. Tahniah dan syabas kepada semua
warga kolej yang telah menjayakan acara merentas desa
2011.
Januari / Februari 2011
LAWATAN PENGAWAS V.I.
P ada 23 Januari yang lalu, kolej telah
menerima satu kunjungan penanda aras
pemimpin pelajar (pengawas) dari SMK
Victoria, Kuala Lumpur. Tujuan kunjun-
gan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pen-
getahuan tentang kepimpinan pengawas. Rombongan
tersebut disertai oleh 17 orang pengawas SMK Victo-
ria; yang terdiri daripada 14 pengawas lelaki tingka-
tan lima dan 3 pengawas perempuan tingkatan enam;
dan 3 orang guru pengiring.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 jam
mereka berada di kolej; antaranya ialah ucapan dari-
pada Tuan Pengetua kolej, pembentangan mengenai
badan pengawas daripada Ketua Pengawas kolej, la-
watan ke sekitar kawasan kolej, jamuan serta sesi
fotografi.
Fakta yang boleh kita kongsi bersama ialah keistime-
waan pengawas-pengawas V.I. itu sendiri. Mereka
hanya terdiri daripada 20 orang pengawas. Walaupun
bilangan mereka sangat kecil, namun mereka mampu
mengurus dan mengawal jumlah pelajar yang sangat
MUKA 4
ramai. Dari segi pemakaian pula, mereka mempunyai
dua imej yang berbeza. Ketika sedang menjalankan
tugas (on duty), lengan baju diturunkan. Berbeza
ketika tidak bertugas (social time), lengan baju dili-
pat sehingga ke atas siku. Di bilik pengawas, hanya
pengawas-pengawas sahaja dibenarkan masuk. Guru
-guru juga tidak dibenarkan.
Ketika bertugas di kantin, pengawas bertugas akan
mula meronda 5 minit sebelum tamat waktu rehat
untuk menandakan waktu rehat hampir tamat. Apa-
bila waktu rehat tamat, pengawas bertugas hanya
perlu menggunakan satu perkataan sahaja iaitu
“boys”; dan semua pelajar akan bergerak masuk ke
kelas. Tiada loceng digunakan.
Badan pengawas kolej juga mampu untuk berdiri se-
tanding dengan pengawas-pengawas dari mana-mana
sekolah di Malaysia. Diharapkan pada masa akan
datang, lebih banyak lawatan dapat dijalankan bagi
tujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan demi
kebaikan bersama.
Januari / Februari 2011
Sidang Buletin
Penyelaras:
Guru Kanan Bahasa
AJK GURU: Encik Fakarrudy Othman
Puan Roszilawati Yayah
Encik Azhar Md Arshad
AJK PELAJAR: Editor :
Ashraff Azhar
Penolong Editor :
Fudzil Akmal
Mutiara Kata :
Apabila anda membuat kesilapan, jangan meman-
dangnya terlalu lama. Ambil pengajarannya ke
dalam minda anda dan terus lihat ke hadapan.
Perkara yang berlalu tidak dapat diubah. Anda
masih ada masa depan dalam genggaman.
~Hugh White~
www.sahc.kedah.edu.my
Scholar, sportsman, gentleman