Post on 13-Oct-2015
description
5/24/2018 PBBK Comil
1/164
i
PEMBINAAN PERISIAN PENDIDIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) PERIBAHASA BAHASA MELAYU
DALAM COMIL ZAMRUD2
SITI NOR ASMAH BINTI YUSOF
20001-05065
TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA
SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM
MAC 2003
5/24/2018 PBBK Comil
2/164
ii
PENGAKUAN
Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya saya catatkan sumbernya.
Tarikh : 14 Mac 2003 ..
Siti Nor Asmah Binti Yusof
No. Pendaftaran : 20001-05065
5/24/2018 PBBK Comil
3/164
iii
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, alhamdulillah, bersyukur ke
hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapatlah tesis bertajuk Pembinaan
Perisian Pendidikan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
Peribahasa Bahasa Melayu Dalam Comil Zamrud2 ini disiapkan pada tarikh yang telahditetapkan.
Jutaan terima kasih dirakamkan kepada pensyarah Lt. Kol. Hamid Awang yang tidak
mengenal erti jemu dalam membimbing dan banyak membantu pengkaji bermula dari awal
sehinggalah siapnya tesis ini. Tanpa kerjasama, tolak ansur, pertolongan, bantuan dan
tunjuk ajar beliau, sudah tentu tesis ini sukar untuk disiapkan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kolej Islam Negeri Terengganu, 20050 Kuala
Terengganu terutamanya kepada Ustazah Faezah Binti Abd. Rahman yang banyak
membantu dalam menjalankan kajian di Kolej Islam Negeri Terengganu. Tanpa bantuan
dan pertolongan beliau, kajian ini sukar untuk dijalankan. Tidak lupa juga kepada para
pelajar kolej tersebut yang sudi menggunakan perisian Comil Zamrud2 ini.
Terima kasih ditujukan khas buat suami tersayang, Mohd Anuar Bin Abd. Karim yang
memahami dan banyak membantu dari aspek kewangan, aspek teknikal pembinaan perisian
serta dorongan dan galakan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sudi berkongsi idea dan maklumat dalam menjayakan pembinan perisian
dan kajian ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua, doa dan harapan semoga Allah swt
membalas baik di atas setiap kebaikan yang kalian berikan.
Sekian, Terima Kasih.
5/24/2018 PBBK Comil
4/164
iv
ABSTRAK
PEMBINAAN PERISIAN PENDIDIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) PERIBAHASA BAHASA MELAYU
DALAM COMIL ZAMRUD2
Kajian ini merupakan kajian tentang pembangunan perisian Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) menggunakan alat pengarangan Comil Zamrud2. Sebuah
perisian dibangunkan untuk menghasilkan perisian PPBK Peribahasa Bahasa Melayu.
Seramai 50 orang pelajar termasuk dua orang guru dipilih dari Kolej Sains PendidikanIslam Negeri Terengganu, 20050 Kuala Terengganu bagi kajian ini. Tujuan kajian ini
adalah untuk membangunkan satu perisian PPBK sebagai alat bantu mengajar dan
mempelajari mengenai perisian Comil Zamrud2. Perisian ini kemudiannya akan dibuat
kajian terhadap 50 orang pelajar bagi membuat penilaian dan menguji kesesuaiannya dalam
dunia pendidikan. Untuk tujuan ini, satu senarai semak yang diberi nama Senarai Semak
Penilaian Perisian telah dibentuk untuk dijadikan instrumen kajian. Senarai semak
didasarkan kepada maklumat yang diperlukan dalam penilaian perisian. Hasil daripada
kajian yang telah dijalankan didapati pada keseluruhannya, pelajar memberikan sambutan
yang sangat menggalakan terhadap perisian yang telah dibangunkan. 100 peratus responden
mengatakan unsur-unsur hipermedia dan multimedia yang digabungkan dalam perisian ini
berjaya memudahkan pelajar mempelajari kemahiran yang diajar. Seterusnya 100 peratus
responden mengakui bahawa perisian ini tidak membosankan dan ia memudahkan mereka
mendapat kemahiran yang dipelajari. Kajian yang dijalankan menunjukkan peratusan
responden yang setuju dengan pembinaan perisian ini adalah melebihi daripada peratusan
responden yang tidak bersetuju. Perkara ini dijadikan satu peransang bagi pembina perisian
untuk memperbaiki perisian agar lebih baik. Pembinaan perisian menggunakan Comil
Zamrud2 merupakan satu kelebihan dalam dunia pendidikan kerana bukan sahaja dapat
menghasilkan satu pembaharuan dalam pendidikan Bahasa Melayu, malah dapat
memperkenalkan Bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.
5/24/2018 PBBK Comil
5/164
v
KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH xi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 13
1.5 Tujuan Kajian 14
1.6 Objektif Kajian 14
1.7 Kepentingan Kajian 161.8 Batasan Kajian 20
1.9 Definisi istilah 21
1.10 Rumusan 25
BAB II TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 26
2.2 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer
26
2.3 Teori Pembelajaran 29
2.3.1 Teori Behaviorisme 29
5/24/2018 PBBK Comil
6/164
vi
2.3.2 Teori Kognitivisme 31
2.4 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran 37
2.4.1 Pembelajaran Anjal 37
2.4.2 Pembelajaran Aktif 38
2.4.3 Pembelajaran Kendiri 382.4.4 Pembelajaran Kolaboratif 39
2.4.5 Penerapan Nilai-Nilai Murni 40
2.4.6 Kemahiran Berfikir 40
2.5 Penilaian Perisian 41
2.6 Kajian Lepas 43
2.7 Rumusan 47
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 49
3.2 Metodologi Pembangunan Perisian PPBK 50
3.2.1 Fasa Analisis 51
3.2.2 Fasa Reka Bentuk Perisian 52
3.2.3 Fasa Pelaksanaan Perisian 54
3.2.4 Fasa Penilaian 55
3.3 Instrumen Dan Responden Kajian 56
3.4 Spesifikasi Keperluan Perisian 57
3.4.1 Matlamat Perisian 57
3.4.2 Objektif Perisian 57
3.4.3 Kumpulan Sasaran 58
3.4.4 Kemahiran Berfikir 58
3.4.5 Nilai-Nilai Murni 58
3.4.6 Kandungan Perisian 59
3.4.7 Pendekatan Pedagogi 59
3.4.8 Strategi Penggunaan Perisian 60
3.4.9 Sumber Sokongan 60
3.4.10 Pengkomputeran 61
5/24/2018 PBBK Comil
7/164
vii
3.4.11 Antaramuka Pengguna 62
3.5 Reka Bentuk Perisian 64
3.5.1 Reka Bentuk Struktur PPBK 64
3.5.2 Reka Bentuk Struktur Organisasi Kandungan
Perisian
66
3.5.3 Reka Bentuk Skrin Templat 66
3.6 Fasa Pelaksanaan 73
3.6.1 Rancangan Proses Pelaksanaan 73
3.6.2 Pembangunan Perisian 74
3.6.3 Pengujian Kestabilan Perisian 74
3.7 Jangkamasa Kajian 75
3.8 Kos Kajian 77
3.9 Rumusan 79
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 80
4.2 Hasil Kajian 80
4.2.1 Skrin-skrin Perisian 81
4.2.2 Pengaplikasian Teori-teori Strategi
Pembelajaran
91
4.2.3 Persoalan Kajian 1.4(ii)(a) 95
4.2.4 Persoalan Kajian 1.4(ii)(b) 97
4.2.5 Persoalan Kajian 1.4(ii)(c) 98
4.2.6 Persoalan Kajian 1.4(ii)(d) 99
4.2.7 Persoalan Kajian 1.4(ii)(e) 100
4.2.8 Persoalan Kajian 1.4(ii)(f) 101
4.2.9 Persoalan Kajian 1.4(ii)(g) 103
4.2.10 Strategi Pembelajaran 106
4.3 Rumusan 113
BAB V KESIMPULAN
5/24/2018 PBBK Comil
8/164
viii
5.1 Pengenalan 116
5.2 Refleksi Pembangunan Perisian 116
5.2.1 Kekuatan Dan Kelebihan Perisian 120
5.2.2 Kelemahan Dan Kekurangan Perisian 123
5.3 Cadangan Untuk Masa Akan Datang 122
5.3.1 Dari Aspek Pendidikan 123
5.3.2 Dari Aspek Teknikal 123
5.4 Rumusan 124
BIBLIOGRAFI 128
LAMPIRAN 130
5/24/2018 PBBK Comil
9/164
ix
SENARAI JADUAL
No. Jadual Nama Jadual Halaman
3.1 Proses Pembangunan Perisian Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) Peribahasa Bahasa Melayu
Dalam Comil Zamrud2
76
3.2 Kos Pembelian Perisian Dan Menjalankan Kajian 78
4.1 Hasil Penilaian bagi Aspek Hipermedia dan Multimedia oleh
Penilai Kategori Pelajar
96
4.2 Hasil Penilaian bagi Aspek Tidak Membosankan oleh Penilai
Kategori Pelajar
97
4.3 Hasil Penilaian bagi Aspek Bahasa oleh Penilai Kategori
Pelajar
98
4.4 Hasil Penilaian bagi Aspek Nilai Murni oleh Penilai
Kategori Pelajar
100
4.5 Hasil Penilaian bagi Aspek Latihan oleh Penilai Kategori
Pelajar
100
4.6 Hasil Penilaian bagi Aspek Antaramuka Pengguna oleh
Penilai Kategori Pelajar
101
4.7 Hasil Penilaian Aspek Teori Pembelajaran Kognitivisme
oleh Penilai Kategori Guru
105
4.8 Hasil Penilaian Aspek Strategi Pembelajaran Anjal oleh
Penilai Kategori Guru
107
5/24/2018 PBBK Comil
10/164
x
4.9 Hasil Penilaian Aspek Strategi Pembelajaran Aktif oleh
Penilai Kategori Guru
108
4.10 Hasil Penilaian Aspek Strategi Pembelajaran Kendiri oleh
Penilai Kategori Guru
109
4.11 Hasil Penilaian Aspek Strategi Pembelajaran Kolaboratifoleh Penilai Kategori Guru 110
4.12 Hasil Penilaian Aspek Strategi Penerapan Nilai-nilai
Murnioleh Penilai Kategori Guru
111
4.13 Hasil Penilaian Aspek Strategi Kemahiran Berfikir oleh
Penilai Kategori Guru
112
5/24/2018 PBBK Comil
11/164
xi
SENARAI RAJAH
No. Rajah Nama Rajah Halaman
2.1 Struktur Aliran Pendekatan Tutorial 28
3.1 Model Reka Bentuk Sistem Pengajaran Hannafin dan Peck
(Hannafin & Peck 1988).
50
3.2 Struktur PPBK Tutorial 65
3.3 Gabungan Struktur Hieraki dan Komposit Dalam Perisian 66
3.4 Templat Skrin Pembukaan 67
3.5 Templat Skrin Selamat Datang 68
3.6 Templat Skrin Pengenalan 68
3.7 Templat Skrin Menu Utama 69
3.8 Templat Skrin Persembahan Maklumat 70
3.9 Templat Skrin Persembahan Contoh 71
3.10 Templat Skrin Persembahan Latihan 72
3.11 Templat Skrin Pembina Perisian 72
4.1 Skrin Pembukaan 81
4.2 Skrin Selamat Datang 82
4.3 Skrin Pengenalan 83
4.4 Skrin Menu Utama 84
5/24/2018 PBBK Comil
12/164
xii
4.5 Skrin Persembahan Maklumat 85
4.6 Skrin Persembahan Contoh 87
4.7 Skrin Persembahan Latihan 89
4.8 Skrin Persembahan Pembina Perisian 90
5/24/2018 PBBK Comil
13/164
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Kemajuan teknologi perkomputeran telah banyak menyumbang kepada teknologi
pendidikan yang berfungsi sebagai suatu media dalam proses pengajaran dan
pembelajaran(P&P). Teknologi pendidikan disokong teguh dengan penghasilan pelbagai
jenis media dan perisian multimedia. Usaha ini bukan sahaja bertujuan mewujudkan
pelajar atau masyarakat yang hanya sekadar celik IT atau bijak komputer, malah
cemerlang dalam pelajaran.
Penggunaan multimedia dalam pendidikan telah mengubah proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang dulunya berpusatkan guru, tetapi kini lebih banyak
memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai alam baru dunia pendidikan yang
semakin hebat, menarik, canggih serta moden. Bagi mengaplikasikan kecanggihan
komputer dalam proses P&P ini, satu kaedah pengajaran direka cipta dengan
menggunakan alat pengarangan untuk menghasilkan perisian multimedia dan kini lebih
dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBBK).
5/24/2018 PBBK Comil
14/164
2
Perisian multimedia ini berperanan penting sebagai media pengajaran yang
digunakan dalam proses P&P samada melibatkan guru dengan pelajar atau hanya
pelajar dengan komputer sahaja. Terdapat lima jenis PBBK yang utama iaitu latih tubi,
toturial, simulasi, permainan dam penyelesaian masalah. Semua jenis PBBK ini
mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam matapelajaran
peringkat rendah, menengah dan tinggi.
Perisian multimedia mempunyai ciri-ciri tertentu seperti adanya teks, grafik,
audio, video, animasi dan bersifat interaktif. Pengunaan perisian multimedia ini
membolehkan perisian dicipta mengikut visual sendiri dan membenarkan visual tersebut
digunakan oleh pengguna lain. Perisian multimedia ini mampu untuk membentuk
bagaimana seorang pengguna itu berfikir, belajar dan boleh mencorak pemikiran dan
tingkahlaku seseorang.
Melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, kerajaan telah merangka satu
pembaharuan dalam sistem pendidikan di negara ini khususnya bagi matapelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, sains dan matematik yang akan diserapkan dengan
penggunaan multimedia dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu
perkara baru dalam pendidikan kerana penggunaan perisian ini telah lama diaplikasikan
dalam sistem pendidikan di luar negara. Menurut Supyan Hussin (2000), pemelajaran
Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau Computer-Assisted Language Learning
(CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan.
5/24/2018 PBBK Comil
15/164
3
PBBK berkembang daripada Pemelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau
Computer-Assisted Instruction (CAI) yang diperkenalkan pada tahun 1960-an. PBK
mula diperkenalkan di University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO
(Program Logic Automated Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah di
Amerika Syarikat. PLATO bukan sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan
perisian PBK, tetapi juga menguruskan permintaan pemelajaran, memantau
pemelajaran, memantau perkembangan kemajuan pelajar, dan memberikan peluang
kepada pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi melalui komputer.
Penggunaan komputer dalam proses P&P ini lebih sesuai diaplikasikan dengan
menggunakan perisian multimedia iaitu alat pengarangan. Dalam kajian ini, alat
pengarangan multimedia yang dipilih ialah perisian Comil Zamrud2 untuk mencipta
sebuah perisian pendidikan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (ppbk)
peribahasa Bahasa Melayu. Perisian dikhususkan untuk kegunaan pelajar menengah atas
yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Perisian Comil Zamrud2 merupakan satu ciptaan perisian terulung di Malaysia
yang menggunakan Bahasa Melayu. Perisian ini memang menarik minat pembina
perisian untuk mencipta perisian pendidikan. Sistem ini berperanan membantu pendidik,
individu atau organisasi pendidikan membangunkan perisian pendidikan dengan
keupayaan multimedia bagi digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran.
Secara keseluruhan, bab ini menghuraikan beberapa aspek yang merangkumi
latar belakang kajian dan pernyataan masalah yang menerangkan masalah pembinaan
5/24/2018 PBBK Comil
16/164
4
perisian. Seterusnya akan dijelaskan tentang persoalan kajian, tujuan kajian dan objektif
kajian. Dalam kajian ini, kepentingan kajiannya ditunjukkan faedah kajian yang
dijalankan, akan dijelaskan di akhir bab ini.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan yang menjadi bahasa
pertuturan di negara ini walaupun terdapat banyak situasi yang sering menggunakan
Bahasa Inggeris. Kepentingan Bahasa Melayu dapat dilihat dalam sistem persekolahan
di negara ini yang mewajibkan semua pelajar sekolah bukan hanya sekadar mempelajari
Bahasa Melayu, malah wajib lulus dalam setiap peringkat peperiksaan.
Menurut Profesor Nik Safiah Karim (1999), dalam ucapan beliau menyatakan
sebahagian penduduk di Malaysia berpendirian bahawa dunia teknologi maklumat itu
adalah dunia Bahasa Inggeris dan bahasa lain tidak mampu menanganinya. Beliau
menegaskan bahawa pendirian ini agak terpesong kerana yakin bahawa bahasa Melayu
mempunyai tempat dalam dunia teknologi maklumat. Hasrat ini dapat dicapai sekiranya
Bahasa Melayu dilengkapi dengan istilah-istilah yang cukup kerana setelah sesuatu alat
itu ada, yang diperlukan ialah perkataan untuk merujuk kepada alat tersebut. Beliau
menambah bahawa selagi tidak ada perkataan, selama itulah bidang tersebut tidak
mampu diperkatakan dalam Bahasa Melayu.
Justeru, perisian multimedia Comil Zamrud2 merupakan pelopor dalam
penciptaan dan pembangunan perisian dalam bahasa Melayu yang dapat diaplikasikan
5/24/2018 PBBK Comil
17/164
5
dengan mudah. Para pendidik boleh mengaplikasikan perisian ini sebagai media
pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini, akan dibina sebuah perisian yang
mengandungi topik tentang Peribahasa Bahasa Melayu. Topik ini dipilih kerana
bersesuaian dengan penggunaan perisian dan keindahan bahasanya.
1.2.1 Perisian Multimedia Comil Zamrud2
Perisian multimedia Comil Zamrud2 ini berasal daripada Sistem Comil yang
bermaksud Computer Integrated Learning mula dicipta pada tahun 1989. Ini berikutan
setelah projek penyelidikan dan pembangunan Sistem Pembelajaran Berkomputer mula
dijalankan pada bulan Februari 1989. Pengeluaran sistem ini dimulakan dengan Versi
Alfa berasaskan sistem operasi DOS.
Sistem Comil telah dihasilkan daripada hasil gabungan dua badan yang memiliki
kepakaran berlainan iaitu perkomputeran (MIMOS) dan pendidikan (Kementerian
Pendidikan). Gabungan ini telah membawa kepada pembentukan Makmal Teknologi
Komputer (MTK) Kementerian Pendidikan Malaysia yang beroperasi membangunkan
Sistem Pembelajaran Sepadu Berkomputer (Komputer Integrated Learning-Comil).
Sistem Comil telah melalui proses pengubahsuaian dan pengujian yang
menyebabkan peningkatan dalam Versi Alfa dan Beta. Penilaian terhadap Sistem Comil
secara intensif pernah diadakan di Universiti Sains Malaysia pada 20 April 1992.
Seterusnya mula diterima pakai di 60 buah sekolah, maktab perguruan dan institut
pengajian tinggi.
5/24/2018 PBBK Comil
18/164
6
1.2.2 Kelebihan Perisian Multimedia Comil Zamrud 2
Perisian multimedia Comil Zamrud2 ini mempunyai banyak kelebihan tersendiri
berbanding dengan jenis perisian yang lain. Menurut Heinich, Molenda dan Russel
(1993), banyak perisiam komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek
pendidikan. Antara kelebihannya ialah Comil merupakan alat pengarangan ciptaan
tempatan yang pertama menggunakan menu arahan di dalam Bahasa Melayu.
Comil mampu menghasilkan perisian khusus (courseware) bercirikan
multimedia berasaskan keperluan pendidikan masa kini dan masa hadapan serta dapat
memenuhi citarasa pengguna selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Sistem
Comil ini merupakan satu strategi bagi mengintegrasikan penggunan komputer dalam
pendidikan serta menyokong pembangunan industri perisian dan seterusnya
meningkatkan kemahiran dan kepakaran tenaga penyelidikan tempatan.
Comil Zamrud2 adalah versi terbaru Comil dan lanjutan daripada Sistem Comil
Zamrud. Comil Zamrud2 ini mampu menghasilkan perisian khusus bercirikan
multimedia berasaskan keperluan pendidikan masa kini dan masa hadapan. Comil
Zamrud2 lebih istimewa berbanding yang sebelumnya kerana mengandungi modul
terbaru jawi seperti kemudahan menaip jawi dengan dilengkapi papan kekunci maya
(Virtual keyboard) khusus untuk Comil-Jawi Editor serta penggunaan tulisan jawi di
dalam menu Comil. Versi ini juga telah menyediakan pemilihan untuk penukaran
bahasa menu arahan kepada dua bahasa arahan iaaitu Bahasa Melayu dan bahasa
5/24/2018 PBBK Comil
19/164
7
Inggeris. Sistem ini mengandungi dua komponen utama iaitu Alat Pengarangan dan
Pengimbas Perisian.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Penghasilan sesebuah perisian PPBK ini merupakan perkara baru dalam dunia
pendidikan terutamanya dalam negara yang sedang bergerak ke arah perubahan sistem
pendidikan. Pembagunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih diserahkan
sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga yang tidak terlatih dalam pengajaran dan
pembelajaran. Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk mencipta
atau membangunkan perisian.
Banyak perisian yang berada di pasaran kini tidak menepati pedagogi suatu
disiplin dan tidak sesuai dengan citara pendidik. Di malaysia, belum ada perisian
pendidikan yang diiktiraf atau diterima pakai untuk semua sekolah. Oleh sebab
teknologi perkakasan dan perisian sentiasa berubah dengan cepat, maka tidak mustahil
perisian yang dihasilkan oleh konsortium atau sayrikat swasta hari ini menjadi tidak
sesuai lagi pada bulan hadapan.
Berdasarkan maklumat melalui pembacaan dari internet, buku-buku rujukan dan
temubual dengan orang perseorangan, pengkaji mendapati terdapat banyak masalah
yang wujud bagi membangunkan sesebuah perisian PPBK ini. Secara rumusannya,
masalah ini dapat dikelaskan mengikut kategori tertentu.
5/24/2018 PBBK Comil
20/164
8
1.3.1 Persembahan Maklumat pengajaran dan Pembelajaran
Untuk mempersembahkan maklumat pengajaran secara tutorial atas talian, apa
yang penting ialah cara maklumat tersebut dipersembahkan bertujuan untuk
mengekalkan minat pengguna. Sekiranya minat yang ada pada pengguna dapat
dikekalkan, perisian yang dihasilkan akan digunakan dengan sebaik-baiknya.
Pembinaan perisian PPBK menggunakan perisian Comil Zamrud2 juga
mempunyai beberapa masalah. Antaranya ialah penggunaan warna yang banyak sering
kali menyebabkan gangguan apabila sesuatu halaman itu diuji. Perkembangan perisian
ini agak lembab berbanding dengan perisian lain kerana kajian awal mendapati perisian
ini belum pernah diuji atau dinilai di sekolah.
Perisian Comil mudah digunakan di semua komputer walaupun perisian ini tidak
diinstall dalam sesebuah komputer itu. Para pelajar tidak mengalami masalah di
sepanjang penggunaan perisian ini. Susunatur huruf juga menjadi satu perkara yang
boleh menambahkan minat pengguna. Perisian hendaklah dapat menarik minat
pengguna dengan memastikan susunatur huruf yang berkesan. Susunatur huruf
hendaklah disusun dengan berkesan supaya dapat menyampaikan maklumat kepada
pengguna dengan sempurna. Justeru itu, susunatur huruf yang tidak teratur
menyebabkan pengguna sukar memahami apa yang hendak dipersembahkan.
5/24/2018 PBBK Comil
21/164
9
1.3.2 Kandungan
Dalam aspek kandunga, pengkaji akan mengkaji tentang organisasi kandungan
dan penilaain kendiri. Dua aspek ini merupakan antara perkara yang amat penting dalam
pembangunan sesebuah perisian.
i. Organisasi Kandungan
Perisian Comil Zamrud2 merupakan alat pengarangan yang mudah digunakan.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat sebarang perisian Comil Zamrud2 yang dijual
dipasaran. Ciri-ciri perisian yang baik ialah pelajar hendaklah mudah berinteraksi
dengan perisian, mudah untuk mencari maklumat dan menilai maklumat yang terdapat
dalam perisian. Pelajar hendaklah dibekalkan dengan kemudahan alat carian maklumat.
Seterusnya, pilihan topik dan sub menu boleh dibuat dalam bentuk senarai teks yang
diletakkan di bawah, tepi kiri atau tepi kanan skrin. Oleh itu, adalah penting seluruh
organisasi kandungan disusun dengan teratur dan mudah diterokai oleh pelajar.
ii. Penilaian Kendiri
Penilaian merupakan aktiviti yang sangat penting yang mesti diselitkan sama ada
semasa pelajar melayari isi pengajaran perisian atau secara berasingan. Penilaian untuk
menilai pelajar atau pengguna boleh dibuat dengan bentuk kuiz, membuat ayat,
melakukan semula dan pelbagai lagi. Dalam perisian Comil Zamrud2 ini, pengkaji cuba
5/24/2018 PBBK Comil
22/164
10
memasukkan latihan dan pelajar akan diberitahu bahawa latihan yang dibuat adalah
betul.
1.3.3 Bahasa
Bahasa merupakan alat komunikasi yang paling penting dalam menyampaikan
maklumat. Proses pengajaran secara PPBK juga melibatkan penggunaan bahasa sebagai
alat perhubungan dan berinteraksi sepanjang berlangsungnya proses PPBK.
Kebanyakkan perisian yang dihasilkan menggunakan bahasa Inggeris kerana dicipta di
luar negara. Sementara perisian yang dicipta dalam bahasa Melayu pula agak sedikit
bilangannya melainkan perisian yang banyak menggunakan bahasa Melayu-Indonesia.
Menyedari hakikat inilah perisian Comil Zamrud2 direka cipta khas oleh orang
Melayu sendiri bagi menghasilkan perisian yang mengunakan bahasa Melayu Malaysia.
Ini bertujuan agar perkembangan pembelajaran berjalan lancar dan boleh menimbulkan
minat serta konsentrasi yang tinggi. Ini berikutan kerana segala arahan dan bantuan
adalah dalam bahasa Melayu.
Oleh yang demikan tidak ada lagi sebarang masalah berkaitan dengan kesilapan
mencari makna bahasa lain yang hanya merumitkan pengguna dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan bahasa dalam perisian PPBK yang mudah difahami akan
menyebabkan pengguna merasa selesa, seterusnya akan meneruskan penggunaan
perisian tersebut. Justeru itu, penggunaan bahasa yang mudah adalah penting dalam
5/24/2018 PBBK Comil
23/164
11
penyampaian maklumat terutama sekali penyampaian itu adalah dalam bentuk grafik
dan paparan skrin.
1.3.4 Antaramuka Pengguna
Dalam bahagian ini aspek-aspek seperti penerokaan, konsep warna dan konsep
penghurufan akan diterangkan.
i. Penerokaan
Penerokaan bagi setiap skrin di dalam perisian adalah penting dalam melicinkan
perjalanan perisian. Sistem pautan membenarkan pengguna berpindah dari satu skrin ke
skrin yang lain. Sistem penerokaan boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti
mengikut susunan yang berturutan, mengikut topik atau konsep menjelajah. Ia
memudahkan pengguna untuk mencari maklumat mengikut kemampuan dan kebebasan
mereka.
ii. Konsep Warna
Kebanyakan perisian pendidikan tidak meletakkan warna untuk menentukan
kepentingan sesuatu topik. Sebagai contoh, tajuk utama hendaklah diwarnakan dengan
lebih terang berbanding dengan warna tajuk ke dua. Ada juga keadaan di mana ayat
tenggelam dengan penggunaan warna yang gelap. Ini tentunya menyukarkan pengguna
dari segi membaca dan meneliti maklumat.
5/24/2018 PBBK Comil
24/164
12
Kegagalan perisian mengekalkan tumpuan pelajar ialah kerana reka bentuk yang
tidak ceria dan efektif. Sehubungan ini kombinasi warna, susunatur bahan grafik, teks
dan animasi perlu diberi perhatian yang teliti. Bagi pembinaan perisian Comil Zamrud2
ini, pengunaan warna yang sedikit dan sederhana digunakan agar tidak menyebabkan
saiz sesuatu muka itu terlalu berat.
iii. Konsep Penghurufan
Penggunaan ketebalan huruf boleh dijadikan satu peranan dalam menekankan
sesuatu kepentingan topik. Ada perkataan yang penting, tetapi ketebalan huruf adalah
kecil. Kepentingan sesuatu isi boleh digambarkan dengan menebalkan huruf begitu juga
sebaliknya, jika topik kurang penting, tidak perlu untuk menebalkan atau menulis
dengan saiz yang besar. Persembahan teks seperti saiz huruf dan warna huruf perlu
diberi perhatian dalam menyediakan perisian. Jika persembahan teks tidak menepati
citarasa sasaran pengguna maka amat sukar untuk menarik minat para pengguna.
1.3.5 Nilai-nilai Murni
Falsafah pendidikan negara menyeru pendidik menyerapkan nilai-nilai murni
semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam perisian pendidikan yang
ada di pasaran, perkara seperti nilai-nilai murni dan pembudayaan tempatan tidak
diterapkan dan ini tidak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pengajaran dan
penerapan nilai murni ke dalam diri pelajar adalah satu tugas yang dituntut sejak zaman
berzaman lagi.
5/24/2018 PBBK Comil
25/164
13
Dalam pembinaan perisian ini, pengkaji telah menerapkan nilai-nilai murni
melalui peribahasa yang diajarkan. Dengan adanya unsur-unsur ini, pelajar akan
didedahkan dengan situasi pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai murni dan budaya
tempatan. Penerapan nilai murni di dalam sesuatu perisian itu bergantung kepada isi
kandungan atau bahan pengajaran bagi sesuatu subjek tersebut.
1.4 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan masalah dan kelemahan seperti yang dinyatakan dalam bahagian
1.3, maka beberapa soalan kajian dibentuk untuk menyelesaikan dan mengatasi
kelemahan yang dinyatakan.
i. Bagaimanakah perisian PPBK mengenai Comil Zamrud2 yang:a. menggabungkan unsur hipermedia dan multimedia boleh dibangunkan?
b. tidak membosankan boleh dibangunkan?c. mempersembahkan isi kandungan dalam bahasa Melayu yang berkesan
boleh dibangunkan?
d. meletakkan nilai-nilai murni dan pembudayaan tempatan dapat membentuksahsiah para pelajar boleh dibangunkan?
e. dapat menggalakkan pengguna mencuba membuat latihan untuk menilaikemahiran yang diperolehi boleh dibangunkan?
f. mempunyai antaramuka pengguna yang sesuai dan menarik minatpengguna boleh dibangunkan?
g. mengaplikasikan teori dan strategi pembelajaran boleh dibangunkan?
5/24/2018 PBBK Comil
26/164
14
ii. Adakah perisian PPBK yang dibangunkan ini:a. menggabungkan unsur-unsur hipermedia dan multimedia ?
b. tidak membosankan?c. mempersembahkan isikandungan dalam bahasa Melayu yang berkesan?d. meletakkan nilai-nilai murni dan pembudayaan tempatan dapat membentuk
sahsiah para pelajar?
e. dapat menggalakkan pengguna mencuba membuat latihan untuk menilaikemahiran yang diperolehi ?
f. mempunyai antaramuka pengguna yang sesuai dan menarik minatpengguna?
g. mengaplikasikan teori dan strategi pembelajaran?
1.5 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ialah untuk membangunkan satu perisian PPBK untuk mengajar
dan mempelajari mengenai perisian Comil Zamrud2.
1.6 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Untuk membangunkan perisian PPBK mengenai Comil Zamrud2 dalam sukatan
pelajaran Peribahasa Bahasa Melayu yang:
a. menggabungkan unsur-unsur hipermedia dan multimedia.;b. tidak membosankan;
5/24/2018 PBBK Comil
27/164
15
c. mempersembahkan isi kandungan dalam bahasa Melayu yang berkesan;d. meletakkan nilai-nilai murni dan pembudayaan tempatan dapat membentuk
sahsiah para pelajar;
e. dapat menggalakkan pengguna mencuba membuat latihan untuk menilaikemahiran yang diperolehi;
f. mempunyai antaramuka pengguna yang sesuai dan menarik minatpengguna;
g. mengaplikasikan teori dan strategi pembelajaran.ii. Untuk memastikan perisian PPBK yang dibangunkan ini:
a. menggabungkan unsur-unsur hipermedia dan multimedia,b. tidak membosankan,c. mempersembahkan isi kandungan dalam bahasa Melayu yang berkesan,d. meletakkan nilai-nilai murni dan pembudayaan tempatan dapat membentuk
sahsiah para pelajar,
e. dapat menggalakkan pengguna mencuba membuat latihan untuk menilaikemahiran yang diperolehi,
f. mempunyai antaramuka pengguna yang sesuai dan menarik minatpengguna, dan
g. mengaplikasikan teori dan strategi pembelajaran.
5/24/2018 PBBK Comil
28/164
16
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Pembangunan perisian PPBK Comil Zamrud2 adalah satu usaha dalam
membantu pengguna mempelajari perisian ini. Kepentingan kajian adalah seperti
berikut:
1.7.1 Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan malaysia telah banyak berusaha keras dan membuat
kerjasama dengan pihak MIMOS untuk membangunkan perisian ini. Kajian ini
merupakan satu sambutan ynag sangat baik dan amat menggalakkan di kalangan pelajar
di peringkat pengajian tinggi sebagai sumbangan kepada negara yang sedang merangka
ke arah perubahan dan kecemerlangan pendidikan berasaskan teknologi komputer.
Hasil kajian diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan kepada Kementerian
Pendidikan dalam usaha atau perancangan pihak tersebut mengatur strategi pendidikan.
Selain itu, pihak kementerian pendidikan juga memerlukan sokongan dan kajian yang
dibuat oleh semua pihak bagi menjayakan usaha mereka. Melalui kajian dan
pembangunan sebuah perisian ini, dapat memberi impak kepada perancangan
kementerian pendidikan.
5/24/2018 PBBK Comil
29/164
17
1.7.2 Bidang Pendidikan Komputer
Walaupun PBBK telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu, istilah ini
hanya popular pada tahun 1980-an. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin
mudah didapati, perisian PBBK turut bercambah bagaikan cendawan. Di Malaysia,
PBBK masih baru. Meskipun perisian PBBK sudah berada di pasaran dan dalam
internet, penggunaannya masih belum meluas dan belum disepadukan dalam sistem
pendidikan di negara ini.
Kebanyakan penggunaan perisian PBBK kini merupakan inisiatif individu
pendidik di sekolah atau di universiti dalam kursus masing-masing atau melalui kelab
komputer di sekolah. Dengan kata lain, tidak ada keseragaman dalam penggunaan
perisian PBBK di sekolah atau di institusi pendidikan.
Bidang pendidikan berasaskan komputer kini tidak hanya perlu bergantung pada
sumber internet semata-mata untuk menggunakan sebarang bentuk perisian, tetapi kini
penciptaan dan penghasilan perisian telah banyak membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui penggunaan perisian, bidang pendidikan komputer dapat
diperluaskan.
1.7.3 Guru Komputer dan Teknologi Maklumat
Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, negara ini memerlukan
kira-kira 125,000 tenaga yang berpengetahuan (knowledge workers) dalam tempoh lima
5/24/2018 PBBK Comil
30/164
18
tahun akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa institusi pendidikan haruslah dapat
melahirkan pelajar dan graduan yang bukan lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era
teknologi maklumat, tetapi menjadi pengguna yang aktif.
Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi
penting, iaitu perubahan budaya pengajaran dan pemelajaran di sekolah atau di
universiti. Jika sebelum ini pengajaran dan pemelajaran bahasa, misalnya, mengambil
masa lima jam seminggu, maka dengan perubahan peranan pendidik daripada pemberi
ilmu kepada fasilitator ilmu, pendidik tidak perlu bersama dengan pelajar selama enam
jam seminggu lagi.
Mungkin pertemuan di bilik darjah atau di dewan kuliah dapat dihadkan kepada
tiga jam seminggu, sementara pembelajaran berbantukan komputer bersama pendidik
untuk tempoh sekurang-kurangnya sejam seminggu sama ada di makmal atau di bilik
darjah (pendidik sebagai fasilitator atau pemerhati), dan pembelajaran kendiri oleh
pelajar (yang pada ketika yang sama tenaga pengajar bahasa berkenaan akan terlibat
dengan kerja menghasilkan bahan perisian komputer). Pengubahsuaian beban kerja dan
peranan pendidik ini perlu dibuat bagi memastikan sekolah atau institusi berkenaan
mencapai objektif yang telah digariskan.
Pembangunan perisian Comil Zamrud2 dilihat sebagai satu usaha mewujudkan
alat bantu mengajar yang berbentuk perisian semasa mengajar mengenai sesuatu topik
dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yakni peribahasa. Menurut Supyan dan
Nooreiny (1998) adalah lebih baik jika guru-guru sendiri membangunkan perisian
5/24/2018 PBBK Comil
31/164
19
mengikut bidang masing-masing serta memperbaiki perisian tersebut dari semasa ke
semasa kerana para guru tidak boleh mengharap kepada pihak lain untuk menyediakan
apa yang dikehendaki oleh mereka. Oleh itu, dengan adanya perisian yang dibangunkan
ini, ia dapat memudahkan guru menyampaikan maklumat-maklumat pengajaran yang
dikehendaki kepada para pelajar.
1.7.4 Pelajar
Pembangunan perisian Comil Zamrud2 ini merupakan satu alternatif
pembelajaran yang ada bagi para pelajar. Penggunaan perisian ini akan menyebabkan
para pelajar belajar dengan teknik yang baru yang berkehendakan pelajar meneroka
untuk mencari maklumat. Ini akan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
mencuba perisian baru yang belum diaplikasikan di kebanyakkan sekolah agama di
Kuala Terengganu. Sistem pendidikan yang semakin berubah dan berkembang maju
dengan pelbagai bentuk kemudahan bukan sahaja membantu mematangkan lagi pelajar,
malah memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari bidang perkomputeran.
Pelajar yang mendapat pendedahan awal secara serius dari peringkat
persekolahan lagi tentang perisian multimedia dan penggunaan komputer sudah tentu
tidak akan ragu-ragu untuk terus menceburi bidang perkomputeran. Sekiranya hasrat
Kementerian Pendidikan ini dapat dicapai, sudah tentu negara dapat menghasilkan
sebilangan besar pelajar yang bukan sahaja mahir mengaplikasikan komputer, malah
mampu membuat perubahan dalam sistem pendidikan yang ada sekarang agar lebih
berkualiti dan cemerlang.
5/24/2018 PBBK Comil
32/164
20
1.8 BATASAN KAJIAN
Pembangunan perisian PPBK hanya meliputi perisian Comil Zamrud2 yang
mengandungi sukatan mata pelajaran Peribahasa Bahasa Melayu Perisian ini juga
dibangunkan untuk kumpulan yang telah disasarkan iaitu pelajar-pelajar tingkatan 4 dan
tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan. Pelajar-pelajar ini akan belajar untuk
menggunakan perisian ini bagi mempelajari subjek peribahasa.
Perisian ini tidak akan diuji keberkesanannya. Dalam konteks ini, pengkaji
hanya akan membangun perisian yang menepati aspek-aspek sepertimana diterangkan
dalam pernyataan masalah dan persoalan kajian. Walau bagaimanapun, perisian ini akan
dinilai secara formatif dan sumatif oleh sekumpulan pelajar dan guru untuk tujuan
pembaikan dan pemurnian. Pembangunan perisian prototaip ini adalah dalam versi alfa.
Pengujian perisian dilakukan ialah bagi memastikan sama ada struktur perisian ini
mencukupi dan perubahan-perubahan yang mungkin dilakukan.
Perisian ini akan diuji oleh ahli-ahli yang lain untuk melihat kritikan yang positif
dan melihat kelemahan aplikasi. Lebih banyak komen diperoleh maka lebih banyak
pembaikan akan dilakukan. Perisian ini tidak akan melalui peringkat pengujian beta
yang memerlukan responden yang besar untuk menguji perisian ini. Penilaian juga
akan dinilai secara sumatif. Hasil dari penilaian ini merupakan maklum balas bagi
tujuan pembaikan di masa akan datang.
5/24/2018 PBBK Comil
33/164
21
Perisian ini boleh digunakan semasa berlakunya pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas. Oleh itu, perisian ini tidak praktikal jika diletakkan dalam pelayaran
Internet. Ini adalah kerana ia lambat untuk diakses atau dimuat turun (download). Oleh
itu, ianya hanya sesuai jika diletakkan dalam cakera padat (Compact Disk) atau
diletakkan dalam server-server untuk kawasan liputan yang kecil seperti sekolah
ataupun sebuah institusi pendidikan.
1.9 DEFINISI ISTILAH
Berikut ialah istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini.
1.9.1 Pembangunan Perisian
Menurut Systems Integration Office (2001) pembangunan perisian merupakan
satu set aktiviti untuk menghasilkan sebuah perisian. Ia boleh merangkumi aktiviti-
aktiviti seperti membangun perisian yang baru, mengubahsuai perisian sedia ada,
menambah dari segi teknikal terhadap perisian atau apa sahaja yang meliputi kerja-kerja
penghasilan perisian. Dalam kajian ini satu perisian baru akan dibangunkan iaitu
perisian PPBK mengenai Comil Zamrud2. Untuk membangunkan perisian ini terdapat
beberapa rangkuman aktiviti dilakukan bermula dari peringkat analisis, peringkat reka
bentuk, peringkat pelaksanaan dan peringkat penilaian.
5/24/2018 PBBK Comil
34/164
22
1.9.2 Perisian Comil Zamrud 2
Perisian multimedia Comil Zamrud2 ini berasal daripada Sistem Comil yang
bermaksud Computer Integrated Learning. Comil Zamrud2 adalah versi terbaru Comil
dan lanjutan daripada Sistem Comil Zamrud. Comil Zamrud2 ini mampu menghasilkan
perisian khusus bercirikan multimedia berasaskan keperlun pendidikan masa kini dan
masa hadapan.
Comil Zamrud2 lebih istimewa berbanding yang sebelumnya kerana
mengandungi modul terbaru jawi seperti kemudahan menaip jawi dengan dilengkapi
papan kekunci maya (Virtual keyboard) khusus untuk Comil-Jawi Editor serta
penggunaan tulisan jawi di dalam menu Comil. Versi ini juga telah menyediakan
pemilihan untuk penukaran bahasa menu arahan kepada dua bahasa arahan iaitu Bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris. Sistem ini mengandungi dua kompenen utama iaitu Alat
Pengarangan dan Pengimbas Perisisan.
1.9.3 Multimedia
Multimedia ialah integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, video
dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan
proses pembelajaran secara signifikan dan menghidupkan suasana maklumat. Ia
membolehkan pengguna mengemudi (navigate) bertindak balas (interact), mereka
mencipta (create) dan berkomunikasi.
5/24/2018 PBBK Comil
35/164
23
1.9.4 Alat Pengarangan
Alat pengarangan membolehkan pembangun perisian kursus membina dan
mereka bentuk bahan persembahan. Ketika ini pengguna di dalam mod pengaragan.
Perisian ini meminimumkan keperluan kepada kepakaran pengaturcaraan dalam aktiviti
membangunkan perisian kursus. Ini bermakna ia adalah alat pengarangan yang
fleksibel,mudah dan sesuai buat para pendidik, pakar isi kandungan dan pembangun
perisian khusus profesional. Perisian kursus yang dihasilkan menggunakan Alat
Pengarangan mampu mengendalikan gabungan gambar, audio, dan teks yang
merupakan unsur-unsur dalam pembangunan bahan multimedia.
1.9.5 Pengimbas perisian
Pengimbas perisian berfungsi untuk mengimbas (view) perisian yang telah
dibangunkan dengan menggunakan Alat Pengarangan. Pada keadaan ini pengguna di
dalam mod imbasan. Kompenen ini membolehkan pengguna berinteraksi secara
langsung dengan perisian kursus yang telah dibina lantas menjadikan pembelajaran
lebih berkesan dan bermakna.
1.9.6
Bahasa Skrip Comil
Bahasa skrip Comil boleh dikelaskan sebagai bahasa pengarangan yang
bertujuan untuk memberi lebih kawalan kepada persembahan yang dibangunkan.
Arahan-arahan yang digunakan mampu menghasilkan suatu persembahan multimedia
5/24/2018 PBBK Comil
36/164
24
yang lebih interaktif mengikut kehendak pembangun. Penggunaan bahasa skrip di
dalam Comil boleh dilihat di dalam editor Skrip daripada objek butang yang dicipta
semasa mod pengarangan.
Semua skrip yang ditulis perlu mengikut arahan atau sintak aturcara yang telah
disediakan di dalam ruangan Bahasa Comil di samping bantuan(tag) arahan yang
terpapar secara automatik.
1.9.7 Interaktiviti
Interakviti digunakan dalam program multimedia bagi mengawal turutan adegan
dalam sesuatu aplikasi program tersebut. Pengguna boleh menggunakan pelbagai alat
input untuk bercakap atau berinteraksi dengan komputer seperti kayu ria, papan
kekunci, skrin penyentuh, tetikus, butang hiperteks atau hipermedia.
1.9.8 Hiperteks
Hiperteks ialah sistem pengkalan data yang digelar sebagai nod yang merupakan
alat navigasi yang digunakan untuk menghubungkan perkataan atau frasa kepada skrin
yang lain. Pengguna boleh mengakses maklumat lanjut melalui perkaitan di antara satu
nod dengan nod yang lain bagi menghasilkan pembelajaran yang leih bermakna dalam
bentuk tanpa linear.
5/24/2018 PBBK Comil
37/164
25
Tetingkap pada satu skrin boleh mengandungi beberapa ikon perhubungan iaitu
dalam bentuk butang atau sasaran. Dengan mengklik ikon butang tersebut, ia akan
menyebabkan sistem membuka tetingkap baru bagi mempamerkan nod yang dipilih.
1.9.9 Hipermedia
Hipermedia hampir serupa dengan hiperteks tetapi ia menghubungkan dengan
elemen media yang lain. Hipermedia sangat berguna dalam mereka cipta perisian
multimedia. Hipermedia yang tidak mahal ini mudah untuk digunakan, dipelajari
daripada program alat pengarangan yang canggih kerana ia boleh dikawal. Selain itu, ia
mudah dihubungkan ke kad atau folder yang lain dan mudah juga untuk mengimport
fail kompenen digital multimedia yang lain.
1.10 RUMUSAN
Pembangunan dan penghasilan perisian PPBK ini merupakan satu usaha murni
dalam perkembangan dunia pendidikan yang berteraskan teknologi terkini. Justeru
pembinaan dan pengkajian perisian PPBK menggunakan Comil Zamrud2 ini bertajuk
Peribahasa bahasa Melayu amat perlu bagi memenuhi sebahagian daripada sukatan
matapelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah.
5/24/2018 PBBK Comil
38/164
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Dalam bab II akan dibincangkan tentang pendekatan dalam pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK), teori-teori pengajaran dan pembelajaran,
strategi pengajaran dan pembelajaran PPBK serta penilaian perisian PPBK. Seterusnya,
dalam bab ini juga akan dibincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan
dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.2 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER
Komputer bukan sahaja berfungsi sebagai alat untuk merekod data, menyimpan
maklumat atau kegunaan peribadi, malah hari ini komputer sudah digunakan secara
meluas terutamanya dalam bidang pendidikan. Oleh kerana komputer mempunyai
pelbagai fungsi, komputer dapat digunakan dalam bilik darjah untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran yang disebut Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK).
5/24/2018 PBBK Comil
39/164
27
Disebabkan penggunaan komputer berkombinasi dengan pelbagai sistem media
lain termasuk teks, grafik, animasi, bunyi dan video, bidang pendidikan kini melibatkan
multimedia. Multimedia merupakan satu cara bagaimana komputer dijadikan lebih
bersesuaian dengan proses kognitif manusia di mana pelbagai maklumat disampaikan
dalam pelbagai format.
Menurut Azmims (2002), terdapat lima jenis PPBK yang utama iatu latih tubi,
tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PBBK ini
mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran
peringkat rendah, menengah dan tinggi. Dalam pembinaan perisian dan kajian ini,
tumpuan hanya diberikan kepada jenis pendekatan tutorial.
2.2.1 Pendekatan Jenis Tutorial
Dalam pendekatan PPBK jenis tutorial ini, objektif utamanya ialah untuk
menyampaikan maklumat. Program tutorial direka cipta untuk menyampaikan bahan
pengajaran baru dalam langkah-langkah kecil yang tersusun dan bertujuan mengambil
alih peranan pengajar atau guru dan mengajar pelajar secara langsung. Program tutorial
yang efektif mempunyai ciri-ciri seperti menghadkan jumlah maklumat yang
disampaikan pada masa tertentu, mengulangkaji maklumat baru yang dipelajari,
memberi maklumbalas pembetulan dan mempunyai komponen pengurusan yang
mengawas kemajuan pelajar di setiap tahap pembelajaran.
5/24/2018 PBBK Comil
40/164
28
Dalam kajian ini, pendekatan jenis tutorial digunakan sebagai pendekatan PPBK
dalam pembinaan perisian PPBK mengenai perisian Comil Zamrud2. Program tutorial
berfungsi sebagai pengajaran individu untuk membolehkan pelajar memahami konsep-
konsep tertentu. Bergantung kepada respon pelajar, program tutorial bergerak ke tahap
lebih tinggi dengan bahan yang lebih sukar dan ke tahap yang lebih rendah dengan
bahan yang senang.
Penggunaan pendekatan ini dalam perisian PPBK yang dibina, pelajar-pelajar
akan didedahkan dengan maklumat dan isi pembelajaran. Pengajaran isi-isi kandungan
akan disokong dengan latihan. Pelajar akan dibimbing semasa menggunakan perisian ini
dengan cara penyusunan persembahan maklumat yang teratur. Oleh itu, pendekatan
jenis tutorial dirasakan amat sesuai digunakan sebagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran. Rajah 2.1 menunjukkan struktur pendekatan tutorial (Alessi & Trollip
1991).
RAJAH 2.1 Struktur Aliran Pendekatan Tutorial
PENGENALAN PERSEMBAHAN
MAKLUMAT
SOALANAKTIVITI
GERAKBALAS
PENILAIAN
KENDIRIMAKLUM BALAS
(PEMULIHAN
/PENGAYAAN)
PENUTUP
5/24/2018 PBBK Comil
41/164
29
2.3 TEORI PEMBELAJARAN
Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum
pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan.Pemilihan
teori untuk menjadi dasar ketika pembinaan perisian PPBK perlu diberi perhatian.
Dalam bahagian ini, penggunaan teori dan kepentingannya akan dibincangkan.
2.3.1 Teori Behaviorisme
Teori Behaviorisme berfokuskan kepada pembentukan tingkah laku pelajar.
Teori ini menyatakan pembelajaran perlu direka bentuk supaya dapat menghasilkan
perubahan tingkahlaku yang boleh diukur. Ia memerlukan rangsangan sebagai
mewujudkan tindakbalas pelajar. Di antara tokoh-tokoh yang mengasaskan teori ini
ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah
berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Kebanyakan ujian mereka ditumpukan kepada
rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.
Teori pembelajaran yang pertama telah dipelopori oleh seorang saintis Rusia,
Ivan Petrovich Pavlov yang membuat kajian mengenai ransangan dan gerakbalas.
Dalam teorinya, Pavlov (1972) memperkenalkan Teori Pelaziman Klasik. Intisari dari
teori Pavlov ini, pembelajaran berlaku akibat kaitan dua rangsangan dengan gerakbalas
pelajar. Kesan dari teori ini ialah pembelajaran boleh berlaku apabila satu rangsangan
digantikan dengan rangsangan yang lain.
5/24/2018 PBBK Comil
42/164
30
Seterusnya, Edward Lee Thorndike ahli psikologi pendidikan dari Amerika
Syarikat telah mengemukakan teori pembelajaran Koneksionisme (connectionism).
Mengikut Kearsely (2001a) dan Thorndike (1931), teori ini mengemukakan 3 hukum
utama iaitu: i) hukum akibat (effect), ii) hukum kesediaan dan iii) hukum latihan. Dalam
hukum akibat, ganjaran akan menggalakkan manusia melakukan sesuatu gerakbalas,
manakala denda akan menghalang manusia daripada melakukannya.
Prinsip dalam teori pembelajaran Thorndike adalah seperti berikut:
a) Guru perlu menggunakan motivasi yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan
pelajar.
b) Memperkukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas pelajar dengan
membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam
keadaan yang menyeronokkan.
c) Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul dari pelajar.
Selain Pavlov dan Thorndike, satu lagi teori yang diasaskan oleh Burrhus
Frederic Skinner iaitu teori Pelaziman Operan Skinner. Skinner (1968) telah membuat
beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia terhadap teori behaviourisme ini iaitu:
a) pembelajaran berlaku secara pelaziman, b) peneguhan positif diperlukan untuk
menambahkan gerakbalas pelajar dan c) peneguhan negatif diberi untuk memberi kesan
yang tidak menyeronokkan. Berdasarkan prinsip-prinsip ini, Skinner juga turut
mempelopori pengajaran berprogram (programmed instruction).
5/24/2018 PBBK Comil
43/164
31
Berdasarkan kepada teori-teori Pavlov, Thorndike dan Skinner, aspek-aspek
seperti latihan, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berlanjutan perlu ada bagi menjamin
perubahan tingkah laku yang berkesan. Teori ini juga menekankan bahawa
pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru. Pembelajaran dikawal
sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran iaitu guru.
Secara kesimpulan pembinaan perisian PPBK Comil Zamrud2 yang berasaskan
Teori Behaviorisme ini harus memiliki perkara-perkara seperti yang dihuraikan oleh
Kearsely (2001) seperti berikut:
a. Latihan perlu diadakan sebagai rangsangan dan jawapan pelajar (gerakbalas)
mestilah disusun secara beransur-ansur dari tahap rendah hingga tinggi.
b. Maklumbalas perlu diberi atas jawapan pelajar dengan segera.
c. Aras kesukaran sesuatu soalan atau latihan perlulah disusun untuk
menggalakkan pelajar selalu menjawab dengan betul (peneguhan positif).
d. Memastikan setiap pencapaian dalam sesuatu pelajaran diberi pujian, hadiah dansebagainya.
e. Maklumat pengajaran dan latihan yang dipersembahkan dalam unit kecil dengansetiap gerakbalas boleh diberi peneguhan.
2.3.2 Teori Kognitivisme
Teori Kognitivisme berfokus kepada transmisi proses pemikiran pelajar. Ia
menjelaskan bagaimana manusia menemui, mengesan, menyimpan, dan memanggil
kembali maklumat yang tersimpan. Ahli-ahli psikologi kognitivisme seperti Bruner,
5/24/2018 PBBK Comil
44/164
32
Gagne dan Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang
berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan langsung daripada tingkahlaku
manusia.
Mengikut Bruner (1961), berdasarkan kepada teori kognitivisme beliau telah
membina empat teori pembelajaran yang perlu diamalkan oleh pelajar iaitu pengetahuan
sedia ada sebagai motivasi pelajar, bahan pembelajaran hendaklah distrukturkan,
maklumat hendaklah mudah dipersembahkan dan menentukan ganjaran semasa aktiviti
penilaian.
Selain itu, mengikut Ausubel (1978) ada dua prasyarat bagi pembelajaran dalam
teori kognitivisme ini iaitu pelajar mesti mempunyai sikap yang positif terhadap aktiviti
pembelajaran dan prasyarat ke dua ialah pengetahuan yang sedia ada dalam struktur
kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran yang baru.
Teori ini membawa maksud penambahan pengetahuan dalam ingatan jangka
panjang atau perubahan skema atau struktur pengetahuan. Teori ini berkehendakkan
pengetahuan kini dengan pengetahuan lampau dikaitkan dan terdapat proses
pemindahan pembelajaran. Pemindahan pembelajaran adalah petunjuk ke arah
pembelajaran aktif di mana pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur
semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya lebih bermakna.
Dalam pembinaan perisian PPBK mengenai Comil Zamrud2, pertimbangan
terhadap penerapan teori kognitivisme adalah perlu diberi perhatian. Ia diharapkan
5/24/2018 PBBK Comil
45/164
33
dapat memberi kesan pembelajaran yang positif dan berkesan. Teori kognitif
menyatakan bahawa objektif satu sesi pengajaran dan pembelajaran berteraskan PPBK
boleh dicapai jika wujud perkara-perkara seperti pengaktifan skema, menarik perhatian,
struktur maklumat dan penglibatan aktif. Oleh itu, perisian yang dibina hendaklah
mempunyai aspek-aspek yang dinyatakan.
Pemilihan teori kognitivisme dalam pembinaan perisian PPBK merupakan
antara usaha yang perlu diberi perhatian. Pendekatan teori kognitivisme adalah penting
dalam mereka bentuk bahan pengajaran berasaskan komputer. Terdapat beberapa aspek
yang ditekankan iaitu pengamatan dan penanggapan, ingatan, kefahaman, pembelajaran
aktif, motivasi, lokus kawalan atau locus of control, pemindahan pembelajaran, dan
akhir sekali aspek perbezaan individu. Berdasarkan kepada Alessi dan Trollip (1991),
perkara-perkara yang perlu ada dalam perisian PPBK ialah seperti berikut:
a) Pengamatan dan Penanggapan
Pengamatan ialah satu proses di mana otak menerima maklumat dari deria-deria
dan kemudian menyusun semula maklumat itu dan seterusnya memberi makna
kepadanya. Penanggapan ialah satu proses pembentukan konsep. Pembelajaran
bergantung kepada pengamatan pelajar terhadap satu ransangan. Justeru itu, pelajar
akan membuat tanggapan yang tepat terhadap sesuatu konsep yang hendak
disampaikan.
5/24/2018 PBBK Comil
46/164
34
Pembelajaran akan terganggu jika terdapat banyak rangsangan ketika maklumat
hendak disampaikan. Oleh itu, untuk membangunkan perisian PPBK, ransangan yang
ada dalam perisian ini perlu dikurangkan. Rangsangan yang kurang tidak akan
menjejaskan pengamatan pelajar terhadap apa yang dipelajarinya. Dengan
menggunakan teknik persembahan multimedia dalam perisian PPBK seperti
memasukkan grafik, teks, animasi dan warna, dapat membantu pelajar membuat
tanggapan yang tepat.
b) Daya Ingatan
Manusia mempunyai daya ingatan yang terhad. Ini menyebabkan proses
mengingat kembali menjadi sukar. Teknik-teknik pengajaran yang sistematik dan
tersusun adalah perlu untuk membantu mengukuhkan ingatan. Cara maklumat disusun
dan kemudahan pelajar untuk membuat proses pengulangan boleh membantu pelajar
dalam mengingati sesuatu fakta. Sehubungan itu, untuk membina perisian PPBK
maklumat yang hendak dipersembahkan perlulah disusun dengan sistematik.
c) Kefahaman
Pelajar mestilah mahir menilai maklumat yang diterima dalam pembelajarannya.
Maklumat yang diperolehi mestilah mudah difahami oleh pelajar. Aspek seperti
mengingati pengalaman lepas sebelum memulakan pelajaran baru dapat membantu
menguatkan kefahaman pelajar. Pelajar juga perlu tahu definisi atau konsep
pembelajaran yang akan dilalui.
5/24/2018 PBBK Comil
47/164
35
d) Pembelajaran Aktif
Aktiviti yang disertai oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran boleh
menentukan tahap kejayaan mereka. Perisian PPBK yang dibina hendaklah
menyediakan banyak aktiviti supaya pelajar boleh berinteraksi dengan komputer. Bila
perkara seperti ini berlaku maka pelajar akan lebih aktif.
e) Motivasi
Perisian PPBK hendaklah berupaya memotivasikan para pelajar. Ia boleh
diwujudkan seperti menimbulkan rasa minat terhadap para pelajar. Pelajar hendaklah
diberi peluang mengawal perisian tanpa terlalu banyak peraturan yang perlu diikuti.
Maklumat yang dipelajari juga perlulah relevan dengan diri pelajar dan ia boleh
menimbulkan semangat ingin tahu dalam diri. Dengan itu pelajar sentiasa bermotivasi
dan menimbulkan sikap untuk belajar melalui perisian PPBK.
f) Lokus Kawalan (Locus of Control)
Mengikut Alessi dan Trollip (1991), lokus kawalan ditentukan oleh dua aspek
iaitu pelajar dan pelajaran. Dalam konteks ini, perisian PPBK harus memberi ruang
yang besar di mana pelajar bebas memilih topik-topik yang dikehendaki. Walaupun
perisian PPBK yang dibina mempunyai urutan atau susunan maklumat yang harus
diikuti oleh pelajar, tetapi pelajar masih boleh memilih mengikut apa yang disukai.
5/24/2018 PBBK Comil
48/164
36
g) Pemindahan Pembelajaran
Pelajar mestilah mudah mendapatkan kembali pembelajaran yang lepas. Ini
memberi peluang untuk pelajar mengulangkaji dan mengingati semula sesuatu fakta
yang lepas.
h) Perbezaan Individu
Setiap pelajar belajar pada kadar dan cara yang berbeza. Pembangunan PPBK
mempunyai kaedah yang memberi peluang pelajar belajar mengikut kemampuan
masing-masing. Oleh itu tidak akan wujud masalah sama ada pelajar itu lemah atau
sebaliknya. Pelajar mempunyai masa yang banyak untuk melakukan ulangkaji.
Secara kesimpulannya pembinaan perisian PPBK mengenai Comil Zamrud2
yang berasaskan Teori Kognitivisme ini harus memiliki perkara-perkara seperti berikut:
a) Memasukkan elemen-elemen multimedia seperti grafik, teks, animasi danpenggunaan warna untuk memudahkan pelajar membuat tanggapan yang tepat.
b) Maklumat yang hendak dipersembahkan perlulah disusun dengan sistematik.c) Menetapkan objektif untuk menguatkan kefahaman pelajar dan mengimbas
pelajaran lepas.
d) Menyediakan banyak aktiviti supaya pelajar boleh berinteraksi dengan komputeruntuk mewujudkan pembelajaran aktif.
e) Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan kembali pembelajaranyang lepas.
5/24/2018 PBBK Comil
49/164
37
2.4 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Para pendidik mestilah sentiasa mengkaji pelbagai teknologi dan merancang
secara sistematik untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan perisian PPBK mengenai Comil Zamrud2 memerlukan strategi
pembelajaran yang boleh diterapkan dan digunakan ke dalam perisian agar matlamat
dan objektif pembelajaran boleh dicapai. Antara strategi pembelajaran yang digunakan
dalam perisian Comil Zamrud2 ini ialah pembelajaran anjal, pembelajaran aktif,
pembelajaran kendiri, pembelajaran kolaboratif, penerapan nilai-nilai murni dan
kemahiran berfikir,
2.4.1 Pembelajaran Anjal
Pembelajaran anjal ialah satu situasi di mana para pelajar diberi kebebasan untuk
belajar. Menerusi strategi ini, para pelajar boleh memilih waktu yang sesuai dan tidak
tertakluk kepada jadual waktu rasmi. Pelajar juga boleh menggunakan perisian ini di
luar waktu persekolahan seperti di rumah, di makmal komputer atau di rumah rakan
yang mempunyai komputer multimedia. Ini kerana perisian ini boleh dikendalikan
melalui cakera padat.
Oleh itu pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka bergantung kepada
kemampuan mereka. Mengikut Alessi dan Trollip (1991), pelajar mempunyai kadar
penerimaan yang berbeza-beza. Kadar penerimaan terhadap pengajaran adalah tidak
sama antara satu sama lain. Oleh yang demikian, adalah penting bagi perisian
5/24/2018 PBBK Comil
50/164
38
menggunakan strategi pembelajaran anjal supaya pelajar bebas belajar tanpa mengira
lokasi ataupun waktu.
2.4.2 Pembelajaran Aktif
Pembelajaran aktif memberi peluang pelajar berinteraksi dengan perisian.
Penglibatan pelajar dalam perisian PPBK boleh menentukan kejayaan mereka
mempelajari sesuatu. Jika banyak penglibatan pelajar, banyaklah maklumat yang
diperolehi. Pendekatan pembelajaran aktif akan melibatkan gerakbalas pelajar dan ini
menentukan kejayaan mereka.
Perisian kursus PPBK mempunyai potensi dalam menyediakan peluang kepada
pelajar untuk berinteraksi secara aktif. Ia berupaya untuk bertindak terhadap tindakbalas
yang diberikan oleh pelajar. Oleh yang demikian, adalah penting bagi perisian
menggunakan pendekatan pembelajaran aktif supaya pelajar dapat bertindak aktif
sepanjang proses pembelajaran.
2.4.3 Pembelajaran Kendiri
Strategi pembelajaran kendiri bermaksud memastikan pelajar memainkan
peranan aktif dalam pembelajaran mereka di mana pelajar boleh belajar mengikut tahap
kebolehan atau pencapaiannya sendiri. Pelajar akan mendapatkan maklumat yang
diperlukan secara sendiri yang dikatakan akses kendiri (Alessi & Trollip 1991).
5/24/2018 PBBK Comil
51/164
39
Pelajar boleh mengulangkaji sehingga beberapa kali sesuatu tajuk tanpa ada
batasan waktu sehinggalah tajuk itu difahami. Oleh yang demikian, adalah penting bagi
perisian menggunakan strategi pembelajaran kendiri supaya pelajar bebas belajar
berulangkali dan boleh berhenti dan menyambung pembelajaran mengikut kesesuaian.
2.4.4 Pembelajaran Kolaboratif
Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi
berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan tenaga pengajar. Pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana
ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada
pembelajaran baru. Pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina
pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara
individu.
Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara
tidak langsung kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari
oleh pelajar. Oleh yang demikian, adalah penting bagi perisian menggunakan strategi
pembelajaran kolaboratif supaya pelajar boleh berinteraksi dengan perisian.
5/24/2018 PBBK Comil
52/164
40
2.4.5 Penerapan Nilai-Nilai Murni
Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Penerapan nilai-nilai murni
perlulah dilakukan walau dengan apa kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Perisian
PPBK memerlukan pelajar yang rajin dan dedikasi. Oleh itu, diharapkan dengan
penerapan nilai-nilai murni, perkara seperti itu boleh berlaku. Oleh yang demikian,
adalah penting bagi perisian menerap nilai-nilai murni supaya dapat mewujudkan
pelajar yang seimbang sepertimana dihajati dalam Falsafah Pendidikan Negara seperti
mengingatkan pelajar supaya bersabar dan cekal dalam menghadapi pembelajaran yang
agak sukar.
2.4.6 Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu diajar secara eksplisit
dan nyata. Pelajar-pelajar perlu diberitahu dahulu objektif sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu di setiap topik akan dinyatakan dahulu objektif P&P supaya
pelajar dapat membuat gambaran di minda masing-masing apa yang sepatutnya mereka
peroleh dari pembelajaran tersebut.
Antara perkara-perkara yang ditekankan dalam kemahiran berfikir ialah
memahami jenis-jenis peribahasa, membezakan antara simpulan bahasa, bidalan,
perumpamaan dan pepatah, mengenalpasti peribahasa dalam latihan peribahasa dan
mengetahui cara untuk menggunakan perisian Comil Zamrud2.
5/24/2018 PBBK Comil
53/164
41
Aspek-aspek kemahiran berfikir dimasukkan dalam perisian kursus supaya
pelajar terangsang dengan pengajaran agar objektif perisian boleh dicapai. Pelajar juga
akan dirangsang melalui sesi latihan yang akan membina kemahiran berfikir pelajar
untuk membuat keputusan dengan menggunakan maklumat yang diberi dan
merekodkannya di dalam lembaran kerja.
2.5 PENILAIAN PERISIAN
Sebelum sesebuah perisian itu digunakan, terlebih dahulu satu proses penilaian
hendaklah dibuat untuk memastikan sesebuah perisian itu berkualiti dan menepati ciri-
ciri perisian pengajaran. Menurut Rozinah Jamaludin (2000), terdapat dua bentuk
penilaian yang perlu dibuat iaitu penilaian formatif dan penilain sumatif. Kedua-dua
penilaian ini dibuat secara berasingan dan berperingkat.
Penilaian ialah proses menentukan kecukupan pengajaran dan pembelajaran. Ia
bermula dengan analisis masalah. Proses penilaian membawa kepada dua tujuan.
Pertama ialah penilaian formatif yang menyediakan maklumat yang boleh membantu
dan membimbing pasukan dalam pembangunan isi kandungan, reka bentuk program
dan implementasi bagi sesuatu penyampian. Kedua, penilaian sumatif ialah untuk
mencari tanda-tanda kejayaan tentang tujuan projek ditubuhkan buat pertama kali.
Penilaian formaatif ialah koleksi maklumat yang sistematik bertujuan untuk
membuat keputusan bagi mereka-bentuk dan memperbaiki sesuatu produk. Penilaian
formatif dijalankan semasa pembangunan dan pembaikan program atau produk atau
5/24/2018 PBBK Comil
54/164
42
perseorangan melalui kaedah primer seperti temubual, pemerhatian, dan analisa rekod.
Dalam penilaian formatif, cara pengumpulan data pada kebiasaannya dilakukan secara
tidak formal seperti melalui pemerhatian, keterangan dan ujian pendek.
Terdapat beberapa strategi untuk mengumpul data termasuk penilaian satu
dengan satu, penilaian kumpulan kecil dan ujian percubaan lapangan. Strategi lain
termasuk strategi terancang pemeriksaan kembali, pemerhatian pelajar individu,
temuramah, kajian rintis dan ujian lapangan. Penilaian formatif merupakan satu proses
berterusan yang dikendalikan sepanjang setiap langkah pembangunan program.
Apabila mereka-bentuk pengajaran multimedia, menunggu draf pertama atau
versi produk yang telah direka cipta bagi mengumpul data penilaian formatif akan
mempastikan perubahan besar agar tidak berlaku. Modifikasi boleh dibuat tetapi ia akan
menelan belanja dan mengambil masa yang lama.
Bahagian Rockwell Antarabangsa Roketdyne telah menggunakan prototaip
rapid sebagai strategi pengujian produk. Rockdyne melaporkan bahawa prototaip
rapid akan menambahkan produk, merendahkan pembangunan dan kos produksi
kualiti yang tinggi dan menghapuskan limitasi reka bentuk
Penilaian ini melibatkan pengumpulan maklumat tentang kecukupan dan
menggunakan maklumat tersebut untuk membuat keputusan tentang penggunaan.
Penilaian sumatif dijalankan selepas tamat dan untuk manfaat penonton luar atau
5/24/2018 PBBK Comil
55/164
43
pembuat dasar. Penilaian sumatif memerlukan cara yang lebih formal dan pengumpulan
data biasanya menggunakan kajian komparatif dalam reka bentuk kuasi.
Penggunaan penilaian formatif dan sumatif mempunyai kegunaannya pada
pelbagai peringkat. Misalnya pada peringkat permulaan pembangunan banyak
perubahan pasti berlaku dan penilaian formatif mencakupi pelbagai skop. Semakin lama
produk dibangunkan, maklum balas menjadi lebih spesifik dan jeda penerimaan
bertukar menjadi lebih terhad.
Kedua-dua adalah merupakan contoh penilaian formatif. Apabila produk ini
dipasarkan dan dinilaikan oleh agensi luar atau laporan daripada pengguna, ia akan
bertukar menjadi penilaian sumatif iaitu menolong pembeli membuat penilaian yang
bijak tentang produk tersebut. Di sini dapat kita lihat penilaian formatif dan sumatif
memainkan peranan yang penting dalam pelbagai peringkat mengikut keperluan.
2.6 KAJIAN LEPAS
Kajian yang telah dibuat pada masa lalu perlu dirujuk sebagai satu panduan
untuk membangun perisian PPBK. Bagi pembangunan perisian Comil Zamrud2, kajian
yang dilakukan amat kurang kerana perisian ini masih baru diperkenalkan. Perisian ini
hanya baru diperkenalkan di peringkat institut pengajian tinggi seperti di Universiti
Sains Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Kebangsaan Malaysia
dan beberapa buah sekolah yang dijadikan persempelan kajian.
5/24/2018 PBBK Comil
56/164
44
Walau bagaimanapun, pengkaji terus juga merujuk kajian lain mengenai
pembinaan perisian, perisian Comil Zamrud2 dan kajian mengenai penggunaan
komputer di kalangan guru dan pelajar. Perkara ini juga mempunyai kaitan dengan
pembangunan perisian yang melibatkan penggunaan komputer.
Pembinaan perisian Comil Zamrud2 bukanlah merupakan satu projek yang
mudah dan senang dibangunkan. Perisian ini bukan sahaja memerlukan pengetahuan
yang luas dan kemahiran yang tinggi, malah memerlukan kesabaran yang tinggi.
Perisian ini tidak boleh dibuat dengan cepat kerana akan mengganggu proses
pembinaannya. Perisian Comil Zamrud2 mengambil masa yang lama untuk disiapkan
satu-satu halamannya kerana memerlukan ketelitian bagi mengatur dan menyusun
elemen yang dikehendaki.
Di Universiti Pendidikan Sultan Idris, bagi pelajar yang mengambil kursus
Multimedia Dalam Pendidikan, adalah diwajibkan menghasilkan satu perisian
menggunakan Comil Zamrud2. Pelajar-pelajar tersebut dikehendaki menukar buku teks
sekolah ke dalam bentuk perisian Comil Zamrud2. Selain itu, pelajar program bahasa
Melayu yang mengambil kursus Penggunaan Komputer dalam Bahasa Melayu juga
dikehendaki menghasilkan satu perisian Comil Zamrud2.
Oleh itu, perisian ini bolehlah dikatakan mudah dikuasai oleh semua pelajar
walaupun bukan daripada bidang pengkhususan sains komputer. Manakala, bagi pelajar
sekolah pula, penggunaan perisian ini hanya memerlukan pengetahuan menggunakan
komputer sahaja. Dalam hal ini, kemahiran menggunakan komputer hendaklah diajar
5/24/2018 PBBK Comil
57/164
45
oleh pihak sekolah. Dalam perisian yang dibangunkan, persembahan maklumat adalah
berbentuk gabungan antara teks dan grafik.
Pengguna boleh juga mencuba menggunakan perisian ini dengan membuka
perisian Comil Zamrud2 yang diperoleh dari cakera padat perisian Comil Zamrud2.
Setiap maklumat yang disampaikan dalam perisian ini akan diberi contoh dalam bentuk
gambar.
Antara kajian mengenai penggunaan komputer yang telah dibuat sendiri oleh
Nik Safiah Karim bagi meninjau tentang penggunaan unsur-unsur teknologi maklumat
untuk tujuan pengajaran di Sekolah Menengah Sri Bistari, Sri Damansara, dan Pusat
Tuisyen Jayadiri, Petaling Jaya.
Sekolah Menengah Sri Bistari dipilih sebagai mewakili sebuah institusi
pendidikan swasta. Pengetua dan guru-guru mata pelajaran Bahasa Malaysia bersetuju
bahawa pelajar-pelajar sekarang telah berjinak dengan komputer dan amat tertarik
dengan pengajaran yang menggunakan teknik multimedia. Secara bandingan, pelajar
yang lebih muda (Tingkatan I & II) lebih berminat dengan komputer daripada mereka di
tingkatan tinggi, mungkin kerana mendapat pendedahan awal kepada komputer dalam
hidup mereka.
Para guru amat sedar akan peranan yang dapat dimainkan oleh teknologi
maklumat, dan berusaha untuk melengkapkan diri masing-masing serta, seboleh
mungkin, menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran mereka. Mereka sedar
5/24/2018 PBBK Comil
58/164
46
bahawa penggunaan unsur-unsur teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar
berjaya disebabkan benda itu baharu dan menarik, serta dapat dihayati oleh para pelajar.
Satu keluhan yang disuarakan oleh para guru ialah kurangnya bahan perisian
yang dapat digunakan untuk mengajar bahasa Melayu, tidak seperti bahan untuk bahasa
Inggeris. Para guru terpaksa menyediakan bahan sendiri. Bagi yang ada dalam pasaran,
kebanyakan bahan bersifat linear dan kurang yang interaktif.
Sekolah Sri Bistari melambangkan sekolah di Malaysia di ambang abad ke-21
yang dalam persediaan untuk menuju ke arah penggunaan teknologi maklumat dalam
bidang pengajaran bahasa Melayu. Dalam agenda mereka wujud keazaman untuk
melengkapkan diri melalui persediaan yang rapi. Pihak pengurusan dan juga tenaga
pengajar amat sedar akan kepentingan pendekatan baharu ini, dan sedang dalam proses
persediaan.
Seterusnya, Pusat Tuisyen Jayadiri pula ialah sebuah institusi swasta yang
menyediakan kemudahan bimbingan tuisyen kepada para pelajar dalam pelbagai mata
pelajaran. Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa dalam mata pelajaran Bahasa
Melaysia, penggunaan multimedia telah dimanfaatkan. Dalam satu pelajaran karangan
empat sumber maklumat telah diberikan kepada pelajar, iaitu:
i. daripada rancangan televisyen yang divideokan terlebih dahulu,ii. daripada filem dokumentari daripada video, VCD, cakra laser, dll.,
5/24/2018 PBBK Comil
59/164
47
iii. daripada rangkaian internet (untuk tujuan pengajaran, bahagian-bahagian yangrelevan dirakam terlebih dahulu, tetapi dalam keadaan biasa, pelajar boleh
melayari mana-mana web pada masa luang mereka), dan
iv. program multimedia daripada pelbagai sumber, contohnya, National Geographic,dsb.
Dalam kajian ini, menurut Nik Safiah Karim (1999), perkara yang perlu disedari
ialah pengajaran amat berkesan, pelajaran menjadi menarik kepada pelajar, bahan
terpaksa dibina sendiri oleh guru kerana tiada dalam pasaran dan potensinya amat besar.
Manakala Pusat Tuisyen Jayadiri merupakan sebuah institusi yang telah
mengambil manfaat daripada kemajuan dalam bidang teknologi maklumat. Kesannya
amat baik, memberi kesimpulan kepada kita bahawa potensi teknologi maklumat dalam
bidang pengajaran amat positif.
2.7 RUMUSAN
Berdasarkan tinjauan literatur dan kajian lepas, didapati bahawa pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan pendekatan PPBK semakin mendapat tempat dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran. Walaupun begitu ia masih baru di negara ini.
Untuk mendapatkan perisian PPBK yang sempurna dan berkesan, pelbagai pendekatan,
teori-teori pembelajaran dan strategi tertentu boleh diaplikasikan.
5/24/2018 PBBK Comil
60/164
48
Selain itu, aspek-aspek yang telah diperlihatkan oleh pembangun perisian ke atas
perisian mereka akan dijadikan satu panduan apabila perisian PPBK dibangunkan.
Segala kelemahan yang terdapat dalam perisian yang dikaji akan dijadikan senarai
semak ketika perisian dibangunkan. Begitu juga dengan kebaikan-kebaikan yang
terdapat dalam perisian yang dikaji, akan dipergunakan untuk perisian PPBK yang
dibangunkan.
5/24/2018 PBBK Comil
61/164
BAB III
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Kajian ini dibuat bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) menggunakan perisian Comil Zamrud2.
Perisian ini dibangunkan bertujuan membantu dan menggalakkan para pelajar
mempelajari tentang Peribahasa Bahasa Melayu dengan menyediakan kaedah
pembelajaran yang berunsurkan multimedia. Objektif utama kajian ini adalah untuk
membantu pelajar menggunakan perisian Comil Zamrud2.
Dalam bab ini, penulisan adalah tertumpu kepada metodologi yang digunakan
semasa pembangunan perisian PPBK dilaksanakan. Aspek-aspek yang akan ditumpukan
ialah berkenaan empat fasa pembangunan perisian iaitu fasa analisis perisian, fasa reka
bentuk, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian.
5/24/2018 PBBK Comil
62/164
50
3.2 METODOLOGI PEMBANGUNAN PERISIAN PPBK
Kaedah pembangunan perisian ini berasaskan kepada model reka bentuk
pengajaran. Rajah 3.1 menunjukkan model yang dipakai dalam kajian ini di mana model
itu dikenali sebagai model reka bentuk sistem pengajaran Hannafin dan Peck (Hannafin
& Peck 1988). Sehubungan itu, terdapat empat fasa utama dalam membangunkan
perisian iaitu fasa analisis, reka bentuk, pelaksanaan dan penilaian. Penilaian akan
dilakukan terhadap 3 fasa iaitu analisis, reka bentuk dan pelaksanaan.
RAJAH 3.1 Model Reka Bentuk Sistem Pengajaran Hannafin dan Peck
(Hannafin & Peck 1988).
3.2.1 Fasa Analisis
Fasa analisis terbahagi kepada dua peringkat iaitu taksiran keperluan dan
analisis keperluan perisian. Taksiran keperluan (need assessment)juga dikenali sebagai
kajian permulaan iaitu untuk mengenalpasti keperluan membangunkan perisian. Dalam
fasa analisis keperluan perisian, proses menganalisis terhadap keperluan-keperluan
FASA 2
REKA BENTUK
FASA 1
ANALISIS
FASA 3
PELAKSANAAN
FASA 4
PENILAIAN
5/24/2018 PBBK Comil
63/164
51
perisian perlu dijalankan berdasarkan maklumat dari taksiran keperluan. Ia bertujuan
untuk memastikan pembangunan perisian berjalan dengan terancang dan sistematik.
3.2.1.1 Taksiran keperluan
Untuk fasa taksiran keperluan, latar belakang kajian, kelebihan sistem
pengajaran dan pembelajaran (P&P) semasa mengenai perisian Comil Zamrud2 dikaji.
Seterusnya kelemahan sistem P&P semasa ditaksirkan untuk melihat aspek
permasalahan yang hendak diselesaikan dalam kajian ini dengan membentuk persoalan
kajian. Seterusnya matlamat dan objektif kajian akan dibentuk terlebih dahulu sebelum
perisian dibangunkan.
Kaedah untuk mendapatkan maklumat pada fasa ini ialah dengan mencari dan
menilai laman-laman Web berkaitan yang terdapat di dalam Internet, meneliti sukatan
dan keperluan subjek Bahasa Melayu peringkat SPM, dan penilaian kendiri oleh
pengkaji. Maklumat yang diperolehi telah dirumuskan dan dikemukakan dalam BAB I:
PENDAHULUAN. Maklumat dalam BAB I akan menjadi input kepada fasa analisis
keperluan perisian.
3.2.1.2 Analisis Keperluan
Dalam analisis keperluan, beberapa aspek perlu dilaksanakan sepertimana berikut:
a) Matlamat pengajaran perisian secara umum perlu dirangka.
b) Objektif pembelajaran perisian perlu disenaraikan.
5/24/2018 PBBK Comil
64/164
52
c) Kumpulan sasaran pengguna perisian ini perlu ditentukan.
d) Aspek-aspek kemahiran berfikir dikenalpasti.
e) Penerapan nilai-nilai murni dilaksanakan.
f) Kandungan perisian perlu disenaraikan. Isi kandungan perisian ini adalah
meliputi Peribahasa Bahasa Melayu.
g) Pendekatan pedagogi perisian ditentukan.
h) Aspek strategi penggunaan perisian ini juga perlu dirancang.
i) Akhir sekali ialah aspek pengkomputeran dan antaramuka pengguna (paparan
skrin). Paparan skrin menyenaraikan apa yang hendak dimasukkan ke dalam
skrin, termasuk susunan dan fungsi setiap elemen. Aspek pengkomputeran pula
menyenaraikan penggunaan perkakasan seperti penggunaan komputer.
3.2.2 Fasa Reka Bentuk Perisian
Fasa reka bentuk perisian merupakan fasa ke dua yang perlu dilaksanakan
selepas fasa analisis perisian. Hasil dari fasa reka bentuk perisian akan diperincikan
dalam seksyen 3.5 REKA BENTUK PERISIAN. Dalam fasa mereka bentuk perisian
ini, beberapa langkah kerja perlu dilaksanakan.
i) Lihat Semula Spesifikasi Keperluan Perisian
Langkah pertama ialah melihat semula spesifikasi keperluan perisian yang
dihasilkan dalam fasa analisis perisian. Sehubungan itu, segala aspek seperti yang
digariskan dalam fasa analisis perisian perlu diteliti semula.
5/24/2018 PBBK Comil
65/164
53
ii) Reka Bentuk Struktur Pedagogi
Seterusnya, mereka bentuk struktur pedagogi perisian PPBK. Reka bentuk ini
bersandarkan kepada aspek-aspek seperti matlamat, objektif pembelajaran, sasaran
pengguna, pendekatan PPBK dan teori pembelajaran yang diterapkan yang dinyatakan
dalam spesifikasi keperluan perisian.
iii) Reka Bentuk Kandungan Perisian
Ciri-ciri bagi setiap struktur organisasi kandungan perlu diketahui terlebih
dahulu. Seterusnya berdasarkan pemilihan sruktur organisasi yang digunakan, reka
bentuk perincian kandungan perisian pula dilaksanakan. Ia perlu berlandaskan kepada
matlamat, objektif pembelajaran, kandungan perisian, sasaran pengguna, pendekatan
PPBK dan teori pembelajaran yang digunakan.
iv) Reka Bentuk Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran
Reka bentuk langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dilakukan setelah
reka bentuk PPBK dan kandungan perisian ditentukan. Reka bentuk yang akan
digunakan melibatkan bahagian-bahagian dalam aktiviti pra-pengajaran, persembahan
maklumat, latihan, maklumbalas dan sebagainya.
5/24/2018 PBBK Comil
66/164
54
v) Reka Bentuk Antaramuka Pengguna
Untuk tujuan ini, reka bentuk hendaklah menerusi proses membina skrin templat
dan papan cerita terlebih dahulu. Kerja-kerja mereka bentuk skrin templat dan papan
cerita merupakan satu aktiviti untuk menyusun bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran untuk ditukar ke dalam bentuk persembahan skrin komputer.
vi) Reka Bentuk Pengkomputeran
Reka bentuk pengkomputeran juga merupakan satu lagi ciri penting dalam fasa
reka bentuk ini. Reka bentuk ini diperlukan bagi pengaturcaraan di komputer.
Pembangun perisian perlu merangka logik untuk sesuatu masalah yang hendak
diselesaikan mengikut keperluan yang terdapat dalam skrip PPBK (Norhashim et al.
1996). Arahan hendaklah diberikan dalam satu bahasa yang difahami komputer. Ada
bahasa komputer yang kompleks dan ada juga yang mudah.
3.2.3 Fasa Pelaksanaan Perisian
Dalam fasa pelaksanaan perisian proses kerja berubah dari kerja-kerja
merancang dan kerja-kerja mereka bentuk kepada proses pelaksanaan perisian. Dalam
fasa pelaksanaan, terdapat tiga langkah iaitu menyenaraikan rancangan proses
pelaksanaan, pembangunan perisian dan pengujian kestabilan perisian.
5/24/2018 PBBK Comil
67/164
55
3.2.4 Fasa PenilaianFasa penilaian merupakan satu proses untuk menilai perisian yang terhasil
berdasarkan kepada spesifikasi yang ditetapkan oleh pembangun perisian. Prototaip
perisian perlu ditunjukkan kepada pengguna. Penilaian perlu juga dilakukan terhadap
reka bentuk dan fungsi perisian. Sehubungan itu, proses penilaian yang dijalankan
terbahagi kepada dua jenis penilaian iaitu formatif dan sumatif.
3.2.4.1 Penilaian Formatif
Penilaian formatif ialah proses penilaian yang dilakukan pada ketika proses
pembinaan perisian sedang berjalan. Aktiviti penilaian formatif boleh dijalankan kepada
pembina perisian (penilaian kendiri), penyelia tesis, pakar subjek, pakar pedagogi, guru
komputer dan pelajar.
3.2.4.2 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan perisian PPBK yang telah dibangunkan ini. Ia dilakukan ke atas perisian
yang telah siap dengan lengkap untuk melihat dan menyemak perisian sama ada
menepati matlamat, objektif dan sesuai dengan sasaran pengguna.
5/24/2018 PBBK Comil
68/164
56
3.3 INSTRUMEN DAN RESPONDEN KAJIAN
Dalam pembangunan perisian PPBK Comil Zamrud2 ini, terdapat lima instrumen
yang akan digunakan untuk tujuan penilaian perisian. Instrumen-instrumen tersebut
ialah seperti berikut
a) Instrumen senarai semak penilaian formatif oleh penilai bagi kategori pelajar
(LAMPIRAN A).
b) Instrumen temubual dan pemerhatian penilaian formatif oleh penilai bagi
kategori pelajar (LAMPIRAN B).
c) Instrumen senarai semak penilaian sumatif oleh penilai bagi kategori pelajar
(LAMPIRAN C).
d) Instrumen temubual dan pemerhatian penilaian sumatif oleh penilai bagi
kategori pelajar (LAMPIRAN D).
e) Instrumen senarai semak bagi penilaian formatif dan sumatif oleh penilai bagi
kategori guru untuk teori dan strategi pembelajaran (LAMPIRAN E).
Senarai dan penerangan lanjut tentang ke semua instrumen di atas dinyatakan
dalam LAMPIRAN F. Dalam kajian ini, hanya dua orang guru diambil untuk membuat
penilaian. Seterusnya seramai 50 orang pelajar Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri
Terengganu, 20050 Kuala Terengganu terlibat dalam proses penilaian. Pelajar-pelajar
ini dipilih sebagai responden kerana mereka mempelajari peribahasa Bahasa Melayu
bagi kertas Bahasa Melayu SPM.
5/24/2018 PBBK Comil
69/164
57
3.4 SPESIFIKASI KEPERLUAN PERISIAN
Seksyen ini akan memperihalkan aspek-aspek seperti matlamat pengajaran
perisian, objektif pembelajaran perisian dan pengguna sasaran. Selain itu perkara yang
akan dibincangkan ialah aspek kemahiran berfikir, penerapan nilai-nilai