Post on 31-Jan-2018
Kata-Kata AluanTIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahimm.
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia.
Kerjasama yang erat antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah lama terjalin. Kedua-dua Kementerian sentiasa bersatu hati mewarnakan kehidupan yangsihat, ceria dan berilmu kepada generasi baru sebelum merekameneroka dunia sebenar yang lebih mencabar.
Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, pelbagai tindakan dan inisiatiftelah diambil untuk genersai baru atau lebih dikenali sebagai pelajar inidalam memastikan keselamatan makanan mereka di sekolah. Selainpromosi-promosi kesihatan dan Program Pemeriksaan Sendiri diKantin dan Dapur Asrama Sekolah (KENDIRI), Nota PeringatanBerkaitan Keselamatan Makanan ini disediakan khas untuk dibacakankepada para pelajar semasa setaip kali perhimpunan di sekolah. Kaedahpembacaan yang berulang-ulang ini diharap dapat meningkatkankeupayaan ingatan yang berkekalan kepada pendengar. Dari masa kesemasa, Kementerian akan cuba menambah bahan lain yang dapatmenarik perhatian pelajar.
S aya dengan bangganya mengucapkan syabas kepada BahagianKeselamatan dan Kualiti Makanan kerana telah berjaya menerbitkanNota Peringatan Berkaitan Keselamatan Makanan ini. Harapan saya,semoga nota ini dapat digunakan sepenuhnya oleh para guru dalammeningkatkan kesedaran pelajar mengenai keselamatan dan kualitimakanan seteru s nya membu d ayakan amalan ke b e rsihan dankeselamatan makanan dalam kehidupan mereka.
Tahniah!
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN)
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 1
Kata-Kata AluanKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Terima kasih dan tahniah kepada Bahagian Keselamatan Dan Kualiti
M a k a n a n , K e m e n t e rian Kesihatan Malaysia yang telah memberi
kesempatan untuk saya menyampaikan kata-kata aluan dan juga atas
kejayaannya menghasilkan Nota Peringatan Berkaitan Keselamatan
Makanan. Penghasilan Nota Peringatan ini merupakan satu usaha
dalam menyediakan asas pengetahuan berhubung ke s e l a m a t a n
makanan kepada para pelajar sekolah rendah khususnya.
Adalah diharapkan dengan adanya Nota Pe ringatan ini, t a h a p
pengetahuan para pelajar dapat ditingkatkan dan amalan kebersihan
dan keselamatan makanan sentiasa menjadi amalan harian. Melalui
Nota ini juga, diharap kes keracunan makanan dapat dikurangkan di
seluruh negara.
Akhir kata, saya menyeru agar guru-guru dapat menyampaikan Nota
ini kepada para pelajar dengan sebaik mungkin mengikut kreativiti
pengajaran guru masing-masing di sekolah. Kesedaran dan kepekaan
pelajar terhadap pengambilan makanan yang selamat menjamin
kesejahteraan rakyat Malaysia.
Tanpa Kuman, Makanan Selamat !
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL
BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 2
Kata-Kata AluanTIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
S yabas dan tahniah kepada Bahagian Keselamatan Dan Kualiti
Makanan kerana telah menghasilkan Nota Peringatan Berkaitan
Keselamatan Makanan dan setinggi-tinggi penghargaan ke ra n a
memberi ruang untuk saya menurunkan sepatah dua kata.
Sekolah adalah tempat untuk pelajar menguasai ilmu pengetahuan
dan kemahiran. Menyedari hakikat ini, Nota peringatan dihasilkan bagi
menyerapkan ruang ilmu asas keselamatan makanan kepada para
pelajar. Ia adalah wajar dan seharusnya diwujudkan sejak dari dahulu
lagi.
Nota Pe ringatan ini dapat memperkasakan pelajar dengan
pengetahuan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. Ia juga
dapat memberikan maklumat ringkas kepada pelajar berkaitan punca-
punca dan tanda-tanda keracunan makanan, langkah pencegahan bagi
mengelakkan keracunan makanan dan perkara yang perlu dilakukan
sekiranya mengalami tanda-tanda keracunan makanan di sekolah.
Dengan terbitnya Nota Peringatan ini, diharapkan dapat memberi
gambaran yang luas kepada para pelajar tentang peri pentingnya
keselamatan makanan bagi mengelakkan kejadian ke ra c u n a n
makanan yang kebanyakannya berlaku di sekolah.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN)
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 3
Kata-Kata AluanPENGARAH
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Nota PeringatanB e rkaitan Keselamatan Makanan ini telah berjaya diterbitkan.Penerbitan nota ini menjadi titik tolak dalam meningkatkan kesedarankepada warga sekolah untuk sama-sama memastikan makanan yangdiambil seharian adalah selamat.
Penerbitan Nota Pe ringatan ini merupakan salah satu usahaKementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu pihak sekolah dalammemastikan keselamatan makanan dan seterusnya menangani kejadiankeracunan makanan terutamanya di sekolah.
S aya yakin bahawa nota ini akan dapat menyampaikan danmeningkatkan pengetahuan dan kefahaman para pelajar terhadapkepentingan keselamatan makanan dan kaedah untuk memastikanmakanan yang diambil adalah selamat. Seterusnya adalah diharapkanpara pelajar akan mengamalkan pengetahuan tersebut khususnyadalam aspek mencuci tangan yang betul kerana kebanyakan keskeracunan makanan berpunca daripada kealpaan terhadap aspekkebersihan tangan.
Bagi pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KementerianKesihatan Malaysia, saya mengucapkan tahniah kepada kumpulan kerjateknikal Nota Peringatan Keselamatan Makanan dan pihak lain yangt e rlibat yang turut menyumbang di dalam menghasilkan NotaPeringatan ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(NORAINI BT DATO’ MOHD OTHMAN)
Pengarah
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 4
Pengenalan
Nota Pe ringatan ini disediakan bagi memperkasakan pelajar
dengan pengetahuan berkaitan ke b e rsihan dan ke s e l a m a t a n
makanan. Nota ini memberikan maklumat ringkas kepada pelajar
berkaitan punca-punca dan tanda-tanda keracunan makanan, langkah
pencegahan bagi mengelakkan keracunan makanan dan perkara yang
p e rlu dilakukan sekira nya mengalami tanda-tanda ke ra c u n a n
makanan di sekolah.
Isi kandungan nota peringatan ini terdiri dari tiga (3) bahagian iaitu
Penjelasan Ringkas, Nota Pelajar dan Panduan Guru. Penjelasan
ringkas selepas setiap tajuk merupakan pengenalan dan objektif tajuk
bagi setiap nota peringatan. Nota pelajar ialah mesej penting yang
akan disampaikan oleh guru kepada pelajar. Panduan guru pula
merupakan mesej tambahan yang boleh membantu guru semasa
menyampaikan ucapan atau taklimat. Guru boleh menggunakan
kreativiti masing-masing untuk menarik perhatian pelajar semasa
menyampaikan ucapan atau taklimat tersebut.
Adalah diharapkan nota ini akan dapat membantu dalam
mempertingkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai keselamatan
dan kualiti makanan dan seteru s nya membu d ayakan amalan
kebersihan dan keselamatan makanan dalam kehidupan mereka.
Pencegahan awal penyakit keracunan makanan bermula dari pelajar
itu sendiri melalui amalan kebersihan dalam kehidupan harian sama
ada semasa makan mahupun semasa memilih premis makanan.
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 5
Kandungan
Nota 1 :
Keracunan Makanan Dan Langkah Pencegahannya.
Nota 2 :
Penyebab Keracunan Makanan Dan Tindakan Sekiranya
Mengalami Keracunan Makanan.
Nota 3 :
Makanan Yang Dibekal Dari Rumah.
Nota 4 :
Kepentingan Dan Langkah Membasuh Tangan Yang
Betul.
Nota 5 :
Percayakan Deria Anda Semasa Memilih Makanan.
Nota 6 :
Kepentingan Membaca Label Pada Produk Makanan.
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 6
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 7
• Keracunan makanan ialah penyakityang berlaku selepas makan makanan
yang telah tercemar atau tidak
disediakan dengan cara yang betul dan
selamat.
• Tanda-tanda keracunan makanan ialah:1. Loya dan muntah,
2. Memulas dan sakit perut,
3. Cirit-birit,
4. Demam dan kesejukan.
• Tanda-tanda keracunan makananbiasanya boleh dilihat selepas
beberapa jam mengambil makanan
atau minuman tercemar.
Idea:
? Guru bolehmengaitkan kes-
kes keracunan
makanan yang
pernah berlaku
di sekolah-
sekolah atau
ceritakan kes-
kes yang pernah
disiarkan oleh
media.
Info:? Masa paling
singkat untuk
seseorang
mengalami
tanda-tanda
keracunan
makanan adalah
setengah jam
bergantung
Nota Pelajar Panduan Guru
Nota 1Keracunan Makanan Dan Langkah
PencegahannyaNota ini disediakan untuk memberi kefahaman mengenai
definisi keracunan makanan, tanda keracunan makanan dan
langkah asas pencegahan keracunan makanan.
1.1
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 9
• Makanan atau minuman tercemardisebabkan oleh:
1. Kuman atau mikroorganisma
berbahaya.
– Adalah penyebab utama kepada
pencemaran makanan dan
keracunan makanan.
2. Bahan kimia yang merbahaya
seperti racun serangga.
3. Bendasing seperti rambut, lipas,
dawai kokot, lidi, kaca, serpihan kayu
dan sebagainya.
– Bendasing tidak memberi
sebarang tanda keracunan tetapi
amat berbahaya kerana boleh
meyebabkan luka kepada organ
dalaman.
kepada daya
ketahanan
individu, umur
dan jumlah
racun yang
termakan.
Info:
? Kuman ataumikroorganisma
terdiri daripada
bakteria, kulat,
yis, parasit dan
virus. Contoh
bakteria yang
berbahaya
seperti
Staphylococcus
aurens dan
Escherichia coli
yang banyak
terdapat pada
tubuh manusia.
Nota Pelajar Panduan Guru
1.2
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 10
LANGKAH PENCEGAHAN
• Mengamalkan kebersihan diri yang baikdengan:
1. Sentiasa membasuh tangan
– Sebelum dan selepas makan,
– Selepas keluar dari tandas,
– Selepas bermain.
2. Sentiasa berkuku pendek
– Kuku panjang boleh menjadi
tempat pembiakan kuman.
– Kuku panjang susah dibersihkan.
3. Sentiasa berpakaian bersih dan
kemas.
4. Jika terdapat luka, pastikan dibalut
dan dirawat dengan baik.
• Antara amalan buruk yang perlu dielakialah:
1. Meludah merata-rata.
– Air ludah mengandungi kuman
yang boleh mencemar makanan.
– Meludah di tempat yang
disediakan seperti sinki.
Info:? Luka yang
terdedah boleh
menjadi tempat
pembiakan
kuman.
Idea:
? Guru bolehmenghuraikan
amalan buruk
yang perlu
dielakkan
menggunakan
contoh - contoh
tambahan yang
sesuai sekiranya
Nota Pelajar Panduan Guru
1.3
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 11
2. Bersin dan batuk menghala ke arah
makanan.
– Bila bersin atau batuk:
- Tutup hidung atau mulut
dengan tisu atau saputangan.
- Halakan muka ke arah lain
dari makanan.
- Buang tisu yang telah
digunakan ke dalam tong
sampah.
- Basuh tangan segera.
3. Membuang sampah atau sisa
makanan merata-rata.
– Sampah dan sisa makanan boleh
menarik perhatian makhluk
perosak.
4. Jangan makan di tempat yang tidak
sesuai atau kotor seperti di
kawasan tandas, di tepi tong
sampah dan di tepi longkang.
5. Jangan makan makanan yang kotor.
– Makanan yang kotor (kena
habuk, terjatuh, terdedah) boleh
dicemari oleh kuman
6. Jangan makan makanan yang sudah
basi, berbau busuk dan berubah
warna.
ada.
Info:
? Udara dancecair dari
manusia
mengandungi
kuman
pencemar
makanan.
Info:
? Makhlukperosak seperti
LILATI (Lipas,
Lalat dan Tikus)
boleh membawa
penyakit.
Nota Pelajar Panduan Guru
1.4
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 12
KESIMPULAN
• Keracunan makanan berlaku selepas makan makanan yangtelah tercemar oleh kuman atau telah rosak.
• Tanda-tanda keracunan makanan ialah rasa loya, muntah,memulas, sakit perut, cirit birit, demam dan kesejukan.
• Amalan kebersihan yang baik dapat mencegah pencemarandan keracunan makanan.
“Amalan Baik,
Tiada Keracunan”
1.5
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 13
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 15
• Keracunan makanan ialah penyakityang berlaku akibat memakan
makanan yang tercemar.
• Makanan dikatakan tercemar jika iamengandungi sesuatu benda atau
bahan yang tidak seharusnya berada
didalamnya.
• Tiga (3) jenis pencemaran makananutama:
1. Kuman atau mikroorganisma yang
berbahaya.
2. Bahan kimia seperti racun
serangga dan bahan pencuci.
3. Bendasing seperti rambut, lipas,
dawai kokot, lidi, kaca, serpihan kayu
dan sebagainya.
Info:? Kuman atau
m i k r o o rg a n i s m a
berbahaya t e r d i ri
d a ri p a d a
bakteria, kulat,
yis, p a rasit dan
v i rus yang boleh
menyebabkan
penyakit. Contoh:
Nota 2Penyebab Keracunan Makanan Dan
Tindakan Sekiranya Mengalami
Keracunan MakananNota ini disediakan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar
mengenai penyebab keracunan makanan dan tindakan yang perlu
diambil oleh pelajar sekiranya mengalami keracunan makanan.
Nota Pelajar Panduan Guru
2.1
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 17
A.PENYEBAB KERACUNAN
MAKANAN
• Antara penyebab keracunan makanan:1. Penjual atau pengendali makanan
yang tidak mengamalkan kebersihan
diri.
2. Pengendalian makanan yang tidak
betul dan tidak selamat.
3. Persekitaran yang tidak bersih.
Penjual atau pengendali makanan
yang tidak mengamalkan
kebersihan diri.
1. Berkuku panjang.
– Kuku panjang boleh menjadi tempat
pembiakan kuman.
– Kuku panjang susah dibersihkan.
2. Memakai apron kotor.
– Apron yang kotor mengandungi
kuman.
3. Tidak menutup rambut.
– Rambut boleh jatuh ke dalam
makanan.
– Rambut mengandungi kuman.
4. Memakai barang kemas seperti cincin,
jam, gelang dan sebagainya.
– Kuman boleh berada di celah
barang kemas.
– Barang kemas menyukarkan
pembersihan tangan dengan baik.
5. Meludah merata-rata.
kuman taun,
kuman tifoid
(kepialu),
hepatitis dan
lain-lain.
Idea:? Guru perlu
menegaskan
perbuatan ini
dilarang semasa
m e n g e n d a l i k a n
makanan.
Nota Pelajar Panduan Guru
2.2
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 18
– Air ludah mengandungi kuman.
– Kuman dari air ludah mencemar
makanan.
6. Mengorek hidung.
– Kuman ada di dalam hidung.
7. Merokok.
– Asap dan habuk mencemar
makanan.
Pengendalian makanan yang tidak
betul dan tidak selamat.
• Antaranya:1. Tidak melindungi makanan dari
dicemari habuk dan lalat.
2. Tidak menggunakan penyepit untuk
mengambil makanan.
– Tangan yang kotor boleh
mencemar makanan.
3. Dibungkus dengan surat khabar.
4. Dihidang di dalam pinggan mangkuk
dan gelas yang kotor, retak, berkarat
atau sumbing.
Persekitaran yang tidak bersih.
• Kantin atau dewan makan sekolah :1. Kotor,
2. Tiada:
– Sinki,
– Air bersih yang mencukupi,
Info:
? Karbon padasurat khabar
boleh
menyebabkan
pencemaran
kimia.
Nota Pelajar Panduan Guru
2.3
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 19
– Sabun cecair untuk membasuh
tangan,
– Tisu pengelap tangan.
– Tong sampah yang mencukupi.
B. TINDAKAN YANG PATUT
DIAMBIL JIKA BERLAKU
KERACUNAN MAKANAN
• Jika mengalami satu atau lebih tanda-tanda iaitu :
1. Loya dan muntah,
2. Memulas dan sakit perut,
3. Cirit-birit.
Segera maklumkan kepada guru yang
bertugas.
• Jika termakan makanan yang:1. Berlendir atau berubah warna dan
rupa dari biasa,
2. Berubah bau (berbau tidak enak
dan kurang menyenangkan),
3. Berubah rasa (mempunyai rasa
yang pelik dan basi).
Berhenti makan makanan itu.
– Segera maklumkan guru.
– Serahkan baki makanan kepada
guru.
Info:
? Baki makananini akan menjadi
bukti makanan
tersebut rosak
dan penyebab
keracunan
makanan.
Nota Pelajar Panduan Guru
2.4
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 20
KESIMPULAN
• Keracunan makanan dapat dielakkan jika pelajar sentiasaberhati-hati dan bijak memilih makanan yang bersih dan
selamat semasa membeli makanan.
• Segera laporkan kepada guru jika pelajar mengalami tanda-tanda keracunan makanan.
“Pencegahan Awal, Elakkan
Keracunan Makanan”
2.5
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 21
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 23
Nota 3Makanan Yang Dibekal Dari RumahNota ini disediakan untuk memberi pengetahuan asas dan
kesedaran kepada pelajar mengenai keselamatan makanan yang
diberikan dari rumah.
Nota Pelajar Panduan Guru
A.MAKANAN YANG
DIBEKAL DARI RUMAH
• Membawa bekalan makanan darirumah merupakan amalan yang baik
dan menjimatkan.
• Makanan yang dibawa dari rumahperlu disediakan dengan bersih.
• Jangan bawa makanan:1. Lebihan semalam kerana:
– Tidak boleh disimpan lama,
– Mungkin telah rosak.
2. Mudah rosak dan berisiko tinggi.
– Contoh: makanan bersantan,
sandwich telur, kuih-muih yang
berinti dan bersalut kelapa.
• Jangan campurkan makanan yangberbeza di dalam satu bekas.
Info:
? Makananlebihan
semalam
dikhuatiri
mengandungi
kuman yang
banyak dan
berbahaya.
Idea:
? Contoh: Nasiatau mi tidak
boleh dicampur
bersama lauk
3.1
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 25
Nota Pelajar Panduan Guru
• Pastikan bekas:1. Bersih iaitu telah dibasuh dengan
sabun dan air bersih,
2. Kering,
3. Tidak sumbing, tidak retak dan
tidak rosak,
4. Bertutup rapat dan kemas (kedap
udara adalah yang terbaik).
• Jangan menggunakan suratkhabaruntuk membungkus makanan.
• Simpan bekal makanan di tempatyang bersih.
• Tempat makan yang sesuai:1. Di kantin dan dewan makan
sekolah yang bersih.
2. Bukan berhampiran tandas, tong
sampah atau di tepi longkang.
3. Bukan di makmal sekolah.
di dalam satu
bekas.
Idea:
? Guru bolehberpesan kepada
pelajar supaya
mengingatkan ibu
bapa atau
penjaga tentang
kepentingan
kebersihan bekas
yang digunakan
untuk membawa
bekal makanan.
Info:
? Karbon pada suratkhabar boleh
menyebabkan
pencemaran
kimia.
Idea:
? Guru boleh
mengingatkan
pelajar tentangkepentingan
membasuh
tangan sebelummakan dan
3.2
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 26
Nota Pelajar Panduan Guru
• Habiskan makanan yang dibawa padawaktu rehat
1. Makanan yang disimpan lama akan
rosak atau basi.
2. Lebihan makanan perlu dibuang.
sebaik sahaja
selesai makan.
Idea:
?Guru bolehmenekankan
kepada pelajar
supaya tidak
membeli
makanan dari
luar pagar
sekolah kerana
melanggar
peraturan
sekolah.
3.3
KESIMPULAN
• Bekal makanan yang dibawa dari rumah perlulah disimpandengan betul.
• Bekal makanan yang tidak habis dimakan perlulah dibuang.
• Jangan membeli makanan di luar pagar sekolah.
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 27
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 29
Nota Pelajar Panduan Guru
A.KEPENTINGAN
MEMBASUH TANGAN
• Kebersihan tangan penting kerana:– Boleh mengelakkan
pencemaran makanan dan
mencegah keracunan makanan.
• Tangan merupakan organ utamayang bersentuhan dengan makanan.
• Tangan nampak bersih tetapimungkin mengandungi kuman yang
boleh mencemarkan makanan dan
tidak boleh dilihat dengan mata
kasar.
“Makanan Bersih Mengelak
Keracunan Makanan”
Nota 4Kepentingan Dan Langkah
Membasuh Tangan Yang BetulNota ini disediakan untuk memberi penekanan kepada pelajar
4.1
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 31
Nota Pelajar Panduan Guru
• Kuman boleh mencemari tanganmelalui:
– Peralatan sekolah seperti kerusi,
meja, beg sekolah, buku sekolah,
peralatan sukan, dan lain-lain.
– Hingus dan air ludah.
– Najis.
• Tangan yang kotor bolehmenyebabkan pencemaran kepada
peralatan seperti sudu, garpu, cawan
atau pinggan mangkuk.
• Pelajar mesti membasuh tangan:1. Sebelum dan selepas makan.
2. Selepas keluar dari tandas.
3. Selepas bersukan atau bermain.
4. Selepas melakukan aktiviti seperti
membuang sampah,
membersihkan kelas, meja atau
papan hitam, menyapu sampah,
dan lain-lain.
• Kuku perlu dipastikan sentiasapendek.
– Kuku panjang susah dibersihkan.
– Kuku panjang boleh menjadi
tempat pembiakan kuman.
Idea:
? Guru boleh berilebih banyak
contoh bagaimana
tangan pelajar
boleh dicemari
kuman.
Info:
? Kuman ataum i k r o o rg a n i s m a
m e r b a h a ya terdiri
d a ripada bakteri a ,
k u l a t , y i s,p a ra s i t ,
dan viru s. Oleh itu
ke b e rsihan tangan
sangat penting bagi
m e n g e l a k k a n
p e n c e m a ra n
m a k a n a n .
Idea:
? Guru harusmenekankan
bahawa pada
kotoran terdapat
banyak kuman
4.2
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 32
Nota Pelajar Panduan Guru
B. KAEDAH MEMBASUH
TANGAN YANG BETUL.
• Jika tangan tidak dibasuh denganbetul dan sempurna, kotoran tidak
dapat dihilangkan.
• Tujuh langkah utama bagi membasuhtangan.
1. Basuh tangan dengan air yang
bersih dan cecair pencuci tangan.
2. Gosok tapak tangan.
" • Gosok dengan kedua-dua
tapak tangan.
3. Gosok setiap jari dan celah-celah
jari.
4. Gosok kuku di tapak tangan.
5. Gosok belakang tangan.
6. Bilas dengan air bersih
secukupnya.
7. Keringkan dengan tisu atau tuala
pengelap tangan yang bersih.
atau
m i k r o o rg a n i s m a
m e r b a h a ya .
Info:
? Guru digalakkanmembuat
demontrasi 7
Langkah Mencuci
Tangan. Guru juga
boleh
menggunakan
poster 7 Langkah
Mencuci Tangan
sebagai contoh.
4.3
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 33
KESIMPULAN
• Tangan yang kotor boleh mencemari makanan.
• Membasuh tangan dengan betul boleh mengelakkanpencemaran makanan dan mencegah keracunan makanan.
• Oleh itu, amalkan membasuh tangan dengan kaedah yangbetul .
“Tangan Bersih,
Makanan Selamat”
4.4
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 34
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 35
Nota 5Percayakan Deria Anda Semasa
Memilih MakananNota ini disediakan untuk memberi panduan kepada pelajar
bagaimana menggunakan deria semasa memilih makanan untuk
mengelakkan membeli makanan yang telah rosak atau basi.
Nota Pelajar Panduan Guru
• Menggunakan deria semasa memilihmakanan dapat membantu pelajar
mengelakkan keracunan makanan.
• Keracunan makanan boleh berlakujika pelajar makan makanan yang
telah rosak atau basi.
• Makanan telah rosak atau basi bolehdikenali dengan menggunakan tiga
deria utama iaitu LIHAT, BAU dan
RASA.
1. LIHAT - rupa (berlendir),
warna berlainan dari biasa, baca
tarikh luput dan lihat bentuk
(makanan dalam bungkusan).
2. BAU - berbau tidak enak dan
kurang menyenangkan.
3. RASA - mempunyai rasa yang
pelik dan basi.
Idea:
? Guru bolehmemberi
penekanan
kepada pelajar
supaya jangan
makan jika
makanan
berkeadaan
seperti yang
dinyatakan.
5.1
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 37
Nota Pelajar Panduan Guru
• Pilihlah makanan:1. Yang masih panas dan segar.
2. Yang tidak terdedah (tidak
dihinggapi lalat atau serangga).
3. Tidak berbau masam dan tidak
busuk.
4. Tidak berlendir.
5. Tidak berubah warna.
6. Tidak berasa masam.
7. Makanan yang dibungkus dengan
bahan yang bersih.
8. Makanan yang diambil dengan
peralatan yang bersih.
• Panduan membeli makanan atauminuman berbungkus.
1. Baca tarikh luput:
– Jangan beli makanan yang
telah tamat tarikh luput.
2. Lihat keadaan luar bungkusan:
– Jangan beli makanan atau
minuman dalam bungkusan
yang telah koyak, kembung,
bocor, retak, pecah, kemek
atau tudung terbuka.
– Bungkusan yang telah berubah
warna.
3. Pastikan tin atau paket
membungkus makanan dan
minuman:
– Tidak menggelembung,
– Tidak bocor,
– Tidak kemek,
Info:
? Makananberbungkus
bermaksud
makanan yang
dibungkus sama
ada menggunakan
plastik, tin, kertas,
peket, atau
‘polystyrene’.
Info:
? Bungkusanberubah warna
disebabkan tidak
disimpan di
tempat yang betul.
5.2
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 38
Nota Pelajar Panduan Guru
– Tidak terhakis dan berkarat,
– Tidak disimpan di tempat yang
panas atau terdedah kepada
cahaya matahari.
– Tidak tamat tarikh luput.
4. Gunakan tiga deria kita LIHAT,
BAU dan RASA setelah
membuka makanan.
• Panduan memilih makanan danminuman yang belum berbungkus:
1. Makanan dan minuman :
– Tidak terdedah
- boleh dicemari habuk debu
dan serangga perosak.
– Tidak disentuh dengan tangan
secara langsung semasa
membeli.
– Diambil dengan alat yang
bersih seperti menggunakan
penyepit, sudu atau garpu.
2. Bekas makanan :
– Tidak bertindih secara
langsung dengan makanan.
- Permukaan bawah pinggan
yang kotor boleh
mencemari makanan.
– Tidak retak atau sumbing.
– Tidak menggunakan
suratkhabar.
Info:
? Makanan belumberbungkus ialah
makanan yang
sedia dimakan
seperti kuih-muih,
mi goreng dan
lain-lain.
Info:
? Bekas makananmerujuk kepada
sebarang bentuk
bekas, bungkusan
atau peket yang
digunakan untuk
meletak makanan.
Info:
? Karbon pada suratkhabar boleh
5.3
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 39
KESIMPULAN
• Percayakan deria anda LIHAT, BAU dan RASA untukmengelakkan keracunan makanan.
• Bagi mengelakkan keracunan makanan:– Jangan makan makanan yang telah rosak atau basi.
“Pilihlah Makanan Bersih dan
Selamat. Utamakan Kesihatan”
Nota Pelajar Panduan Guru
• Pelajar mesti memaklumkan kepadaguru bertugas atau guru kesihatan
jika:
1. Makanan yang dihidang
mempunyai tanda-tanda rosak
atau basi.
2. Makanan berbungkus rosak atau
telah tamat tarikh luput.
3. Amalan-amalan yang tidak baik
oleh pengendali makanan semasa
mengendalikan makanan
menyebabkan
pencemaran
kimia.
5.4
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 40
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 41
Nota 6Kepentingan Membaca Label Pada
Produk MakananNota ini disediakan sebagai panduan kepada pelajar untuk
memahami kepentingan membaca label pada produk makanan.
Nota Pelajar Panduan Guru
Label
• Makanan yang siap dibungkus untukjualan mesti mempunyai label.
• Label makanan merupakan tandaberupa tulisan dan/atau gambar
pada pembungkus makanan sebagai
keterangan atau penjelasan tentang
sesuatu makanan.
• Label makanan memberi maklumatmengenai produk seperti:
1. Nama produk,
2. Tarikh luput,
3. Bahan ramuan,
4. Nama dan alamat pengeluar,
Info:
? Contoh makanansiap dibungkus:
Kek, Roti,
minuman dalam
kotak.
Idea:
? Guru bolehmenunjukkan
contoh-contoh
label makanan
yang ada
digunakan pada
produk dipasaran.
Idea:
? Guru dicadangkanuntuk
6.1
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 43
Nota Pelajar Panduan Guru
5. Cara penyimpanan,
6. Maklumat pemakanan.
• Label penting untuk:1. Memberi maklumat tentang
kandungan produk makanan.
2. Membekalkan maklumat
penggunaan makanan dan tarikh
luput.
3. Memudahkan aktiviti
penguatkuasaan dan tindakan
undang-undang.
• Oleh itu, membaca label makanandengan betul dapat membantu
pelajar dari membeli makanan yang
rosak dan tidak diketahui
pengeluarnya.
menekankan
kepentingan untuk
melihat tarikh
luput kepada
pelajar kerana ia
menjadi salah satu
tanda kerosakan
makanan.
Idea:
? Guru digalakkanberpesan supaya
pelajar meneliti
apakan bahan-
bahan yang
terkandung di
dalam produk
makanan dan
fahami cara
penyediaan
makanan.
6.2
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 44
Nota Pelajar Panduan Guru
• Waspada!1. Belilah makanan berbungkus yang
mempunyai label.
2. Pastikan makanan tidak melewati
tarikh luput (jika ada).
3. Baca dengan teliti dan patuhi cara
penyimpanan makanan.
4. Elakkan membeli makanan
dengan pembungkusan yang telah
rosak (kemek, karat atau
menggelembung).
Tarikh Luput
• Tarikh luput ialah tempoh hayatsesuatu makanan selamat untuk
dimakan.
• Contoh perkataan yang biasadigunakan untuk merujuk tarikh
luput adalah seperti “baik sebelum”,
“guna sebelum”, “tarikh akhir”,
“makan atau minum sebelum”.
• Contoh-contoh makanan yangmempunyai tarikh luput adalah
seperti :
1. Roti
2. Susu
3. Biskut.
Idea:
? Contohnya susukotak UHT yang
telah dibuka perlu
disimpan dalam
peti sejuk.
6.3
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 45
Nota Pelajar Panduan Guru
• Makanan yang telah tamat tarikhluput dikhuatiri rosak dan boleh
membahayakan kesihatan.
– Jika terbeli di sekolah,
laporkan kepada guru.
KESIMPULAN
• Baca label dan lihat tarikh luput sebelum membeli makanan.
• Jangan beli makanan yang telah tamat tarikh luput.
“Baca Label Kenali Produk! ”
6.4
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 46
Rujukan
1. Panduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan,
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (2007)
2. Keracunan Makanan Kita Boleh Menggelakkannya,
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(Disember, 2007)
3. Kenali Bakteri Punca Utama Penyebab Keracunan
Makanan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (2007)
4. Risalah “Garis Panduan Asas Pelabelan Makanan”,
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(Februari, 2007)
5. Risalah “Perkara yang Dilarang Pada Label
Makanan”, Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (Mei, 2007)
02.Layout 12/16/09 1:31 PM Page 47