Post on 21-Mar-2019
TARIKH
22 NOVEMBER 2015 hingga 27 NOVEMBER 2015
TEMPAT
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM
ANJURAN
EXCO KELAB PERAKAUNAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF”
MINGGU PERAKAUNAN 2015 Universiti Kebangsaan Malaysia
Kertas Kerja
1 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
KERTAS KERJA
MINGGU PERAKAUNAN 2015
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan dan dibentangkan atas beberapa tujuan.
Pertamanya, penyediaan kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
kelulusan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni
(PPMPA) pihak pengurusan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM bagi kami
menjalankan Minggu Perakaunan 2015 (ACW‟15). Keduanya, bagi memohon
bantuan kewangan dari Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) dan Pusat
Perhubungan Mahasiswa & Perhubungan Alumni (PPMPA) bagi program ini yang
akan dianjurkan oleh Kelab Perakaunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (KPFEP)
dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
(PMFEP). Ketiganya, untuk memohon kerjasama strategik daripada pihak kerajaan,
swasta dan NGO berkenaan sesi perkongsian bersama mereka dan juga dari aspek
penajaan dalam apa saja bentuk seperti tunai, hadiah dan barang-barang yang
difikirkan sesuai dalam menjayakan Minggu Perakaunan 2015 ini.
Kami mengalu-alukan reaksi positif dari pihak Pusat Perhubungan
Mahasiswa & Perhubungan Alumni dan Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan
Malaysia mengenai program ini. Kami juga terbuka dalam menerima sebarang
cadangan, idea, kritikan dan pendapat daripada mana-mana pihak samada dari
pihak fakulti, pihak universiti mahupun dari pihak industri dalam usaha kami untuk
menambahbaik program ini.
2.0 PENGENALAN
2.1 Latarbelakang Kelab
Kelab Perakaunan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (KPFEP),
Universiti Kebangsaan Malaysia, merupakan sebuah kelab yang bernaung
dibawah Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP).
Matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk menjaga kebajikan mahasiswa/i
dan menjadi wadah jaringan antara dunia korporat dan industri perakaunan
2 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
dengan seluruh mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, khasnya
mahasiswa/i dalam jurusan perakaunan.
2.2 Sejarah Program
Sepanjang penubuhannya, KPFEP telah berkolaborasi dengan
pelbagai badan-badan profesional dan syarikat-syarikat korporat dalam
usaha untuk menjadikan mahasiswa/i perakaunan UKM lebih kompetitif
dalam dunia perakaunan sebenar. Usahasama KPFEP dengan pihak-pihak
luar ini selama lebih 13 tahun penubuhan kelab menunjukkan keunggulan
dan keupayaan KPFEP dalam berinteraksi dan berhubung dengan dunia luar
yang lebih banyak cabaran.
2.3 Cetusan Idea Menjalankan Program
Selaras dengan matlamat dan hasrat universiti melalui salah satu
keberhasilan utama UKM iaitu graduan menghayati aspirasi kebangsaan,
memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, kompetensi, daya inovasi dan daya
saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat,
mahasiswa/i disarankan agar menganjurkan dan mengambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Pada masa yang sama, program ini mampu melahirkan mahasiswa
yang bukan sahaja mahir dalam segi akademik, malah turut memiliki
kemahiran sosial yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Selain itu,
segala ilmu pengetahuan yang dapat diambil melalui pembelajaran secara
formal ataupun tidak formal menerusi program ini dapat diterapkan serta
diamalkan dalam kehidupan seharian semua pihak yang terlibat. Program ini
juga diharapkan dapat menyuburkan semangat kerjasama dan kemahiran
'soft skill' bagi melahirkan mahasiswa yang berdaya saing.
Tunggak utama program ini dijalankan adalah untuk menyalurkan
maklumat berkaitan dengan profesion perakaunan kepada semua
mahasiswa/i Fakulti Ekonomi & Pengurusan, khususnya mahasiswa/i jurusan
perakaunan UKM disamping membuka lebih banyak peluang kepada mereka
untuk bertemu dengan pihak industri. Ini merupakan antara usaha kelab
dalam membantu mahasiswa/i ini untuk menjawab persoalan mereka
mengenai karier dalam bidang ini, pengiktirafan profesional yang boleh
3 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
diperolehi dan peluang-peluang pekerjaan yang boleh mereka rebut setelah
bergraduasi kelak.
3.0 OBJEKTIF
Antara objektif utama Minggu Perakaunan 2015 diadakan adalah untuk:
3.1 Graduan Beraspirasi Kebangsaan & Inovatif
Melatih dan melahirkan mahasiswa holistik yang berupaya untuk berkomunikasi
dengan baik, mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan-keputusan yang
kritikal, boleh menjadi pemimpin yang mampu bekerjasama secara proaktif dalam
kumpulan, berupaya melakukan tugas yang berasingan secara serentak (multi
tasking) dan sihat tubuh badan.
3.2 Graduan Kompeten & Berdaya Saing
Berfungsi sebagai platform untuk mahasiswa/i berinteraksi dan berkomunikasi
dengan badan-badan profesional dan industri supaya mereka lebih menyedari apa
yang industri mahukan supaya mudah untuk mahasiswa/i mengambil tindakan
sewajarnya dalam memenuhi kriteria dan kehendak industri.
3.3 Perkongsian Pintar & Keterlibatan Strategik
Menjadi pusat sehenti bagi menjawab persoalan berkenaan karier perakaunan,
pengiktirafan profesional yang boleh diperolehi dan peluang-peluang kerjaya sebagai
seorang akauntan terus daripada pihak-pihak berkenaan (MICPA, ACCA, CIMA,
CPA Australia, ICAEW) supaya tidak wujud percanggahan maklumat yang boleh
mewujudkan kekeliruan.
3.4 Penjanaan Kekayaan Secara Optimum & Strategik
Mendedahkan kemahiran keusahawanan kepada mahasiswa/i dalam mencari dana
bagi melancarkan majlis dan cara untuk menjana tunai dan ini diharap dapat
mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar
melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah serta menunjukkan
tingkah laku profesional.
4.0 TEMA
“ Mahasiswa Proaktif Pemacu Akauntan Kompetitif ”
4 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
5.0 ANJURAN
Exco Kelab Perakaunan Fakulti Ekonomi & Pengurusan (KPFEP),
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Pengurusan (PMFEP),
Universiti Kebangsaan Malaysia
Dengan kerjasama :
Pusat Pengajian Perakaunan (PPP) Universiti Kebangsaan Malaysia;
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia;
Malaysian Institute of Chartered Public Accountants (MICPA);
Association of Chartered Certified Accountants (ACCA);
Chartered Institute of Management Accountant (CIMA);
Certified Practising Accountants Australia (CPA Australia);
Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW);
FIT Malaysia;
BURSA Malaysia; dan
Yayasan Peneraju.
6.0 TARIKH DAN MASA
Cadangan tarikh dan masa pelaksaan program adalah seperti berikut:
Tarikh : 22 November 2015 (Ahad) hingga 27 November 2015 (Jumaat)
Masa : Rujuk Lampiran B
7.0 TEMPAT PROGRAM
Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM
Pejabat Crowe Horwarth Kuala Lumpur
Pejabat Operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
8.0 INOVASI
8.1 Pendekatan baru dalam menjana dana untuk Minggu Perakaunan 2015
Satu kempen yang dinamakan “The Gratitude Campaign 2015” akan
dilaksanakan dengan membawakan tema penghargaan. Kempen ini
julung-julung kalinya diadakan di Fakulti Ekonomi & Pengurusan bagi
memupuk rasa menghargai dan dihargai dalam kalangan warga fakulti
5 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
(pelajar dengan pelajar, pelajar dengan pensyarah, pelajar dengan staf
akademik dan bukan akademik). Kempen ini bakal dijalankan di FEP selama
satu hari (27 November 2015). Ahli jawatankuasa pelaksana Minggu
Perakaunan 2015 akan membuka gerai jualan bunga segar beserta kad
ucapan untuk dijadikan sebagai satu tanda penghargaan dan terima kasih.
Jualan ini akan diadakan di hadapan dewan kuliah 1 FEP dan segala
keuntungan dari jualan tersebut akan disalurkan sebagai dana Minggu
Perakaunan 2015.
8.2 Sesi bersama alumni perakaunan Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Minggu Perakaunan 2015 merupakan satu program tahunan yang
dianjurkan oleh Exco Kelab Perakaunan, Persatuan Mahasiswa Fakulti
Ekonomi & Pengurusan UKM. Selain daripada sesi bersama industri (badan
profesional dan syarikat-syarikat audit), Minggu Perakaunan pada kali ini
ingin membawa satu pembaharuan dengan menampilkan alumni perakaunan
dari Pusat Perakaunan UKM yang kini telah berjaya membuka firma audit
sendiri atau telah berjaya menempatkan diri dalam syarikat audit terkemuka
di Malaysia dalam satu sesi perkongsian bersama mahasiswa/i jurusan
perakaunan. Sesi ini diharap dapat memberi pendedahan kepada
mahasiswa/i berkenaan dengan realiti dan cabaran graduan yang
bergraduasi dalam jurusan perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia
dalam dunia pekerjaan sebenar. Alumni-alumni ini juga dapat membantu
dalam memberikan tips-tips dan kemahiran yang perlu digilap oleh
mahasiswa/i perakaunan UKM untuk berjaya dan lebih menonjol berbanding
mahasiswa/i dari institusi pengajian tinggi yang lain.
9.0 PUBLISITI
9.1 Hebahan mengenai program akan dilakukan melalui media cetak dan
elektronik antaranya ialah poster, banting, banner, flyers, papan iklan
elektronik UKM, laman sosial dan radio.
9.2 Golongan sasar bagi program ini adalah seperti berikut
6 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
i. Seluruh warga Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM khususnya
mahasiswa/i Program Perakaunan serta mahasiswa/i seluruh
Universiti Kebangsaan Malaysia.
ii. Alumni Perakaunan UKM
iii. Badan-badan Profesional Perakaunan
iv. Syarikat-syarikat dan Firma Perakaunan
v. Pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Selangor
10.0 CADANGAN PERASMI
10.1 Perasmian Pembukaan
i. Penaja Utama Minggu Perakaunan 2015, UKM
10.2 Perasmian Penutup
i. Ybhg Prof Dr.Norman Mohd Saleh
Dekan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
11.0 PENGLIBATAN
i. Jumlah peserta : 1 000 orang
(Peserta untuk program/aktiviti/pertandingan/sesi perkongsian adalah
terbuka kepada semua pelajar UKM)
ii. Jumlah urusetia : 80 orang
iii. Jumlah pengunjung: 2 000 orang
(Pelajar, Pensyarah, Kakitangan UKM, badan profesional, syarikat audit dan
masyarakat sekitar Bandar Baru Bangi)
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
7 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
14.0 PERINCIAN PROGRAM
14.1 FIT Malaysia x UKM ‘Fitness Start Now!’
Memupuk budaya gaya hidup sihat dalam komuniti berintelektual. Slot
ini juga bertujuan untuk mendidik mereka bahawa melakukan
senaman adalah mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.
Selain daripada senaman, pemakanan sihat, cara menangani tekanan
dan kaedah melakukan pemeriksaan kesihatan sendiri.
14.2 Meet & Greet The Industry ‘Accounting Is Not About Debits & Credits’
Satu sesi dialog bersama beberapa firma audit untuk memberi
pendedahan kepada mahasiswa/i berkaitan dengan persekitaran kerja
audit dan akauntan. Profesion sebagai seorang akauntan kini lebih
kepada menyampaikan kepada pengguna-pengguna perakaunan
tentang kepentingan sesuatu tindakan lepas dalam proses bagi
mereka untuk membuat keputusan bagi masa hadapan.
14.3 Sesi bersama Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
Sesi ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/I Fakulti
Ekonomi & Pengurusan khasnya mereka yang dalam jurusan
perakaunan untuk mengenali dengan lebih baik salah satu daripada
badan professional perakaunan terbesar dan pantas berkembang
dengan 154,000 ahli di 170 buah negara. Sesi ini bakal memberikan:
i. Pengenalan mengenai ACCA;
ii. Program-progam yang ditawarkan mereka; dan
iii. Faedah dan manfaat yang diperolehi menjadi seorang ahli
ACCA
14.4 Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) Management
Simulation Game
Satu pertandingan yang dianjurkan oleh pihak MICPA yang bakal
menguji kepakaran mahasiswa/i dalam membuat keputusan dalam
satu permainan simulasi perniagaan. Ianya mampu mengasah
kemahiran kognitif pelajar dan beberapa kemahiran lain yang amat
diperlukan untuk berjaya dalam bidang perakaunan. Pertandingan ini
8 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
bakal disertai oleh beberapa institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan
swasta (IPTS) yang dijemput oleh pihak MICPA.
14.5 Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) Career Talk
Sesi ini diadakan bagi memberikan gambaran kepada mahasiswa/i
mengenai MICPA yang merangkumi:
i. Pengenalan mengenai MICPA;
ii. Menerangkan program yang dinamakan MICPA-CAANZ dan
SSP (Student Sponsorship Programme); dan
iii. Faedah dan manfaat yang diperolehi menjadi seorang ahli
MICPA-CAANZ
14.6 Forum Succeed in an Interview: It‟s Not That Hard
Ceramah ini diadakan untuk mengasah kemahiran pelajar untuk
berjaya dalam sesebuah temuduga. Kegagalan seorang mahasiswa/i
untuk bersinar dan seterusnya menarik perhatian bakal majikan
mereka dalam mengambil mereka bekerja menjadi punca 952,000
mahasiswa/i masih lagi menganggur selepas bergraduasi. Inisiatif
kami menjalankan ceramah ini diharap dapat membantu mereka
mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang perlu ditangani sebelum
masuk ke bilik temuduga kerana kami percaya bukan setakat
kemahiran intelektual tetapi skil-skil insaniah yang bakal membantu
pelajar berjaya dalam karier mereka.
14.7 ESCAPE Run 2015: The Good, The Bad & The Uncertain
ESCAPE Run 2015 diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim
diantara pelajar perakaunan yang datang daripada tahun yang
berbeza. Program berasaskan explorace ini adalah hasil cetusan idea
barisan kepimpinan Kelab Perakaunan yang ingin menghapuskan
jurang senioriti diantara mahasiswa/i program perakaunan di FEP. Ini
akan dapat meningkatkan lagi interaksi antara mereka agar lebih
mudah untuk mereka ini bertukar-tukar pendapat dan maklumat
sesama mereka.
14.8 Sesi bersama Chartered Institute of Management Accountant (CIMA)
Sesi ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i Fakulti
Ekonomi & Pengurusan khasnya mereka yang dalam jurusan
9 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
perakaunan untuk mengenali dengan lebih baik salah satu daripada
badan professional perakaunan terbesar dan pantas berkembang
dengan misinya untuk membantu individu dan perniagaan
berkembang maju di sektor awam dan swasta. Sesi ini bakal
memberikan:
i. Pengenalan mengenai CIMA;
ii. Program-progam yang ditawarkan mereka; dan
iii. Faedah dan manfaat yang diperolehi menjadi seorang ahli
CIMA.
14.9 Sesi bersama Certified Practising Accountants Australia (CPA Australia)
Sesi ini diharap dapat memberikan gambaran kepada mahasiswa/I
mengenai CPA Australia yang merangkumi:
i. Pengenalan mengenai CPA Australia;
ii. Memberi penerangan berkenaan cara/langkah, kos dan apa
yang diperlukan untuk menjadi seorang ahli CPA Australia.
iii. Faedah dan manfaat yang diperolehi menjadi seorang ahli
CPA Australia.
14.10 Lawatan Industri (Pejabat Crowe Horwath Kuala Lumpur )
Lawatan industri adalah penting bagi memberi pendedahan kepada
mahasiswa/i yang sedang menjalani pendidikan profesional
khususnya dalam bidang perakaunan berkenaan bakal persekitaran
kerja mereka. Input-input yang dipelajari secara teori adalah tidak
cukup untuk menunjukkan kepada mereka apa yang sebenarnya
bakal mereka lakukan dalam profesion ini, skop tugas, etika dan
tanggungjawab serta kaedah operasi sesebuah syarikat/organisasi
yang berbeza-beza. Justeru, lawatan industri berfungsi sebagai salah
satu mekanisme untuk merapatkan jurang yang wujud antara
pembelajaran di dalam kelas dan persekitaran pekerjaan sebenar
melalui pendedahan praktikal. Selain itu juga, lawatan industri
memainkan peranan penting untuk:
i. membantu mahasiswa/i mendapatkan maklumat langsung
mengenai fungsi industri;
ii. berfungsi sebagai platform pembinaan hubungan antara
institusi dan industri;
10 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
iii. membantu meningkatkan kemahiran interpersonal dan
komunikasi; dan
iv. membantu untuk memahami apa yang boleh dan tidak boleh
dilakukan dalam amalan industri.
15.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
16.0 KEPERLUAN PERKHIDMATAN/KEMUDAHAN PROGRAM
i. Bas
ii. Khemah
iii. Kerusi & Meja
iv. Sofa
v. Alas meja, gelas VIP, dulang
vi. Pentas
vii. Tanaman hiasan
viii. Softboard
ix. Public Address System (PA System) & Walkie Talkie
x. Exhibition Cubicle
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila
hubungi:
Urusetia Minggu Perakaunan 2015
Kelab Perakaunan, Paras 4,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Muhammad Mukhazzam Bin Mansor)
No Tel : +60176471215
E-Mel : kazmansor@gmail.com
18.0 PENUTUP
Berdasarkan kepada matlamat, misi, dan objektif Minggu Perakaunan 2015
(ACW„15) yang telah digariskan menunjukkan bahawa tanggungjawab yang harus
11 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
dipikul oleh setiap ahli jawatankuasa pelaksana program adalah amat besar dalam
memastikan beberapa perkara dapat dicapai iaitu:
1. Memupuk integrasi dalam kalangan masyarakat berintelektual yang
mendokong aspirasi dan falsafah universiti.
2. Menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap aspek gerak kerja bagi mendidik
mahasiswa/i yang tinggi dengan nilai-nilai kemasyarakatan.
3. Memberi sumbangan dan komitmen penuh, terutamanya untuk menjaga
nama baik Pusat Perakaunan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan dan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Urusetia Minggu Perakaunan 2015 amat mengharapkan kerjasama daripada
semua pihak bagi memastikan kelancaran perjalanan gerak kerja yang seterusnya
akan menjayakan Minggu Perakaunan 2015 yang diharap dapat memberi impak
kepada golongan-golongan yang telah kami sasarkan. Segala bentuk sumbangan,
kerjasama dan keprihatinan yang diberikan amatlah kami hargai. Harapan kami agar
kertas kerja ini dipertimbangkan dan diluluskan dengan sempurna. Akhir kata, segala
kerjasama yang diberikan samada secara langsung mahupun tidak langsung, kami
dahului dengan ucapan terima kasih.
‘Mahasiswa Proaktif Pemacu Akauntan Kompetitif’
12 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
Disediakan oleh,
……………………………………………..
MUHAMMAD MUKHAZZAM MANSOR
Ketua Pengarah Minggu Perakaunan 2015,
Kelab Perakaunan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
No. Tel: 017-647 1215
Disemak oleh,
……………………………………………..
PROF. MADYA DR. NORADIVA HAMZAH
Penasihat Kelab Perakaunan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
No. Tel: 019-668 3755
Disokong oleh,
……………………………………………..
DR. NORLIN KHALID
Ketua Hal Ehwal Siswa & Alumni (HESA),
Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
No. Tel: 016-440 3702
Disahkan oleh,
……………………………………………..
PROF. MADYA DR. MOHAMAT SABRI HASSAN
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar, Akademik, Alumni dan Antarabangsa),
Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
13 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
MINGGU PERAKAUNAN 2015
KELAB PERAKAUNAN 2015 - 2016
PENAUNG
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGERUSI
Prof. Datin Noor Aziah Hj. Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENYELARAS
Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan
Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENASIHAT
Dr. Norlin Khalid
Ketua Hal Ehwal Siswa & Alumni (HESA)
Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM
PENASIHAT PROJEK
Prof. Madya Dr. Noradiva Hamzah
Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM
14 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
KETUA PENGARAH
Muhammad Mukhazzam Bin Mansor
FEP/3
A143403
017-647 1215
TIMBALAN PENGARAH
Nur Husna Binti Mohd Dahan
FEP/3
A143408
018-235 2711
SETIAUSAHA
Nur Shahirah Farhana Binti Mohamed
FEP/3
A143517
010-388 1241
TIMBALAN SETIAUSAHA
Nur Izzyan Athirah Binti Mohamad Nazri
FEP/3
A143346
013-411 0350
BENDAHARI
Sri Nur Izzati Binti Amdan
FEP/3
A143314
013-281 3320
TIMBALAN BENDAHARI
Afi Azri Bin Yahaya
FEP/3
A143257
017-645 8600
15 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
Pengarah Unit Program & Protokol : Marina Binti Izham A143327 FEP/3
Timbalan : Nur Amilina Shasha Binti Aminuddin A143362 FEP/3
Pengarah Unit Pemasaran : Nurfatiha Binti Abdul Hamid A143317 FEP/3
Timbalan : Nur Faridah Binti Abdull Rashid A143343 FEP/3
Pengarah Unit Keusahawanan & Jualan : Nur Atikah Binti Azman A143322 FEP/3
Timbalan : Muhammad Zulfadhli Faiz Bin Zainal A143508 FEP/3
Pengarah Unit Sukan & Rekreasi : Jayakumar A/L Arjunan A143506 FEP/3
Timbalan : Nurul Hafini Binti Mohd Kassim A143356 FEP/3
Pengarah Unit Cenderamata & Hadiah : Nursyafi Izzan Bin Zainal A143177 FEP/3
Timbalan : Mohammad Azrul Ashraf Bin Mohd Yazid A143357 FEP/3
Pengarah Unit Publisiti & Media : Devakumar A/L Roopa Das A143477 FEP/3
Timbalan : Mohd Taufik Bin Abd Jamil A143111 FEP/3
Pengarah Unit Teknikal & Tugas-tugas Khas : Aizad Bin Azlan A143193 FEP/3
Timbalan : Fatimah Binti Malmod A143173 FEP/3
Pengarah Unit Jamuan & Kebajikan : Ume Yana Binti Abdul Rahman A143424 FEP/3
Timbalan : Nor Khairil Azanil Bin Kamaruddin A143184 FEP/3
16 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM MINGGU PERAKAUNAN 2015
Hari & Tarikh Masa Program Tempat Objektif Keberhasilan Utama UKM
AHAD 22 November 2015
8.00 am – 12.00 noon FIT Malaysia x UKM Sekitar UKM 3.1 KRA 1.2
ISNIN 23 November 2015
8.00 am – 9.30 am Majlis Pembukaan Minggu Perakaunan „15 Dataran FEP 3.1 KRA 1.1 & KRA 1.3
10.00 am – 12.00 noon Sesi Bersama ACCA & Forum Bersama Industri “Meet & Greet the Industry” Dewan Kuliah 3.2 dan 3.3
KRA 3.1
2.00 pm – 4.00 pm Sesi Bersama CIMA Dewan Kuliah 3.2 dan 3.3
SELASA 24 November 2015
8.00 am – 11.00 am ACCA Accelerate Program Dewan Kuliah 3.1, 3.3 dan 3.4 KRA 1.2 & KRA 1.3
RABU
“A Day With MICPA” 25 November 2015
8.00 am – 5.00 pm MICPA Management Simulation Game Makmal Komputer 3.1 dan 3.4 KRA 1.1, KRA 1.2 & KRA 1.3
10.00 am – 1.00 pm MICPA Career Talk & Forum “Succeed in an Interview; It‟s Not That Hard” Dewan Kuliah 3.1, 3.2 dan 3.3 KRA 1.3 & KRA 3.1
2.00 pm – 4.00 pm Sesi Bersama Yayasan Peneraju Dewan Kuliah 3.2 dan 3.3 KRA 3.1
7.30 pm – 10.00 pm Program Kerohanian Bersama Pusat Islam Masjid UKM 3.1 KRA 1.2
KHAMIS 26 November 2015
8.00 am – 11.00 am Sesi Bersama CPA Australia Dewan Kuliah 3.2 dan 3.3 KRA 3.1
12.00 noon – 5.00 pm Lawatan Industri ke Pejabat Crowe Horwath Kuala Lumpur 3.1, 3.2 dan 3.3 KRA 3.1
JUMAAT 27 November 2015
8.00 am – 9.30 am Majlis Penutupan Minggu Perakaunan „15 Dataran FEP 3.1 KRA 1.1 & KRA 1.3
2.30 pm – 6.00 pm ESCAPE Run 2015: The Good, The Bad & The Uncertain Sekitar FEP 3.1 KRA 1.1 & KRA 1.2
*Aktiviti lain sepanjang minggu adalah gerai-gerai jualan barangan & makanan, indoor games, Accounting Quizmania, pertandingan fotografi, photobooth, Free Breakfast
Day
17 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
MINGGU PERAKAUNAN 2015
ANGGARAN PENDAPATAN
BIL PERKARA RM
1. Sumbangan Fakulti Ekonomi & Pengurusan 2 000
2. Sumbangan Pusat Perhubungan Mahasiswa & Perhubungan Alumni
500
3. Sumbangan Cenderamata daripada Fakulti 300
4. Pemasaran Pelajar 4 200
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 7 000
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA RM RM
1.
PUBLISITI
Program:
Kain rentang untuk skrin fakulti 16” x 12” 70
Bunting program (RM30 x 6 helai) 180
Kain rentang 8”x 3” (RM70 x 1 helai) 70
Poster A3 (RM5 x 20 helai) 100
Majlis perasmian & penutup
Pamplet (RM3 x 20 orang) 60
Kad jemputan (RM2 x 20 orang) 40
520
2.
JAMUAN & KEBAJIKAN
Perasmian & Penutup (RM3 x 200 orang) 600
VIP, Tetamu taklimat, forum & ceramah (RM10 x 50 orang)
500
Peserta (RM3 x 300 orang) 900
2 000
18 MAHASISWA PROAKTIF PEMACU AKAUNTAN KOMPETITIF
MINGGU PERAKAUNAN 2015
Accounting Week 2015 | 22 – 27 Nov 2015
3.
AKTIVITI
ESCAPE Run 2015: The Good, The Bad & The Uncertain
300
Lawatan Industri (Termasuk sebuah bas) 1 400
Program Kerohanian Bersama Pusat Islam 300
Free Breakfast Day 100
FIT Malaysia x UKM 200
2 300
4.
HADIAH & CENDERAMATA
Hadiah pertandingan
- Pertandingan fotografi 200
- Accounting Quizmania 100
- Indoor Games 100
- Hamper (RM 20 x 5) 100
Cenderamata VIP & penceramah (RM 15 x 20) 300
Sijil (95 keping) 180
Buku Cenderamata (RM 5 x 50 unit) 250
1 230
5.
PENGURUSAN
Kad nama 150
Pembelian alatan untuk pengurusan 200
Lain-lain belanja (kenderaan, petrol, pelbagai tuntutan)
300
650
6. RENCAM 300
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 7 000