Post on 28-May-2019
MANUAL MPK BIL : 84 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
GARISPANDUAN REKABENTUK
BANDAR TAPAK WARISAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i.
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii.
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 8
5.0 SUMBER KUASA 9
6.0 SKOP KERJA 9
7.0 PROSES KERJA 12
8.0 CARTA ALIR 14
9.0 PENUTUP 15
10.0 LAMPIRAN 15
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Manual ini disediakan adalah bertujuan
menghasilkan satu garispanduan rekabentuk bandar warisan berkaitan tatacara pengurusan pemeliharaan bangunan - bangunan di dalam kawasan zon pemeliharaan warisan bagi mencorak pembangunan di Klang yang mempunyai imej dan identiti yang jelas. Kepentingan Manual garispanduan ini disediakan adalah untuk memelihara dan memulihara aset semua tapak warisan yang terdapat di dalam daerah Klang. Sepatutnya usaha untuk memulihara tapak warisan ini telah dibuat pada peringkat awal lagi bagi membantu tapak-tapak warisan ini kekal dan tidak hilang ditelan zaman. Manual ini wajar disediakan dengan lebih terperinci bagi menunjukkan komitmen dan tanggungjawab Majlis Perbandaran sebagai salah satu agensi yang berusaha untuk membantu untuk mengekalkan, memulihara dan memlihara aset warisan di dalam daerah Klang. Secara tidak langsung usaha-usaha ini dapat membantu dan menyokong industri pelancongan di dalam daerah Klang. Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih Mohd Ikhsan Bin Mukri Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi TaalaWabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya
Manual Garis Panduan Rekabentuk Bandar Bandar
Warisan Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang ini
telah dapat diterbitkan. Ucapan syabas juga kepada
semua yang terlibat dalam menyumbang idea-idea dalam
menghasilkan Manual Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan Di
Kawasan Majlis Perbandaran Klang bagi Edisi Pertama ini. Buku "
Manual Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan Majlis
Perbandaran Klang " merupakan garis panduan edisi pertama yang
diterbitkan bagi memantapkan lagi pelaksanaan pembangunan
Bangunan Warisan di kawasan Majlis Perbandaran Klang. Tujuan garis
panduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada warga
Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual Garis Panduan ini
adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang serta
pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan sebagai rujukan.
Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
penghasilan Manual Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan
Majlis Perbandaran Klang. Adalah diharapkan agar apa yang
dirancang akan menepati matlamat penghasilan buku ini.
Wassalam.
En. Zailani Bin Panot
Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,
Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai dokumen rasmi Majlis yang akan menyediakan rujukan
dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang khususnya di
dalam menentukan dan mencorak pembangunan di Klang.
1.3 Menerangkan secara ringkas berhubung keperluan, program dan
pendekatan di dalam penyediaan garis panduan rekabentuk
Bandar Warisan Klang.
1.4 Manual garis panduan ini disediakan adalah untuk menggantikan
garis panduan lama Rancangan Tempatan Klang 2002-2015
khusus untuk sektor rekabentuk Bandar yang memerlukan kajian
terperinci dibuat seiring dengan pewartaan Rancangan
Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 1) 2020.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan Klang akan
memfokus kepada 3 tapak cadangan seperti berikut:
a) Pusat Bandar Klang Selatan
i. Di Sekitar Jalan Tengku Kelana, Jalan Dato’ Hamzah,
Jalan Raya Timur, Jalan Stesen, Jalan Tengku Diauddin dan
Jalan Stesen 1 meliputi Bangunan-bangunan Kerajaan dan lot-lot
kedai persendirian.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
6
ii. Bangunan-bangunan yang telah diwartakan sebagai
bangunan warisan iaitu Gedung Raja Abdullah dan Kota Raja
Mahadi.
iii. Terdapat 156 buah kedai persendirian di pusat Bandar
Klang Selatan yang telah disenaraikan sebagai bangunan
warisan yang mempunyai ciri-ciri bangunan yang signifikan dari
segi rekabentuk dan era pembangunan.
b) Pusat Bandar Klang Utara
i. Di sekitar Jalan Pos Baharu, Lorong Kepayang dan Jalan
Batu 3 Lama dan Lorong Batu 3 meliputi lot-lot kedai
persendirian.
c) Pusat Bandar Pelabuhan Klang
i. Di sekitar Jalan Persiaran Raja Muda Musa dan jalan Kem
yang meliputi lot-lot kedai persendirian.
3.0 DEFINISI (Merujuk Kepada Akta Warisan 2005)
3.1 Tapak warisan.
Merujuk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005 “ tapak
warisan” di difinisikan sebagai sesuatu tapak yang di tetapkan
sebagai tapak warisan dibawah seksyen 24.
3.2 Warisan
Membawa pengertian generik warisan kebangsaan, tapak, objek
dan warisan kebudayaan di bawah air sama ada disenaraikan
atau tidak di dalam akta.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
7
3.3 Pemuliharaan
Termasuk lah pemeliharaan, pembaik pulihan, pembinaan
semula, pemulihan dan penyesuaian atau mana-mana
gabungannya.
3.4 Pemeliharaan
Bermaksud memberhentikan kemerosotan lanjut, reput atau
keadaan usang dan menyediakan struktur yang selamat dan
kukuh. Tetapi tidak menjangkakan pembangunan semua yang
penting dan termasuk lah;
a. Teknik membantutkan atau meperlahankan proses
kemerosotan, reput atau keadaan usang sesuatu butiran atau
struktur.
b. Pembaikan keadaan struktur untuk menjadikan sesuatu
struktur selamat boleh didiami atau selainya berguna dan
c. Penyelengaraan biasa dan pembaikan kecil yang tidak
mengubah atau memudaratkan rupa fabrik atau sejarah
sesuatu struktur.
3.5 Pemulihan
Proses mengembalikan sesuatu harta kepada keadaan
kebergunaan melalui pembaikan atau pengubahan, yang
memungkinkan pengunaan semasa yang efisen sambil
memelihara bahagian dan ciri harta itu yang penting kepada seni
bina bersejarahnya.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
8
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
Struktur Organisasi Bagi Penyediaan Garispanduan Rekabentuk
Bandar Warisan, Majlis Perbandaran Klang
Timb. Perancang Bandar (J48)
EN. ZAILANI BIN PANOT
Pegawai Perancang Bandar (J41)
PUAN NORHAYATI BINTI MOHD LADZIM
Pen. Peg. Perancang Bandar (J29)
PN. IVANA MAS AYU BT MOHD ALI
Pembantu Tadbir (N17)
PN. AZIRA FAZLIANA BINTI MOHD SHAH
Juruteknik Perancang Bandar (J22)
PN NAFISAH BT ISMAIL
Juruteknik Perancang Bandar (J14)
EN ALI BIN MOHD NOOR
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
9
5.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual
adalah seperti berikut:
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171).
ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa, 1972 (AKTA 172).
iii. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
iv. Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)
v. Undang -Undang Kecil Bangunan Seragam1984.
vi. Pekeliling/Arahan daripada Yang Dipertua/Setiusaha
6.0 SKOP KERJA
6.1 Pengarah Perancang Bandar
Membuat semakan ke atas tapak cadangan yang telah dikenalpasti
untuk dimasukkan di dalam Garis Panduan Rekabentuk Bandar
Warisan dan bersetuju untuk dilaksanakan garis panduan tersebut.
Menyelaras ke atas semua Mesyuarat yang rancang berkaitan dengan
penyediaan Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis
Perbandaran Klang. Pengarah Perancang Bandar juga
bertanggungjawab untuk membentangkan kertas kerja yang
disediakan di peringkat Majlis untuk kelulusan. Pengarah Perancang
juga bertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan laporan
inventori dan Draf Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis
Perbandaran Klang yang dihasilkan oleh perunding mengikut
keperluan yang ditetapkan dan akan mengesahkan laporan tersebut.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
10
6.2 Pegawai Perancang Bandar
Mencadangkan kepada Pengarah Perancang Bandar
berkenaan lokasi tapak cadangan bagi penyediaan Garis
Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis Perbandaran
Klang. Setelah cadangan dan kawasan kajian dipersetujui di
peringkat jabatan, menyediakan kertas kerja untuk dirujuk ke
Mesyuarat Teknikal Pembangunan dan Mesyuarat Pengurusan
Majlis untuk kelulusan berkenaan cadangan penyediaan
garispanduan serta penubuhan Jawaankuasa Khas bagi
penyediaan Garis Panduan tersebut. Setelah mesyuarat
mempersetujui ke atas cadangan tersebut, Pegawai Perancang
Bandar dengan persetujuan Pengarah Perancang Bandar
mengatur mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Khas yang
dilantik bagi mengadakan perbincangan untuk mengadakan
program-program seperti lawatan dan bengkel bagi
mendapatkan dan mengumpul informasi.
Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk
mengatur lawatan dan bengkel sepanjang peyediaan Garis
Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis Perbandaran
Klang. Pegawai Perancang juga bertanggungjawab
mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama semua Ahli
Jawatankuasa yang telah dilantik. Pegawai Perancang akan
membuat tawaran sebutharga kepada mana-mana perunding/
pihak akademik yang berminat terlibat di dalam penyediaan
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis
Perbandaran Klang. Perlantikkan perunding selaras dengan
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
11
Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk
menyemak inventori bangunan warisan dan Draf Garis Panduan
Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis Perbandaran Klang yang
telah disediakan oleh pihak Perunding / pihak akademik.
Pegawai Perancang Bandar juga bertanggungjawab untuk
memohon kelulusan Draf Garis Panduan Rekabentuk Bandar
Warisan, Majlis Perbandaran Klang daripada Mesyuarat
Bulanan Majlis untuk kelulusan untuk diterimapakai di peringkat
Majlis.
6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar
Penolong Pegawai Perancang Bandar mengenalpasti lokasi
tapak cadangan untuk penyediaan Garis Panduan Rekabentuk
Bandar Warisan. Penolong Pegawai Perancang Bandar
membantu Pegawai Perancang Bandar menyediakan maklumat
bagi penyediaan kertas–kertas kerja mesyuarat, mengatur
mesyuarat khas bersama Jawatankuasa Khas yang telah
dilantik, membantu mengatur lawatan dan bengkel serta
membantu membuat semakan ke atas laporan inventori dan
laporan draf Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan yang
telah disediakan oleh Perunding / pihak akademik. Selain itu
juga, ia berperanan untuk menyediakan draf surat-surat
berkaitan dengan program dan mesyuarat yang diatur.
6.4 Juruteknik Perancang Bandar
Membantu Pegawai Perancang Bandar/ Penolong Pegawai
Perancang Bandar untuk menyediakan pelan-pelan berkaitan
dengan lokasi tapak cadangan bagi penyediaan Garispanduan
Rekabnetu Bandar dan sekiranya perlu, Juruteknik perlu
membuat siasatan tapak. Di samping itu juga, Juruteknik
Perancang Bandar terlibat untuk membantu Pegawai Perancang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
12
/ Penolong Pegawai Perancang Bandar untuk mengatur lawatan
serta bengkel yang dirancng. Juruteknik juga terlibat untuk
membantu membuat semakan ke atas laporan inventori dan
Draf Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan Majlis
Perbandaran Klang yang telah disediakan oleh pihak Perunding.
6.5 Pembantu Tadbir
Menaip kertas kerja dan surat-surat berkaitan penyediaan Garis
Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis Perbandaran
Klang serta membantu melaksanakan kerja yang diarahkan dari
semasa ke semasa.
7.0 PROSES KERJA
Berikut merupakan proses kerja bagi penyediaan garis panduan
rekabentuk Bandar.
a) Memohon Kelulusan Mesyuarat Teknikal Pembangunan dan
Mesyuarat Pengurusan Majlis.
Jabatan Perancang Bandar sebagai urusetia, akan
menyediakan kertas kerja berkenaan cadangan penyediaan
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan, Majlis
Perbandaran Klang untuk dirujuk ke Mesyuarat Teknikal
Pembangunan dan Mesyuarat Pengurusan Majlis untuk
kelulusan.
b) Mewujudkan Jawatankuasa Khas
Mewujudkan satu Jawatankuasa Khas yang akan membantu di
dalam menyediakan Garis Panduan Rekabentuk Bandar
Warisan serta memantau dari segi perlaksanaan garispanduan
tersebut. Jawatankuasa ini juga membantu di dalam
pengumpulan data tapak-tapak warisan di Klang. Mesyuarat
penyelarasan bersama Ahli Jawatankuasa Khas yang dilantik
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
13
akan diaturkan bagi mendapatkan pandangan mereka di dalam
penyediaan Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan.
c) Lawatan rasmi
Lawatan yang dicadangkan adalah ke tapak-tapak warisan
seperti di Pulau Pinang, Taiping dan Melaka Bandaraya
Bersejarah. Lawatan ini diperlukan bagi mendapatkan maklumat
dan melihat sejauh mana negeri-negeri ini melaksanakan
program pemuliharaan dan pemeliharaan Bandar termasuk
bangunan dan kawasan warisan.
d) Bengkel
Bengkel / sesi ‘Brainstorming’ akan diadakan bagi
membincangkan berkaitan data-data serta maklumat-maklumat
tapak warisan di Klang yang telah dikumpulkan oleh setiap
agensi / Jawatankuasa serta membincangkan berkenaan
laporan inventori dan cadangan Garis Panduan Rekabentuk
Bandar Warisan Majlis Perbandaran Klang yag telah dihasilkan
oleh pihak perunding / pihak akademik.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
14
8.0 CARTA ALIR
Proses Penyediaan Garis Panduan Rekabentuk Bandar.
Mewujudkan Jawatankuasa Khas
Mesyuarat perbincangan bersama ahli Jawatankuasa khas yang
dilantik
Lawatan rasmi
Bengkel pengumpulan data
Warisan Klang
Bengkel penambah baikan ke atas draf Garis Panduan Rekabentuk
Bandar
Lawatan tapak ke tapak warisan
Pengesahan draf akhir Garis panduan rekabentuk Bandar untuk ke lulusan mesyuarat pengurusan
Majlis dan mesyuarat penuh Majlis
Mendapatkan kelulusan mesyuarat teknikal dan Pengurusan Majlis bagi penyediaan Garis Panduan
Rekabentuk Bandar Warisan Klang.
Melantik pihak perunding di dalam penyediaan kajian inventori
Pembentangan daripada pihak perunding
Laporan kajian Pengarah Perancang
Bandar (J48)
EN. ZAILANI BIN PANOT
HD LADZIM
a. inventori b. Draf Garis Penduan
Rekabentuk Bandar Warisan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 84 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Majlis Perbandaran Klang
15
9.0 PENUTUP
9.1 Menyediakan satu Garis Panduan Rekabentuk Bandar Warisan
yang akan digunapakai sebagai dokumen rasmi Majlis oleh
warga Majlis Perbandaran Klang.
9.2 Menyediakan satu garis panduan khusus untuk tapak warisan
Klang bagi digunapakai oleh pengusaha-pengusaha, pemilik
bangunan, perunding professional di dlaam mengemukakan
permohonan pelan-pelan pembangunan di tapak warisan di
dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang.
9.3 Garis Panduan ini di sediakan sebagai alat kawalan
pembangunan bagi mengawal dan memulihara aset warisan di
dalam daerah Klang.
10.0 LAMPIRAN
10.1 Kajian Inventori Garis Panduan Rekabentuk Tapak Warisan
10.2 Garis Panduan Rekabentuk Tapak Warisan