Post on 14-Jul-2016
description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA
Lampiran 1BLAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : DARYLLICHELLE DAYANG ANAK DINGGUNPROGRAM : PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2012NAMA SEKOLAH : SK ABANG HAJI MATAHIR, SARIKEINAMA PROJEK/AKTIVITI : BEKAS PENSEL DIYTEMPOH PELAKSANAAN: 2 MINGGU
RASIONAL:
Memberi pendedahan kepada murid-murid pendidikan khas dengan aktiviti dalam
mata pelajaran Kemahiran Hidup.
OBJEKTIF :
1) Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid pendidikan khas.
2) Memberi peluang kepada murid merasai suasana membuat Bekas Pensil
DIY.
3) Meningkatkan penglibatan kanak-kanak dengan aktiviti membuat Bekas
Pensil DIY.
4) Menambah hasil kerja tangan murid pendidikan khas.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1) Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing.
2) Beliau mencadangkan kepada saya untuk melaksanakan satu aktiviti yang
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar iaitu Kemahiran Hidup.
3) Saya telah membuat kertas kerja dan disahkan oleh guru besar.
4) Tempoh dua minggu diberikan untuk saya mempersiapkan projek ini.
5) Saya perlu memastikan segala alatan yang digunakan dengan betul oleh
murid-murid.
JUN 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA
REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti :
Melalui projek ini, saya dapat mempelajari tugas seorang guru yang mengajar
murid-murid pendidikan khaskemahiran hidup kerana ini bukan suatu kerja yang
senang. Saya juga telah menitik beratkan keselamatan semasa projek ini dijalankan.
Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru
dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat sekolah
namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar dan
cadangan telah saya perolehi untuk menyiapkan projek membuat Bekas Pensel DIY
ini.
Murid-murid pendidikan khas juga dapat meningkatkan kreativiti mereka dalam
menghias bekas pensel. Dalam menghias bekas pensel, saya dapat melihat murid-
murid pendidikan khas mempunyai kreativiti sendiri sama seperti murid-murid
perdana.
2) Kelemahan Projek/Aktiviti :
Saya juga telah mendapati kelemahan sepanjang projek ini dijalankan. Salah satu
daripadanya adalah ketidakhadiran murid. Ketidakhadiran murid menyebabkan
projek ini tergendala seketika. Selain itu, aktiviti sekolah seperti sukan tahunan juga
menyebabkan projek ini tergendala.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, cadangan penambahbaikan adalah saya
perlu mengambil inisiatif sendiri dalam menyiapkan projek Bekas Pensel DIY ini.
Saya juga perlu merancang lebih awal projek ini agar projek ini dapat dijalnkan
seperti yang dirancang.
JUN 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA
KESIMPULAN :
Melalui projek Bekas Pensel DIY ini, saya mendapat banyak pengalaman dan
pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini, saya telah mengajar murid-murid
pendidikan khas menjahit. Dalam mengajar murid-murid pendidikan khas, ia
memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
Diharapkan dengan terlaksananya projek Bekas Pensel DIY ini dapat meningkatkan penglibatan murid-murid dan guru-guru. Secara tidak langsung, diharapkan program ini dapat mencungkil kreativti murid-murid pendidikan khas. Apa yang lebih penting, program ini juga dapat memberikan pengalaman yang berguna serta mengintegrasikan kemahiran yang telah dipelajari oleh guru-guru pelatih. Semoga apa yang dihasrat dalam pelaksanaan program ini dapat terlaksana dan objektif yang disasarkan tercapai hendaknya seperti yang diharapkan.
JUN 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA
Gambar-gambar Pelaksanaan:
Murid-murid pendidikan khas menjahit kain felt
JUN 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA
Guru menunjukkan cara menjahit kain felt
JUN 2012