Post on 08-Apr-2016
LAPORAN CERAMAH/BENGKELPROGRAM BINA INSAN GURU
TAHUN 2013
NAMA PELAJAR PPG : FAIZAH BINTI AB HALIM@AWANGAMBILAN : PPG AMBILAN JUN 2011 (KOHORT 1)SEMESTER : SEMESTER 4OPSYEN : BAHASA MELAYU (KUMPULAN 3)PERINGKAT : 2TARIKH : 11 MEI 2013 / SABTUTEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTEH,
PASIR GUDANG, JOHOR
LAPORAN REFLEKTIF:
TAJUK : CERAMAH PEMBINAAN INSAN YANG SEIMBANG
(A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA
Pada 11 Mei 2013 (Sabtu) yang lalu, bertempat di SK Pasir Puteh, Pasir
Gudang telah diadakan Ceramah Pembinaan Insan Yang Seimbang bagi
melaksanakan Program BIG fasa 2 oleh pelajar PPG semester 4 yang terdiri
daripada pelajar-pelajar dari kelas MT4, BM3 dan BM4. Program ini merupakan
salah satu komponen yang perlu dilaksanakan di mana ia terdapat dalam
proforma kursus pada semester ini. Program Bengkel dan Ceramah ini
merupakan satu program wajib bagi setiap pelatih PPG Ambilan Jun 2011 . Oleh
yang demikian sebuah jawatankuasa kerja induk telah dibentuk dan diberikan
tanggungjawab berdasarkan bidang tugas tertentu. Ceramah tersebut telah
diadakan di Biik Mesyuarat SK Pasir Puteh. Seramai dua puluh lima orang guru
yang terdiri daripada pelajar-pelajar PPG MT4,BM3 dan 4 telah menjadi peserta
bagi ceramah berkenaan.
1
Encik Roslan Daud , guru dari SK Pasir Puteh, Pasir Gudang yang
merupakan ahli kelas Bahasa Melayu kumpulan 3, telah diberi tanggungjawab
untuk menjadi penceramah bagi menyampaikan ceramah pembinaan insan yang
seimbang ini. Ceramah ini telah bermula pada jam 2.00 petang. Penggunaan
LCD Projektor dan paparan perisian MS Power Point telah digunakan sebagai
sumber kepada penceramah semasa menyampaikan ceramah berkenaan
pembinaan insan yang seimbang ini. Alhamdulillah, sesi ceramah ini dapat
dilaksanakan dan tamat dengan jayanya tepat jam 5.00 petang.
Tujuan utama bengkel dan ceramah ini diadakan adalah untuk
menyampaikan seberapa banyak input berguna yang berkaitan kerjaya keguruan
sebagai bekalan tambahan kepada kami selaku guru untuk mendidik anak
bangsa supaya menjadi insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani,emosi
dan intelek.
ISU / MASALAH
Adat bagi setiap program yang dilaksanakan, pasti terdapat sebarang masalah.
Begitu juga dengan Ceramah Pembinaan Insan Yang Seimbang bagi Program
Bina Insan Guru (BIG) yang dilaksanakan ini. Antara masalah yang dihadapi
semasa pelaksanaan ceramah ini ialah:
Sebelum Aktiviti
1. Pemilihan tempat yang sesuaiPemilihan tempat bagi mengadakan CERAMAH PEMBINAAN INSAN YANG SEIMBANG ini menjadi masalah utama bagi kami dalam
menjalankan Program Bina Insan Guru fasa 2. Ini kerana program ini
melibatkan guru-guru pelatih PPG dari kelas Matematik kumpulan 4,
Bahasa Melayu kumpulan 3 dan 4. Justeru itu, kami harus memilih tempat
dan lokasi yang sesuai agar semua ahli kelas dapat menghadirkan diri
2
ketika melaksanakan bengkel berkenaan. Tempat yang paling sesuai
mengadakan bengkel adalah di sekolah kerana ianya melibatkan murid-
murid. Justeru itu, hasil perbincangan kami bersetuju mengadakan
bengkel dan ceramah di SK Pasir Puteh. Walau bagaimanapun, jarak
yang agak jauh dari tempat tinggal ke SK Pasir Puteh merupakan salah
satu masalah yang agak rumit kepada kami memandangkan semua ahli
tinggal berjauhan di daerah yang berasingan dari Pasir Gudang. Walau
bagaimanapun, demi melaksanakan tugasan kami tetap berusaha
menghadirkan diri ke sekolah yang telah ditetapkan.
2. Pemilihan tarikh yang sesuai.Menetapkan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan ceramah ini
merupakan antara masalah lain yang kami hadapi. Ini kerana kesibukan
kami sebagai guru sangat membataskan masa untuk berkumpul bagi
melaksanakan program ini. Justeru itu, kami terpaksa memilih tarikh,
waktu dan masa yang sesuai agar rakan-rakan guru PPG dan murid-murid
dapat bersama-sama melibatkan diri dalam CERAMAH PEMBINAAN INSAN YANG SEIMBANG ini. Hasil perbincangan, kami sepakat
memutuskan 11 Mei 2013 sebagai masa yang paling sesuai untuk
mengadakan bengkel tersebut walaupun ianya merupakan hari cuti bagi
murid-murid. Alhamdulillah, murid-murid dapat memberikan kerjasama
dengan kehadiran murid yang amat memberangsangkan.
3. Tiada peruntukan kewangan Peruntukan kewangan merupakan salah satu masalah dalam
melaksanakan aktiviti ini. Justeru itu, kami telah sepakat menyumbang
RM20 seorang untuk menampung kos perbelanjaan dan jamuan bagi
bengkel dan aktiviti-aktiviti lain sepanjang Program Bina Insan Guru (BIG)
ini.
3
(B) Analisis SWOT
(i) KEKUATAN
1. Kehadiran penuh oleh semua peserta CERAMAH PEMBINAAN INSAN YANG SEIMBANG yang terdiri daripada guru-guru PPG kelas MT4, BM3
dan 4.
2. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan PPG
Matematik kumpulan 4,Bahasa Melayu kumpulan 3 dan 4, Guru Besar,
guru-guru Penolong Kanan, rakan-rakan guru, staf-staf sekolah serta
PIBG SK Pasir Puteh.
3. Disiplin baik yang ditunjukkan oleh peserta-peserta sepanjang ceramah
dijalankan.
4. Ceramah dan bengkel berserta tayangan slaid MS Power Point berjaya
menarik minat dan perhatian peserta terhadap sesi bengkel yang
dijalankan.
5. Salinan bahan-bahan edaran berkaitan CERAMAH PEMBINAAN INSAN YANG SEIMBANG.
6. Penceramah juga dapat menyampaikan isi ceramah dengan suara, gaya
dan intonasi yang baik kepada para peserta.
7. Masa 3 jam yang diperuntukan bagi sesi ceramah amat sesuai dan
mengikut perancangan.
8. Sesi ceramah bersifat dua hala di mana terdapat sesi soal jawab semasa
sesi ceramah dijalankan.
9. Setiap masalah yang timbul dapat diatasi melalui perbincangan bersama.
(ii) KELEMAHAN
1. Dalam ceramah ini, peserta-peserta telah penat melaksanakan aktiviti
gotong-royong pada waktu pagi menyebabkan sesi ceramah agak hambar
walaupun sesi dua hala .
2. Kekangan masa bagi melaksanakan aktiviti ceramah ini di mana perlu
mengikut kelapangan masa guru dan penceramah.
4
3. Taklimat BIG yang agak lewat dilakasakan menyebabkan guru-guru PPG
terpaksa menyusun jadual memandangkan beban kerja yang agak berat
di sekolah.
(iii) PELUANG
1. Kemudahan infrastruktur dan guru-guru yang berpengalaman akan
menjadikan aktiviti dan program yang dijalankan lebih tersusun.
2. Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat sokongan pihak pentadbir.
3. Sesi bengkel dan ceramah berkaitan pembinaan insan yang cemerlang
mendapat sambutan yang baik daripada kalangan guru PPG dan
mendapat pujian daripada pensyarah , Cik Zuliana Binti Raya pensyarah
bagi kumpulan MT4.
4. Kebanyakan peserta berminat dan seronok menyertai bengkel seperti ini.
(iv) ANCAMAN
1. Sikap guru yang bosan merupakan antara masalah dalam menjalankan
sesi bengkel dan ceramah bagi program BIG ini. Ini jelas kelihatan apabila
guru mula gelisah dan kurang memberi perhatian terhadap sesi ceramah
yang disampaikan.
2. Penyediaan kemudahan infrastuktur yang kurang menyebabkan sesi
ceramah lambat dimulakan.
3. Kesukaran untuk mendapatkan penceramah yang pakar dalam bidang
profesionalisme guru.
5
REFLEKSI BIG ( CERAMAH & BENGKEL )i. Pembinaan Insan Guru Seimbangii. Guru Insan Mulia
PENGENALAN
Pada 11 Mei 2013 bersamaan hari Sabtu, satu BENGKEL & CERAMAH
bagi program Bina Insan Guru telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat SK
Pasir Puteh. Program ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada
pukul 5.00 petang. . Program ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu sesi 1,
penerangan mengenai Pembinaan Insan Guru Seimbang telah disampaikan oleh
Encik Roslan bin Daud GPK Petang SK Pasir Puteh . Manakala pada sesi kedua,
ceramah mengenai Guru Insan Mulia juga disampaikan oleh Encik Roslan bin
Daud. Tujuan utama bengkel dan ceramah ini diadakan adalah untuk
menyampaikan seberapa banyak input berguna yang berkaitan sikap dan
tingkahlaku guru semasa mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang
seimbang dari segi rohani, jasmani,emosi dan intelek. Terdapat beberapa
kelebihan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti melalalui penganjuran
ceramah dan bengkel ini. Kelebihan-kelebihan serta kekurangan-kekurangan
semasa pelaksanaan program ceramah dan bengkel ini adalah seperti yang
berikut.
KELEBIHAN
Melalui penganjuran bengkel dan ceramah ini, terdapat banyak input dan
informasi yang berguna yang dapat kami aplikasikan dalam kehidupan seharian
sebagai seorang pendidik. Pertamanya, melalui ceramah yang disampaikan oleh
Encik Roslan bin Daud iaitu mengenai ciri-ciri guru seimbang merujuk kepada
cirri peribadi, cirri mengajar dan cirri intelektual. Bukan itu sahaja malah ada juga
menyentuh tentang tanggungjawab serta penguasaan dan cabaran dunia
pendidik di mana sebagai seorang pendidik di zaman sekarang terlalu banyak
perubahan yang berlaku dan kita mestilah sering berusaha untuk mengubah diri
ke arah yang lebih baik. Melalui ceramah yang disampaikan, kami dapat
mengenalpasti sebagai seorang guru yang berinovatif pertamanya, guru
6
tersebut boleh membuat keputusan dengan yakin dan bersifat kreatif dalam
menyelesaikan sesuatu perkara. Membuat keputusan ialah satu proses memilih
satu bentuk tindakan dari dua atau lebih alternatif. Kedua, guru yang bersifat
inovatif juga perlu menerima komen dan teguran di atas perubahan diri mereka
atau di atas sesuatu keputusan yang telah dibuat dan dinilai oleh orang lain.
Sebagai seorang guru juga kita perlu menerima komen orang lain tanpa mengira
komen tersebut sama ada ia berbentuk pujian atau kritikan. Ini adalah kerana ia
merupakan sebahagian dari akauntabiliti dan merupakan cara yang terbaik untuk
memperbaiki kelemahan diri. Kelebihan lain semasa ceramah ini disampaikan
ialah, kami dapat mengetahui cara-cara berkomunikasi dan menyampaikan
maklumat yang berkesan kepada pendengar. Penceramah ini menggunakan
strategi yang pelbagai dalam menyampaikan ceramah beliau supaya intipati
yang disampaikan dapat difahami oleh kami. Mereka juga menyelitkan beberapa
unsur kecindan supaya kami dapat mengikuti program ini dengan jayanya tanpa
rasa bosan atau mengantuk.
Ceramah mengenai guru insan mulia juga banyak memberikan input
berguna kepada kami guru-guru. Ceramah ini menambahkan lagi semangat kami
untuk terus mengikuti ceramah ini kerana memandangkan adanya pengiktirafan
untuk warga pendidik. Sajak-sajak yang dipaparkan amat menyentuh hati kami
yang adakalanya terguris akibat pendapat yang terlalu agresif, memandang
remeh terhadap tanggungjawab seorang pendidik.
KEKURANGAN
Terdapat juga beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti semasa
program ini dijalankan. Antaranya ialah dari segi pengurusan. Guru PPG tidak
dapat hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Ini berkemungkinan
disebabkan guru-guru mempunyai komitmen yang lain di sekolah sendiri. Guru-
guru PPG juga telah kepenatan kerana pada waktu paginya telah melaksanakan
aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Kampung Pasir Putih.
Selain itu, terdapat juga gangguan persekitaran dimana guru-guru PPG keluar
7
dan masuk ke bilik mesyuarat sesuka hati. Perkara ini menyebabkan berlaku
sedikit gangguan kepada guru-guru lain yang sedang mendengar ceramah yang
disampaikan. Semasa sesi kedua ceramah disampaikan pula, terdapat sedikit
kesulitan dimana pihak ahli jawatankuasa program ini tidak dapat menyediakan
laptop untuk penceramah. Oleh sebab itu, berlaku gangguan masa dan perkara
ini menyebabkan sesi ceramah yang kedua dimulakan tanpa mengikut tentatif
yang disediakan.
PENAMBAHBAIKAN
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan
oleh kami berdasarkan kekurangan yang berlaku semasa program ceramah
dan bengkel diadakan pada kali ini, antaranya dari segi teknikal, iaitu penyediaan
kemudahan infrastruktur kepada penceramah. Semua pelatih PPG dapat
mendengar ceramah dengan tekun kerana bilik yang kami pilih ini sangat
kondusif. Sesi ceramah perlu dimulakan pada waktu pagi untuk mengelakkan
pelatih berasa mengantuk. Penambahbaikan kedua pula ialah melalui teguran
kepada pelatih-pelatih yang kerap keluar ke tandas. Antara teguran ialah supaya
mengurangkan pergerakan keluar masuk dan menghormati jemputan semasa
menyampaikan ceramah. Bagi penambahbaikan ketiga pula ialah, ahli
jawatankuasa program perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang
dianggap perlu seperti laptop. Ini untuk mengelakkan daripada sebarang
gangguan yang boleh menyebabkan kelewatan program. Diharapkan melalui
cadangan penambahbaikan yang diutarakan, permasalahan yang sama tidak
akan berulang untuk program seterusnya.
CADANGAN / RUMUSANProgram Ceramah dan Bengkel ini merupakan program yang amat bagus
dan sesuai kepada kami selaku guru yang menyambung belajar melalui mod PJJ
ini untuk mendapat segulung ijazah kelak.Segala ilmu dan pengalaman yang
diperolehi amat bernilai dan berharga kepada kami.Walaupun kami sudah
bergelar guru program ini banyak memberi pendedahan yang amat bernilai
8
kepada kami. Saya mencadangkan pada masa akan datang agar program ini
diteruskan dan aktiviti yang lebih menarik dan berkualiti dilaksanakan dan
dipelbagaikan bagi melatih dan memberikan pengalaman yang tidak ternilai
kepada kami.
9