Post on 09-Jul-2015
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
Zali meminati seorang pengawas sekolah bernama Zalina. Badar
dan Jais telah mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada
Zalina untuk berkenalan dengan gadis tersebut.
Badar dan Jais menyuruh Zali menulis surat tanpa nama pengirim
dan menyatakan niatnya ingin berkenalan dan bersahabat dengan
Zalina. Surat tersebut diletakkan di bawah meja Zalina tanpa diketahui
oleh sesiapa kecuali mereka bertiga.
Setelah membaca surat pemberian Zali, Zalina membawa surat
tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil berasa marah dan meminta
pelajar yang menulis surat kepada Zalina mengakui perbuatannya.
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
Namun, tidak ada sesiapa yang mengaku menulis surat
tersebut. Lalu, Cikgu Halil terpaksa memeriksa semua tulisan
pelajar untuk mengecam bentuk tulisan yang sama seperti
di dalam surat tersebut.
Akhirnya, mereka dapat tahu bahawa penulis surat
tersebut ialah Zali. Zali meminta maaf kepada Cikgu Halil
dan Zalina.
Zalina memaafkan Zali dan Zali mengucapkan terima
kasih kerana memaafkannya. Zalina meminta Zali agar tidak
mengulanginya lagi
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
TemaKewajipan mematuhi peraturan sekolah dan utamakan pelajaran daripada cinta monyet
Persoalan i. Pergolakan jiwa remaja di alam persekolahan ii. Pengaruh rakan sebaya yang kuat terhadap remaja iii. Tanggungjawab guru dalam menyelesaikan masalah yang timbul iv. Kepentingan mengekalkan hubungan persahabatan
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
i. Permulaan Perbualan di antara Badar, Jais dan Zali. Badar dan Jais cuba mengorek rahsia Zali yang meminati Zalina.
ii. Perkembangan Badar dan Jais mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina. Badar dan Jais juga menyuruh Zali merahsiakan identitinya. Surat itu diletakkan di bawah meja Zalina
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
iii. Klimaks Zalina memberi surat tersebut kepada Cikgu Halil. Cikgu Halil berasa marah dan menyuruh semua pelajar mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu Halil cuba mengesan orang yang menulis surat kepada Zalina melalui tulisan yang terdapat pada buku latihan.
iv. Peleraian Cikgu Halil berjaya mengesan penulis surat tersebut. Zali meminta maaf kepada Zalina. Zalina memaafkan Zali dan menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
Zali • Rakan baik kepada Badar dan Jais • Ingin berkenalan dengan Zalina • Berani mengakui kesilapannya
Badar • Rakan Zali dan Jais • Pandai mempengaruhi Zali
Jais • Rakan Zali dan Badar • Pandai mempengaruhi Zali
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
Zalina • Seorang pengawas sekolah • Seorang yang tegas, bijak dan cantik • Baik hati kerana memaafkan Zali
Cikgu Halil • Seorang guru yang tegas dan baik hati • Bijak menyelesaikan masalah
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
Latar i. Masa : pada waktu pagi ii. Tempat : di dalam kelas, di bawah
pohon berhampiran dengan kawasan lapang
iii. Masyarakat : masyarakat pelajar yang nakal,
masyarakat pelajar yang berani masyarakat guru
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
Gaya Bahasa i. Simile: Mukanya merah bagai udang
bakar, berlingkar macam ular sawa kekenyangan
ii. Metafora: ibunya dibaluti kesusahan, kotak fikiran, membatukan diri
iii. Peribahasa: sebesar kangkang kera, memasang telinga, jalan pintas
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
i. Bijak - Cikgu Halil bijak menyelesaikan masalah yang berlaku
ii. Berani - Zalina berani menunjukkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil
iii. Baik hati - Zalina sedia memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Zali
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
i. Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul ii. Jangan mudah termakan pujukan dan hasutan rakan-rakan iii. Kita hendaklah memaafkan individu yang sedar akan kesilapan yang dilakukan
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com
jahirjowan@gmail.comcikgubmupsi.blogspot.com