Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat
-
Upload
joe-zulkefli -
Category
Documents
-
view
3.752 -
download
0
Transcript of Ksj puisi tradisional pantun 4 kerat berjimat cermat
Puisi TradisionalPantun Empat Kerat( Berjimat Cermat)
Pergi ke belukar memasang pikat, Pulangnya lewat di hujung petang; Jikalau sentiasa berjimat cermat, Rezeki secupak terasa segantang.
Maksud : Berasakan bahawa rezeki yang diperoleh mencukupi jika kita suka
mengamalkan sikap berjimat cermat.
Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga selatan; Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan.
Maksud : Berjimat cermat merupakan amalan yang terpuji, manakala membazir
pula merupakan amalan yang keji.
Masak meranum buah ara, Jatuh sebiji di atas papan; Jika berjimat setiap perkara, Pasti terjamin masa hadapan.
Maksud : Orang yang berjimat cermat dapat menjamin masa depan yang cerah.
Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga buat sayuran; Membesar belanja sikap sesia, Hanya menambah beban kewangan.
Maksud : Orang yang suka berbelanja berlebih-lebihan akan menanggung
hutang yang banyak.
Singgah berehat di Kota Lama, Kuih dijamah air dihirup; Berjimat cermat suruhan agama, Jika diamal sejahteralah hidup.
Maksud : Orang yang berjimat cermat akan hidup bahagia kerana amalan ini
merupakan tuntutan agama.
Inderagiri pasirnya lumat, Tempat berkelah putera raja; Baik sedikit tetapi berjimat, Daripada banyak membazir sahaja.
Maksud Memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat cermat lebih baik daripada
memiliki harta yang banyak tetapi membazir.
Turun ke ladang memetik kacang, Hendak dibuat masak lemak; Segala urusan jika terancang, Sikap membazir pasti terelak.
Maksud : Rancanglah perbelanjaan agar tidak
membazir.
Tema Menggalakkan manusia agar berjimat cermat
dan mengelakkan pembaziran.
Persoalan Amalan berjimat cermat merupakan amalan
yang mulia. Orang yang berjimat cermat akan hidup
senang. Sikap boros akan membinasakan diri. Merancang perbelanjaan memberi kebaikan
kepada kita.
Unsur alam - kacang, sayur, pasir, belukar Metafora - rezeki secupak terasa segantang Aliterasi - hanya menambah beban
kewangan (pengulangan konsonan ‘n’) Asonansi - jikalau sentiasa berjimat cermat
(pengulangan vokal ‘i’)
Rasional - bijak dalam merancang perbelanjaan.
Kesederhanaan
- bersederhana dalam berbelanja.
Kesyukuran - bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Amalkan sikap berjimat cermat kerana membazir itu perbuatan syaitan.
Jangan boros dalam berbelanja dan elakkan daripada menanggung hutang.
Rancanglah perbelanjaan dengan bijak. Amalkan sikap berjimat cermat agar masa
depan lebih selamat dan terjamin.