Post on 23-Oct-2020
1
Kertas Konsep Pelaksanaan MS 1900:2014
Perkara: Tiga Nilai Penerapan Syariah Dalam Mencapai MS 1900:2014
Tiga Nilai Utama Dalam MS 1900:2014
1- Syura (Musyawarah)
Islam telah memberi penekanan khusus kepada syura sehinggakan
sebuah surah diberi nama oleh Allah S.W.T. dengan perkataan 'Syura'.
Surah ke-42 ini mengandungi 53 ayat, Makkiah. Ini bererti perintah
melaksanakan syura oleh Allah S.W.T. telah bermula sebelum hijrah
Rasulullah S.A.W. ke Madinah lagi.
Syura merupakan istilah yang diperkenalkan oleh al-Quran.
Secara ringkas ia membawa erti sebagai amalan bermesyuarat. Ia
merupakan satu proses komunikasi yang mengandungi perbincangan,
perundingan, percambahan fikiran, pengumpulan dan pertukaran
maklumat, pengumpulan fakta dan data serta pengumpulan dan
pertukaran pelbagai idea dari setiap sudut.
Intipati daripada saripati idea yang terbaik disimpulkan menjadi
keputusan. Keputusan syura merupakan suara majoriti dan bersama
untuk mencapai matlamat iaitu kebenaran. Keputusan itu dilaksanakan
dalam bentuk tindakan oleh setiap individu secara bersama, menyeluruh
dan bersepadu.
Di antara kebaikan dan kepentingan syura adalah :
2
a. Memberi peluang penyertaan dan penglibatan ahli yang luas
dalam setiap keputusan yang diambil untuk kepentingan, kebaikan
dan kebajikan semua.
b. Mengelakkan amalan diskriminasi dan berpuak-puak.
c. Kesepakatan idea adalah lebih baik daripada berpusat kepada
individu dan kumpulan kecil tertentu. Sesuatu isu, cabaran,
halangan dan masalah itu dapat dilihat secara menyeluruh dari
pelbagai sudut dan terperinci.
d. Bertanggungjawab mengurangkan kesilapan dan kesalahan dalam
membuat sesuatu keputusan penting.
e. Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni seperti sifat ikhlas,
amanah dan bertanggungjawab. Setiap individu memberikan
sumbangan terbaik dari segi idea dan mereka bertanggungjawab
pula untuk bertindak melaksanakan keputusan itu.
f. Melahirkan tindakan bersepadu dalam pelaksanaan keputusan
yang telah dipersetujui bersama.
g. Menghormati dan memperkukuhkan budaya ilmu, profesionalisme
dan kepakaran.
h. Memupuk dan memperkukuh persepakatan dan perpaduan atas
dasar hormat menghormati, kasih mengasihi, muhibah dan
persaudaraan (ukhuwah Islamiah).
i. Organisasi mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada
kakitangan. Negara pula mendapat kesetiaan dan pengorbanan
daripada rakyatnya untuk menghadapi semua kemungkinan.
3
j. Melahirkan keutuhan dan kestabilan organisasi dan negara dari
segi pengurusan, politik, ekonomi dan sosial.
k. Melahirkan kemakmuran, kesejahteraan dan keharmonian
individu, keluarga, masyarakat, organisasi, negara dan
antarabangsa.
l. Mendapat keredaan Allah S.W.T.
Sementara itu, pengabaian syura membawa implikasi buruk
seperti meluasnya konflik dan krisis dalam keluarga, masyarakat,
organisasi, negara dan antarabangsa. Ia juga mengakibatkan
perpecahan, perbalahan dan persengketaan, di samping melahirkan
amalan autokrasi dan nepotisme yang akhirnya membawa kepada
kemunduran keseluruhan dan kehancuran.
Kebaikan dan kepentingan syura dan implikasi buruk akibat
pengabaiannya ada dalam ilmu Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana.
Firman Allah S.W.T.,
نَ ُهمْ َوأَْمُرُهْم ُشوَرى بَ ي ْ
Maksudnya: “Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat
sesama mereka.”
(Surah asy-Syura: 38).
ْل ِلْنَ َعَلى اهلِل ِإنَّ اهلَل يُِ َوَشاِوْرُهْم ِف اْْلَْمِر فَِإَذا َعَزْمَت فَ تَ وَكَّ تَ وَكِلُ
ُّبا اُ
4
Maksudnya: “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah
berazam (setelah bermesyuarat untuk (berbuat sesuatu) maka
bertakwalah kepada Allah. Kerana Allah mengasihi orang-orang yang
bertawakal kepadaNya.”
(Surah Ali Imran: 3:159).
Antara hadis-hadis nabi S.A.W. yang menyentuh tentang syura:
وََّل َعَليَّ َما َلَْ َعْن َأِب ُهَريْ َرَة قَاَل:قَاَل َرُسوُل اللَِّه َصلَّى اللَُّه َعَلْيِه َوَسلََّم: َمْن تَ قَ أَُقْل فَ ْلَيَتبَ وَّْأ َمْقَعَدُه ِمْن النَّاِر َوَمْن اْسَتَشارَُه َأُخوُه اْلُمْسِلُم فََأَشاَر َعَلْيِه بَِغْْيِ ُرْشٍد
َا ِإْْثُُه َعَلى َمْن أَفْ َتاهُ َيا َغْْيِ ثَ ْبٍت فَِإَّنَّ فَ َقْد َخانَُه َوَمْن أَفْ ََت بُِفت ْ
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.A.: Rasulullah S.A.W. telah
bersabda: "Sesiapa mengatakan sesuatu atas namaku yang aku tidak
mengatakannya, maka hendaklah dia menyiapkan tempat duduknya di
neraka dan sesiapa diminta bermesyuarat oleh saudaranya sesama
Muslim lalu dia memberikan pendapatnya dengan menyimpang dari
kebenaran maka dia telah mengkhianatinya dan sesiapa memberi fatwa
dengan fatwa yang tidak jelas (kebenarannya), maka dosanya adalah
bagi orang yang memberikan fatwa."
(Hadis 7918 Musnad Ahmad, Sanadnya sahih / Syeikh Ahmad Syakir)
ا َساَر َرُسوُل اللَِّه َصلَّى اللَُّه َعَلْيِه َوسَ ََ فَاْستَ َعْن أََنٍس قَاَل َلمَّ ََ َبْدٍر َخَر َشاَر لََّم ِإِضَي َتَشاَرُهْم فََأَشاَر َعَلْيِه ُعَمُر رَ النَّاَس فََأَشاَر َعَلْيِه أَبُو َبْكٍر َرِضَي اللَُّه َعْنُه ُُثَّ اسْ
5
َا يُرِيدُكُ لَِّه ََل ْم فَ َقاُلوا يَا َرُسوَل اللَِّه َوالاللَُّه َعْنُه َفَسَكَت فَ َقاَل َرُجٌل ِمْن اْْلَْنَصاِر ِإَّنَََّلم َنُكوُن َكَما قَاَلْت بَ ُنو ِإْسَرائِيَل ِلُموَسى َعَلْيِه السَّونَ اْذَه ُّْب أَْنَت َورَباَك فَ َقاِتََل ِإنَّا َهاُهَنا قَاِعدُ } }
ُلَغ ب َ ِبِل َحَتَّ تَ ب ْ ْرََ اْلِغَماِد َلُكنَّا َمَعكَ َوَلِكْن َواللَِّه َلْو َضَرْبَت َأْكَباَد اْْلِ
Maksudnya: Daripada Anas R.A. berkata; "Ketika Rasulullah S.A.W.
melakukan perjalanan menuju peperangan Badar, baginda keluar
mendapatkan pendapat kepada para sahabat, maka Abu Bakar pun
memberinya pandangan. Setelah itu baginda meminta pandangan lagi
kepada para sahabat, maka Umar R.A. pun memberi pandangan,
akhirnya baginda diam. Lalu seorang laki-laki dari kaum Anshar berkata;
"Bahawasanya baginda memerlukan kalian, para sahabat pun berkata:
"Wahai Rasulullah, demi Allah kami tidak ingin seperti Bani Isra`il yang
berkata kepada Musa A.S.: "Kerana itu pergilah kamu bersama
Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya
duduk menanti di sini saja. Akan tetapi, demi Allah, sekiranya engkau
pukul punggung unta hingga engkau sampai Barkal Ghahimad (nama
tempat) kami akan tetap bersamamu." (Hadis 11584, Musnad Ahmad,
Isnadnya sahih di atas syarat syaikhan / al-Albani)
Adab : Syura mesti dilaksanakan dengan penuh akhlak, etika dan
adab dari pengerusi hinggalah setiap ahli. Tanpa adab, mesyuarat
menjadi medan sindiran, kutukan, melepas geram, pertengkaran,
perbalahan dan sebagainya.
Sesungguhnya syura memainkan peranan penting di dalam
kehidupan manusia ke arah kesejahteraan, keamanan dan kebahagiaan
sejagat.
6
2- Ketelusan
Ketelusan bermaksud keadaan atau sifat yang terus terang, tiada hal
yang tersembunyi dan boleh disangsikan. (Kamus Dewan edisi
keempat). Ia merupakan satu keadaan yang tidak menimbulkan
keraguan. Dalam Islam, sifat yang jelas sehingga tidak menimbulkan
keraguan adalah sangat dituntut pada setiap bentuk amalan dan
tugasan yang dilakukan.
Dengan meneliti dalil-dalil syarak, tuntutan meninggalkan perkara
dan keadaan yang boleh menimbulkan keraguan boleh diteliti pada
hadis-hadis Nabi S.A.W. antaranya:
نَ ُهَماا ٌ َوبَ ي ْ ٌ َواْلََْراُم بَ نِل َهاٌت ََل يَ ْعَلُمُهنَّ َكِثٌْي ِمْن النَّاِس َفَمِن أُُمورٌ ْلَََْلُل بَ نِل ُمَشب ََّرأَ ِلِديِنِه َوِعْرِضِه. َهاِت اْسَتب ْ ب ْ ات ََّقى اْلشا
Maksudnya: “Halal itu jelas dan yang haram juga jelas dan di antara kedua-duanya itu ada perkara-perkara yang mutasyabihat, tidak diketahui ramai di kalangan manusia akan hakikatnya, maka sesiapa yang takut akan perkara-perkara mutasyabihat dia telah membebaskan agamanya dan kenamaannya dari urusan-urusan ( yang tidak jelas halal atau pun haram).”
(Sahih Al-Bukhari, Kitab al-Iman, Hadis No. 52) Seterusnya sabda baginda S.A.W. dalam hadis yang lain: Al-Hawra’ bin Sa’di telah berkata, aku bertanya kepada Hasan bin Ali apa yang engkau hafaz daripada Rasulullah S.A.W., Maka Hasan bin Ali pun berkata, aku telah bertanya kepada seorang lelaki tentang masalah yang aku tidak tahu, maka katanya :
ََ َما ََل يَرِيُبكَ دَْع َما يَرِيُبَك ِإ
7
Maksudnya: “Tinggalkan apa yang meragukan kepada yang tidak
meragukan.”
(Sunan al-Darimi, Kitab al-Buyu’, Hadis No. 2532)
Bagi mengaplikasikan nilai ketelusan dalam budaya kerja
masyarakat Darul Quran Jakim, dua ciri dijadikan asas kepada nilai
tersebut iaitu:
2.1- Jujur dan amanah
2.2- Ihsan
Kedua-dua sifat ini akan menjadi ukuran ke atas komuniti
masyarakat Darul Quran Jakim.
Sifat jujur dan amanah sangat mustahak untuk dibudayakan dalam
kehidupan seseorang Muslim terutamanya ketika menjalankan
tanggungjawab dan profesion dalam kerja. Masalah tidak telus sehingga
banyak berlaku ketirisan dalam pengurusan dan kerja adalah kerana
tidak ada sifat amanah dan kejujuran pada individu terlibat. Sikap
khianat dan pecah amanah akan mengakibatkan implikasi yang tidak
baik pada sesebuah organisasi dan institusi. Allah S.W.T. sangat jelas
meminta orang yang beriman menjauhi sifat buruk tersebut sebagai
bukti kebenaran ikrar iman yang dinyatakan oleh manusia kepada-Nya.
Firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:
8
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati
(amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati
amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah Al-Anfal : 27)
Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah menyatakan sifat khianat
terhadap amanah merupakan salah satu dari cabang-cabang nifaq
(munafik). Sebagaimana sabda Baginda dalam sebuah hadis:
َث َكَذَب َوِإَذا َوَعَد َأْخَلَف َوِإَذا اْؤُتَُِن َخانَ آيَُة اْلُمَناِفِق َثََلٌث ِإَذا َحدَّ
Maksudnya: “Tanda-tanda munafik itu tiga, apabila bercakap dia berdusta, dan apabila berjanji dia menyalahi janji dan apabila diberi amanah dia khianat.”
(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, Hadis No. 33)
Sifat kedua bagi merealisasikan budaya telus dalam
melaksanakan kerja dan tanggungjawab bagi kedua-dua komuniti
terlibat, ialah sifat ihsan. Asas dalam memahami konsep ini boleh diteliti
dalam sebuah hadis iaitu ketika Nabi S.A.W. ditanya oleh Jibril A.S.
berkenaan hakikat iman, Islam dan ihsan. Ketika menjawab hakikat
ihsan Nabi S.A.W. telah menyatakan:
ََ َكأَنََّك تَ َراُه، فَِإْن َلَْ َتُكْن تَ َراُه فَِإنَُّه يَ رَا َأْن تَ ْعُبَد اهلل َ
Maksudnya: “Kamu menyembah Allah S.W.T. seolah-olah kamu melihatnya, sekiranya kamu tidak dapat merasakan demikian, sesungguhnya Dia melihat kamu.”
(Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Hadis No. 1)
9
Sifat ihsan akan menjadikan kita sentiasa merasakan diri dilihat dan
diawasi oleh Allah S.W.T. yang akan menjadikan kita lebih beramanah
dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang
diberikan. Malah akan menyebabkan kita bersungguh-sungguh bagi
menghasilkan output yang bermutu tinggi.
3- Itqan
Sifat itqan dalam menjalankan tugas dan arahan adalah punca kejayaan
dalam sesuatu organisasi dan institusi. Nilai tersebut wajib dimiliki oleh
setiap individu yang terlibat. Sikap ini dalam melaksanakan amanah dan
tugasan boleh dilihat pada diri seseorang apabila individu terlibat
sedang melaksanakan tugasannya atau reaksinya semasa menerima
sesuatu arahan. Sikap ini boleh terzahir dengan nilai-nilai berikut:
3.1 Dedikasi
3.2 Tekun
Dedikasi bermaksud pengabdian diri, masa, dan lain-lain
sepenuhnya kepada menghasilkan sesuatu tujuan tertentu dalam
kerjaya dan lain-lain. Tekun pula bermaksud melakukan dengan rajin
(melakukan sesuatu) dan bersungguh-sungguh. (Lihat Kamus Dewan
Edisi Keempat).
Kedua-dua sifat ini adalah amat disarankan oleh Islam pada
pelaksanaan setiap kerja dan tugasan yang dilakukan oleh setiap
individu. Allah S.W.T. telah menyatakan dalam al-Quran secara isyarat
akan kedua-dua sifat ini apabila seseorang itu meninggalkan perkara-
10
perkara yang melalaikan sebagai orang beriman yang mendapat
kejayaan. Firman Allah s.w.t.:
ْغِو ُمْعِرُضوَن َوالَِّذيَن ُهم َعِن اللَّ
Maksudnya: “Dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia” (Surah Al-Mukminun : 3)
Setiap individu yang ingin mencernakan sifat dedikasi dan tekun
dalam diri ketika melaksanakan tugas, perlu meninggalkan perkara-
perkara yang sia-sia. Masa dan kemudahan yang diberikan dapat
dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha menghasilkan dapatan yang
terbaik.
Nabi S.A.W. juga pernah menyatakan sabdanya yang
mengandungi maksud dan ibrah yang sama untuk kita hayati dan
amalkan dalam mewujudkan kedua-dua sifat ini dalam diri kita
antaranya:
ََ اللَِّه َما َداَوَم َعَلْيِه َصاِحُبُه َوِإْن َقلَّ َأَح ُّبا اْلَعَمِل ِإ
Maksudnya: “Amal yang amat dikasihi oleh Allah S.W.T. ialah amalan yang berterusan sekalipun hanya dilaksanakan dengan kadar yang sedikit.”
(Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, Hadis No. 782)
Hadis tersebut menyatakan amalan yang berterusan iaitu usaha
yang berterusan dalam melaksanakan sesuatu tugas, arahan atau
amanah adalah merupakan satu sikap yang baik dan disukai oleh Allah
S.W.T.
11
Program dan Aktiviti yang dinilai:
1- Syura (Musyawarah)
a. Mesyuarat-mesyuarat utama Darul Quran seperti Pengurusan,
Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Pentadbiran dan Kewangan.
b. Mesyuarat dalam membentuk dasar dan hala tuju Darul Quran
2- Ketelusan
a. Pengurusan dan pengendalian peperiksaan meliputi dua skop:
2.1 Pelantikan pemeriksa skrip jawapan.
2.2 Pengurusan pembayaran elaun penggubalan soalan dan
memeriksa skrip jawapan.
b. Pengeluaran surat cuti sakit dan surat pelepasan pelajar oleh unit
yang berkenaan.
3- Itqan
a. Kelulusan pihak Hal Ehwal Pelajar dan Akademik berkenaan
pelepasan kuliah.
b. Proses pengambilan pelajar Darul Quran Jakim peringkat sijil dan
diploma oleh Unit Pengambilan. Meliputi dua hal:
3.1 Pelantikan panel temu duga.
3.2 Mesyuarat Pengambilan Pelajar pada peringkat keputusan
calon yang berjaya diterima masuk.
12
Sebagai kesimpulan, kesemua nilai-nilai dan sifat-sifat mulia yang
dicadangkan ini adalah selari dan sesuai bagi mencapai objektif syarak
ke atas diri mukallaf iaitu menjana maslahah mereka dan menolak
mafsadah. Pelaksanaan MS 1900:2014 juga adalah dengan tujuan yang
sama disamping menyuburkan penghayatan syariah ke atas diri warga
Darul Quran Jakim.
واهلل أعلم
Disediakan oleh :
Jawatankuasa Penasihat Syariah
Darul Quran Jakim.