Post on 18-Jun-2015
1
1.0 PENDAHULUAN
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara kami ucapkan. Tujuan kami melakukan
tugasan ini adalah untuk menerangkan punca-punca yang membawa kepada
permasalahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar selain
menyenaraikan beberapa cara-cara untuk mengatasi masalah ini.
Pertama sekali kami ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek
Pengajian Malaysia MPW 1233 iaitu Puan Nor Azlina Binti Endut kerana memberi
kami peluang untuk melakukan tugasan ini serta membimbing kami dalam pelaksanaan
tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami
yang memberi sokongan secara tidak langsung mahupun secara langsung. Tidak di
lupakan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama membantu dalam mencari maklumat
tambahan untuk tugasan ini.
2
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Masalah penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar kian
meruncing di negara kita. Statistik permasalahan ini menunjukkan 14.8% pelajar luar
bandar menghadapi masalah yang setiap tahun menerusi keputusan peperiksaan. Ini
berbeza sekali dengan pelajar di bandar. Mengapa jurang perbezaan wujud walaupun ia
hanya dibezakan dengan tempat sahaja? Adakah kita perlu menyalahkan pihak sekolah
kerana gagal dalam memberi fasiliti dan perkhidmatan yang terbaik untuk para
penuntutnya? Adakah kita perlu menyalahkan guru-guru yang gagal untuk membentuk
dan memberi didikan yang sempurna kepada mereka? Adakah kita perlu menyalahkan
ibubapa yang mengambil enteng akan penguasaan Bahasa Inggeris? Atau adakah kita
perlu menyalahkan pelajar kerana tidak mempunyai keupayaan untuk mendalami bahasa
asing selain bahasa ibunda mereka? Ini semua dapat kita nilai sendiri melalui
permasalahan yang sedang berlaku sekarang walaupun pokoknya kita tidak boleh
menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja kerana peremasalahan ini saling berkait
antara satu punca dengan satu punca yang lain. Dengan adanya kajian ini sedikit
sebanyak dapat membuka mata kita akan apa yang menjadi penghalang besar kepada
penguasaan bahasa antarabangsa ini di kalangan anak-anak kita di luar bandar.
3
3.0 PUNCA-PUNCA MASALAH PENGUASAAN
Terdapat pelbagai punca yang menjadi faktor penyebab kepada permasalahan
penguasaan Bahasa Inggeris terutamanya dikalangan pelajar luar bandar. Antaranya :
3.1 Guru Tidak Kreatif Dalam Pengajaran
Guru tidak kreatif sewaktu proses penyampaian pelajaran. Pada zaman ICT ini “chalk
and talk” tidak lagi menjadi satu alternatif Pengajaran dan Pengajaran, PNP, yang
berkesan yang dapat menarik minat pelajar yang kebanyakannya telah lebih di
dedahkan dengan dunia teknologi berkomputer dan sebagainya. Teknik “chalk and talk”
tidak berkesan dek kerana cara penyampaiannya yang membosankan. Guru perlu
memahami pelajar merupakan individu yang sebenarnya masih belum dapat
mengenalpasti minat dan bakat mereka. Pelajar luar bandar lebih gemar PNP yang
berunsurkan multimedia. Guru banyak bergantung kepada buku teks dan buku kerja
yang di bekalkan. Guru enggan berfikir cara untuk mengembangkan cara dan strategi
PNP yang boleh menarik minat pelajar.
4
3.2 Murid Tidak Minat
Kebanyakkan pelajar-pelajar luar bandar tidak meminati Bahasa Inggeris kerana mereka
tidak tahu akan kepentingan Bahasa Inggeris. Oleh sebab itu tidak tahu akan
kepentingan bahasa inilah maka mereka mengambil inisiatif untuk tidak menekankan
penguasaan Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam ini menyebabkan pelajar tersebut
tidak mendapat gred pencapaian yang tinggi dalam peperiksaan. Selain itu pelajar
enggan membuat latihan yang di berikan dan acapkali memberi alasan tidak tahu buat
kepada guru tanpa mencuba walaupun sedikit. Apabila tidak ada dalam diri mereka
adalah susah bagi mereka untuk skor dalam peperiksaan dan menguasainya.
3.3 Saiz Kelas Terlalu Besar / Kebolehan Murid Tidak Sama
Nisbah seorang guru kepada 40 orang pelajar memang tidak munasabah kerana guru
tidak boleh memberi fokus kepada pelajar yang lemah. Apa yang dimaksudkan disini
jumlah pelajar yang terlampau mengehadkan kemampuan seseorang guru untuk
memberi perhatian kepada setiap pelajarnay. Dalam pengajaran, seseorang guru perlu
memahami gaya pembelajaran setiap muridnya kerana bukan semua pelajar mempunyai
kebolehan yang sama walaupun berada dalam kelas yang sama. Kuantiti pelajar yang
terlalu besar menyebabkan guru tidak boleh mengenalpasti kelemahan pelajar dengan
lebih dalam.
5
3.4 Guru Galakkan Murid Malas Secara Tidak Langsung
Sesetengah guru yang mengajar Bahasa Inggeris tidak mempraktikkan bahasa inggeris
dalam kelas sebaliknya mereka mengajar dalam Bahasa Melayu. Apabila perkara ini
berlaku pelajar tidak dapat menerima pengisian dalam Bahasa Inggeris. Sudahlah di
rumah rata-rata ibu bapa bertutur dalam Bahasa Melayu jadi bilalah pelajar itu boleh
mahir Bahasa Inggeris. Guru perlu menjadi “role model” untuk menerapkan minat
dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Sekiranya guru tidak menunjukkan
contoh bagaimana pelajar hendak meminati Bahasa Inggeris sedangkan gurunya tidak
pernah mempraktikannya di kelas.
3.5 Buku Teks / Buku Kerja Tidak Sesuai Dengan Tahap Murid
Setiap murid mempunyai tahap pencapain yang berbeza. Tahap pencapaian pelajar
bandar amat berbeza dengan pelajar luar bandar. Pelajar yang duduk di bandar sudah
terbiasa berbahasa Inggeris sama ada di sekolah mahupun di rumah, manakala pelajar
luar bandar sukar untuk mempraktikkan Bahasa Inggeris kerana pergaulan mereka di
sekolah menggunakan Bahasa Melayu dan di rumah mereka menggunakan bahasa
melayu seratus peratus. Apabila sukatan yang di berikan setaraf dengan pelajar yang
duduk di bandar mereka sukar untuk menerima dan membuat latihan. Tambahan pula,
buku teks dan buku kerja yang di bekalkan mempunyai “level” yang tinggi iaitu 1119
6
English yang sudah menjadi makanan pelajar bandar dan tidak bagi pelajar luar bandar.
Buku teks tersebut adalah lebih sesuai di gunakan untuk pelajar di bandar.
7
4.0 CARA-CARA MENGATASI
4.1 Selalu Bertenaga Untuk Mengajar
Seorang guru yang baik menaruh perhatian pada pelajar di setiap perbualan atau
perbincangan dengan mereka. Guru yang baik juga punya kemampuam mendengar
dengan teliti. Apabila di tanyakan soalan jawab dengan bertenaga. Serta jawablah soalan
dengan tenang dan meyakinkan supaya pelajar dapat menerima apa yang di sampaikan.
4.2 Punya Tujuan Jelas Untuk Pengajaran
Seorang guru yang baik menetapkan tujuan yang jelas untuk setiap pelajaran dan bekerja
untuk memenuhi tujuan tertentu dalam setiap kelas. Untuk mencapai tujuan itu seorang
guru perlulah bersikap terbuka dengan pelajar. Apabila guru lebih terbuka ianya
membuatkan pelajar lebih selesa dan tujuan penyampaian akan tercapai.
8
4.3 Punya Keterampilan Pendisiplianan Yang Efektif
Seorang guru yang baik memiliki keterampilan disiplin yang efektif sehingga boleh
mempromosikan perubahan perilaku positif di dalam kelas. Guru yang sentiasa nampak
kemas dan smart dapat menawan psikologi pelajar secara tidak lansung. Pelajar secara
tidak langsung mengangap guru tersebut sebagai “role model” yang patut di contohi.
Oleh itu, keterampilan seorang guru perlulah di cerminkan agar dapat menguasai
pelajar. Lantas pelajar akan dapat menguasai bahasa inggeris dengan mudah
4.4 Punya Keterampilan Pengurusan Kelas Yang Baik
Seorang guru yang baik mempunyai kemahiran pengurusan kelas yang baik dan dapat
memastikan perilaku pelajar yang baik, saat siswa belajar dan bekerja sama secara
berkesan, membiasakan menanamkan rasa hormat kepada seluruh komponen didalam
kelas. Pengurusan kelas merupakan aspek penting bagi seorang guru bagi meamstikan
apa yang cuba di sampaikan berjaya.
9
4.5 Boleh Berkomunikasi Dengan Baik
Seorang guru yang baik menjaga komunikasi terbuka dengan orang tua dan membuat
mereka selalu update maklumat tentang apa yang sedang berlaku di dalam kelas dalam
hal kurikulum, disiplin, dan isu lain. Mereka membuat diri mereka sentiasa bersedia
memenuhi panggilan telefon, mesyuarat, email dan sekarang, twitter.
10
5.0 LAIN-LAIN CARA MENGATASI
5.1 Punya Harapan Yang Tinggi Pada Pelajar
Seorang guru yang baik memiliki harapan yang tinggi dari pelajar dan mendorong
semua pelajar dikelasnya untuk selalu bekerja dan mengerahkan potensi terbaik mereka.
5.2 Pengetahuan Tentang Kurikulum
Seorang guru yang baik memiliki pengetahuan mendalam tentang kurikulum sekolah
dan standard lainnya. Mereka dengan sekuat tenaga memastikan pengajaran mereka
memenuhi standard itu.
11
5.3 Pengetahuan Tentang Apa Yang Diajar
Hal ini mungkin sudah jelas, tetapi kadang-kadang diabaikan. Seorang guru yang baik
mempunyai pengetahuan yang luar biasa dan antusiasme untuk subjek yang mereka
ajarkan. Mereka bersedia untuk menjawab soalan dan menyimpan bahan menarik bagi
para pelajar, bahkan bekerja sama dengan bidang studi lain demi pembelajaran yang
kolaboratif.
5.4 Selalu Berikan Yang Terbaik Untuk Para Pelajar
Seorang guru yang baik ghairah mengajar dan bekerja dengan anak-anak. Mereka
gembira boleh mempengaruhi pelajar dalam kehidupan mereka dan memahami impak
atau pengaruh yang mereka miliki dalam kehidupan siswanya, sekarang dan nanti ketika
siswanya sudah beranjak dewasa.
5.5 Punya Hubungan Yang Berkualiti
Seorang guru yang baik mengembangkan hubungan yang kuat dan saling hormat
menghormati dengan siswa dan membangun hubungan yang dapat dipercayai.
12
5.6 Bersikap Profesional
Guru perlu bersikap professional dalam pengajaran. Walaupun di landa maslah janagn di
pindahkan masalah itu kepada pelajar kerana ini boleh menjejaskan minat pelajar untuk
belajar.
5.7 Mempamerkan Ciri-Ciri Kekuatan Teori
Yakin dengan apa yang ingin di sampaikan kepada pelajar. Pastikan anda mendalami
topic itu sebelum menerangkan kepada pelajar. Barulah pelajara yakin yang guru itu
telah mendalami topik itu.
5.8 Jadilah Proaktif
Seorang guru perlu bersikap proaktif dalam pengajaran supaya pelajar memberkan
komitmen kepada pembelajaran.
13
5.9 Bermoral Teguh
Keperibadian seorang guru perlulah tinggi serta tingkah laku yang boleh di jadikan
contoh kepada para pelajar. Ini bukan hanya dapat meningkatkan motivasi mereka
malah dapat melonjakkan keinginan mereka untuk berusaha mencapai tingkat
pencapaian yang tinggi atau lebih seperti gurunya.
14
6.0 KESIMPULAN
Kebelakangan ini penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar kita
teruntamnya di kawasan luar bandar amat membimbangkan dan ia perlu diberikan
perhatian oleh semua pihak supaya jurang antara pelajar di bandar dan luar bandar dapat
dikurangkan. Salah satu cara yang difikirkan berkesan haruslah dilaksanakan bagi
memberi pendedahan kepada para pelajar kita kepada kepentingan Bahasa Inggeris baik
untuk tujuan akademik mahupun kerjaya. Jangan ditunggu limau di pohon manggis.
Semua pihak perlulah berganding bahu, mengambil inisiatif, dan mencurahkan bakti
kepada benih-benih penerus bangsa negara kita kelak. Bak kata orang “melentur buluh
biarlah pada rebungnya”.
15
LAMPIRAN
1. ‘Paksa Rela’ Punca Guru PPSMI Lemah Bahasa Inggeris
KUALA LUMPUR 3 Sept. Utusan Online – Situasi ‘paksa rela’ dikesan sebagai antara
punca utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris oleh
guru-guru yang terlibat dalam Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI).
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim
Pheng berkata, apabila dasar PPSMI dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai guru
dikerah menyertai program itu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.
Katanya, keadaan itu merupakan ‘hasil’ daripada dasar PPSMI yang dicadang dan
diluluskan secara terburu-buru tidak lama dahulu.
”Keadaan ‘paksa rela’ ini menyebabkan sesetengah sekolah turut mendapatkan khidmat
ustaz dan ustazah bagi membantu menyemarakkan usaha PPSMI.
”Justeru, saya tidak nafikan bahawa memang terdapat guru-guru yang tidak fasih
berbahasa Inggeris mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa tersebut,” katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, yang
meminta guru-guru berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan
Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
16
Menurut Razali, pihaknya mendapati ramai guru yang menggunakan BISP mereka
untuk tujuan lain, seterusnya membantutkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanapun Yim Pheng menegaskan, BISP tidak harus dihentikan kerana ia akan
mewujudkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.
Katanya, pemberian BISP hanya wajar dihentikan apabila Kementerian Pelajaran dapat
menyediakan jumlah guru yang mencukupi untuk PPSMI.
”PPSMI masih dalam fasa percubaan, jadi memang banyak kelemahan yang dikesan,”
jelasnya.
2. Ramai Guru Sains, Matematik Lemah Bahasa Inggeris
BESUT 2 Sept. Utusan Online – Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan
Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan
memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk
tujuan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima
sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa
Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.
”Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain
menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,”
katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru
besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.
17
Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan
Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru
berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.
Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada
kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.
Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk
program itu.
- Bernama
18
RUJUKAN
Ambitagrapathy Pandian. 1993. “Readership Behaviour in a Multilingual Context: The
case of Malaysian Students”. Dlm. Teng Su Ching & Teoh Boon Seong (Pnyt.)
Reading in a Multilingual Context: From Theory to Practices. Singapore
Association for Applied Linguistics. Hlm. 1-9.
Ambigapathy Pandian, 2002. What Works in the Classroom? Promoting Literacy
Practicesin English, Journal of Language Teaching, Linguistics and Literature,
Vol.XI, Hlm. 15-41.
Atan Long, Ghazali Toman, Mohd. Yunus Mohd Nor, Zainal Abidin Ahmad, mohd
Noor Abdullah & Yoong Suan. 1984. A Survey of the Reading Habit and Interest
of Malaysian People. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1997. Silibus Mata Pelajaran Bahasa Inggereis.
Bahagian Buku Teks. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Huraian Sukatan Mata Pelajaran Bahasa
Inggeris Tingkatan 2. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kern, R. 2000. Literacy and Language Teaching. Oxford: OUP.
Unesco. 2004. Unesco Education Sector Position Paper: The Plurarity of Literacy and
Its Implications for Policies and Programmes. Paris: UNESCO. Atas talian.
http://unesdoc.unesco.org/images/0013/001362.pdf (14.12.2007).