Post on 24-Jul-2015
i.Surat Khabar
Nama akhbar : Harian Metro
Tarikh : Sabtu , 25 Ogos 2011
Halaman :M/S 60
Ruangan :Bisnes
ii . Internet
Alamat laman web : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahulu
iii.Orang Sumber
1. Nama : Rohamiza binti Abdul Hamid
2. Umur :34 Tahun
3. No Kad Pengenalan:
4. Alamat : No. 93, Kampung Masjid Lama, Naka, 06350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
5. Transkripsi perbualan:
a. Apakah keistimewaan bahulu ini?
b. Berapa orangkah pekerja yang bekerja dengan perusahaan ini?
c. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat bahulu?
d. Apakah peralatan yang digunakan untuk membuat bahulu?
e. Bagaimanakah cara bahulu dihasilkan?
f. Bagaimanakah langkah mengawal mutu?
g. Bagaimanakah dengan rangkaian pemasaran bahulu?
h. Apakah pengiktirafan atau sambutan daripada pengguna?
i. Adakah produk ini berkembang maju?
j. Apakah perancangan masa depan?
iv . Melawat tempat kajian
Nama Syarikat : Kantung Rezeki Enterprise
Alamat : Kantung Rezeki Enterprise,No.93,Kampung Masjid Lama,Naka,06350 Alor
Setar,Kedah.
Senarai Kandungan
ASPEK MUKA SURAT
Penghargaan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan
Penghargaan
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya untuk
melaksanakan dan menyempurnakan kerja kursus Sejarah PMR 2012.Semua ini tidak dapat
disiapkan tanpa izin-Nya.
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengetua Sekolah
Menengah Agama al-Khairiah , Puan Hajjah Zalihah binti Haji Ibrahim kerana telah memberikan
kebenaran untuk kami menjalankan kerja kursus ini.
Jutaan terima kasih juga kepada guru sejarah saya iaitu Puan Sharifah binti Zainul kerana
telah banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan serta pendedahan untuk saya
melengkapkan kerja kursus PMR 2012.
Saya juga merakamkan penghargaan kepada orang sumber iaitu Puan Rohamiza binti Abdul
Hamid yang telah memberikan maklumat tentang produk tempatan yang dihasilkan olehnya iaitu
kuih bahulu.Tanpanya saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus sejarah ini.
Di samping itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas Muhammad
Badri bin Abdul Rani,Muhammad Faiz bin Abdul Halim dan Muhammad Zulhilman bin Abdul
Manas yang sanggup berkongsi maklumat dan mengadakan perbincangan dari semasa ke
semasa dalam mengenalpasti fakta-fakta untuk dimasukkan dalam kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya amat terhutang budi terhadap kedua insan tersayang iaitu ibu bapa saya
Mohd Nazri bin Talib dan Noraini binti Muhammad yang banyak bekorban masa, tenaga dan
wang ringgit untuk saya menyempurnakan kerja kursus.
Objektif Kajian1. Kajian ini dilakukan secara amnya untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang
sahih.Ini akan membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul ,
jelas dan tepat.
2. Kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang produk tempatan yang
terdapat di negara kita.
3. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian
Rendah (PMR).
4. Kajian ini juga dapat menyedarkan orang Melayu akan kepentingan membeli barangan
buatan Malaysia agar wujud semangat cintakan negara.
KAEDAH KAJIAN
1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk kajian ini
saya perolehi daripada internet dengan melayari lama-laman web yang berkenaan dan
berkaitan dengan tajuk kajian.
2. Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-buku ilmiah
yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan sekolah-sekolah
lain.
3. Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual orang
sumber berkenaan dengan produk tempatan.Orang sumber yang menjadi rujukan utama
saya semasa menyiapkan kajian ini.
4. Kaedah melawat tempat kajian.Saya telah melawat tempat kajian untuk memperoleh
maklumat yang diperlukan.Dengan kaedah ini saya dapat mengetahui bagaimana bahulu
dihasilkan.
Maklumat Asas Produk Tempatan
Nama produk ini ialah Bahulu Tok Ngah.Bahulu Tok Ngah dikategorikan dalam produk
makanan tempatan.Pengusahanya ialah Puan Rohamiza binti Abdul Hamid.Kantung Rezeki
Enterprise merupakan syarikat tunggal yang dimiliki oleh Puan Rohamiza.Syarikat ini terletak di
Kampung Masjid Lama,Naka,06350 Alor Setar,Kedah Darul Aman.
Latar Belakang
Bahulu Tok Ngah diasaskan oleh Che Puan atau lebih dikenali sebagai Tok Ngah semenjak 30
tahun dahulu secara sambilan pada musim perayaan dan menerima tempahan pada majlis-majlis
keramaian.Resepi bahulu ini telah diwarisi oleh anaknya iaitu Puan Rohamiza.Pada
mulanya,bahulu ini dibuat secara tradisional.Namun demikian,memandangkan permintaan yang
sangat menggalakkan dan disukai ramai perusahaan ini telah di naik taraf dan dikomersialkan
menjadi lebih teratur dengan menggunakan mesin moden.
Namun semua itu tidak semudah yang disangka kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk
membeli mesin-mesin moden dan membangunkan bengkel membuat bahulu.Namun dengan
berkat usaha Puan Rohamiza dan suaminya,mereka berdua telah berjaya membangunkan bengkel
dengan wang simpanannya yang berjumlah sebanyak RM 40,000.Selain itu,Lembaga Pertubuhan
Peladang melalui PPK Naka telah memberi sokongan dan bimbingan untuk mengembangkan
perusahaan.
Syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mendapat lesen
perniagaan iaitu AS 0316099- T.Semua ini dilakukan bagi menjamin kepercayaan pengguna
terhadap Bahulu Tok Ngah.Bahulu Tok Ngah sangat penting kerana masyarakat masa kini
mungkin akan melupakan makanan tradisional jika tiada sesiapa yang mengusahakan makanan
tradisional ini.
Bagi menarik minat pelanggan,Puan Rohamiza telah mempelbagaikan perisa bahulu seperti
Ros,Strawberry,Lemon,Madu,Coklat,Pandan,Keladi dan Manik Urai.Ia juga dihasilkan dalam
pelbagai bentuk seperti ikan hantaran (besar),ikan sederhana,ikan emas,udang dan gelugur.
Kaedah dan Cara Penghasilan
Untuk melancarkan dan mempercepatkan proses penghasilan bahulu,Puan Rohamiza telah
mengambil 2 orang pekerja.Selain itu,mesin yang moden seperti oven,flour mixer dan pengacau
telur digunakan untuk memudahkan peroses penghasilan bahulu.Bahan yang digunakan untuk
membuat bahulu adalah telur,gula dan tepung gandum.
Cara membuat bahulu:
1. Kacau telur dengan gula sehingga kedua-dua bahan menjadi sebati.
2. Kemudian,masukkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan tepung.
3. Kacau adunan sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan.
5. Akhir sekali,masukkan acuan ke dalam oven.
6. Tunggu sehingga 10 minit untuk dihidangkan.
Untuk menjamin kualiti dan mutu produk,kebersihan bengkel membuat bahulu dijaga
rapi.Selain itu,Puan Rohamiza juga telah menjalani kursus yang dianjurkan oleh Jabatan
Kesihatan agar produk bersih dan tahan lama.Bahulu juga dipek dengan kemas agar bahulu tidak
lemau.
Perkembangan Produk
Rangkaian pemasaran Bahulu Tok Ngah sekitar kawasan utara iaitu negeri Kedah,Perlis,Pulau
Pinang dan utara Perak.Melalui sokongan daripada pengguna dan Lembaga Pertubuhan
Ladang,Bahulu Tok Ngah diberi peluang menyertai aktiviti promosi dikarnival-karnival
usahawan dan program sua rasa TV9.Setakat ini,pendapatan bulanan hasil penjualan bahulu
mencecah RM 6,000 memandangkan Bahulu Tok Ngah mendapat sambutan yang menggalakkan
dan terkenal di merata tempat.
Beberapa masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh Puan Rohamiza untuk berada pada
tahap ini.Antaranya ialah,modal yang besar untuk membeli peralatan moden seperti oven,flour
mixer dan lain-lain lagi.Selain itu,persaingan dari segi pasaran juga merupakan satu cabaran
besar dalam dunia perniagaan.
Puan Rohamiza telah merancang untuk mengembangkan perusahaan bahulu.Beliau ingin
melebarkan sayap perusahaan ini keseluruh semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan
Sarawak.Selain itu,beliau juga bercadang untuk membeli peralatan yang lebih canggih dan
moden agar bahulu lebih berkualiti dan tahan lama.Beliau juga ingin menambah lagi bilangan
pekerja kerana itu akan memudahkan lagi urusan perniagaan.Kata beliau ‘jika usaha berterusan
Allah akan mengadili,jika doa dipanjatkan Insyaallah semua ini akan terjadi’.
Rumusan
Konklusinya,negara kita yang sudah 55 tahun mengecapi nikmat merdeka sudah mampu
bangun sebagai sebuah negra yang aman dan rakyatnya sedang menikmati arus
kemajuan.Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berasa bangga kerana masyarakat majmuk telah
memberi peluang dan ruang kepada kita untuk hidup bersama-sama.Kepelbagaian sumber
ekonomi seperti industri kecil dan sederhana,industri desa daan sebagainya telah berjaya
mengeluarkan ramai dalam kalangan rakyat dari kepompong kemiskinan.
Selain itu,kita dapat mengamalkan semangat setia negara dalam diri setiap
individu.Seharusnya kita berasa bangga dengan keupayaan pemimpin negara yang
bertanggungjawab menjaga keharmonian negara dan menjaga kemakmuran negara.Pelbagai
kemudahan telah disediakan kepada mereka yang mahu memajukan diri dan keluarga sama ada
di sektor pertanian,perniagaan,industri dan sebagainya.Peluang pendidikan yang luas
membolehkan semua rakyat menikmati erti kemajuan.
Akhir sekali,sebagai rakyat Malaysia,kita perlu berusaha dan produktif dalam membangunkan
negara,keharmonian dan kekayaan negara.
Gambar
Fakta Nutrisi Makanan
Peta Negeri Kedah
Peta ke Padang Terap
Produk Makanan Tempatan Lain
Dodol Kopi
Rempeyek Kerepek Ubi Kayu
Popia Simpul Kasih Serunding